The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GALAKSI ILMU SKST 2, 2021-03-09 02:57:46

Sepasang Nama di Luh Mahfuz

Sepasang Nama di Luh Mahfuz

Nurull Halawati
0

Nurull Halawati

Karya Oleh:
Nurull Halawati

Jika mencintai kerana Allah, HARUSNYA saat bahagia tidak
dipamerkan, Saat luka tidak diumumkan,

Kerana cinta itu hujungnya ..Urusan Kita dengan Allah!

“Haaa....? Nak jadikan isteri??” suaraku separuh
menjerit. Bilik berhawa dingin itu tiba-tiba terasa panas
membahang. Membakar hatiku.....

“Iya....Tuan Mokhtar ikhlas nak menyunting Hannan
jadi isteri dia! Kalau Hannan setuju, dia akan hantar
rombongan meminang?” ujar wanita separuh usia itu lagi
padaku! Bersungguh menyampaikan hasrat hati seorang lelaki
berstatus suami orang, juga merangkap bos kami berdua!!

Aku menggeleng kepala berkali-kali. Laju. Pagi-pagi
sejuk begini sudah membuat hari ku kacau bilau!

“Er... mana boleh Kak Ina, dia tu kan bos kita! Dah
ada isteri, anak berderet-deret. Dah kenapa nak kawin
dengan saya? Gila ke??” habis segala kata aku hamburkan.
Bos atau tidak, dia memang gila!

1

Nurull Halawati

“Dia memang sukakan Hannan. Tak perasan ke selama
ni dia baik dengan Hannan, selalu ajak berbual lama-lama
dekat bilik dia, takkan tak perasan...,” sengih-sengih kak Ina,
juru akaun syarikat tempat aku bekerja. “Fikirnya aku
kemaruk nak kawin ke apa?” hatiku membebel sendiri.

Patutlah selama ini bos itu begitu ramah dan baik
denganku. Suka sangat bertanya macam-macam perihal aku,
berbual tentang minatku, hobiku... masa depanku! Arghhh...
ada mee disebalik udang rupanya!
Er... ada udang disebalik mee sebenarnya! Hatiku berombak
kencang dan marah! Aku yang terlalu naif, memikirkan itu
hanya keperihatinan seorang bos pada stafnya.

Wajah Tuan Mokhtar yang berkaca mata menempel-
nempel diruang mataku. Usianya pertengahan 40an,
rambutnya masih banyak hitam, dan dia boleh dikategorikan
kacak pada usia sebegitu.

“Takpelah Kak Ina, akak bagitahu dia saya taknak!
Lagipun, kenapa nak kawin dengan saya?? Kenapa saya??” aku
masih belum boleh percaya kenapa aku yang dimahunya?

“Dia kesian dengan Hannan, nak jadi pelindung
Hannan...”

“Kesian???”
Erk...terasa macam tercekik tulang ikan pula pada
kerongkongku!
“Saya bukannya andartu, sampai nak kesian bagai.
Jauh sekali tak laku kak... ramai je laki-laki muda yang nak
kat saya! Kenapa pulak sampai dia nak kena menikah dengan

2

Nurull Halawati

saya?” hatiku belum puas berhujah. Permintaan Tuan
Mokhtar ternyata luarbiasa!!

Apa yang membuat dia seberani itu entahlah.
Mungkin dalam ramahku, gelak tawaku, kata lembutku... lalu
disangkanya aku sebegitu mudah diajak kawin!! Oh...
tidaaakkkk!!!

“Macam ni lah Kak Ina... akak bagitahu pada Tuan
Mokhtar... memang saya takde pakwe, saya single... tapi
bukan bermakna saya tak laku. Saya sendiri yang tak nak
bercinta, kalau saya nak kawin, saya sendiri akan pilih calon
lelaki yang bakal jadi suami saya!” tegas aku menyatakan
prinsipku!

Kak Ina terkebil-kebil merenungku yang berhujah
bagai Ahli Dewan Parlimen sedang bersidang! “Kira Hannan
tak nak la niiii,” tanya Kak Ina lagi separa yakin!

“Mestilah taknak! Cakap kat dia, saya janji
sebelum hujung tahun ni jugak saya akan cari calon! Saya
akan kawin!” begitu saja perkataan itu lancar keluar dari
mulutku!

“Ya Allah... apa aku cakap ni..,” hatiku gusar bukan
kepalang. Sendiri memasang perangkap diri!! Argghhh... aku
memaki diri sendiri!

Kak Ina termanggu seketika. Terkejut mungkin
melihat keyakinanku sedemikian rupa!

“Oklah kak... saya pergi dulu... Assalamualaikumm...,”
laju aku bangun sambil berjalan keluar dari bilik mesyuarat

3

Nurull Halawati
yang sejuk berhawa dingin itu! Lagak ku persis primadona dan
srikandi terhebat alaf ini!

Sambil melangkah keluar, terasa seluruh badanku
menggigil seram sejuk. Macam nak diserang demam denggi
rasanya....

ΩΩΩΩΩ

4

Nurull Halawati

Usai Solat aku termenung seketika diatas sejadah
coklat lembut berkain baldu. Gambar kaabah hitam itu ku
tenung dengan mata berkaca-kaca. Peristiwa beberapa bulan
lalu kembali datang meneroka jiwa dan fikiranku!

“Iya, aku yakin dia jodoh aku...! Tiap malam aku solat
istikharah, aku mimpi dia! Semuanya petanda baik-baik je!
Ada sekali tu aku mimpi dia mengaji Quran dengan aku. Ya
Allah... bangun tidur tu aku rasa bahagia sangat...” teruja aku
bercerita pada sahabat karibku, merangkap teman
bergaduhku... Dayana. Mukanya serius sambil berkerut
merenungku yang disampuk dewi cinta.

“Memang la kau asyik mimpi dia, nampak muka dia...
hari-hari jumpa dia dalam mimpi... sebab kau “Bias”!! Tau tak!”

Zalim sekali statement sahabatku itu! Dia ni musuh
ke teman?? Haissh... hatiku membengkak marah! Tega-tega
dia mengutuk kesucian cintaku, yang berpaksikan Illahi, yang
disandarkan pada agama nan kucintai! Sedikitpun tidak aku
nodai dengan sekecil dosa atas cinta itu!

“Apa yang kau nak cakap sebenarnya??” tanya aku
tidak senang. Mungkin dia cemburu denganku! Lekaki yang
kucintai itu sempurna, kacak, alim, baik dan soleh gitu! Ahh...
cemburu la tu!! Hatiku bukan main rancak mengumpul dosa!

“Kau bukannya tak faham, tapi buat-buat tak faham!
Kan mak kau sendiri tak setuju dengan hubungan kau! Belah
ikhwah tu pun sama kan, ummi dia tak izinkan sebab macam-
macam masalah keluarga! Kau lupa semua tu??” ujarnya
sambil merenung mukaku dalam-dalam!

5

Nurull Halawati

Aku telan air liur. Terasa mukaku panas tiba-tiba.
Memang kebenaran itu selalunya menyakitkan. Kerana itu
ramai manusia lebih selesa hidup dalam dunia fantasinya,
sanggup melukis bahagia atas sebuah penipuan. Menipu hati,
menipu rasa dan menipu diri sendiri!

Aku juga sebenarnya sedang berusaha menipu diri
sendiri.

Hinggalah suatu hari, disubuh pagi yang hening...
ketika aku baru menutup kitab Tafsir Al Quran yang ku
baca... tiba-tiba aku menerima perkhabaran yang meruntun
jiwa! Sebak, pilu, luluh, semuanya bergumpal di dalam dada!

“Maafkan saya... hubungan kita tidak boleh
diteruskan. Kita sama-sama berusaha untuk melestarikan
hubungan ini... tapi Allah punya rencana yang lain. Maafkan
saya. Saya harus menikah dengan wanita pilihan Ummi, atas
tanggungjawab saya pada jalan dakwah. Mereka butuhkan
saya! Semoga Hannan akan menemui jodoh dan lelaki yang
lebih baik, insyaAllah”.

Begitu saja ulasnya dalam sebuah sms. Cukup untuk
menamatkan segala yang telah aku dan dia mulakan sejak 2
tahun yang lalu. Cukup untuk menyedarkan aku yang terlalu
ghairah diulit lena yang panjang! Bak kata Dayana yang kena
tepat pada batang hidungku, “semakin kita terlalu
berharap selain daripada Allah, maka bersiap-siaplah kita
untuk semakin kecewa!!”

Akhirnya aku pun tertunduk kalah sambil membaca
air mata yang meleleh-leleh hiba. Jiwa ku yang tadinya segar

6

Nurull Halawati

bugar, dibasahi sejuknya aliran suci Al Quran, kini berombak
kencang bagai digegar oleh Tsunami berskala besar! Aku
sekali lagi dikecewakan oleh sebuah cinta! Cinta yang aku
begitu yakin akan menjadi milikku, hingga aku lupa pada
hukum kehidupan ini, yakni kepercayaan dan kebergantungan
kepada Allah Yang Memberi Cinta... bukan kepada
maklukNya...

Berhari-hari aku gagal bertolerasi dengan hatiku.
Masih meratap akan kematian sebuah cinta agung yang ku
pertahankan selama ini. Sia-sia masaku terbazir percuma,
meletakkan satu nama dalam hatiku yang paling dalam...
sedang dia sebenarnya bukanlah jodoh dan orang yang tepat
untukku!

“Hannan... kenapa menangis? Ada masalah apa?”
tanya Tuan Mokhtar ketika dilihatnya airmataku menuruni
pipi. Laju aku menyapu airmata. Segagah mungkin aku
mengukir senyum pada dia.

“Takde apa bos... anak kucing saya mati semalam...”
bohong sunatku pada dia!

Dia terangguk-angguk dengan muka resah seorang
bos. Tengah hari itu dia belanja aku makan disebuah restoran
mahal bersama Kak Ina... Pada saat itu gembira dan syukurku
tidak terperi... kerana mendapat bos sebaik itu. Melihat
pekerjanya menangis terus dibelanja makan... tetapi... itulah,
ada udang disebalik mee yang sedang ku makan itu
rupanya......

7

Nurull Halawati

Aku menyapu airmata yang menitik hiba diatas
sejadah coklat! Patutlah Tuan Mokhtar ingin menikahiku,
mungkin kerana dia selalu melihat raut wajah kesedihanku.
Difikirannya aku gadis kesepian, aku perlukan teman, suami
dan juga imam disisiku!

Iya... memang aku perlukan semua itu. Aku yakin
semua yang bernama wanita juga pasti meyimpan hasrat itu
nun jauh didalam sanubari. Tapi jelas-jelas bukan dengan
suami orang, apatah lagi BAPA orang!

Aku kemudian buru-buru bangun sambil melipat
sejadah ku! Tidak mahu lagi terus dibayangi sejarah lampau
yang bisa melumpuhkan imanku!

Kedengaran hp ku berbunyi-bunyi. Ada sms dari
seseorang. Aku melangkah malas, hp ku buka. “Salam
Hannan....lama tak dengar cerita. Hannan sihat?”- Hadi.

Aku pejam mata rapat-rapat! Ini lagi seorang.
Seniorku sejak di universiti. Hingga kini masih rajin
“bersilaturrahim” denganku. Baiknya dia mengajar aku
bermacam-macam subjek, meminjamkan aku bermacam jenis
buku, dan mengangkut serta menghantar aku dan kawan-
kawan kemana saja dengan kereta Honda Accord nya! Anak
orang berada, tinggi lampai berkaca mata! Tutur bicaranya
sopan dan tersusun.

Pernah suatu hari dia membuat jantungku bagai nak
luruh!

8

Nurull Halawati

“Abang Hadi dekat rumah Hannan ni, saja jumpa mak
ayah Hannan...” smsnya pendek padaku. Sambil ada
notification senyum di hujung sms itu!

“Haaa!!!! Gilaaa...,” aku separuh menjerit disisi
Dayana. Separuh rakan dalam dewan kuliah berpaling padaku.

“Kau ni dah kenapa??” Dayana menyiku aku, sambil
tersipu-sipu pada semua yang merenung kami. Aku tutup hp,
campak dalam beg!

“Abang Hadi... dia pergi rumah aku la...” bisikku di
telinga Dayana. Dan, ternyata aksi Hadi itu bisa membuatkan
sesiapapun terlopong! Dayana juga ternganga mulutnya
mendengar ceritaku!

Balik dari kuliah, bergegas aku mencari emak di
dapur.

“Mak... mak... apa yang dia cakap? Dia datang sini buat
apa?? Dia datang sorang je ke??” bertalu-talu soalku pada
emak. Emak tersenyum... nampak lain macam! Hatiku gusar
tidak terperi.

“Takde apa, saja datang menziarah, bawak buah
tangan. Dia cakap dulu masa kita buat open house raya... dia
tak sempat datang..,” cerita emak sambil tersenyum-senyum.

Fuhh!! Hatiku sedikit lega! Nasib baik dia tidak
datang dengan rombongan, tidak datang dengan sebentuk
cincin!! Memang melampau! Kenapa la dia suka sangat buat
kejutan macam ni!!! Hatiku membentak geram! Abang Hadi
memang suka ikut kepalanya. Kehendak kami memang tidak

9

Nurull Halawati

selari. Aku hanya menganggap dia sebagai seorang senior,
seorang abang selayaknya.

Tapi tidak dia. Perhatiannya, sikap gentleman nya,
sering mengajak aku menemaninya kesana sini (pastilah
Dayana mengikutku sebagai bodyguard)...aku yakin benar,
DIA MENCINTAI AKU!

Namun... sedari awal aku sudahpun meminta maaf
darinya, bahawa sesungguhnya dia tidak mungkin aku cintai!
Kerana cinta itu tidak bisa dipaksakan, tidak bisa
bertolerasi. Cinta itu wujudnya bukan dari akal, tapi dari hati
semata-mata. Dan hati ku tidak berbisik sebarang kata cinta
padanya! Maafkan aku Abang Hadi.

Semalam... aku dilukai kerana cinta... hari ini, aku
melukai seseorang kerana cinta! Oh... anehnya cinta ini!
Memilih-milih untuk siapa dan pada siapa! Sukarnya untuk
difahami!!

Perlahan-lahan aku berbisik pada diri, berdiri teguh
dengan keyakinan yang ku pasakkan pada Dia... ”Ya Allah,
kuserahkan segala urusan cintaku pada pilihanMu. Datangkan
padaku cinta khusus dari seorang lelaki yang bakal menjadi
suamiku, lelaki yang Kau telahpun tulis namannya di Luh
Mahfuz sebagai teman hidupku, sebagai pemilik tulang
rusukku... juga sebagai imamku! Aku tidak mahu lagi
menjalankan urusan cinta dengan lelaki yang sia-sia... yang
akhirnya bukan tercipta atau tertulis untukku!!”

10

Nurull Halawati
Begitu akhirnya kalbuku berbisik... cukuplah hatiku
terasa sakit kerana peritnya cinta yang tidak berjodoh...
cukuplah hati si dia dan dia yang tersakiti olehku yang tidak
bisa membagi rasa cinta.......

ΩΩΩΩΩ

11

Nurull Halawati

Hari-hari ku di pejabat... sedaya mungkin aku
mengelak dari bertembung dengan Tuan Mokhtar. Sudah
seperti pendatang haram pula aku di syarikat itu! Hendak ke
pantri, hendak ke surau... terhendap-hendap macam
penyamun.

Sambil merenung mini kalender yang berdiri di
sebelah komputer kerjaku, aku menggeleng ketakutan. Oh
Tuhan... tinggal 6 bulan lagi tahun ini akan beranjak. Dan pada
detik itu aku seharusnya sudah mampu mengenalkan lelaki
yang bakal menjadi suamiku pada Tuan Mokhtar. Kerana aku
masih ingat pesan dari kak Ina, “Tuan Mokhtar kata kalau
hujung tahun ni Hannan tak de jumpa sesiapa lagi, dia akan
terus hantar rombongan meminang ke rumahku!”

Aku tersandar di kerusi kerja sambil memejam mata
rapat-rapat! Jangan-jangan, memang jodoh aku dengan Tuan
Mokhtar?

“Haisshhhh...apa ni!!!” Aku mengamuk pada diri
sendiri yang begitu teganya membuat rumusan sebegitu
dangkal!

“Assalamualaikum...” tiba-tiba suara seorang lelaki
yang tidak ku kenali hinggap di cuping telinga! Mataku yang
terpejam dibuka luas-luas!

Seorang lelaki muda, memakai baju belang-belang
bewarna ungu, berkacamata dan berkulit cerah, memakai beg
sandang hitam di bahu... sedang merenungku dengan suatu
wajah... wajah terpinga-pinga mungkin.

12

Nurull Halawati

“Minah ni kerja ke tidur?” mungkin itu difikirannya.
Saat dia tiba aku sedang elok mengelamun sambil memejam
mata rapat-rapat!

“Er... cari siapa ye?” tanyaku sambil duduk tegak
menunjukkan tahap ke”profesional”an aku!

“Er... Tuan Mokhtar ada?” tanyanya perlahan.
“Ada, nak jumpa kenapa?”
“Saya nak lapor diri untuk praktikal..,” jawabnya
sopan.
Ohhhh!!! Aku tepuk kepala. Pagi tadi Kak Ina ada
berpesan padaku, petang nanti ada budak praktikal akan
melapor diri! Aku yang disibukkan dengan urusan cinta,
langsung lupa tentang hal itu! “Astaghfirulla hal adzimmm”
aku cuba menenangkan diri.
“Oo... tahu-tahu. Masuklah, bilik Tuan Mokhtar dekat
tingkat atas..,” jawabku sesopan mungkin pada lelaki muda
itu. “Chinese look!” Hatiku berbisik, sempat lagi membuat
analisis kasar pada raut wajahnya!
Dia senyum sedikit, lalu terus berjalan pergi ke arah
tangga. Mataku mengekori langkahnya... mukanya nampak
tidak ceria, seolah dipaksa untuk datang melapor diri disini.
“Kak Ina, budak praktikal tu kerja sini berapa lama?
Dia kerja bahagian apa?” laju aku bertanya pada Kak Ina yang
melintasi meja kerjaku.
“Dia tu anak kawan baik Tuan Mokhtar.. .setahu akak
dia akan buat kerja akaun dekat sini. Praktikal 6 bulan je
rasanya!” cerita Kak Ina.

13

Nurull Halawati

“Ooo...,” aku terangguk-angguk.
“Masam je muka dia, macam tak suka je kerja sini...”
celahku tiba-tiba.
“Hmm... sebenarnya dia nak kerja audit firm, tempat
yang lagi banyak dia boleh kutip ilmu, tapi sebab ayah dia
kawan dengan Tuan Mokhtar ni... terpaksa la dia ikut je kot.
Dengar kata, budak ni bijak tau! Setahun je dia dah tamatkan
kolej dia..” cerita Kak Ina bersungguh, bagai wartawan
akhbar melapor berita.
“Hmm... Hannan agak-agak umur dia berapa?” tanya
Kak Ina tiba-tiba. Wajahku berkerut seketika. Apa kena
pulak Kak Ina ni?
“Ntah... tapi nampak gaya macam matang je... 27
kot..,”tekakku malas. Tidak minat berteka-teki.
“Hahahaha... haha...” tawa Kak Ina meledak tiba-tiba.
Mataku bulat terkejut!
“Umur dia baru 19 tahun tau...!!!” terang Kak Ina
sambil berlalu pergi meninggalkan aku yang terkulat-kulat
disitu!
“Baru 19????” hatiku masih tidak percaya! Gayanya,
bentuk mukanya... sikapnya... saling tak tumpah seperti lelaki
berusia 27 tahun!

ΩΩΩΩΩ

14

Nurull Halawati

“Redza, nanti kalau nak tahu apa-apa, pasal sistem,
filing, tanya pada Hannan,” Tuan Mokhtar menunjuk
tangannya padaku yang berdiri berhadapan dengannya.

Aku mengangguk sambil tersenyum manis pada budak
muda bernama Redza itu. Dia terangguk-angguk sambil
memandangku dan Tuan Mokhtar silih ganti. Tidak lama
kemudian, Tuan Mokhtar bergegas pergi untuk menghadiri
sebuah mesyuarat penting di luar. Lalu tinggallah aku berdua
dengan budak muda itu.

“Hm... jomlah Redza...akak tunjuk meja Redza...,”
ujarku ramah. Disebabkan dia adik, maka aku tidak perlu
malu-malu atau segan sangat dengannya. Usianya lebih muda
dari adik lelakiku yang sedang belajar di Universiti.

Redza mengikut langkahku... tidak banyak bicaranya.
Hanya tersenyum saja setiap kali mendengar celotehku yang
tidak henti-henti.

Sejak itu, adik Redza itu banyak menghabiskan
masanya denganku. Segala macam maklumat aku ajarkan
padanya, dari A hingga Z aku jelaskan... tidak tertinggal
sedikitpun. Memang benar kata Kak Ina, dia seorang yang
bijak dan genius. Ketika dia menekan-nekan calculator
dengan wajah seriusnya, ketika dia mengira-ngira dengan
muka geniusnya... sesekali hatiku sempat memuji, “kenapa lah
dia ni matang sangat! Betul ke umur dia 19 tahun??” bisikku
tak mahu percaya!

Sesiapapun pasti tidak akan percaya jika
membandingkan rupa parasnya, kata-katanya, sikapnya,

15

Nurull Halawati
kewibawaannya... dengan umurnya! Ya... dengan segala macam
yang disebutkan tadi... seharusnya dia tidak berusia 19
tahun!! Hatiku sempat kagum pada budak muda itu!

ΩΩΩΩΩ

16

Nurull Halawati

Hari demi hari, Redza semakin akrab denganku.
Iyalah... diakan adik. Jika tidak, mustahil aku sanggup
bergelak tawa atau bergurau senda sebegitu. Aku yang selalu
jual mahal pada lelaki... yang lebih rela digelar sombong dari
menjadi murah di mata lelaki. Tetapi, Redza tidak mengapa.
Dia kan Adik!!

“Akak... jom makan... hari ni saya belanja,” Redza
mengajakku makan bersama. Aku pun laju bersetuju...
mengikutnya makan di restoran yang tidak jauh dari pejabat
kami. Kebetulan hari itu Kak Ina tidak masuk pejabat kerana
menyelesaikan urusan di luar.

Ketika bersama dia, hanya aku yang bercerita... dan
dia menjadi pendengar yang baik. Sesekali tawanya pecah!
Seolah suka benar dia dengan cerita-cerita lucuku. Bicaranya
sedikit, tapi tawanya banyak!

Pengalamanku, kisah sedihku, kisah cintaku... laju
kuceritakan babak demi babak padanya... dan dia pula akan
ketawa menyambut ceritaku.

Demi Allah aku merasa begitu selesa dan tenang saat
meluahkan segalanya pada adik bernama Redza itu! Entah
kenapa, sikap matangnya membuat aku merasa selamat
disisinya!

Hari demi hari, hubunganku dan Redza semakin
berkembang akrab. Selayaknya kasih seperti adik dan kakak.
Dia senang mendengar semua omonganku, dan aku pula tenang
mendengar pendapat-pendapat bernasnya. Seperti yang ku
bilang tadi, dia luarbiasa matang.

17

Nurull Halawati

Sikapnya seolah lebih berusia dariku. Terkadang aku
memang terlupa dia seorang “adik”.

Hari-hariku yang dahulunya berat untuk ke pejabat
kerana Tuan Mokhtar, kini berubah!

Seolah ada sesuatu yang begitu istimewa yang sedang
menantiku di pejabat! Setiap kali pintu pejabat itu ku buka,
kelibat Redza lah yang pertama ku cari. Aku tidak pernah
mengkaji makna dan maksud perasaan itu, kerana dia hanya
seorang lelaki yang kupanggil adik! Begitulah saban waktu aku
mengingatkan diri pada rasa yang aneh sering bertandang!

Suatu hari, aku menerima panggilan penting! Pak Long
ku diserang sakit jantung dan sedang kritikal di ICU Hospital
Putrajaya!

Aku menangis, aku perlu segera ke sana. Takut andai
aku tidak berpeluang menemui Pak Long yang begitu rapat
denganku. Dialah yang banyak menjadi sumber inspirasiku
untuk berkarya, yang banyak menunjuk ajarku pada dunia
penulisan.

“Kenapa kak?? Kenapa nangis?” tanya Redza risau.
Dalam air mata, ku ceritakan padanya mengenai ujian
yang menimpa Pak Long. Ku nyatakan hasratku untuk menemui
dia sebelum terlambat.
“Kalau akak nak pergi Putrajaya, boleh je saya
temankan. Saya bawak kereta akak...,” nadanya serius, tidak
main-main!
Aku menyapu airmata yang menitik setitis dua. Ku
pandang wajahnya dalam-dalam. “Takkan pergi berdua je

18

Nurull Halawati

dengan dia? Malam pula tu! Ish... tak elok la macam niiii.
Tapi... dia kan adik je... apa salahnya!” hatiku tak habis-habis
bermonolog sendiri.

Setelah puas aku menimbang, mengukur dan
memperhalusi situasi... akhirnya perlahan aku mengangguk
padanya.

“Tapi... tak susahkan Redza ke?”
Dia tersenyum ikhlas padaku... ”Takdelah... saya ada
je untuk akak..”
Panas tiba-tiba muka dan telingaku saat itu. Apakah
maksud dari kata-katanya?? Perasaan aneh dan gementar
tiba-tiba menyerang seluruh urat saraf dan sukmaku. Dalam
seribu rasa kalut yang mulai menyerang, aku gagahkan kaki
mengikut langkahnya... masuk ke dalam perut kereta.
Ketika tiba di ruangan wad ICU, aku terketar-ketar
di luar. Sungguh, aku tidak kuat menggagahkan kaki untuk
masuk ke ruangan itu! Meski berkali ku cuba mengutip sisa
kekuatan, ternyata sia-sia. Redza tenang menghampiriku..
“Pergilah masuk...,” ujarnya perlahan. Aku
menggeleng dalam tangisku. Hatiku tidak kuat!
“Pergi masuk.... cepat. Saya tunggu dekat sini,”
arahnya padaku dengan tegas. Aku tergamam! Eh... dia ni adik
ke abang aku?? Sempat hatiku mengumam sendiri. Gayanya,
aksinya, arahnya... seolah aku anak kecil padanya!

19

Nurull Halawati
Akhirnya, dengan patuh pada arahannya... aku pun
menyusun langkah ke dalam unit wad ICU, lalu masuk
berhadapan dengan tubuh Pak Long ku yang berselirat
dengan wayar-wayar dan bingit dengan pelbagai bunyi mesin.

ΩΩΩΩΩ

20

Nurull Halawati

Peristiwa di Putrajaya membuka satu episod baru
dalam hubunganku dan Redza. Sejak hari itu, sikapnya jauh
berbeza dari biasa. Gaya bicaranya serius, juga sering
berusaha melindungiku tidak habis-habis.

Hatiku sempat berdebar-debar setiap kali kami
bertentang mata!

Suatu hari, dia tiba-tiba memanggil namaku..dengan
namaku! HANNAN!

Hampir nak luruh jantungku saat itu...
Arghh..mana perginya ungkapan adik dan kakak
selama ini??
Redza tiba-tiba merumitkan jiwaku! Membuat aku
saban hari harus memikirkan tentang dirinya tidak habis-
habis.
Hinggalah suatu hari, aku tidak mampu lagi mendera
perasaan... dengan sebegitu pasrah aku tanyakan padanya
dalam sms...
“Akak nak tahu satu perkara... jawab dengan jujur”
Aku masih tetap membahasakan diriku seperti yang
seharusnya.
“Apa dia? InsyaAllah Redza jawab dengan jujur”
balasnya pantas.
“Redza serius ke dengan akak?Apa yang Redza cakap
selama ni... betul ke? Akak tak suka nak bermain perasaan
macam ni. Akak nak dengar jawapan Redza”

21

Nurull Halawati

Hatiku berdebar-debar menanti balasan sms nya!
Tolonglah jawab yang sebaliknya... jawablah dia hanya
bergurau-gurau denganku... dia hanya menganggap aku
sebagai kakaknya. Itu jawapan yang ku mahukan! Agar tenang
jiwa dan perasaanku.

“Redza ikhlas sukakan Hannan. Redza serius. Dan,
selalunya apa yang Redza nak, Redza akan usahakan sampai
dapat!!”

Subhanallah... terasa kolam mataku berkaca-kaca
membaca luahan nan ikhlas itu, sedang tadi hatiku
menginginkan jawapan yang lain dari adik itu. Redza begitu
berani menyatakan pendiriannya, begitu matang dan yakin!
Seandainya aku tutup mata pada angka umurnya, dia memang
benar-benar berwibawa dan jauh lebih matang dariku!

“Kalau Redza serius, kena buktikan pada akak yang
Redza tak main-main” aku masih menduga nya!

“Nanti Redza akan beritahu ummi dengan abah
Redza.” Begitu saja balasan smsnya yang membuatkan
tangisku makin haru biru!

Apakah aku bermimpi??? Gilakah aku untuk serius
menjalin hubungan... atau ingin membuat suami... seorang
lelaki semuda itu! Jauh 6 tahun bezanya usia aku dan Adik
itu! Arghh.... terasa kaki ku berada di awang-awangan.
Terbang melayang tubuhku ke atmosfera entah dimana!

ΩΩΩΩΩ

22

Nurull Halawati

Di depanku duduk ummi dan juga abah Redza.
Keduanya melihatku dari atas ke bawah. Kedua tanganku
sejuk membeku... puas sudah aku mencari alasan untuk
melarikan diri dari situasi itu, namun Redza begitu berusaha
menemukan aku dengan orang tuanya! Arghh... budak ni
benar-benar nekad! Dia tidak main-main untuk menikahiku...
dia tidak bergurau senda denganku. Seperti katanya banyak
kali, ”saya selalu berusaha dapatkan apa yang saya nak!”
Begitu prinsipnya yang sempat membuat aku kagum pada
kesungguhannya!!

“Kenapa nak dengan Redza? Dia muda lagi. Baru 19
tahun!! Kerja pun baru praktikal, kereta takde, rumah pun
takde...,” tanya umminya sambil merenung tepat padaku.

Arghh... jika boleh aku ingin segera berlari pergi. Biar
Redza saja menjawab semua persoalan-persoalan itu! Tapi,
entah mana kelibat dia. Hanya aku sendirian terkulat-kulat
mengadap kedua orang tuanya yang alim dan soleh itu.

“Er... jujur cakap... saya ni bukannya terdesak sangat
sampai nak kena kawin dengan budak muda macam Redza tu.
Ada ramai je lelaki yang nak dekat saya... ada dua orang yang
pernah datang rumah jumpa mak ayah saya. Nak yang kaya
ada, yang tua ada, yang hensem ada. Kalau saya nak senang,
saya terima je salah sorang dari mereka tu. Tapi... itulah...”
Aku terhenti menarik nafas, mengumpul kekuatan!

“Tapi... Cinta dan jodoh tak boleh dipaksa-paksa.
Saya sendiri pun tak tahu macam mana saya dengan Redza

23

Nurull Halawati

boleh sejauh ni. Saya anggap dia adik saya je... tapi... saya
rasa semua ni memang taqdir Allah.... mungkin memang dia
jodoh saya! Walau dia takde apa-apa, tapi SAYA PERCAYA
PADA DIA.

Dia tahu apa yang dia nak dalam hidup ini, dia ada
impian, ada visi hidup dan dia selalu berusaha membuat yang
terbaik dalam hidupnya. Walaupun dia muda, dia boleh buat
saya tunduk dan patuh pada dia. Tu je yang saya perlukan
untuk terima dia sebagai imam dan pendamping saya! Saya
yakin dia boleh jadi ketua keluarga dan pemimpin yang baik
untuk saya dan anak-anak!!

Itu dia. Sejelas-jelasnya aku ceritakan pada kedua
orang tua Redza yang begitu gusar memikirkan keadaan
anaknya yang terlalu berhingus untuk mendirikan sebuah
alam bernama rumahtangga!

Keduanya terdiam. Seolah tidak punya idea untuk
menangkis setiap penjelasanku. Pertemuan kami akhirnya
menjadi baik-baik saja. Usai bersalaman dengan mereka, aku
melangkah pergi dengan hati dan tangan yang sejuk-
sesejuknya! Oh Tuhan... jalan apakah yang sedang Kau
bentangkan untukku? Hatiku sempat memikirkan keresan-
keresahan yang bertandang dan menempel di dinding hati!

“Inilah Redza mak, ayah...,” kenalku pada emak dan
ayah! Redza tunduk bersalaman dengan ayahku, lalu
tersenyum pada ibuku. Hatiku gusar... apakah yang emak akan
katakan? Setujukah emak dengan calon semuda ini, sedang

24

Nurull Halawati

sebelum ini ada beberapa calon yang jauh lebih hebat
telahpun menemui emak dan ayah!!

Dan.... emak akhirnya mengangguk setuju pada Redza!
Haaa?? Mataku sempat terbeliak. Semudah itu emak dan
ayah terus setuju saat berkenalan dengan Redza dalam
waktu yang sangat singkat itu!

Terusku teringat pada kata Dayana, “bila orang itu
jodoh kita, Allah akan mudahkan jalannya... semua akan jadi
mudah dan lancar!!”

Ya... begitulah yang dapat aku rumuskan tentang
hubunganku dan Redza. Benarlah dia memang jodoh yang
dikirim Allah untukku.

Akhirnya... pada sebuah hari yang begitu makmur dan
indah, aku dalam persalinan pengantin putih, duduk
bersimpuh dalam masjid... menanti imamku, pemilik tulang
rusukku!

Tika melihat Redza muncul dengan berbaju Melayu
putih, bersampin dan bersongkok hitam.... dadaku sesak dan
sebak luarbiasa. Nafasku laju dan kencang. Seperti masih
dalam mimpi... aku melihat langkah kaki Redza melintasiku.

Sempat dia mengerling wajahku sekilas... dengan
sebuah senyuman. Dadaku bergetar hebat luarbiasa...
subhanallah... terasa seluruh isi alam ini sedang berkongsi
bahagia denganku. Bahagia yang tidak pernah ku rasa seumur
hidup dan nafasku. Bahagia saat bakal diijabkabulkan dengan
jodoh yang ku tercari-cari selama ini!!!

25

Nurull Halawati

Dengan sepenuh yakin, Redza melafazkan akadnya
dihadapan Tok Kadi, disisi waliku. Dengan sekali lafaz.... aku
akhirnya sah menjadi isteri pada lelaki yang puas ku panggil
ADIK selama ini!!!

Subhanallah....air mataku berdera-derai hiba. Saat
dia mendatangiku dengan mencium ubun-ubunku dengan
sepenuh kasih, segenap rongga, jiwa dan sarafku menular
rasa cinta yang maha hebat!!!!

Seumur hidupku membina impian untuk menikahi
calon sedemikian sedemikian... .namun ternyata jodoh dari
Allah itu langsung tidak pernah terlintas dek akal fikiranku.
Suami yang dipilih Allah untuknya berusia 19 tahun, terlalu
muda untuk menjadi suamiku.

Namun... aku benar-benar bahagia saat dia selamat
bergelar suami padaku. Tika tangannya ku cium penuh kasih,
terasa kasih sayang yang hebat menjalar diseluruh tubuhku.
Betapa jodoh itu benar-benar SEBUAH RAHSIA DARI
ALLAH. Kita tidak bisa meneka dengan pasti, siapa
sebenarnya jodoh untuk kita.

Sebuah perhubungan bertahun-tahun bisa terputus
di tengah jalan kerana bukan jodohnya, sebuah pertemuan
seminit dua bisa membawa ke jinjang pelamin kerana
tepatnya orang itu sebagai jodohnya!

26

Nurull Halawati
Selalulah bertanya pada Tuhan, tentang nama
jodohmu. Kerana nama pemilik tulang rusukmu itu
telahpun ada, telahpun disiapkan saat kamu mulai
diciptakan....tinggal saja untuk menanti satu saat
bernama pertemuan!! Bersabarlah, berdoalah..agar
dimudahkan urusanmu menemui “si dia” yang tercipta

untukmu!

27

Nurull Halawati
All right reserved. No part of this publication may be
reproduced, distributed, or transmitted in any form or by
means, or stored in database or retrieval system without
prior notice written permission of AAS BUSINESS SDN.
BHD.

Copyright © 2019 by AAS Business Sdn. Bhd.
www.facebook.com/n.halawati/
Cover Photo : by Hanis Khairi

28


Click to View FlipBook Version