Majlis Graduasi & Jamuan Perpisahan Tahun 6 Sesi 2023/2024
Dengan segala hormatnya Tuan/Puan Dijemput hadir ke Majlis Graduasi & Jamuan Perpisahan Tahun 6 yang akan diadakan seperti ketentuan berikut: 05 FEBRUARI ISNIN 8.30 PAGI - 11.00 PAGI Dewan Sri Selasih, Sekolah Kebangsaan Bukit China, Melaka (SKBC) 2024 Kedatangan anda amat kami hargai. Terima kasih
Aturcara Majlis 8:30 PAGI Persembahan murid Ucapan aluan pengerusi majlis Bacaan doa Ucapan wakil murid Ucapan wakil guru kelas Ucapan guru MP tahun 6 Ucapan Guru Besar Sesi penyampaian sijil & cenderahati murid tahun 6 Sesi bergambar Jamuan
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas kedatangan Tuan/Puan ke Majlis Graduasi & Jamuan Perpisahan Tahun 6 Sesi 2023/2024 yang telah dijalankan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit China (SKBC), Melaka. Majlis yang telah diadakan khas buat kami, pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menamatkan zaman persekolahan di sekolah yang kami sayangi ini akan memberikan 1001 memori yang tidak akan dilupakan. Jutaan terima kasih buat Guru Besar SKBC & guru-guru pendidik yang tidak pernah jemu dalam mendidik kami. Maafkan segala kesalahan kami sekiranya terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar pelajar. Harapan kami agar guru-guru sekalian berada dalam lingkungan & rahmat Allah S.W.T sentiasa.