Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa Juga
Najwan dan Hanafi pulang ke rumah dalam cuaca yang agak terik hari itu. Mereka berkawan baik sejak kecil dan tinggal sekampung. Najwan dan Hanafi sering melakukan aktiviti bersama dan mereka sering berkongsi masalah. Hanafi anak yatim dan telah kehilangan ayah sejak kecil lagi. Najwan sering membantu Hanafi kerana baginya “cubit peha kanan, peha kiri terasa juga”. Sepanjang bulan puasa yang lepas Najwan telah beberapa kali mengajak Hanafi berbuka di rumah mereka.
“Hanafi, hujung minggu ini kami akan mengadakan rumah terbuka hari raya, jemputlah datang” Najwan berkata sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari kelas menuju ke kantin. Keakraban mereka memang telah diketahui oleh guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Najwan berasal dari keluarga yang agak senang kerana bapanya seorang pegawai kerajaan dan ibunya seorang guru. Manakala ibu Hanafi hanya bekerja sebagai pencuci di sebuah pasaraya. Namun itu tidak menghalang untuk mereka berkawan dan belajar bersama-sama.
Rumah terbuka Najwan meriah dengan kehadiran tetamu dan rakan-rakan sekolah. Hanafi juga hadir bersama ibu dan dua orang adiknya. Ibu Hanafi membantu Puan Aida menyediakan juadah untuk para tetamu. Puan Aida telah mengangap Hanafi seperti anaknya sendiri dan sentiasa membantu jika Hanafi dalam kesusahan seperti kata pepatah “cubit peha kanan, peha kiri terasa juga” .
Deringan loceng menandakan waktu rehat bermula. Najwan menghampiri Hanafi yang kelihatan sugul sejak pagi tadi. “Hanafi mengapa kamu diam sahaja sejak tadi”. Najwan yakin Hanafi menyimpan sesuatu darinya. Beliau ingin membantu sahabatnya itu agar dapat meringankan beban yang dihadapinya. Ini memandangkan mereka akan menghadapi UPSR dua bulan lagi dan perlu fokus kepada pelajaran.
“Ibu saya sakit sejak dua hari yang lalu, saya risau dengan keadaan ibu”. Hanafi menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Najwan. Setelah mendengar luahan Hanafi. Najwan berjanji akan membantu sahabatnya kerana baginya “cubit peha kanan, peha kiri terasa juga” . Malam itu, Najwan menghampiri Puan Aida yang sedang tekun memeriksa buku latihan pelajar. Setelah menceritakan masalah sahabatnya itu, Puan Aida dan suaminya bergegas ke rumah Hanafi yang jaraknya1kilometerdari rumah mereka. “Terimakasih makcikkeranasudi membawaibusayake hospital”kata Hanafi sebaiksahajatibadi HospitalBesar Tangkak. Puan Aida hanya tersenyum sambil memeluk Hanafi yang telah dianggap seperti anak sendiri. Ibu Hanafi terpaksa dimasukkanke wadselamadua minggukeranadisyaki mengidapdemam denggi.
“Hanafi selama dua minggu ini , kamu dan adik-adik boleh tinggal bersama-sama kami. Lagipun UPSR tinggal dua bulan lagi, kamu perlu fokus kepada pelajaran” kata Puan Aida sebaik sahaja mengetahui berita ibu Hanafi terpaksa dimasukkan ke wad. Bagi Puan Aida sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan bak kata orang “cubit peha kanan, peha kiri terasa juga”.
“Terima kasih makcik budi baik makcik akan saya kenang sampai bila-bila” Hanafi bersuara dengan nada terharu dengan kebaikan Najwan dan keluarga. Selama di rumah Najwan, Hanafi adik beradik dijaga dengan baik oleh Puan Aida. Mereka ke sekolah dan belajar bersama-sama sehinggalah ibu Hanafi benar-benar sihat dan dibenarkan keluar dari hospital.
Kejadian demam denggi yang menimpa ibu Hanafi telah menyedarkan ramai pihak tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran kampung mereka. Ayah Najwan telah bersetuju untuk mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kampung mereka dari pembiakan nyamuk aedes. Bagi beliau “cubit peha kanan, peha kiri juga terasa” apa yang dialami oleh Ibu Hanafi perlu ditangani bersama-sama demi kepentingan bersama.
Hanafi berasa gembira dan bersyukur kerana mendapat sahabat yang baik seperti Najwan. Mereka berjanji akan belajar bersama-sama dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.