The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jsmiza Jsmin, 2024-01-11 20:34:35

SASTERA RAKYAT SABAH

SASTERA RAKYAT SABAH

Mulai sahaja si ongkor menyelak rambut perempuan tua itu, si ongkor pun melihat pelbagai bentuk dan jenis binatang yang berada di kepala perempuan tua itu. Si ongkor berteriakan kerana berasa geli. Ongkor memegang kepala si igotliou,lalu si ongkormemusing-musingkan kepala si igotliou. Sekejap kejap ongkor memusingkan kepala si igotliou ke utara,sekejap ke selatan timur dan memusingkan ke arah barat dan adakalanya si ongkor menundukkan kepala si igotliou ke bawa dan ke atas.. 46


47


Akhirnya perempuan tua itu pun marah dan berasa berang terhadap si ongkor. “Nampaknya kau ongkor bukan mahu cari kutu saya tapi kau cuba untuk membunuh, pergilah kau ongkor!”. Dengan suara si ongkor yang sangat sayu, si ongkor merayu agar si igotliou memberikan dia seperti dia memberikan kepada si anak anak.. Tetapi si igotliou tidak mempedulikannya.Maka baliklah si ongkor dengan tangan kosong. 48


Pengajarannya, Kita haruslah ikhlas dalam setiap perkara dan tidak berfikir untuk mendapatkan kembali ganjaran yang diberi oleh orang yang dibantu. Dalam setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan. Percaya kepada tuhan yang akan memberikan kita rezeki yang tidak terduga . 49


GLOSARI Tandaha- Ayam Jantan Turugong- Lipas Kudung sang kelambai- Tukang Penyumpah menjadi batu v


MEDINAH BINTI SAIDINA, Berumur 81 tahun ,Penduduk lama di kampung keranaan,ranau,Sabah. 1. RAINEH BINTI MARIN,Berumur 48 tahun,Penduduk kampung keranaan,Ranau,Sabah. 2. AMNIA@SALBIAH SOLUMIN,Berumur 41 tahun,Penduduk kampung keranaan,Ranau,Sabah. 3. RUJUKAN vi


BIODATA PENULIS Ikhlimah Qamariah Binti Rahman,berumur 21 tahun.Penerbit buku cerita rakyat, Mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah, beliau mengambil jurusan Seni Kreatif di Fakuti Akademi Seni & Teknologi Seni. Merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik, berbangsa Dusun. vii


Sinopsis ringkas PERTARUNGAN TANDAHA OM TURUGONG Pada zaman dahulu kala, Di kampung tenggung ranau,sabah , di pendalaman hutan tinggal seorang lelaki bernama kendibong yang tinggal bersama ayam jantannya. Suatu hari, semasa turugong ingin mencari tempat beristirehat, dia tidak berasa aman disebabkan mendengar kokokan ayam kendibong. Bermulalah kisah pertarungan tandaha om turugong . KISAH SI ANAK-ANAK DENGAN NENEK MISTERI Suatu hari si anak-anak keluar ingin mencari madu kelulut. Sewaktu ingin menebang pokok yang mempunyai sarang madu kelulut, kapaknya terjatuh ke dalam tasik. Lalu si anak-anak melompat ke dalam tasik untuk mengambil kapaknya semula. Tetapi dia melihat di dalam tasik tersebut mempunyai sebuah rumah yang besar dan seorang nenek yang sedang duduk di depan rumahnya. Bermulalah kisah mereka.


Click to View FlipBook Version