MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : MALAYAN UNION 1946
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ASRI BIN GHANI
DI SEDIAKAN OLEH :
NAMA NO.MATRIKS
NURUL IZZATI NADHIRAH BT HASHIM 23DIB21F2012
MUHAMMAD SHAHRAN BIN MOHD TAMRI 23DIB21F2009
MUHAMMAD AMIRUL DANIAL BIN AMRAN 23DIB21F2022
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
ISU KANDUNGAAN
NO BUTIRAN MUKA
1 Isi kandungan SURAT
2 penghargaan
3 2
4 Objektif 3
5 Pembentukan Malaya union 4
6 5-6
7 Butiran Malaya union 7
8 Peringkat memperkenalkan Malaya union 8
9 9-10
10 Gerak balas kaum melayu 11
11 Penubuhan umno 12
13
Perlaksanaan Malaya union 14
Garis masa
Rujukan
2|Page
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA , syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan E-Folia ini dengan penuh
jayanya . Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Asri Abd Ghani
,Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21032), di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.Akhir kata, kami juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada rakan rakan yang banyak membantu kami secara langsung
dan tidak langsung sepanjang melakukan tugasan ini. pelbagai ilmu yang dapat kami
rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.sikap Kerjasama yang ditunjukkan
oleh rakan rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan
tugasan ini .Tanpa bantuan dari semua pihak , tidak mungkin kami dapat menyiapkan
tugasan E-Folio ini dengan sempurna.
3|Page
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
OBJEKTIF
1. Menerangkan pebentukan Malayan union
2. Menjelaskan peranan dan kepentingan
unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial
dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia.
3. Memberi kefahaman mengenai
kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam
Perlembagaan Malaysia
4. Menjawab persoalan yang ditimbulkan
dalam masyarakat tentang unsur-unsur
tradisi.
4|Page
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
Penbentukan Malayan Union
Pada Julai 1943, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu"
di London,United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah
Melayu selepas Perang Dunia tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan
sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone.
Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu
selepas perang tamat. Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan
untuk mencadangkan penggabungan Negara-Negara Bersekutu, Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan,
sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.
Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang
berasingan disebabkan kebimbangan British bahawa penentangan orang
Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan
tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu
bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain
itu, pihak British juga bimbang bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang
liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan
bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga
hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi
strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan utama British mengecualikan
penyertaan Singapura ke dalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan
ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura sebagai pelabuhan utama
dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak
British untuk mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk
pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah
Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British
telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan
bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah
negara sendiri dalam erti kata lain 'merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di
Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf
5|Page
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah
jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh
penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah
Melayu ketika itu, iaitu Sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan
Union.
6|Page
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
Butiran utama Malayan Union
Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak
termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan
mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat
terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja.
Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang
diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih
semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam
dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai
sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak
kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan
kedaulatan British di Tanah Melayu di mana pihak British bertindak mengawal semua
perkara mengenai Tanah Melayu. Keadaan ini menunjukkan mereka lebih berkuasa
berbanding sebelum pendudukan Jepun.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan
kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan
Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun
daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union
yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk
perkhidmatan awam. Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada
semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus
soli'.
7|Page
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
Peringkat memperkenalkan Malayan Union
Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha
Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di Parlimen United Kingdom pada
Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi
kemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak
kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan yang kurang stabil.
Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael, untuk pergi ke Tanah
Melayu bagi mendapatkan tandatangan daripada raja-raja Melayu. Sir Harold MacMicheal bukanlah
seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu tetapi
kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu
percaya bahawa Sir MacMicheal pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari
Tanah Melayu. Pemerintahan Tentera British (BMA) merupakan masa yang paling sesuai bagi
MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu kerana keadaan
ketenteraan amat sesuai dijadikan asas ugutan untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua
pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan pada
masa itu. Pada 3 September 1945, ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula di
Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan
bersetuju dengan misi MacMichael.
Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti yang dijangka. Mac
Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangan-cadangan
pihak British dan tidak memberikan masa untuk baginda-baginda berunding dengan majlis masing-
masing, malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan
dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II.
Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian yang baru
dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan
keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa
sultan-sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memaksa
baginda-baginda untuk merelakan Malayan Union bagi menunjukkan kesetiaan mereka kepada
pihak British dan mereka juga bimbang akan kehilangan takhta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini
ialah semua perjanjian terdahulu yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultan Melayu dimansuhkan.
Dengan itu, kepura-puraan pihak British bahawa mereka ingin membantu sultan-sultan Melayu
untuk memerintah dihapuskan.
Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union
dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari 1946. Berserta Kertas Putih satu lagi usul telah
dikeluarkan iaitu pembatalan undang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan
dengan undang-undang kesatuan Malaya yang baru iaitu Malayan Union.
8|Page
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
Gerak balas daripada kaum Melayu
Protes orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union.
Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu yang kebiasaannya bersikap
lemah lembut dan sering melakukan apa yang disuruh telah bangun bersama-sama
untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan
telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan
Union. Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan
Awam di Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union,
dan membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi
persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak melobi
Tanah Melayu di Parlimen. Antara bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah
Melayu yang mengambil bahagian adalah Frank Swettenham. Mereka turut menulis
surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk merayu kepada Perdana Menteri United
Kingdom agar menghentikan usaha menukar status Tanah Melayu daripada negeri
naungan kepada tanah jajahan. Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan
bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan Union bukan sahaja daripada
penduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.
Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan
Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. Ini
menyebabkan baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang
digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk
perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancangan Malayan Union dan
cadangan untuk menghantar satu perwakilan ke London untuk memansuhkan
rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut pandangan orang Melayu
disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang
telah muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.
Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu. Selepas
pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah
sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup
kencang dari tanah seberang iaitu Indonesia. Di atas kesedaran inilah Orang-orang
Melayu telah bangun bersama-sama untuk menentang cadangan pihak British.
Tindakan yang kemas telah dilancarkan melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang
selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-
sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu
9|Page
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
untuk menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di Tanah
Melayu sebelumnya.
Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut
mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh Semenanjung Malaysia untuk
menyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima tekanan
yang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan Union
mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi masyarakat Melayu.
Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dari orang
melayu untuk menghentikan Malayan Union. Di mana sahaja mereka pergi pasti
disambut dengan ribuan umat melayu dengan slogan-slogan anti Malayan Union.
Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-
orang Melayu. Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah
mengambarkan sesuatu yang positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu
dan UMNO sendiri yakin bahawa Malayan Union akan terbatal.
10 | P a g e
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
Penubuhan UMNO
Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay
Congress) diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira
200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan
pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk
menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf
perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor
Bahru.[1] Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar,
Menteri Besar Johor, dipilih sebagai presiden pertama UMNO. Kongres itu juga
mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak
bahawa Malayan Union dimansuhkan.
11 | P a g e
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
Pelaksanaan Malayan Union
Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan
menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya, kerajaan British
mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran
Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat
dibatalkan.
Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent merupakan
Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah
sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya.
Malah pada majlis pelantikan Edward sebagai Gabenor yang pertama majlis tersebut
telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu. Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang
Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan
Melayu yang ingin menghadiri ucapara pelantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang
Melayu telah bertindak berkabung dengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-
orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu Dato' Onn Jaafar
untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukan upacara tersebut.
Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan takhta mereka, telah
menyedarkan sekalian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata
untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya, Malayan Union dibatalkan pada 1
Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan Malayan Union yang telah gagal itu. Pihak
British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO
untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu. Penggantian konsep Persekutuan
Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai,
melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orang-
orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongan di
dalam etnik yang lain. Bagaimanapun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan
tidak mempunyai sokongan di Tanah Melayu sendiri serta lobi Parlimen dan
penyokong-penyokong di London yang telah membantu dalam pembatalan
skim Malayan Union. Orang-orang Cina yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati
kerana mereka tahu jumlah orang Cina yang terkorban lebih besar berbanding orang
Melayu, sepanjang peperangan dengan Jepun. Sesetengah daripada orang Cina yang
tidak puas hati kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk
mencapai sebuah kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British telah
meminggirkan masyarakat cina Tanah Melayu.
12 | P a g e
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
Garis masa
• 14 Ogos 1941 - Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan
hak negara-negara untuk penentuan diri.
• Penghujung 1942 - Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di
United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu
selepas Perang Dunia II.
• Januari 1944 - Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama
kali oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah
Jajahan British, di Parlimen United Kingdom.
• 3 September 1945 - Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar
Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
• 21 Disember 1945 - Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai
perjanjian baru untuk membentukkan Malayan Union.
• Januari 1946 - Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui
sebuah Kertas Putih.
• 1 Mac 1946 - Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan
berhimpun di Kuala Lumpur untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu
(Pan-Malayan Malay Congress). Kongres itu membincangkan penubuhan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta kempen terselaras
untuk menentang Malayan Union.
• 1 April 1946 - Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.
• 1 Mei 1946 - Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor
Bahru. Penubuhan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar
Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan
bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak
bahawa Malayan Union dimansuhkan.
• 1 Februari 1948 - Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui
dengan UMNO dan Raja-raja Melayu.
13 | P a g e
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
Rujukan
• Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia, The MacMlllan
Press Ltd. (1982). ISBN 0-333-27673-6.
• The World Book Encyclopedia, World Book International (1994).
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union
• https://www.google.com/search?q=dato+onn+jaafar&tbm=isch&ved=2ahUKEwiMzcrNirT
3AhV1i9gFHUT7AZgQ2-
cCegQIABAA&oq=dato+onn&gs_lcp=CgNpbWcQARgAMgUIABCABDIFCAAQgAQyBA
gAEEMyBQgAEIAEMgUIABCABDIFCAAQgAQyBQgAEIAEMgUIABCABDIFCAAQgAQy
BQgAEIAEOgcIIxDvAxAnOgoIIxDvAxDqAhAnOgsIABCABBCxAxCDAToICAAQsQMQg
wE6CAgAEIAEELEDOgQIABADUJEHWLwnYP00aAFwAHgCgAGJAYgB7AiSAQM4LjS
YAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ7ABCsABAQ&sclient=img&ei=YyFpYsyPB_WW4t4Px
PaHwAk&bih=552&biw=1280
•
14 | P a g e
MPU21032 :PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ;)
15 | P a g e