The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cicer Pat, 2024-04-04 01:37:36

Panduan Pentadbiran Pentaksiran Psikometrik Inventori Minat Kerjaya Tingkatan 5

IMK Tingkatan 5

PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI MINAT KERJAYA TINGKATAN 5 (IMK_Tg5) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN


1 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN 0 1.0 PENGENALAN 2 2.0 INSTRUMEN 3 2.1 Inventori Minat Kerjaya (IMK) 3 2.2 Kaedah Pentadbiran 3 2.2.1 CARTA ALIR PENTADBIRAN INVENTORI PSIKOMETRIK 4 2.3 Pengiraan Dan Tafsiran Skor 5 2.3.1 Pengiraan 5 2.3.2 Pentafsiran 6 3.0 PENYIMPANAN BORANG PROFIL PSIKOMETRIK (BPP) 8 3.1 Jenis Maklumat Skor Profil Psikometrik 8 3.2 Penyimpanan Dokumen 9 3.3 Dokumen Murid Pindah dan Masuk 9 4.0 PERANAN BAHAGIAN 10 4.1 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) 10 4.2 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 10 4.3 PENGETUA 10 4.4 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)/GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING LANTIKAN DALAMAN (GBKLD) 10 4.5 GURU 11 RUJUKAN 12 LAMPIRAN


2 INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK) 1.0 PENGENALAN Inventori Minat Kerjaya (IMK) adalah berasaskan Teori Tipologi Kerjaya Holland (1985). Teori ini mempunyai tiga keperluan komponen utama iaitu individu, persekitaran dan keserasian antara individu dan persekitaran. Pemilihan kerjaya seseorang individu adalah berdasarkan personaliti dan beberapa faktor yang terdapat pada latar belakang pekerjaan itu (Holland, 1973). Asas yang digunakan dalam teori ini ialah: i. Pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan. ii. Minat seseorang itu lahir daripada personaliti. iii. Individu daripada jenis persekitaran pekerjaan yang sama mempunyai persamaan dari segi pola personaliti. iv. Keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja. Teori Tipologi Kerjaya Holland (1996) mengutarakan empat andaian: i. Semua individu boleh dikategorikan dalam salah satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K). Setiap personaliti terhasil daripada ciri-ciri interaksi antara pelbagai kebudayaan, keturunan, dan desakan individu termasuk rakan sebaya, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Situasi yang demikian akan menimbulkan minat dalam kalangan individu. ii. Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K). Ringkasan bagi enam jenis persekitaran pekerjaan ini ialah RIASEK. iii. Individu akan mencari persekitaran pekerjaan yang selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai. Individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. iv. Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan persekitarannya. Secara tidak langsung, kita akan dapat meramal beberapa perkara berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kompetensi, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.


3 2.0 INSTRUMEN 2.1 Inventori Minat Kerjaya (IMK) Inventori Minat Kerjaya (IMK) mempunyai 3 komponen iaitu Kesukaan (Bahagian A), Pekerjaan (Bahagian B) dan Kecekapan (Bahagian C). Setiap komponen mengandungi 60 item yang mengukur 6 konstruk iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K). 2.2 Kaedah Pentadbiran Inventori ini perlu diselesaikan dalam masa 30 minit (mengikut keperluan murid). Pentadbiran inventori ini hendaklah dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Murid perlu mematuhi arahan instrumen semasa menjawab inventori ini. Inventori ini boleh diulangi selepas enam bulan daripada tarikh ujian pertama. Sila rujuk carta alir pentadbiran inventori psikometrik pada halaman 4.


4 2.2.1 CARTA ALIR PENTADBIRAN INVENTORI MINAT KERJAYA MAKLUMAT PENTADBIRAN INVENTORI Masa : Januari – November sesi persekolahan Sasaran : Inventori Minat Kerjaya (IMK) Tingkatan 5 Tempat : Sesuai dan kondusif Arahan : Murid hendaklah menjawab pada borang jawapan psikometrik IMK Kertas inventori ini tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan Penstrukturan : Etika kerahsiaan dan limitasi Masa : Dalam tempoh 30 minit mengikut keperluan murid Murid mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBKSM/GBKLD GBKSM/GBKLD mengedar Borang Profil Psikometrik (BPP) kepada murid Murid memindahkan skor ke dalam BPP GBKSM/ GBKLD akan mentafsir skor dan melaksanakan intervensi Pengesahan Pengetua Fail Profil Psikometrik (Terhad) Simpan mengikut urutan nama Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling Edaran inventori dan borang jawapan Penerangan Pentafsiran Skor/ Intervensi Skor Murid menjawab IMK Pengiraan skor IMK Pengisian Skor dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) Murid dikumpulkan Penyimpanan fail BPP


5 2.3 Pengiraan Dan Tafsiran Skor 2.3.1 Pengiraan Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati untuk menjamin kebolehpercayaan skor. Borang jawapan IMK adalah seperti LAMPIRAN. Bilangan lajur menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K) manakala 30 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 30 item. Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut: i. Pada lajur pertama; R (Realistik), murid dikehendaki mengira jawapan yang bertanda Y sahaja iaitu daripada nombor 1-10, 61-70 dan 121-130. Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di bahagian bawah borang jawapan. CONTOH: ii. Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua sehingga keenam. • Lajur 2 – I (Investigatif) • Lajur 3 – A (Artistik) • Lajur 4 – S (Sosial) • Lajur 5 – E (Enterpising) • Lajur 6 – K (Konvensional) iii. Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi dan masukkan ke dalam jadual di bahagian bawah borang jawapan. iv. Masukkan Tiga Kod Mata Holland yang tertinggi ke dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) umtuk mengenal pasti kecenderungan kerjaya. SKOR Y


6 2.3.2 Pentafsiran Bil. Konstruk Intrepetasi 1 Realistik • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. • Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. • Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. • Lebih suka bekerja di luar bangunan. Contoh pekerjaan: Jurutera, jurubina, animator, juruterbang, ahli radiologi, juruteknik elektronik, mekanik, petani moden, pembuat perabot. Ciri-ciri personaliti: Praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip. 2 Investigatif • Persekitaran yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. • Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. • Menghargai sains dan matematik. • Meminati kerjaya saintifik dan kerjaya bercorak teknikal. Contoh pekerjaan: Pegawai perubatan, ahli farmasi, psikiatrik, ahli ekonomi, ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli agronomi, ahli fizik, ahli astronomi, ahli kimia, ahli geologi, penyelidik sains, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik. Ciri-ciri personaliti: Pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris, dan jitu.


7 3 Artistik • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. • Suka bekerja dalam situasi yang tidak rutin , tidak berulang-ulang dan menghargai hasil seni kreatif. Contoh pekerjaan: Arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, komposer, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, jurusolek dan koreografer. Ciri-ciri personaliti: Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik. 4 Sosial • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. • Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. • Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Contoh pekerjaan: Guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugara/ pramugari, pemandu pelancong, bomba, tentera dan polis. Ciri-ciri personaliti: Sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, ekstrovert, empati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. 5 Enterprising • Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. • Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. • Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.


8 Contoh pekerjaan: Usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif, pengiklanan, eksekutif pemasaran, ejen insurans, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan ejen pelancongan. Ciri-ciri personaliti: Sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, sukakan cabaran, yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi. 6 Konvensional • Persekitaran berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. • Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. Contoh pekerjaan: Kerani, setiausaha, pustakawan, guru perdagangan/ guru perakaunan, akauntan, juru trengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator kilang, penilai harta, juruaudit, juruwang, dan pegawai perangkaan. Ciri-ciri personaliti: Berstruktur tinggi, teliti, resilien, praktikal, mengikut aturan, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin. 3.0 PENYIMPANAN BORANG PROFIL PSIKOMETRIK (BPP) 3.1 Jenis Maklumat Skor Profil Psikometrik Jenis Profil Psikometrik: a. Profil Individu: Profil Psikometrik Inventori Minat Kerjaya (IMK) seorang pelajar (Borang Profil Psikometrik: BPP) b. Profil Umum: Peratusan dapatan Ujian Psikometrik Inventori Minat Kerjaya (IMK) semua murid. *Penting: Skor Pentaksiran Psikometrik TIDAK TERMASUK dalam lain-lain komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Skor tersebut dilaporkan secara berasingan.


9 3.2 Penyimpanan Dokumen Penyimpanan dokumen bermaksud semua Borang Profil Psikometrik (BPP) iaitu Skor Inventori Minat Kerjaya (IMK) diurus dan disimpan mengikut ketetapan berikut: 3.2.1 Individu yang bertanggungjawab: Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)/Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman (GBKLD). 3.2.2 Lokasi penyimpanan: Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. 3.2.3 Penyimpanan maklumat: BPP disimpan secara urutan abjad nama murid mengikut tingkatan (Fail PBS – Pentaksiran Psikometrik). 3.2.4 Terdapat 2 jenis fail yang perlu disediakan oleh GBKSM/GBKLD a. Fail yang mengandungi data utama, Borang Profil Psikometrik (BPP) dan borang jawapan setiap murid. b. Fail yang mengandungi graf dan analisis data Inventori Minat Kerjaya (IMK) (muat turun di Sistem e-Profil Kerjaya Murid: ePKM) 3.3 Dokumen Murid Pindah dan Masuk Sekiranya terdapat murid yang berpindah masuk atau berpindah keluar sekolah, dokumen PBS Psikometrik perlu diurus seperti berikut: 3.3.1 GBKSM/GBKLD menghantar salinan Borang Pentaksiran Psikometrik (BPP) individu di dalam sampul surat yang berasingan dengan bahan PBS yang lain. 3.3.2 Surat perlu dilakri dan dialamatkan kepada GBKSM/GBKLD sekolah baharu. 3.3.3 Bagi murid yang berpindah masuk, pastikan maklumat pentaksiran diterima dalam keadaan yang sempurna dan perlu disimpan di dalam fail PBS Psikometrik di dalam Bilik Bimbingan dan Kaunseling.


10 4.0 PERANAN BAHAGIAN 4.1 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) 4.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dengan dibantu oleh GBKSM/GBKLD yang telah mengikuti sesi penataran. 4.1.2 Mengedarkan Manual Pentadbiran Inventori Minat Kerjaya (IMK) kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melalui Penolong Pengarah Pendidikan Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Sektor Pembangunan Murid. 4.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik di peringkat PPD. 4.2 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 4.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima bahan Pentaksiran Psikometrik. 4.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Pengetua di PPD masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik. 4.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah. 4.3 PENGETUA 4.3.1 Mengadakan perbincangan bersamaan GBKSM/GBKLD di sekolah masing-masing. 4.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.3.3 Memastikan GBKSM/GBKLD melaksanakan Pentaksiran Psikometrik berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan. 4.4 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)/ GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING LANTIKAN DALAMAN (GBKLD) 4.4.1 Berbincang bersama Pengetua tentang prosedur pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik. 4.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.4.4 Menyediakan dan menyimpan data Pentaksiran Psikometrik IMK.


11 4.4.5 Mentadbir Pentaksiran Psikometrik Inventori Minat Kerjaya (IMK). 4.4.6 Membuat intervensi dan konsultasi dapatan inventori. 4.5 GURU 4.5.1 Menggunakan hasil dapatan inventori yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBKLD untuk penambahbaikan serta perancangan pengajaran dan pembelajaran serta mengenal pasti potensi murid mengikut bidang kerjaya. 4.5.2 Menggunakan hasil dapatan inventori yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBKLD untuk perkembangan murid.


12 RUJUKAN BPS.(2012). http://www.bps.org.uk (atas talian) Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Ed. Ke-2. New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hair, Black & Babin.2010. Multivariate Data Analysis: A Global Persepctive. 7th Edition. U.S: Pearson Publication Hanizah Hamzah (2011). Mentaksir ciri tret psikologi murid: Penerokaan dimensi baru. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Hanizah Hamzah (2011). Profil: Kenali murid. Tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Hanizah Hamzah (2011). Pentaksiran holistic acuan Malaysia: PASSaK PADI 5 SERANGKAI. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choices: A theory of vocational personality and work environment. Florida. Psychological Assessment resources Inc. Holland, J.L. (1985). Making Vocational Choices: A theory of vocational personality and work environment. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Holland, J.L. (1973). Making Vocational Choices: A theory of careers. New Jersey: PrenticeHall, Inc. Iran Herman (2004). Ujian pengukuran dan taksiran dalam kaunseling. Kolukium Kebangsaan Pemantapan Program Kaunseling di Malaysia. Anjuran: Jabatan Kaunseling & Psikologi, Fakulti Pembangunan Sosial & Manusia, UUM, Hotel City Bayview, Langkawi. 13-16 Disember Jenkins, M.S & Griffith, R.L 2003. Using Personality Constructs to Predict Performance: Narrow or Broad Bandwidth. Journal of Business and Psychology 19(2). Khodori Ahmad (2011). Berkenalan dan bercinta dengan ujian psikometrik. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Lewis, G & Crozier, G.1999. Understanding Psychometric Testing in a Week. Hodder & Stougton: NZ McCrea, R.R. & Costa, P.T. (1999). A Five Factor Theory of Personality. Dalam L,A. Pervin & O.P, John (Eds.), Personality theory and research, New York: Guldford Press Parson, F. (1967). Choosing a Vocation. New York: Agathon Press. Edisi asal diterbitkan pada tahun 1990 Piaget, J (1964). Development and Learning. Ithaca: Cornell University, School of Education


13 Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Sekaran, U. (2003). Research methods for business. 4th Edition. New York: John Wiley & Son. Inc.


BORANG JAWAPAN PSIKOMETRIK INVENTORI MINAT KERJAYA Nama: Kelas: Jantina: No. K/P: Bulatkan pada pilihan jawapan anda. 1. Y T 11. Y T 21. Y T 31. Y T 41. Y T 51. Y T 2. Y T 12. Y T 22. Y T 32. Y T 42. Y T 52. Y T 3. Y T 13. Y T 23. Y T 33. Y T 43. Y T 53. Y T 4. Y T 14. Y T 24. Y T 34. Y T 44. Y T 54. Y T 5. Y T 15. Y T 25. Y T 35. Y T 45. Y T 55. Y T 6. Y T 16. Y T 26. Y T 36. Y T 46. Y T 56. Y T 7. Y T 17. Y T 27. Y T 37. Y T 47. Y T 57. Y T 8. Y T 18. Y T 28. Y T 38. Y T 48. Y T 58. Y T 9. Y T 19. Y T 29. Y T 39. Y T 49. Y T 59. Y T 10. Y T 20. Y T 30. Y T 40. Y T 50. Y T 60. Y T 61. Y T 71. Y T 81. Y T 91. Y T 101. Y T 111. Y T 62. Y T 72. Y T 82. Y T 92. Y T 102. Y T 112. Y T 63. Y T 73. Y T 83. Y T 93. Y T 103. Y T 113. Y T 64. Y T 74. Y T 84. Y T 94. Y T 104. Y T 114. Y T 65. Y T 75. Y T 85. Y T 95. Y T 105. Y T 115. Y T 66. Y T 76. Y T 86. Y T 96. Y T 106. Y T 116. Y T 67. Y T 77. Y T 87. Y T 97. Y T 107. Y T 117. Y T 68. Y T 78. Y T 88. Y T 98. Y T 108. Y T 118. Y T 69. Y T 79. Y T 89. Y T 99. Y T 109. Y T 119. Y T 70. Y T 80. Y T 90. Y T 100. Y T 110. Y T 120. Y T 121. Y T 131. Y T 141. Y T 151. Y T 161. Y T 171. Y T 122. Y T 132. Y T 142. Y T 152. Y T 162. Y T 172. Y T 123. Y T 133. Y T 143. Y T 153. Y T 163. Y T 173. Y T 124. Y T 134. Y T 144. Y T 154. Y T 164. Y T 174. Y T 125. Y T 135. Y T 145. Y T 155. Y T 165. Y T 175. Y T 126. Y T 136. Y T 146. Y T 156. Y T 166. Y T 176. Y T 127. Y T 137. Y T 147. Y T 157. Y T 167. Y T 177. Y T 128. Y T 138. Y T 148. Y T 158. Y T 168. Y T 178. Y T 129. Y T 139. Y T 149. Y T 159. Y T 169. Y T 179. Y T 130. Y T 140. Y T 150. Y T 160. Y T 170. Y T 180. Y T 3 KOD HOLLAND LAMPIRAN


[Lihat halaman sebelah IMK_Tg5 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI MINAT KERJAYA TINGKATAN 5 IMK_Tg5 30 minit JANGAN BUKA INSTRUMEN PENTAKSIRAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nama, kelas, jantina dan nombor kad pengenalan anda pada borang jawapan yang disediakan. 2. Instrumen pentaksiran ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A (Kesukaan), Bahagian B (Pekerjaan) dan Bahagian C (Kecekapan). 3. Bulatkan Y (Ya) atau T (Tidak) bagi pernyataan yang bersesuaian dengan diri anda pada borang jawapan yang disediakan. 4. Instrumen pentaksiran ini hendaklah diserahkan kepada guru pentaksir pada akhir pentaksiran. KEMENTERIAN PENDIDIKAN AMARAN Instrumen pentaksiran Inventori Minat Kerjaya (IMK) adalah HAK CIPTA TERPELIHARA Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesiapa sahaja tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam apa juga bentuk sama ada secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Instrumen pentaksiran ini mengandungi 7 halaman bercetak.


TERHAD 2 IMK_Tg5 [Lihat halaman sebelah IMK_Tg5 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Bahagian A (Kesukaan) NO. PERNYATAAN RESPONS Saya suka... 1 menjalankan aktiviti di bengkel atau makmal YA TIDAK 2 bersukan YA TIDAK 3 menggunakan peralatan elektrik YA TIDAK 4 membaiki basikal YA TIDAK 5 membina model atau arca YA TIDAK 6 menjaga tanaman hiasan YA TIDAK 7 mengubahsuai peralatan yang rosak YA TIDAK 8 menggunakan peralatan pertukangan YA TIDAK 9 berkebun YA TIDAK 10 menggunakan mesin YA TIDAK 11 menjalankan kajian YA TIDAK 12 mengetahui berita terkini YA TIDAK 13 mencari maklumat mengenai kerjaya YA TIDAK 14 membaca buku-buku penyiasatan YA TIDAK 15 permainan strategi YA TIDAK 16 mengenal pasti kandungan nutrisi dalam makanan YA TIDAK 17 mengetahui asal usul budaya sesuatu kaum YA TIDAK 18 menyertai pertandingan inovasi YA TIDAK 19 memerhati tingkah laku manusia YA TIDAK 20 melawat pameran sains YA TIDAK 21 melukis YA TIDAK 22 menyanyi YA TIDAK 23 bermain alat muzik YA TIDAK 24 menghias rumah YA TIDAK 25 mengikuti fesyen terkini YA TIDAK 26 menghayati keindahan alam YA TIDAK 27 menulis cerpen YA TIDAK 28 mengikuti perkembangan industri seni YA TIDAK 29 menggubah lagu YA TIDAK 30 menghasilkan e-card secara kreatif YA TIDAK


TERHAD 3 IMK_Tg5 [Lihat halaman sebelah IMK_Tg5 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya suka... 31 menyertai aktiviti perkhemahan YA TIDAK 32 membantu orang lain YA TIDAK 33 bercuti bersama rakan-rakan YA TIDAK 34 bekerja secara berkumpulan YA TIDAK 35 menyertai program kemasyarakatan YA TIDAK 36 mendengar masalah rakan-rakan saya YA TIDAK 37 menghadiri majlis keramaian YA TIDAK 38 berkongsi peralatan dengan rakan YA TIDAK 39 mencari kenalan baharu YA TIDAK 40 menyertai aktiviti kelab dan persatuan YA TIDAK 41 mengetuai aktiviti kelas YA TIDAK 42 memujuk rakan-rakan menyertai aktiviti YA TIDAK 43 mencari peluang YA TIDAK 44 bersaing YA TIDAK 45 berucap di khalayak ramai YA TIDAK 46 mencuba perkara baharu YA TIDAK 47 melakukan aktiviti yang mendatangkan keuntungan YA TIDAK 48 meyakinkan orang lain YA TIDAK 49 menonjolkan kebolehan diri YA TIDAK 50 berjual beli YA TIDAK 51 merancang perbelanjaan YA TIDAK 52 menyusun barang dengan teratur dan kemas YA TIDAK 53 melakukan sesuatu kerja mengikut peraturan YA TIDAK 54 bertugas mengikut jadual YA TIDAK 55 menyimpan dokumen dengan teratur YA TIDAK 56 mencatat aktiviti harian YA TIDAK 57 melakukan aktiviti yang sistematik YA TIDAK 58 menepati masa YA TIDAK 59 merancang aktiviti mengikut keutamaan YA TIDAK 60 mematuhi peraturan sekolah YA TIDAK


TERHAD 4 IMK_Tg5 [Lihat halaman sebelah IMK_Tg5 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Bahagian B (Pekerjaan) NO. PERNYATAAN RESPONS Saya berminat untuk menjadi... 61 atlet YA TIDAK 62 kontraktor YA TIDAK 63 juruterbang YA TIDAK 64 tukang masak (cef) YA TIDAK 65 pelumba litar YA TIDAK 66 juruteknik YA TIDAK 67 peladang komersil YA TIDAK 68 mekanik YA TIDAK 69 arkitek YA TIDAK 70 juru x-ray YA TIDAK 71 saintis YA TIDAK 72 ahli geologi YA TIDAK 73 ahli astronomi YA TIDAK 74 ahli botani YA TIDAK 75 pakar bedah YA TIDAK 76 pegawai penyiasat YA TIDAK 77 ahli farmasi YA TIDAK 78 ahli arkeologi YA TIDAK 79 penganalisis ekonomi YA TIDAK 80 ahli forensik YA TIDAK 81 komposer YA TIDAK 82 penyanyi YA TIDAK 83 pelakon YA TIDAK 84 juruhias YA TIDAK 85 pelukis YA TIDAK 86 pereka fesyen YA TIDAK 87 pereka tari YA TIDAK 88 jurufoto YA TIDAK 89 pengarah filem YA TIDAK 90 pereka grafik YA TIDAK


TERHAD 5 IMK_Tg5 [Lihat halaman sebelah IMK_Tg5 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya berminat untuk menjadi... 91 guru YA TIDAK 92 kaunselor YA TIDAK 93 jururawat YA TIDAK 94 penyambut tetamu YA TIDAK 95 pakar motivasi YA TIDAK 96 pengurus perhubungan awam YA TIDAK 97 pegawai kebajikan masyarakat YA TIDAK 98 pensyarah YA TIDAK 99 wartawan YA TIDAK 100 pemandu pelancong YA TIDAK 101 peguam YA TIDAK 102 pakar runding YA TIDAK 103 pengurus jualan YA TIDAK 104 pengarah syarikat YA TIDAK 105 ejen insurans YA TIDAK 106 pengusaha restoran YA TIDAK 107 pegawai pemasaran YA TIDAK 108 ahli politik YA TIDAK 109 jurujual YA TIDAK 110 usahawan YA TIDAK 111 pegawai bank YA TIDAK 112 akauntan YA TIDAK 113 juruwang YA TIDAK 114 setiausaha YA TIDAK 115 juruaudit YA TIDAK 116 pengaturcara komputer YA TIDAK 117 jurulatih YA TIDAK 118 pustakawan YA TIDAK 119 penilai harta YA TIDAK 120 kerani YA TIDAK


TERHAD 6 IMK_Tg5 [Lihat halaman sebelah IMK_Tg5 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Bahagian C (Kecekapan) NO. PERNYATAAN RESPONS Saya boleh... 121 menggunakan radas makmal YA TIDAK 122 menyusun atur perabot YA TIDAK 123 memasang komponen sesuatu barangan YA TIDAK 124 menghasilkan video menggunakan peranti YA TIDAK 125 bermain permainan video YA TIDAK 126 menggunakan perkakasan elektrik YA TIDAK 127 melukis menggunakan komputer YA TIDAK 128 mengetuai aktiviti senamrobik YA TIDAK 129 menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam sayur YA TIDAK 130 menjahit pakaian YA TIDAK 131 menentukan nilai kalori makanan YA TIDAK 132 membuat kesimpulan daripada pemerhatian YA TIDAK 133 menerangkan kejadian siang dan malam YA TIDAK 134 mengelaskan jenis-jenis tumbuhan YA TIDAK 135 menerangkan faktor-faktor pencemaran alam YA TIDAK 136 menyelesaikan teka silang kata YA TIDAK 137 menjawab soalan-soalan yang menguji minda YA TIDAK 138 menganalisis data daripada eksperimen YA TIDAK 139 memahami proses fotosintesis dalam tumbuhan YA TIDAK 140 menjelaskan kitaran hidup sesuatu organisma YA TIDAK 141 membuat persembahan YA TIDAK 142 melukis YA TIDAK 143 menyanyi YA TIDAK 144 mereka cipta YA TIDAK 145 menghasilkan penulisan YA TIDAK 146 menterjemah perasaan melalui lukisan YA TIDAK 147 menggunakan warna dengan baik YA TIDAK 148 berlakon YA TIDAK 149 membuat pementasan teater YA TIDAK 150 menghasilkan rekaan pakaian YA TIDAK


TERHAD 7 IMK_Tg5 IMK_T5 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya boleh... 151 menyampaikan syarahan YA TIDAK 152 bekerjasama dengan orang lain YA TIDAK 153 menyertai acara sukaneka YA TIDAK 154 menyertai aktiviti amal untuk sekolah YA TIDAK 155 menyertai aktiviti sukarelawan YA TIDAK 156 mengendalikan program sekolah YA TIDAK 157 mengenali rakan baharu dengan mudah YA TIDAK 158 berkongsi ilmu dengan rakan-rakan YA TIDAK 159 membantu orang yang dalam kesusahan YA TIDAK 160 melayan tetamu dalam sesuatu majlis YA TIDAK 161 memujuk orang lain untuk mendapatkan sesuatu YA TIDAK 162 mempengaruhi orang lain untuk melakukan aktiviti YA TIDAK 163 menjadi jurujual YA TIDAK 164 mewakili kumpulan dalam tugasan YA TIDAK 165 berjual beli YA TIDAK 166 menjadi ketua YA TIDAK 167 meyakinkan orang lain dengan mudah YA TIDAK 168 menjual hasil kerja secara dalam talian YA TIDAK 169 mempromosi sesuatu aktiviti YA TIDAK 170 merancang strategi untuk mendapat keuntungan YA TIDAK 171 membuat catatan harian secara berterusan YA TIDAK 172 merekodkan perbelanjaan harian dengan teliti YA TIDAK 173 menghasilkan laporan tugasan secara terperinci YA TIDAK 174 menyusun atur peralatan kelas agar lebih kondusif YA TIDAK 175 menyimpan dokumen dengan teratur dan kemas YA TIDAK 176 belajar mengikut jadual YA TIDAK 177 melakukan tugasan mengikut arahan YA TIDAK 178 menepati masa YA TIDAK 179 mengurus perbelanjaan dengan berhemat YA TIDAK 180 melakukan aktiviti yang rutin YA TIDAK INSTRUMEN PENTAKSIRAN TAMAT


BORANG JAWAPAN PSIKOMETRIK INVENTORI MINAT KERJAYA Nama: Kelas: Jantina: No. K/P: Bulatkan pada pilihan jawapan anda. 1. Y T 11. Y T 21. Y T 31. Y T 41. Y T 51. Y T 2. Y T 12. Y T 22. Y T 32. Y T 42. Y T 52. Y T 3. Y T 13. Y T 23. Y T 33. Y T 43. Y T 53. Y T 4. Y T 14. Y T 24. Y T 34. Y T 44. Y T 54. Y T 5. Y T 15. Y T 25. Y T 35. Y T 45. Y T 55. Y T 6. Y T 16. Y T 26. Y T 36. Y T 46. Y T 56. Y T 7. Y T 17. Y T 27. Y T 37. Y T 47. Y T 57. Y T 8. Y T 18. Y T 28. Y T 38. Y T 48. Y T 58. Y T 9. Y T 19. Y T 29. Y T 39. Y T 49. Y T 59. Y T 10. Y T 20. Y T 30. Y T 40. Y T 50. Y T 60. Y T 61. Y T 71. Y T 81. Y T 91. Y T 101. Y T 111. Y T 62. Y T 72. Y T 82. Y T 92. Y T 102. Y T 112. Y T 63. Y T 73. Y T 83. Y T 93. Y T 103. Y T 113. Y T 64. Y T 74. Y T 84. Y T 94. Y T 104. Y T 114. Y T 65. Y T 75. Y T 85. Y T 95. Y T 105. Y T 115. Y T 66. Y T 76. Y T 86. Y T 96. Y T 106. Y T 116. Y T 67. Y T 77. Y T 87. Y T 97. Y T 107. Y T 117. Y T 68. Y T 78. Y T 88. Y T 98. Y T 108. Y T 118. Y T 69. Y T 79. Y T 89. Y T 99. Y T 109. Y T 119. Y T 70. Y T 80. Y T 90. Y T 100. Y T 110. Y T 120. Y T 121. Y T 131. Y T 141. Y T 151. Y T 161. Y T 171. Y T 122. Y T 132. Y T 142. Y T 152. Y T 162. Y T 172. Y T 123. Y T 133. Y T 143. Y T 153. Y T 163. Y T 173. Y T 124. Y T 134. Y T 144. Y T 154. Y T 164. Y T 174. Y T 125. Y T 135. Y T 145. Y T 155. Y T 165. Y T 175. Y T 126. Y T 136. Y T 146. Y T 156. Y T 166. Y T 176. Y T 127. Y T 137. Y T 147. Y T 157. Y T 167. Y T 177. Y T 128. Y T 138. Y T 148. Y T 158. Y T 168. Y T 178. Y T 129. Y T 139. Y T 149. Y T 159. Y T 169. Y T 179. Y T 130. Y T 140. Y T 150. Y T 160. Y T 170. Y T 180. Y T 3 KOD HOLLAND


Click to View FlipBook Version