The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DECE 4063 MANAGEMENT AND ADMINISTRATIVE OF EARLY CHILDHOOD CENTRES

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dec04210009, 2022-08-07 21:33:30

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA CEMERLANG

DECE 4063 MANAGEMENT AND ADMINISTRATIVE OF EARLY CHILDHOOD CENTRES

FACULTY OF MANAGEMENT
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DECE 4063 MANAGEMENT AND
ADMINISTRATIVE OF EARLY CHILDHOOD

CENTRES
TAJUK :
KERTAS KERJA UNTUK TADIKA SAUJANA
CEMERLANG
DISEDIAKAN OLEH :

DISEDIAKAN UNTUK:

EN MOHD SHAWANI BIN AHMAD SABRI

KERTAS KERJA
TADIKA SAUJANA

CEMERLANG

BY : FAZAA EMPIRE

ISI KANDUNGAN : KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

BIL PERKARA MUKA CATATAN
SURAT
TINJAUAN INDUSTRI  
1-4  
  1.1 PENGENALAN  
5  
1. 1.2 LATAR BELAKANG PROJEK 6  
 
1.3 PENDEKATAN KURIKULUM

1.4 LOGO TADIKA SAUJANA CEMERLANG

2. RINGKASAN EKSEKUTIF PERNIAGAAN
TADIKA SAUJANA CEMERLANG

3. FALSAFAH, MISI DAN PERNYATAAN VISI

4. PRODUK DAN PERKHIDMATAN 7

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KERJA 8 - 11
  5.1 CARTA ORGANISASI DALAM TADIKA
5. SAUJANA CEMERLANG 12

5.2 BAHAGIAN PENTADBIRAN 13
14
6. ANALISIS SWOT 15

7. ANALISIS PASARAN (SURVEI PASARAN)

8. PASARAN SASARAN (BERDASARKAN KAJIAN
PASARAN)

STRATEGI JUALAN DAN PEMASARAN

9. 9.1 SUMBER PENDAPATAN
9.2 STRATEGI PEMASARAN

ISI KANDUNGAN : KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

10. STRATEGI HARGA 16  
10.1 YURAN BULANAN 17 - 27  
11. 10.2 YURAN PENDAFTARAN  
 
PERBELANJAAN PERMULAAN  
(BELANJAWAN)
 
12. STRATEGI KELESTARIAN DAN 28
PENGEMBANGAN
29
13. PENUTUP
29  
14. RUJUKAN
 

15. LAMPIRAN 30 - 40

15.1 MENU MAKANAN MINGGUAN TADIKA
15.2 KAIN RENTANG TADIKA
15.3 JADUAL HARIAN
15.4 LAMAN INSTAGRAM TADIKA
15.5 LOKASI TADIKA
15.6 PELAN TADIKA
15.7 SUSUN ATUR TADIKA
15.8 BORANG PERLESENAN
15.9 BAJU UNIFORM & BAJU SUKAN

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

1. TINJAUAN INDUSTRI

1.1 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang
penting dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan
dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran,
keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang
seterusnya. Kami telah diberikan tugas iaitu melaksanakan
kertas kerja untuk membuka sebuah tadika. Nama tadika yang
kami pilih ialah Tadika Saujana Cemerlang yang bakal
ditubuhkan oleh ‘‘ FAZAA EMPIRE ”.

Ini ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dari pelbagai aspek sepertinya jasmani,
rohani, emosi, intelek dan sosial. Tujuan Penubuhan Tadika
Sujana Cemerlang ini adalah untuk mengenal pasti kecerdasan
dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan
mempertingkatkan perkembangan secara menyeluruh melalui
pembelajaran deria. Selain itu, bagi mengesan pertumbuhan
dan perkembangan murid bersesuaian dengan peringkat umur
sejurus melatih kanak-kanak untuk berdikari untuk memberikan
persediaan awal kepada kanak-kanak yang berumur empat
hingga enam tahun sebelum memasuki alam persekolahan di
Tahun Satu. Kanak-kanak Saujana Cemerlang akan
didedahkan dengan keajaiban dunia sekelilingnya melalui
program pembelajaran dan permainan yang telah kami
anjurkan.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 1
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Latar belakang projek Tadika Saujana cemerlang ialah bagi
mewujudkan pra sekolah yang paling efektif dengan menggunakan
kemahiran bermain sambil belajar untuk mendidik dan
memperkembangkan kemahiran kanak-kanak di peringkat awal
prasekolah. Selain itu, Ia juga bagi memastikan segala proses
pembelajaran akan berjalan lancar dengan cara yang betul dan
bersesuaian dengan usia perkembangan kanak-kanak.

Nama yang kami gunakan untuk tadika kami ialah Tadika Saujana
Cemerlang yang ditubuhkan oleh “ FAZAA EMPIRE ’’. Tadika Saujana
Cemerlang menyediakan perkhidmatan dan didikan kepada kanak-
kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan dijangka siap pada tahun 2023.
Tadika ini terletak di Ksd 5, Jalan Cengal Sekatan, Taman Setapak,
Kuala Lumpur, 53000. Pada asasnya, tempat ini adalah kawasan
perumahan pembangunan yang strategik dan mempunyai beberapa
buah tadika yang lain. Oleh kerana itu, kami perlu memperomosikan
tadika kami sebaik mungkin bagi meyakinkan masyarakat terhadap
tadika kami.

Kami di Tadika Saijana Cemerlang telah meyediakan satu program
yang menyeluruh bagi kanak-kanak prasekolah. Kami memilih nama ini
berdasarkan visi tadika kami iaitu bagi melahirkan generasi yang
cemerlang, kretif serta mempunyai daya pemikiran yang inovatif. Jadi
Kami fikir ini adalah nama terbaik untuk tadika kami. Pendekatan yang
kami gunakan di tadika kami ialah bebas melalui bermain sambil
belajar. Kanak-kanak bebas untuk meneroka dunia di sekeliling mereka
dan belajar sesuatu melalui persekitaran. Tagline yang kami gunakan di
tadika kami ialah ‘setiap murid adalah bernilai’ bagi merujuk kepada
kanak-kanak itu bermakna buat kami dan harus mencorakkan mereka
menjadi individu yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 2
INTERNASIONAL

1.3 PENDEKATAN KURIKULUM KERTAS KERJA TADIKA
SAUJANA CEMERLANG

Pendekatan kurikulum yang digunakan di Tadika Saujana

Cemerlang kami menggunakan pendekatan dan pembelajaran melalui

belajar melalui bermain. Pendekatan ini ialah pendekatan yang

terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk belajar dalam suasana yang kondusif iaitu bebas, selamat dan

mengembirakan. Bermain merupakan fitrah bagi diri kanak-kanak, jadi

pendekatan ini diberi penekanan dalam pendidikan prasekolah.

Proses ini memnggalakkan kanak-kanak membuat penerokaan dan

membina pengalaman secara langsung dan semulajadi. Mata

pelajaran yang kami akan menggunakan pendekatan ini ialah celik

bahasa, easy english, modul matematik dan asas fardu ain.

Selain itu, pendekatan yang digunakan di Tadika Saujana Cemerlang ialah
pendekatan bertema. Pendekatan ini melibatkan pengurusan kurikulum dan
pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian mengikut
suasana, tempat dan tahap perkembangan murid. pada asasnya meneroka
topik yang dipilih secara mendalam dengan melibatkan pengumpulan aktiviti
berkaitan. Kanak-kanak mengembangkan idea-idea baru dan kemahiran
kanak-kanak pada banyak perkara bidang mata pelajaran yang berasaskan
satu tema mengikut tema setiap minggu.

Tadika Saujana Cemerlang menggunakan gabungan kedua-dua
pendekatan ini. Bagi kami, pendekatan tema dan belajar melalui bermain
adalah pendekatan terbaik untuk tadika kami. Mata pelajaran yang akan
ditawarkan di Tadika Saujana Cemerlang ialah celik bahasa,mata pelajaran
ini adalah mata pelajaran bahasa. pendekatan bertema digunakan didalam
mata pelajaran ini. Melalui subjek pembelajaran bahasa ini, kami telah
menggunakan pendekatan fonik telah digunakan bagi memudahkan kanak-
kanak untuk mahir membaca.Easy english juga mata pelajaran di Tadika
Saujana Cemerlang dan ini juga mata pelajaran bahasa. Pendekatan yang
akan digunakan dalam pengajaran mata pelajaran ini ialah sama dengan
Pintar Bahasa. Pendekatan fonik akan digunakan sebagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Pembelajaran ini dilakukan mengikut peringkat daripada
yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada yang lebih spesifik.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE
MAIWIP INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

1.4 LOGO TADIKA SAUJANA CEMERLANG

Maksud Tadika Saujana Cemerlang adalah memperluaskan pemikiran kanak-
kanak untuk menuju kejayaan dan kanak-kanak itu boleh menjadi insan yang
berguna pada masa akan datang.

Maksud warna logo :
1. Merah – Melambangkan tanda keberanian seseorang kanak-kanak dalam
menempuhi setiap ujian.

2. Warna Warni – Melambangkan pelbagai corak kehidupan kanak-kanak pada
masa akan datang.

3. Hitam (Tulisan) – Melambangkan sifat berwibawa dalam diri kanak-kanak.

4. Putih (Tulisan) – Melambangankan hati kanak-kanak yang suci dan murni.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 3
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

2. RINGKASAN EKSEKUTIF

Ringkasan Eksekutif ‘‘ FAZAA EMPIRE ’’ adalah prasekolah iaitu tadika yang
merangkumi pelbagai aspek dari jenis program utama. Kami menawarkan
perkhidmatan tadika yang yang sesuai bagi kanak-kanak di peringkat
prasekolah. Antaranya ialah persekitaran tadika yang kondusif untuk
pendidikan iaitu lengkap dengan kemudahan untuk kanak-kanak bermain dan
belajar. Di samping itu, Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa dan juga fokus pada gaya dan gaya
pembelajaran mereka. Pengalaman menunjukkan bahawa tahun-tahun pertama
pendidikan prasekolah sangat sukar. Ini kerana anda perlu membina
kepercayaan.

Perniagaan yang akan dibukakan oleh Tadika Saujana Cemerlang adalah
lebih kepada perkhimatan pendidikan kepada awal kanak-kanak. Tadika
Saujana Cemerlang memilih untuk membuka perniagaan ini bertujuan untuk
membantu ibubapa yang berkerja iaitu membantu mereka dari segi didikan
harian dan kemahiran diri anak-anak mereka.Oleh itu, Tadika Saujana
Cemerlang telah merancang untuk membuka sebuah perniagaan yang
memnuhi permintaan pelanggan yang terletak di Ksd 5, Jalan Cengal Sekatan,
Taman Setapak, Kuala Lumpur, 53000. Kos penubuhan tadika ini dianggarkan
sebanyak RM 80,000-RM 100,500 .Oleh itu, kami telah merancang untuk
membuka perniagaan secara perkongsian.

Tadika Saujana Cemerlang telah membuat perancangan mengenal cara
untuk Tadika Saujana Cemerlang mendapatkan pulangan kos operasi dalam
jangka masa panjang bagi mengekalkan perniagaan prasekolah ini. Tadika
Saujana Cemerlang telah merancang beberapa strategi untuk menarik
masyarakat untuk menghantar anak mereka ke Tadika Sujana Cemerlang.
Salah satu strategi untuk menarik masyarakat untuk menghantar anak mereka
ke tadika kami ialah dengan membuat kajian pasaran. Hal ini kerana, Tadika
Saujana Cemerlang ingin mengetahui jenis keinginan dan kehendak ibubapa
untuk pendidikan anak mereka supaya tadika Saujana Cemerlang dapat
memenuhi kehendak ibubapa masa kini.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 4
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

3. FALSAFAH, MISI DAN PERNYATAAN VISI

FALSAFAH
“ Setiap kanak-kanak adalah bernilai ’’

VISI MISI

Melahirkan generasi yang - Menyediakan pendekatan
cemerlang, kreatif serta pembelajaran yang berkualiti secara
bebas melalui aktiviti bermain dan
mempunyai daya pemikiran selari dengannya.
yang inovatif. - Menyediakan kemudahan untuk
pembelajaran dan memastikan
kawasan bermain lebih kondusif dan
selamat.
- Menyediakan pelatih atau pendidik
yang berkelayakan serta mampu
menerapkan nilai murni dalam diri
kanak-kanak.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 5
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Objektif Tadika Saujana Cemerlang :

- Untuk mencapai visi dan misi bagi Tadika
Saujana Cemerlang.
- Memastikan semua bidang perkembangan
kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan lancar dan
secara optimum.
- Mementingkan Pendidikan awal kanak-kanak di
pra sekolah yang berumur 4,5 dan 6 tahun.

Konsep Tadika Saujana Cemerlang :

1. Kreatif & Inovatif
- Melahirkan kanak-kanak yang berkebolehan serta
kreatif dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi
seperti boleh berfikir di luar kotak.

2. Berdisiplin
- Kanak-kanak boleh mengikuti setiap arahan yang
diberikan, contohnya kanak-kanak perlu membuka
kasut sebelum masuk ke tadika dan meletakkan
kasut di atas rak yang disediakan.

3. Bernilai
- Kanak-kanak adalah bernilai kerana mereka telah
mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan
yang tersendiri.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 6
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

4. PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Tadika Saujana Cemerlang menjalankan perniagaan yang berbentuk
perkhidmatan penjagaan serta didikan kanak-kanak. Antara
perkhidmatan yang kami sediakan adalah perkhidmatan pengangkutan
pergi dan balik. Ini memudahkan ibu bapa yang tiada pengangkutan
dan yang bekerja untuk menghantar anak mereka ke tadika.

Selain itu, Tadika Saujana Cemerlang menggunakan modul atau
kokurikulum berdasarkan kementerian pendidikan Malaysia iaitu
Kurukulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan juga
menyediakan perkhidmatan elemen kokurikulum yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, nilai
murni, bahasa dan kelestarian alam sekitar. Ini bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang diinginkan. Seterusnya,
perkhidmatan baju seragam tadika ke sekolah. Tujuan baju seragam ini
ialah bagi masyarakat dan ibu bapa mengenali identiti murid-murid
Tadika Saujana Cemerlang.

Seterusnya, Tadika Saujana Cemerlang menyediakan persediaan
bahan akademik seperti buku english dan alatan menulis untuk murid-
murid. Ini memudahkan kanak-kanak bagi melakukan persediaan
semasa belajar. Di samping itu, Tadika Saujana Cemerlang
menyediakan perkhidmatan iqra’ dan fardhu ain bagi menerapkan nilai
islamik dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak juga akan didedahkan
dan diajar dengan penggunaaan doa-doa harian seperti doa sebelum
dan selepas makan dalam rutin harian mereka di tadika.

Tadika Saujana Cemerlang menyedikan aktiviti-aktiviti dan subjek
yang menarik dan mampu meningkatkan kemahiran kanak-kanak di
prasekolah. Antaranya ialah Cilik Bahasa, Easy English, Modul
Matematik dan Asas Fardu Ain.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 7
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KERJA
5.1 CARTA ORGANISASI DALAM TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Ketua Guru

Norfazlinda Binti Mohd Azmee

Pembantu Guru Guru 1 Guru 2

Nur Ain Syahirah Nur Amiera Farhah Nurul Amira Binti
Nabihah Binti Abu Binti Rosdi Zaid

Bakar

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 8
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

5.2 BAHAGIAN PENTADBIRAN

Ketua Bahagian

Nur Ain Syahirah Nabihah Binti Abu Bakar

Setiausaha Penyelaras Penyelaras
Kewangan Pemasaran

Norfazlinda Binti Nur Amiera Farhah Nurul Amira Binti
Mohd Azmee Binti Rosdi Zaid

DECE, UNIVERSITI COLLEGE 9
MAIWIP INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

TANGGUNGJAWAB KERJA

DECE, UNIVERSITI COLLEGE 10
MAIWIP INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

TANGGUNGJAWAB KERJA DALAM PENGURUSAN
FAZAA EMPIRE

DECE, UNIVERSITI COLLEGE 11
MAIWIP INTERNASIONAL

6. ANALISIS SWOT KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Kekuatan (Strength)
Pendekatan
• Penerapan elemen pendekatan “bermain sambil belajar” di dalam kurikulum
standard pembelajaran di tadika.
• Menggunakan dwibahasa seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dalam pendekatan pembelajaran di tadika.
• Memberikan kemahiran pembelajaran yang baik.
Kualitifikasi
• Mengambil guru-guru yang berkelayakan dan terlatih dengan baik.
• Terdiri daripada guru-guru yang memiliki sijil Diploma dalam Pendidikan
Awal Kanak-kanak atau memiliki sijil Kursus Asuhan Permata.
Peralatan
• Kesemua peralatan yang terdapat dalam Tadika Saujana Cemerlang adalah
selamat,sesuai digunakan untuk program Pendidikan Awal Kanak-kanak dan
boleh digunakan untuk jangka masa yang lama serta terdiri daripada
kemudahan peralatan yang terkini.

Kelemahan (Weakness) Peluang (Opportunity)
• Kurang mendapat sambutan
daripada ibubapa dan masyarakat S • Kawasan yang strategik kerana
luar kerana baru beroperasi kurang berhampiran dengan kawasan
daripada tempoh setahun.
W perumahan.
• Kawasan Tadika ini mempunyai
O ramai golongan ibubapa
• Tadika ini tidak menyediakan sesi bekerjaya.
dandanan diri kepada kanak-kanak
bagi melatih kanak-kanak berdikari T • Kawasan yang mempunyai
dan dapat belajar menguruskan bilangan kanak-kanak berumur
dirinya sendiri di samping dibimbing 4-6 tahun yang tinggi.
oleh guru.

Ancaman (Threat)

• Wujudnya pesaing daripada tadika-tadika

lain yang telah dikenali ramai seperti Tadika

Real Kids”dan Pusat Asuhan Tunas

Islam(PASTI).

• Terdapat peniaga yang melakukan peniruan
mengenai konsep Tadika Saujana Cemerlang.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE 12
MAIWIP INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

7. ANALISIS PASARAN (SURVEI PASARAN)

Konsep utama tadika saujana cemerlang adalah berdasarkan keperluan dan
keutamaan kanak-kanak pada masa kini. Selain itu, tadika ini juga
menyediakan perkhidmatan didikan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam
merealisasikan matlamat tadika ini serta tujuan ibu bapa menghantar anak
mereka ke tadika saujana cemerlang. Terdapat persaingan yang sengit antara
tadika-tadika yang lain kerana tadika tersebut sudah lama beroperasi
berbanding tadika ini. Tadika saujana cemerlang juga menawarkan yuran
bulanan sebanyak RM450 sebulan kepada ibu bapa kanak-kanak dan tadika
ini juga berdekatan dengan tadika-tadika yang lain dan juga kedai serbaneka .
Oleh itu, rancangan pemasaran tadika saujana cemerlang juga mengambil
sedikit faktor daripada tapak pembinaan dan juga tempat yang strategik.
Tadika saujana cemerlang juga menyediakan perkhidmatan seperti baju
seragam sekolah , buku Latihan dan alat tulis, bahan akademik . Hal ini
menyebabkan ibu bapa merasa yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke
tadika saujana cemerlang dan dapat menarik banyak lagi ibu bapa yang tinggal
berdekatan dengan kawasan ini untuk menghantar anak mereka ke sini.
Seterusnya, tadika saujana cemerlang ini mempunyai peluang yang cerah
untuk terus maju kerana di kawasan persekitaran terdapat banyak kawasan
perumahan dan juga taman permainan untuk kanak-kanak.

Sebelum membuka tadika saujana cemerlang, tadika ini telah membuat satu
kajian pasaran untuk mengetahui tentang ekonomi sesebuah keluarga yang
tinggal di kawasan tersebut. Berdasarkan hasil kajian yang kami perolehi,
sebanyak 78 orang telah memberi maklum balas terhadap borang soal selidik
yang kami sediakan. Oleh yang demikian, hasil yang kami dapat adalah
sebanyak 19% daripada lelaki , manakala 81% daripada wanita yang banyak
memberi maklum balas terhadap borang yang kami jalankan. Seterusnya,
sebanyak 29% ibu bapa yang berumur 21-26 tahun yang ramai tinggal
berdekatan di Kawasan tersebut dan manakala yang paling rendah tinggal
berdekatan di Kawasan tersebut adalah 10% daripada ibu bapa yang berumur
20 tahun ke bawah yang berada di Kawasan itu. Selain itu, pendapatan
bulanan ibu bapa yang paling maximum adalah sebanyak 25% yang bergaji rm
2000 – rm 3000 dan manakala gaji yang paling minimum adalah 8% yang
bergaji rm 5000 ke atas.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 13
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

8. PASARAN SASARAN (BERDASARKAN KAJIAN PASARAN)

Sasaran pasaran di tadika saujana cemerlang adalah seperti
berikut :
a) Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.
b) Penduduk di kawasan perumahan taman setapak , kuala
lumpur yang berpendapatan rm 5000 ke bawah.
c) Tadika saujana cemerlang lebih menumpukan kepada
ibubapa yang bekerja sahaja.

PERSAINGAN

→ Terdapat beberapa pesaing yang sudah dikenalpasti membuka
cawangan program tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak yang
berhampiran dengan lokasi program tersebut ialah Tadika real kids ,
tadika islam setapak jaya , tadika islam setapak permai dan tadika
PASTI.
→ Logo bagi tadika yang beroperasi di sekitar kawasan tadika
saujana cemerlang : -

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 14
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

9. STRATEGI JUALAN DAN PEMASARAN
9.1 SUMBER PENDAPATAN

9.2 STRATEGI PEMASARAN

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 15
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

10. STRATEGI PENEPATAN HARGA
10.1 YURAN BULANAN

10.2 YURAN PENDAFTARAN

DECE, UNIVERSITI COLLEGE 16
MAIWIP INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

11. PERBELANJAAN PERMULAAN (BELANJAWAN)
Kemasukan Pelajar Tadika Saujana Cemerlang (Tahun 2022)

Bil Utiliti Tadika Saujana Cemerlang

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 17
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Yuran Bulanan & Pendaftaran Tadika Saujana Cemerlang

Bayaran Gaji Pekerja Tadika Saujana Cemerlang

Bangunan (Perbelanjaan Permulaan)

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 18
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Perbelanjaan Permulaan (Start Up Bajet)Tadika Saujana Cemerlang

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 19
INTERNASIONAL

Peralatan di Ruang Makan KERTAS KERJA TADIKA
SAUJANA CEMERLANG

Peralatan Pejabat dan bilik darjah

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 20
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA
SAUJANA CEMERLANG

Peralatan di dalam kawasan Taman Permainan

Peralatan di Dalam Tandas

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 21
INTERNASIONAL

Alat Tulis KERTAS KERJA TADIKA
SAUJANA CEMERLANG

Perbelanjaan Pemasaran

Pendapatan – Perbelanjaan 22
334000-150096 = 183,904

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA

Aliran Tunai 0perasi Tadika Tahunan 2022 CEMERLANG

Pendapatan – Perbelanjaan
431,404 – 229341 = 202,063

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 23
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA
SAUJANA CEMERLANG

Aliran Tunai 0perasi Tadika Tahunan 2023

Pendapatan – Perbelanjaan
449,563 – 253,965 = 195,598

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 24
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Aliran Tunai 0perasi Tadika Tahunan 2024

Pendapatan – Perbelanjaan
443,098 – 253,865 = 189,233

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 25
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA

CEMERLANG

Aliran Tunai 0perasi Tadika Tahunan 2025

Pendapatan – Perbelanjaan
436,733 – 254,065 = 182,668

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 26
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA

CEMERLANG

Aliran Tunai 0perasi Tadika Tahunan 2026

Pendapatan – Perbelanjaan
430,168 – 224,165 = 206,003

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 27
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

12. STRATEGI KELESTARIAN DAN

PENGEMBANGAN

Tadika saujana cemerlang merangka pelbagai strategi untuk
mengekalkan pusat jagaan kanak-kanak daripada di tutup dan
kejayaan tadika ini apabila sudah di kenali dan di minati oleh
golongan ibu bapa yang menetap ataupun bekerja di kawasan
tersebut. Demi mengekalkan tadika saujana cemerlang ini
terus beroperasi, kami selalu bertanya dan juga sentiasa
mengemaskini kehendak ibu bapa untu anak mereka supaya
tadika saujana cemerlang ini sentiasa menjadi pilihan utama
kepada ibu bapa yang berada di Kawasan tersebut. Selain itu,
Tadika saujana cemerlang ini juga telah mengupah dan
menggajikan seorang atau beberapa orang guru yang
berkelayakan untuk mengajar kanak-kank di tadika ini. Antara
ciri-ciri guru atau pendidik yang ada di tadika saujana
cemerlang adalah guru yang berkelayakan seperti mempunyai
sijil diploma pendidikan awal kanak-kanak dan sijil kursus
asuhan permata (KAP), mempunyai kesabaran yang tinggi
dalam melayan kerenah kanak-kanak, mempunyai
pengetahuan serba sedikit tentang penggunaan IT yang dapat
mengajar kanak-kanak menggunakan teknologi . Oleh yang
demikian, tadika saujana cemerlang ingin mengekalkan dan
memberi perkhidmatan yang terbaik buat para ibu bapa dan
anak-anak mereka. Seterusnya, tadika saujana cemerlang
berharap dapat membuka lagi cawangan bagi tadika ini di
tempat lain yang lebih strategik pada tahun yang mendatang
agar dapat membantu ramai ibu bapa di luar sana supaya
menghantar anak mereka ke tadika ini.

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 28
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

13. PENUTUP

Kesimpulannya, Tadika Saujana Cemerlang berharap tadika
ini dapat dikenali oleh penduduk setempat dan menjadi tadika
yang terbaik dalam kalangan ibu bapa. Selain itu, Tadika
Saujana Cemerlang juga berharap impian kami untuk melahirkan
generasi yang mempunyai pelbagai aspek dari segi Pendidikan,
agama dan kreativiti pada masa hadapan akan tercapai.

Kami mengharapkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) boleh
meluluskan permohonan kami untuk mendapatkan pinjaman dan
menjalankan projek ini dengan lancar. Kami sangat memerlukan
pinjaman ini untuk memastikan projek ini dapat dijalankan dan
mencapai matlamat yang sudah kami rangcang bersama. Kita
hanya mampu merangcang tetapi Allah S.W.T sahaja yang
menentukan segalanya.

14. RUJUKAN

- https://123dok.com/document/q5poeljy-rancangan-
perniagaan.html#fulltext-content
-
https://www.academia.edu/28718245/Rancangan_Perniagaan_Ta
dika

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 29
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

15. LAMPIRAN
15.1 MENU MAKANAN MINGGUAN TADIKA SAUJANA
CEMERLANG :-

15.2 KAIN RENTANG TADIKA SAUJANA CEMERLANG

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 30
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

15.3 JADUAL HARIAN TADIKA SAUJANA CEMERLANG

Perhimpunan / Circle Time Cilik Bahasa Easy English
Modul Matematik
Asas Fardhu Ain

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 31
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

15.4 LAMAN INSTAGRAM TADIKA

15.5 LOKASI TADIKA SAUJANA CEMERLANG

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 32
INTERNASIONAL

Alamat Tadika Saujana Cemerlang KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Ksd 5, Jalan Cengal Sekata, Taman Setapak, 53000 Kuala
Lumpur

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 33
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

15.6 Pelan Tadika

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 34
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

15.7 Susun Atur Tadika

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 35
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA

15.8 Borang Perlesenan CEMERLANG

Borang lesen perniagaan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 36
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Borang Jabatan Kebajikan Masyaraka (JKM)

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 37
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

Borang Permohonan Keselamatan Tadika

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 38
INTERNASIONAL

KERTAS KERJA TADIKA SAUJANA
CEMERLANG

15.9 UNIFORM TADIKA & BAJU SUKAN
TADIKA

DECE, UNIVERSITI COLLEGE MAIWIP 39
INTERNASIONAL

SEKIAN TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version