MPU21032
BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA PERPADUAN
Ahli Kumpulan :
MUHAMMAD AIDIL HAKIM BIN MOHD ZAKI
(06DEP21F20)
MUHAMMAD BAZLI BIN RAZAIDI
(06DEP21F1010)
MUHAMMAD SHABIL IQBAL BIN MOHD SHARIL
(06DEP21F1008)
Pensyarah Kursus :
NUR KHAMSIAH BINTI ADAN
KANDUNGAN
I. Pengenalan
II. Objektif Tugasan
III. Asal usul Melayu dan Bahasa Melayu
IV. Definisi Bahasa Perpaduan
V. Kepentingan Penguasaan Bahasa Melayu
VI. Peranan Bahasa Melayu
VII. Langkah Memartabatkan Bahasa Melayu
VIII. Kesimpulan
IX. Rujukan
Pengenalan Perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui
ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identity dan
nilai Bersama serta satu perasaan kebangsaan
bersama di kalangan mereka.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik
kerana kepelbagaiannya yang bukan sahaja
berbeza dari segi etnik malahan aspek ekonomi,
kebudayaan dan agama.
Ianya adalah mustahil untuk sesebuah etnik
menjadi etnik yang lain, maka struktur ekonomi
budaya dan pemangkin perlu dijadikan
pemangkin dalam usaha mencapai perpaduan.
Objektif Tugasan
I. Untuk menjelaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia
pada hari ini.
II. Untuk menjelaskan asal-usul Melayu dan bahsa
melayu yang wujud di Malaysia.
III. Untuk menjelaskan apakah definisi bahasa
perpaduan?
IV. Untuk menghuraikan kepengtingan penguasaan
Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia.
V. Untuk mengjelaskan peranan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan yang mengekalkan
perpaduan rakyat Malaysia.
VI. Untuk menjelaskan langkah-langkah
memartabatkan Bahasa Melayu.
Asal usul Melayu dan Bahasa Melayu
Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah
Melayu dan kawasan yang secara tradisional
disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-
pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang
ini.
Penggunaan istilah Melayu yang lebih am ialah
yang merujuk kepada suku bangsa yang
berbahasa Melayu yang mendiami di
Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur
Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang
berdekatan.
Bahsa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa.
Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli Bahasa
Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia
Tenggara masih belum diselidiki dengan
mendalam
Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui
secara kasar latar belakang dan pergerakan
masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang
orang Melayu.
Definisi Bahasa Perpaduan
Pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang
menjadi lambang penyatuan suara yang
digunakan sebagai alat perhubungan di dalam
lingkungan satu kelompok manusia (antara
seorang individu dengan individu yang lain) yang
berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat
yang berbilang kaum di dalam sesebuah negara.
Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip
klasifikasi dengan sesuatu yang dikuasai dan
bersifat konvensional yang seharusnya
terkebawah daripada naluri semula jadi. Whitney
(1998), berpendapat bahasa adalah salah satu
institusi sosial dan menganggap bahawa kita
menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa
hanyalah secara kebetulan sahaja, untuk
kesenangan sahaja: manusia boleh sahaja
memilih bahasa isyarat dan lambang tampak dan
bukan lambang 'akuistik'.
Kepentingan penguasaan Bahasa
Melayu
Bahasa Melayu atau Malaysia merujuk bahasa yang
telah diwartakan sebagai bahasa pertuturan rasmi di
negara ini sejak merdeka. Penggunaan bahasa ini boleh
diamalkan ketika berada di pejabat, sekolah, dan
apabila berinteraksi dengan kawan-kawan. Sebenarnya,
bahasa ini apabila diamalkan boleh membawa pelbagai
kesan positif dalam kehidupan masyarakat majmuk
Malaysia.
Manfaat yang timbul apabila rakyat Malaysia
menggunakan bahasa kebangsaan ini ialah bahasa ini
menjadi simbol kebanggaan dalam kalangan penduduk
negara. Penggunaan bahasa ini secara meluas ketika
bertutur atau berkomunikasi sesama sendiri boleh
membuktikan lambang jati diri nasional yang utuh.
Lama-kelamaan, rasa bangga akan menyusup masuk
ke dalam jiwa kerana melihat berleluasanya
penggunaan bahasa ini dalam kalangan rakyat
tempatan.
Selain itu, penggunaan bahasa ini boleh menjadi alat
perpaduan antara masyarakat Malaysia itu. Rakyat
boleh bersatu padu di bawah satu bumbung yang
dieratkan menerusi penggunaan bahasa kebangsaan ini
lalu rasa toleransi, muafakat, dan saling menghormati
akan terhasil. Ringkasnya, bahasa kebangsaan
berupaya mengeratkan hubungan antara kaum di
Malaysia dengan mudah.
Tambahan pula, bahasa kebangsaan boleh berperanan
menjadi bahasa ilmu dan maklumat dalam era
globalisasi ini. Semua sektor pendidikan di Malaysia
menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pengantar
dan kertas peperiksaan bahasa ini menjadi syarat wajib
lulus dalam semua jenis peperiksaan. Akibatnya,
bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rujukan ilmu
dan informasi dalam kalangan pelajar di negara ini.
Bahasa kebangsaan yang digunakan antara rakyat
Malaysia ini berupaya mewujudkan semangat kekitaan
yang kukuh pula. Apabila bahasa ini dituturkan oleh
semua pihak sudah pasti timbul satu persamaan yang
kukuh sesama rakyat sehingga mendaulatkan
penggunaan ke seluruh negara. Sesungguhnya, bahasa
kebangsaan yang digunakan itu boleh menjadi lambang
maruah dan imej negara yang sewajarnya.
Kesimpulannya, bahasa kebangsaan bolehlah dilihat
sebagai nyawa sesuatu bangsa itu. Kajian sudah
membuktikan bahawa bahasa melambangkan bangsa
dan tamadun sesuatu rakyat negara itu. Slogan bahasa
jiwa bangsa membuktikan bahawa bahasa yang
dituturkan itu menunjukkan budaya sesebuah negara.
Peranan Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan Bahasa kebangsaan adalah
bahasa perantaraan seluruh penduduk Malaysia daripada pelbagai kaum.
Sejak zaman Kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa
kebangsaan. Dunia luar kini mengenali bahasa Melayu sebagai bahasa negara
Malaysia. Bahasa Melayu adalah identiti negara kita. Kedudukan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan
Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa: “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan
dengan undang-undang Parlimen.
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Bahasa Melayu digunakan dalam
situasi rasmi seperti dalam urusan mahkamah, pentadbiran, pendidikan,
perdagangan dan sebagainya. Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
3. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Bahasa Melayu digunakan oleh
kaum-kaum bukan Melayu untuk berkomukinasi sesama mereka. Misalnya,
orang India dengan orang Cina menggunakan bahasa Melayu untuk
bersembang sesame mereka. Bahasa Melayu menjadi bahasa yang
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. Fungsi simbolik sesuatu bahasa
bahasa standard ialah fungsi penyatuan. Tanpa komunikasi yang baik,
ketegangan kaum akan berlaku. Melalui penggunaan bahasa Melayu,
komukinasi antara kaum akan berjalan lancar dan masalah ketegangan kaum
boleh dihindari.
4. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa ilmiah Bahasa ilmu
bermakna bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu
pengetahuan hingga ke peringkat tinggi. Bahasa ilmiah ialah bahasa yang
bersifat ilmu secara pengetahuan, keilmuan dan akademik. Bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa penyampaian pelbagai bidang ilmu sama ada sejarah,
matematik, perundangan, kedoktoran dan sebagainya.
Langkah memartabatkan Bahasa
Melayu
1.Memastikan urusan rasmi negara
menggunakan Bahasa Melayu.
2.Mansuhkan sekolah vernakular.
3.Menerbitkan buku, seni dan kandungan dalam
Bahasa Melayu.
4.Memperkasa Dewan Bahasa dan Pustaka.
5.Melibatkan syarikat korporat dalam aktiviti
kebahasaan.
6.Menguatkuasakan Bahasa Melayu dalam
penyiaran dan pengiklanan.
Kesimpulan
Keistimewaan yang dimiliki oleh bahasa Melayu
sebagai bahasa lingua franca membolehkannya
ditutur oleh semua kaum dan melayakkannya
mewakili seluruh etnik di Malaysia. Daripada
analisis dapatan kajian, dapatlah dinyatakan
bahawa bahasa Melayu boleh dikatakan berjaya
berfungsi sebagai bahasa perpaduan melalui
pendidikan walaupun tidak
sepenuhnya.Maksudnya masih ada kekurangan
yang perlu dipenuhi untuk memastikan bahasa
Melayu benar-benar berwibawa menjadi bahasa
penyatuan kaum di Malaysia. Kemampuan bahasa
Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat dilihat
dalam beberapa usaha yang dijalankan oleh
kerajaan. Elemen-elemen yang tidak sihat yang
boleh melunturkan perpaduan dan bahasa Melayu
perlu ditangani secara bijaksana jika ingin terus
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan. Keteguhan sesebuah negara
bergantung kepada perpaduan
rakyatnya.Perpaduan kaum yang sedia terjalin
antara kaum di negara ini perlu diperkukuh untuk
memastikan suasana negara yang aman,makmur,
selesa dan harmoni dapat dipertahankan. Peranan
bahasa Melayu dalam membina perpaduan kaum
perlu dipertahankan dan dipertingkatkan seiring
dengan kemajuan yang dicapai oleh negara.
Rujukan
https://anyflip.com/xtlsl/dljd/basic
https://slideplayer.info/amp/14262563/
https://www.slideshare.net/Berly169/asal-usul-
b
https://cikgu-
rozali.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-
bahasa-perpaduan-nasira.html
https://zekzana.blogspot.com/2012/11/fungsi-
dan-kepentingan-bahasa-melayu.html