BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 SMK KAMPUNG BARU KERTEH 24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN NO TEL : 098260040 EMEL : [email protected] FB ; SMK KAMPUNG BARU KERTEH (OFFICIAL)
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 1 Sekapur Sirih Alhamdulillah, Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita Bersama-sama lagi meneruskan perjuangan mulia yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan embentuk generasi. Ucapan tahniah dan Syabas kepada jawatankuasa buku pengurusan sekolah sesi 2022/2023 SEMERBAK yang telah berjaya menyiapkan buku ini. Buku ini amat penting sabagai rujukan dan garis panduan kepada semua guru dan kakitangan sekolah untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan. berkompeten dan beraspirasi tinggi dalam menjalankan tugas yang diberikan dan dibantu oleh komitmen komuniti ( PIBG ) yang padu. Sehubungan itu, pihak sekolah cukup bangga apabila dipilih bagi melaksanakan Program TS25 sekaligus membuktikan keupayaan sekolah dalam melahirkan lebih ramai murid cemerlang dan segi akademik dan sukan. Harapan saya agar warga SEMERBAK akan sentiasa berupaya mengorak langkah ke arah memacu kecemerlangan sekolah dengan pelbagai rancangan dan projek yang lebih mencabar supaya kita mampu meletakkan nama SEMERBAK sebaris dengan sekolah-sekolah hebat yang ada dalam daerah Kemaman dan negeri Terengganu. Akhir kata, jadikan setiap apa yang kita lakukan sebagai amal ibadat. Amalan sebegini akan dapat menambah keikhlasan dalam bekerja dan dapat mengelak diri daripada mengharapkan pujian dan sanjungan. Hakikat ini akan dapat melahirkan pendidik dan kakitangan yang cemerlang. Bersamalah kita membangunkan SEMERBAK KE PUNCAK dan mencipta lakaran-lakaran kejayaan yang bermakna terhadap kemenjadian anak bangsa kita.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 2 Sekian, Terima kasih Cikgu Pengetua SMK Kampung Baru Kerteh Kerteh, Kemaman Terengganu Darul Iman
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 3 PENGURUSAN SEKOLAH PK HEM AHMAD SARIB PK PENTADBIRAN PENGETUA HASNAH PK KOKURIKULUM MOHAMAD HAFIZU GKMP VOTEK GKMP BAHASA MARTINA GKMP SN & MATH NOR AINI GKMP KEMANUSIAAN ROSLIDA
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 4 AZMAN MOHD BUHAIRI GURU-GURU PENOLONG KARTINA SARI LIZA MARIAM MASNITA ADAWIYYAH AZURA HANITA IRMAWATI MASITAH NAIMAH NAPISAH NOORULHUDA MOHD AKRAMIN
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 5 GURU-GURU PENOLONG NOOR EMYLIANA NOOR SAERA RASYIEDAH RURYANI RUSHDAN RUSINI TG. NOR ZAKIYAH RUSLIZA WAN KHADIJAH NUR MURSALIINA NORHANA NORHAZMA RAHA SIMAH SURIANI
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 5 PEMBANTU MAKMAL & PEMBANTU MURID PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SARATUN SUHAZLIANA NORMAH RAPEAAH SHARIFAH FAZLIZA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA AZIZAH SAVARINA FANEY SUFIZA MOHD FARIS WAN SATINI ZAILATUL AKMAL GURU-GURU PENOLONG
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 6 Nama Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh Alamat Lengkap Jalan Chabang, 24300 Kerteh, Kemaman, Terengganu E-Mel [email protected] No. Telefon +6098260040 Jarak Dari Bdr. Chukai 43 KM Nama Singkatan SEMERBAK Akronim Sepakat Menuju Ke arah Kesungguhan Budaya Kecemerlangan Gred Sekolah Gred B Kod Sekolah TEA2034 Keluasan Tanah 6.923 Hektar Kontraktor Pembinaan MARIMAS SDN BHD, Beralamat di C722, Jalan Dato Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang Tarikh Milik Tapak 20 Mac 2001 Tarikh Serahan 17 Mei 2004 Tarikh Mula Dibuka 01 Jun 2004 Kos Keseluruhan Pembinaan RM 14,601,874.77 Moto Sekolah BERILMU BERBAKTI Moto Bekerja CERIA DAN SERONOK BEKERJA Moto Belajar CERIA DAN SERONOK BELAJAR Moto Amalan Bekerja CEPAT, TEPAT DAN BERKAT Visi Sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi Sekolah Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara PROFIL SEKOLAH
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 7 RASIONAL LOGO Berilmu Berbakti - Suatu konsep yang menyanjung tinggi ilmu pengetahuan dan pemupukan kesedaran terhadap nilai bertanggungjawab, keperluan untuk berbakti dan menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan negara di kalangan pelajar dalam setiap aktiviti. Glob - Melambangkan cabaran era globalisasi. Mata Pena Dan Buku Terbuka - Melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan dalam membangunkan tamadun ummah. Dua Tangan - Melambangkan komiten setiap warga pendidik dalam melaksanakan tanggungjawab. RASIONAL WARNA Biru - Melambangkan proses pendidikan yang berkualiti berjalan dengan sempurna. Putih - Melambangkan sikap kesungguhan, permuafakatan dan toleransi antara semua warga sekolah. Kuning - Melambangkan pengharapan kepada semua lepasan sekolah ini menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Merah - Melambangkan keberanian dalam menghadapi cabaran pendidik BENDERA SEKOLAH Putih - Melambangkan sikap kesungguhan, permuafakatan dan toleransi antara semua warga sekolah. Biru - Melambangkan proses pendidikan yang berkualiti berjalan dengan sempurna. Kuning - Melambangkan pengharapan kepada semua lepasan sekolah ini menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 8 SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh yang beralamat Jalan Chabang, 24300 Kerteh, Kemaman, Terengganu ( Kod Sekolah TEA 2034 ) telah ditubuhkan pada 01 Jun 2004 dan berstatus Gred B. DiBa di atas tanah seluas 6.923 hektar di Kampung Baru Kerteh, Mukim Kerteh, Kemaman. Kontraktor yang bertanggungjawab membina dan menyiapkan sekolah ini ialah MARIMAS SDN BHD beralamat di C-722, Jalan Dato Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang ( no. telefon pejabat 609-5157070 ). Tarikh milik tapak ialah pada 20 Mac 2001. Tarikh dijadualkan siap ialah pada 30 September 2002. Bagaimanapun ianya gagal disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan diberi lanjutan masa ( EOT ) yang pertama sehingga 13 Ogos 2003 dan diberi lanjutan tempoh masa yang kedua sehingga 11 November 2003. Serahan akhir kepada pihak sekolah dibuat pada 17 Mei 2004. Kos keseluruhan ialah RM 14,601,874.77. LAGU SEMERBAK Tersergam indah citrawarna ini Teguh berdiri kemegahan kami Cepat tepat berkat kita ikuti Budaya penyayang kita hayati Seronok belajar juga bekerja Amalan semua warga SEMERBAK Cemerlang dan unggul slogan diberi Berilmu berbakti utuh di hati Korus : Marilah semua warga SEMERBAK Perkasa dan tingkatkan jati diri Berakhlak mulia berjiwa murni Mendukung cita ibu pertiwi Bangkitlah semua warga SEMERBAK Bina wawasan bangsa berjaya Sepakat ke arah kecemerlangan Menjana insan bestari terbilang Ulang Korus & Rangkap ke-4 Lirik - Martina bt. Mokhtar - Sukma bt Jaafar - Anuar b. Mohamed Melodi - YM. Raja Zahirudin b. Raja Ismail
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 9 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH Bermula 01 Jun 2004 Cikgu Md. Nazeri b. Hassan, Penolong Kanan HEM SMK Badrul Alam Shah, Kemasik, Kemaman, telah melapor diri bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di samping menanggung kerja Pengetua bersama Encik Leom Yu Kwee, Guru Penolong daripada SMK Badrul Alam Shah sebagai Penolong Kanan Ko Kurikulum. Mereka bertanggungjawab membuat persiapan bagi menerima kemasukan pelajar baru. Pada 14 Julai 2004 Cikgu Nadzifah bt. Mokhtar, GKMP Bahasa dari SMK Kerteh, Kemaman melapor diri sebagai Penolong Kanan HEM. Pada 01 Julai 2004 kumpulan pertama pelajar sekolah ini mula melapor diri. Mereka terdiri daripada seramai 129 orang iaitu 77 pelajar Tingkatan Satu dan 52 orang pelajar Tingkatan Dua yang kemudiannya ditempatkan di tiga kelas tingkatan satu dan dua kelas tingkatan dua. Mereka terdiri daripada bekas pelajar SMK Kerteh yang tinggal di sekitar Kampung Baru Kerteh dan Kampung Chabang. Seramai 11 guru ( 5 perempuan dan 6 lelaki ) termasuk 3 Pentadbir merupakan kumpulan pertama tenaga pengajar yang bertanggungjawab menggerakkan sekolah ini. Pada 10 Oktober 2004 Tn. Hj. Mustafa b. Abdul Ghani bekas Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kijal, Kemaman, telah melapor diri sebagai Pengetua pertama di sekolah ini dengan visi “Ke Arah Menjadikan SMK Kampung Baru Kerteh Sebuah Sekolah Yang Cemerlang dan Unggul”. Cikgu Abdul Rahman b. Husin Pengetua SMK Felda Neram, Kemaman, telah melapor diri bertugas sebagai Pengetua menggantikan Tn. Hj. Mustafa b. Abdul Ghani yang bertukar ke SMK Sultan Ismail II, Kemaman pada 09 Mac 2006. Cikgu Abdul Rahman b. Husin pula telah bertukar ke SMK Balai Besar, Dungun pada 16 Julai 2007, dan mulai 14 Ogos 2007 bekas Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kerteh, Kemaman, Cikgu Hjh. Nor Hasmilah bt. Yusof melapor diri sebagai Pengetua ke-3 sekolah ini.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 10 Bermula 30 Jun 2014 Tn. Hj. Haris b. Yusoh, bekas Guru Penolong Kanan SMK Felda Neram telah ditempatkan bertugas sebagai Pengetua ke-4 menggantikan pengetua semasa yang bertukar. Pada tanggal 16 Disember 2018, Cikgu Mohd Zainudin b. Awang, mantan guru Penolong Kanan SMK Renek ditempatkan sebagai pengetua ke-5 menggantikan pengetua yang telah bersara. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sehingga 10 Mac 2020. Cikgu, Guru Akademik Tingkatan Enam telah ditempatkan sebagai pengetua ke-6 menggantikan pengetua yang telah berpindah pada 1 Jun 2020.Beliau telah menamatkan tugasnya sebagai pengetua pada 16 Oktober 2022 kerana dinaikkan pangkat sebagai SIP+ di PPD Kemaman. Pada hari ini 01 Januari 2023, genaplah 18 tahun 6 bulan usia sekolah ini yang mula dikenali sebagai SEMERBAK. Hari ini SEMERBAK mempunyai seramai lebih kurang 393 orang pelajar dengan 39 orang guru termasuk 4 Penolong Kanan dan 4 orang Guru Kanan Mata pelajaran. SEMERBAK telah mula mencipta beberapa kejayaan dan bekas-bekas pelajarnya telah berada dikebanyakan pusat-pusat pengajian tinggi. Marilah kita sama-sama berdoa dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan bersama. Sebagai warga SEMERBAK, marilah kita bersama sama mengembeling tenaga ke arah mencapai satu visi dan misi yang sama bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah kita dalam semua lapangan serta mencipta kejayaan di semua peringkat daerah, negeri, kebangsaan maupun antarabangsa.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 11 SENARAI NAMA PENGETUA NAMA PENGETUA TEMPOH BERKHIDMAT Tn. Hj. Mustafa b Abdul Ghani 10 Okt. 2004 – 08 Mac 2006 Cikgu Abdul Rahman b Husin 09 Mac 2006 – 16 Julai 2007 Cikgu Hjh Nor Hasmilah bt Yusof 14 Ogos 2007 – 16 Mac 2014 Tuan Haji Haris b Yusoh 30 Jun 2014 - 08 Dis. 2018 Cikgu Mohamad Zainudin b Awang 16 Dis. 2018 - 10 Mac 2020 Cikgu Mariani BT Muda 01 Jun 2020 – 16 Okt 2022
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 12 SENARAI NAMA GURU SESI 2023/2024 BIL NAMA BERTUGAS DI SMKKBK / TELEFON OPSYEN / GRED 1 2 HASNAH BT SULONG 04.08.2020 019-9896994 BM / SEJ DG54 3 AHMAD SARIB B YAACOB 21.05.2020 013-9831298 SEJ / GEO DG48 4 MOHAMAD HAFIZU B YUSOFF 11.09.2021 013-9825245 SAINS / P. AM DG48 5 MARTINA BT MOKHTAR 01.07.2011 019--9519479 BI/TESL DG54 6 ROSLIDA BT KADIR 07.11.2022 017-8795035 BA/PEND. ISLAM DG52 7 8 NOR AINI BT HARON 01.01.2007 019-9578183 MAT/KIM DG48 9 TENGKU NOR ZAKIYAH BT TUAN SIRI 28.12.2004 011-10067075 B&K/MATH DG48 10 ADAWIYYAH BT ADAM 01.01.2018 013-9319985 BIOLOGI DG44 11 AZMAN B HARUN 21.03.2022 013-2307493 FIZIK DG48
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 13 12 AZURA BT ABDUL HAMID 02.01.2020 019-2298044 PEND. KHAS DG44 13 HANITA BT HAMZAH 01.08.2013 013-9530479 MAT/BIO DG48 14 IRMAWATI BT YON 01.08.2008 019-6895611 KIM/SAINS DG48 15 KARTINA SARI BT ABU BAKAR 28.01.2007 019-9877060 PEND ISLAM DG48 16 LIZA BT HASSIM 01.01.2017 019-9850289 TESL DG48 17 MARIAM BT MUDA 08.08.2021 0199297012 SEJARAH DG 48 18 MASITAH BT MOHD 29.12.2015 019-9976393 SNRT/KH DG44 19 MASNITA BT RASID 03.01.2022 012-9576167 MM DG44 20 MOHD BUHAIRI B ALI 01.01.2020 019-9321586 BA/PEND. ISLAM DG52 21 NAIMAH BT MD. WIYAH 06.02.2022 019-9404157 PEND. KHAS DG44 22 NAPISAH BT AWANG 03.12.2007 019-9851694 PD/EKO DG52 23 NOOR EMYLIANA BT GAZALI 03.01.2022 013-9951084 BM DG41 24 NOOR SAERA BT HASHIM 01.01.2014 013-4897207 BIOLOGI DG44
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 14 25 NOORULHUDA BT YAHYA 16.07.2009 019-9336247 MPV PRT DG48 26 NORHANA BT SIDEK 01.06.2014 012-7089715 KIM/PSK DG44 27 NORHAZMA BT WAHAB 01.01.2019 019-7525416 BM/SASTERA DG48 28 NUR MURSALIINA BT AMIR HAMZAH 13.06.2022 017-9419453 SEJARAH DG44 29 RAHA SIMAH BT JAAFAR 01.01.2006 010-5119921 MATEMATIK DG48 30 RASYIEDAH BT ABDULLAH 26.07.2021 013-5935509 RBT DG41 31 RUSHDAN BT ALI 11.02.2019 019-9190982 SAINS DG52 32 RURYANI BT ABDUL RASHID 30.05.2021 019-9682262 PP DG44 33 RUSINI BT HUSIN 05.06.2007 0129396788 AKAUN/PD DG52 34 RUSLIZA BT MOHD ARSAD 20.06.2004 017-9127580 FIZ/MATH DG48 35 SURIANI BT SAMSUDIN 03.01.2023 0197915343 RBT DG41 36 WAN KHADIJAH BT WAN IBRAHIM 21.02.2022 013-6768920 PN/PD/PI DG44 37 WAN SATINI BT WAN MAHMOD 01.01.2016 019-8189454 BM DG44
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 15 38 ZAILATUL AKMAL BT MOHAMAD 01.01.2019 011-12929451 PSV DG44 39 MOHD AKRAMIN BIN ABU HANIPAH 20.03.2023 011- 13211898 PJK DG44 40 41 SENARAI NAMA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SESI 2023/2024 BIL NAMA BERTUGAS DI SMKKBK GRED TELEFON 1 AZIZAH BT MOHAMAD 02.04.2017 N26 017-9514402 2 SHARIFAH FAZLIZA BT SAID ALI 25.10.2021 N22 013-7263487 3 SUFIZA BT MOHAMAD 16.03.2015 N14 014-6082225 4 MOHD FARIS IQBAL B IBNI AMIN 22.08.2022 N11 016-4642569 5 SAVARINA FANEY BT MAT SAAT 02.10.2016 N11 010-5478154 6 SARATUN BT ABDUL GHANI 01.01.2014 C22 019-9350032 7 RAPEAAH BT AB GHANI 02.04.2017 C22 019-9964936
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 16 8 NORMAH BT YASSIN 01.10.2017 C22 013-9047339 9 SUHAZLIANA BT SUAIMI 31.05.2012 C19 011-55225042 DATA GURU 2023 GRED LELAKI PEREMPUAN JUMLAH DG 54 - 2 2 DG 52 1 4 5 DG 48 3 11 14 DG 44 1 12 13 DG 41 - 3 3 JUMLAH 5 32 37 DATA KUMPULAN ANGGOTA PELAKSANA 2023 GRED LELAKI PEREMPUAN JUMLAH N26 1 1 N22 - 1 1 N14 - 1 1 N11 1 1 2 C22 - 3 3 C19 - 1 1 JUMLAH 1 8 9 ENROLMEN BILANGAN MURID SEMERBAK SESI 2023/2024
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 17 TING. BIL. KELAS BILANGAN MURID JUMLAH LELAKI PEREMPUAN PPKI 1 2 2 4 SATU 3 54 55 129 DUA 3 53 47 100 TIGA 3 33 44 77 EMPAT 4 47 43 90 LIMA 4 31 30 61 JUMLAH 18 220 221 461 ELEKTIF SUBJEK SETIAP KELAS 2022 TINGKATAN TERAS ELEKTIF 1 MWR/MLT 2 MWR/MLT 3 MWR/MLT BM, BI, PI, MM, SN, SEJ, GEO, PSV, PJPK ASAS SAINS KOMPUTER/ REKABENTUK & TEKNOLOGI 1 MLR / 2 MLR / 3 MLR BM, BI, PI, MM, SN, SEJ, GEO, PSV, PJPK REKABENTUK & TEKNOLOGI 4 BKW / 5 BKW BM, BI, PI, MM, SEJ, PJPK BIO, FIZ, KIMIA, MT 4 CEM / 5 CEM BM, BI, PI, MM, SN, SEJ, PJPK PRINSIP PERAKAUNAN & PERNIAGAAN 4 KNG / 5 KNG BM, BI, PI, MM, SN, SEJ, PJPK SAINS RUMAH TANGGA & PENDIDIKAN SENI VISUAL 4 SRJ / 5 SRJ BM, BI, PI, MM, SN, SEJ, PJPK PRODUKSI REKA TANDA
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 18
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 19 Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua -HAMKA-
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 20
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 21 SASARAN & HALATUJU 2023/2024 PENGURUSAN SEKOLAH & ORGANISASI Sekolah menerima Laporan Audit Cemerlang pada 2023 Memastikan 40% penyelenggaraan dan kerosakan bangunan dapat diurus dengan efisien Lebih daripada 14 pelaksanaan PLC di sekolah Melebihi 90.00% purata skor SKPMgKualiti@Sekolah PENGURUSAN KURIKULUM Mencapai gred purata sekolah 4.83 dalam SPM tahun 2023 Mencapai 100% layak sijil SPM tahun 2023 Mencapai 65% LSMP dalam peperiksaan SPM 2023 Pencapaian minimum PBD TP3 (Ting 1-90%, Ting 2-90%, Ting 3-90%) Pencapaian minimum PBD TP3 (Ting 4-85%, Ting 5-86%) Sebanyak 40% murid menguasai TP3 dalam pbd tingkatan 3 PENGURUSAN HEM Melebihi 90% kehadiran murid ke sekolah Salah laku disiplin murid kurang daripada 15 % Mencapai 1500 Amalan Baik dalam data SSDM ( Sikap & perlakuan positif ) Mencapai 90% murid menghafal 10 ayat terawal & 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi PENGURUSAN KOKURIKULUM Meningkatkan pencapaian kokurikulum dalam pelbagai aktiviti dan pelbagai peringkat : a. satu pencapaian antarabangsa b. tiga pencapaian kebangsaan c. lima pencapaian negeri d. tujuh pencapaian daerah Mencapai 95 peratus kehadiran dalam aktiviti kokurikulum Mencapai 20 % gred A dalam pajsk Mencapai 100 % minima gred B dalam pajsk bagi unit beruniform, sukan permainan dan kelab persatuan
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 22 1.0 KETETAPAN UMUM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. 1.2 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah dinasihatkan supaya sentiasa membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.9 Setiap pengurusan perlu menyediakan takwim masingmasing sebelum dikumpul menjadi takwim sekolah. 2.0 WAKTU HADIR BERTUGAS GURU 2.1 Sekolah beroperasi pada pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajaran bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 2.30 petang (Ahad, Isnin dan Khamis) kecuali pada hari Selasa dan Rabu (mengikut jadual kokurikulum). KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 23 2.2 Guru dikehendaki mengetik kad perakam waktu sebelum atau pada 7.30 pagi dan selepas waktu persekolahan pada atau selepas pukul 2.30 petang (Ahad, Isnin & Khamis), 4.30 petang (Selasa & Rabu). Semua guru dilarang sama sekali membantu mengetik kad perakam waktu orang lain. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/pengurusan sekolah dengan kadar segera (sebelum pukul 7.00 pagi) supaya jadual waktu ganti guru dapat disediakan. Jika melebihi tiga kali kelewatan tanpa sebab munasabah dalam tempoh sebulan, guru dikehendaki mengemukakan surat penjelasan secara bertulis kepada Pengetua. 3.0 WAKTU HADIR BERTUGAS ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) 3.1 Kehadiran ke pejabat menggunakan waktu fleksibel iaitu pukul 7.30 pagi hingga pukul 9.00 pagi. Waktu pulang seawal pukul 4.30 petang hingga pukul 6.00 petang (Ahad hingga Rabu) dan pukul 3.30 petang hingga pukul 4.30 petang. (Khamis) 3.2 AKP dikehendaki mengetik kad perakam waktu sebelum atau pada pukul 7.30 pagi dan tidak melebihi pukul 9.00 pagi dan selepas waktu pejabat pada atau selepas pukul 4.30 hingga 6.00 petang (Ahad hingga Rabu), pukul 3.30 hingga 4.30 petang (Khamis). Waktu bertugas selama 9 jam termasuk 1 jam rehat (Ahad hingga Rabu) dan 7 jam 30 minit termasuk 1 jam rehat (Khamis). Semua AKP dilarang sama sekali membantu mengetik kad perakam waktu orang lain. 4.0 KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS 4.1 Guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan JPN/PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 24 4.2 Guru dan AKP dikehendaki meminta kebenaran Pengetua/Penolong Kanan dan mengisi dalam Hrmis (kebenaran keluar pejabat). 5.0 URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS . 5.1 Guru layak mengambil cuti rehat khas (CRK) dengan syarat pemohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal (3 hari sebelum bercuti KECUALI kes kecemasan) dengan mengemukakan borang pemohonan cuti dan mendapat kebenaran Pengetua (bilangan hari cuti pada satu permohonan bergantung kepada kelulusan daripada Pengetua). WAJIB mengisi hrmis. 5.2 Guru yang sakit, perlu memaklumkan kepada Pengetua untuk mendapatkan rawatan di hospital/klinik dan menyerahkan sijil sakit yang sah dari klinik/hospital kerajaan/swasta kepada Pengetua pada hari pertama kembali bertugas. (sijil sakit MESTI dalam stesen bertugas). 5.3 Bagi guru wanita yang akan cuti bersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin yang dikemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan. 5.4 Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Permohonan cuti tanpa gaji akan menjejaskan bilangan kelayakan CRK/CR. 5.5 Cuti Separuh Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat dengan pegawai itu. Kadar cuti 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari sepanjang perkhidmatan. Permohonan cuti separuh gaji juga akan menjejaskan bilangan kelayakan CRK/CR. 5.6 Cuti Kuarantin kawalan penyakit berjangkit perlu mendapatkan kelulusan dari hospital kerajaan atau
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 25 swasta; tidak melebihi 5 hari. 5.7 Cuti rehat (CR) bagi AKP bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Syarat permohonan cuti seperti pada para 4.1. 6.0 ETIKA PAKAIAN 6.1 Semua guru dan AKP mesti mematuhi arahan pakaian semasa bertugas supaya dapat melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan serta mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu: 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacaraupacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam) 2. Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 3. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi) 4. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2008 (Pemakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis) 6.2 Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah. 6.3 Guru TIDAK dibenarkan memakai pakaian sukan ketika perhimpunan rasmi sekolah. 6.4 Hanya guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dibenarkan memakai pakaian sukan (kecuali hari Ahad). 6.5 Guru lelaki digalakkan memakai tali leher sepanjang dalam tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJ dan di bengkel. 6.6 Pakaian rasmi guru: Ahad, Isnin,Rabu -Pakaian rasmi Selasa - Pakaian lengkap unit beruniform Khamis - Pakaian Batik Malaysia
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 26 (lengan panjang bagi lelaki) 6.7 Kasut bertutup dan bertumit semasa bekerja/urusan rasmi. 7.0 PENGGUNAAN PERALATAN/HARTA BENDA SEKOLAH/KUNCI BILIK KHAS 7.1 Guru dan AKP bertanggungjawab menjaga peralatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa. Penggunaan/pinjaman peralatan sekolah mesti mematuhi prinsip 3S (sebelum, semasa dan selepas). 7.2 Penggunaan /pinjaman alatan/ harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan pinjaman /penggunaan / pulangan hendaklah direkodkan. 7.3 Semasa penggunaan, guru yang meminjam mesti bertanggungjawab menjaga peralatan yang dipinjam/ digunakan. 7.4 Selepas penggunaan, peralatan/ harta benda sekolah yang dipinjam/ diguna hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik dan letak di tempat asal dengan segera serta direkodkan. 7.5 Guru mesti memaklumkan sebarang kerosakan peralatan/ harta benda sekolah yang dipinjam/ digunakan. 7.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah peralatan/ harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi (kecuali dengan kebenaran Pengetua). 7.7 Guru TIDAK boleh mengunakan harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi. 7.8 Semua kunci bilik khas hendaklah diambil dan diserahkan ke pejabat sekolah selepas penggunaan serta direkodkan.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 27 8.0 SURAT-SURAT PEKELILING / SURAT ARAHAN PPD DAN JPNT 8.1 Guru dan AKP mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. 8.2 Surat arahan daripada PPD/JPNT yang diberikan kepada guru/ AKP hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail surat menyurat sekolah. 8.3 Jika guru atau AKP tidak dapat hadir mengikut surat arahan atas sebab-sebab tertentu, sebarang pertukaran guru atau AKP perlu mendapat kebenaran Pengetua. 8.4 Guru dan AKP bertanggungjawab melaksanakan tugastugas yang diamanahkan oleh Pengetua/ PPD/ JPN/ KPM dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu. 9.0 PELAWAT 9.1 Semua pelawat MESTI melapor diri di pondok pengawal keselamatan (dapatkan pas pelawat) dan berjumpa dengan Pengetua terlebih dahulu. Guru dan AKP tidak dibenarkan berurusan dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. 10.0 PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT SEKOLAH 10.1 Data dan maklumat sekolah perlu sentiasa dikemaskini mengikut keperluan dari semasa ke semasa. 10.2 Aplikasi yang berkaitan seperti e-OPERASI, HRMIS, SSDM, APDM, PAJSK, EMIS, eg-TUKAR dan e-PANGKAT. 10.3 Semua guru dan AKP perlu cakna dan sentiasa mengemaskini data dalam sistem terutama berkaitan data peribadi.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 28 11.0 PERANCANGAN STRATEGIK/ TAKTIKAL/ OPERASI/ OPPM 11.1 Perancangan Strategik/ Taktikal/ Operasi/ OPPM WAJIB disediakan oleh setiap jawatankuasa iaitu pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid; kokurikulum dan PPKI mengikut perancangan. 11.2 Semakan semula Perancangan Strategik Organisasi (PSO) perlu dilaksanakan pada setiap tahun. 12.0 PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LaDaP) 12.1 Guru perlu memastikan bilangan hari berkursus mencapai minimum sekurang-kurangnya 5 hari dan mencapai minimum 42 mata kredit untuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Bagi AKP perlu memastikan bilangan hari berkursus mencapai minimum sekurang-kurangnya 5 hari. 12.2 Pengetua hendaklah memastikan agar guru/AKP merekodkan setiap aktiviti PPB dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (e-SPLKPM). 12.3 Kursus/ program yang sesuai diadakan untuk guru dan staf sokongan berdasarkan analisis TNA dalam e-SPLKPM bagi menambah pengetahuan. 12.4 Rekod pelaksanaan PLC perlu mencapai sekurangkurangnya 90% bagi setiap panitia. 13.0 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL 13.1 Kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua warga sekolah. 13.2 Sebarang kerosakan dan risiko keselamatan terhadap warga sekolah perlu dibuat laporan segera kepada Pengetua/ PPD/ JPN. . 14.0 PENGURUSAN ASET DAN STOK
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 29 14.1 Perolehan harta modal dan aset bernilai rendah perlu direkodkan dalam boring Kew PA yang berkaitan mengikut prosedur yang betul. 14.2 Pengurusan aset perlu mematuhi prosedur pengurusan aset seperti penerimaan, pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan dan pelupusan. 14.2 Perolehan peralatan yang menggunakan peruntukan PCG perlu direkodkan oleh ketua panitia dalam kad petak mengikut prosedur yang ditetapkan. 15.0 PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 15.1 Pusat sumber sekolah (PSS) berfungsi sebagai pusat akses maklumat kepada guru dan murid bagi menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran. 15.2 Penggunaan PSS mesti mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan oleh pengurusan PSS. 16.0 PENGURUSAN KEWANGAN 16.1 Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat dengan mematuhi SPK Bil 1/2021 (pesanan tempatan, invois, bil, baucer dan cek). 16.2 Penyediaan nota minta perlu disediakan dengan lengkap sebelum membuat pembelian dan disemak oleh GPK yang berkenaan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 16.3 Semua perolehan peralatan perlu direkodkan dalam kad petak (PCG), kew PA (perolehan daripada PPD/ JPN/ KPM) 16.4 Semua perolehan peralatan melalui sumbangan perlu mendapatkan kelulusan daripada JPN untuk direkodkan dalam kew PA. 16.5 Juruaudit dalam perlu membuat semakan dokumen kewangan bagi memastikan operasi pengurusan kewangan sekolah diurus dengan teratur dan membuat laporan hasil pengauditan dalam mesyuarat kewangan sekolah. 16.6 Semua pengurusan seperti pengurusan kurikulum,
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 30 pengurusan kokurikulum, pengurusan hal ehwal murid dan pengurusan murid khas perlu menyediakan anggaran belanjawan dan penyata kewangan. 17.0 PENGURUSAN MESYUARAT 17.1 Notis mesyuarat / memo mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat. 17.2 Setiausaha mesyuarat perlu mendapatkan maklum balas setiap tindakan oleh ahli mesyuarat yang berkaitan dalam tempoh tiga hari untuk menyediakan draf minit mesyuarat untuk semakan Pengetua. 17.3 Minit mesyuarat bagi semua jenis mesyuarat perlu disiapkan dan diedarkan kepada ahli mesyuarat dalam tempoh tujuh hari selepas mesyuarat secara online. 17.4 Guru yang menghadiri mesyuarat/ bengkel/ kursus/ taklimat anjuran KPM, JPNT, IAB, PPD perlu menyediakan minit curai dan menyerahkannya kepada Pengetua selepas tiga hari selesai mengikutinya. 17.5 Guru yang menghadiri mesyuarat/ bengkel/ kursus/ taklimat anjuran KPM, JPNT, IAB, PPD perlu mengadakan perkongsian kepada guru dan staf sokongan yang berkaitan jika perlu.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 31 JENIS CUTI YANG LAYAK DIPOHON OLEH GURU TETAPI TIDAK MENJEJASKAN PENCEN / GANJARAN JENIS CUTI JUMLAH CUTI RUJUKAN KELULUSA N CATATAN Cuti Rehat Khas 10 hari Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2005 Pengetua Mesti pohon dan isi borang SPA Bil. 3/1990 Sakit Swasta – 180 hari Kerajaan – 90 hari + 90 hari Perintah Am Bab C Para 31(a) Pengetua JPN/JPA Haji Jangkamasa yang diperlukan tidak melebihi 40 hari Perintah Am Bab C Para 34/35 Pengetua ( Sekolah PTJ ) JPN ( X PTJ ) Disahkan sekali sepanjang perkhidmata n Mengambil Peperiksaan Tempoh Peperiksaan Perintah Am Bab C Pengetua Hari Peperiksaan Bersalin 60 hari atau 90 hari Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/1998 Perintah Am Bab C 25/26 SPP 5/2009 PP Bil. 14/2010 Pengetua 5 kali ( Awal 14 hari dari jangkaan bersalin ) Tanpa Rekod PJJ 30 hari KP (BB) 06/01/4 Jld (48) 5.6.98 hanya di ITP Awam 50 Tahun ( bukan Kolej Swasta ) JPN Aktiviti NUTP/ Koperasi 14 hari + ( 2 hari perjalanan) Perintah Am Bab C Para 42 ( a ) JPN Dalam Malaysia
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 32 Isteri Bersalin 7 hari Bil. 9 Tahun 2002 Pengetua Kematian Keluarga Terdekat 3 hari Bil. 10 tahun 2002 Pengetua JENIS CUTI YANG MENJEJASKAN PENCEN/ GANJARAN JENIS CUTI JUMLAH CUTI RUJUKAN KELULUSAN CATATAN Separuh Gaji 180 hari Perintah Am Bab C 51 (a) Kesihatan guru /sanak saudara / Lawatan sambil belajar di seberang laut JPN Tidak boleh melebihi had satu penggal persekolahan Tanpa Gaji 360 hari Perintah Am Bab C 52 30 hari setahun berkhidmat *Dalam Malaysia 6 bulan sahaja * Cuti tidak boleh diambil sekali lagi sehingga 4 tahun telah berlalu selepas cuti tanpa gaji (CTG) yang pertama mengikut pasangan ***CUTI BUKAN HAK TETAPI SATU KEISTIMEWAAN***
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 33 JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2023 BULAN TARIKH HARI CATATAN JANUARI 17.01.2023 SELASA FEBRUARI 24.02.2023 JUMAAT MAC 24.03.2023 JUMAAT APRIL 17.04.2023 ISNIN MEI 23.05.2023 KHAMIS JUN 23.06.2023 JUMAAT JULAI 25.07.2023 SELASA OGOS 25.08.2023 JUMAAT SEPTEMBER 25.09.2023 ISNIN OKTOBER 25.10.2023 RABU NOVEMBER 24.11.2023 JUMAAT DISEMBER 19.12.2023 SELASA
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 34 PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di negeri : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 19.03.2023 01.04.2023 31.03.2023 20.04.2023 10 14 5 JUMLAH HARI 24 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 21.04.2023 - 29.04.2023 9 30.04.2023 01.05.2023 30.04.2023 25.05.2023 1 17 4 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 26.05.2023 - 03.06.2023 9 2 04.06.2023 01.07.2023 01.08.2023 30.06.2023 31.07.2023 24.08.2023 17 21 18 12 JUMLAH HARI 56 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 1 25.08.2023 - 02.09.2023 9 3 03.09.2023 01.10.2023 01.11.2023 01.12.2023 30.09.2023 31.10.2023 30.11.2023 14.12.2023 19 23 20 10 15 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 15.12.2023 - 01.01.2024 18 02.01.2024 31.01.2024 22 01.02.2024 08.02.2024 6 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 4 09.02.2024 - 09.03.2024 30 HARI GANTI Hari ganti adalah hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh Pendaftar. Hari ganti persekolahan bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A diambil daripada mana- mana hari sabtu minggu ke 2 atau ke 4 dalam mana-mana bulan pada tahun 2021 jika guru
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 35 besar atau pengetua mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dari satu ratus sembilan puluh ( 190 ) hari. HARI KELEPASAN AM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2023 BIL KELEPASAN TARIKH HARI MASIHI ( 2023 ) HIJRAH ( 1443/1444 ) 1 Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 22Januari 29 Jamadilakhir Ahad 23Januari 01 Rejab Isnin 2 Israk dan Mikraj ( Negeri ) 18 Febuari 27 Rejab Sabtu 3 Hari Ulangtahun Pertabalan kebawah DYMM Sultan Terengganu 04 Mac 05 Mac 11Syaaban 12Syaaban Sabtu Ahad 4 Hari Nuzul Quran ( Negeri ) 08 April 09 April 17Ramadhan 18Ramadhan Sabtu Ahad 5 Hari Raya Puasa ( Persekutuan ) 22 April 23 April 24 April 01 Syawal 02 Syawal 03 Syawal Sabtu Ahad Isnin 6 Hari keputeraan Kebawah DYMM Sultan Terengganu ( Negeri ) 26 April 05 Syawal Rabu 7 Hari Pekerja ( Persekutuan ) 01 Mei 10 Syawal Isnin 8 Hari Wesak ( Persekutuan ) 04 Mei 13 Syawal Khamis 9 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 05 Jun 16 Syawal Isnin 10 Hari Arafah ( Negeri ) 28 Jun 09 Zulhijjah Rabu 11 Hari Raya Haji ( Persekutuan ) 29 Jun 10 Zulhijjah Khamis 30 Jun 11 Zulhijjah Jumaat 12 Awal Muharam ( Persekutuan ) 19 julai 01 Muharam Rabu 13 Hari Kebangsaan ( Persekutuan ) 31 Ogos 14 Safar Khamis 14 Hari Malaysia (Persekutuan) 17 Sept 01 Rabiulawal Ahad 15 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ( Persekutuan ) 28 Sept 12 Rabiulawal Khamis 16 Hari Deepavali ( Persekutuan ) 12 Nov 28 Rabiulakhir Ahad 17 Hari Krismas ( Persekutuan ) 25 Dis 12 Jamadilakhir Isnin
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 36 CUTI PERAYAAN TAHUN TAHUN 2023/2024 CUTI PERAYAAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPM KUMPULAN A KUMPULAN B HARI RAYA AIDIL FITRI 22.04.2023 ( Sabtu ) 23.04.2022 ( Ahad ) 20.04.2023 ( Khamis ) 20.04.2023 ( Khamis ) 21.04.2023 ( Jumaat ) HARI RAYA QURBAN 29.06.2023 ( Khamis ) 28.06.2023 ( Rabu ) 28.06.2023 ( Rabu ) 30.06.2023 ( Jumaat ) HARI DEEPAVALI 12.11.2023 ( Ahad ) 13.11.2023 ( Isnin ) 13.11.2023 ( Isnin)* (Negeri Sarawak sahaja) 14.11.2023 ( Selasa ) TAHUN BARU CINA 10.02.2024 ( Sabtu ) 11.02.2024 ( IAhad ) - 09.02.2024 ( Jumaat ) KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah,Johor,Kelantan,Terengganu. KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 37 1.0 Perancangan Pelaksanaan Kurikulum 1.1. Kalendar Akademik dan Takwim kurikulum perlu disediakan. 1.2. Mengadakan mesyuarat JKS dan Panitia sekurangkurangnya 3 bulan sekali dalam tahun akademik semasa. 1.3. JK Kurikulum sekolah (JKS) bertanggungjawab menyediakan pakej mata pelajaran elektif . 1.4. Semua Panitia mata pelajaran mesti menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan(RPT) bagi setiap tingkatan sebelum sesi akademik tahun semasa bermula (dicadangkan Modular) 1.5. JKS menetapkan setiap mata pelajaran 40 minit bagi satu waktu dan mematuhi jam tahunan minimum setiap mata pelajaran. 1.6. Semua guru mata pelajaran mesti menyediakan Rancangan Pelajaran Harian sebelum melaksanakan PdPC. 1.7. Semakan buku latihan murid oleh Pengurusan Sekolah sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 2.0 Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC) 2.1 Semua guru mesti menyediakan perancangan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2.2. Semua guru akan dicerap sekurang-kurangnya 2 kali dalam tahun semasa menggunakan instrumen SKPM Kualiti@Sekolah. 2.3. Semua guru mesti menyemak buku latihan murid secara berkala. 2.4. Semua guru mesti mematuhi jadual waktu/jadual ganti/jadual penggunaan bilik khas yang disediakan. 2.5. Penyediaan dan penggunaan sumber pendidikan perlu untuk memastikan PdPC berkesan. 2.6 RPH yang disediakan perlu dihantar pada hari khamis
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 38 setiap minggu untuk semakan Pengetua. 3.0 Waktu Luang 3.1 Guru-guru mesti mematuhi arahan-arahan waktu luang (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/198 ) 3.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ”non-teaching period” dan bukannya ”free period”. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan PdPC/Relief atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 4.0. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran 4.1. Semua Panitia menguruskan pelaksanaan mata pelajaran dengan memperoleh dokumen kurikulum (DSKP) dan menyelaras RPT dan RPH dengan mematuhi ketetapan kurikulum berdasarkan keperluan. 4.2. Merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya 4 program pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) dalam tahun semasa yang boleh meningkatkan kualiti pengajaran guru 4.3. Merancang dan melaksanakan program peningkatan pencapaian murid untuk peningkatan ilmu dan kemahiran yang berfokus kepada isu pembelajaran dan tahap keupayaan potensi murid. 4.4. Merancang dan menguruskan perbelanjaan Peruntukan mata pelajaran (PCG) mengikut prosedur kewangan sedia ada. 5.0. Pentaksiran dan Peperiksaan 5.1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) 5.1.1 Semua guru wajib merancang dan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) sepanjang sesi PdPC diljalankan 5.1.2. Guru Kelas perlu merekod aktiviti Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum dalam tempoh sesi Akademik 5.1.3. Guru Bimbingan Kaunseling mesti melaksana Pentaksiran
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 39 Psikometrik (PPSI) dan membentangkan analisis kepada semua guru. 5.1.4. Semua guru dikehendaki melaksanakan pentaksiran pusat mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. 5.2. Peperiksaan 5.2.1. Peperiksaan Dalaman mesti dikendalikan oleh unit Peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan. 5.2.2. Peperiksaan Pusat seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mesti diuruskan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malayasia(LPM). 5.2.3. Setiausaha Peperiksaan Sekolah bertanggungjawab merekod keputusan peperiksaan dalaman ke dalam sistem Aplikasi Pentaksiran/peperiksaan seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) , idMe dan SPPMA 5.2.4 Setiausaha PBD hendaklah memastikan perekodan PBD dilakukan sebanyak dua kali setahun. 5.2.5. Guru-guru Pendidikan Jasmani (PJK) hendaklah memastikan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dilaksanakan berdasarkan jadual yang ditetapkan. 5.2.6 Guru-guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan murid-murid yang beragama Islam mengetahui dan mengamalkan Perkara Asas Fardhu Ain(PAFA) di sekolah. 6.0. Program Kecemerlangan Kurikulum 6.1. Program Kecemerlangan Akademik mesti dirancang bertujuan meningkatkan prestasi kecemerlangan murid di sekolah. 6.2. Semua Panitia Mata Pelajaran berperanan melaksanakan Highly Immersive Programme(HIP) yang diselaraskan oleh Panitia Bahasa Inggeris. 6.3. Merancang dan melaksanakan Profesional Learning Comunity(PLC) untuk meningkatkan kualiti guru bagi menghasilkan kecemerlangan murid dalam pembelajaran.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 40 PENGURUSAN UMUM HAL EHWAL MURID (HEM) 1. Murid perlu hadir ke sekolah setiap hari persekolahan pada atau sebelum 7.30 pagi dan pulang setelah selesai 2.40 petang. 2. Semua murid perlu berkumpul di dataran / dewan sebelum bermula waktu PdPc pertama. 3. Semua murid perlu berada di dalam kelas/ makmal/ bengkel/ padang bersama guru mata pelajaran untuk mengikuti pengajaran. 4. Guru mata pelajaran perlu memastikan keberadaan murid dalam kelas dan mencatat dalam Buku Kawalan Kelas (BKK). 5. Guru mesti mengambil tindakan dengan kadar segera terhadap murid yang mengalami masalah kesihatan. 6. Guru perlu mendaftarkan murid yang baru mendaftar masuk ke sekolah dalam buku Pendaftaran Murid dan APDM. PENGURUSAN DISIPLIN MURID 1. Sekolah mestilah mempunyai Buku Peraturan Disiplin yang berpandukan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh KPM. 2. Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Disiplin dan mematuhi peraturan yang ada di dalamnya. 3. Buku Peraturan Disiplin sekolah mengandungi maklumat tentang waktu persekolahan, pakaian seragam sekolah, penampilan dan kekemasan diri, kemudahan dan harta benda sekolah dan peraturan umum. 4. Buku Peraturan Disiplin ini juga hendaklah diletakkan di dalam kelas, pejabat sekolah dan Pejabat Guru. 5. Tindakan hendaklah diambil terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 6. Tindakan guru terhadap murid yang bersalah dalam mengenakan hukuman hendaklah berdasarkan garis panduan/pekeliling berkaitan “Panduan Tatacara Disiplin Sekolah”. KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 41 7. Semua kes disiplin dan amalan baik hendaklah direkodkan ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). 8. Jawatankuasa Disiplin hendaklah menganalisis data disiplin mengikut kategori kesalahan ringan, kesalahan sederhana dan kesalahan berat yang direkodkan ke dalam SSDM pada setiap bulan. 9. Murid dikehendaki membayar ganti rugi bagi kesalahan sederhana dan berat yang menyebabkan kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa atau penjaga kerana murid tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi. 10. Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak yang serius atau berulang. 11. Lembaga Disiplin akan bermesyuarat untuk memutuskan hukuman gantung atau buang sekolah terhadap murid. 12. Jawatankuasa Disiplin perlulah merancang program pendidikan disiplin berdasarkan dapatan data disiplin. 13. Post mortem program pendidikan disiplin perlulah dibuat sebaik sahaja selesai program. PENGURUSAN KESELAMATAN MURID 1. Sekolah perlu ada senarai semak pemastian keselamatan : a pengurusan organisasi b fizikal sekolah c aktiviti murid d pengurusan krisis e pengurusan disiplin (rujuk buku Panduan Pengurusan 3K) 2. Sekolah perlu mempunyai manual dan prosedur keselamatan dalam bidang : a aktiviti murid b bidang bencana alam c bidang keselamatan fizikal sekolah d bidang sosial e bidang persekitaran dan lokasi sekolah. (rujuk buku Panduan Pengurusan 3K)
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 42 3. Keselamatan murid-murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan. (in loco parentis) 4. Ibu bapa atau penjaga, yang ingin mengambil murid pada waktu persekolahan perlu mengisi Borang Keluar Sekolah serta mendapat kebenaran Pengetua/ pengurusan sekolah /Guru Bertugas. 5. Semua murid dilindungi dengan insurans berkelompok iaitu Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) dari Skim Insurans Takaful Malaysia. 6. Semua aktiviti yang disertai oleh murid perlu ada bersama dengan guru pengiring. 7. Alat pemadam api perlu ada di sekolah dan diletakkan di tempattempat yang sentiasa dikunjungi warga sekolah. 8. Alat pemadam api hendaklah sentiasa diselia dan diganti sekali setahun. 9. Latihan kawad kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun. 10. Kawalan keselamatan oleh pengawal keselamatan 24 jam sehari. 11. Dua orang pengawal pada waktu siang dan dua orang pada waktu malam. PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESIHATAN 1. Perkhidmatan kesihatan yang perlu dilaksanakan di sekolah ialah kesihatan diri murid dan kesihatan persekitaran. 2. Sekolah perlu mengadakan program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberi perkhidmatan kesihatan. 3. Di antara program bersama KKM ialah : • Perkhidmatan pergigian • Ceramah kesihatan • Pameran kesihatan • Kempen gaya hidup sihat • Kebersihatan dan keselamatan makanan di kantin sekolah / mengeluarkan sijil pengendali makanan / pemeriksaan kesihatan dan imunisasi pengendali makanan kantin sekolah • Penggredan kantin sekolah 4. Sekolah perlu mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa / penjaga.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 43 5. Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan. 6. Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 7. Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi ibu bapa / penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes kecemasan dan yang kronik. Namun, setelah itu, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga. 8. Sekolah akan mendapatkan perkhidmatan pengabusan (fogging) dari KKM sekiranya perlu. 9. Ujian air kencing dengan bantuan Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan diadakan sekali setahun bagi mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid-murid. 10. Kantin sekolah perlu diselia dua kali setahun oleh Pejabat Kesihatan Daerah. PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID 1. Bantuan pelajaran murid terdiri daripada bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), biasiswa, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Elaun Murid Khas (EMK) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP). 2. Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut; a. SPBT – bermula tahun 2008, semua murid layak menerima bantuan buku teks b. Biasiswa – Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) , Biasiswa Yayasan Terengganu dan lain-lain biasiswa ditawarkan kepada yang layak c. KWAPM - bantuan murid miskin untuk mengelak dari tercicir persekolahan (pendapatan kurang daripada RM750 atau perkapita RM170) d. Elaun Murid Khas – hanya diperuntukkan kepada murid-murid yang kurang upaya (OKU). e. Bantuan Awal Persekolahan – tertakluk kepada makluman semasa kerajaan
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 44 PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) memberi tumpuan kepada 4 fokus utama iaitu: a. Pembangunan sahsiah murid b. Peningkatan disiplin murid c. Pendidikan kerjaya murid d. Psikososial dan kesejahteraan mental murid 2. Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diurus mengikut etikanya demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak berkenaan sahaja. 3. Menjalankan sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok mengikut keperluan perkhidmatan yang telah ditetapkan. 4. Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar yang berkaitan. PENGURUSAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 1. Semua murid haruslah menjalani ujian pentaksiran psikomentrik 2. Menyediakan analisis data dan maklumat dapatan daripada ujian yang dijalankan untuk rujukan guru-guru dan ibu bapa. 3. Menjalankan intervensi yang bersesuaian pada murid yang berkenaan. APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) 1. Guru tingkatan bertanggungjawab melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan dan mematuhi arahan. Sila rujuk deskripsi Tugas Guru. 2. Kehadiran murid hendaklah direkod dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan/AKP sebelum jam 12 tengah hari. 3. Guru Tingkatan mesti mengambil tindakan terhadap ketidakhadiran murid dalam tempoh yang telah ditentukan. 4. Surat amaran hendaklah dikeluarkan apabila mencapai tempoh yang telah ditetapkan dengan kadar segera. Surat amaran ini hendaklah dikeluarkan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). 5. Guru Tingkatan dikehendaki mengesahkan kehadiran murid setiap akhir bulan.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 45 6. Guru Tingkatan dikehendaki mencetak laporan analisis kehadiran mengikut tingkatan masing-masing pada setiap akhir bulan untuk difailkan. 1.0 PRINSIP PELAKSANAAN 1.1. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan". [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)] 1.2 Pelaksanaan 1 murid 1 sukan (1M1S) dijalankan sepanjang tahun, setiap murid wajib menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. 1.3 Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian. (Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Bil 2/1986) 1.4 Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. 1.5 Penyertaan semua guru dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. 2.0 PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2.1 Aktiviti Unit Badan Beruniform dan Kelab Persatuan Akademik akan diadakan pada setiap hari SELASA dari jam 2.30 hingga 4.30 petang secara bergilir. 2.2 Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan akan diadakan setiap hari RABU dari jam 2.30 hingga 4.30 petang mengikut takwim aktiviti tahunan. 2.3 Bilangan perjumpaan Unit Kokurikulum mengikut ketetapan KPM KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 46 2.4.Surat siaran perjumpaan mengikut takwim kokurikulum diedarkan kepada Ibu bapa/Penjaga. 2.5.Pemantauan aktiviti unit kokurikulum pada setiap minggu berdasarkan Jadual Pemantauan yang disediakan . 3.0 PERATURAN PEMAKAIAN HARI SELASA DAN RABU 3.1.Guru dan pelajar dikehendaki memakai pakaian uniform lengkap setiap hari Selasa. 3.2.Semua murid diwajibkan memakai t-shirt kokurikulum pada setiap hari Rabu. 4.0 PERATURAN PELAKSANAAN AKTIVITI PADA HARI SELASA DAN RABU 4.1.Semua guru penasihat kelab/persatuan/unit kokurikulum dan sukan akan terlibat pada hari berkenaan dan tiada sistem giliran bertugas. 4.2.Ketidakhadiran guru dalam aktiviti, mesti dalam makluman dan kebenaran Pengetua. 4.3. Latihan, pemilihan dan intensif sebarang pasukan atau individu tidak dibenarkan diadakan pada waktu pdpc kecuali dengan kebenaran Pengetua. 5.0 MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM 5.1.Majlis apresiasi diadakan untuk memberi penghargaan kepada guru dan pelajar yang mencapai kejayaan di peringkat negeri/Kebangsaan /antarabangsa.
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 47 TAKWIM PEPERIKSAAN SPM SESI 2023/2024 BIL PEPERIKSAAN BULAN 1 UJIAN TILAWAH/HAFAZAN/HADIS (UTQH) OKTOBER 2023 2 UJIAN BERTUTUR BM ( SPM ) FEBRUARI 2024 3 UJIAN MENDENGAR BM & BI ( SPM ) FEBRUARI 2024 4 AMALI SAINS SPM ( BIO/FIZ/KIMIA ) FEBRUARI 2024 5 UJIAN BERTUTUR BI ( SPM ) FEBRUARI 2024 6 PEPERIKSAAN SPM FEBRUARI-MAC 2024 7 PENGUMUMAN SPM 2023 MEI 2024 PEMANTAUAN KERJA KURSUS SPM SESI 2023/2024 MATA PELAJARAN BULAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL OGOS PKP & GKMP KEMANUSIAAN PERNIAGAAN SEPTEMBER GKMP VOTEK PRINSIP PERAKAUNAN SEPTEMBER PKP & GKMP VOTEK SNRT SEPTEMBER PENGETUA & GKMP VOTEK PRT OKTOBER PKP & GKMP VOTEK JADUAL SEMAKAN BUKU/LATIHAN MURID BIDANG BULAN TINDAKAN KEMANUSIAAN APRIL PKP & GKMP KEMANUSIAAN BAHASA MEI PKP & GKMP BAHASA SAINS & MATEMATIK JUN PKP & GKMP SAINS & MATEMATIK VOTEK JULAI PKP & GKMP VOTEK
SEMERBAK 2023/24 - PANDUAN PENGURUSAN 48 JADUAL SEMAKAN BUKU/LATIHAN MURID BIDANG BULAN TINDAKAN KEMANUSIAAN APRIL PKP & GKMP KEMANUSIAAN BAHASA MEI PKP & GKMP BAHASA SAINS & MATEMATIK JUN PKP & GKMP SAINS & MATEMATIK VOTEK JULAI PKP & GKMP VOTEK RUMUSAN PEMANTAUAN ( OGOS ) KEMANUSIAAN SEPT. PKP & GKMP KEMANUSIAAN BAHASA OKT. PKP & GKMP BAHASA SAINS & MATEMATIK NOV. PKP & GKMP SAINS & MATEMATIK VOTEK DIS. PKP & GKMP VOTEK RUMUSAN PEMANTAUAN ( JAN/FEB ) JADUAL PEMANTAUAN & PENCERAPAN GURU SESI 2023/2024 KOD JAWATAN 1 PENGETUA 2 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 3 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 4 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 5 GKMP BAHASA 6 GKMP KEMANUSIAAN 7 GKMP VOTEK 8 GKMP SAINS & MATEMATIK