The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT DAN MAKLUM BALAS PANITIA REKABENTUK TEKNOLOGI (RBT) DAN PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER (ASK)
BIL. 4/ 2022
Tarikh : 25 Januari 2023
Masa : 2.45 petang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurheizei083, 2023-03-20 11:48:51

Minit Mesyuarat dan Makluma Balas Panitia RBT ASK Bil 4/2022

MINIT MESYUARAT DAN MAKLUM BALAS PANITIA REKABENTUK TEKNOLOGI (RBT) DAN PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER (ASK)
BIL. 4/ 2022
Tarikh : 25 Januari 2023
Masa : 2.45 petang

EN. HAIRUL RIJAL BIN HAJI HAFNI PN. CHIAN CHAI HLING PN. NUR HEIZEI BINTI NATRI EN. ABDUL HADI BIN HAMAT PN VANITHA A/P MUNIANDY GK VOTEK KP RBT KP ASK SETIAUSAHA PANITIA ASK SETIAUSAHA PANITIA RBT MINIT MESYUARAT BIL. 4/2022 DAN MAKLUM BALAS MESYUARAT PANITIA REKABENTUK TEKNOLOGI (RBT) DAN PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) SMK ABDUL RAHMAN TALIB BIDANG TVET


Minit Mesyuarat Panitia RBT dan ASK Halaman 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB TELUK INTAN, PERAK PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT PANITIA REKABENTUK TEKNOLOGI (RBT) DAN PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) BIL. 4/ 2022 Tarikh : 25 Januari 2023 Masa : 2.45 petang Tempat : Bilik Gerakan SMART Kehadiran : 1.0 Kata Aluan Pengerusi En. Hairul Rijal bin Haji Hafni, selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat panitia ini juga dimaklumkan sebagai medan perbincangan bersama guru-guru untuk penambahbaikan pencapaian kurikulum sekolah. Pengerusi turut menyampaikan pesanan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nor Zakiah binti Kamri semasa mesyuarat Kurikulum (bil 4 2022/2023) yang telah menyentuh beberapa info seperti perkara tersebut: i. Guru-guru perlu memacu /menjulang kejayaan sekolah mengikut acuan masing-masing ii. Guru jangan mudah berputus asa dan cepat berpuas hati. Guru perlu berusaha sehabis baik dan sentiasa membangkitkan semangat anak-anak murid. iii. Guru perlu sentiasa positif, terus bersemangat untuk mencari idea , berani berubah untuk kejayaan dan mengambil risiko atas segala perubahan. Tindakan : Makluman 2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Bil. 4/2022 2.1 Pn Vanitha A/P Muniandy mencadangkan minit mesyuarat lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Chian Chai Hling. 3.0 Perkara –perkara Berbangkit dan Maklum Balas 3.1 Pengerusi membentangkan Maklum Balas Mesyuarat Panitia Bil. 3/2022. Tiada perkara berbangkit. Tindakan : Makluman 4.0 Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Matapelajaran 2022 4.1 Analisis Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Matapelajaran 2022 Matapelajaran RBT Dan ASK Berikut merupakan laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi bidang Vokasional dan Teknik (VOTEK) yang melibatkan matapelajaran RBT dan ASK (Rujuk Jadual 1). En. Hairul Rijal bin Haji Hafni Pn. Chian Chai Hling Pn. Nur Heizei binti Natri Pn Vanitha A/P Muniandy En. Abdul Hadi bin Hamat GK Votek KP RBT KP ASK Setiausaha Panitia RBT Setiausaha Panitia ASK


Minit Mesyuarat Panitia RBT dan ASK Halaman 2 Jadual 1 : Analisis Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Matapelajaran 2022 Matapelajaran RBT Dan ASK 4.2 Post Mortem Analisis dan Program Peningkatan Akademik Bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Matapelajaran 2022 Matapelajaran RBT Dan ASK 4.2.1 Mata Pelajaran : Reka Bentuk Dan Teknologi Kekuatan (Kualiti/Kuantiti/Mata Pelajaran Terbaik/Program) Kekurangan/Kelemahan (Kualiti) (kualiti) • PdP yang berkesan (secara bersemuka) • Guru yang mengajar berpengalaman mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 2 tahun bagi subjek RBT. • Kemudahan bengkel RBT yang lengkap • Sokongan padu pihak pentadbiran • Motivasi terhadap guru daripada pihak pentadbiran • Latihan praktikal yang dijalankan secara berjadual • Murid kurang bermotivasi untuk melakukan kerja-kerja praktikal di bengkel yang melibatkan TP 4,5 dan 6. • Kebanyakan murid masih lemah dalam penguasaan kandungan matapelajaran RBT. • Masih terdapat segelintir murid yang bermasalah dalam ponteng kelas RBT. Pelan Intervensi (Program Utama/Sokongan/Sampingan) Program bagi merealisasikan target 2022 1. Murid diberi latihan intensif iaitu kerja praktikal berfokuskan modul khas RBT 2. Murid diberi lebih banyak peluang dalam aktiviti PAK21 yang melibatkan pembentangan hasil projek. 3. Teknik menjawab soalan akan dijalankan kepada semua murid. 4. Pendedahan kepada soalan yang lebih mudah dan menguji kandungan TP 1, 2 dan 3 bagi PBD. Tindakan : Panitia RBT 4.2.2 Mata Pelajaran : Asas Sains Komputer Kekuatan (Kualiti/Kuantiti/Mata Pelajaran Terbaik/Program) Kekurangan/Kelemahan (Kualiti) (kualiti) • PdP yang berkesan (secara bersemuka) menggunakan bahan bantu mengjara secara digital di makmal komputer. • Guru yang mengajar berpengalaman • Pendekatan secara digital yang interaktif dan mudah menarik minat murid. • Masalah teknikal yang melibatkan rangkaian internet kadangkala mengganggu murid menyiapkan tugasan praktikal. • Masih terdapat segelintir murid (terutamanya TP 3) yang masih kurang yakin untuk memberi respon ketika pelaksanaan PBD. BIL MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 BIL MURID BIL MTM PERATUS MTM 1 ASAS SAINS KOMPUTER 0 0 0 19 1 0 20 20 100% 2 REKABENTUK TEKNOLOGI (RBT) 0 20 30 2 0 0 52 32 62% 0 20 30 21 1 0 72 52 BIL MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 BIL MURID BIL MTM PERATUS MTM 9 ASAS SAINS KOMPUTER 0 0 4 11 4 0 19 19 100% 10 REKABENTUK TEKNOLOGI (RBT) 0 1 32 26 0 0 59 58 98% 0 1 36 37 4 0 78 77 BIL MATA PELAJARAN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 BIL MURID BIL MTM PERATUS MTM 9 ASAS SAINS KOMPUTER 0 0 2 14 3 0 19 19 100% 10 REKABENTUK TEKNOLOGI (RBT) 0 11 42 16 0 0 69 58 84% 0 11 44 30 3 0 88 77 JUMLAH TINGKATAN SATU TINGKATAN DUA JUMLAH TINGKATAN TIGA JUMLAH


Minit Mesyuarat Panitia RBT dan ASK Halaman 3 • Keseluruhan murid dari kelas Amanah yang banyak menyumbang TP yang baik dan cemerlang. • Sebahagian murid yang mendapat TP 5 ke atas berupaya menunjukkan sikap profil murid yang proaktif dalam kerja praktikal kod arahan. • Masih terdapat segelintir murid masih belum menguasai kemahiran membina algoritma dalam pembangunan atur cara. Pelan Intervensi (Program Utama/Sokongan/Sampingan) Program bagi merealisasikan target 2022 1. Murid diberi pendedahan teknik mengolah kod arahan dengan lebih efisien menerusi bengkel kod arahan. 2. Murid diberi latihan berfokus bagi bidang algoritma. 3. Pendedahan kepada Project Based Learning (PBL) yang merupakan pendekatan yang mendorong murid untuk berfikir secara KBAT dan berinovasi dalam pembangunan aturcara yang lebih menarik. 4. Murid diberi lebih banyak peluang dalam aktiviti PAK21 yang melibatkan pembentangan hasil projek. 5. Kolaborasi guru-guru ASK bagi daerah Hilir Perak dalam penyelarasan PBL yang standard. Tindakan : Panitia ASK 4.3 Laporan Project Based Learning (PBL) bagi Matapelajaran 2022 Matapelajaran RBT Dan ASK Mata Pelajaran Tingkatan/Kelas Topik PBL Status Pelaksanaan RBT Tingkatan 1 Pembuatan Bridge Building Selesai Tingkatan 2 Lampu Meja Beroda Selesai Tingkatan 3 Penghasilan Tote Bag Selesai ASK Tingkatan 1 Ciri-ciri Imej Digital Selesai Tingkatan 2 Pembangunan Aturcara : Kisah Dongeng Selesai Tingkatan 3 Pembangunan Aturcara : Kalkulator Luas dan Perimeter Bilik Khas Selesai Tindakan : Panitia RBT dan ASK 5.0 Program Peningkatan Akademik SMART 2022 5.1 Berikut merupakan Program peningkatan Akademik yang dijalankan oleh unit kurikulum sekolah bagi membantu murid menengah rendah menghadapi peperiksaan Ujian Akademik Sesi Akhir Tahun (UASA) yang telah dijalankan pada bulan Januari 2023: Tingkatan Kelas Tambahan UASA Lokasi 1, 2 dan 3 Semua matapelajaran kecuali Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kelas masing-masing Tindakan: Makluman 6.0 Perancangan Program Peningkatan Akademik 2023/2024 6.1 Pengerusi meminta semua Ketua panitia berbincang dengan ahli panitia dan membuat satu senarai program panitia untuk sesi akan datang. Tindakan: Semua Ketua Panitia 7.0 Anggaran Perbelanjaan Panitia 2023/2024 7.1 Pengerusi memohon supaya Ketua panitia merujuk Pn Rozimah Binti Talib untuk bagi proses membuat Anggaran Perbelanjaan Panitia bagi sesi 2023/2024 untuk mengetahui jumlah PCG pada sesi akan datang. Ketua Panitia perlu membuat pembelian menggunakan nota minta menggunakan format excell dan perbelanjaan keperluan menggunakan wang PCG perlulah secara berhemah. Anggaran berkenaan


Minit Mesyuarat Panitia RBT dan ASK Halaman 4 perlulah dicetak dan perlu disahkan oleh GK Votek dan kemudiannya perlu dimasukkan ke dalam fail panitia masing-masing. Tindakan: Semua Ketua Panitia 8.0 Agihan Guru Mengajar Bagi Sesi 2023/2024 8.1 Pengerusi memohon supaya semua Ketua Panitia mengisi nama guru bagi Agihan Guru Mengajar 2023/2024 secara bercetak dan perlu disahkan oleh GK Votek dan kemudiannya dimasukkan ke dalam fail panitia masing-masing. Tindakan: Semua Ketua Panitia 8.2 Pn. Nur Heizei memaklumkan bahawa En. Abdul Hadi tidak dapat mengajar subjek ASK bagi sesi akan datang kerana keperluan dalam panitia Matematik yang menghadapi isu kekurangan guru subjek berkenaan. Tindakan: GK Votek 9.0 Pengemaskinian Fail Panitia 9.1 Pengerusi memohon supaya semua Ketua Panitia mengemaskini fail panitia masing-masing dengan pengisian semua maklumat terkini bagi sesi 2022/2023. Fail berkenaan perlulah ditempatkan semula di ruang rak khas di bilik Guru Kanan mengikut panitia masing-masing. Tindakan: Semua Ketua Panitia 10.0 Hal-hal Lain 10.1 Ujian Akademik Sesi Akhir Tahun (UASA) En. Abdul Hadi menyatakan terdapat sebahagian skema jawapan bagi UASA ASK Tingkatan 1 yang tidak selaras dengan soalan yang dinilai dan skema tersebut terpaksa diubah bagi memudakan kerja semakan soalan berkenaan. Tindakan : Ketua Panitia ASK 10.2 Pemakluman Mesyuarat Pentadbir SMART En. Hairul Rijal, selaku GK Votek memaklumkan mengenai beberapa perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pentadbir SMART yang lepas iaitu i. Guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang selari dengan penilaian PBD semasa pdp di kelas. ii. Guru perlu merekodkan evidens PBD selagi penilaian PBD berlaku sepanjang pdp sama ada berlaku di dalam atau di luar sidang kelas (kelas tambahan). Tindakan : Makluman 10.3 Pakej Tawaran Matapelajaran Sains Komputer (SK) bagi subjek SPM Pn. Nur Heizei memaklumkan bahawa sekolah SMART masih belum membuka sebarang kelas bagi tawaran matapelajaran Sains Komputer (SK) bagi subjek SPM kerana kekurangan guru opsyen TMK. Selain itu, murid 3 Amanah masih belum berkemampuan untuk mempelajari subjek berkenaan yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam penghasilan kod arahan Java. Tindakan : GK Votek dan Ketua Panitia ASK 10.4 Sistem Pengurusan Identiti (idME) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) Pn. Nur Heizei, selaku Guru Penyelaras Bestari memaklumkan bahawa semua guru perlu log masuk ke sistem idME bagi pengurusan data UASA dan PBD yang perlu dimasukkan markah dan TP murid. Proses kemasukan maklumat berkenaan perlu melalui Modul Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) di bawah seliaan Pn. Tang Yen Yee (Penyelaras PBD) Tindakan : Semua Pentaksir PBD dan UASA sekolah Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang Disediakan oleh : Disemak oleh : .......... ............................................... ............................................................... (PN. NUR HEIZEI BINTI NATRI) (EN. HAIRUL RIJAL BIN HAJI HAFNI) Ketua Panitia Asas Sains Komputer Guru Kanan Vokasional dan Teknik SMK Abdul Rahman Talib SMK Abdul Rahman Talib


Maklum Balas Mesyuarat Panitia RBT dan ASK 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB TELUK INTAN, PERAK PERAK DARUL RIDZUAN MAKLUM BALAS MESYUARAT PANITIA REKABENTUK TEKNOLOGI (RBT) DAN PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) BIL. 4/2022 Tarikh : 25 Januari 2023 Masa : 2.45 petang Tempat : Bilik Gerakan SMART M/S PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 2 4.2.1 Intervensi bagi mata pelajaran RBT Semua guru mata pelajaran RBT - Modul RBT telah digunakan secara menyeluruh semasa pdp dan beberapa evidens direkodkan. - Aktiviti PAK21 tidak dapat dijalankan secara optimum kerana kekangan masa dalam menghabiskan sukatan matapelajaran. 3 4.2.2 Intervensi bagi mata pelajaran ASK Semua guru mata pelajaran ASK - Bengkel kod arahan ditangguhkan kerana kekangan masa dalam menghabiskan sukatan matapelajaran. - Kolaborasi daerah antara guru-guru panitia ASK turut tertangguh kerana pelaksanaan UASA. 3 4.3 Laporan PBL Semua guru mata pelajaran RBT dan ASK - Semua PBL telah selesai dijalankan dan dinilai dalam item PBD 3 6.0 Perancangan Program Peningkatan Akademik 2023/2024 Ketua Panitia RBT dan ASK - KP ASK masih belum mengemaskini maklumat berkenaan. 3 7.0 Anggaran Perbelanjaan Panitia 2023/2024 Ketua Panitia RBT dan ASK - KP ASK masih belum mengemaskini maklumat berkenaan. 4 9.0 Pengemaskinian Fail Panitia Ketua Panitia RBT dan ASK - KP ASK masih belum mengemaskini maklumat berkenaan. 4 10.4 Sistem idME dan Modul SPPB Semua guru mata pelajaran RBT dan ASK - Proses kemasukan skor UASA dan TP PBD telah selesai dijalankan Disediakan oleh : Disemak oleh : .......... ............................................... ............................................................... (PN. NUR HEIZEI BINTI NATRI) (EN. HAIRUL RIJAL BIN HAJI HAFNI) Ketua Panitia Asas Sains Komputer Guru Kanan Vokasional dan Teknik SMK Abdul Rahman Talib SMK Abdul Rahman Talib


Click to View FlipBook Version