PANDUAN PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI TRET PERSONALITI TINGKATAN 2 & TINGKATAN 4 (ITP_Tg2 & ITP_Tg4) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 MANUAL PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI TRET PERSONALITI (ITP) TINGKATAN 2 & TINGKATAN 4 1.0 PENGENALAN Inventori Tret Personaliti ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tret personaliti setiap murid. Inventori ini bersandarkan kepada teori Tret dan Faktor yang diperkenalkan oleh Frank Parsons, (1967). Matlamat akhir pendekatan teori ini adalah untuk memastikan ciri peribadi individu selaras dengan keperluan bidang pekerjaan. Aspek ini penting kerana keselarasan antara ciri peribadi dengan keperluan pekerjaan boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi, kepuasan kerja dan produktiviti. Justeru, keselarasan personaliti individu dengan persekitaran pekerjaan perlu diberi penekanan dalam proses merancang kerjaya. Menurut Parsons (dalam Sidek Mohd Noah, 2006), pemilihan kerjaya secara saintifik memerlukan strategi yang sistematik, tepat dan berkesan. Strategi yang diutarakan ialah: i. Mengenal pasti tret personaliti individu daripada aspek potensi diri. ii. Menganalisis maklumat berkaitan keperluan pekerjaan dan pendidikan. iii. Memadan dan membuat perancangan pemilihan kerjaya berdasarkan potensi diri. Parsons (dalam Sidek Mohd Noah, 2006) menyenaraikan tiga langkah dalam proses pemilihan kerjaya dan pendidikan: i. Menolong individu mengenal pasti potensi diri dari aspek personaliti, minat, nilai dan pencapaian dengan menggunakan ujian psikometrik seperti ujian minat kerjaya, ujian personaliti, ujian nilai dan ujian pencapaian. ii. Mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai sesuatu pekerjaan dan bidang pengajian seperti keperluan latihan, tempat latihan, syarat kelayakan akademik, jangka masa latihan dan maklumat lain yang berkaitan. iii. Membuat keputusan dalam memilih kerjaya selaras dengan tret personaliti untuk masa depan individu. Konstruk yang ditaksir untuk Inventori Tret Personaliti (ITP) bersesuaian dengan budaya dan keperluan murid. Konstruk ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret dan Faktor (Parsons, 1967), Big Five Personality (McCrea & Costa, 1999) dan Narrow Personality Traits (Jenkins & Griffith, 2003).
2 Lima belas konstruk yang diukur ialah: 1. Autonomi 2. Kreatif 3. Agresif 4. Ekstrovert 5. Pencapaian 6. Kepelbagaian 7. Intelektual 8. Kepimpinan 9. Struktur 10. Resilien 11. Menolong 12. Analitikal 13. Kritik diri 14. Wawasan 15. Ketelusan Ujian ini dilaksanakan pada masa yang ditentukan dan mengikut keperluan. Instrumen ini disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) atau Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman (GBKLD) di sekolah. Pelaporan ujian ini perlu disediakan oleh pihak sekolah bagi tujuan murid mengenali potensi diri, minat, nilai dan laluan kerjaya. 2.0 INSTRUMEN 2.1 Inventori Tret Personaliti (ITP) Inventori Tret Personaliti (ITP) telah diuji sah ke atas 1000 orang murid Tingkatan 1 dari 47 buah sekolah menengah di Malaysia dari 5 April 2012 hingga 26 April 2012. Data telah diproses untuk melihat kebolehpercayaan dan kesahan item (Creswell, 2005). Item-item ini mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach > 0.8 (Hair, Black & Babin, 2010). Ujian ITP mengandungi 15 konstruk. Setiap konstruk mempunyai 10 item. 2.2 Kaedah Pentadbiran Inventori ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Pentadbiran inventori ini hendaklah dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Segala arahan perlu diikuti dan dipatuhi oleh murid yang mengambil inventori. Pengambilan inventori ini boleh diulangi selepas enam bulan dari tarikh pengambilan yang pertama. Carta aliran pentadbiran inventori menunjukkan prosedur yang perlu diikuti oleh pentadbiran ujian.
3 2.2.1 CARTA ALIR PENTADBIRAN INVENTORI PSIKOMETRIK MAKLUMAT PENTADBIRAN INVENTORI Masa : Januari – Jun sesi persekolahan Sasaran : Inventori Tret Personaliti (ITP) Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 Tempat : Sesuai dan kondusif Arahan : Murid hendaklah menjawab di atas borang jawapan. Kertas soalan inventori ini tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan Penstrukturan : Etika kerahsiaan dan limitasi Masa : 20 hingga 30 minit mengikut keperluan murid Murid mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBKSM/GBKLD Mengedar Borang Profil Psikometrik (BPP) kepada murid Murid memindahkan skor ke dalam BPP GBKSM/GBKLD akan memberikan pentafsiran skor dan melaksanakan intervensi Pengesahan Pengetua Fail Profil Psikometrik (Terhad) Simpan mengikut urutan nama Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling Edaran inventori dan borang jawapan Penerangan Pentafsiran skor/ Intervensi skor Murid menjawab soalan Pengiraan skor Pengisian skor dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) Murid dikumpulkan Penyimpanan fail BPP
4 2.3 Pengiraan dan Tafsiran Skor 2.3.1 Pengiraan Pengiraan skor dan pembentukan profil inventori boleh dibuat secara manual atau menggunakan program komputer yang khusus. Borang jawapan ITP mengandungi 15 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 15 konstruk iaitu empat belas (14) konstruk tret personaliti dan satu (1) konstruk skala ketelusan. Sementara 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret diwakili oleh 10 item. Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut: i. Pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja mengikut baris 1 hingga 15. ii. Isikan jumlah jawapan Y di ruangan yang disediakan di bahagian kanan borang jawapan. iii. Tukarkan jumlah skor kepada nilai peratus dan masukkan dalam Borang Profil Psikometrik (BPP). 2.3.2 Pentafsiran BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 1. AUTONOMI Individu lebih Rendah 1 – 39 % Anda lebih suka menerima arahan sukakan kebebasan orang lain, akur kepada peraturan dan dalam tindakannya mempunyai sifat kebergantungan yang dan dapat mengawal tinggi. serta menentukan aktiviti-aktiviti Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai ciri-ciri autonomi hariannya. pada tahap sederhana dari segi keakuran, kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti harian. Tinggi 70 – 99 % Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan, sangat berdikari dan yakin dalam membuat keputusan. 2. KREATIF Individu Rendah 1 – 39 % Anda lebih suka menggunakan daripada berkebolehan menghasilkan sesuatu. Anda kurang mencipta, menggunakan daya imaginasi tetapi menghasilkan dan selesa menggunakan idea yang sedia mengembangkan ada. idea baru dan asli. Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai ciri-ciri kreatif pada tahap sederhana. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan karya kreatif yang asli dan tidak suka kerja yang berstruktur.
5 BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 3. AGRESIF Individu bersikap tegas, berani menyuarakan pendapat dan suka memanipulasi perasaan orang lain. Rendah 1 – 39 % Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda. Sederhana 40 – 69 % Anda seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga hati dan perasaan orang lain. Tinggi 70 – 99 % Anda seorang individu yang agresif dan berani mengkritik tanpa menghiraukan perasaan orang lain demi mencapai matlamat diri. 4. EKSTROVERT Individu suka berada, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai. Rendah 1 – 39 % Anda seorang yang introvert; pemalu, suka bersendirian, kurang selesa berada dalam sesuatu majlis dan bercakap di khalayak ramai. Sederhana 40 – 69 % Anda bersederhana dalam pergaulan sosial iaitu berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan persekitaran dan rakan-rakan. Tinggi 70 – 99 % Anda seorang yang peramah, suka bergaul, bekerja dalam kumpulan, suka menghadiri sesuatu majlis dan yakin bercakap di hadapan orang ramai. 5. PENCAPAIAN Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi dalam menyelesaikan tugas, sentiasa ingin kejayaan dan suka bersaing walaupun banyak halangan. Rendah 1 – 39 % Anda kurang bermotivasi, tidak suka akan persaingan dan tidak mementingkan kejayaan. Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai motivasi dan pencapaian yang sederhana. Tinggi 70 – 99 % Anda seorang yang sangat bermotivasi, sukakan persaingan dan berorientasikan kecemerlangan.
6 BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 6 KEPELBAGAIAN Individu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, inginkan pengalaman dan perubahan berterusan. Rendah 1 – 39 % Anda sangat suka situasi yang tenang, stabil dan selamat. Selesa dengan aktiviti yang rutin dan tidak suka akan perubahan. Sederhana 40 – 69 % Anda seorang yang kurang fleksibel dan mengambil masa untuk menerima dan melakukan perubahan. Tinggi 70 – 99 % Anda seorang yang mudah menerima dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan pengalaman baharu serta inginkan perubahan berterusan. 7. INTELEKTUAL Individu berminat kepada aktiviti berfikir dan memberi cabaran minda. Rendah 1 – 39 % Anda tidak berminat kepada aktiviti yang berstruktur, berkemahiran dan praktikal. Anda tidak suka dengan aktiviti mencabar minda. Sederhana 40 – 69 % Anda suka dengan aktiviti mencabar minda dan pengetahuan. Tinggi 70 – 99 % Anda sangat suka kepada aktiviti yang mencabar minda dan pengetahuan serta mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. 8. KEPIMPINAN Individu yang mempunyai ciri-ciri pemimpin dan mudah mempengaruhi orang lain. Rendah 1 – 39 % Anda lebih suka menjadi pengikut daripada memimpin. Sederhana 40 – 69 % Anda boleh menjadi pemimpin atau pengikut. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi, berinisiatif, daya penggerak dan boleh mempengaruhi orang lain
7 BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 9. STRUKTUR Individu suka kepada perkara yang teratur, kemas, terperinci dan mengikut peraturan. Rendah 1 – 39 % Anda tidak suka kepada peraturan, aktiviti yang bersistematik dan berulang-ulang. Sederhana 40 – 69 % Anda cenderung mengikut peraturan dan bersistematik. Tinggi 70 – 99 % Anda suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, terperinci dan berulang-ulang. 10. RESILIENCE / DAYA TAHAN Individu yang cekal, mempunyai daya tahan dan ikhtiar yang tinggi untuk menyempurnakan sesuatu tugasan. Rendah 1 – 39 % Anda mempunyai daya ketahanan yang rendah, mudah mengalah, cepat bosan dan suka menangguhkan kerja. Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai ketahanan diri seperti sifat cuba jaya dan ikhtiar. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai semangat juang yang tinggi, berjiwa kental, asertif tinggi, ikhtiar bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan sesuatu tugasan. 11. MENOLONG Individu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain. Rendah 1 – 39 % Anda lebih fokus kepada diri sendiri. (Tidak peduli, tidak kisah persekitaran, tidak sensitif) Sederhana 40 – 69 % Anda mempunyai ciri-ciri menolong seperti simpati dan sering melibatkan diri dalam kebajikan. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai sifat empati yang tinggi, prihatin, peka, dan mudah menghulurkan bantuan secara sukarela. 12 ANALITIKAL Individu yang suka membuat pemerhatian dan menganalisis, sebelum membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti. Rendah 1 – 39 % Anda tidak suka menganalisis dan kurang peka terhadap persekitaran. Sederhana 40 – 69 % Anda cenderung untuk membuat pemerhatian, menganalisis dan peka terhadap persekitaran Tinggi 70 – 99 % Anda seorang yang sangat peka terhadap persekitaran, suka membuat pemerhatian dan menganalisis sebelum membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti.
8 BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR 13 KRITIK DIRI Individu yang kurang keyakinan diri dan mempunyai tanggapan bahawa orang lain lebih baik daripada diri sendiri. Rendah 1 – 39 % Anda seorang yang sangat yakin dan berkecenderungan untuk menganggap diri anda selalu betul. Sederhana 40 – 69 % Anda seorang yang suka membuat refleksi diri, kenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta mempertingkatkan kemajuan diri. Tinggi 70 – 99 % Anda sering berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah, resah dan cemas terhadap apa yang dilakukan. Individu yang mendapat skor melebihi 80% dicadangkan berjumpa guru kaunseling. 14 WAWASAN (VISIONER) Individu yang berpandangan jauh, memilik daya imaginasi yang tinggi, memikirkan idea-idea yang tidak terfikir oleh orang lain, dan berkarisma. Rendah 1 – 39 % Anda tidak memetingkan matlamat dan hala tuju dan perancangan masa hadapan. Sederhana 40 – 69 % Anda selesa dan berpuas hati dengan pencapaian dan keadaan semasa. Tinggi 70 – 99 % Anda mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas serta perancangan masa hadapan. 15 KETELUSAN Individu yang menunjukkan ketelusan dalam memberi maklum balasterhadap item inventori ini. 50 – 99 % Anda tidak telus ketika memberi maklum balas terhadap item-item inventori. Catatan: Ketelusan individu digambarkan dengan skor rendah <50.
9 3.0 PENYIMPANAN BORANG PROFIL PSIKOMETRIK (BPP) 3.1 Jenis Maklumat Skor Profil Psikometrik: 3.1.1 Jenis Profil Psikometrik: a. Profil Individu: Profil Psikometrik Inventori Tret Personaliti seorang pelajar (Borang Profil Psikometrik: BPP) b. Profil Umum: Peratusan dapatan Ujian Psikometrik Inventori Tret Personaliti semua murid. Penting: Skor Pentaksiran Psikometrik TIDAK TERMASUK dalam lain-lain komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Skor tersebut dilaporkan secara berasingan. 3.2 Penyimpanan Dokumen Penyimpanan dokumen bermaksud semua Borang Profil Psikometrik (BPP) iaitu Skor Inventori Tret Personaliti diurus dan disimpan mengikut ketetapan berikut; 3.2.1 Personalia yang bertanggungjawab: Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)/Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman (GBKLD) 3.2.2 Lokasi penyimpanan: Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah 3.2.3 Penyimpanan maklumat: BPP disimpan secara urutan abjad nama murid mengikut tingkatan (Fail PBS – Pentaksiran Psikometrik) 3.2.4 Terdapat 2 jenis fail yang perlu disediakan oleh GBKSM/GBKLD a. Fail yang mengandungi data utama, Borang Profil Psikometrik (BPP) dan borang jawapan setiap murid. b. Fail yang mengandungi graf dan analisis data Inventori Tret Personaliti (muat turun di Sistem e-Profil Kerjaya Murid: ePKM) 3.3 Dokumen Murid Pindah/Masuk Sekiranya terdapat murid yang berpindah masuk atau berpindah keluar sekolah, dokumen PBS Psikometrik perlu diurus seperti berikut: 3.3.1 GBKSM/GBKLD menghantar salinan Borang Pentaksiran Psikometrik (BPP) individu di dalam sampul surat yang berasingan dengan bahan PBS yang lain. 3.3.2 Surat perlu dilakri dan dialamatkan kepada GBKSM/GBKLD. 3.3.3 Bagi murid yang berpindah masuk, pastikan maklumat pentaksiran diterima dalam keadaan yang sempurna dan perlu disimpan di dalam fail PBS Psikometrik di dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling.
10 4.0 PERANAN BAHAGIAN 4.1 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (SEKTOR PEMBANGUNAN MURID) 4.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dengan dibantu oleh GBSKM/GBKLD yang telah mengikuti sesi penataran. 4.1.2 Mengedarkan bahan Manual Pentaksiran Psikometrik Inventori Tret Personaliti (ITP) kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melalui Penolong Pengarah Pendidikan Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Sektor Pembangunan Murid. 4.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik di peringkat PPD. 4.2 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 4.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima bahan Pentaksiran Psikometrik. 4.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Pengetua di PPD masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik. 4.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah. 4.3 PENGETUA 4.3.1 Mengadakan perbincangan bersamaan GBKSM/GBKLD di sekolah masing-masing. 4.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.3.3 Memastikan GBKSM/GBKLD melaksanakan Pentaksiran Psikometrik berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan. 4.4 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)/GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING LANTIKAN DALAMAN (GBKLD) 4.4.1 Berbincang bersama Pengetua tentang prosedur pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik. 4.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran Psikometrik. 4.4.4 Menyediakan dan menyimpan data Pentaksiran Psikometrik ITP. 4.4.5 Mentadbir Pentaksiran Psikometrik (Inventori Tret Personaliti). 4.4.6 Membuat intervens, sesi dan konsultasi dapatan inventori. 4.5 GURU 4.5.1 Menggunakan hasil dapatan inventori yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBKLD untuk penambahbaikan serta perancangan pengajaran dan pembelajaran. 4.5.2 Menggunakan hasil dapatan inventori yang telah dibincangkan bersama GBKSM/GBKLD untuk perkembangan murid.
11 RUJUKAN BPS.(2012). http://www.bps.org.uk (atas talian) Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Ed. Ke-2. New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hair, Black & Babin.2010. Multivariate Data Analysis: A Global Persepctive. 7th Edition. U.S: Pearson Publication Hanizah Hamzah (2011a). Mentaksir ciri tret psikologi murid: Penerokaan dimensi baru. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Hanizah Hamzah (2011b). Profil: Kenali murid. Tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Hanizah Hamzah (2011c). Pentaksiran holistic acuan Malaysia: PASSaK PADI 5 SERANGKAI. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choices: A theory of vocational personality and work environment. Florida. Psychological Assessment resources Inc. Holland, J.L. (1985). Making Vocational Choices: A theory of vocational personality and work environment. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Holland, J.L. (1973). Making Vocational Choices: A theory of careers. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Iran Herman (2004). Ujian pengukuran dan taksiran dalam kaunseling. Kolukium Kebangsaan Pemantapan Program Kaunseling di Malaysia. Anjuran: Jabatan Kaunseling & Psikologi, Fakulti Pembangunan Sosial & Manusia, UUM, Hotel City Bayview, Langkawi. 13-16 Disember Jenkins, M.S & Griffith, R.L 2003. Using Personality Constructs to Predict Performance: Narrow or Broad Bandwidth. Journal of Business and Psychology 19(2). Khodori Ahmad (2011). Berkenalan dan bercinta dengan ujian psikometrik. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Lewis, G & Crozier, G.1999. Understanding Psychometric Testing in a Week. Hodder & Stougton: NZ McCrea, R.R. & Costa, P.T. (1999). A Five Factor Theory of Personality. Dalam L,A. Pervin & O.P, John (Eds.), Personality theory and research, New York: Guldford Press Parson, F. (1967). Choosing a Vocation. New York: Agathon Press. Edisi asal diterbitkan pada tahun 1990 Piaget, J (1964). Development and Learning. Ithaca: Cornell University, School of Education Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Sekaran, U. (2003). Research methods for business. 4th Edition. New York: John Wiley & Son. Inc.
[Lihat halaman sebelah ITP_Tg4 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI TRET PERSONALITI TINGKATAN 4 ITP_Tg4 30 minit JANGAN BUKA INSTRUMEN PENTAKSIRAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nama, kelas, jantina, tarikh dan nombor kad pengenalan anda pada borang jawapan yang disediakan. 2. Instrumen pentaksiran ini mengandungi 150 soalan. 3. Jawab semua soalan. 4. Bulatkan Y (Ya) atau T (Tidak) bagi pernyataan yang bersesuaian dengan diri anda pada borang jawapan yang disediakan. 5. Instrumen pentaksiran ini hendaklah diserahkan kepada guru pentaksir pada akhir pentaksiran. AMARAN Instrumen pentaksiran Inventori Tret Personaliti (ITP) adalah HAK CIPTA TERPELIHARA Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesiapa sahaja tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam apa juga bentuk sama ada secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Instrumen pentaksiran ini mengandungi 7 halaman bercetak. KEMENTERIAN PENDIDIKAN
TERHAD 2 ITP_Tg4 [Lihat halaman sebelah ITP_Tg4 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya... 1 yakin dalam menyelesaikan tugasan YA TIDAK 2 mempunyai banyak idea untuk mereka cipta YA TIDAK 3 berani meluahkan perasaan YA TIDAK 4 selesa berada di khalayak ramai YA TIDAK 5 mengutamakan kejayaan dalam semua perkara YA TIDAK 6 mudah menerima suasana baharu YA TIDAK 7 suka membaca bahan ilmiah YA TIDAK 8 suka menjadi ketua kumpulan YA TIDAK 9 memastikan persekitaran sentiasa kemas YA TIDAK 10 cekal menyiapkan kerja yang sukar YA TIDAK 11 suka menjadi sukarelawan YA TIDAK 12 memahami tindakan rakan-rakan melalui pemerhatian YA TIDAK 13 kurang yakin dengan penampilan diri YA TIDAK 14 berpandangan jauh dalam merancang masa hadapan YA TIDAK 15 tidak pernah menipu YA TIDAK 16 bebas menentukan kemahuan diri YA TIDAK 17 sentiasa memberikan idea yang unik YA TIDAK 18 berani mempertahankan pendapat YA TIDAK 19 boleh menceriakan suasana YA TIDAK 20 berasa puas apabila berjaya YA TIDAK 21 sentiasa mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti YA TIDAK 22 suka permainan yang mencabar minda YA TIDAK 23 boleh mempengaruhi orang lain YA TIDAK 24 membuat kerja dengan teliti YA TIDAK 25 tekad melakukan sesuatu perkara YA TIDAK
TERHAD 3 ITP_Tg4 [Lihat halaman sebelah ITP_Tg4 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya... 26 prihatin terhadap kesusahan rakan YA TIDAK 27 mempertimbangkan pelbagai perkara sebelum membuat keputusan YA TIDAK 28 sering menyalahkan diri sendiri YA TIDAK 29 sentiasa bersemangat hadir ke sekolah YA TIDAK 30 tidak pernah gagal YA TIDAK 31 menentukan sendiri aktiviti masa lapang YA TIDAK 32 menghasilkan reka bentuk baharu YA TIDAK 33 suka mengkritik YA TIDAK 34 bersemangat melakukan aktiviti dalam kumpulan YA TIDAK 35 sukakan persaingan YA TIDAK 36 mudah menyesuaikan diri dengan kepelbagaian budaya YA TIDAK 37 mempunyai daya ingin tahu yang tinggi YA TIDAK 38 tegas dalam membuat keputusan YA TIDAK 39 suka kepada kerja rutin seharian YA TIDAK 40 berpendirian teguh YA TIDAK 41 berpuas hati apabila dapat membantu orang lain YA TIDAK 42 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu perkara YA TIDAK 43 merasakan selalu gagal dalam menyelesaikan masalah YA TIDAK 44 menggunakan potensi diri untuk mencapai cita-cita YA TIDAK 45 tidak marah jika orang lain merampas hak saya YA TIDAK 46 menggunakan kelebihan yang ada pada diri YA TIDAK 47 menghasilkan sesuatu yang baharu daripada idea lama YA TIDAK 48 pantang menerima cabaran YA TIDAK 49 mudah bergaul YA TIDAK 50 mempunyai matlamat yang jelas YA TIDAK
TERHAD 4 ITP_Tg4 [Lihat halaman sebelah ITP_Tg4 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya... 51 suka melakukan pelbagai aktiviti YA TIDAK 52 menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian YA TIDAK 53 boleh memberi arahan dengan jelas YA TIDAK 54 akan merujuk buku panduan sebelum memulakan kerja YA TIDAK 55 tidak mudah berputus asa YA TIDAK 56 menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan YA TIDAK 57 memikirkan akibat sesuatu tindakan YA TIDAK 58 sering teragak-agak dalam membuat keputusan YA TIDAK 59 menetapkan matlamat setiap kali peperiksaan YA TIDAK 60 tidak pernah melanggar peraturan sekolah YA TIDAK 61 suka melakukan kerja tanpa diarah YA TIDAK 62 boleh menghasilkan karya seni YA TIDAK 63 merasakan tindakan yang dibuat sentiasa betul YA TIDAK 64 bersikap terbuka YA TIDAK 65 bermotivasi dalam menyelesaikan tugas YA TIDAK 66 tidak suka melakukan perkara yang sama YA TIDAK 67 suka membuat eksperimen YA TIDAK 68 bertanggungjawab untuk mencapai matlamat kumpulan YA TIDAK 69 selesa mengikut peraturan yang ditetapkan YA TIDAK 70 sedaya upaya menyelesaikan sesuatu perkara YA TIDAK 71 suka melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan YA TIDAK 72 memastikan sesuatu perkara sahih sebelum mempercayainya YA TIDAK 73 kurang yakin dengan diri sendiri YA TIDAK 74 memiliki daya imaginasi yang tinggi YA TIDAK 75 tidak pernah cemburu dengan kelebihan orang lain YA TIDAK
TERHAD 5 ITP_Tg4 [Lihat halaman sebelah ITP_Tg4 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya... 76 menyelesaikan tugasan dengan kehendak sendiri YA TIDAK 77 mempunyai banyak idea yang menarik YA TIDAK 78 tidak mudah dipengaruhi YA TIDAK 79 suka mempunyai ramai kawan YA TIDAK 80 memastikan tugasan siap dalam tempoh yang ditetapkan YA TIDAK 81 suka meneroka perkara baharu YA TIDAK 82 suka mendapatkan maklumat sebelum membuat keputusan YA TIDAK 83 memberi inspirasi kepada rakan-rakan YA TIDAK 84 mementingkan ketepatan masa YA TIDAK 85 mampu menyelesaikan tugasan walaupun masa terhad YA TIDAK 86 sedaya upaya membantu orang lain YA TIDAK 87 menentukan prestasi berdasarkan markah ujian yang diperolehi YA TIDAK 88 selalu merasakan hasil kerja tidak sempurna YA TIDAK 89 mengatur strategi untuk mencapai kejayaan YA TIDAK 90 tidak pernah berasa tertekan YA TIDAK 91 merebut peluang yang ada YA TIDAK 92 menghasilkan penulisan kreatif YA TIDAK 93 menjadikan matlamat sebagai keutamaan YA TIDAK 94 tidak suka menyendiri YA TIDAK 95 bersemangat tinggi untuk mencapai matlamat YA TIDAK 96 sedia menerima pelbagai tugasan YA TIDAK 97 suka mengikuti program bersifat akademik YA TIDAK 98 mempunyai pendirian yang tetap YA TIDAK 99 membuat kerja mengikut aturan YA TIDAK 100 tidak mudah mengalah selagi matlamat belum tercapai YA TIDAK
TERHAD 6 ITP_Tg4 [Lihat halaman sebelah ITP_Tg4 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya... 101 sedia membantu guru pada bila-bila masa YA TIDAK 102 menilai sesuatu perkara dari pelbagai perspektif YA TIDAK 103 berasa tidak yakin dengan diri sendiri YA TIDAK 104 mempunyai hala tuju yang jelas dalam perancangan kerjaya YA TIDAK 105 tidak pernah kecewa walaupun menghadapi kegagalan YA TIDAK 106 bertindak mengikut cara sendiri YA TIDAK 107 boleh menghasilkan pelbagai idea untuk menyelesaikan sesuatu perkara YA TIDAK 108 tidak suka dikawal YA TIDAK 109 suka berinteraksi dengan ramai orang YA TIDAK 110 sentiasa berinspirasi untuk berjaya YA TIDAK 111 suka kepada perubahan YA TIDAK 112 minat menonton rancangan berinformatif untuk meningkatkan pengetahuan YA TIDAK 113 mampu mengendalikan aktiviti berkumpulan YA TIDAK 114 suka menyusun atur barang-barang mengikut kategori YA TIDAK 115 boleh menerima kritikan YA TIDAK 116 mudah memahami perasaan rakan-rakan YA TIDAK 117 mengenal pasti alternatif untuk menyelesaikan masalah YA TIDAK 118 tidak selesa diberi perhatian YA TIDAK 119 mempunyai cita-cita yang tinggi YA TIDAK 120 tidak pernah meninggikan suara kepada orang lain YA TIDAK 121 selalu mendominasi semua situasi YA TIDAK 122 memikirkan pelbagai cara untuk menghasilkan sesuatu YA TIDAK 123 tidak dapat mengawal perasaan marah YA TIDAK 124 mudah mesra YA TIDAK 125 berusaha mencapai matlamat dalam pelbagai keadaan YA TIDAK
TERHAD 7 ITP_Tg4 ITP_Tg4 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD NO. PERNYATAAN RESPONS Saya... 126 mudah menyesuaikan diri mengikut keadaan YA TIDAK 127 suka mencari penjelasan tentang sesuatu perkara YA TIDAK 128 dipercayai oleh rakan-rakan YA TIDAK 129 melakukan kerja dengan sistematik YA TIDAK 130 sering melibatkan diri dalam aktiviti lasak YA TIDAK 131 suka melakukan kerja-kerja kebajikan YA TIDAK 132 membandingkan harga barangan sebelum membeli YA TIDAK 133 sering merasakan orang lain lebih sempurna YA TIDAK 134 sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan YA TIDAK 135 tidak pernah marah YA TIDAK 136 tidak terpengaruh dengan pendapat orang lain YA TIDAK 137 menggunakan pelbagai sumber untuk menghasilkan sesuatu YA TIDAK 138 sukar menerima teguran YA TIDAK 139 suka menyertai aktiviti keramaian YA TIDAK 140 suka mencabar diri untuk mencapai kejayaan YA TIDAK 141 mengambil pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan tugasan YA TIDAK 142 suka menerangkan sesuatu perkara berdasarkan fakta YA TIDAK 143 berani membuat keputusan YA TIDAK 144 suka membuat tugasan mengikut jadual YA TIDAK 145 boleh mengawal perasaan apabila menerima kritikan YA TIDAK 146 bersedia membantu rakan-rakan yang berkongsi masalah mereka YA TIDAK 147 meneliti maklumat nutrisi dalam pemilihan makanan YA TIDAK 148 selalu merasakan diri banyak kelemahan YA TIDAK 149 mempunyai matlamat hidup yang jelas YA TIDAK 150 tidak pernah melakukan kesilapan YA TIDAK INSTRUMEN PENTAKSIRAN TAMAT
1 Y T 16 Y T 31 Y T 46 Y T 61 Y T 76 Y T 92 Y T 17 Y T 32 Y T 47 Y T 62 Y T 77 Y T 93 Y T 18 Y T 33 Y T 48 Y T 63 Y T 78 Y T 94 Y T 19 Y T 34 Y T 49 Y T 64 Y T 79 Y T 95 Y T 20 Y T 35 Y T 50 Y T 65 Y T 80 Y T 96 Y T 21 Y T 36 Y T 51 Y T 66 Y T 81 Y T 97 Y T 22 Y T 37 Y T 52 Y T 67 Y T 82 Y T 98 Y T 23 Y T 38 Y T 53 Y T 68 Y T 83 Y T 99 Y T 24 Y T 39 Y T 54 Y T 69 Y T 84 Y T 910 Y T 25 Y T 40 Y T 55 Y T 70 Y T 85 Y T 1011 Y T 26 Y T 41 Y T 56 Y T 71 Y T 86 Y T 1012 Y T 27 Y T 42 Y T 57 Y T 72 Y T 87 Y T 1013 Y T 28 Y T 43 Y T 58 Y T 73 Y T 88 Y T 1014 Y T 29 Y T 44 Y T 59 Y T 74 Y T 89 Y T 1015 Y T 30 Y T 45 Y T 60 Y T 75 Y T 90 Y T 10NAMA MURID KEJANTINA NANO. K/P TAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (INVENTORI TRET PERSONAL
1 Y T 106 Y T 121 Y T 136 Y T 2 Y T 107 Y T 122 Y T 137 Y T 3 Y T 108 Y T 123 Y T 138 Y T 4 Y T 109 Y T 124 Y T 139 Y T 5 Y T 110 Y T 125 Y T 140 Y T 6 Y T 111 Y T 126 Y T 141 Y T 7 Y T 112 Y T 127 Y T 142 Y T 8 Y T 113 Y T 128 Y T 143 Y T 9 Y T 114 Y T 129 Y T 144 Y T 00 Y T 115 Y T 130 Y T 145 Y T 01 Y T 116 Y T 131 Y T 146 Y T 02 Y T 117 Y T 132 Y T 147 Y T 03 Y T 118 Y T 133 Y T 148 Y T 04 Y T 119 Y T 134 Y T 149 Y T 05 Y T 120 Y T 135 Y T 150 Y T MENOLONG ANALITIKAL KRITIK DIRI WAWASAN KETELUSAN KEPELBAGAIAN INTELEKTUAL KEPEMIMPINAN STRUKTUR AUTONOMI KREATIF AGRESIF EKSTROVERT PENCAPAIAN ELAS/TAHUN AMA SEKOLAH ARIKH LITI TINGKATAN 4) BORANG JAWAPAN RESILIENCE/ DAYA TAHAN