LAIN PADANG LAIN BELALANG
Penerbit Penerbit Addin Resources HAK CIPTA TERPELIHARA 2021 Penulis Norafizah Abdul Razak @ Cikgu Feeza
Suasana di bilik mesyuarat senyap sunyi. Semua guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar. Pendidikan Abad 21 yang bercirikan kreatif,inovatif dan teknologi merupakan agenda utama. Semua guru diminta melaksanakan projek yang melatih murid-murid berkemahiran tinggi. Puan Mimi akan melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek yang melatih murid-murid membuat kajian, tinjauan dan pemerhatian terhadap sesuatu topik. Projek kali ini Puan Mimi telah memilih Zarina, Kamil, Dinesh, Mei Mei , Azmi, dan Suraya sebagai penyelidik. “Cikgu melantik Kamil selaku ketua penyelidik. Penyelidikan ini mengambil masa tiga bulan” Puan Mimi membuat pengumuman tersebut di dalam kelas 5 Kualiti. Puan Mimi telah memilih Adat Resam Masyarakat Peribumi bagi mendedahkan adat resam masyarakat tersebut kepada murid-muridnya kerana Lain Padang Lain Belalang.
Selaku ketua penyelidik Kamil telah membuat agihan tugas bagi melancarkan kajian mereka. Tajuk kajian mereka sangat menarik kerana mengkaji tentang adat resam, asal – usul, kepercayaan dan amalan masyarakat peribumi. “Betul kata Cikgu Mimi, banyak kita dapat ilmu dalam projek ini” kata Mei Mei sambil matanya sibuk melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat.
Puan Mimi bercadang untuk menganjurkan lawatan ke Perkampungan Orang Asli yang berdekatan supaya Kamil dan rakan-rakannya dapat melihat dengan lebih dekat tentang kehidupan dan adat resam masyarakat di situ. “Saya gembira dan tidak sabar untuk membuat kajian di rumah masyarakat peribumi kerana Lain Padang Lain Belalang” kata Azmi sebaik sahaja meneliti template kajian yang disediakan oleh Puan Mimi.
Sebaik sahaja melangkah ke Perkampungan Peribumi Runchang mereka disambut mesra oleh Tok Batin Kadri. Suasana perkampungan yang asing bagi mereka telah memberi pengalaman baru kepada mereka. Tok Batin telah memberi penerangan kepada kumpulan penyelidik tentang sejarah dan usul kaum mereka. “Saya kagum dengan semangat mereka mempertahankan adat resam dan kepercayaan walaupun arus kemodenan melanda mereka” Mei Mei berkata sambil mata memandang tepat ke arah sekumpulan yang sedang menyiapkan rumah adat.
“Tok kami berharap kami dapat berbual dengan mereka” Kamil bersuara sebaik sahaja melihat masyarkat di situ yang agak malu-malu menerima kehadiran mereka. Faktor geografi dan budaya menyebabkan mereka agak sukar menerima kehadiran orang luar kerana adat mereka yang berbeza kerana Lain Padang Lain Belalang. Melalui pertolongan Tok Batin mereka dapat berkenalan dengan kanak-kanak peribumi yang masih jauh ketinggalan dibandingkan kanak-kanak dengan masyarakat yang lain. Malam itu mereka berpeluang menikamati tarian sewing yang dipersembahkan oleh anak buah Tok Batin Kadri. Ketika persembahan berlangsung salah seorang penari telah jatuh pengsan. Keadaan menjadi gempar seketika. Penari tersebut telah dibawa ke hadapan rumah. Beliau telah diberi rawatan tradisional menggunakan akar kayu, daun dan air yang telah dijampi.
Kamil dan rakan-rakannya terpegun melihat kaedah rawatan yang dijalankan oleh masyarakat peribumi. “Kita bertuah melihat kaedah rawatan tradisional yang digunakan oleh mereka yang berbeza dengan masyarakat. Betul kata Puan Mimi Lain Padang Lain Belalang” kata Dinesh yang teruja dengan pengalaman pertama kali buatnya. Selesai sahaja rawatan dijalankan, mereka dijamu dengan makanan tradisi seperti ubi kayu dan jagung rebus. Kanak-kanak yang pada mulanya malu-malu kini telah mula bermesra dengan mereka. Mereka berkesempatan berbual-bual dengan orang dewasa bagi melengkapkan kajian mereka. Puan Mimi berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan yang di tunjukkan oleh anak muridnya dalam menyiapkan tugasan.
Petang ini Puan Mimi mengadakan perjumpaan kepada semua ahli penyelidik bagi menyiapkan laporan kajian dan persediaan bagi membuat pembentangan. “Kita bertuah kerana terpilih dalam kajian ini. Banyak pengalaman yang kita peroleh” Suraya ahli yang paling pendiam berkata sambil menyusun helaian yang selesai dicetak. Selepas ini. Puan Mimi berpuas hati dengan hasil kajian murid-murid yang bertindak sebagai penyelidik dalam kajian tersebut.
Pagi ini Puan Mimi dimaklumkan oleh Encik Azmi Said Guru Besar SK Tanjung Puteri projek kajian kumpulannya dipilih mewakili daerah ke pertandingan projek khas peringkat negeri. Para penyelidik diminta mempersembahkan hasil kajian mereka kepada para juri di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
“Cikgu yakin kamu semua dapat membuat pembemtangan dengan baik kerana telah membuat rujukan dan kajian yang rapi” Puan Mimi memberi semangat kepada ahli-ahli penyelidik yang diketuai Kamil. Baginya kalah menang adat pertandingan, apa yang penting muridmurid dapat mengenali dan memahami adat resam masyarakat lain seperti kata peribahasa Lain Padang Lain Belalang. Lain Padang lain Belalang Maksudnya: Cara Hidup dan adat resam di sesuatu tempat duduk tidak sama dengan tempat lain.