The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafizah abd razak, 2023-12-17 03:19:40

bagai gunting dalam lipatan

bagai gunting dalam lipatan

Bagai gunting dalam lipatan


Mereka berkawan sejak kecil . “Mengapa kamu termenung” Samad penolong ketua kelas 6 Bestari , juga kawan baik Abu datang menghampiri sambil memegang bungkusan yang berisi dua bungkus nasi lemak. “Luahkan pada saya jika kamu ada masalah” Samad berkata sambil menghulur nasi lemak Gerai Mak Ijah kepada Abu. Samad percaya kawan baiknya itu mempunyai masalah yang menghantui fikirannya . Abu bersandar di bawah pokok berhampiran kantin sekolah. Dia hanya memandang gelagat kawan-kawannya yang berselera menikmati makanan dan minuman yang dibeli di kantin sekolah. Masih teringat peristiwa semalam apabila rakan baiknya Ali memburuk-burukkannya sedangkan Ali merupakan salah seorang sahabatnya. Sikap Ali bagai ‘gunting dalam lipatan’.


Kelas 6 Bestari riuh rendah sementara menunggu kehadiran Puan Sabrina guru matapelajaran Sejarah. Suasana menjadi senyap sunyi apabila ternampak kelibat Puan Sabrina. Puan Sabrina memandang anak murid kesayangannya satu persatu. Dia nampak air muka Abu yang tidak ceria seperti murid-murid yang lain. Puan Sabrina yakin anak muridnya itu mempunyai masalah. Waktu matapelajaran Sejarah digunakan untuk perbincangan mengadakan kerja-kerja kajian sejarah dua minggu lagi. Murid-murid akan dibawa ke Jerantut untuk mengadakan kajian tentang Sejarah Gua Kota Gelanggi. Mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Abu dan Ali diletakkan dalam kumpulan yang sama. Abu tidak senang hati dengan agihan kumpulan tersebut kerana dia menganggap dalam kumpulannya ada ‘gunting dalam lipatan’.


Puan Sabrina mengedarkan surat kebenaran penjaga kepada muridmurid. “Maafkan saya cikgu, saya tidak dapat turut serta” Abu menghampiri Puan Sabrina dengan wajah yang sedih. Puan Sabrina mula menyedari perubahan anak muridnya itu sejak akhir-akhir ini. Abu menjadi pendiam, tidak suka bergaul dengan rakan-rakan terutama Ali. Beliau lebih suka menyendiri. Puan Sabrina percaya ada sesuatu yang menganggu fikiran Abu . Beliau akan menyelidiki perkara ini sedalam dalamnya kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan kebajikan murid-muridnya.


Abu pulang ke rumah berjalan kaki. Semasa dalam perjalanan pulang dia terserempak dengan Samad. Samad sedang menunggu ayahnya di perhentian bas berhampiran sekolah. “Mengapa kamu tidak ingin menyertai projek Sejarah minggu depan” Samad bertanya kehairanan. Abu akhirnya menceritakan perkara sebenar kepada sahabatnya itu. Abu berasa sedih kerana Ali telah menuduh dan menceritakan perkara yang tidak betul tentangnya kepada kawan-kawannya yang lain. Barulah Samad memahami situasi yang dihadapi Abu. Ali menjadi ‘gunting dalam lipatan’ kepada sahabatnya sendiri.


“Bersabarlah Ali saya berjanji akan menyelesaikan masalah ini” kata Samad sambil berlalu menuju ke kereta ayahnya. Bagi Samad perbuatan Ali ‘bagai gunting dalam lipatan’ kerana menyebabkan orang lain berasa kurang selesa dan keresahan. Sikap Ali suka memburukkan rakan-rakan sukar diterima oleh rakanrakannya yang lain. Mereka tidak senang dengan sikap Ali. Perbuatannya itu bukan sahaja menyakitkan hati malah dapat memecah belahkan perpaduan dalam kalangan rakan-rakan. Keputusan Abu menarik diri daripada projek Sejarah memeranjatkan Puan Sabrina. Setelah mendapatkan penjelasan daripada Ali, barulah beliau memahami keadaan sebenar.


“Ali, Puan Sabrina ingin berjumpa kamu di bilik kaunseling sekarang juga” Salmiah menyampaikan pesanan guru matapelajaran Sejarahnya itu kepada Ali. Setelah mempelawa Ali duduk Puan Sabarina menunjukkan sekeping gambar kepada Ali. “Ali saya mahu kamu terangkan apa yang kamu faham tentang gambar ini” kata Puan Sabrina dengan lembut. “Persahabatan cikgu” kata Ali dengan yakin. “Seorang rakan membantu rakannya yang dalam kesusahan” jelasnya lagi. “Apa maksudnya persahabatan yang jujur dan ikhlas? tanya Puan Sabrina. “Persabahatan yang jujur dan ikhlas bermaksud bersama sahabat ketika susah dan senang. Tidak melakukan perbuatan yang melukai hatinya sama ada di hadapan atau di belakangnya supaya persahabatn terus terjalin” kata Ali. “Jika begitu, adakah kamu rasa, kamu seorang sahabat yang ikhlas dan jujur” soal Puan Sabrina. Ali terdiam. Dia teringat perbuatannya terhadap sabahatnya Abu, dia bagai ‘gunting dalam lipatan’.


“Tidak cikgu, saya bukan seorang sahabat yang baik. Saya telah melakukan kesalahan kerana menfitnah Abu. Saya ingin memohon maaf tetapi berasa malu” Ali berkata sambil menundukkan mukanya ke lantai. “Jika kamu berasa bersalah, kamu harus memohon maaf pasti kamu dapat menjadi seorang sahabat yang baik” kata Puan Sabrina sambil tersenyum. Petang itu Samad merancang perlawanan persahabatan yang turut disertai oleh Ali dan Abu. Samad berharap rancangannya itu akan berjaya untuk menyatukan kedua sahabat baiknya itu. Ali datang awal petang itu kerana diberi amanah untuk membuka stor sukan dan mengeluarkan peralatan bola sepak. Dia berharap dapat berjumpa Abu untuk memohon maaf. Dia tidak ingin menjadi ‘gunting dalam lipatan’ kepada sahabat-sabahatnya lagi. Dia berazam untuk menjadi sahabat yang baik, jujur dan ikhlas.


Ali menghampiri Abu yang baru tiba. “Abu maafkan saya kerana menyakitkan hati kamu. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan saya itu. Saya ingin terus bersahabat dengan kamu” kata Ali dengan nada menyesal. Samad yang kebetulan ada di situ menyampuk perbualan mereka. “Maafkan lah Ali, semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak menjadi ‘gunting dalam lipatan’. Abu tersenyum memandang kedua sahabat baiknya itu lalu menghulurkan tangan. Ali tunduk kesal dengan perbuatannya selama ini dan menyambut huluran tangan Abu. Samad gembira kerana keduanya telah berbaik semula. Wisel tanda bermula perlawanan dibunyikan. Mereka lantas berlari ke padang sambil bersorak keriangan. Gunting Dalam Lipatan: Menjatuhkan maruah sahabat dalam senyap.


Click to View FlipBook Version