Bagai LEBAH MENGHIMPUN MADU
Cuaca panas terik tidak menghalang Zaki dan abangnya menolong Mak Nani di kebun sayur belakang rumah mereka. Tanah sekangkang kera peninggalan arwah ayah mereka diusahakan dengan menanam pelbagai jenis sayur-sayuran. Mak Nani bertuah kerana mempunyai anak-anak yang bertanggungjawab, tabah dan rajin bagai lebah menghimpun madu. Kerajinan mereka membantu di kebun sangat mengembirakannya. Namun begitu, Mak Nani hanya membenarkan Zaki dan abangnya berkebun di hujung minggu sahaja kerana tidak mahu menganggu aktiviti persekolahan mereka. Mak Nani ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan dapat membela nasib mereka suatu hari nanti.
“Kita dapat banyak keuntungan hari ini” kata Mak Nani selepas mengira hasil jualan di Pasar Tani Kampung Pagi hari itu. “Sayur-sayur kita disukai pelanggan kerana menggunakan baja asli” Zaki berkata sambil tangannya ligat mengemas sisa jualan mereka tengahari itu. Mak Nani hanya tersenyum mendengar katakata anak bongsunya itu. Sikap Zaki bagai lebah menghimpun madu memang banyak membantu beliau dalam menambah pendapatan keluarga.
Sikap positif Zaki bukan sahaja di rumah malah di sekolah. Zaki terkenal dengan sikap rajin, bertanggungjawab dan sentiasa membantu guru-guru jika mereka memerlukan pertolongan. Kelas Tahun 5 Cerdas akan menerima guru kelas baru Ini berikutan pertukaran Puan Rohani ke Johor kerana mengikut suami bertugas di bandar Segamat. Murid-murid mengadakan jamuan perpisahan untuk Puan Rohani. Mereka berharap guru baru bersikap seperti Puan Rohani yang sentiasa mengambil berat tentang prestasi mereka. Puan Rohani tinggal di rumah sewa berdekatan dengan rumah Zaki . Beliau banyak memberi semangat kepada Zaki di dalam pelajaran di samping kagum dengan sikap Zaki seperti semut menghimpun madu.
Pagi itu Kelas 5 Cerdas ceria kerana akan menerima guru baru. Kelas menjadi senyap sunyi apabila terlihat kelibat guru baru melangkah masuk ke kelas mereka. Selesai memperkenalkan diri, Cik Saadah meminta murid-murid memperkenalkan diri masing-masing. Zaki gembira kerana Cik Saadah akan menyewa rumah yang ditinggalkan oleh Puan Rohani. Beliau bercadang untuk membantu Cikgu Saadah mengemas barang-barang memandangkan Cik Saadah masih baru di situ tambahan pula mereka kini tinggal berjiran. “Terima kasih Zaki kerana sudi membantu cikgu” Cikgu Saadah berkata sambil melihat Zaki mengeluarkan buku-buku untuk disusun ke dalam almari. Zaki dan adik beradiknya telah datang membantu cikgu saadah mereka mengemas barang-barang secara sukarela. Cikgu Saadah gembira kerana sikap Zaki yang rajin seperti semut menghimpun madu itu banyak meringankan bebanannya yang baru di daerah itu. Zaki juga membantu Cikgu Saadah membersihkankan kawasan rumah supaya lebih bersih.
Minggu Alam Sekitar akan berlangsung selama seminggu. Guru Besar telah menyerahkan setiap kelas kawasan angkat untuk dibersih dan diceriakan. Kawasan angkat yang tercantik akan menerima hadiah daripada pihak sekolah. Cikgu Saadah telah membahagikan tugasan pembersihan mengikut kumpulan. Namun kumpulan yang diketuai oleh Zaki sahaja yang rajin menjalankan tugas. “Cikgu kesal kerana ada segelintir daripada kamu yang tidak memberikan kerjasama”. Cikgu Saadah menegur sikap anak muridnya yang berat tulang tidak seperti Zaki yang bertanggungjawab dan mempunyai sikap seperti semut menghimpun madu. Rajin dan membuat kerja tanpa disuruh.
Petang itu semua murid Kelas 5 Cerdas datang untuk membersihkan kawasan angkat kelas mereka.. Setiap ahli kumpulan telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Zaki gembira kerana kawan-kawannya bekerjasama dan baginya sikap seperti semut menghimpun madu amat penting dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Cikgu Saadah gembira dengan perubahan anak-anak muridnya. Beliau yakin mereka akan memenangi pertandingan kawasan angkat sempena Minggu Alam Sekitar itu nanti. Peribahasa : semut menghimpun madut Maksud : sikap yang rajin