The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh Sharrone Emmah anak Saran (141230)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharrone saran, 2020-12-06 07:11:42

PGT342-GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

Disediakan oleh Sharrone Emmah anak Saran (141230)

Keywords: PGT342

PGT 342 KEMAHIRAN KEPEMIMPINAN GURU

GURU:
PEMIMPIN INSTRUKSIONAL DI

SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:
SHARRONE EMMAH ANAK SARAN (141230)

SENARAI KANDUNGAN…………….............................MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN……………………………………………………….1-2
2.0 PEMIMPIN DALAM BIDANG PENDIDIKAN……………………3-4
3.0 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL…………………………………5-11
4.0 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL….12-13
5.0 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL…14-18
6.0 KEPENTINGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH..19
7.0 KESIMPULAN………………………………………………………… 20
8.0 RUJUKAN……………………………………………………………… 21

1.0 PENGENALAN KEPADA
KEPIMPINAN

Penulis tersohor John Calvin Maxwell pernah
mengungkapkan bahawa “Seorang pemimpin
adalah orang yang mengetahui jalan, melalui jalan
tersebut dan menunjukkan jalan itu untuk orang lain”.

Manakala, Menurut laman web kamus Dewan Bahasa d,an Pustaka (DBP),
‘pemimpin’ ditakrifkan sebagai orang yang memimpin.

Walaupun terdapat variasi dalam pendefinisian untuk seorang pemimpin,
umum mengetahui bahawa ciri-ciri seorang pemimpin yang baik adalah
terdiri daripada keperibadian yang jujur, terbuka, berkeyakinan, positif dan
memiliki kemahiran berkomunikasi yang sangat baik. Para pemimpin yang
memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas mampu menggerakkan
seluruh organisasi beliau dengan berjaya. Hal ini boleh dikira sebagai
kepemimpinan yang efektif.

Kepemimpinan yang efektif dapat dilihat dan diukur dari segi pencapaian

yang telah berjaya dilakukan oleh sesebuah organisasi. Setiap organisasi

sudah semestinya mempunyai objektif tersendiri yang ingin dicapai. Oleh itu,

kepemimpinan yang efektif mampu menjamin produktiviti organisasi

masing-masing dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan. (1)

Selain itu, kepemimpinan yang efektif turut mampu menggunakan dan
memanfaatkan sumber tenaga manusia yang dimiliki. Hal ini dikatakan
demikian kerana pembahagian tugas yang sistematik mampu menjamin
kelancaran sesuatu kerja sekali gus menjimatkan kos dalam mengupah
tenaga kerja yang kurang diperlukan. Dengan ini, produktiviti dan bajet
setiap organisasi adalah terkawal.

(2)

2.0 PEMIMPIN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Secara umumnya, dalam setiap struktur organisasi sekolah, Guru
Besar ataupun Pengetua merupakan individu yang berada di dalam
kedudukan hierarki yang paling tinggi dan diikuti oleh unit pentadbiran yang
terdiri daripada beberapa orang penolong kanan yang memegang portfolio
masing-masing dalam perihal pentadbiran (Penolong Kanan Pentadbiran),
perihal hal ehwal murid (Penolong Kanan HEM, PKHEM )dan diikuti oleh
perihal kokurikulum (Penolong Kanan Kokurikulum, PKKK) dan
seterusnya turun kepada para guru di sekolah.

Jika dilihat dari segi konteks kepemimpinan di sekolah, Guru Besar

ataupun Pengetua merupakan individu yang memainkan peranan yang

dominan dalam organisasi tersebut. Antara peranan dan tanggungjawab

yang perlu dilaksanakan oleh beliau bukan sahaja tertakluk kepada

pengurusan yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum sahaja

malah, beliau turut terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah dan juga

urusan dengan mana-mana pihak luar seperti menghadiri mesyuarat di

Pejabat Pendidikan, Kementerian Pendidikan atau jabatan-jabatan

Pendidikan yang lain. Peranan guru besar atau pengetua dalam sesebuah

institusi sekolah amatlah penting kerana jatuh bangunnya sesebuah sekolah

itu adalah berdasarkan kualiti kepimpinan yang dimiliki oleh mereka (Davis

& Thomas 1989). (3)

Dari segi pengurusan bilik darjah, guru-guru biasa turut memainkan
peranan yang penting dalam memastikan kemenjadian modal insan di
sekolah. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 amatlah berbeza dengan
pengajaran dan pembelajaran pada tahun 70-an. Kini, para guru bukan
sahaja memainkan peranan sebagai penyampai ilmu semata-mata. Hal ini
dikatakan demikian kerana guru pada masa ini berperanan sebagai pemudah
cara dan juga fasilitator dalam bilik darjah. Pernyataan ini disokong oleh
Barth (2001) yang menyatakan bahawa guru bertindak sebagai agen
perubahan seperti mana yang kita perhatikan kini bagaimana seseorang guru
itu mampu menyesuaikan cara pengajaran mereka sesuai dengan tuntutan
era globalisasi.

(4)

3.0 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Berasal daripada pinjaman Bahasa Inggeris “instruct’ yang membawa
makna memberi arahan, kepimpinan instruksional boleh disimpulkan
sebagai kepimpinan berdasarkan teladan.

Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai
usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan
inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses PdP dengan tujuan
menjayakan matlamat sekolah

Richardson (1989) pula memberikan pendapat beliau mengenai
kepimpinan instruksional dengan menyatakan bahawa kepimpinan
berbentuk instruksional adalah bertujuan untuk memimpin ke arah
pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional itu sebagai
keutamaan yang membolehkan kejayaan visi sesebuah sekolah. Oleh hal
yang demikian, kepimpinan instruksional dapat didefinisikan secara umum
sebagai kepimpinan berteraskan bimbingan, seliaan dan penilaian daripada
pihak atasan kepada subordinat mereka.

Dalam kepimpinan instruksional, terdapat beberapa model yang

menjadi rujukan utama iaitu (i) Model Weber (1996); (ii) Model Hallinger

(2000); dan (iii) Model Alig-Mielcarek (2003). Model-model ini telah

dikemukakan bagi mengkaji hubungan antara kepimpinan guru dan

impaknya terhadap prestasi pelajar di sekolah. (5)

3.1 MODEL WEBER (1996)

Pengasas model ini dikenali sebagai James Weber dan model ini
membincangkan tentang tenggungjawab pemimpin instruksional sebagai
pihak berwajib yang memainkan peranan secara dominan dalam menerajui
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam model instruksional ini, konsep
yang diketengahkan adalah konsep kolaborasi di antara pengetua dalam hal
pengurusan terutamanya yang mana melibatkan perkongsian kepemimpinan
dan pengurusan.

Model ini merangkumi 5 dimensi yang terdiri daripada (i)
Pendefinisian misi sekolah; (ii) Pengurusan Kurikulum dan Pengajaran; (iii)
Menggalakkan Iklim Pembelajaran Positif; (iv) Memerhati dan
Meningkatkan Pengajaran; (v) Menilai Program Pengajaran.

Mendefinisikan • Visi dan misi sekolah dibina secara
Misi Sekoah kolaboratif oleh pemimpin instruksional
(Guru besar/Pengetua/ Guru) dengan
pihak berkepentingan cth; ahli PIBG,
pegawai pendidikan dan pihak KPM

Mengurus Kurikulum & • Pemimpin instruksional melakukan
Pengajaran pemantauan bilik darjah secara
konsisten dengan menyediakan
sumber dan sokongan yang (6)
diperlukan bagi memastikan teknik
pengajaran yang efisien bagi
memacu pengajaran.

Menggalakkan Iklim • Pemimpin instruksional menggalakan
Pembelajaran Positif iklim pembelajaran positif dengan
memastikan penyampaian maklumat
yang telus, penetapan jangkaan yang
realistik dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif serta
teratur.

Memerhati dan • Pemimpin instruksional akan berusaha
Meningkatkan Pengajaran untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dengan mewujudkan
ppeluang pembangunan profesional
melalui usaha pencerapan.

• Pemimpin instruksional akan menilai

program pengajaran mereka bagi

Menilai Program Pengajaran menganalisi keberkesanan
kokurikulum.

Sebagai kesimpulan, bagi menjayakan dimensi pertama, visi dan misi
sekolah hendaklah jelas dan difahami oleh komuniti sekolah tersebut. Hal
ini penting bagi memastikan guru, ibu bapa dan pelajar bersama-sama
mengembleng tenaga dan usaha untuk merealisasikannya.

Dimensi kedua pula menuntut penyelarasan dalam bidang kurikulum
agar serasi dengan misi sekolah bagi memastikan prestasi akademik ataupun
KPI pelajar adalah cemerlang.

(7)

Selain tu, dimensi yang menggalakkan iklim pembelajaran positif pula
menitikberatkan suasana, sokongan dan jangkaan positif bagi membolehkan
para pelajar dan juga pihak pentadbir sekolah seperti para guru melaksanakan
tugas masing-masing dengan lebih efisien.

Dimensi yang berkaitan dengan memerhati dan meningkatkan
pengajaran pula memerlukan saling percaya sesama guru bagi memudahkan
proses perkongsian kemahiran dan maklumat. Pengajaran dapat
ditingkatkan melalui penyertaan para guru dalam seminar, kursus ataupun
bengkel kemahiran. Dengan adanya peluang sebegini, para guru mampu
mengasah dan meningkatkan kemahiran mereka dalam mendidik para
pelajar.

Akhir sekali, dimensi yang menilai program pengajaran merujuk
kepada kepelbagaian penilaian yang harus dilakukan oleh para guru bagi
memastikan para pelajar mampu mencapai tahap penguasaan yang telah
ditetapkan sesuai dengan kemampuan mereka. Contoh penilaian yang sering
dilakukan adalah seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang
berperanan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik yang
telah dipelajari.

(8)

3.2 MODEL HALLINGER (2000)

Model ini merupakan model yang telah diubah suai berdasarkan model
instruksional sedia ada yang telah dibangunkan pada tahun 1985 oleh
Halilinger dan Murphy. Model ini memiliki 3 dimensi yang menjadi tunjang
utama kepada kepimpinan instruksional iaitu (i) Mentakrifkan Misi Sekolah;
(ii) Mengurus Program Instruksional; (iii) Membentuk Iklim Sekolah.

Mentakrifkan Misi Sekolah• Merangka • Menyelia dan • Menjaga masa
Mengurus Program Instruksionalmatlamat menilai instruksional
sekolah instruksional
Membentuk Iklim Sekolah • Menggalakkan
• Menyampaika • Menyelaras perkembangan
n matlamat kurikulum profesional
sekolah
• Memantau • Mengekalkan
perkembanga sokongan
n murid pembelajaran

• Menyediakan
insentif kepada
guru

• Menyediakan
insentif kepada
murid

(9)

Dalam model Hallinger, dimensi mentakrifkan misi sekolah
mengandungi dua sub dimensi yang penting iaitu merangka dan
menyampaikan matlamat sekolah. Setiap model instruksi akan
mengetengahkan peranan pengetua ataupun guru besar sebagai pemimpin
instruksional. Demikian juga dengan dimensi ini yang menerangkan bahawa
pemimpin instruksional perlu menentukan misi dan hala tuju sekolah bagi
memastikan pencapaian ataupun kejayaan sekolah dapat diukur. Setiap misi
yang telah dicanangkan perlulah merangkumi matlamat kurikulum,
pencapaian akademik dan kemajuan sekolah secara holistik (Synder 1983).

Dimensi yang menyentuh tentang pengurusan program instruksional
pula terdiri daripada sub dimensi yang merupakan rangkuman terhadap
penterjemahan matlamat di dalam bilik darah. Dengan itu, dimensi ini
mementinkan kerjasama yang telus daripada para guru di dalam bilik darjah
bagi memantau perkembangan akdemik murid. Oleh itu, para guru akan
bertindak dalam mengumpul data pencapaian murid bagi memudahkan
penilaian prestasi.

Akhir sekali, dimensi membentuk iklim sekolah pula bertujuan bagi

mewujudkan motivasi ekstrinsik melalui pemberian insentif seperti Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang mampu memastikan para guru dan

pelajar gigih untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan sekali gus

membantu meningkatkan prestasi sekolah secara keseluruhan. (10)

3.3 MODEL ALIG-MIELCAREK (2003)

Model instruksional Alig-Mielcarek adalah berdasarkan adaptasi
daripada model instruksional sedia ada seperti model instruksional Hallinger
& Murphy (1985), model instruksional Weber (1996) dan kerangka
kepimpinan Murphy (1990). Rumusan bagi model ini adalah seperti yang
berikut.

Mengenal pasti • Kerjasama secara kolaboratif dalam komuniti
dan menyebar sekolah adalah diperlukan dalam menjelaskan
maklumat matlamat sekolah.
bersama-sama
• Setelah itu, matlamat yang telah ditentukan akan
Mengawal dan menjadi panduan dalam menentukan keputusan
memberi organisasi, amalan pengajaran, kurikulum dan
maklum balas penetapan sasaran untuk mencapai kemajuan
terhadap proses sekolah.
pengajaran dan
pembelajaran • Mementingkan peranan staf akademik dalam
memberikan laporan dan maklum balas kepada
Mewujudkan guru, murid dan komuniti yang terlibat dalam
pembangunan perihal akademik.
profesional
sekolah secara • Para guru dikehendaki untuk menganalisa
meluas pencapaian murid bagi membolehkan mereka
menyediakan bahan ataupun sumber pengajaran
yang sesuai dan selaras dengan matlamat sekolah.

(11)

4.0 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

Sentiasa Bersedia Celik ICT

Bersifat terbuka Peka

Sebagi seorang pemimpin instruksional, seorang guru perlulah

sentiasa bersedia bukan sahaja dari segi fizikal semata-mata, malah, mereka

turut perlu bersedia dari segi mental dan emosional bagi menjamin

kompentensi mereka. Kini, silibus ataupun kurikulum untuk setiap mata

pelajaran boleh digubal pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, perubahan

PMR kepada PT3 telah sedikit sebanyak mempengaruhi situasi pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pemimpin instruksional iaitu guru

besar dan guru perlulah bersedia untuk menempuh perubahan ini bagi

memastikan mereka mampu memberikan bimbingan yang sewajarnya

kepada murid-murid. (12)

Selain itu, seseorang guru sebagai pemimpin instruksional juga
perlulah celik dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Seorang
guru yang memiliki ciri ini mampu menjalankan kerja mereka dengan lebih
efisien kerana teknologi pada masa ini sememangnya membantu
mempermudahkan kerja guru dalam mengumpul, menyusun dan
menganalisis data. Tambahan pula, kini, majoriti pelajar adalah terdiri
dalam kalangan Generasi Z dan arif perihal teknologi. Tuntasnya,
penyampaian ilmu adalah lebih mudah dilakukan.

Di samping itu, guru sebagai pemimpin instruksional juga perlu
bersifat terbuka dalam menjalankan tugas mereka. Pemimpin yang bersifat
dan berfikiran terbuka sentiasa bersedia untuk mengajar dan diajar. Sifat
terbuka ini membolehkan perkongsian ilmu antara guru dengan guru dan
guru dengan pelajar berlaku dengan lancar. Melalui perkongsian ini, kedua-
dua pihak akan mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dipelajari.

Akhir sekali, guru sebagai pemimpin instruksional juga perlu peka

terhadap perkembangan dunia pendidikan. Hal ini dikatakan demikian

kerana pemimpin yang peka akan sentiasa mencari dan mempraktikkan

kaedah penyampaian ilmu yang pelbagai bagi memastikan kaedah mengajar

mereka memenuhi keperluan setiap pelajar. Misalnya, sesetengah guru

mempraktikkan pembelajaran akses kendiri ataupun “autonomous learning” di

dalam bilik darjah mereka. (13)

5.0 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

5.1 Membantu pelajar mencapai matlamat pencapaian akademik yang
telah ditentukan

Melalui penganalisisan data yang telah dilakukan, para guru boleh
membuat konklusi tentang kemampuan setiap pelajar mereka. Guru sebagai
pemimpin instruksional akan berusaha untuk membantu para pelajar mereka
meningkatkan prestasi mereka dengan menggunakan kaedah pembelajaran
yang sesuai ataupun menyediakan alat bantuan mengajar yang senang
difahami dan digunakan untuk membantu mereka mencapai objektif
pembelajaran pada setiap sesi pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan.

Melalui kepimpinan instruksional, guru perlulah mendidik para
pelajar mereka untuk menyenaraikan matlamat mereka sendiri. Inisiatif ini
boleh dilakukan dengan menggalakkan para pelajar untuk memiliki jurnal
mereka sendiri bagi membolehkan mereka memantau perkembangan
akademik mereka dari semasa ke semasa. Inisiatif ini juga menggalakkan
pembelajaran akses kendiri yang memberi autonomi kepada pelajar untuk
menentukan gaya pembelajaran yang sesuai untuk mereka selain daripada
pembelajaran di bilik darjah.

Sebagai kesimpulan, bagi memastikan kejayaan akademik pelajar,
setiap matlamat akademik yang telah ditetapkan perlulah dicapai selaras
dengan peruntukandan daripada setiap model kepimpinan instruksional. (14)

5.2 Memberi inspirasi, sokongan dan motivasi kepada guru dan pelajar

Sebagai ketua yang menerajui pentadbiran sekolah, guru besar
bertanggungjawab sebagai pembimbing kepada para guru dengan
memberikan inspirasi kepada mereka untuk melakukan tugas dengan baik
melalui kepimpinan berasaskan teladan.

Selain itu, sebagai pemimpin instruksional, guru besar dan juga guru
biasa turut berperanan dalam mewujudkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik
dalam diri pelajar. Motivasi dapat wujud dalam bentuk pemberian kata-kata
semangat ataupun berbentuk insentif seperti yang telah dinyatakan dalam
Model Hallinger (2000). Motivasi yang tinnggi adalah penting kerana
motivasi merupakan kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat
mempengaruhi tingkah lakunya (Kamaruddin,1997). Oleh itu, sesi
pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lebih lancar sekiranya
ada rangsangan yang berterusan.

Di samping itu, sokongan daripada para guru terhadap para pelajar
turut penting. Pemimpin instruksional akan sentiasa bersedia untuk
membantu subordinat mereka dalam halangan yang dihadapi. Misalnya,
sesetengah pelajar mungkin memerlukan sokongan berbentuk kewangan oleh
itu, pihak pengurusan bolehlah mewujudkan inisiatif seperti mewujudkan
tabung derma ataupun menyediakan biasiswa bagi pelajar berkenaan.

(15)

5.3 Menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara konsisten

Setiap sekolah sudah semestinya mementingkan pencapaian
akademik dalam setiap misi dan visi yang telah dicanangkan. Oleh itus, guru
sebagai pemimpin instruksional berperanan untuk menyelia dan memantau
pencapaian para pelajar dari semasa ke semasa.

Oleh itu, beberapa pentaksiran perlu dijalankan bagi memantau
perkembangan akademik para pelajar. Sebagai contoh, pentaksiran formatif
dan sumatif. Melalui pentaksiran formatif, para guru boleh mengetahui
tahap penguasaan para pelajar terhadap subtopik yang telah dipelajari
melalui ujian topikal. Manakala, pentaksiran sumatif membolehkan para
guru untuk memberikan gred keseluruhan kepada para pelajar sekali gus
mengetahui pencapaian mereka untuk tahap persekolahan tertentu.

Dengan cara ini, para guru dapat mengesan kelemahan dan
kebolehan para pelajar dalam topik yang mereka telah pelajari. Sekiranya
kelemahan pelajar telah dikenal pasti, para guru mampu merancang aktiviti
pengajaran yang bersesuaian dengan pemahaman para pelajar bagi
mengelakkan pelakar yang tercicir dalam pembelajaran mereka.

Pentaksiran yang dilakukan bukan sahaja untuk kebaikan para pelajar

tetapi, pentaksiran ini juga penting bagi mengetahui keberkesanan

pengajaran yang dilakukan oleh para guru bagi memudahkan tindakan

susulan yang sesuai. (16)

5.4 Mewujudkan budaya sekolah yang positif

Sekiranya para guru memainkan peranan mereka sebagai pemimpin
instruksional dengan berjaya, budaya sekolah positif boleh diwujudkan
dengan mudah.

Bagi memastikan pencapaian akademik yang cemerlang, persekitaran
pembelajaran perlulah sentiasa kondusif untuk menjamin keselesaan para
pelajar dalam menimba ilmu. Oleh hal yang demikian, kita dapat
menyaksikan bahawa sekolah yang memiliki infrastruktur yang lengkap
cenderung untuk melahirkan pelajar cemerlang kerana kemudahan-
kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar seperti makmal komputer,
makmal sains dan bilik kuliah telah tersedia untuk memudahkan sesi
pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Guru sebagai pemimpin instruksional perlulah sentiasa memaparkan
perilaku dan ketrampilan yang positif bagi mempengaruhi para pelajar untuk
bersama-sama berbuat demikian.

Budaya sekolah yang positif mampu melahirkan para pelajar yang
menepati ciri-ciri modal insan yang memenuhi aspek JERIS kerana budaya
sekolah yang positif merupakan gabungan kepada budaya-budaya sekolah
yang lain seperti budaya sekolah penyayang dan budaya sekolah berinovasi.
Oleh hal yang demikian, sekolah yang mempunyai budaya yang positif akan
lebih senang untuk meraih kepercayaan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.(17)

5.5 Menjadi sumber rujukan utama murid

Kewujudan internet dan dasar langit terbuka telah pun memudahkan
pencarian maklumat sedunia. Walaupun perkembangan ini memiliki seribu
satu manfaat, peranan guru sebagai sumber rujukan utama semakin
diketepikan. Oleh itu, guru sebagai pemimpin instruksional perlulah
memastikan mereka memiliki kompetensi yang tinggi bagi menjamin
keyakinan para pelajar terhadap kredibiliti mereka sebagi seorang guru.

Walaupun para pelajar digalakkan untuk berdikari dalam mencari
sumber rujukan mereka, para guru tetaplah harus memerhatikan dan
memastikan kesahihan bahan rujukan yang mereka gunakan.

Oleh hal yang demikian, seseorang guru itu perlulah menguasai
kurikulum ataupun silibus mata pelajaran yang diajar supaya para pelajar
tidak terkapai-kapai dan merujuk sumber maklumat yang salah. Dengan ini,
para guru berperanan untuk sentiasa mengembangkan ilmu dan kemahiran
mereka dengan menyertai bengkel kemahiran, kursus, ceramah dan
sebagainya bagi memastikan para pelajar memiliki sumber rujukan yang
boleh dipercayai.

Tuntasnya, ukuran kejayaan seseorang guru sebagai pemimpin

instruksional adalah berdasarkan kepercayaan yang diletakkan oleh anak

didik mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa penguasaan guru terhadap ilmu

yang mereka ajari sangatlah penting. (18)

6.0 KEPENTINGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Kepimpinan instruksional mampu memastikan kualiti pengajaran
dan pembelajaran adalah terjamin dan menepati piawai yang ditetapkan oleh
Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini dikatakan demikian
kerana setiap perubahan dalam kurikulum, silibus dan kaedah pentaksiran
memiliki piawaian tersendiri yang perlu dipatuhi. Guru yang memiliki
kepimpinan instruksional akan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan
apa jua perubahan dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam tugas mereka.

Selain itu, kepimpinan instruksional juga penting bagi mencungkil
potensi para pelajar. Melalui analisa data yang telah dilakukan, para guru
dapat mengenal pasti bakat atau kebolehan pelajar yang boleh dikembangkan.
Dengan ini, para guru mampu mendedahkan mereka dengan mana-mana
aktiviti luar yang boleh mengembangkan lagi kebolehan tersebut. Contohnya,
menggalakkan mereka menyertai perbahasan, pidato dan acara sukan bagi
melahirkan pelajar seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum.

Akhir sekali, kepimpinan instruksional akan mewujudkan suri
teladan yang boleh dicontohi pelajar. Para pelajar akan menghabiskan masa
mereka di sekolah. Hal ini menjadikan para guru sebagai individu yang
membentuk perilaku mereka. Contoh yang positif mampu memberi kesan
kepada pelajar dan merangsang mereka untuk melakukan perkara yang sama.

(19)

7.0 KESIMPULAN
Kepimpinan instruksional lebih sering dikaitkan dengan peranan guru
besar ataupun pengetua di sekolah. Sebagai ketua pentadbir, kepimpinan
instruksional yang mereka amalkan mampu mempengaruhi budaya kerja
para guru yang mana budaya ini akan diserlahkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka di bilik darjah.
Kelebihan kepimpinan instruksional ini adalah ianya mampu
mewujudkan satu rantaian di mana subordinat akan mencontohi dan
melakukan tugasan selaras dengan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh
orang atasan mereka. Dengan itu, sekiranya individu yang berada di posisi
teratas sesebuah organisasi berjaya menunjukkan teladan yang baik,
kesannya akan memberi impak yang positif kepada sesebuah organisasi
tersebut secara menyeluruh.

(20)

RUJUKAN

Weber, J. (1996). Leading the instructional program in Smith SC St Piele PK (eds) School
leadership: handbook for excellence. USA: ERIC Clearinghouse on Educational
Aianagement.

Snyder, K. J. (1983). Instructional Leadership For Productive Schools. Educational
Leadership.

Foong, D., & Abdullah, M. (2018). Kepemimpinan Instruksional: Konsep, Model,
Pendekatan dan Skala Pengukuran.
Http://Journal.Kuis.Edu.My/Jsass/Images/Speciallissue2018/Jsass_khas02_010_danie
lle.Pdf.

Hallinger, P. Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS). (1983).
http://philiphallinger.com/old-site/pimrs.html

(21)


Click to View FlipBook Version