The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafizah abd razak, 2023-12-17 03:18:33

BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM

BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM

BELAKANG PARANG DIASAH LAGIKAN TAJAM


Suasana hingar- bingar tiba-tiba menjadi senyap apabila kelibat Encik Rosli selaku guru kelas memasuki kelas 6 Iman pagi itu. Setelah memberi salam dan membaca doa semua mata tertumpu kepada guru kelas yang disayangi muridmurid kelas itu. “Cikgu, ada pengumuman penting untuk kamu semua hari ini, setelah meneliti keputusan peperiksaan pengesanan kamu baru-baru ini, didapati semua murid telah gagal dalam matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Cikgu mahu kamu berazam untuk belajar bersungguhsungguh kerana “belakang parang diasah lagikan tajam” kata Encik Rosli dengan tenang.


Menjadi guru kelas kepada kelas yang tercorot adalah cabaran yang paling hebat buatnya. Namun Encik Rosli tidak berputus asa kerana baginya masih belum terlambat murid-muridnya berubah walaupun mereka lemah dalam pelajaran kerana ‘belakang parang diasah lagikan tajam’. Baginya, adalah penting untuk membimbing murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga untuk mereka terus berusaha.


“Memandangkan keputusan kamu yang tidak begitu baik dalam Matematik dan Bahasa Inggeris pihak sekolah akan mengadakan kelas bimbingan UPSR mulai minggu depan. Cikgu mahu kamu berikan surat makluman ini kepada ibubapa kamu. Cikgu tidak mahu ada yang ponteng kelas bimbingan yang akan diadakan nanti. “Kamu perlu berusaha bersungguh-sungguh, cikgu yakin kamu boleh berjaya kerana panjang lebar guru besar berucap kepada murid-murid tahun 6 selepas perhimpunan pagi Isnin.”


Petang itu sebaik sahaja tiba rumah, Mursidi mendapatkan ibunya yang sedang sibuk di dapur. “Ibu, Didi gagal dalam matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris” Mursidi menghulurkan slip keputusan peperiksaan kepada ibunya dengan wajah yang sedih. “Tapi mulai minggu depan, cikgu akan mengadakan kelas bimbingan kepada semua murid tahun 6 supaya lulus semua matapelajaran” sambil menghulurkan surat makluman kepada ibunya. “Didi jangan risau, ibu sentiasa mendoakan kejayaan anak ibu, apa yang penting, Didi perlu lebih gigih berusaha dan rajin ke kelas bimbingan itu nanti. Semasa di kelas, ibu berharap Didi selalu bertanya kepada guru-guru, jangan putus asa kearana ‘belakang parang diasah lagikan tajam’. Hari demi hari berlalu, Mursidi semakin bersemangat untuk belajar dan dia tidak lagi membuang masa dan menyiapkan semua kerja rumah yang dibekalkan oleh guru.


“ Hafiz, mengapa kamu selalu tidak hadir ke kelas bimbingan?” soal Encik Rosli sambil memandang tepat muka anak muridnya itu. Hafiz anak yatim piatu, ibunya hanya bekerja mengambil upah menyiang ikan di Kuala Sedeli. “Saya menjaga adik sebab ibu saya keluar bekerja, lagipun saya tidak yakin boleh lulus cikgu sebab saya tidak pandai” Hafiz menjawab dengan suara yang terketar-ketar. Jawapan itu memang diduga oleh guru kelasnya. Kemiskinan menyebabkan Hafiz terpaksa berkorban menjaga adik tatkala ibunya pergi bekerja. Waktu rehat Mursidi ternampak Hafiz di bawah pokok di tepi pusat sumber sekolah di tangannya ada bekalan makanan yang dimasak oleh ibunya pagi tadi. Mursidi menghampiri sahabatnya itu, “Hafiz!, saya rasa kamu perlu menceritakan hal yang sebenar kepada ibu kamu, tentang kepentingan kita menghadiri kelas tambahan. Walaupun kita berada di kelas tercorot, tidak semestinya kita tidak boleh berjaya dalam UPSR nanti kerana ‘belakang parang diasah lagikan tajam’. Mursidi menasihati sahabatnya.


Samat memandang wajah sahabat baiknya lalu berkata “Insyallah saya akan beritahu ibu saya balik sekolah nanti”. Mereka berdua melangkah ke kelas dengan semangat baru. Peperiksaan Percubaan UPSR tinggal seminggu lagi. “Cikgu berharap kamu akan lulus dalam peperiksaan percubaan kali ini. Berusahalah bersungguh-sungguh kerana ‘belakang parah diasah lagikan tajam’ cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua” Encik Rosli memberikan nasihat kepada anak muridnya yang akan menghadapi peperiksaan percubaan minggu hadapan. Keputusan percubaan UPSR yang diperoleh murid-murid tahun 6 Iman menampakkan peningkatan hanya dua orang sahaja murid gagal. Encik Rosli terus memberi kata-kata semangat kepada murid-murid di kelasnya. Hafiz dan Mursidi semakin rajin menyiapkan kerja sekolah dan selalu bertanya kepada guru-guru mereka sekiranya tidak faham mengenai pelajaran.


Dewan Sekolah Kebangsaan Indera Mulia senyap dan tenang. Peperiksaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Mursidi dan Hafiz bersyukur kerana mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan yakin mereka akan berjaya setelah bertungkus-lumus selama sembilan. Pihak sekolah menyediakan pelbagai aktiviti untuk mengisi waktu selepas UPSR.


“Mursidi , esok keputusan UPSR akan diumunkan. Mak berdoa agar kamu lulus dalam peperiksaan itu nanti”. Kata Puan Nor sambil memeluk anak bongsunya itu. “Insyallah mak”. Pagi itu perasaan berdebar-debar dirasai oleh semua warga sekolah terutama murid-murid tahun 6. Mereka risau memikirkan keputusan yang bakal diumumkan oleh guru besar nanti. Sorakan kegembiraan bergema apabila guru besar mengumumkan semua murid yang yang mengambil peperiksaan UPSR telah lulus semua matapelajaran. Hafiz dan Mursidi berpelukan dan bersyukur walaupun mereka berada di kelas akhir mereka juga boleh berjaya seperti kata perpatah ‘belakang parang diasah lagikan tajam’. Apa yang penting sikap bersungguh-sungguh dan berusaha. Maksud Peribahasa: Seseorang yang berusaha dengan gigih pasti akan berjaya.


Click to View FlipBook Version