The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GALAKSI ILMU SKST 2, 2021-03-20 04:35:38

Resepi Pesakit Ginjal Kronik

Resepi Pesakit Ginjal Kronik

Penerbitan oleh: Hospital Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur Resipi Pesakit Ginjal Kronik

Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada: Idea untuk anda
Gambar hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Kata-kata Aluan Kata-kata Aluan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi–tinggi tahniah di
Penjagaan pemakanan di kalangan pesakit perlu dalam melengkapkan kaedah rawatan komprehensif atas kejayaan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan siri kedua buku resepi untuk Pesakit
untuk mengawal kerosakan ginjal. Kawalan pemakanan merupakan salah satu kaedah penjagaan Ginjal Kronik (CKD). Siri pertama yang dikeluarkan sebelum ini adalah khusus untuk pesakit CKD yang
penyakit ginjal bagi mengawal komplikasi jangka panjang penyakit. menjalani rawatan Dialisis.
Sehubungan dengan itu, Buku Resipi Penyakit Ginjal Kronik (CKD) ini diterbitkan untuk individu yang
mengalami CKD dengan tujuan memberi pendedahan serta idea yang bersesuaian dengan keadaan Mengikut kajian prevalen kebangsaan pada tahun 2012, lebih dari 9% penduduk dewasa di Malaysia
kesihatan semasa individu di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan melalui penjagaan mengalami penyakit Ginjal Kronik dari tahap 1 hingga tahap 5. Beberapa faktor risiko telah dikenal
pemakanan. pasti termasuk penyakit Diabetes, Tekanan Darah Tinggi dan peningkatan umur. Kawalan
Buku ini mengandungi 19 resipi yang diubahsuai khususnya dari segi jumlah protein dan sodium yang faktor-faktor risiko serta beberapa langkah lain termasuk penggunaan ubat-ubatan tertentu, berhenti
sesuai dan sejajar dengan keperluan individu yang mengalami penyakit ginjal. Selain itu, disertakan merokok dan kawalan pemakanan telah dibuktikan penting dan berkesan untuk memperlahankan
juga nasihat am penjagaan pemakanan dan panduan penggunaan buku ini supaya pengambilan tahap kerosakan ginjal seterusnya. Usaha sedemikian mampu mengelakkan seseorang pesakit CKD
protein dapat dihadkan kepada 40 – 50g sehari. yang berada di tahap kurang serius daripada mengalami kegagalan ginjal secara kekal yang akan
Penerbitan buku ini adalah tepat pada masanya dan seiring dengan usaha Kementerian Kesihatan mengakibatkan keperluan rawatan dialisis atau transplan ginjal.
Malaysia untuk memastikan setiap individu memperolehi maklumat pemakanan dengan mudah dan
tepat. Beberapa unsur penting dalam aspek kawalan pemakanan di kalangan pesakit CKD adalah bertujuan
Saya yakin buku ini dapat memberi panduan kepada individu yang mengalami kerosakan ginjal kronik untuk mengurangkan tekanan darah, tahap kolesterol, konsentrasi bahan kumuh di dalam darah dan
dan juga anggota kesihatan yang terlibat dalam penjagaan kesihatan mereka. kadar kebocoran protein di dalam air kencing. Malangnya, makanan tradisional dan popular di
Bagi pihak hospital khasnya dan kementerian amnya, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima Malaysia mempunyai tahap kalori, garam dan protein yang tinggi yang boleh membebankan fungsi
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku ini. ginjal, seterusnya meningkatkan tahap kerosakan ke peringkat yang lebih teruk.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Buku resepi ini berperanan untuk memberi pilihan dan contoh-contoh yang dapat digunapakai oleh
“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH pesakit-pesakit CKD atau ahli keluarga dalam menyediakan masakan yang sesuai dan selamat untuk
BUDAYA KERJA KITA” pesakit berkenaan. Adalah diharapkan, agar buku ini bukan saja dapat membantu dalam penyediaan
atau pilihan makanan di kalangan pesakit CKD, tetapi ia juga dapat meningkatkan tahap kesedaran di
Dato’ Dr Zaininah Mohd Zain kalangan pesakit, ahli keluarga dan orang awam perihal pentingnya menjaga kesihatan dan merawat
penyakit dengan berkesan melalui amalan pemakanan yang sihat dan sesuai.
Pengarah
Hospital Kuala Lumpur Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat di atas usaha gigih dan murni sehingga
terhasilnya buku resepi ini. Semoga ianya dapat menyumbang kepada tahap penjagaan kesihatan
pesakit CKD yang lebih baik di Hospital Kuala Lumpur khususnya dan di seluruh negara amnya.

Datuk Dr Ghazali Bin Ahmad MBBCh Hons, MMed, FRCPI

Ketua dan Pakar Perunding Kanan
Jabatan Nefrologi
Hospital Kuala Lumpur. Selaku
Ketua Perkhidmatan Nefrologi
Kementerian Kesihatan Malaysia

Kata-kata Aluan Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Resepi Untuk Pesakit Ginjal Kronik

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Hospital Kuala Lumpur Apabila anda disahkan mengalami penyakit ginjal kronik, penjagaan diet adalah sangat penting untuk
(HKL) yang merestui penghasilan buku ini yang boleh digunakan sebagai panduan kepada individu dititikberatkan. Saranan diet akan berubah mengikut masa bergantung kepada tahap kerosakan ginjal
yang mengalami masalah fungsi ginjal. anda. Diharapkan dengan berpantang atau menjaga pengambilan makanan, anda akan lebih selesa
dan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang anda dapat dilambatkan.
Amalan pemakanan yang kurang seimbang boleh mengakibatkan kadar pengurangan fungsi ginjal
yang lebih tinggi. Penjagaan pemakanan merupakan salah satu elemen pelengkap rawatan penyakit Buku resepi ini dihasilkan untuk memberikan idea kepada pesakit ginjal kronik tentang cara
di samping pengambilan ubat- ubatan, senaman dan berhenti merokok. Melaluinya, pengambilan penyediaan makanan yang bersesuaian. Resepi-resepi yang terpilih, telah diubahsuaikan dari segi
protein, lemak, karbohidrat, kalori dan sodium disesuaikan supaya seiring dengan keperluan individu. kandungan garam dan protein. Resepi yang terdapat di dalam buku ini boleh dijadikan sebagai
panduan. Apabila anda memahami cara ubahsuai diet ini, maka mudahlah untuk anda mencuba
Buku resepi ini disediakan sebagai panduan dengan tujuan: masakan lain menggunakan konsep yang sama.
i. Memastikan kecukupan pengambilan kalori.
ii. Menghadkan pengambilan protein bagi membantu melambatkan kadar kerosakan fungsi ginjal. Pengubahsuaian yang dilakukan ke atas setiap resepi adalah dari segi jumlah garam dan protein.
iii. Memberi cadangan pengubahsuaian menu masakan bagi mengurangkan pengambilan gula dan Pesakit ginjal kronik disarankan mengecilkan saiz lauk-pauk yang dimakan. Ini adalah disebabkan lauk
mengandungi zat protein, kawalan jumlah protein ini akan membantu mengurangkan beban ke atas
garam. ginjal. Pesakit ginjal kronik sememangnya digalakkan mengambil makanan yang kurang masin.
iv. Memberi maklumat kandungan nutrien terpilih selepas modifikasi menu dilakukan.
Bagi pesakit yang berpeluang dan mempunyai kemudahan untuk memasak makanan sendiri di
Susulan itu, penghasilan buku ini penting untuk memastikan satu panduan pemakanan disediakan rumah, ini adalah cara terbaik kerana anda dapat mengawal jenis dan cara masakan. Adalah
bagi membolehkan individu ini membuat pemilihan makanan yang lebih baik. Adalah diharapkan digalakkan anda mengambil makanan yang segar berbanding dengan makanan terproses atau
dengan adanya buku resepi ini, individu ini mendapat manfaat sebaiknya dan menikmati makanan makanan segera.
yang sesuai dengan tahap penyakit.
Pihak kami cuba mempelbagaikan pilihan menu di dalam buku ini. Resepi ini telah pun diujirasa oleh
Penghasilan buku ini melibatkan kerjasama erat anggota Jabatan Dietetik & Sajian, HKL, Jabatan sekumpulan doktor dan pesakit di klinik. Semoga buku ini dapat membantu pesakit yang masih keliru
Nefrologi HKL dan pesakit yang menjalani rawatan susulan di hospital ini. Dengan adanya kerjasama tentang pilihan makanan yang sesuai dengan penyakit ginjal.
semua pihak, penghasilan buku ini telah menjadi realiti hasil usaha gigih semua pihak.
Kami juga menggunakan program khas untuk menganalisakan setiap resepi. Anda akan dapat
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat mengetahui jumlah kalori, protein, karbohidrat, lemak dan sodium bagi setiap hidangan.
secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan buku resepi ini.
Diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan keluarga yang membantu anda
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” menyediakan makanan seharian.
“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH
BUDAYA KERJA KITA” Selamat mencuba!

Ridzoni Sulaiman Datin Nor Sharita Mohd Saad

Ketua Profesion Pegawai Dietetik Pegawai Dietetik
Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Urologi & Nefrologi
Hospital Kuala Lumpur

Senarai Ahli Senarai Ahli
Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Kerja

Pakar Perunding Nefrologi terlibat dalam menjayakan buku ini: Pembantu Penyediaan Makanan yang terlibat:

Dr Sunita Bavanandan Duduk:
Pn Norfadilah bt Hassan
Pegawai Dietetik terlibat dalam menjayakan buku ini:
Berdiri dari kiri:
Duduk dari kiri: Pn Fatimah bt Termizi, Pn Siti Fatimah bt Mat Zain, Pn Syafila bt Suhaini
Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad & Pn Kamariah Nawawi.
Tiada dalam gambar:
Berdiri dari kiri: Pn Rudiya bt Suidi
Cik Noor Adzha Yusoof, En Mohd Firdaus Nazri Shaharuddin,

En Md Hairil Muzammil Tokijan & Cik Low Phei Keow.

Isi Kandungan 1 Isi Kandungan 2

Penerangan Ringkas 9 -10 Sayuh & Buah 39 - 40
41 - 42
Panduan Penggunaan Buku Ini 13 - 14 Siew Pak Choy Goreng 43 - 44
15 - 16 Kerabu Betik Muda 45 - 46
Menu Utama 17 - 18 Salad Campuran
19 - 20 Paceri Nenas 49 - 50
Nasi Goreng Kerabu 21 - 22 51 - 52
Kueh Teow Kantonis 23 - 24 Kuih & Pemanis Mulut 53 - 54
Pasta Goreng 55 - 56
Lasagna Ayam 27 - 28 Pau Kari Vegetarian
Soo Hoon Goreng Ala Thai 29 - 30 Skon Tanpa Telur
Idli & Tomato Chutney 31 - 32 Sago Gula Melaka
33 - 34 Pulut Mangga
Lauk Pauk 35 - 36

Ayam Goreng Oat Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 8
Ayam Kung Pao
Lada Benggala Sumbat Ikan
Bebola Ikan Masak Masam Manis
Sambal Tempe & Kentang

7 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Panduan Penggunaan Buku Ini Panduan Penggunaan Buku Ini

Buku ini dihasilkan berdasarkan pengiraan keperluan kalori dan protein serta kawalan pengambilan C. Minum Petang
sodium secara umum bagi individu berpenyakit kegagalan ginjal kronik.
i. Pau Kari Vegetarian
Resipi-resipi ini dikategorikan berdasarkan waktu hidangan makanan, iaitu sarapan, makan ii. Skon Tanpa Telur
tengahari dan makan malam serta minum petang. Jumlah kalori dan protein untuk makan iii. Sago Gula Melaka
tengahari dan makan malam adalah lebih banyak berbanding sarapan dan minum petang. iv. Pulut Mangga

Kombinasi set makanan seharian adalah fleksibel. Pilihlah salah satu makanan daripada kategori Contoh kombinasi menu adalah seperti berikut:
sarapan, satu set untuk makan tengahari dan satu set untuk makan malam serta satu daripada
minum petang.

Kategori makanan mengikut masa makan: Masa Makan/ Set A Set B
Contoh Menu Sehari
A. Sarapan Sarapan Nasi Goreng Kerabu Kueh Teow Kantonis
Makan Tengahari Lasagna
i. Nasi Goreng Kerabu Epal Nasi Putih
ii. Kueh Teow Kantonis Minum Petang Sambal Tempe & Kentang
iii. Soo Hoon Goreng Ala Thai Makan Malam Skon Tanpa Telur
iv. Idli & Tomato Chutney Nasi Putih Pajeri Nenas
Betik
B. Makan Tengahari & Makan Malam Ayam Kung Pao
Ulam Timun Sago Gula Melaka
a) Set makanan barat Salad Buah
i. Lasagna Nasi Putih
ii. Pasta Goreng Bebola Ikan Masak Masam Manis

b) Set nasi campur Siew Pak Choy Goreng
i. Kumpulan lauk (protein) Tembikai Susu
1. Sambal Tempe & Kentang
2. Ayam Goreng Oat ii. Kumpulan sayur & buah ± Kombinasi ini akan menyumbangkan kalori makanan diantara 1500 hingga 1800 dan protein
3. Ayam Kung Pao 1. Kerabu Betik Muda kira-kira 40 - 50 g sehari berdasarkan pemilihan makanan yang dibuat.
4. Lada Benggala Sumbat Ikan 2. Siew Pak Choy Goreng
5. Bebola Ikan Masak Masam Manis 3. Salad Buah
4. Pajeri Nenas

≠ Untuk makan tengahari dan malam, ianya dimakan bersama 1 ½ cawan nasi putih. Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 10
# Buah-buahan juga perlu diambil untuk melengkapkan keperluan nutrien harian.

9 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014

Menu Utama

11 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 12

Menu Utama

Nasi Goreng Kerabu

(4 hidangan)

Bahan-bahan:

6 sudu makan minyak masak

½ biji bawang besar

2 ulas bawang putih

2 biji cili padi Dihiris nipis
½ kuntum bunga kantan

1 batang serai

2 helai limau purut

1 cawan kacang buncis

6 cawan nasi – dimasak dengan pewarna biru

½ sudu teh garam

½ sudu teh lada putih

½ biji timun – dipotong halus

1 cawan kobis – dihiris nipis

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang & cili sehingga naik bau.
3. Masukkan bunga kantan, serai & daun limau purut diikuti kacang buncis.

Kacau sebentar.
4. Masukkan nasi dan gaul rata.
5. Perisakan dengan garam dan lada putih.
6. Hidangkan dengan timun & kobis.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)
15 217
343 47 5

13 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 14

Menu Utama

Kueh Teow Kantonis

(4 hidangan)

Bahan-bahan A:

3 sudu makan minyak masak
4 cawan kueh teow
3 ulas bawang putih - dicincang
1 ½ ketul ayam bahagian dada - dipotong dadu
2 pokok sawi hijau – dipotong kecil
¾ cawan air

Bahan-bahan B:
3 sudu makan kicap pekat

Bahan-bahan C: Dibancuh bersama

1 biji telur
½ sudu makan tepung jagung
2 sudu makan air

Cara Penyediaan:

1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan gorengkan kueh teow.
Angkat dan ketepikan.

2. Menggunakan kuali yang sama, panaskan 1 sudu makan minyak,
tumis bawang hingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan masak seketika.
4. Tambahkan sawi.
5. Masukkan air dan perisakan dengan kicap pekat. Biar mendidih seketika.
6. Masukkan telur dan kacau rata.
7. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah

menjadi pekat. Kacau rata.
8. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

285 37 11 10 258

15 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 16

Menu Utama

Pasta Goreng

(4 hidangan)

Bahan-bahan A: Pasta

1 ½ cawan pasta – direbus selama 10 minit
1 ketul ayam – dicincang
½ cawan air

Bahan-bahan B: BahanTumis:

2 sudu teh minyak ½ sudu teh garam
1 sudu makan gula
5 biji bawang putih Dicincang 2 biji bawang besar
5 biji bawang merah 1 biji lada benggala hijau
2 biji tomato Dipotong
4 sudu teh cili kisar 2 sudu makan daun pasli kiub

1 tin (250 g) tomato puri

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau selama 3 minit diikuti tomato puri. Kacau rata.
3. Masukan ketulan ayam, biar hingga ayam agak masak. Tambahkan air.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar, lada benggala, dan tomato, kacau sehingga rata.
6. Masukkan pasta, gaul sebati.
7. Taburkan daun pasli.
8. Angkat dan hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)
338 57 14 6 398

17 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 18

Menu Utama

Lasagna Ayam

(4 hidangan)

Bahan-bahan A: Sos Tomato Bahan-bahan B: Bahan Inti

2 biji tomato Dipotong 2 sudu teh minyak
1 biji bawang besar – dipotong kiub
½ biji bawang besar kiub 1 ulas bawang putih – dimayang
1 ketul dada ayam – dikisar
2 ulas bawang putih ¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk kasar lada hitam
¼ sudu teh minyak

¼ sudu teh garam

¼ sudu teh gula

Bahan C:
150g lasagna kering – direndam selama 20 minit

Cara Penyediaan Sos Tomato:

1. Panaskan ketuhar pada suhu180° Celsius.
2. Bakar tomato dan bawang selama 20 minit.
3. Keluarkan & kisar dengan sedikit air hingga lumat.
4. Menggunakan kuali, panaskan minyak.
5. Masukkan bahan yang dikisar, garam dan gula.
6. Biarkan mendidih seketika. Ketepikan.

Cara Penyediaan Inti:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
2. Masukkan ayam & Sos Tomato (Bahan A). Kacau rata hingga masak.
3. Perisakan dengan garam & serbuk lada hitam. Kacau sebati. Ketepikan

Cara Penyediaan Lasagna:

1. Griskan dulang pembakar. Susun kepingan lasagna di dalam bekas.
Masukkan 1/3 bahagian inti.

2. Ulang proses 1 hingga habis dengan menyusun kepingan lasagna di bahagian paling atas.
3. Tutup dulang dengan kepingan aluminum. Bakar selama 15 – 20 minit.
4. Keluarkan untuk dihidang.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

305 39 12 11 287

19 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 20

Menu Utama

Soo Hoon Goreng Ala Thai

(4 hidangan)

Bahan-bahan:

2 cawan soo hoon kering – direndam selama 20 minit
2 ketul ayam, bahagian dada – dipotong 4
1 batang lobak merah – dipotong memanjang
2 pokok sawi pak choy – dipotong kecil
1 sudu makan sos cili
½ sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 batang serai – diketuk
2 helai daun limau purut – dihiris nipis
½ cawan air

Bahan Tumis: Bahan Hiasan:
2 sudu makan minyak
4 ulas bawang putih Dihiris Sedikit daun bawang Dihiris
1 biji bawang besar nipis Sedikit daun ketumbar kasar
¼ inci halia Sedikit daun sup
½ sudu makan cili kisar
3 biji cili merah – dihiris nipis
Cara Penyediaan:
½ biji timun – dibuang kulit & dihiris
4 biji limau kasturi

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.
4. Masukkan serai dan daun limau purut.
5. Masukkan isi ayam. Biar seketika.
6. Masukkan lobak merah dan sawi. Masak seketika.
7. Masukkan soo hoon dan kacau rata.
8. Tambahkan 1⁄2 cawan air. Masak hingga soo hoon lembut.
9. Angkat dan bahagikan kepada 4 hidangan.
10. Hiaskan dengan daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili potong dan timun.
11. Perahkan 1 biji limau kasturi.
12. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)
280 46 6 8 198

21 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 22

Menu Utama

Idli

(8 hidangan)

Bahan-bahan:

1 ½ cawan beras Direndam berasingan ¼ sudu teh yis
½ cawan kacang ulunthu selama 5 jam ¼ sudu teh garam
Sedikit air
Cara Penyediaan:

1. Kisar kasar beras dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
2. Kisar kasar kacang ulunthu dengan hanya sedikit air. Ketepikan.
3. Campurkan semua bahan idli, kacau rata dan perap bancuhan idli semalaman di

tempat yang suam dalam bekas bersaiz 2 kali ganda jumlah bancuhan.
4. Ceduk satu senduk bancuhan ke dalam periuk idli.
5. Kukus selama 20 minit.

6. Keluarkan idli dengan pisau dan hidangkan bersama tomato chutney. Griskan dengan
¼ sudu teh minyak sapi jika perlu untuk mengelakkan idli melekat pada periuk.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

153 33 5 <1 81

Tomato Chutney

(8 hidangan)

Bahan–bahan A: Bahan Tumis Cara Penyediaan:

2 sudu teh minyak 1. Panaskan minyak.
2. Tumis Bahan A hingga naik bau.
1 biji bawang besar - dicincang 3. Masukkan tomato.
4. Reneh dengan api kecil selama
½ sudu teh biji sawi
20 minit hingga pekat.
3 tangkai daun kari Dicincang 5. Perisakan dengan garam.
6. Makan bersama idli.
2 tangkai biji cili kering halus

Bahan-bahan:

6 biji tomato – dikisar
¼ sudu teh garam

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

79 10 3 3 166

23 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 24

Lauk Pauk

25 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 26

Lauk Pauk

Ayam Goreng Oat

(4 hidangan)

Bahan-bahan:

2 ketul ayam – dipotong 8
1 cawan minyak – untuk menggoreng

Bahan A: Bahan Perap Digaul sebati

½ sudu makan serbuk kari
½ sudu teh serbuk kunyit
¼ sudu teh lada sulah
¼ sudu teh garam

Bahan B: Bahan Salutan

1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan oat

Cara Penyediaan:

1. Perapkan ayam dengan bahan A selama 30 minit.
2. Tuangkan telur ke dalam ayam dan gaul rata. Taburkan tepung jagung

dan gaul rata.
3. Golekkan ketulan ayam dengan oat.
4. Goreng sehingga garing.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 2 potong kecil)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

167 8 10 10 177

27 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 28

Lauk Pauk

Ayam Kung Pao

(4 hidangan)

Bahan A: Bahan Perap Bahan C: Bahan Sos

½ cawan minyak Diperap bersama 1 sudu kecil tepung jagung
2 ketul ayam – dipotong 8 selama 30 minit 1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh sos tiram 1 sudu teh sos cili bawang putih
2 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung 1 sudu kecil garam

3 sudu makan gajus - dipanggang

½ biji lada benggala merah Dihiris
½ biji lada benggala hijau memanjang

Bahan A: Bahan Tumis

2 sudu makan minyak Dicampur
2 sudu makan minyak bijan bersama

2 ulas bawang putih Dicincang
1 inci halia

4 tangkai cili kering

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan campuran minyak.
3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan cili kering, tumis hingga sedikit garing.
5. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
6. Masukkan semua bahan sos lain. Masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
7. Masukkan isi ayam dan gaul rata selama 5 minit.
8. Akhir sekali, masukkan gajus dan lada benggala. Kacau rata.
9. Sedia untuk dihidang.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 2 ketulan kecil)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

265 13 9 20 286

29 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 30

Lauk Pauk

Lada Benggala Sumbat Ikan

(4 hidangan)

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri – diambil isi & diramas
2 biji lada benggala – dipotong dua & dibuang empulur

Bahan A: Bahan Salutan Dicincang

3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang saderi
2 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam

Bahan B: Bahan Kuah
½ cawan santan cair

Cara Penyediaan:

1. Campur isi ikan dengan bahan A. Gaul sebati.
3. Kaupkan isi ikan ke dalam lada benggala.
4. Masukkan lada benggala ke dalam periuk dan tuang santan ke dalamnya.
5. Reneh selama 10 minit.
6. Angkat dan hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

130 5 11 7 221

31 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 32

Lauk Pauk

Bebola Ikan Masak
Masam Manis

(4 hidangan)

Bahan-bahan Bebola Ikan: Bahan-bahan Sos:

2 ketul isi ikan tenggiri 1 sudu makan minyak masak
6 sudu makan air sejuk
1 sudu kecil garam 1 senduk cili kering kisar
½ sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung 1 biji bawang Dikisar
1 sudu kecil tepung ubi 3 ulas bawang putih bersama
¼ sudu kecil soda bikarbonat
½ cawan air

2 sudu makan gula perang

½ sudu teh garam

1 sudu makan sos cili

1 sudu makan sos tiram

1 biji tomato – dipotong kiub

Cara Penyediaan Bebola Ikan:

1. Kisar isi ikan bersama air, garam dan lada sulah hingga lumat.
2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi dan soda bikarbonat.

Kisar hingga sebati dan kenyal.
3. Basahkan tangan. Bulat-bulatkan sebatian tadi dalam saiz duit siling 20 sen.
4. Didihkan air, masukkan bebola ikan. Angkat apabila bebola ikan timbul.

Cara Penyediaan Sos:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
2. Apabila sudah garing, masukkan air. Biarkan mendidih.
3. Tambahkan gula perang, garam dan sos. Kacau rata.
4. Masukkan bebola ikan dan tomato. Biarkan ia mereneh seketika.
5. Tutup api dan sedia dihidang.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan – 4 ketul bebola ikan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

140 17 7 4.5 384

33 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 34

Lauk Pauk

Sambal Tempe &Kentang

(4 hidangan)

Bahan-bahan A:

1 cawan minyak masak – untuk menggoreng
3 biji kentang – dipotong memanjang
1 ½ peket tempe (3 inci panjang x 4 inci lebar) – dipotong kecil

Bahan-bahan B: Bahan Tumis

2 sudu makan minyak masak – untuk menumis

15 tangkai cili kering

1 biji bawang besar Dikisar halus
2 ulas bawang putih

Bahan-bahan C: Bahan Perasa

1 biji limau nipis – diperah jusnya
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak.
2. Goreng kentang dan tempe secara berasingan hingga garing. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam. Masak seketika.
6. Apabila naik minyak, masukkan kentang dan tempe. Gaul rata.
7. Angkat dan hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

260 19 7 17 502

35 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 36

Sayur &Buah

37 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 38

Sayur & Buah

Siew Pak Choy Goreng

(4 hidangan)

Bahan-bahan:

4 batang Siew Pak Choy
1 peket kecil cendawan tiram segar

Bahan A: Bahan Tumis

1 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih
1 sudu makan sos tiram
4 sudu makan air

Bahan B: Bahan Pemekat Dibancuh bersama

1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan air

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan air.
3. Masukkan cendawan tiram. Masukkan sawi bila cendawan tiram

agak lembut.
4. Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit, kacau sentiasa

sehingga agak pekat dan sayur sedikit layu.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

93 8 3 5 310

39 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 40

Sayur & Buah

Kerabu Betik Muda

(4 hidangan)

Bahan-bahan A:

½ biji betik muda Dibuang kulit & dihiris memanjang
1 biji mangga muda

2 batang kacang panjang - dihiris nipis

1 biji tomato - dipotong kiub

Bahan-bahan B: Dihiris nipis

3 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 tangkai daun ketumbar
1 kuntum bunga kantan

Bahan-bahan C: Bahan Sos

½ sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
3 biji limau kasturi

Cara Penyediaan:

1. Campurkan Bahan A dengan Bahan B. Gaul rata.
2. Tambahkan Bahan Sos kepada Bahan-bahan A & B. Sebatikan.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

72 15 2 0 182

41 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 42

Sayur & Buah

Salad Campuran

(4 hidangan)

Bahan-bahan:

2 biji epal merah Dibuang sebahagian kulit, dipotong kiub dan

2 biji epal hijau direndam seketika dalam air perahan limau nipis

4 sudu makan kismis hitam

½ batang lobak merah - disagat

½ cawan sago merah/ hijau/ kuning - dimasak

1 tub kecil yogurt asli rendah lemak

Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan.
2. Gaul rata.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

139 24 1 4 161

43 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 44

Sayur & Buah

Paceri Nenas

(4 hidangan)

Bahan-bahan:

½ sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh pes asam jawa
½ biji nenas (madu, Morris atau
½ cawan santan cair
Sarawak) – Dibelah 4. Dibuang
empulur & hiris setebal ½ inci 2 sudu makan kerisik
1 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu teh minyak 2 biji cili merah Dibelah dua tanpa putus.
½ sudu makan cili kisar
2 biji cili hijau Direndamkan ke dalam air
Bahan-bahan A: Bahan Kisar
¼ sudu teh garam

1 sudu teh gula

1 sudu makan gula perang

6 biji bawang merah Dikisar halus dengan
2 ulas bawang putih ½ cawan air
½ inci halia
1 sudu teh udang kering – direndam selama 15 minit
dan ditoskan
½ inci kunyit hidup
2 biji buah keras – dihiris

Bahan-bahan B: Bahan Tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara Penyediaan:

1. Didihkan air. Masukkan serbuk kunyit & rebus nenas selama 5 minit. Toskan.
2. Campurkan rempah kari dengan bahan kisar hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
3. Panaskan minyak. Tumiskan cili kisar dan bahan tumis hingga naik bau
4. Gunakan api kecil dan kacau selalu. Tambahkan pes asam jawa, kacau rata.
5. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
6. Masukkan nenas, cili merah dan hijau.
7. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
8. Perisakan dengan garam dan gula.
9. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

167 15 2 11 185

45 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 46

Kuih &
Pemanis Mulut

47 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 48

Kuih &
Pemanis Mulut

Pau Kari Vegetarian

(12 hidangan)

Bahan-bahan Inti Bahan-bahan Pau

Bahan-bahan A: Bahan tumis Bahan-bahan C:

3 sudu makan minyak 1 sudu teh yis Dibancuh dalam 4 sudu
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih Dicincang ½ sudu teh gula makan air suam
1 sudu teh serbuk kari
1 ½ cawan tepung pau
½ cawan air suam

Bahan-bahan B: Bahan-bahan D:

1 cawan air ½ cawan tepung pau
4 sudu makan gula
1 batang lobak merah 1 sudu teh lemak sayur
½ sudu teh double action
2 biji tomato Dipotong kiub Digaul bersama
baking powder
½ biji lada benggala merah

1 batang timun jepun – dipotong panjang

½ sudu teh garam

Cara Penyediaan Inti Cara Penyediaan Pau

1. Panaskan minyak. 1. Masukkan bancuhan yis ke dalam tepung
2. Tumis bawang dan serbuk kari hingga pau. Sebatikan.

naik bau. 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit
3. Masukkan air diikuti lobak merah. dan uli tepung hingga kental.
4. Masak hingga lobak merah lembut.
5. Masukkan tomato, lada benggala dan 3. Rehatkan doh selama 40 minit.
4. Masukkan campuran bahan D ke dalam
timun jepun. Masak hingga empuk.
6. Perisakan dengan garam. Ketepikan. doh sedikit demi sedikit.
5. Uli sehingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 12 biji dan

dibentukkan menjadi bulat.
7. Gelekkan dengan penggelek.
8. Masukkan 1/12 bahagian inti dan

cantumkan kembali doh.
9. Kukus selama 15 minit dengan api besar.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)
4 4 121
145 24

49 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 50

Kuih &
Pemanis Mulut

Skon Tanpa Telur

(8 hidangan)

Bahan-bahan : Griskan dulang pembakar dengan
marjerin dan taburkan tepung
½ cawan marjerin rendah garam
6 sudu makan gula
½ cawan buah-buahan kering
½ sudu teh rempah campuran
¼ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh soda bikarbonat
1 ½ cawan tepung naik sendiri
6 sudu makan air panas
3 sudu makan kepingan badam
1 sudu teh marjerin
1 sudu teh tepung gandum

Cara Penyediaan:

1. Menggunakan kuali leper dan api kecil, cairkan marjerin bersama gula,
buah-buahan kering, rempah campuran dan serbuk buah pala.

2. Kacau perlahan selama 3 minit.
3. Matikan api dan biar campuran menjadi suam.
4. Tambahkan soda bikarbonat. Kacau rata dan ketepikan.
5. Menggunakan mangkuk, masukkan tepung.
6. Buang lubang di tengah. Memasukkan air suam.
7. Masukkan campuran marjerin. Kacau rata.
8. Masukkan ke dalam dulang pembakar.
9. Tabur kepingan badam.
10. Panaskan oven ke suhu 365° F (185°C).
11. Bakar selama 1 jam 15 minit
12. Biarkan kek menyejuk selama 5 minit di dalam oven sebelum dikeluarkan.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

270 31 4 14 63

51 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 52

Kuih &
Pemanis Mulut

Sagu Gula Melaka

(4 hidangan)

Sagu:

4 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 cawan biji sagu – direndam dalam air selama 30 minit & ditoskan.

Bahan Kuah:

½ cawan susu cair

Bahan Manisan: Dicampur bersama

3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul

Cara Penyediaan:

1. Didihkan air bersama daun pandan. Tambahkan pewarna jika perlu.
2. Masukkan biji sagu, kacau dan masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air mengalir untuk membuang kanji.
4. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Cara Penyediaan Manisan:

1. Masakkan gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut dan pekat.
Tapiskan manisan, jika perlu.

Cara Menghidang:

1. Keluarkan sagu dari acuan.
2. Curahkan manisan dan 3 sudu makan susu cair.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

130 26 1.8 2 34

53 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 54

Kuih &
Pemanis Mulut

Pulut Mangga

(4 hidangan)

Bahan-bahan : Dicampur bersama

1 cawan beras pulut
5 helai daun pandan
1 ½ cawan santan cair
5 sudu makan gula
½ sudu teh garam
5 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
1 biji mangga

Cara Penyediaan:

1. Masukkan beras pulut dan daun pandan ke dalam loyang.
Tambah air separas pulut.

2. Kukus hingga masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala. Ketepikan.
3. Dalam periuk berasingan panaskan santan dengan api sederhana.
4. Kacau hingga hampir naik minyak.
5. Masukkan 4 sudu makan gula. Kacau hingga larut.
6. Asingkan ¾ cawan santan dan tambahkan baki gula dan ¼ sudu teh garam.

Kacau rata.
7. Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut ketika pulut masih panas.

Gaul rata.
9. Panaskan baki santan dengan api sederhana.
10. Tambahkan tepung untuk memekatkan santan.
11. Perisakan dengan ¼ sudu teh garam. Gaul rata.

Cara Menghidang:

1. Makan pulut bersama kuah santan dan hirisan mangga.

Kandungan Nutrien (1 Hidangan)

Kalori (kcal) Karbohidrat (g) Protein (g) Lemak (g) Sodium (mg)

400 50 5 19 250

55 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 Resipi Pesakit Ginjal Kronik 2014 56

Early intervention with Keto Acid Therapy
for Chronic Kidney Disease (CKD)

Find out more at www.diet-in-chronic-kidney-disease.com

FKMY/KETO/0814 002


Click to View FlipBook Version