SENARAI
PERIBAHASA
SELAMAT BELAJAR DARIPADA CIKGU
ADINA. SEMOGA BERJAYA
SENARAI PERIBAHASA (PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU
TEKS TINGKATAN 1 hingga 3
PERUMPAMAAN / PEPATAH & MAKNA
1 Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2 Alang-alang berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
3 Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
4 Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup
miskin di negara yang kaya dan makmur.
5 Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
6 Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.
7 Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8 Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang sepadan.
9 Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan.
10 Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.
11 Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
12 Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
13 Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka bercakap. / Perempuan yang suka bercakap banyak.
14 Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat.
15 Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
16 Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
16 Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17 Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
18 Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.
19 Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang
menanggungnya.
20 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
21 Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
22 Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh dilanggar.
23 Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
24 Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
25 Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
26 Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.
27 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
28 Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
29 Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
30 Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
31 Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
32 Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
33 Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau Kepandaian hendaklah diajarkan
kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
34 Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan kesan.
35 Kalau tiada rotan akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.
36 Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
37 Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
38 Perempuan serasan, lelaki pemalu
Pegangan hidup yang tidak serupa.
39 Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.
40 Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
41 Semacam besar pacak daripada tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.
42 Seperti air dalam dulang
Negeri yang aman sentosa.
43 Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari
44 Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu
45 Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
46 Seperti embun dihujung rumput
Tidak kekal
47 Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
.
48 Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
49 Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
50 Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.
51 Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
52 Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.
______________________________________________________________
CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM) Tingkatan 1
1. Bagai aur dengan tebing - Saling bekerjasama/hidup bantu-membantu
2. Bagai menatang minyak yang penuh - Melakukan sesuatu dengan penuh berhati-hati
3. Seperti murai dicabut ekor - Riuh/ bercakap tidak berhenti-henti
4. Seperti lipas kudung - Bergerak dengan pantas
5. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak - Melakukan satu kerja sambilan sementara
menunggu hasil daripada kerja utama
6.Indah khabar dari rupa - Gambaran yang berlebih-lebihan atau tidak benar
tentang sesuatu perkara
7. Jauhari juga yang mengenal manikam - Hanya seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang akan
memahami keistimewaan sesuatu benda itu
8. Ukur baju di badan sendiri - Lakukan sesuatu yang sejajar dengan kemampuan diri
9. Biar putih tulang, jangan putih mata - Tidak berputus asa atau pantang menyerah sehingga ke penghujung
nyawa
10. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Jangan cuba sesuatu atau menceburi sesuatu
bidang sekiranya kelengkapan diri tidak mencukupi
CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM) Tingkatan 2
1. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain - Usaha gigih yang berterusan akhirnya akan membawa
kejayaan
2. Genggam bara api biar sampai jadi arang - Jangan berputus asa atau meninggalkan sesuatu pekerjaan itu di
pertengahan jalan sebaliknya hadapi segala cabaran hingga berjaya
3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
- Alang-alang melakukan sesuatu pekerjaan, lakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
4. Bidan terjun - Seseorang yang terpaksa memikul tugas orang lain kerana desakan keadaan
5. Tangkai jering - Sangat kedekut
6. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah - Sama taraf atau darjat
7. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Hasil tidak mungkin diperoleh tanpa usaha
8. Seperti embun di hujung rumput - Sesuatu yang sementara atau tidak berkekalan
9. Bau-bau bacang - Persaudaraan jauh
10. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal - Menerima sesuatu pada masa yang tepat
CONTOH PERIBAHASA POPULAR (Dalam Buku Teks BM) Tingkatan 3
1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Pasti ada penyelesaian bagi mereka yang benar-benar mencuba
2. Seperti ikan pulang ke lubuk - Kembali ke tempat asal
3. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran - Gagal memperoleh perkara yang dihajati manakala
perkara yang dimiliki pula terlepas tangan
4. Sambil menyelam minum air - Melakukan dua kerja pada masa yang sama
5. Tiada rotan akar pun berguna -Bergantung kepada sesuatu yang kurang sempurna kerana sumber
sebenarnya tidak ada
6. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya - Darjat atau kedudukan seseorang itu tidak akan
berkurangan semata-mata kerana dia merendahkan diri
7. Kalau tidak kerana angin masakan pokok bergoyang - Sesuatu perkara itu tidak akan diperkatakan orang
jika tiada kebenarannya
8. Biar mati anak jangan mati adat - Sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahanakan adat
9. Ayam tambatan - Orang kuat atau orang yang menjadi harapan
10. Otak cair - Sangat pandai