The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SSTP JPN Sarawak, 2022-01-04 02:10:05

eBuku Laporan Tahunan JPNS 2020

eBuku Laporan Tahunan JPNS 2020

MAJLIS TAKLIMAT LAPOR DIRI DAN PENEMPATAN BAGI PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED
N29/N32 AMBILAN BAHARU

Majlis Taklimat Lapor Diri dan Penempatan diadakan bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ambilan
baharu untuk mendedahkan mereka dengan perkara-perkara penting yang perlu diketahui sebagai penjawat
awam dan persediaan awal sebelum melapor diri di penempatan masing-masing. Seramai 51 orang telah
menerima tawaran lantikan.

Senarai Penolong Pegawai Tadbir N29 Lantikan Baharu

Bilangan Tarikh Lapor Diri Tempat Skim Perkhidmatan Bilangan
1/2020 17 Feb Bilik Mesyuarat Utama, JPN Sarawak PPT N29 42
2/2020 12 Okt Bilik Mesyuarat SPbM, JPN Sarawak PPT N29 9
51
JUMLAH

Majlis Taklimat Lapor Diri dan Penempatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bil. 2/2020 di Bilik Mesyuarat SPbM
pada 12 Oktober 2020

MAJLIS TAKLIMAT LAPOR DIRI DAN PENEMPATAN BAGI PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED
N36

Majlis Taklimat Lapor Diri dan Penempatan telah diadakan bagi Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 untuk
mendedahkan mereka dengan perkara-perkara penting berkaitan dengan struktur dan pentadbiran di JPN
Sarawak dan persediaan awal sebelum melapor diri di penempatan masing-masing. Seramai 14 orang telah
menerima tawaran lantikan.

Senarai Penolong Pegawai Tadbir N36 (Kenaikan Pangkat)

Bilangan Tarikh Lapor Diri Tempat Skim Perkhidmatan Bilangan
1/2020 13 Julai Bilik Mesyuarat SPS, JPN Sarawak PPT N36 12
12
JUMLAH

Majlis Taklimat Lapor Diri dan Penempatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 Bil. 1/2020 di Bilik Mesyuarat SPS, JPN Sarawak pada 13 Julai 2020

97

UNIT PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN (HRMIS)
BENGKEL MIGRASI DATA PERJAWATAN KPM (BAHARU) DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI SARAWAK
Bengkel ini diadakan pada 11 sehingga 14 Februari di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang melibatkan
30 PPD. Bengkel ini dilaksanakan selaras dengan penstrukturan baharu Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang melibatkan perpindahan sejumlah 52,499 data perjawatan yang perlu diagihkan ke Sekolah.

BENGKEL PENGEMASKINIAN GRED DESKRIPSI TUGAS/JOB DESCRIPTION (JD)
Bengkel Pengemaskinian Gred Deskripsi Tugas merupakan satu langkah persediaan untuk pelaksanaan JD
yang melibatkan seluruh perjawatab di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, PPD dan Sekolah. Bengkel Siri
Pertama telah diadakan pada 24 Julai yang melibatkan PPD Betong, PPD Sri Aman, PPD Saratok dan PPD
Lubok Antu. Bengkel Siri Kedua diadakan pada 27 Julai bersama PPD Kapit dan PPD Song. Bengkel Siri
Ketiga yang melibatkan PPD Miri, PPD Subis, PPD Limbang, PPD Tatau/Sebuah dan PPD Belaga pada 30
Julai manakala Siri Keempat telah diadakan pada 4 dan 5 Ogos melibatkan PPD Samarahan, PPD Serian
dan PPD Bau.

Bengkel Pengemasikinian Gred Deskripsi Tugas/ Job Description (JD) bersama warga PPD

BENGKEL SARAAN, FAEDAH DAN GANJARAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
TAHUN 2020
Bengkel Saraan, Faedah dan Ganjaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah diadakan pada 20 hingga
21 Oktober dan 26 hingga 28 Oktober yang melibatkan 30 PPD. Bengkel ini mensasarkan Pentadbir Cuti
di peringkat PPD mahupun Sekolah. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendeda-
han kepada Pentadbir Cuti berkenaan dengan penyelenggaraan aliran cuti di PPD dan Sekolah-Sekolah
dibawah penyeliaan PPD.

Bengkel Saraan, Faedah dan Ganjaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bersama Pentadbir Cuti PPD dan Sekolah

UNIT PENGURUSAN BAKAT
TAKLIMAT OPERASI PBPPP
Penilaian PBPPP merupakan komponen penting untuk menilai kompetensi bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan yang berkhidmat di bawah KPM. Oleh sebab itu, pemantapan serta pengemaskinian operasi
sentiasa dijalankan setiap tahun bagi meningkatkan kefahaman dan kualiti penilaian PBPPP. Seperti tahun
sebelum, sebanyak tiga Taklimat Operasi PBPPP telah dilaksanakan di tiga zon yang berbeza iaitu Miri

98

(Utara), Sibu (Tengah) dan Kuching (Selatan) pada tahun 2020. Jadual di bawah adalah maklumat Taklimat
Operasi yang telah dilaksanakan mengikut zon pada tahun 2020.

BIL. TARIKH TEMPAT ZON PEGAWAI

1. 02 dan 03 Mac Bilik Mesyuarat, Sektor Pentaksiran dan Penilaian, PPD Miri Miri En. Mohd. Faizul Firdaus bin Mohd. Zulkifli
2. 04 dan 05 Mac Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Sentosa, Sibu Sibu (Penceramah)

3. 09 dan 10 Mac Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, Jabatan Pendidikan Negeri En. Mohamad Ribwan bin Abas
Sarawak Kuching (Penceramah Berkaitan Perkhidmatan Awam

semasa Taklimat Operasi di Zon Kuching)

Taklimat Operasi PBPPP Zon Miri (02 dan 03 Mac 2020)



Taklimat Operasi PBPPP Zon Sibu (04 dan 05 Mac 2020)

Taklimat Operasi PBPPP Zon Kuching (09 dan 10 Mac 2020)

99

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM (PPA)

PELAKSANAAN & STATISTIK KEPUTUSAN PPA

Akibat penularan wabak Covid-19, PPA pada tahun 2020 hanya dilaksanakan sekali sahaja di tiga buah zon
iaitu Zon Miri, Zon Sibu dan Zon Kuching. Peperiksaan telah dilaksanakan selama dua hari secara serentak
di seluruh negara iaitu dari 1 hingga 2 September 2020. Seramai 152 calon telah mengambil peperiksaan
tersebut di seluruh negeri Sarawak yang terdiri daripada:

i) Pembantu Makmal
ii) Penyelia Asrama
iii) Pembantu Pengurusan Murid (Asrama)
iv) Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah)
v) Pembantu Tadbir (Pengurusan Operasi)

Pelaksanaan PPA di Zon Sibu

UNIT NAIK PANGKAT
URUSAN KENAIKAN PANGKAT SEPANJANG TAHUN

Bil. Perkara Tarikh Urusan Bilangan Calon
2020 3663
1. Urusan Permohonan Kenaikan Pangkat Secara TBBK Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
Hingga DG54 2020 217
23.09.2019 64
2. Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Cicir) Gred DG29 Hingga 21.07.2020 44
DG54
21.07.2020 900
Permohonan Pemangkuan Ke Gred DG42 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Oleh Pegawai Perkhidmatan
3. PendidikanGred DG38, DG34, DG32 Dan DG29 Yang Memperolehi Ijazah Semasa Dalam Perkhidmatan Di 2020 6

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Urusan Tahun 2019 2020 2

Permohonan Pengesahan Ke Gred DG42 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Oleh Pegawai Perkhidmatan 2020 175
4. PendidikanGred DG38, DG34, DG32 Dan DG29 Yang Memperolehi Ijazah Semasa Dalam Perkhidmatan Di
2020 37
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Urusan Tahun 2018
2020 846
5. Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Hingga DG48
Yang Mempunyai Pengalaman ex-PPPLD 2020 56
2020 4100
6. Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Hingga DG48 2020 902
Yang Mempunyai Pengalaman ex PPLD (Cicir) 01.07.2020 142
2020 21
7. Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG42 Ke Gred DG44 2020 15
Yang Mempunyai Pengalaman ex-PPLD

8. Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG42 Ke Gred DG44
Yang Mempunyai Pengalaman ex-PPLD (Cicir)

9. Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK (TBK1) Bagi Pembantu Makmal, Pembantu Pengurusan Murid,
Penyelia Asrama Dan Pembantu Tadbir Gred 17/19 Ke Gred 22, PAP Gred N4

10. Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK (TBK1) Bagi Pembantu Makmal, Pembantu Pengurusan Murid,
Penyelia Asrama Dan Pembantu Tadbir Gred 17/19 Ke Gred 22 (Cicir)

11. Keputusan Kenaikan Pangkat TBBK Berasaskan Kecemerlangan Gred DG29 Hingga DG54

12. Keputusan Kenaikan Pangkat TBBK Berasaskan Kecemerlangan Anggota Kumpulan Pelaksana

15. Urusan Pemangkuan PPP sebagai Guru Besar Ex-PPPLD dari Gred DG42 ke Gred DG44

16. Lantikan Pengetua baru

17. Keputusan Kenaikan Pangkat Anggota Kumpulan Pelaksana N19/ N22/ N26/ N29 dan N32

Nota : TBBK - Time-Based Berasaskan Kecemerlangan

100

URUSAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NA-
TIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL LEADERS - NPQEL) DAN TEMU-
DUGA

Senarai Urusan NPQEL dan Temuduga Sepanjang Tahun

Bil. Perkara Tarikh Urusan Bilangan Calon
Zon Kuching
Urusan Pentaksiran Calon NPQEL (158 orang) 30.09.2020 - 2.10.2020 158

1. - Zon Kuching Zon Sibu & Miri 121
- Zon Sibu 21 hingga 24.09.2020 22
20
- Zon Miri 20 – 22.10.2020
08.09.2020
2. Urusan Ujian Kecergasan Calon NPQEL Ambilan 2021
3. Urusan Temuduga Profiling 19 & 21.08.2020
4. Temubual/ Verifikasi dokumen untuk TBBK DG52 & DG54

Taklimat Pentaksiran Kecergasan Calon NPQEL 2021 Sesi Pentaksiran Calon NPQEL Ambilan 2021

UNIT LATIHAN

Statistik Program Latihan dan Kursus Yang telah Dilaksanakan Sepanjang Tahun

Bil. PERKARA BILANGAN ORANG

1. Program Transformasi Minda (4 Siri) 600

2. Pelbagai Kursus Latihan Personel Jabatan (32 Kursus) 1,228

3. Kursus-Kursus Anjuran Institut Aminuddin Baki (4 Kursus) 33

4. Kursus Agensi Luar (10 Kursus) 54

5. Kursus NPQEL (2 Siri) 154

Pendidikan Jarak Jauh  157

6. - Peringkat Sarjana Muda 30
- Peringkat Sarjana 107

- Peringkat PhD (Kedoktoran) 20

7. Program Kursus Jangka Panjang dan Cuti Belajar Bergaji Penuh 37

Kursus Pembantu Makmal Kursus Pengurusan Akaun

101

UNIT PERKHIDMATAN
HARI SEMAKAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK)
Program Hari Semakan BPK telah diadakan sebanyak dua kali untuk tahun 2020 iaitu dari 10-14
Ogos 2020 dan 01– 07 Oktober 2020. Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat dan
bersemuka mengikut sektor-sektor seperti yang telah dijadualkan. Sasaran kehadiran seramai 378
orang seperti jumlah BPK yang ada, tetapi sehingga berakhirnya hari semakan tersebut hanya 278
sahaja pegawai yang hadir.

102

103

SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN PEROLEHAN

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT 2020 (PRE-PRIHATIN 2020)
SIP telah diluluskan peruntukan di bawah PRE-PRIHATIN 2020 berjumlah RM119.36 juta bagi tujuan
pelbagai perolehan kerja dan perabot. Dari jumlah tersebut, RM110.86 juta diluluskan bagi tujuan ubah suai
naik taraf (USNT), pembaikan dan penyenggaraan kecil manakala RM8.5 juta lagi diluluskan bagi tujuan
perolehan perabot.
Pelantikan dilakukan melalui kaedah sebut harga, undian dan lantikan terus, bergantung pada nilai
setiap perolehan. Pecahan bilangan perolehan kerja dan perabot berdasarkan kaedah perolehan dan agensi
adalah seperti pecahan berikut:

Bilangan Perolehan Melalui Kaedah Undian Dan Sebut Harga Mengikut Pecahan Agensi Pelaksana

Bilangan Perolehan Melalui Kaedah Lantikan Terus Mengikut Pecahan Agensi Pelaksana

PELAKSANAAN PRE-PRIHATIN 2020 SECARA IN-HOUSE
Berdasarkan Carta 1, SIP juga melaksanakan perolehan PRE-PRIHATIN 2020 secara in-house di mana
pelaksanaan perolehan kerja tersebut menggunakan kepakaran dan kemahiran teknikal kakitangan SIP
sendiri. Sebanyak 54 buah perolehan kerja telah dilaksanakan menggunakan peruntukan PRE-PRIHATIN
2020 manakala 28 lagi perolehan kerja secara in-house dilaksanakan menggunakan peruntukan Dasar
Sedia Ada (DSA)/ one-off.
Antara sebab SIP melaksanakan perolehan secara in-house adalah bagi memanfaatkan sepenuhnya
kemahiran teknikal sedia ada dalam melaksanakan projek-projek USNT yang dilaksanakan dalam tempoh
yang lebih singkat di samping penggunaan peruntukan yang lebih optimum berbanding dengan projek-projek
besar seperti projek RMK.
Selain itu, projek-projek in-house kebiasaannya melibatkan skop kerja yang lebih fokus kepada penggantian
bangunan daif yang dapat membantu JPN Sarawak dalam mengatasi isu bangunan daif bagi keselamatan
warga sekolah. Berikut merupakan gambar-gambar kerja-kerja USNT, pembaikan dan penyenggaraan yang
dilaksanakan secara in-house dibawah peruntukan PRE-PRIHATIN 2020:

104

Nama sekolah : SK Kuala Baram, Miri
Kod sekolah : YBA4104
Skop kerja : Kerja-kerja USNT rumah guru dan lain-lain kemudahan
Kos projek (RM) : 455,188.40

Nama sekolah : SMK Ulu Balingian, Selangau
Kod sekolah : YEA3401
Skop kerja : Kerja-kerja menurap jalan dan lain-lain kerja berkaitan
Kos projek (RM) : 385,000.00

Nama sekolah : SMK Serian, Serian
Kod sekolah : YEB8205
Skop kerja : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan blok akademik,

Kos projek (RM) asrama, dewan makan dan lain-lain kemudahan
: 387,000.00

105

Nama sekolah : SMK Santubong, Kuching
Kod sekolah
Skop kerja : YEA1305

Kos projek (RM) : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan bilik serba guna,
kantin, blok KHB dan lain-lain kemudahan

: 386,930.00

Nama sekolah : Kolej DPHA Abdillah, Kuching
Kod sekolah
Skop kerja : YEA3401

Kos projek (RM) : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan blok akademik,
blok pentadbiran dan lain-lain kemudahan yang berkaitan

: 309,312.00

Nama sekolah : SK Anchi, Miri
Kod sekolah : YBA4103
Skop kerja : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan tandas,

Kos projek (RM) menurap tempat letak kereta dan lain-lain kerja berkaitan
: 244,893.32

106

Nama sekolah : SMK Padungan, Kuching
Kod sekolah
Skop kerja : YEE1205

Kos projek (RM) : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan blok pentadbiran,
gelanggang permainan dan lain-lain kemudahan

: 359,983.97

Nama sekolah : SK Buntal, Kuching
Kod sekolah
Skop kerja : YBE1301

Kos projek (RM) : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan makmal komputer,
bilik darjah, padang serba guna dan lain-lain kemudahan

: 349,492.00

Nama sekolah : SK Tanjong Apong, Samarahan
Kod sekolah : YBA8111
Skop kerja : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan blok akademik dan

Kos projek (RM) lain-lain kemudahan
: 267,452.92

107

Nama sekolah : SMK Kidurong, Bintulu
Kod sekolah
Skop kerja : YEA9103

Kos projek (RM) : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan blok pentadbiran,
pagar, menurap tempat letak kereta dan lain-lain kerja

: 384,778.00

Nama sekolah : SK Rakyat Bolhassan, Kuching
Kod sekolah
Skop kerja : YCA1201

Kos projek (RM) : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan padang serba
guna, tempat letak kenderaan dan lain-lain kemudahan

: 181,180.00

Nama sekolah : SMK Luak, Miri
Kod sekolah : YEA4103
Skop kerja : Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan blok akademik

Kos projek (RM) dan lain-lain kemudahan
: 374,000.00

108

PEROLEHAN MELALUI KAEDAH UNDIAN DALAM TALIAN YANG DILAKSANAKAN OLEH SIP

KPM melalui Pekeliling PK 2.1 dan PK 2.2 telah memberikan kelonggaran agar pelantikan kontraktor di
bawah PRE-PRIHATIN 2020 boleh dilakukan bagi perolehan kerja dengan had nilai sehingga RM100,000.00
melalui kaedah undian secara dalam talian (online) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Namun begitu, terdapat sesetengah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang tidak berpengalaman melantik
kontraktor melalui kaedah undian secara dalam talian. Oleh itu, SIP telah melaksanakan proses pelantikan
kontraktor melalui kaedah undian secara dalam talian untuk perolehan kerja di sekolah-sekolah dalam 5
buah daerah iaitu Kuching, Samarahan, Simunjan, Bau dan Lundu pada 10 Jun 2020. Setelah kontraktor
dilantik melalui undian, PPD di setiap daerah tersebut bertanggungjawab meneruskan proses perolehan
sehingga selesai pembayaran. Langkah ini dilaksanakan sebagai panduan kepada PPD lain melaksanakan
undian di agensi masing-masing.

Bagi memastikan undian yang dilaksanakan secara dalam talian oleh SIP adalah telus, wakil-wakil persatuan
syarikat kontraktor telah dijemput untuk hadir secara fizikal ke sesi undian tersebut di samping wakil-wakil
dari Sektor Integriti, JPN Sarawak, Unit Audit Dalam, KPM dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
(SPRM). Butiran mengenai proses undian tersebut juga telah dihebah melalui Facebook dan laman web
jabatan sebagai bukti bahawa proses undian ini dibuka secara umum:

Kenyataan Media Yang Diterbitkan Pada 05 Jun Kenyataan Syarat-syarat Cabutan Undi Secara Dalam Talian

Antara Wakil Persatuan Syarikat Kontraktor Yang Hadir Secara Fizikal Antara Wakil Sektor Integriti, JPN Sarawak dan Unit Audit

Dalam, KPM Yang Hadir Secara Fizikal

109

Sesi Undian Dirasmikan Oleh YBrs. Haji Abang Mat Ali bin Abang Masagus, Pengarah Pendidikan Sarawak

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN (JPPP) BIL. 1/2020
Pada 02 November, Mesyuarat JPPP Bil. 1/2020 diadakan yang menyaksikan kehadiran wakil setiap sektor
secara fizikal dan wakil dari setiap PPD secara dalam talian. Mesyuarat tersebut telah diadakan sebagai
platform untuk SIP menyampaikan maklumat terkini berkaitan segala projek-projek pembangunan institusi
pendidikan yang dalam pelaksanaan di Sarawak. Antara status projek-projek yang dibentang termasuklah:
a) Projek RMKe-11 (Sambungan);
b) Projek RMKe-11 (RP1-RP4);
c) Projek Pembangunan Sekolah Daif RM1 Bilion;
d) Pelaksanaan Perolehan Darurat AP 173.2;
e) Pelaksanaan Perolehan PRE-PRIHATIN 2020; dan
f) Pelaksanaan projek utiliti seperti projek bekalan air (telaga tiub) dan projek bekalan elektrik (solar hibrid

serta projek sambungan grid).

Sesi Soal Jawab Bersama Ahli Mesyuarat

Sesi Bergambar YBrs. Haji Abang Mat Ali bin Abang Masagus, Pengarah Pendidikan Sarawak Bersama Urus Setia Mesyuarat

110

SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jambai anak Sayong
(DG52)

KU PP Unit UPSR Unit PT3 Unit SPM Unit Luar Negeri Unit Pra Universiti
Penolong Pengarah Penolong Pengarah Penolong Pengarah Penolong Pengarah Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Gilbert Gindek anak Uyoh A. Mohd Shukri b. A. Muis
Maliff anak Punan Rizuan bin Mohd Liew Siaw Sze Lee Zee Ming
(DG44) (DG44) (DG44) (DG44) (DG44) (DG44)
Penolong Pengarah
Penolong Pengarah Penolong Pengarah Naruddin b. Chu Abdullah Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Solomon Kudik Norizan binti Usop Agnes Teo Moi Moi Kiranjit Singh A/L
(DG44) Gapor Gurcharan Singh
(DG44) (DG44) (DG44) (DG44)
Penolong Pengarah
Hjh Marianawati binti Penolong Pengarah
Hj Embok Dr. Ashairi bin Suliman
(DG44)
Penolong Pengarah (DG44)
Kosong
(DG44)

Penolong Pengarah
Kosong
(DG44)

Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir
Nur Qamarina Umar Azeema binti Ismail Dayang Sakinah binti Siti Khatijah binti Brahim Atica Puspa binti Othman Tinie anak Katau

Abdullah (N19) Abang Ebrahim (N19) (N19) (N19)
(N19) (N22) Tarikh Kemaskini : 15 April 2021

111

SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) diamanahkan untuk mengurus dan mengendalikan pelbagai
jenis pentaksiran, penilaian dan peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi KPM. SPP turut dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan
mengendalikan peperiksaan kelolaan universiti tempatan dan pelbagai badan peperiksaan luar negeri yang
dibenarkan oleh KPM. Beberapa peperiksaan awam dan luar negeri pada tahun 2020 terpaksa dibatalkan
atau ditunda ke tahun 2021 berikutan penularan wabak COVID-19.

Peperiksaan Yang Dikendalikan

Bil Peperiksaan Pusat Calon Bilangan Ketua Pengawas Pengawas
Penyelia
1 UPSR 2020 294 35312 Kawasan 2287
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 18 439 43
81 5767 -Dibatalkan- 495
4 60 8
2 SPM 2020 50 4024 226 279
Sijil Pelajaran Malaysia 78

3 SPMU 2020 Pusat 36 18
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan

4 STPM 2020 22 59
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

5 STAM 2020 42
Sijil Tinggi Agama Malaysia

MUET Sesi 1 2020 34 50 263
(Malaysian University English Test)
Speaking
Writing

6 MUET Sesi 2 2020 6481 63 Speaking : 77 Speaking : 458
(Malaysian University English Test) Writing : 45 Writing : 154

Speaking

Writing

MUET Sesi 3 2020 -Dibatalkan-
(Malaysian University English Test)
Speaking Ketua
Writing Pentaksir Negeri

7 PT3 2020 Calon -Dibatalkan- Ketua Ketua Pentaksir
Pentaksiran Tingkatan 3 Pentaksir
Kawasan

Peperiksaan Luar Negeri Yang Dikendalikan

Bil Peperiksaan Negara Pusat Calon Bilangan Ketua Pengawas
Pengawas
Penyelia
Kawasan

ABRSM United 9 24 9 29
The Associated Board of the Royal Kingdom 6 465 -Dibatalkan- 6 24
Schools of Music 294 10

1 Teori A (Mac) -Dibatalkan-
Amali 1 (April) -Dibatalkan-
Teori B (Nov)
Amali 2 (Jun-Ogos)
Diploma (Julai)

112

UoL

2 University of London United -Dibatalkan-
Sesi Mei/Jun Kingdom -Dibatalkan-

Sesi Sep/Okt United
Kingdom
ACCA 3 9 3 6
Association of Chartered Certified France 3 3 10
Accountants 131 -Dibatalkan-
United 339 6
3 Sesi Mac Kingdom
Sesi Jun (Cambridge -Dibatalkan-
Sesi September University)
Sesi Disember United
Kingdom
DELF -Dibatalkan-
4 Diplôme d’Études en Langue Française -Dibatalkan-
-Dibatalkan-
(DELF) Scolaire

IGCSE

5 International General Certificate of
Secondary Education (IGCSE) Literature

(English) 0486

AIA
6 The Association of International

Accountants

PENCAPAIAN CALON PEPERIKSAAN UPSR, SPM, STPM & STAM
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menilai pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di samping Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi murid di Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK). UPSR berperanan sebagai checkpoint untuk mengukur penguasaan murid dalam
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul selama enam tahun di sekolah rendah. Peperiksaan
UPSR pada tahun 2020 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19. Jadual menunjukkan pencapaian calon
UPSR negeri Sarawak tahun 2018 dan 2019.

Pencapaian Calon UPSR

Tahun Bilangan Ambil Calon Cemerlang Calon Mencapai
( Semua A) Tahap Penguasaan Minimum
2018 40238
2019 39818 Bil Peratus Bil Peratus
2020
479 1.19 24848 61.75

476 1.20 25925 65.11

PEPERIKSAAN DIBATALKAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara
berpusat dan ditaksir penghujung pendidikan menengah. Peperiksaan merupakan peperiksaan pensijilan
digunakan oleh pelajar untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan. Syarat pensijilan
SPM mulai 2013 menetapkan calon sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran BM dan Sejarah. Pencapaian
calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia negeri Sarawak dalam peperiksaan SPM dua tahun terkini
adalah seperti dalam jadual. Peperiksaan SPM tahun 2020 telah ditunda ke Februari 2021 ekoran daripada
penularan wabak COVID-19.

113

Pencapaian Calon SPM

Tahun Bil. Ambil Calon Cemerlang Calon Layak Sijil GPN
([A+], [A] & [A-])
2018 32617 Bil Peratus Bil Peratus 5.19
2019 32120 27792 85.21 5.18
2020 533 1.63
27178 84.61
559 1.74

PEPERIKSAAN DITUNDA KE FEBRUARI 2021

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Peperiksaan STPM merupakan peperiksaan pensijilan terbuka, iaitu sijil akan diberi kepada calon yang lulus
penuh atau lulus sebahagian dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. Ekoran daripada penularan
wabak COVID-19, peperiksaan STPM tahun 2020 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun
2020 telah ditunda ke Mac 2021. Jadual menunjukkan pencapaian calon STPM negeri Sarawak bagi dua
tahun yang terkini. Pada tahun 2019, seramai 5,494 (98.07%) calon sekolah mendapat sijil STPM. Daripada
jumlah itu, seramai 24 calon ( 0.43%) lulus penuh dalam 5 mata pelajaran (5P), 3,741 calon (66.78%) lulus
penuh dalam 4 mata pelajaran (4P), 945 calon (16.87%) lulus penuh dalam 3 mata pelajaran (3P), 485 calon
(8.66%) lulus penuh dalam 2 mata pelajaran (2P) manakala 299 calon (5.34%) lulus penuh dalam satu mata
pelajaran (1P).

Pencapaian Calon STPM

Tahun Bil. Ambil Calon Lulus Penuh (Layak Sijil) PNGK
Bil Peratus
2018 5277 5191 98.37 2.73
2019 5602 5494 98.07 2.66
2020
PEPERIKSAAN DITUNDA KE MAC 2021

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

STAM merupakan sijil dikeluarkan KPM dengan kerjasama Al Azhar Al-Syarif, Republik Arab Mesir seperti
yang termeterai dalam Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada tahun 1999. Peperiksaan
STAM mula dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2000. Sijil STAM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) setaraf dengan STPM. Pencapaian calon STAM Sarawak dua tahun terkini adalah seperti jadual.
Peperiksaan STAM tahun 2020 telah ditunda ke Mac 2021.

Pencapaian Calon STAM

JENIS CALON CALON SEKOLAH KERAJAAN (SABK)
TAHUN
BIL DAFTAR 2018 2019
BIL HADIR 26 19
23 19

KEPUTUSAN Mumtaz Jayyid Jayyid Maqbul Rasib Tidak Mumtaz Jayyid Jayyid Maqbul Rasib Tidak
0 Jiddan 13 Hadir 0 Jiddan 12 Hadir
BIL LAYAK SIJIL 71 2 1
PERATUS LAYAK 2 10 3 4 7 Rasib 0
SIJIL 22
JENIS CALON Jayyid 43.48% 36.84% Tidak
TAHUN Jiddan Hadir
BIL DAFTAR CALON SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
BIL HADIR 1 0
2018 2019

15 33

13 33

KEPUTUSAN Mumtaz Jayyid Maqbul Rasib Tidak Mumtaz Jayyid Jayyid Maqbul
0 Hadir Jiddan

2 372 0 2 7 2

114

BIL LAYAK SIJIL 6 11
PERATUS LAYAK 46.15% 33.33%
SIJIL
JENIS CALON CALON PERSENDIRIAN
TAHUN
BIL DAFTAR 2018 2019
BIL HADIR 13 18
13 16

KEPUTUSAN Mumtaz Jayyid Jayyid Maqbul Rasib Tidak Mumtaz Jayyid Jayyid Maqbul Rasib Tidak
0 Jiddan 7 Hadir 0 Jiddan 10 Hadir
BIL LAYAK SIJIL 3 3 2 6
PERATUS LAYAK 0 6 0 0 8 1
SIJIL
46.15% 50.00%

NOTA: Mumtaz (Cemerlang) Jayyid Jiddan (Amat Baik) Jayyid (Baik) Maqbul (Lulus) Rasib (Gagal)

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dilaksanakan mulai 2016 untuk menggalakkan penglibatan
dan pembelajaran bermakna melalui aktiviti dalam situasi sebenar kehidupan murid. PASR bertujuan untuk
menyediakan pelaporan komprehensif khusus bagi MBK. Pencapaian calon diukur dalam mata pelajaran
akademik Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) melalui pentaksiran bersepadu
yang terdiri daripada dua instrumen, iaitu Projek Pendidikan Khas (ProKhas) 1 dan ProKhas 2.

Instrumen ProKhas 1 menggabungjalin tiga mata pelajaran iaitu BM, Matematik dan Kemahiran Hidup Asas.
Calon memilih satu daripada empat komponen KH yang ditawarkan iaitu masakan, jahitan, penternakan
atau perkebunan. Instrumen ProKhas 2 pula menggabungjalin dua mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS). Pencapaian calon dalam ProKhas 1 dan ProKhas 2
direkodkan melalui tahap kompetensi calon (Kompeten Terpuji, Kompeten, Belum Kompeten) melaksanakan
tugasan yang diberikan. Pada tahun 2020, PASR telah dibatalkan ekoran pembatalan UPSR.

PENTAKSIRAN MENENGAH ATAS (PBS)

Pentaksiran menengah atas melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Ba-
hasa Tamil, Pendidikan Islam (PAFA), Pendidikan Moral dan Sains (PEKA). Pentaksiran menengah atas juga
melibatkan Mata Pelajaran Elektif dan Ikhtisas (MPEI) seperti dalam jadual selain Kurikulum Bersepadu Dini
(KBD) yang melibatkan mata pelajaran Usul Al-Din, Al-Syariah dan Al-Laghah Al-Arabiah Al-Mu’asirah. Mata
Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) melibatkan sekolah yang menawarkan mata pelajaran seperti dalam
jadual sahaja termasuk Kolej Vokasional dan Giat Mara. Pentaksiran menengah atas dijalankan sepanjang
tahun di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Mata Pelajaran Elektif dan Ikhtisas (MPEI)

Bil. Mata Pelajaran Kod

1 Asas Kelestarian 3768

2 Grafik Komunikasi Teknikal 3771

3 Lukisan Kejuruteraan 3759 / 2

4 Prinsip Perakaunan 3756 / 3

5 Sains Komputer 3770 / 2

6 Sains Sukan 4572 / 3

7 Ekonomi 3757

8 Pendidikan Seni Visual 2611 / 3

9 Perniagaan 3755

10 Pertanian 3729 / 2

11 Reka Cipta 3763 / 2

12 Sains Rumah Tangga 3769 / 2

13 Pendidikan Muzik 2621 / 2



115

Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)

Bil. Mata Pelajaran Kod
1 Matematik 1450
2 Bahasa Inggeris 1120
3 Pendidikan Moral 1226
4 Pendidikan Islam 1224

Penjaminan kualiti pentaksiran Menengah Atas PBS-SPM dilaksanakan Personel Pentadbiran dan Personel
Pentaksiran yang dilantik oleh LP, JPN dan Pengetua sekolah yang dilakukan melalui aktiviti Pementoran,
Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan. Personel pentaksiran terdiri dari Ketua Pentaksir Kebangsaan
(KPK), Ketua Pentaksir Negeri (KPN), Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan Pentaksir Kawasan (PKw).
KPK dilantik oleh LP sementara KPN, KPKw dan PKw dilantik oleh JPN. Mereka telah diberi latihan dan
taklimat seperti Penyelarasan Tugas, Penyelarasan Skor, Pemantauan serta Post-Mortem bagi setiap mata
pelajaran di peringkat negeri dan daerah.

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
AKTIVITI PEMERKASAAN DAN PENJAMINAN KUALITI MULAI TAHUN 2020

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diperkenalkan pada tahun 2014 adalah komponen Pentaksiran Pusat (PP)
sepenuhnya dikendalikan oleh LP sehingga tahun 2019 yang dilaksanakan di peringkat menengah rendah.
Mulai tahun 2020, Pemerkasaan PT3 akan dilaksanakan sepenuhnya melalui dua kaedah iaitu mengekalkan
PP bagi 5 mata pelajaran dan memperkasa Pentaksiran Sumatif (PS) bagi 18 mata pelajaran dikendalikan
sepunuhnya oleh pihak sekolah. Pemerkasaan PT3 adalah usaha meningkatkan autonomi pihak sekolah
yang dilaksanakan secara perkongsian akauntabiliti (shared accountability) antara LP dan pihak sekolah di
mana instrumen, panduan penskoran dan panduan pengurusan pentaksiran disediakan oleh LP manakala
pentadbiran, penskoran, penjaminan kualiti dan pelaporan dilaksanakan pihak sekolah. Bagi memastikan
Pemerkasaan PT3 ini mengikut panduan dan Standard Operating Procedure (SOP) seperti dihasratkan,
maka Penjaminan Kualiti PT3 dilaksanakan Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang dilantik
oleh LP, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua Sekolah yang dilakukan melalui aktiviti Pementoran,
Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan.

Personel Pentaksiran Pusat terdiri daripada Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK), Ketua Pentaksir Negeri
(KPN), Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan Pentaksir Kawasan (PKw). KPK ini dilantik oleh LP. Manakala
KPN, KPKw dan PKw dilantik oleh JPN dengan kerjasama PPD. Bagi Pesonel Pentaksiran Sumatif (PS) pula
terdiri daripada Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP) dan Pentaksir Mata Pelajaran (PMP) yang dilantik
oleh pihak sekolah. Pentaksir akan diberikan pengetahuan dan latihan peningkatan profesionalisme seperti
Latihan Pemahaman Jadual Spesifikasi Ujian, Latihan Pemasangan Instrumen dan Latihan Pemeriksaan
Skrip Jawapan. Tujuannya adalah untuk memastikan skor yang diberikan adalah berdasarkan skrip jawapan
calon dan menepati keupayaan sebenar calon.

Ekoran arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal bulan Mac tahun 2020 akibat penularan
pandemik COVID-19, maka YB. Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan pembatalan PT3 pada 14
April 2020. Semua ujian bagi mata pelajaran pentaksiran dibatalkan kecuali ujian lisan mata pelajaran Hifz
Al-Quran untuk sekolah aliran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sahaja. Ujian lisan ini diteruskan melalui
pelbagai kaedah termasuk pengujian di atas talian bagi memperolehi band bacaan calon yang mempunyai
kesinambungan pentaksiran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hanya 154 orang calon sahaja yang
terlibat iaitu dari SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Padawan.

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2019

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Azhar bin Haji Ahmad
pada 5 Mac 2020 di auditorium, JPN Sarawak. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan,
SPP JPN Sarawak, Encik Jambai anak Sayong, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, penerima anugerah
dan ibu bapa.

116

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN BERSAMA PENYELIA KAWASAN
NEGERI SARAWAK
Taklimat ini disertai oleh 279 orang pegawai peperiksaan dari JPN dan PPD serta penyelia kawasan dari
seluruh negeri Sarawak. Antara objektif taklimat ialah mewujudkan pasukan khidmat bantu pengendalian
peperiksaan Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Menerusi bengkel yang
diadakan, para peserta diberi pendedahan tentang tatacara dan Prosedur Operasi Standard yang terkini,
bermula dari peringkat penyediaan bahan peperiksaan, Operasi Penghantaran Bahan Sulit, Operasi Buka
Kotak, pengendalian pada hari peperiksaan, cara menangani kes-kes khas sehingga proses pengurusan
skrip jawapan calon. Dengan adanya pasukan pengurus peperiksaan yang profesional dan bertauliah,
penyelarasan, pengendalian dan pengurusan semua jenis pentaksiran dan peperiksaan di peringkat negeri
Sarawak diharap dapat mencapai tahap sifar kecacatan.

Zon Utara
Tarikh : 6 – 7 Oktober 2020
Tempat : Fairfield by Marriott Bintulu Paragon, Bintulu

Zon Tengah
Tarikh : 13-14 Oktober 2020
Tempat : Kingwood Hotel, Sibu

Zon Selatan
Tarikh : 15-16 Oktober 2020
Tempat : Auditorium, JPN Sarawak

117

118

Tarikh Kemaskini : 1 March 2021

119

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

LATAR BELAKANG

Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) ditubuhkan pada September 2008 ekoran penstrukturan semula
Jabatan Pendidikan Sarawak. Walaupun SPsK merupakan sektor terkecil di setiap Jabatan Pendidikan Negeri,
namun fungsi dan peranan SPsK dalam perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling tidak dapat diperlekehkan.
Dengan tenaga kerja seramai empat ( 4 ) orang iaitu Ketua Kaunselor Kaunselor Pendidikan Negeri, seorang
Kaunselor Kaunselor Pendidikan Negeri dan dua orang pembantu tadbir, SPsK tetap melaksanakan tugas
hakiki iaitu Perkhidmatan Psikologi Kaunseling di samping merancang dan menjalankan kursus berkaitan
perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. Selain itu, SPsK juga berperanan mengumpul data kakitangan
yang menerima perkhidmatan kaunseling di seluruh Sarawak melalui khidmat Kaunselor Pendidikan Daerah
(KPD), Pejabat Pendidikan Daerah di 30 buah daerah seluruh Sarawak.

PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling meliputi perkhidmatan kaunseling, khidmat bimbingan, konsultasi
pendidikan, konsultasi kerjaya, konsultasi perkembangan manusia, konsultasi kesihatan dan lain-lain lagi.
Setiap perkhidmatan sesi kaunseling adalah terjamin kerahsiaannya.

Pendekatan Psikologi meliputi pembangunan modal insan melalui kaunseling individu, kaunseling kelompok,
konsultasi dan khidmat bimbingan. Manakala masalah klien dikategorikan kepada dadah/ inhalan/ alkohol,
kerjaya, psikologi, interpersonal, prestasi, kewangan, kesihatan fizikal, keluarga/ peribadi, tatatertib dan
disiplin.

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling merupakan alternatif bagi mengurangkan tekanan yang boleh
menimbulkan gangguan kesihatan seperti asma, ulser, sakit kepala, dan sembelit. Gangguan ini juga memberi
impak besar dalam prestasi kerja warga JPNS mahupun di PPD seterusnya mempengaruhi produktiviti staf.
Gaya hidup yang sihat perlu dijadikan amalan sebagai langkah memperkasa diri dalam usaha mengelakkan
tekanan.

AKTIVITI/ PROGRAM
Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah menjalankan 21 aktiviti/program

sepanjang tahun 2020.

BIL. TARIKH AKTIVITI/PROGRAM

1 22 Jan. Program Kebajikan AKRAB Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Tahun Baru Cina)

2 24 Feb. Program Pementoran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Siri 1/2020)

3 25 – 26 Feb. Perjumpaan Penyelarasan Program-program Sekretariat AKRAB Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2020

4 27 – 28 Feb. Bengkel Penyelarasan Program 3Pi SPsK Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2020

5 10 – 12 Mac Kursus Pra AKRAB Tahap 2 Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

6 30 Mac Perjumpaan Maya Kaunselor Pendidikan Sarawak (Melalui Aplikasi Zoom Meeting) Bil. 1/ 2020

7 6 Apr. Perjumpaan Maya Kaunselor Pendidikan Sarawak (Melalui Aplikasi Zoom Meeting) Bil. 2/ 2020

8 15 - 17 Apr. Kuiz Psikologi Dan Kaunseling (COVID-19) - Siri 1 (GoogleForm)

9 22 - 24 Apr. Kuiz Psikologi Dan Kaunseling (COVID-19) - Siri 2 (GoogleForm)

10 4 Mei Perjumpaan Maya Kaunselor Pendidikan Sarawak (Melalui Aplikasi Zoom Meeting) Bil. 3/ 2020

11 6 - 8 Mei Kuiz Psikologi Dan Kaunseling (COVID-19) - Siri 3 (GoogleForm)

12 8 Jul. Pelancaran Program SEGAR JPNS Tahun 2020

13 10 Jul. Majlis Penyampaian Bantuan COVID-19 JPNS

14 6 Ogos Program Pementoran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Siri 2/ 2020)

15 11 Ogos Perjumpaan Maya Kaunselor Pendidikan Sarawak (Melalui Aplikasi Zoom Meeting) Bil. 4/ 2020

16 13 Ogos Ceramah Mengurus Kewangan Diri Dengan Berkesan

17 18 Ogos Critical Incident Stress Management (CISM) Dalam Insiden Kebakaran Di SK Ulu Yong, Kapit

18 1 Sept. Critical Incident Stress Management (CISM) Dalam Insiden Kebakaran Di Sk Sebauh, Tatau/ Sebauh

19 2 - 3 Sept. Program Pemantapan Motivasi AKP Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2020

20 9 – 10 Sept. Program Pengupayaan Staf Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

21 23 – 24 Sept. Program Pengupayaan Staf Ke Arah Kecemerlangan Organisasi (Pegawai) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

120

Pelaksanaan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di JPNS dan PPD merupakan langkah untuk
kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti selain melaksanakan tugas-tugas pengurusan sumber
manusia dalam sebuah persekitaran yang bersepadu. Saranan Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam
untuk membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada
anggota Perkhidmatan Awam secara efektif berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan
bagi membantu pegawai dan kakitangan menentukan arah diri sejajar potensi yang ada dalam membentuk
sikap bertanggungjawab sepenuhnya kepada tugas.

Program Kebajikan AKRAB Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Program Pementoran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
(Tahun Baru Cina), 22 Jan. (Siri 12020), 24 Feb.

Perjumpaan Penyelarasan Program-program Sekretariat AKRAB Bengkel Penyelarasan Program 3Pi SPsK, 27-28 Feb.
Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2020, 25-26 Feb.

Kursus Pra AKRAB Tahap 2 Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pelancaran Program SEGAR JPNS Tahun 2020, 8 Jul.
10-12 Mac

121

Majlis Penyampaian Bantuan COVID-19 JPNS, 10 Jul. Program Pementoran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Siri 2
2020), 6 Ogos

Critical Incident Stress Management (CISM) Dalam Insiden Critical Incident Stress Management (CISM) Dalam Insiden Keba-
Kebakaran Di SK Ulu Yong, Kapit, 18 Ogos karan Di Sk Sebauh, Tatau Sebauh, 1 Sept.

Program Pemantapan Motivasi AKP Jabatan Pendidikan Negeri Program Pengupayaan Staf Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,
Sarawak Tahun 2020, 2-3 Sept. 9-10 Sept.

Program Pengupayaan Staf Ke Arah Kecemerlangan Organisasi
(Pegawai) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, 23-24 Sept.

122

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT

Ketua Penolong Pengarah
Azizah binti Mohamad Bee

(F48)

Tadbir Urus ICT Infrastruktur&Rangkaian Operasi ICT Aplikasi & Portal Pengurusan&Pentadbiran
Penolong Pengarah Penolong Pengarah Penolong Pengarah Penolong Pengarah Penolong Pengarah
Nur Khairin binti Gudabas Amelia Pui Sien Ling Faiza Fuzannee bt Ibrahim
(F44) Kho Tai Soon Mohd Haziq b Mohd Saiful
(F44) Pen. Peg. Teknologi (F44) (F44) (M44)
Pen. Peg. Teknologi Maklumat
Kosong Pen. Peg. Teknologi Pen. Peg. Teknologi Pembantu Tadbir
Maklumat (FA32) Maklumat Maklumat Rakiah binti Dollah
Kosong
(FA32) Nurul Shiema Shahadan Humi binti Hud (N19)
(FA32) (FA32)

Pen. Peg. Teknologi Pen. Peg. Teknologi Juruteknik Komputer Pen. Peg. Teknologi Pembantu Tadbir
Maklumat Maklumat Jescilya anak Selin Maklumat Faridah binti Haji Iberahim
Kosong Kosong (FA29 KUP) Kosong
(FA32) (FA32) (FA32) (N19)
Juruteknik Komputer
Pen. Peg. Tek. Maklumat Pen. Peg. Teknologi Kosong Pen. Peg. Teknologi Pembantu Tadbir
Bernard Bawin anak Maklumat (FT22) Maklumat Nina Suriani bt Mohamed
Benjamin Beti Kosong
(FA29) (FA32) Mohd Farid bin Abd Ghani (N19)
(FA29)

Juruteknik Komputer Juruteknik Komputer Juruteknik Komputer Juruteknik Komputer
Kosong Faizal Fikri bin Othman Kosong Awg Sahrel bin Awg Salleh
(FT22) (FT22)
(FA29 KUP) (FT19)

Juruteknik Komputer Juruteknik Komputer
Kosong Mohd Adi Abdullah@Eric
(FT22)
Tan Tuan Swee
(FT19)

Tarikh Kemaskini : 30 March 2021

123

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT

Sektor Pengurusan Maklumat (SICT) JPN Sarawak telah dijenamakan semula susulan penstrukturan dasar
KPM pada tahun 2019. SICT bertanggungjawab kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM untuk
melaksanakan dan mendukung dasar, standard, garis panduan dan hala tuju ICT yang ditetapkan oleh BPM.
Selain daripada itu, SICT berperanan sebagai penyedia perkhidmatan ICT yang menyokong semua sektor di
JPN Sarawak, PPD dan sekolah.

SICT diterajui oleh Ketua Penolong Pengarah daripada skim perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat
dan disokong oleh 5 unit iaitu Unit Tadbir Urus ICT, Unit Operasi ICT, Unit Infrastruktur dan Rangkaian, Unit
Aplikasi dan Portal dan Unit Pengurusan dan Pentadbiran.

FUNGSI UTAMA

Fungsi utama SICT adalah seperti berikut;-
i) Mentadbir urus penyelenggaraan peralatan ICT, perisian ICT, peralatan rangkaian dan bilik server di JPN dan

PPD;
ii) Merancang dan mengurus keperluan peruntukan penyelenggaraan peralatan ICT di jabatan dan PPD;
iii) Mengurus dan memantau penyelenggaraan dan penggantian peralatan ICT di sekolah;
iv) Memantau perkhidmatan rangkaian MyGov*Net dan Talian Internet Interim di JPN, PPD dan sekolah;
v) Mengurus Program Pemusatan dan Latihan Juruteknik Komputer di PPD dan sekolah;
vi) Memantau pengemaskinian dan penyelenggaraan portal JPN Sarawak;
vii) Memastikan dasar keselamatan ICT di JPN dan agensi di bawahnya dipatuhi selaras dengan Polisi Keselamatan

ICT KPM;
viii) Memantau perkhidmatan dan penggunaan MyGovUC di JPN, PPD dan sekolah;
ix) Meneliti dan menyelaras permohonan perolehan ICT yang di buat oleh Jabatan, PPD dan sekolah serta Urus

setia bagi Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPN Sarawak; dan
x) Menyediakan khidmat sokongan teknikal bagi perkakasan, perisian dan sistem aplikasi jabatan.

PROGRAM DAN AKTIVITI SEKTOR
JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT), JPN SARAWAK

JPICT JPN Sarawak merupakan jawatankuasa yang menyelaras dan memantau permohonan perolehan,
pembangunan dan pelaksanaan inisiatif ICT bagi jabatan, PPD dan sekolah.

Peranan utama Jawatankuasa Pemandu ICT JPN adalah untuk menyelaras pelaksanaan ICT, mengenal
pasti dan mencadangkan inisiatif, menyelia dan menyeragamkan pelaksanaan serta memberi kelulusan
teknikal untuk perolehan ICT di peringkat negeri.

Ahli-ahli bagi jawatankuasa ini adalah terdiri daripada Pengarah Pendidikan Sarawak dan 13 buah Sektor
di Jabatan (4 orang Timbalan Pengarah, 4 orang Ketua Penolong Pengarah Kanan, 3 Penolong Pengarah
Kanan dan 1 Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri).

Kekerapan mesyuarat bagi jawatankuasa ini adalah 3 kali setahun dan kebiasaannya akan dimasukkan
dalam slot siri mesyuarat jabatan. Memandangkan pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun 2020
dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang tidak menyarankan pelaksanaan mesyuarat secara
bersemuka, maka pelaksanaan mesyuarat JPCIT JPN Sarawak terpaksa diselaraskan dengan norma kerja
baharu iaitu permohonan lengkap yang telah disemak diedarkan secara “flying minute” untuk pertimbangan
ahli jawatankuasa. Bagi tahun 2020, JPICT JPN Sarawak meluluskan Permohonan Perolehan Peralatan ICT
bernilai RM727,488.70 yang merangkumi 310 permohonan iaitu 1 daripada PPD dan 309 daripada Sekolah.

Jenis peruntukan yang digunakan bagi permohonan JPICT

No. JENIS PERUNTUKAN BILANGAN
1 Geran Tahunan Khas Pra Sekolah 286
2 PCG Mata Pelajaran 4
3 PCG Bukan Mata Pelajaran 12

124

4 Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3
5 Peruntukan Khas Projek Rintis 1
6 Wang Suwa 4
310
Jumlah

Rumusan Bilangan Permohonan Kelulusan JPICT JPN tahun 2020

POLISI KESELAMATAN SIBER (PKS) KPM VERSI 1.0

Polisi Keselamatan Siber (PKS) KPM versi 1.0 telah diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
ICT (JPICT) KPM Bil2/2019 pada 16 April 2019 bagi menggantikan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM
sedia ada. Surat Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2019 Polisi Keselamatan Siber KPM bertarikh 30 April 2019 telah
dikeluarkan bagi tujuan penguatkuasaan dan pemakaian polisi ini.

Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Versi 1.3 KPM telah dibangunkan pada 23 Februari 2009 dan dikemaskini
kepada versi 2.0 pada 23 Februari 2012. DKICT versi 2.0 dikuatkuasa pemakaian bermula 19 Mac 2012.
Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPM versi 2.0 dikemaskini kepada Polisi Keselamatan Siber KPM versi 1.0
selaras dengan perkara berikut:-
i) Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) versi 1.0, April 2016;
ii) Pematuhan ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) ; dan
iii) Selaras dengan perubahan teknologi dan perkhidmatan semasa di KPM.

PKS terdiri daripada 14 Bidang Utama dan 103 Kawalan iaitu:-
i) Polisi Keselamatan Maklumat (4 Kawalan)
ii) Organisasi Keselamatan Maklumat (10 Kawalan)
iii) Keselamatan Sumber Manusia (3 Kawalan)
iv) Pengurusan Aset (3 Kawalan)
v) Kawalan Capaian (11 Kawalan)
vi) Kawalan Kriptografi (3 Kawalan)
vii) Keselamatan Fizikal Dan Persekitaran (16 Kawalan)
viii) Keselamatan Operasi (16 Kawalan)
ix) Keselamatan Komunikasi (7 Kawalan)
x) Perolehan, Pembangunan Dan Penyelenggaraan Sistem (10 Kawalan)
xi) Hubungan Pembekal (7 Kawalan)
xii) Risiko Dan Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan (2 Kawalan)
xiii) Keselamatan Maklumat Bagi Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (2 Kawalan)
xiv) Pematuhan (9 Kawalan)

125

Taklimat bagi warga JPN Sarawak telah dilaksanakan pada 11 hingga 12 Ogos dan hampir 90% warga JPN
Sarawak menghadiri dan menandatangani Surat Akuan Pematuhan PKS Versi 1.0 berkenaan. Pelaksanaan
selanjutnya akan dilaksanakan pada tahun 2021 bagi baki warga JPN Sarawak dan sesi TOT bagi wakil PPD.

Taklimat PKS kepada Warga JPN Sarawak pada 11 hingga 12 Ogos

PELAKSANAAN PEMUSATAN PERKHIDMATAN ICT DI JPN/PPD/SEKOLAH DI KPM

Mesyuarat JPICT KPM Bilangan 2, 2020 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha
(Pengurusan), KPM pada 16 Jun meluluskan cadangan pemusatan perkhidmatan teknikal ICT di 4 lokasi
iaitu Perlis, Perak, Selangor dan Sarawak. Mesyuarat pelarasan bersama BPSM, BPSH, JPN dan PPD rintis
pada 8 Ogos bersetuju empat lokasi rintis tersebut adalah PPD Gombak, PPD Kinta Utara, PPD Kapit dan
JPN Perlis. Kriteria pemilihan rintis adalah seperti berikut;-
i) Kategori Model Pemusatan;
ii) Perbandingan Outcome berdasarkan perbandingan tadbir urus;
iii) Bilangan Sekolah
iv) Bilangan peralatan ICT; dan
v) Jarak perjalanan.

Manakala tempoh pelaksanaan rintis adalah selama enam bulan bermula Oktober 2020 sehingga Mac 2021
menggunakan dua model tabir urus pemusatan Juruteknik Komputer (JTK). Pada 28 hingga 30 September,
satu sesi taklimat Pelaksanaan Rintis Pemusatan Perkhidmatan Teknikal ICT di JPN bagi PPD Kapit telah
diadakan di Hotel RH, SIBU. Taklimat ini melibatkan semua Pengetua, Guru Besar dan Juruteknik sekolah
Daerah Kapit.

Aktiviti Rintis Pemusatan JTK PPD Kapit pada Oktober hingga Disember melibatkan lawatan ke 49 buah
sekolah bagi melaksanakan pemeriksaan peralatan dan rangkaian, membantu sekolah mengemaskini
makmal dan pusat akses dan mengurus perolehan berdasarkan peruntukan yang diturunkan oleh KPM. Imej
di bawah menunjukkan Pelan Tindakan pelaksanaan inisiatif tersebut:

Pelan Tindakan Pelaksanaan Pemusatan Perkhidmatan ICT KPM

126

Taklimat Pelaksanaan Rintis Pemusatan Perkhidmatan Teknikal ICT di JPN bagi PPD Kapit pada 28 hingga 30 September di Hotel RH, Sibu

PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET INTERIM SEKOLAH
Pelaksanaan Interim Projek Infrastruktur Rangkaian ICT KPM bermula sejak Julai 2019 hingga 31 Disember
2019 dan tempoh tersebut telah dilanjutkan sehingga Jun 2021. SICT mengadakan mesyuarat Pelaksanaan
Perkhidmatan Talian Internet Interim KPM pada 11 September bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras
4, JPNS dan dipengerusikan oleh YBrs. Haji Abang Mat Ali Bin Abang Masagus. Laporan status sehingga
31 Disember terdapat 1384 buah sekolah daripada 1458 buah sekolah berstatus served dan baki 74 buah
sekolah yang berstatus Unserved. Graf 2 di bawah merupakan rumusan bagi talian interim Negeri Sarawak
sehingga 31 Disember 2020:

127

Rumusan Perkhidmatan Talian Internet Interim Sekolah

Lawatan Kerja Pemantauan Perkhidmatan Talian Internet Interim Sekolah dilaksanakan di beberapa buah
sekolah antaranya SMK Simunjan No 1, SMK Sadong Jaya, SK Lepong Emplas, SMK Tarat, SMK Serian,
SJKC Chung Hua, SMK Hajah Laila Taib, SK Rayang, SK Dato Traoh, SMK Samarahan, SK ST Patrick
Tangga, SK ST Bedup, SK Pangkalan Kuud, SK Sira Krian dan SK ST Peter Simpok. Objektif pemantauan
adalah;-
i) Memastikan talian internet interim sekolah beroperasi dengan baik dan stabil;
ii) Mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap aduan masalah talian internet interim;
iii) Memberi khidmat nasihat teknikal yang terbaik ke sekolah/PPD dari segi seni bina rangkaian secara keseluruhan;
iv) Pemantauan talian internet interim yang bermasalah;
v) Melihat dengan sendiri keadaan internet di sekolah; dan
vi) Pelaporan yang diterima dari pihak PPD/Sekolah dapat diselesaikan oleh JPNS

Lawatan ke SK St Peter Simpok Padawan Pada 15 Oktober 2020 dan SK Pangkalan Kuud Padawan Pada 14 Oktober 2020

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH
Kontrak Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT di Sekolah-sekolah dan Vokasional di bawah KPM
Zon 7 Sarawak bermula dari 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021. Pada tahun 2019, sebanyak 86 buah sekolah
terlibat dalam projek ini bagi Penggantian Peralatan ICT Melalui Perjanjian. Untuk tahun 2020, sebanyak
293 buah sekolah terlibat dalam Penggantian Peralatan ICT Melalui Perjanjian dan 25 buah sekolah terlibat
dalam Penyenggaraan Pembaikan (Corrective Maintenance).

128

PENGURUSAN ASET ICT
Kontrak Perkhidmatan Sewaan Perkakasan ICT bagi Pengurusan dan Pentadbiran (PdT) di Bahagian dan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) KPM Zon 6 Sarawak bermula dari 1 Mac 2018 hingga 10 September 2021.
Kontrak ini melibat 30 PPD, Bahagian Audit Sekolah Kuching dan Sibu, IAB Sarawak, 4 IPGM Sarawak, 3
Jemaah Nazir dan Kolej Matrikulasi Sarawak. SICT bertindak sebagai penyelaras bagi zon Sarawak untuk
memastikan perkhidmatan sewaan dilaksanakan dengan sempurna.
Lawatan penyemakan kerosakan peralatan ICT di Pejabat Pendidikan Samarahan telah dilaksanakan pada
10 Julai dan sesi perbincangan dan verifikasi aset ICT di SSTP pada 9 Julai dilaksanakan bagi mengenal
pasti ketersediaan aset ICT di SSTP yang boleh diguna pakai untuk diagihkan serta di pindah milik kepada
PPD Samarahan serta aset ICT yang perlu pembaikan segera.

Lawatan ke SSTP Pada 9 Julai

PORTAL/LAMAN WEB JABATAN
Surat Arahan Penutupan Portal PPD di setiap negeri rujuk surat edaran KPM.100-15/5/1 (38) bertarikh
13 Ogos mengarahkan portal sektor dan portal PPD sewajarnya dikonsolidasi dengan portal JPNS bagi
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. KPM tidak bertanggungjawab ke
atas sebarang ancaman dan insiden keselamatan ICT terhadap portal sektor atau portal PPD yang masih
beroperasi secara berasingan dengan portal JPN selepas 1 September 2020. Sehingga Disember 26 PPD
menutup portal dan baki PPD yang belum menutup portal tersebut menghadapi kesukaran untuk menutup
portal masing-masing memandangkan penyelaras portal bertukar keluar dan pelaksanaan penutupan akan
dilaksanakan pada tahun 2021.

129

130 Tarikh kemaskini : 30 March 2021

SEKTOR INTEGRITI

MAJLIS AMANAT PERDANA INTEGRITI 2020 (MAPI20)

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) melalui Sektor Integriti (SInt) telah bekerjasama dengan Unit
Integriti Dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak dalam menjayakan
Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 (MAPI20). SInt telah dipertanggungjawabkan menyelaras program
bertemakan integriti yang melibatkan warga Pendidik di Sarawak. SInt juga bertanggungjawab sebagai
Jawatankuasa Jemputan dan Pendaftaran khas bagi jemputan dari warga Pendidikan Negeri Sarawak dan
sebagai urusetia penyelaras persembahan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Limbang. Kehadiran peserta
pada majlis berkenaan adalah seramai 2,000 peserta.

Tarikh : 26 Februari 2020 (Rabu)
Tempat
Tetamu kehormat : Hotel Pullman Miri, Sarawak

: YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang
Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak

Persembahan dari Sekolah Kebangsaan Limbang
Sesi pendaftaran majlis

Kumpulan Koir SK Limbang

HARI INTEGRITI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
Selaras dengan pelaksanaan Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 (MAPI20), JPNS dipertanggungjawab
melaksanakan satu program bertemakan integriti. Justeru itu, bagi mendokong hasrat Kerajaan memupuk
integriti di pelbagai lapisan di Negeri Sarawak, SInt dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Miri dan
Guru Muda Malaysia (GMM) telah menyelaras satu program Hari Integriti bertempat di Miri, Sarawak.

131

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada warga pendidikan

untuk menghayati sendiri ekspektasi dan harapan Pengurusan Tertinggi dalam merealisasikan pembudayaan
integriti di kalangan warga pendidikan di samping peluang untuk berinteraksi secara formal dengan pihak
Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran warga Pendidikan ke program tersebut
adalah seramai 401 orang.

Tarikh : 27 Februari 2020 (Khamis)
Tempat : Dewan SMK (A) Miri, Miri
Tetamu kehormat : YBhg. Dato’ Haji Adzman bin Talib

Pengisian Program Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - Sektor Operasi Sekolah
: 1. Sesi Bersama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)

2. Sesi Bersama Zon Utara Sarawak Perkongsian Amalan/Pencapaian Terbaik Zon Utara

3. Sesi Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

4. Sesi Forum Bersama TKPPM-SOS dan Pengarah Pendidikan Sarawak. Tajuk:
“Pembudayaan Integriti Dalam Pendidikan Bagi Membentuk Insan Berintegriti,
Aspirasi Negara”



Program Hari Integriti JPN Sarawak Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato Wan Munadi Wan
Mamat sedang menyampaikan taklimat

Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Dr. Abang Hut Bin Abang Engkeh menyampaikan cenderahati
kepada Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Tuan Haji Aminudin bin Adam

132

Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Zon Utara
Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), En. Omar Bin Haji Mahli menyampaikan cenderahati kepada Pengarah

SPRM Sarawak, KPKPj Mohd Zaki Bin Hassan.

Ucapan aluan oleh YBhg. Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak

133

Ucapan Perasmian oleh YBhg. YBhg. Dato’ Haji Adzman bin Talib Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - Sektor Operasi
Sekolah

Perasmian Hari Integriti Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2020 disempurnakan oleh TKPPM-SOS bersama Pengarah
Pendidikan Sarawak dan Pegawai Pendidikan Daerah Miri

TKPPM-SOS bersama Pengurusan Tertinggi JPNS, PPD Miri dan Pengetua SMKA Miri

134

Sesi Forum Pembudayaan Integriti Dalam Pendidikan Bagi Membentuk Insan Berintegriti, Aspirasi Negara

Sesi bergambar para jemputan bersama tetamu kehormat

INFO INTEGRITI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
Sektor Integriti telah membuat satu inisiatif bagi memastikan warga jabatan sentiasa peka terhadap arahan
dan pekeliling semasa Kerajaan terutama yang melibatkan kelakuan dan tatatertib pegawai awam. Justeru
itu, satu pemakluman ringkas dikeluarkan secara bulanan mulai Jun 2020 mengenai pekeliling-pekeliling
dan arahan-arahan semasa Kerajaan berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib yang sering berbangkit di
kalangan pegawai awam di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (termasuk di Pejabat Pendidikan
Daerah dan sekolah-sekolah). Ini adalah memastikan agar setiap arahan dan pekeliling semasa Kerajaan

135

dapat difahami dan diambil perhatian serius oleh seluruh pegawai awam di bawah jabatan ini.

Info Integriti Jun 2020 – Garis Panduan dan Syarat Kelulusan Melakukan Pekerjaan Luar Sebagai Guru Tuisyen
atau Tenaga Pengajar Sambilan

Info Integriti Julai 2020 – Info Integriti Ogos 2020 – Info Integriti September 2020 –
Peristiharan Harta Tidak Hadir Bertugas Surcaj

Info Integriti Oktober 2020 – Info Integriti November 2020 Info Integriti Disember 2020 –
Tatakelakuan – Gangguan Seksual Dadah

136

EDARAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN TATATERTIB
Sektor Integriti turut membuat edaran garis panduan pengurusan tatatertib secara berkala kepada semua
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. Ini merupakan inisiatif baharu mulai 2020 bagi memastikan
pengurusan kes tatatertib dapat diuruskan dengan lebih efisien. Selain itu, garis panduan ini juga dapat
membantu pegawai yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan dokumen dan memastikan laporan yang
dihantar oleh pihak PPD atau sekolah adalah lengkap dan mengikut garis panduan yang telah diedarkan.

Garis Panduan Pengurusan Tidak Hadir Bertugas (THB) (29 Julai 2020)

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib Bagi Kes Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah (12 November 2020)

137

138 Tarikh Kemaskini : 31 Disember 2020

SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN

UNIT PENTADBIRAN
MENGEMASKINI BPK STAF
Proses pengemaskinian Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) telah dilaksanakan bersama staf-staf SSTP
pada 19 Mei 2020 di Bilik Mawar, SSTP.

MESYUARAT MENGENAI CADANGAN PENEMPATAN KAKITANGAN PPD SAMARAHAN DI SSTP
DAN LAWATAN TAPAK
Mesyuarat telah dilaksanakan bersama pegawai-pegawai dari Sektor Infrastruktur dan Perolehan,
pegawai-pegawai SSTP dan pegawai-pegawai PPD Samarahan pada 11 Jun 2020 di Bilik Rafflesia, SSTP.

MESYUARAT PENYELARASAN PENEMPATAN PPD SAMARAHAN KE PREMIS SSTP
Mesyuarat telah dilaksanakan bersama KPP SSTP dan pegawai-pegawai SSTP dengan KPPD Samarahan
serta pegawai-pegawai PPD Samarahan pada 2 Julai 2020 di Bilik Rafflesia, SSTP.

139

GOTONG-ROYONG ’SQUAD MESRA PPD’ MEMINDAHKAN PERALATAN DAN PERABOT DI SSTP
UNTUK PENEMPATAN KAKITANGAN PPD SAMARAHAN
Gotong-royong telah dilaksanakan oleh skuad mesra PPD Samarahan pada 25 Jun 2020 dalam
pemindahan perabot dan peralatan SSTP sebagai persediaan untuk staf-staf PPD Samarahan berpindah
masuk ke bangunan SSTP.

PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN ALATAN STUDIO E DI RTM
Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai SSTP pada 10 Julai 2020 di Studio E, bangunan
RTM bagi memeriksa peralatan rakaman untuk dilaporkan kepada JPN Sarawak.

SESI PERBINCANGAN SERTA VERIFIKASI ASET ICT TERMASUK PERALATAN RANGKAIAN DI
SSTP
Satu sesi perbincangan dan verifikasi aset ICT SSTP telah dilaksanakan oleh KPP SICT dan pegawai-
pegawai SICT bersama pegawai-pegawai SSTP pada 9 Julai 2020 di Bilik Rafflesia, SSTP.

140

UNIT SUMBER
BENGKEL AMERICAN CORNER IN A BOX
Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama American Corner telah menyumbangkan 10 alat American
Corner In A Box kepada 10 buah sekolah sekolah di sekitar daerah Samarahan, Bau, Lundu dan Serian yang
mempunyai masalah lemah capaian internet di sekolah.
Pustaka In A Box merupakan satu alat yang fungsinya menyimpan bahan-bahan bacaan dan juga bahan
bantu mengajar dan boleh diakses tanpa internet. Bahan ini boleh diakses serentak dalam kalangan murid
dan guru seramai 20 orang dalam radius 20 meter. Pemilihan bahan-bahan yang sesuai dimasukkan ke
dalam alat ini telah dibuat lebih awal oleh Sektor Pembelajaran dan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Satu bengkel kepada guru-guru sekolah yang menerima alat ini telah dibuat oleh Pustaka Negeri
Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada 29 September 2020 di Pustaka
Negeri Sarawak.

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2020
Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Peringkat Negeri Sarawak merupakan anugerah tertinggi untuk
mengiktiraf Pusat Sumber Sekolah. Pengiktirafan ini merupakan usaha untuk meningkatkan bilangan PSS
berkualiti dan berfungsi menjadi pemangkin kepada pembudayaan literasi maklumat dalam kalangan murid.
Penilaian di peringkat negeri dilaksanakan pada 6 hingga 10 Julai 2020. Penilaian tersebut melibatkan PSS
dari tiga kategori iaitu Kategori SM, SR dan SKM. Sekolah-sekolah yang memenangi tiga kategori tersebut
ialah SMK Agama Miri, Miri (SM) , SK Tung Hua, Sibu (SR) dan SK Batu Empat, Limbang (SKM).
Penilaian di peringkat kebangsaan telah dilangsung pada bulan Oktober 2020 dan SMK Agama Miri telah
berjaya mendapat tempat Ke-5.

PENILAIAN AWAL ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2020
Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sarawak merupakan acara tahunan yang objektifnya ialah untuk
memberi pengiktirafan kepada murid yang banyak membaca.
Anugerah ini menilai murid dalam empat kategori ini iaitu Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris serta Kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini dalam kalangan
murid Tahun Lima dan Tingkatan Empat. Murid yang menang dalam setiap kategori akan mewakili negeri
Sarawak ke Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2021.
Penilaian pada tahun ini terpaksa dibuat secara maya melalui google meet yang dinilai oleh para hakim yang
terdiri daripada pensyarah di Institut Pendidikan Guru, pegawai-pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka
serta pegawai-pegawai pendidikan dari JPN Sarawak dan Jemaah Nazir Negeri Sarawak.

141

Murid yang akan mewakili negeri Sarawak nanti ialah Adik Muhammad Zakwan bin Askandar, SK Kidurong,
Bintulu (SR BM), Adik Porthe Bawing Ului Anyi, SK St.Luke, Sri Aman (SR BI), Adik Bexter John Anak
Donald, SMK Bintulu (SM BM) dan Adik Declan Baxter Anak Boney, SMK Gedong, Simunjan (SM BI)

TAKLIMAT PUSTAKA IN A BOX BERSAMA JPNS DAN PUSTAKA NEGERI
Taklimat telah dilaksanakan bersama pegawai-pegawai dari Sektor Pembelajaran dan wakil pegawai dari
Pustaka Negeri pada 1 Julai 2020 di Bilik Rafflesia, SSTP.

MAJLIS ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2020
Majlis telah dilaksanakan secara atas talian melalui Youtube bersama jawatankuasa yang telah dilantik pada
10 Disember 2020 di Studio Jasmine, SSTP.

142

UNIT BESTARI
MAJLIS ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2020
Majlis telah dilaksanakan secara atas talian melalui Youtube bersama jawatankuasa yang telah dilantik pada
9 Disember 2020 di Studio Jasmine, SSTP.

143

144

UNIT MEDIA
RAKAMAN DAN PENERBITAN VIDEO TOKOH GURU DAN TOKOH KEPIMPINAN PENDIDIKAN
2020 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SARAWAK
Rakaman telah dijalankan bersama jawatankuasa yang telah dilantik dan tokoh yang terpilih pada 15 Jun
hingga 30 Jun 2020 di Studio Jasmine, SSTP, JPN Sarawak, SMK Sg. Tapang dan tempat-tempat yang telah
ditetapkan.

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM (GC)
Dua bengkel GC telah dijalankan pada 14 Oktober 2020 di SK Serpan dan 15 Oktober 2020 di SK Mejar
Jeneral Dato Ibrahim kepada guru-guru sekolah.

BENGKEL GOOGLE CLASSROOM ANJURAN KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG MIRI
Satu bengkel GC telah dijalankan pada 12 Februari 2020 di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri kepada
guru-guru sekolah seramai 80 orang peserta.

145

ORIENTASI PROGRAM FULLBRIGHT ENGLISH TEACHING ASSISTANT (ETA) 2020
Proses penghasilan montaj dan pendokumentasian oleh krew SSTP bersama-sama dengan pegawai-
pegawai Sektor Pembelajaran dan ETA telah dijalankan pada 5 Februari 2020 di Hotel Merdeka Palace.

SESI PRA-TONTON VIDEO PDPC DLP SARAWAK
Satu sesi pra tonton telah dijalankan pada 8 Februari 2020 di Bilik Rafflesia, SSTP bersama-sama dengan
15 orang pegawai daripada Sektor Pembelajaran, JPN Sarawak, pegawai-pegawai SSTP dan SISC+ PPD
Samarahan.

BENGKEL PEMILIHAN BAHAN UNTUK PUSTAKA IN A BOX
Satu bengkel pemilihan bahan untuk dimasukkan dalam Pustaka In A Box telah dijalankan pada 18 Februari
2020 di Makmal Komputer, SSTP bersama-sama 15 orang pegawai dari Sektor Pembelajaran, JPN Sarawak.

BENGKEL GOOGLE CLASSROOM ANJURAN SMK KIDURONG
Satu bengkel GC telah dijalankan pada 22 Februari 2020 di SMK Kidurong, Bintulu kepada guru-guru
sekolah seramai 175 orang peserta.

146


Click to View FlipBook Version