The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ASMA ZULFA BINTI MOHAMMAD NOR AZAM IPG-Pelajar, 2025-03-09 12:15:01

PORTFOLIO PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN EDUP 3153

Asma Zulfa binti Mohammad Nor Azam

PORTFOLIOPENTAKSIRANA S M A Z U L F A B I N T I M O H A M M A D N O R A Z A M


Bil Isi Kandungan Muka surat 1 Penghargaan 2 Pengenalan 1 3 Tujuan Tugasan 1 4 Kaedah Pentaksiran 3 5 Alat Pentaksiran 1 4 6 Alat Pentaksiran 2 11 7 Alat Pentaksiran 3 12 8 Alat Pentaksiran 4 18 9 Penutup 21 10 Rujukan 22 11 Lampiran ISI KANDUNGAN


PENGHARGAAN


PENGHARGAAN A S M A Z U L F A B I N T I M O H A M M A D N O R A Z A M Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izinnya, saya dapat menyiapkan kerja kursus EDUP3153, Pentaksiran dalam Pendidikan . Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Lina Lee Abdullah@ Lee Gay Wah selaku pensyarah Pentaksiran dalam Pendidikan atas segala bimbingan dan dorongan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang proses pengajian saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan sedikit sebanyak memberi tunjuk ajar kepada saya secara langsung mahupun tidak langsung.


PENGENALAN


PENGENALAN A S M A Z U L F A B I N T I M O H A M M A D N O R A Z A M Pendidikan merupakan tunjang pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Di Malaysia, sektor pendidikan sentiasa mengalami perubahan yang dapat merintiskan alaf baharu dalam semua aspek pendidikan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia melalui pendidikan. Menurut Jia Yuh dan Husaina Banu Kenayathulla (2020) , transformasi kurikulum dilakukan supaya pembelajaran dari aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran dapat ditambah baik supaya seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menurut pernyataan yang dikeluarkan, pentaksiran juga memainkan peranan penting untuk memastikan sistem pendidikan di sesebuah negara mencapai tahap yang diperlukan untuk pembangunan negara maju. Pentaksiran merupakan satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk melalui proses pendidikan. Pentaksiran meliputi empat konsep iaitu pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian. Menurut Mustaqim Roslan (2023) , instrumen pentaksiran yang sering digunakan oleh guru ialah kaedah pengujian. Hal ini kerana pengujian mengukur tingkah laku dan pencapaian murid dalam pembelajaran yang boleh dilakukan melalui kertas ujian, senarai semak, soal selidik serta lembaran kerja. Berbeza dengan pentaksiran, pentaksiran bilik darjah pula dilaksanakan secara berterusan oleh guru dalam bilik darjah untuk memahami perkembangan pembelajaran pelajar. PBD diperkenalkan pada hujung tahun 2016 sejajar dengan perkenalan KSSR. Pentaksiran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pentaksiran sumatif dan pentaksiran formatif. 1


TUJUAN TUGASAN


TUJUAN TUGASAN Tujuan tugasan dilaksanakan adalah untuk mengumpul instrumen yang digunakan oleh guru dan menilai sejauh mana strategi pentaksiran bilik darjah berkesan kepada pendidikan di sekolah serta mengumpulkan instrumen-instrumen yang digunakan dengan tahap pembelajaran murid secara menyeluruh. Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan juga temu bual yang dilakukan kepada murid dan guru di sekolah. ALAT PENTAKSIRAN Sebelum melaksanakan PBD, guru perlu memastikan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Terdapat 3 kaedah instrumen iaitu lisan, tulisan dan pemerhatian yang boleh dilakukan oleh guru untuk merancang pentaksiran (Dr. Mahaya Binti Salleh et al., 2022) . 2


KAEDAH PENTAKSIRAN


Lisan KAEDAH PENTAKSIRAN Kaedah pentaksiran lisan merupakan satu kaedah yang menggunakan komunikasi verbal untuk mengukur tahap kognitif, afektif dan tingkah laku seseorang pelajar. Contoh alat pentaksiran untuk lisan ialah temu bual, pembentangan, perbincangan kumpulan dan ujian lisan. Tulisan Pentaksiran bertulis pula ialah kaedah penitaksiran yang menggunakan tulisan untuk mengukur tahap murid dalam sesuatu bidang pembelajaran. Kaedah ini sering digunakan ketika peperiksaan, ujian, tugasan dan latihan harian untuk menguji kemahiran kognitif, afektif dan pemahaman konsep murid. Pemerhatian Kaedah pentaksiran pemerhatian pula ialah kaedah yang diambil melalui pemerhatian langsung terhadap tingkah laku dan kemahiran murid dalam sesi PdP. 3


ALAT PENTAKSIRAN 1 UJIAN DAN KUIZ


Ujian dan kuiz merupakan sebuah pentaksiran yang menggunakan alat ujian seperti kertas dan pensel serta penggunaan teknologi di atas talian. Ujian biasanya dibina sama ada dalam bentuk objektif dan juga subjektif (Dr. Mahaya Binti Salleh et al., 2022) . UJIAN DAN KUIZ Bentuk Ujian Objektif Subjektif Items respons bebas Items respons tetap Ujian dan kuiz boleh dilakukan dalam bentuk sumatif dan formatif. Hal ini kerana, ujian dan kuiz berbentuk formatif boleh dilaksanakan dalam bentuk formatif. Hal ini dilakukan adalah untuk menilai tahap kemajuan dan penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Manakala ujian dan kuiz yang berbentuk sumatif pula dilakukan secara formal dan bertujuan untuk menilai pencapaian murid dalam tempoh persekolahan yang telah ditetapkan. 4


Soalan yang dibina dalam alat pentaksiran ini hendaklah berkualiti, menepati standard kandungan dan standard pembelajaran yang digariskan dalam DSKP serta memenuhi aspek ciri-ciri pentaksiran seperti kesahan dan kebolehpercayaan. Ciri-ciri pentaksiran UJIAN DAN KUIZ Kesahan Kemudahtafsiran Kemudahtadbiran Keobjektifan Kebolehpercayaan 5


ALAT PENTAKSIRAN UJIAN DAN KUIZ Hasil dari temu bual dan pemerhatian yang dilakukan, beberapa ujian dan kuiz telah dikumpul untuk dianalisis. Ujian dan kuiz ini dikumpul untuk mengukur tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran yang telah dilaksanakan. Contoh ujian dan kuiz berbentuk formatif: 6


INSTRUMEN 1 UJIAN DAN KUIZ Berdasarkan contoh ujian dan kuiz yang diberikan, alat pentaksiran tersebut dibina berdasarkan beberapa standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 3: 7


INSTRUMEN 1 KELEBIHAN Ujian dan kuiz yang dilakukan mempunyai beberapa kelebihan iaitu pentaksiran menilai pemahaman murid secara sistematik. Hal ini boleh dilihat apabila guru menilai tahap penguasaan murid dari pelbagai aspek seperti tatabahasa, pemahaman dan kosa kata. Hal ini membolehkan murid merefleksi pembelajaran secara holistik. Bukan itu sahaja, ujian ini juga mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Hal ini kerana, ujian tersebut mempunyai bahagian A dan B yang boleh memberikan nilai keputusan yang konsisten. Hal ini kerana, soalan dari bahagian A iaitu aneka jawapan dan bahagian B iaitu padanan jawapan. Soalan objektif akan mengurangkan bias kerana jawapan adalah tetap. Hal ini bermakna, pelajar perlu mahir dan menguasai topik yang diberikan terlebih dahulu agar pelajar dapat memahami konteks soalan yang diberikan. Jawapan yang diberikan juga tidak mempunyai sebarang pilihan jawapan yang sangat mengelirukan atau mempunyai persamaan yang sama. 8


INSTRUMEN 1 KEKURANGAN Alat pentaksiran ini juga mempunyai beberapa kekurangan iaitu alat ini tidak menilai kemahiran secara holistik. Hal ini kerana, ujian ini hanya mengukur kemahiran membaca dan menulis tetapi tidak menilai kebolehan murid dalam berkomunikasi lisan dan juga interaksi sosial. Terdapat murid yang mempunyai kebolehan bertutur yang baik tetapi agak lemah dalam menulis. Jadi, murid ini mungkin akan mendapat keputusan yang rendah berbanding murid yang lain. Jika dilihat dari segi Tahap Penguasaan, ujian tersebut tidak mencapai keenam-enam Tahap Penguasaan yang digariskan oleh DSKP. Jika diperhatikan, ujian tersebut tidak menguji beberapa tahap penguasaan seperti tahap penguasaan 2 iaitu murid dapat menjelaskan sesuatu perkara dalam bentuk komunikasi, Tahap penguasaan 5 dan 6. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ujian ini tidak menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid kerana ujian yang diberikan tidak melibatkan kemahiran menganalisis, mengsintesis dan penilaian secara kritikal. Ujian tersebut banyak melibatkan kemahiran memahami sahaja. 9


ALAT PENTAKSIRAN Cadangan Penambahbaikan Guru boleh melaksanakan pentaksiran berbentuk lisan dan juga persembahan projek dan mengambil kira markah tersebut di dalam markah ujian. Aktiviti seperti bercerita, perbualan atau pembentangan boleh digunakan untuk menilai murid bertutur dan menggunakan bahasa dalam konteks sosial. Selain itu, guru juga boleh menggunakan soalan yang mempunyai tahap kesukaran yang pelbagai untuk menilai murid secara adil. Hal ini kerana, terdapat pelajar yang bijak dan kurang bijak di dalam kelas. Oleh itu, dengan melaksanakan nisbah peringkat soalan mudah, sederhana dan sukar yang bersesuaian seperti 1:3:1. Oleh itu, guru boleh menggunakan Jadual Spesifikasi Umum sebelum membina soalan ujian. Hal ini kerana, JSU dapat membolehkan guru mengetahui aspek pemilihan soalan untuk tahap penguasaan muridnya. (Mohd Fakhrudzafie Bin Mohd, 2010) Contoh Jadual Spesifikasi Umum 10


ALAT PENTAKSIRAN 2 PORTFOLIO


ALAT PENTAKSIRAN PORTFOLIO Portfolio merupakan pengumpulan hasil kerja murid yang dilakukan secara berterusan untuk menunjukkan kemajuan pelajar dalam satu tempoh masa. Menurut Dr. Mahaya Binti Salleh et al. (2022) , portfolio boleh membuktikan pengetahuan, kemahiran dan juga kecenderungan murid. Melalui portfolio, guru boleh menilai kekuatan dan kelemahan murid. Murid juga dapat menunjukkan kreativiiti dalam melakukan portfolio. Guru boleh menggunakan rubrik yang berstruktur dan berstandard untuk menilai hasil portfolio murid. Berdasarkan alat pentaksiran yang dikumpul iaitu portfolio, guru mengumpulkan hasil murid dalam satu fail. Hal ini dapat meningkatkan refleksi diri murid kerana murid dapat menilai dan menganalisis hasil kerja mereka. Namun, portfolio yang dibina tidak menunjukkan hasil kerja murid dikumpul. 11


ALAT PENTAKSIRAN 3 RUBRIK


ALAT PENTAKSIRAN PEMERHATIAN - RUBRIK Rubrik ialah salah satu alat pentaksiran yang digunakan untuk menilai tingkah laku, prestasi atau kemahiran murid yang diperoleh melalui pemerhatian langsung (Dr. Mahaya Binti Salleh et al., 2022) . Guru dapat menilai murid dari segi keterlibatan murid dalam aktiviti pembelajaran, kreativiti, komunikasi dan kerjasama yang sukar diukur melalui ujian bertulis. Terdapat dua jenis rubrik iaitu rubrik holistik dan rubrik analitik. Teori holistik menilai secara menyeluruh berdasarkan kepada pemerhatian umum terhadap prestasi murid. Rubrik holistik kurang terperinci namun rubrik ini mudah digunakan sekiranya guru ingin melaksanakan pentaksiran secara pantas. Manakala rubrik analitik pula mengkategorikan prestasi kepada beberapa kriteria spesifik dan menilai setiap aspek secara berasingan. Rubrik analitik lebih terperinci dan memerlukan lebih banyak masa untuk menilai murid. Contoh rubrik holistik 12


ALAT PENTAKSIRAN Contoh rubrik analitik Contoh rubrik analitik 13


ALAT PENTAKSIRAN PEMERHATIAN - RUBRIK Berdasarkan rubrik yang telah dipilih, rubrik ini menggunakan rubrik analtik. Hal ini kerana, rubrik ini mempunyai pembahagian kriteria supaya guru dapat menilai tingkah laku murid. Rubrik ini juga perlu menepati prinsip pentaksiran supaya pentaksiran yang dilakukan lebih berkualiti dan autentik. 14


Aspek penilaian rubrik ALAT PENTAKSIRAN Kelebihan rubrik analitik Berdasasrkan rubrik tersebut, rubrik tersebut menepati ciri kesahan iaitu rubrik ini memfokuskan perkara yang ingin dinilai iaitu tingkah laku murid seperti merespon, kerjasama, disiplin diri serta keterlibatan murid dalam pembelajaran. Selain itu, rubrik ini juga menilai murid secara holistik. Jadi, guru dapat menilai murid secara setara berdasarkan pemerhatian yang sama. Rubrik ini juga menepati prinsip kemudahtafisran kerana aspek penilaian rubrik jelas dan boleh digunakan oleh guru lain tanpa perlu melakukan perincian kepada rubrik tersebut. Kerjasama murid Perhatian murid Sifat ingin tahu Tahap kesediaan murid Respon murid Selain itu, rubrik ini juga dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan murid dan melakukan penambahbaikan dalam pengajaran yang sesuai. 15


ALAT PENTAKSIRAN Kekurangan Rubrik Analitik Meskipun rubrik ini mempunyai kelebihan, rubrik ini juga mempunyai beberapa kekurangan untuk ditambah baik. Antaranya dari segi kesahan, kriteria kurang spesifik dan berulang. Hal ini boleh dilihat apapbila kriteria yang diukur umum dan tidak mempunyai indikator kuantitatif. Hal ini menyukarkan guru untuk menilai kebolehan murid dengan tepat. Tahap kreativiti juga kurang spesifik yang boleh menyebabkan guru tidak dapat menilai kreativiti murid yang sebenar. Seterusnya, rubrik tersebut juga tidak mengambil kira perbezaan inidividu. Sebagai contoh, rubrik ini tidak boleh digunakan dalam kelas inklusif atau kelas campur. 16


ALAT PENTAKSIRAN Cadangan Penambahbaikan Guru boleh menggunakan pendekatan berbeza untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Contohnya murid yang kurang bercakap boleh dinilai berdasarkan tugasan bertulis atau projek. Guru juga boleh memberikan rubrik pemarkahana kepada rakan sebaya kerana terdapat murid yang lebih selesa untuk mengeluarkan isi dan pendapat ketika berbincang dengan rakan-rakannya. Sebagai contoh, guru memberikan rubrik pemarkahan kepada rakan-rakan ketika rakan lain membuat persembahan. Penilaian tersebut dilakukan oleh rakan-rakan. Guru juga boleh menggunakan pendekatan kuantitatif ketika membina rubrik seperti murid boleh merespon sekurang-kurangnya 5 kali. Hal ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kriteria yang dinilai. 17


ALAT PENTAKSIRAN 4 TEMU BUAL


ALAT PENTAKSIRAN TEMU BUAL Temu bual merupakan satu proses bagi guru untuk mendapatkan jawapan mengenai sesuatu topik atau pengalaman pembelajaran murid. Menurut Dr. Mahaya Binti Salleh et al. (2022), temu bual ialah perbualan yang melibatkan dua orang atau lebih yang bertujuan untuk memperoleh maklumat. Melalui temu bual, guru boleh mendekati dan lebih memahami keadaan murid. Hasil daripada temu bual, guru boleh merangka dan merancang proses pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan murid di dalam kelas. Guru tersebut telah mengaplikasikan standard kandungan 1.1 dan standard pembelajaran 1.1.1 dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 4: Contoh teks temu bual yang telah dilakukan oleh seorang guru kepada seorang murid tentang keadaan muridnya 18


Berdasarkan teks temu bual yang telah diberikan, hasil penilaian mendapati soalan yang ditujukan oleh guru adalah bersifat autentik dan mempunyai konteks. Hal ini bertepatan dengan ciri pentaksiran iaitu ciri kesahan iaitu soalan yang diajukan mengandungi perkara yang hendak dinilai. Soalan yang ditanya juga relevan dengan pengalaman murid dan perkara ini menjadikan hasil temu bual atau pentaksiran yang dijalankan mendapat jawapan yang autentik. Hal ini kerana, murid dapat menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengalaman sebenar mereka iaitu di pengalaman mereka di dalam bilik darjah. Menurut Abdull Sukor Shaari et al. (n.d.) , penyelidikan yang holistik perlu dilakukan untuk mengetahui sesuatu peristiwa atau pengalaman sebenar. Seterusnya, temu bual tersebut juga membolehkan pelajar menggalakkan murid melakukan refleksi kendiri di samping menjawab persoalan yang dituju oleh guru. ALAT PENTAKSIRAN KELEBIHAN TEMU BUAL Contoh temu bual guru kepada murid 19


Terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat dalam teks temu bual tersebut. Antaranya ialah soalan dan jawapan yang dihasilakn tidak mempunyai standard yang sama. Hal ini menyebabkan ketidakseragaman dalam pentaksiran kerana jawapan murid bergantung kepada keupayaan bahasa murid serta tahap pemahaman kendiri murid. Contohnya, terdapat murid yang dapat memberikan jawapan yang panjang dan dapat berkongsi pengalaman sebenarnya kepada guru. Namun, terdapat juga murid lain yang hanya memberikan jawapan ringkas apabila soalan diajukan. Hal ini boleh mengurangkan prinsip kebolehpercayaan dalam menilai keadaan murid. Menurut Baatinathan et al. (2022) , temu bual yang berstruktur dan berstandard memudahkan guru untuk menganalisis data murid. Hal ini dapat dilakukan dengan menetapkan format dan soalan yang sama kepada setiap responden untuk meningkatkan kebolehpercayaan pentaksiran. Contoh teks temu bual yang berstandard: Bahagian 1: Pengenalan Guru: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk sesi temu bual ini. Tujuan sesi ini adalah untuk memahami pengalaman dan pandangan anda mengenai strategi pembelajaran yang digunakan di dalam kelas. Maklumat yang dikongsikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan pendidikan. Aliya: Terima kasih, saya sedia menjawab soalan. BAHAGIAN 2: Soalan Temu Bual Soalan 1: Adakah anda memahami konsep yang diajar oleh guru dengan baik? Standard Jawapan: Ya - Apakah faktor yang membantu pemahaman anda? Tidak - Apakah cabaran utama yang anda hadapi? Aliya: Ya, saya faham kerana guru sering menggunakan peta pemikiran dan aktiviti berkumpulan dalam kelas. ALAT PENTAKSIRAN KEKURANGAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TEMU BUAL 20


KESIMPULAN


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mempunyai pelbagai alat dan kaedah pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru. Alat dan kaedah ini dibina adalah supaya guru dapat menilai dan menaksir murid secara holistik dan saksama. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai personaliti dan tahap penguasaan yang berbeza. Guru perlulah bijak merancang dan dengan sedaya upaya memberikan markah dan penilaian yang terbaik untuk murid dengan penuh integriti. Berbeza sistem pentaksiran pada masa dahulu iaitu dengan menggunakan markah ujian sahaja.Jadi, penilaian yang dilakukan hanyalah sekadar murid menjawab peperiksaan menggunakan kemahiran kognitif. KESIMPULAN 21


RUJUKAN


RUJUKAN Dr. Mahaya Binti Salleh, Dr. Hashiroh Binti Hussain, & Dr. Suzana Bin Abd Mutalib. (2022). Pentaksiran dalam Pendidikan. Jia Yuh, T., & Husaina Banu Kenayathulla. (2020). PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DAN PRESTASI MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI HULU LANGAT, SELANGOR. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3),70–91. https://mjs.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/26777/12295 Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali, & Mohd Hasani Dali. (n.d.). KANAK-KANAK MINORITI ORANG ASLI DI MALAYSIA: MENGGAPAI LITERASI BAHASA MELAYU. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 59–70. Baatinathan, P., Siti Hajar Halili, & Rafiza Abdul Razak. (2022). PENERIMAAN MURID BAHASA TAMIL TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN BERBALIK. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 40, 14–24. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 . Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 3 (Semakan2017). Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Fakhrudzafie Bin Mohd. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam membina ujian bilik darjah. Mustaqim Roslan. (2023). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu di Malaysia: Analisis Subjek Pendidikan Islam. Analisis Subjek Pendidikan Islam, 1–16. 22


LAMPIRAN


LAMPIRAN


LAMPIRAN


LAMPIRAN


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version