The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN TINDAK BALAS KECEMASAN UNTUK RUJUKAN PIHAK SEKOLAH MENGHADAPI BENCANA - PPD SAMARAHAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYMH, 2023-12-18 02:42:22

PELAN TINDAK BALAS KECEMASAN pdf

PELAN TINDAK BALAS KECEMASAN UNTUK RUJUKAN PIHAK SEKOLAH MENGHADAPI BENCANA - PPD SAMARAHAN

Keywords: PELAN TINDAK BALAS KECEMASAN

PELAN TINDAK BALAS KECEMASAN EMERGENCY RESPONSE PLAN (ERP) BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Pelan Tindak Balas Kecemasan Emergency Response Plan (ERP) 1


2 KANDUNGAN MUKA SURAT PRAKATA PENDAHULUAN TAFSIRAN BENCANA PELAKSANAAN OBJEKTIF PERSONEL DAN TANGGUNGJAWAB PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA CONTOH DIREKTORI AGENSI/JABATAN AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH JENIS BENCANA - TAFSIRAN/ PROSEDUR/ PELAN KOMUNIKASI BENCANA/ CARTA ALIR 1. BANJIR 2. RIBUT 3. KEBAKARAN 4. TANAH RUNTUH 5. GEMPA BUMI 6. KEBOCORAN GAS 7. TUMPAHAN BAHAN KIMIA 8. PENCEMARAN UDARA 9. CUACA PANAS 10. JEREBU 11. WABAK 12. TSUNAMI 13. PENCULIKAN 14. PENCEROBOHAN SEKOLAH 15. KEMALANGAN UDARA RUJUKAN LAMPIRAN - CARTA ORGANISASI JK PENGURUSAN BENCANA


PRAKATA Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya jua maka Pelan Komunikasi Bencana, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah siap sepenuhnya. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak NADMA dan semua warga KPM yang telah memberikan khidmat nasihat dan bimbingan dalam membangunkan Pelan Komunikasi Bencana peringkat KPM. Bencana merupakan ancaman yang berlaku sama ada secara semula jadi atau disebabkan oleh kecuaian manusia yang mengakibatkan kerosakan, kecederaan dan kematian. Melalui buku panduan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP), beberapa perkara telah ditambah baik dengan memasukkan hal-hal pencegahan dan kawalan keselamatan kebakaran, Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menghadapi kecemasan kebakaran juga turut ditambah baik mengikut Arahan No.20 (Semakan Semula), Majlis Keselamatan Negara. Di mana, istilah-istilah yang diguna pakai telah diselaraskan dengan istilah-istilah piawai mengikut MKN dan agensi-agensi penyelamat lain. Bencana, kemalangan atau kecemasan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa amaran. Bagi menghadapi situasi kecemasan di institusi Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH, KPM) diberi tanggungjawab untuk merangka satu garis panduan yang boleh dijadikan rujukan untuk semua institusi di bawah KPM. Objektif utama pelan tindakan ini adalah untuk menggariskan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan semua pihak terlibat dapat bergerak dengan pantas dan tersusun sekiranya menghadapi musibah bencana. Langkah-langkah ini bagi memastikan perkhidmatan pendidikan di semua institusi KPM dapat dipulihkan dengan sistematik dan efektif. Terdapat 14 pelan komunikasi bencana yang disusun di dalam buku ini sebagai rujukan semua warga KPM. Buku ini dihasilkan dalam salinan cetak dan turut juga dipamerkan di laman sesawang KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi memudahkan rujukan kepada semua warga KPM. Semoga buku ini dapat mencapai objektifnya dengan memberi panduan kepada warga KPM dalam menghadapi bencana atau kecemasan, serta berjaya menyelaras teraju kepimpinan dan pengurusan bencana demi keselamatan dan kesejahteraan KPM, warga dan pelanggannya. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan buku panduan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP). Diharapkan supaya apa-apa yang telah didokumenkan dalam pelan ini dapat dipraktikkan dengan jayanya. Semoga usaha kita mendapat keberkatan Allah S.W.T dan diganjari dengan pahala amal jariah yang berpanjangan Sekian. 3


PENDAHULUAN Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 28 September 2020 telah memutuskan supaya semua agensi meneliti peranan masing-masing berdasarkan Arahan No. 20 (Semakan Semula) bertarikh 30 Mac 2012 berkaitan Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara. Arahan ini disemak semula selaras dengan perubahan semasa, corak serta kerumitan kejadian bencana pada masa ini. Arahan ini menggariskan mekanisme pengurusan bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana. Setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan arahan ini. Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun 2015 telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah agensi khusus bagi mengurus bencana di bawah Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara atau National Disaster Management Agency (NADMA) disasar untuk memperkemas struktur pengurusan bencana dan mewujudkan sinergi pelbagai agensi. NADMA menjadi focal point pengurusan bencana di peringkat ASEAN, serantau dan antarabangsa. Pengurusan bencana juga hendaklah dikendalikan secara bersepadu oleh semua agensi supaya tindakan di setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif. Arahan ini juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani bencana. Tumpuan utama kepada pengurusan bencana adalah ke arah pengurangan risiko bencana secara berterusan melalui program-program pencegahan, peredaan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana. Usaha ini adalah selaras dengan inisiatif yang dilakukan di peringkat antarabangsa. Arahan ini diharapkan akan berupaya menjadi panduan kepada semua agensi untuk menguruskan sesuatu bencana dengan lebih cekap dan berkesan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif membuat penambahbaikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) bertarikh 11 Ogos 2021. Penambahbaikan ini mengambil kira perubahan struktur KPM, JPN dan PPD pada tahun 2019 dan risiko bencana masa kini yang melibatkan institusi pendidikan KPM. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 15/2021 bertarikh 19 April 2021 telah meluluskan cadangan Penambahbaikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia serta terma rujukan jawatankuasa tersebut. 4


TAFSIRAN ARAHAN NO.20 (SEMAKAN SEMULA) Arahan No. 20 (Semakan Semula) bertarikh 30 Mac 2012 merupakan “Arahan” berkaitan Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara bawah MKN, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang disemak semula menggantikan Arahan No. 20 bertarikh 11 Mei 1997. Semakan semula ini selaras dengan perubahan semasa, corak serta kerumitan kejadian bencana pada masa tersebut. "Arahan" ini menggariskan mekanisme pengurusan bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana. [Sumber: Arahan No. 20, MKN (Semakan Semula)] BENCANA Bencana adalah suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya serta memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. Bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh, jerebu dan wabak penyakit adalah antara bencana yang kerap berlaku di negara ini. [Sumber: Arahan No. 20, MKN (Semakan Semula)] RANCANGAN KOMUNIKASI BENCANA Rancangan komunikasi bencana perlu menggariskan objektif yang jelas, proses, dan strategi untuk menyampaikan maklumat dalam keadaan kecemasan. Rancangan ini sepatutnya merangkumi protokol untuk komunikasi proaktif dan reaktif bagi memastikan maklumat penting sampai kepada orang awam dengan cepat dan tepat. Komunikasi kecemasan boleh termasuk amaran dan peringatan; arahan mengenai pengungsian, perintah berkurung, dan tindakan perlindungan diri lain; serta maklumat mengenai status tindak balas, ahli keluarga, bantuan yang tersedia, dan perkara lain yang memberi kesan kepada tindak balas dan pemulihan. [Sumber: Arahan No. 20, MKN (Semakan Semula)] JAWATANKUASA PENGURUSAN KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN (3K) Jawatankuasa Pengurusan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan yang ditubuhkan di peringkat induk, negeri, daerah dan institusi pendidikan KPM yang berfungsi memastikan aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan di institusi pendidikan KPM berada pada tahap yang baik. [Sumber: SPI KPM Bilangan 6 Tahun 2021] INSTITUSI PENDIDIKAN KPM Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, Kolej Tingkatan Enam (KTE), Kolej Vokasional (KV), Kolej Matrikulasi (KM), Institut Pendidikan Guru (IPG), institusi bawah Program GENIUS dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdattar dengan KPM. [Sumber: SPI KPM Bilangan 6 Tahun 2021] 5


PELAKSANAAN KPM melaksanakan penambahbaikan jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan perkara seperti berikut: I. Menyusun semula ahli jawatankuasa berdasarkan jawatan dan fungsi struktur baharu KPM, JPN dan PPD; II. Menambah jawatankuasa yang baharu melibatkan institusi pendidikan bawah KPM, selain sekolah; dan III. Menyediakan terma rujukan jawatankuasa. Bersama-sama ini dilampirkan senarai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. OBJEKTIF 1. Mengenalpasti tindakan awal mendepani situasi kecemasan sama ada kemalangan atau bencana [mengikut tafsiran Arahan No. 20 (Semakan Semula)Majlis Keselamatan Negara] 1.1 Mengelakkan kecederaan & kematian 1.2 Mengurangkan kerosakan harta benda 1.3 Melindungi alam sekitar dan masyarakat umum 1.4 Memulihkan keadaan kepada asal 2. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan bencana institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 3. Meningkatkan keselamatan fizikal dan warga institusi pendidikan KPM, 4. Membantu meringankan beban mangsa bencana dari aspek fizikal dan emosi dalam kalangan warga institusi pendidikan KPM. 6


PERSONEL DAN TANGGUNGJAWAB PERSONEL TANGGUNGJAWAB PENGETUA/ GURU BESAR 1. Menubuhkan Jawatankuasa Bencana Peringkat Sekolah (JBPS) dan menyediakan Pelan Tindakan Sekolah (PTS). 2. Merancang aktiviti tahunan program kesediaan sekolah menghadapi bencana. 3. Menubuhkan Bilik Gerakan Bencana. 4. Memastikan kunci bilik khas disimpan di pejabat dan mudah diambil apabila diperlukan. 5. Mengenal pasti tempat atau sekolah lain yang boleh dijadikan tempat pengajaran dan pemudahcaraan (PdP) sementara dengan persetujuan PPD dan JPN sekiranya bencana berlaku di sekolah. GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 1. Memastikan isyarat/sistem amaran kecemasan sekolah berfungsi dengan baik. 2. Memastikan semua kakitangan sekolah menanda kehadiran mereka ke sekolah setiap hari. GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 1. Menyediakan pelan laluan kecemasan untuk dipamerkan di setiap kelas dan di laluan utama sekolah. 2. Mengadakan latihan kecemasan mengikut jenis bencana dan menyediakan perancangan pengungsian. 3. Memastikan keadaan fizikal sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. 4. Memastikan peralatan pengurusan bencana mencukupi dan berfungsi. 5. Memastikan laluan keselamatan bebas dari halangan setiap masa. GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 1. Memastikan peralatan pengurusan bencana mencukupi dan bertungsi. 2. Memastikan laluan keselamatan bebas dari halangan setiap masa. GURU SUMBER 1. Menganalisis situasi dan potensi bencana serta membuat penilaian risiko mengikut kaedah Matrik Penilaian Risiko. 2. Mempamerkan senarai nombor teleton agensi-agensi bantuan seperti polis, bomba, jabatan kesihatan dan pertahanan awam di laluan-laluan utama sekolah (rujuk Borang EPP-A). GURU KELAS 1. Memastikan rekod kehadiran murid dicatat setiap hari dan dihantar ke pejabat. 2. Sentiasa mengemaskini maklumat diri murid. 3. Menyediakan rekod murid berkeperluan khas 4. Menyediakan senarai murid yang mempunyai risiko penyakit. 7


GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING / WARDEN ASRAMA / GURU DISIPLIN / PENYELIA ASRAMA 1. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah. 2. Melaksanakan tugas berkaitan pengurusan bencana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah. 8


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA Jawatan Fungsi Penasihat 1. Memberi nasihat dan pandangan mengenai dasar, pelan strategik, pelan tindakan dan mencadangkan hala tuju pengurusan bencana KPM. Peringkat KPM: Ketua Setiausaha Pengerusi 1. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Peringkat KPM: Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri: Pengarah Pendidikan Negeri Peringkat Daerah: Pegawai Pendidikan Daerah Peringkat Sekolah: Pengetua / Guru Besar 2. Membuat keputusan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat / Negeri / Daerah MKN. 4. Melantik wakil jika tidak dapat hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat / Negeri / Daerah bawah MKN. 5. Melantik mana-mana bahagian/jabatan/sektor/unit untuk melaksanakan tugas-tugas khas berkaitan pengurusan bencana berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa. Timbalan Pengerusi 1. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Peringkat KPM: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia - Sektor Operasi Sekolah - Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan - Sektor Dasar dan Kurikulum 2. Membantu pengerusi membuat keputusan dalam mesyuarat. 3. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa 9


Peringkat Negeri: Semua Timbalan Pengarah Peringkat Daerah: Semua Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Peringkat Sekolah: Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia jika pengersui tidak dapat hadir. Setiausaha 1. Menyelaras pengurusan jawatankuasa. Peringkat KPM: Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Peringkat Negeri: Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Peringkat Daerah: Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan Peringkat Sekolah: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2. Melantik urusetia mesyuarat. Urus Setia 1. Menjadi urus setia mesyuarat. Rujuk lampiran 2. Menyedia dan mengedarkan minit serta maklum balas mesyuarat. Ahli Jawatankuasa 1. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Rujuk lampiran Merancang, menyelaras dan melaksanakan tugas berkaitan pengurusan bencana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian 10


Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 11


CONTOH DIREKTORI AGENSI/JABATAN AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH (perlu dilengkapkan oleh setiap organisasi) JABATAN ALAMAT NAMA PEGAWAI YANG DIHUBUNGI NO. TELEFON NO. FAX/EMEL Pejabat Residen Bahagian (jika berkenaan) Pejabat Daerah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Hospital/ Klinik Kesihatan Jabatan Pendidikan Negeri Pejabat Pendidikan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 12


JENIS BENCANA 1. BANJIR 1.1 TAKRIFAN BANJIR Banjir merujuk kepada badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan akibat hujan lebat, pencairan ais, air pasang dan halangan pada saluran (Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran) 1.2 JENIS-JENIS BANJIR a. Banjir Genang Banjir monsun/kilat/pasang surut yang berlaku di kawasan rendah kerana air tidak dapat mengalir keluar dengan baik. b. Banjir Monsun Banjir ini disebabkan keamatan hujan yang tinggi dan berterusan (>6 jam) pada musim monsun timur laut/tengkujuh (November - Mac) Petunjuk banjir: Lumpur, lambat surut & aras air sungai tinggi c. Banjir Pantai Banjir yang disebabkan keamatan hujan yang tinggi dan kenaikan air laut semasa air pasang dan melebihi aras air sungai / tebing sungai Petunjuk banjir: Air laut pasang tinggi d. Banjir Kilat Banjir yang disebabkan keamatan hujan yang tinggi dan setempat mengakibatkan kenaikan dan penurunan air dalam masa yang singkat (< 6 jam). Petunjuk banjir: Banjir mendadak, cepat susut e. Banjir Puing Banjir puing adalah banjir yang membawa bahan-bahan puing (kayu-kayuan, batu-batuan dan mendapan tanah runtuh) yang tercetus dari aktiviti hujan lebat yang berpanjangan sehingga terjadinya gelinciran tanah (tanah runtuh) di kawasan pergunungan bercerun sehingga 5-15 darjah dengan kelajuan mencapai 50 km/j. Petunjuk banjir: kerosakan teruk pada alam sekitar dengan sisa-sisa puing. (Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran) 13


1.3 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA BANJIR SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan setelah mendapat maklumat awal daripada agensi berkaitan. 2. Menyedia dan memaklumkan pelan tindakan menghadapi bencana kepada warga sekolah. 3. Mendapatkan maklumat dan ramalan cuaca terkini. 4. Menyimpan dokumen dan barang berharga termasuk buku teks / pusat sumber di tempat tinggi dan selamat. 5. Menyediakan papan maklumat yang mengandungi nama dan nombor telefon jabatan atau individu untuk dihubungi. 6. Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan. 7. Memastikan stok bekalan makanan kering berlebihan disediakan dan disimpan ditempat tinggi serta selamat (bagi sekolah yang mempunyai asrama). 8. Memastikan bot dan jaket keselamatan (bagi sekolah yang terletak berhampiran sungai) berfungsi dan sedia untuk digunakan. 9. Mengingatkan pengawal keselamatan, guru dan warden asrama supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. 10. Menyediakan peralatan petugas semasa banjir 1. Memaklumkan dengan segera kepada PPD/ Jabatan. 2. Memindahkan warga sekolah ke tempat yang lebih selamat apabila banjir dijangka akan mencapai paras bahaya. 3. Mendapatkan bantuan penduduk/ masyarakat setempat untuk memindahkan harta benda sekolah dengan segera. 4. Memutuskan bekalan elektrik di premis yang dilanda banjir untuk mengelakkan bahaya litar pintas. 5. Mengatur dengan pihak PPD / JPN supaya guru yang terjejas banjir / sekolah dilanda banjir untuk bertugas di sekolah berhampiran. 6. Mengurus supaya murid yang tempat kediaman mereka yang tidak dilanda banjir dapat ditumpangkan belajar di sekolah berhampiran yang tidak terlibat dengan banjir. 7. Memastikan keselamatan sekolah dikawal oleh pengawal keselamatan sekolah jika premis sekolah tidak ditenggelami oleh banjir sepenuhnya. 8. Menyediakan laporan harian untuk dihantar ke PPD/ JPN 1. Mengatur aktiviti gotongroyong membersihkan sekolah dan membaiki perabot yang masih boleh digunakan. 2. Mendapatkan perkhidmatan/khidmat nasihat juruteknik JKR untuk meneliti tahap keselamatan pendawaian elektrik bangunan. 3. Menyenaraikan jumlah kerosakan alat / perabot (kerusi, meja, almari dan lain-lain) untuk direkod bagi tujuan pelupusan. 4. Mengenal pasti murid yang memerlukan bantuan kewangan, buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain dan memaklumkan kepada PPD / JPN. 5. Melaporkan kerosakan buku teks mengikut mata pelajaran / tahun / tingkatan dan kuantiti kepada PPD/JPN untuk penggantian. 6. Mengatur pinjaman buku teks/peralatan dari sekolah yang tidak terlibat banjir dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada lebihan) untuk kegunaan murid yang terkesan banjir dengan kerjasama PPD/JPN. 7. Menyenaraikan jenis/jumlah peralatan dan penilaian kos (kerusi,meja, almari dan lain-lain yang diperlukan oleh sekolah kepada PPD/JPN. Pesanan 14


(baju hujan, payung, kasut getah, lampu suluh, wisel, pembesar suara dan peti pertolongan cemas) perlu dibuat dengan segera. 8. Menjemput klinik kesihatan yang berhampiran untuk saringan kesihatan kepada murid. 9. Memaklumkan kepada murid yang terkesan banjir bahawa mereka boleh memakai pakaian biasa ke sekolah. 10. Bekerjasama dengan PIBG, mendapatkan bantuan lain yang diperlukan oleh murid dan warga sekolah yang terkesan. 11. Melaporkan kejadian bencana kepada pihak polis. 15


CARTA ALIR BENCANA BANJIR 16


2. RIBUT 2.1 TAKRIFAN RIBUT Ribut merupakan gangguan atmosfera planet, terutamanya yang mempengaruhi permukaan dan membayangkan cuaca buruk. Ribut mungkin ditandai dengan angin kencang, guruh dan kilat (ribut petir), kerpasan seperti hujan dan ais (hujan batu), atau angin yang membawa zarah-zarah lain melalui atmosfera (seperti ribut pasir dan ribut salji). Ribut boleh berlaku di laut, di darat dan di udara. 2.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA RIBUT SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan setelah mendapat maklumat awal daripada agensi berkaitan. 2. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi banjir semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. 3. Jangan gunakan punca elektrik dan peralatan/ perkakasan elektrik yang rosak. 4. Laporkan segera kerosakan pendawaian dan peralatan/ perkakasan elektrik kepada Pegawai bertanggungjawab (PIC) 5. Menyertai latihan penguraian secara berkala. 6. Mengambil tahu pelan keselamatan bencana ribut di sekolah. 7. Mencatatkan/ memaparkan senarai nombor telefon kecemasan polis dan bomba (termasuk Pasukan Bomba Sukarela) di tempat strategik di 1. Memastikan penggera kecemasan diaktifkan secara manual. 2. Menghubungi agensi penyelamat. 3. Mengosongkan bangunan dengan segera. 4. Berkumpul di tempat yang ditetapkan (RV Point). 5. Memaklumkan bilangan murid kepada guru kelas / warden asrama dan pegawai bencana sekolah. 6. Melaporkan semua maklumat kepada agensi penyelamat dan pihak berkuasa yang tiba di lokasi. 1. Membuat laporan kejadian bencana ribut kepada pihak PPD/JPN. 2. Membersihkan kawasan bencana ribut. 3. Menguruskan tuntutan insurans (jika berkenaan). 4. Mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan selanjutnya (jika berkenaan) 5. Mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada guru bimbingan kaunseling sekolah untuk murid dan Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah untuk guru. 17


kawasan sekolah. 8. Memastikan lokasi penyuraian adalah sesuai dan selamat. CARTA ALIR BENCANA RIBUT 18


3. KEBAKARAN 3.1 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN Kebakaran yang berlaku di kawasan sekolah berpunca daripada beberapa faktor: a. Kelalaian Manusia Pembakaran terbuka serta pembakaran hutan dan tindakan yang kurang berhati-hati apabila menggunakan bahan api seperti gas, minyak dan lain-lain. b. Kerosakan Mekanikal dan Elektrikal Litar pintas, pendawaian elektrik yang tidak mengikut piawaian serta kerosakan pada peralatan elektrik. c. Kejadian Semula Jadi Petir, kilat dan cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan kebakaran. 3.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA KEBAKARAN SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Menyediakan perancangan serta pelan tindakan menghadapi bencana kebakaran. 2. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi kebakaran semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. 3. Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya kecemasan atau kebakaran berlaku seperti loceng kecemasan, alat pemadam api, loud hailer, portable radio dan lain-lain. 4. Mengingatkan pengawal 1. Menghubungi agensi penyelamat. 2. Memindahkan guru, murid dan staf sokongan ke tempat yang lebih selamat apabila kebakaran berlaku. 3. Melaporkan segera kepada JPN / PPD untuk tindakan selanjutnya. 4. Melaksanakan tindakan pemindahan harta benda sekolah dengan segera ke tempat yang selamat. 5. Memutuskan bekalan elektrik di premis yang dilanda kebakaran untuk mengelakkan bahaya ke bangunan lain. 6. Menempatkan murid-murid di lokasi yang selamat (jika kebakaran melibatkan asrama) 7. Memastikan keselamatan 1. Melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah melibatkan guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan jabatan-jabatan berkaitan. 2. Memberi kerjasama kepada agensi luar yang ingin menghulurkan bantuan sebagai sukarelawan dalam aspek pembersihan sekolah atau lain-lain. 3. Melaporkan status semasa keadaan kebakaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pejabat Pendidikan Daerah. 4. Mendapatkan khidmat kepakaran dari Jabatan Kerja Raya untuk meneliti tahap keselamatan bangunan yang mengalami 19


keselamatan, guru dan warden asrama supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah. 5. Melaksanakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. 6. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di semua bangunan sekolah, asrama dan bilik darjah. 7. Melaksanakan pemeriksaan semua alat pemadam api dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. 8. Memohon kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya untuk pemeriksaan keselamatan pendawaian elektrik di keseluruhan bangunan sekolah yang berusia lebih 10 tahun. sekolah dikawal oleh pengawal keselamatan sekolah sepenuhnya. 8. Menyediakan laporan harian untuk dihantar kepada JPN/PPD. kebakaran sebelum digunakan semula. 5. Menyenaraikan jumlah kerosakan alat/perabot (kerusi, meja, almari dan lain-lain) untuk direkod bagi tujuan pelupusan dan penggantian. 6. Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang memerlukan bantuan kewangan, buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain dan perlu dimaklumkan ke JPN/PPD untuk mendapat bantuan tersebut. 7. Menyelaras pinjaman buku teks dari Bilik Operasi Buku Teks Daerah (BOSD) atau dari sekolah lain (sekiranya ada lebihan stok) bagi kegunaan murid yang terkesan. 8. Melaporkan kerosakan buku teks mengikut mata pelajaran, tahun/tingkatan dan kuantiti kepada JPN/PPD untuk penggantian. 9. Melaporkan kejadian bencana kepada pihak polis. 10. Menyenaraikan jenis dan jumlah peralatan (kerusi, meja, almari dan lain lain) yang diperlukan oleh sekolah kepada PPD/JPN dengan kadar segera. 11. Membantu PPD/JPN membuat anggaran nilai peruntukan yang diperlukan bagi penggantian dan baik pulih peralatan dan premis kepada JPN/PPD. 12. Menjemput pegawai 20


kesihatan dari klinik kesihatan yang berhampiran untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada murid sekolah. 13. Menyegerakan urusan pemberian bantuan-bantuan kewangan yang disediakan oleh KPM seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), kecemasan dan bantuan-bantuan lain yang berkaitan kepada murid. 14. Bekerjasama dengan PIBG mendapatkan bantuan-bantuan lain yang diperlukan oleh murid dan warga sekolah yang terkesan dalam bentuk wang ringgit, pakaian, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain. Pungutan boleh dibuat dalam kalangan guru-guru, staf sokongan, ibu bapa/penjaga dan masyarakat setempat yang tidak terlibat dengan bencana. 15. Pihak sekolah perlu merancang pelan PdP alternatif/PdPR bagi guru dan murid jika sekolah tidak boleh beroperasi seperti biasa. 16. Menyediakan laporan keseluruhan kepada JPN/PPD. 17. Melaksanakan Post Mortem bagi tujuan penambahbaikan pengurusan kebakaran pada masa hadapan. 21


CARTA ALIR BENCANA KEBAKARAN 22


4. TANAH RUNTUH 4.1 TAKRIFAN TANAH RUNTUH Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geo-bencana yang sering berlaku sama ada secara semula jadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya tanah runtuh berlaku secara kecillan dan perlahan, ini mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ini boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan. (Sumber: Fakulti Sains dan Teknologi, UKM) 4.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA TANAH RUNTUH SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Menyediakan perancangan serta pelan tindakan menghadapi tanah runtuh. 2. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi tanah runtuh semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. 3. Mengenal pasti kawasan persekitaran sekolah berisiko dari semasa ke semasa. 1. Mengaktifkan alat penggera kecemasan / loceng kecemasan. 2. Menghubungi agensi penyelamat. 3. Menyediakan laporan awal (status terkini) untuk dihantar kepada PPD/JPN. 4. Menempatkan murid-murid di lokasi yang selamat. 5. Memaklumkan bilangan murid kepada guru kelas / warden asrama dan pegawai pengurusan bencana sekolah. 6. Memberi kerjasama penuh kepada agensi penyelamat. 1. Membuat penilaian tahap kerosakan. 2. Mendapatkan khidmat kepakaran dari Jabatan Kerja Raya untuk meneliti tahap keselamatan bangunan yang mengalami kerosakkan sebelum digunakan semula. 3. Melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah melibatkan guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan jabatan-jabatan berkaitan. 4. Melaksanakan bimbingan dan kaunseling kepada warga sekolah yang terkesan. 5. Menyediakan laporan penuh kepada PPD/JPN. 23


CARTA ALIR BENCANA TANAH RUNTUH 24


5. GEMPA BUMI 5.1 TAKRIFAN GEMPA BUMI Gempa bumi adalah pergerakan mengejut permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan batuan di sepanjang garis sesar atau di atas persempadanan plat tektonik. Walau bagaimanapun, gempa bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti gunung berapi. Semakin besar saiz gempa bumi, semakin besar kemusnahan yang dibawa. (Sumber: MET MALAYSIA) 5.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA GEMPA BUMI SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan setelah mendapat maklumat awal daripada agensi berkaitan. 2. Menyimpan bekalan harian dalam bentuk “survival kit” (bekalan tiga hari). 3. Membuat salinan dokumen penting dan disimpan di tempat yang selamat. 4. Membuat persediaan menghadapi bencana gempa bumi ; 4.1. Mengetahui lokasi pintu, lif dan tangga keselamatan 4.2. Latihan menggunakan Alat Pemadam Api. 4.3. Perabot diatur rapat pada dinding dan dipasak untuk mengelakkan 1. Memastikan penggera kecemasan diaktifkan secara manual. 2. Menghubungi agensi penyelamat. 3. Antara tindakan yang perlu diambil perhatian ; 3.1 Berlindung di bawah meja atau di bawah alang (konkrit). 3.2 Jauhi dari tingkap, pintu, rak-rak perhiasan atau apa sahaja yang boleh mencederakan seperti lampu, perabot dan peralatan lain. 3.3 Jika berada di luar bangunan, jauhi bangunan-bangunan dan kabel elektrik yang tergantung. 3.4 Terus berada di tempat lapang sehingga gegaran berhenti. 3.5 Jika berada dalam 1. Membuat penilaian tahap kerosakan. 2. Mendapatkan khidmat kepakaran dari Jabatan Kerja Raya untuk meneliti tahap keselamatan bangunan yang mengalami kerosakkan sebelum digunakan semula. 3. Melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah melibatkan guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan jabatan-jabatan berkaitan. 4. Melaksanakan Bimbingan dan Kaunseling kepada warga sekolah yang terkesan. 5. Menyediakan laporan penuh kepada PPD/JPN. 25


daripada rebah. 4.4. Periksa kestabilan bumbung dan dinding. 4.5. Letak benda yang berat di bahagian bawah. 4.6. Pastikan kestabilan benda atau barang yang tergantung tidak mudah jatuh. 4.7. Menyimpan bahan-bahan mudah terbakar di tempat yang selamat. 4.8. Mengetahui cara memutuskan sambungan air, gas atau elektrik. 4.9. Menyimpan “Serkup Keselamatan” di tempat yang mudah diperoleh. 4.10. Menjalani latihan berkaitan dengan bencana. kenderaan perlu berhenti segera dan kekal di dalam kereta. Elakkan daripada berhenti di bawah pokok, bangunan, jambatan, jejantas dan kabel elektrik yang tergantung. 3.6 Jangan gunakan lilin, mancis atau sebarang bahan bakar kerana mungkin terdapat kebocoran saluran gas. 26


CARTA ALIR BENCANA GEMPA BUMI 27


6. KEBOCORAN GAS 6.1 TAKRIFAN KEBOCORAN GAS Kebocoran gas adalah situasi di mana gas yang terkandung dalam suatu sistem terbebas keluar kerana terdapat retakan, lubang atau kerosakan lain dalam peralatan atau saluran gas tersebut. Kebocoran gas boleh mendatangkan risiko kepada manusia dan persekitaran, terutama jika gas tersebut bersifat beracun atau mudah terbakar. Insiden kebocoran gas boleh berlaku di kawasan sekolah seperti makmal, bengkel, kantin dan dewan makan asrama yang akan menjejaskan pengoperasian sekolah. 6.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA KEBOCORAN GAS SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Menyediakan perancangan serta pelan tindakan menghadapi bencana. 2. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi bencana semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. 3. Mengingatkan warga sekolah supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah. 4. Menyediakan pelan laluan kecemasan di semua bangunan sekolah dan asrama. 5. Menjalankan latihan atau simulasi kecemasan. 6. Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya berlaku insiden kebocoran gas seperti loceng kecemasan, topeng pernafasan, alat 1. Memastikan penggera kecemasan diaktifkan. 2. Menghubungi agensi penyelamat. 3. Antara tindakan yang perlu diambil perhatian : a. Memastikan pintu dan tingkap dibuka supaya pengudaraan baik. b. Membawa pelajar ke kawasan terbuka dan selamat. c. Memaklumkan bilangan murid kepada guru kelas / warden asrama dan pegawai pengurusan bencana sekolah. d. Mengesan simptom keracunan gas terhadap warga sekolah. e. Memaklumkan kepada waris murid yang terkesan. f. Membawa mangsa ke hospital/klinik berdekatan dengan kadar segera (SPI Bil.3 Tahun 2019). 4. Memberi kerjasama penuh 1. Membuat penilaian secara umum tahap kerosakan. 2. Mendapatkan khidmat kepakaran daripada agensi teknikal berkaitan untuk meneliti tahap keselamatan infrastruktur yang mengalami kerosakan sebelum digunakan semula. 3. Melaksanakan Bimbingan dan Kaunseling kepada warga sekolah yang terkesan. 4. Mengenal pasti warga sekolah yang terjejas dengan memberi khidmat nasihat daripada klinik kesihatan yang berhampiran untuk saringan kesihatan. 5. Menyediakan laporan penuh kepada PPD atau JPN (Bagi sekolah yang tiada PPD). 6. Bekerjasama dengan PIBG, mendapatkan bantuan lain yang diperlukan oleh murid dan warga sekolah yang 28


pemadam api, peti pertolongan cemas, wisel, pembesar suara dan pelaung suara (hailer). kepada agensi penyelamat. 5. Menyediakan laporan awal (status terkini) untuk dihantar kepada PPD atau JPN (Bagi sekolah yang tiada PPD). terkesan. CARTA ALIR BENCANA KEBOCORAN GAS 29


7. TUMPAHAN BAHAN KIMIA 7.1 TAKSIRAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA Tumpahan bahan kimia merujuk kepada kehadiran atau pembebasan bahan kimia berbahaya ke alam sekitar yang boleh menyebabkan kesan negatif kepada manusia, haiwan, tumbuhan dan ekosistem secara amnya. Bahan kimia ini boleh didapati dari pelbagai sumber, termasuk bahan kimia yang disimpan di makmal sains dan aktiviti amali murid di sekolah. 7.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA TUMPAHAN BAHAN KIMIA SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Menyediakan perancangan serta pelan tindakan menghadapi bencana. 2. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi bencana semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. 3. Mengingatkan warga sekolah supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah. 4. Menyediakan pelan laluan kecemasan di semua bangunan sekolah dan asrama. 5. Menjalankan latihan atau simulasi kecemasan. 6. Menyedia dan memastikan pegawai yang terlibat secara langsung dengan bahan kimia diberi kursus pengendalian bahan kimia dengan betul dan selamat. 7. Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya 1. Memastikan penggera kecemasan diaktifkan. 2. Menghubungi agensi penyelamat. 3. Antara tindakan yang perlu diambil perhatian; 4. Memastikan pintu dan tingkap dibuka supaya pengudaraan baik. a. Membawa pelajar ke kawasan terbuka dan selamat. b. Memaklumkan bilangan murid kepada guru kelas dan pegawai pengurusan bencana sekolah. c. Mengesan simptom tumpahan bahan kimia terhadap warga sekolah. d. Memaklumkan kepada waris murid yang terkesan. e. Membawa mangsa ke hospital/klinik berdekatan dengan kadar segera (SPI Bil.3 Tahun 2019). f. Memberi kerjasama penuh kepada agensi penyelamat. g. Menyediakan laporan awal (status terkini) 1. Membuat penilaian secara umum tahap kerosakan. 2. Mendapatkan khidmat kepakaran dari agensi teknikal berkaitan untuk meneliti tahap keselamatan infrastruktur yang mengalami kerosakan sebelum digunakan semula. 3. Melaksanakan Bimbingan dan Kaunseling kepada warga sekolah yang terkesan. 4. Mengenal pasti warga sekolah yang terjejas dengan memberi khidmat nasihat daripada klinik kesihatan yang berhampiran untuk saringan kesihatan. 5. Menyediakan laporan penuh kepada PPD atau JPN (Bagi sekolah yang tiada PPD). 6. Bekerjasama dengan PIBG, mendapatkan bantuan lain yang diperlukan oleh murid dan warga sekolah yang terkesan. 30


berlaku insiden tumpahan bahan kimia seperti loceng kecemasan, topeng pernafasan, alat pemadam api, peti pertolongan cemas, wisel, pembesar suara dan pelaung suara (hailer). untuk dihantar kepada PPD atau JPN (Bagi sekolah yang tiada PPD). CARTA ALIR BENCANA TUMPAHAN BAHAN KIMIA 31


8. CUACA PANAS 8.1 TAKRIFAN CUACA PANAS Cuaca panas merujuk kepada keadaan cuaca diakibatkan oleh suhu udara secara umumnya tinggi. Kejadian ini boleh dianggap sebagai keadaan cuaca dan suhu harian melebihi paras normal atau purata untuk sesuatu tempat pada masa tertentu. Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba (heatwave) yang memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba dan dehidrasi sehingga boleh membawa maut. (SPI KPM Bil.1 2023) Gelombang haba boleh ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah celsius untuk 3 hari berturut-turut (MET MALAYSIA) 8.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA CUACA PANAS SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Menyediakan perancangan serta pelan tindakan menghadapi bencana. 2. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi bencana semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. 3. Mengingatkan warga sekolah supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah. 4. Menjalankan latihan atau simulasi kecemasan. 5. Memberi pendedahan kepada warga sekolah, murid, ibu bapa dan komuniti setempat (persediaan dan langkah – langkah untuk mengelakkan cuaca panas dan strok haba) 6. Menyedia dan memastikan semua guru dan AKP diberi 1. Melaksanakan PdP yang bersesuaian semasa cuaca panas yang telah dirancang. 2. Pemantauan kesihatan murid dari masa ke semasa oleh semua guru dan warga. Mengambil suhu murid pada awal pagi. 3. Penyebaran maklumat jawatankuasa penyemak suhu berdasarkan MetMalaysia dan pemantauan suhu secara manual dan buat pemakluman menggunakan p.a system dan Whatsapp untuk tindakan guru dan murid. 4. Hubungi KKM dan ibu bapa jika ada murid yang mengalami simptom – simptom strok haba dan beri pertolongan cemas. 5. Kemas kini catatan pelaporan dan tindakan pihak sekolah. 6. Langkah penutupan 1. Pembukaan sekolah seperti biasa jika suhu telah turun dan normal 2. Teruskan aktiviti PdP mengikut SPI dan tindakan berjaga – jaga dari masa ke masa. 3. Simpan sebarang rekod @ pelaporan 4. Buat post-mortem dan dokumentasikan untuk panduan penambahbaikan pada masa akan datang 32


kursus pengendalian pertolongan cemas dengan betul dan selamat. 7. Melantik jawatankuasa pemantau suhu di kawasan – kawasan tertentu di sekolah (catatan suhu direkod) 8. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersesuaian bagi setiap subjek bagi menimunkan kesan cuaca panas dalam kalangan murid. sekolah dan penetapan sekolah ganti (Rujuk Surat Siaran KPM Bil.1/2023) : Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas. CARTA ALIR BENCANA CUACA PANAS 33


9. JEREBU 9.1 TAKRIFAN JEREBU Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ini boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. (SUMBER: MET MALAYSIA) 9.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA JEREBU SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Memantau petunjuk kualiti udara melalui Index pencemar Udara (IPU) dalam laman sesawang: http://apims.doe.gov.my/ home.html 1. Jika bacaan IPU melebihi 100, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan semua murid. Disarankan aktiviti keramaian/sukan di luar bangunan ditangguhkan; 2. Jika bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah hendaklah ditutup dengan serta merta; 3. Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan guru membuat tugasan yang sewajarnya di sekolah semasa sekolah ditutup jika guru tidak diberi cuti selaras dengan peruntukan dalam Surat Siaran Bil.8/2016:Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016. 4. Jika bacaan IPU melebihi 1. Penilaian selepas tindakan untuk menilai persiapan dan tindakan yang telah diambil sewaktu bencana bagi mengenal pasti penambahbaikan yang perlu diambil pada masa akan datang 2. Meneruskan pemantauan tahap kesihatan pelajar. 3. Menyedikan laporan sekolah. 34


500, guru dan kakitangan tidak perlu hadir ke sekolah; 5. Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing- masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Pihak sekolah boleh melihat terus bacaan IPU dan maklumat terkini status udara melalui laman portal JAS di alamat: http://apims.doe.gov.my/v 2/ 6. Pembukaaan semula sekolah adalah bergantung kepada bacaan IPU bawah daripada 200. Jika trend bacaan menunjukkan pengurangan bacaan IPU bawah daripada 200, tindakan bolehlah diambil sebagai persediaan untuk membuka semula sekolah; 7. Murid-murid dinasihatkan memakai penutup hidung (nasal mask) dan meminum air dengan kerap. 8. Pihak sekolah hendaklah merujuk murid-murid yang didapati tidak sihat kepada ibu bapa atau penjaga dengan kadar segera; 9. lbu bapa yang bimbang akan kesihatan anak-anak mereka dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke 35


sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan akan hal ini; dan 10. Semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam hendaklah diteruskan. CARTA ALIR BENCANA JEREBU 36


10. WABAK 10.1 TAKRIFAN WABAK Wabak ialah keadaan disebabkan oleh penyakit berjangkit merebak dengan cepat di kawasan atau kumpulan penduduk. Wabak mungkin merujuk kepada penularan pesat penyakit yang boleh merosakkan kesihatan manusia atau haiwan di kawasan tertentu, menyebabkan kesan kesihatan yang besar, suasana tegang dan boleh menjejaskan aspek sosial dan ekonomi. Contohnya termasuk wabak selesema burung, wabak Denggi, wabak COVID-19 dan wabak tangan-kaki-mulut (HFMD). (SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) 10.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA WABAK SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Menyedia dan memaklumkan pelan tindakan menghadapi bencana/wabak kepada warga sekolah. 2. Menyedia dan memastikan pegawai yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana/wabak. 3. Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya berlaku wabak seperti peti pertolongan cemas, topeng pernafasan dan lain-lain berkaitan.*(Rujuk SPI Bil.6/1998 Menjaga Kesihatan Pelajar Penyakit Berjangkit) 1. Pemakluman kepada pentadbir sekolah sekiranya kes wabak dikesan. 2. Arahan pengasingan murid ke bilik isolasi. 3. Menghubungi ibu bapa penjaga murid untuk mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran. 4. Murid menjalani prosedur kuarantin mengikut arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). 5. Pihak sekolah akan memantau dan membuat pemerhatian terhadap murid yang mempunyai simptom dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bertanggungjawab untuk menjalankan saringan kesihatan untuk murid lain. 6. Laporan sekolah kepada PPD/JPN/KPM. 7. Proses sanitasi di peringkat sekolah dan penutupan sekolah sekiranya diarahkan. 1. Melaporkan status dari masa ke masa keadaan penularan penyakit berjangkit kepada PPD dan PKD. 2. Pentadbir perlu memastikan kebersihan di kawasan sekitar sekolah sentiasa terjaga 3. Pentadbir perlu memastikan pembersihan dan disinfeksi di premis institusi pendidikan dilaksanakan mengikut keperluan ( 2 kali sehari ) 4. Pentadbir digalakkan menyediakan sabun dan pensanitasi tangan di lokasi yang bersesuaian. 5. Pentadbir perlu membuat hebahan garis panduan pencegahan penularan wabak disebarluaskan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat. 6. Ibu bapa/penjaga perlu memantau kesihatan anak-anak jagaan dan tidak 37


menghantar mereka ke institusi pendidikan jika disyaki. 7. Murid yang disahkan terkena jangkitan wabak tidak perlu hadir ke institusi pendidikan. Kuarantin di rumah sehingga sembuh. CARTA ALIR BENCABA WABAK 38


11. TSUNAMI 11.1 TAKRIFAN TSUNAMI Tsunami berasal daripada perkataan Jepun, ‘Tsu’ bermaksud pelabuhan manakala ‘nami’ bermaksud ombak besar. Jadi Tsunami bermaksud ombak besar yang biasanya berlaku di pelabuhan. Tsunami berpunca daripada gangguan fizikal dalam lautan seperti gempa bumi, pergerakan tanah atau letusan gunung berapi. Tsunami datang dalam bentuk ombak besar dan berupaya memusnahkan segala yang berada dalam lintasannya. Tsunami dianggarkan boleh mencapai ketinggian antara 10 hingga 30 meter. (SUMBER: UNICEF) 11.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA TSUNAMI SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Ikuti latihan menghadapi bencana tsunami di sekolah mengikut kekerapan yang sewajarnya. 2. Bersungguh-sungguh dalam latihan berkenaan untuk meningkatkan kesedaran dan peringatan kepada semua murid supaya selalu bersedia apabila menghadapi sesuatu bencana. 3. Ikuti prosedur latihan supaya dapat menjadi satu amalan yang sistematik 4. Ikuti program ceramah berkaitan Tsunami dan lawati pameran bencana Tsunami yang dianjurkan oleh sekolah bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga sekolah. 5. Tahu kegunaan dan fungsi pelan kecemasan yang ditampal di dalam kelas dan lain-lain tempat tertentu di sekolah. 6. Kemas kini alamat rumah dan nombor telefon yang tepat supaya pihak 1. Peka kepada amaran kecemasan melalui bunyi siren atau hebahan pembesar suara. 2. Patuhi arahan guru kelas supaya berkumpul dan berbaris di dalam kelas. 3. Tinggalkan semua barang di dalam kelas dan segera ikut arahan guru supaya bergerak keluar dari kelas. 4. Pastikan anda dan rakan-rakan sentiasa berada di dalam barisan 5. Ikut arahan guru supaya bergerak ke laluan mengikut pelan kecemasan ke tingkat atas bangunan sekolah atau tempat yang dikenal pasti selamat. 6. Bantu rakan yang kurang upaya. 7. Berada dalam kumpulan masing-masing bagi memudahkan guru memastikan jumlah murid sama dengan senarai kehadiran. 8. Murid-murid yang berada di luar kawasan sekolah hendaklah peka dengan bunyi siren kecemasan 1. Murid mesti mengikut arahan pihak pengurusan sekolah untuk mendaftarkan diri dan memberi maklumat berkaitan diri serta keluarga. 2. Murid juga perlu bertemu dengan pengurusan sekolah untuk mendapatkan bantuan 3. Melaporkan kepada guru atau petugas jika ada sebarang masalah kesihatan. Dapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dengan sempurna. 4. Murid harus mendapat bantuan kaunselor sekolah. 5. Murid hendaklah sentiasa mengikuti hebahan daripada media tentang tarikh sekolah dibuka semula 6. Bekerjasama membersihkan bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah. 7. Laporkan kerosakan atau kehilangan buku teks. 8. Selalu berada bersama 39


sekolah mudah menghubungi waris ketika atau selepas bencana berlaku dan jauhkan diri dari pantai. keluarga dan masyarakat supaya sistem sokongan dan moral lebih mantap dan dapat membantu kekuatan psikologi murid. 9. Hendaklah sentiasa bersyukur dengan keselamatan diri dan keluarga serta berazam untuk membina kehidupan baru CARTA ALIR BENCANA TSUNAMI 40


12. PENCULIKAN 12.1 TAKRIFAN PENCULIKAN Penculikan merujuk kepada tindakan yang menyalahi undang-undang dan menyalahi undang-undang mengambil, menahan, atau memindahkan seseorang secara paksa atau tanpa kebenaran dari tempat asalnya. Perbuatan ini biasanya dilakukan dengan niat untuk menuntut wang tebusan, mendapatkan keuntungan kewangan, atau untuk tujuan lain yang menyalahi undang-undang atau etika. Penculikan adalah satu bentuk jenayah berat yang selalunya melibatkan unsur ancaman terhadap keselamatan dan kebebasan individu yang diculik, dan boleh menyebabkan trauma psikologi yang teruk. (SUMBER: KANUN KESEKSAAN - AKTA 574) 12.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA PENCULIKAN SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Ikuti latihan menghadapi insiden penculikan di sekolah mengikut garis panduan yang diguna pakai oleh pihak sekolah. 2. Pelaksanaan latihan atau simulasi secara sistematik adalah digalakkan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi insiden penculikan. 3. Mengambil maklum dan perhatian terhadap pelan kecemasan yang ditampal di dalam kelas dan lain-lain tempat tertentu di sekolah. 4. Kemas kini alamat rumah dan nombor telefon yang tepat supaya pihak sekolah mudah menghubungi waris ketika atau selepas insiden berlaku. 1. Peka kepada amaran kecemasan melalui bunyi siren atau hebahan pembesar suara. 2. Patuhi arahan guru kelas supaya berkumpul dan berbaris di dalam kelas. 3. Tinggalkan semua barang di dalam kelas dan segera mengikut arahan guru supaya bergerak keluar dari kelas. 4. Pastikan anda dan rakan-rakan sentiasa berada di dalam barisan 5. Ikut arahan guru supaya bergerak ke laluan mengikut plan kecemasan ke tingkat atas bangunan sekolah. 6. Bantu rakan yang kurang upaya. 7. Berada dalam kumpulan masing-masing bagi memudahkan guru memastikan jumlah murid sama dengan senarai kehadiran. 8. Murid-murid yang berada di luar kawasan sekolah hendaklah peka dengan bunyi siren kecemasan. 1. Murid mesti mengikut arahan pihak pengurusan sekolah untuk mendaftarkan diri dan memberi maklumat berkaitan diri serta keluarga. 2. Murid juga perlu bertemu dengan pengurusan sekolah untuk mendapatkan bantuan. 3. Melaporkan kepada guru atau petugas jika ada sebarang masalah kesihatan. Dapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dengan sempurna. 4. Murid harus mendapat bantuan kaunselor sekolah. 5. Murid hendaklah sentiasa mengikuti hebahan daripada media tentang tarikh sekolah dibuka semula. 6. Selalu berada bersama keluarga dan masyarakat supaya sistem sokongan dan moral lebih mantap dan dapat membantu kekuatan psikologi murid. 41


CARTA ALIR BENCANA PENCULIKAN 42


13. PENCEROBOHAN SEKOLAH 13.1 TAKRIFAN PENCEROBOHAN SEKOLAH Pencerobohan sekolah merujuk kepada tindakan masuk atau mengakses kawasan sekolah tanpa izin yang sah, dengan niat atau tujuan yang mungkin merugikan keselamatan, keamanan, atau aktiviti yang berlaku di dalam sekolah. Pencerobohan sekolah boleh melibatkan individu atau kumpulan individu yang berusaha untuk melakukan tindakan merosakkan atau mencuri harta benda, mengancam keselamatan pelajar dan staf, atau melakukan tindakan tidak sah lain yang berkaitan dengan persekitaran pendidikan. 13.2 PROSEDUR MENGHADAPI BENCANA PENCEROBOHAN SEKOLAH SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa peringkat sekolah. 2. Menyediakan Pelan Tindakan dan sebar luas 3. Latihan atau simulasi yang sistematik menghadapi insiden pencerobohan. 4. Peranan media dalam membantu pencegahan insiden pencerobohan. 1. Menghubungi talian kecemasan 999 atau balai polis yang berhampiran. 2. Murid dan guru kekal berlindung di tempat yang selamat secara terlindung dan berkunci. 3. Senyap dan tunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa ataupun pentadbir sekolah. 4. Guru berusaha menghubungi pentadbir sekolah melalui saluran yang selamat seperti telefon atau mesej teks dan beri maklumat seperti lokasi, bilangan murid dan keadaan semasa. 5. Pihak pentadbir perlu menentukan cara yang paling selamat untuk memberitahu status lockdown kepada semua warga sekolah di bangunan lain atau di kawasan sekolah. 6. Tidak dibenarkan menghubungi pihak lain selain daripada pihak berkuasa untuk 1. Mengenal pasti faktor utama kejadian. 2. Menyediakan laporan awal kepada PPD/JPN/KPM. 3. Tindakan susulan 3.1. Murid : Sesi kaunseling. 3.2. PIBG/PIBK : Hebahan informasi dan fizikal sekolah. 4. Tindakan pemulihan dan penambahbaikan 43


mengelakkan situasi panik dan lebih membahayakan warga sekolah. CARTA ALIR BENCANA PENCEROBOHAN SEKOLAH 44


14. KEMALANGAN UDARA 14.1 TAKRIFAN KEMALANGAN UDARA Kemalangan udara merujuk kepada insiden yang melibatkan kapal terbang atau kenderaan udara lain yang mengakibatkan kerosakan, kecederaan atau kematian. Kemalangan udara mungkin melibatkan sebarang jenis pesawat, termasuk pesawat komersial, pesawat persendirian, helikopter dan dron. 14.2 PROSEDUR MENGHADAPI KEMALANGAN UDARA SEBELUM SEMASA SELEPAS 1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Sekolah. 2. Menyediakan Pelan Laluan Kecemasan. 3. Menyebarkan maklumat kepentingan latihan kecemasan kemalangan udara. 4. Melaksanakan latihan kecemasan. 1. Mengaktifkan pelan kecemasan Emergency Response Plan (ERP). 2. Membunyikan loceng penggera sebagai isyarat mengosongkan bangunan. 3. Mengenal pasti tahap kecemasan yang berlaku. 4. Menghubungi talian kecemasan 999 untuk melaporkan kejadian kemalangan. 5. Menyediakan laporan awal kemalangan kepada PPD/JPN/KPM. 6. Memastikan warga sekolah berada di tempat selamat. 7. Membuat semakan dan melaporkan keberadaan warga sekolah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). 8. Memaklumkan status situasi semasa kepada ibu,bapa dan penjaga. 1. Menentukan dan menjalankan post-mortem peringkat dalaman selepas berlakunya kemalangan udara serta memperakukan cadangan-cadangan bagi mengatasi apa-apa kelemahan yang dikenal pasti. 2. Menyediakan laporan lengkap kepada PPD/JPN/KPM. 3. Menyediakan pelaporan yang melibatkan kerosakan infrastruktur sekolah. 4. Menyediakan khidmat sokongan psikologi kepada mangsa. 45


CARTA ALIR BENCANA KEMALANGAN UDARA RUJUKAN 1 Surat Siaran KPM Bil. 1 Tahun 2019: Langkah-Langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Jerebu Yang Dianggap Kritikal. 2 Surat Siaran Bil. 8 Tahun 2016: Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana 3 Peringatan Berhubung Persediaan Menghadapi Bencana Banjir Peringkat JPN, PPD Dan Sekolah KPM Tahun 2022/2023: JPWPKL. 100-23/1/3 (3) bertarikh 5 Oktober 2022 46


4 Pemakluman Semula Peringatan Berhubung Persediaan Menghadapi Bencana Banjir 2021 (BKP: Rekod Awam): 100-23/1/3 (15) bertarikh 10 Mac 2022 5 Pemakluman Semula Garis Panduan Penggunaan Institusi Pendidikan KPM Sebagai Pusat Pengurusan Dan Pengoperasian Covid-19 Atau PPS Mangsa Bencana: 100-23/1/3 (14) bertarikh 10 Mac 2022 6 SEKALUNG PENGHARGAAN 1. PESERTA BENGKEL KERJA PENYELARASAN PEMBINAAN PELAN KOMUNIKASI PENGURUSAN BENCANA BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ZON SELATAN; 23-24 MEI 2023. (PEGAWAI PENGURUS BENCANA BAGI PPD DI NEGERI JOHOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2. PESERTA BENGKEL KERJA PENYELARASAN PEMBINAAN PELAN KOMUNIKASI PENGURUSAN BENCANA BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ZON UTARA; 17-18 MEI 2023. (PEGAWAI PENGURUS BENCANA BAGI PPD DI NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG DAN PERAK) 3. PESERTA BENGKEL KERJA PENYELARASAN PEMBINAAN PELAN KOMUNIKASI PENGURUSAN BENCANA BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ZON TIMUR; 9-10 MEI 2023. (PEGAWAI PENGURUS BENCANA BAGI PPD DI NEGERI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG) 4. PESERTA BENGKEL KERJA PENYELARASAN PEMBINAAN PELAN KOMUNIKASI PENGURUSAN BENCANA BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ZON BORNEO SARAWAK; 10-11 MEI 2023. (PEGAWAI PENGURUS BENCANA BAGI PPD DI NEGERI SARAWAK) 5. PESERTA BENGKEL KERJA PENYELARASAN PEMBINAAN PELAN KOMUNIKASI PENGURUSAN BENCANA BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ZON BORNEO SABAH;10-11 MEI 2023. (PEGAWAI PENGURUS BENCANA BAGI PPD DI NEGERI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 47


LAMPIRAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENASIHAT : Ketua Setiausaha PENGERUSI : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia TIMBALAN PENGERUSI : Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) SETIAUSAHA : Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian URUS SETIA : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian AHLI JAWATANKUASA : 1. Pengarah 48


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 2. Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan 3. Pengarah Institut Aminudin Baki 4. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 5. Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru 6. Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir 7. Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat 8. Setiausaha Bahagian Bahagian Perolehan 9. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan 10. Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Aset 11. Pengarah Lembaga Peperiksaan 12. Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 13. Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling 14. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia 15. Pengarah Bahagian Matrikulasi 16. Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan 49


Click to View FlipBook Version