The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafizah abd razak, 2023-12-17 03:36:49

KECIL JANGAN DISANGKA ANAK

KECIL JANGAN DISANGKA ANAK

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.


Penerbit Penerbit Addin Resources HAK CIPTA TERPELIHARA 2021 Penulis Norafizah Abdul Razak @ Cikgu Feeza


Hari inovasi akan bermula sebulan lagi. Cikgu Azmi risau memikirkan produk inovasi yang akan dihasilkan oleh murid-muridnya nanti. Beliau belum mendapat tema yang sesuai untuk inovasi tersebut. Dia merasakan amat perlu dia meminta pandangan daripada anak muridnya kerana ‘kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa’. Mungkin anak muridnya boleh memberi idea dalam inovasi yang akan dipertandingkan.


‘Bulan depan sekolah kita akan mengadakan Hari Inovasi, semua kelas Tahun 6 diminta menyertai pertandingan inovasi pada hari tersebut. Cikgu memerlukan pendapat kamu untuk memilih tajuk yang sesuai untuk produk inovasi kelas kita’ Cikgu Azmi memberi penjelasan kepada murid-murid sewaktu matapelajaran Kemahiran Hidup pagi itu. Walaupun masih kanak-kanak, Cikgu Azmi yakin murid-muridnya dapat memberikan idea-idea baru untuk penghasilan produk inovasi seperti kata peribahasa ‘ kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.


“Cikgu saya mencadangkan kita membuat produk inovasi yang dapat membantu aktiviti di sekolah’ kata Basri ketua kelas 6 Bijak. ‘ Saya setuju pendapat Basri cikgu’ Saedah mencelah tanda setuju. ‘Kalau begitu, Basri cuba jelaskan tentang idea kamu itu’ Kata Cikgu Azmi yang kian teruja mendengar cadangan anak muridnya yang bersemangat dengan pertandingan inovasi tersebut.


Setelah mendengar cetusan pelbagai idea daripada anak muridnya. Cikgu Azmi bersetuju memilih untuk memilih tajuk papan selit berkaki sebagai produk inovasi Kelas 6 Bijak. Cikgu Azmi tidak menyangka anak muridnya mampu melahirkan idea –idea baru dalam untuk digunakan dalam pertandingan inovasi itu nanti bak kata peribahasa ‘kecil jangan disangka anak, besar jangka disangka bapa’.


Cikgu Azmi memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak muridnya untuk menghasilkan produk inovasi yang dipilih. “Basri, kamu dilantik sebagai ketua pasukan inovasi kelas 6 Bijak”. Kata Cikgu Azmi sebelum berakhir kelas Kemahiran Hidup pada pagi itu. Bagi memudahkan tugasan Cikgu Azmi telah membuat agihan tugas agar keselarasan dapat dibuat. Kumpulan inovasi terdiri daripada empat orang murid kelas 6 Bijak yang diketuai oleh Basri. Mereka bukan sahaja bijak malah kreatif dan berinovasi.


Hampir dua minggu Basri dan rakan-rakan menyiapkan produk inovasi mereka. Cikgu Azmi juga memberi bimbingan dan idea bagi penambahbaikan. Cikgu Azmi bangga kerana Basri dan rakan-rakan mampu melahirkan idea dan kreativiti mereka melalui pertandingan inovasi tersebut. Berdasarkan syarat pertandingan kumpulan inovasi perlu membentangkan tugasan mereka di hadapan hakim pada hari pertandingan tersebut.


Petang itu Cikgu Azmi mengadakan perjumpaan dengan pasukan inovasi. ‘Setakat ini cikgu berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan. Bagi memenuhi kriteria pertandingan pasukan akan diberi masa 10 minit untuk membentangkan produk inovasi dan perlu membentangkan dengan penuh keyakinan’ terang cikgu Azmi semasa pertemuan petang itu. Saedah dan Umi selaku ahli kumpulan tekun mendengar penjelasan Cikgu Azmi. ‘Siapa yang akan membentangkan inovasi ini nanti’ Tanya Umi kepada Cikgu Azmi. ‘Sesiapa sahaja boleh menjadi wakil kumpulan untuk membentang’ kata Cikgu Azmi sambil tersenyum. Dia yakin dengan kemampuan anak muridnya seperti kata peribahasa ‘kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak’. Setelah mendapat kata sepakat mereka bersetuju memilih Basri sebagai pembentang bagi menerangkan mengenai produk inovasi mereka.


Sesi latihan pembentangan inovasi berjalan selama seminggu. Basri mendapat sokongan sepenuhnya daripada guru matapelajaran Bahasa Melayu bagi kemahiran komunikasi dan pengucapan awam. Kesungguhan Basri dan rakan-rakan membanggakan rakan-rakan kelas mereka. Selain membentang Basri diajar cara berhadapan untuk menjawab soalansoalan daripada hakim. ‘Saedah, saya agak gementar untuk menghadapi pertandingan yang tinggal dua hari sahaja lagi’ kata Basri selepas sesi latihan pembentangan bersama Cikgu Azmi petang itu. ‘Kumpulan kita telah berusaha bersungguh-sungguh saya yakin kita akan berjaya’ kata Saedah selaku penolong kumpulan mereka dengan penuh keyakinan.


Di rumah, Basri terus berlatih dengan bimbingan kedua ibubapanya. Dia ingin membuktikan produk inovasi yang dicetuskan oleh beliau dan rakan-rakan benar-benar berkesan dan dapat membantu dalam aktiviti pembelajaran di sekolah. “Ibu doakan kamu berjaya pada hari esok” kata ibu Basri apabila melihat kegigihan anaknya berlatih untuk sesi pembentangan. Dalam diam-diam dia kagum dengan penghasilan inovasi Basri dan rakanrakan. Walaupun mereka masih kecil tetapi mempunyai idea yang kreatif seperti kata peribahahasa ‘kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak’.


Hari inovasi pada itu turut disertai oleh sekolah-sekolah berdekatan. Pertandingan berjalan lancar dan meriah. Basri telah berjaya membentangkan produk inovasi dengan penuh keyakinan dan mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh panel penilai. Cikgu Azmi gembira kerana berjaya melahirkan murid-murid berinovasi dan kreatif selaras dengan ciri Pendidikan Abad ke 21. Produk inovasi anak muridnya berjaya mencuri tumpuan panel hakim dan terpilih sebagai salah satu produk inovasi terbaik pada hari itu. Cikgu Azmi mengucapkan tahniah kepada Basri dan rakanrakannya, benarlah kata peribahasa ‘kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak’. Peribahasa : Kecil jangan disangka anak,besar jangan disangka bapak’ Maksud: Usia muda atau tua bukan pengukur untuk menilai keupayaan atau kepandaian seseorang.


Click to View FlipBook Version