The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-40298267, 2021-11-19 18:47:10

Buku Program Jelajah Borneo

Seminar
Majlis Sandang

PERTABALAN SANDANG KEBESARAN

&

SEMINAR PENTADBIRAN LEMBAGA
BERADAT DAN MAJLIS GURULATIH
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG
MALAYSIA KEBANGSAAN SARAWAK 2021

Tarikh :20 November 2021
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung

Muhibbah, Sri Aman
Anjuran : Lembaga Beradat Negeri Pertubuhan Silat

Seni Gayong Sarawak & Pertubuhan Silat
Seni Gayong Sarawak Cawangan Sri Aman

KANDUNGAN

OBJEKTIF 1
PERUTUSAN YDP PSSGMK SARAWAK 2

PERUTUSAN YDP PSSGM KEBANGSAAN 3

UCAPAN ALU-ALUAN 4
PENGERUSI LEMBAGA BERADAT

TENTATIF 5-7

JAWATANKUASA PENGELOLA 8
SENARAI TETAMU VIP 9

SEJARAH PSSGM SARAWAK 10-14

LIRIK LAGU RASMI GAYONG 15

SUSUN JALUR SANDANG KEBESARAN 16

SENARAI PENERIMA SANDANG 17-20

OBJEKTIF

Sebagai menunjukkan penghormatan dan penghargaan jasa kepada
anak-anak Gayong Sarawak yang telah menunjukkan komitmen dan
kesungguhan dalam menyebarkan Silat Seni Gayong di Bumi Kenyalang.

Selain itu, ianya juga sebagai pernghargaan kepada tokoh, badan-badan
pertubuhan dan individu-individu yang telah memberikan sumbangan

sama ada secara langsung atau tidak kepada pertubuhan ini.

Memantapkan hubungan persaudaraan sesama anak-anak Gayong
Sarawak dan merapatkan ukhuwwah sesama mereka.

Mempromosikan kebudayaan dan kesenian tradisional orang Melayu
dengan memperkenalkan adat istiadat Silat Seni Gayong Malaysia
Kebangsaan kepada ahli pertubuhan Silat Seni Gayong khasnya dan

kepada masyarakat umumnya.

Memperkukuhkan dan memperkasakan lagi sistem pentadbiran
Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan khasnya di Sarawak.

1

PERUTUSAN YDP PSSGMK SARAWAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam sejahtera. Salam segayong. Salam keluarga Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita
semua berkumpul semula setelah 2 tahun kita ‘sepi’ disebabkan oleh penularan wabak pandemik
Covid-19 yang telah menyebabkan banyak aktiviti pertubuhan ini tertangguh. Selawat dan salam
kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Penganjuran Majlis Sandang ini bukanlah kali pertama dilaksanakan di Sarawak. Ianya telah
dianjurkan sebanyak kali 4 dijalankan di Sarawak di mana ianya telah dijalankan pada tahun 2006,
2010 dan tahun 2018. Namun, pada kali ini, ianya julung-julung kali diadakan di luar Kuching, dan telah
diadakan di Bandar Simanggang, Sri Aman. Ini adalah penghormatan kepada Sri Aman, kerana Sri
Aman adalah bahagian kedua yang menerima Silat Seni Gayong selepas bahagian Kuching. Dengan
penganjuran di Sri Aman pada kali ini, diharap pihak Silat Seni Gayong di Bahagian lain turut dapat
menganjurkan aktiviti seumpama ini bagi menarik masyarakat di bahagian tersebut untuk menyertai
Silat Seni Gayong.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat yang diketuai oleh
anakanda Cikgu Muhammad Hamzah, dalam menjayakan dan melaksanakan program ini terutamanya
dari Silat Seni Gayong Sri Aman yang berhempas pulas menyediakan kelengkapan dan kemudahan
untuk kita melaksanakan aktiviti yang meriah ini. Mungkin pengalaman ini akan bermakna kepada
seluruh AJK SSG Sri Aman dan boleh diimplikasikan kepada bentuk pencapaian dan pertambahan ahli
yang benar-benar berjasa kepada SSG Sarawak kelak. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada
Lembaga Beradat Negeri yang dipimpin oleh anakanda Cikgu Mohd Ehsan di atas persediaan dan juga
kepada seluruh AJK Lembaga Beradat yang telah membantu membuat persiapan yang rapi. Tahniah
juga diucapkan kepada semua penerima sandang SSG Sarawak. Semoga dengan penganugerahan ini,
anda memahami makna pengorbanan kepada pertubuhan dan bagaimana hendak membalas jasa
pertubuhan kepada anda.

Jangan takut menyumbang kepada pertubuhan kerana tanpa anda tiadalah pertubuhan. Pertubuhan
ini ditubuhkan atas semangat setiakawan dalam satu pertubuhan. Jika paha kanan dicubit, paha kiri
turut merasa sakit. Oleh itu, kita perlu mengambil pepatah melayu, “bulat pembentung kerana air,
bulat manusia kerana muafakat” demi menjayakan misi kita menyebarkan SSG di seluruh pelusuk
Sarawak. Dengan keadaan pandemik, kita perlu berwaspada dalam menjalankan aktiviti. Jaga diri, jaga
keluarga. Diharapkan semua boleh menjaga jarak sosial yang telah ditetapkan dan sentiasa
menggunakan pelitup muka sepanjang program berjalan.

Semoga semua terus sukses dan dapat meningkatkan kembali semangat yang telah hilang. Kita
sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Datuk Adiwijaya bin Abdullah yang telah meninggalkan kita
pada 23 Julai 2021 lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dibebaskan dari azab kubur.
Alfatihah..

.

2

PERUTUSAN YDP PSSGM KEBANGSAAN

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera diucapkan kepada semua ahli-ahli Pertubuhan Silat Seni
Gayong Kebangsaan Negeri Sarawak. Saya selaku YDP PSSGM Kebangsaan ingin
mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan saya bersama
anak-anak Gayong Sarawak. Ucapan terima kasih saya juga kepada semua Ahli
Jawatankuasa PSSGM Kebangsaan Sarawak kerana berjaya mengadakan Seminar
Pentadbiran Adat dan Gurulatih selaras dengan kehendak Pusat. Ada pun tujuan
seminar ini adalah memberi kefahaman kepada semua ahli-ahli PSSGM
Kebangsaan khususnya kepada anak-anak Gayong Sarawak dan ahli-ahli Gayong
Kebangsaan amnya. Selama ini kita tidak menyedari betapa pentingnya susun
aturnya pentadbiran ketiga-tiga bahagian ini. InsyaAllah dengan adanya
panduan ketiga-tiga bahagian ini iaitu Pentadbiran, Adat dan Majlis Gurulatih
maka Pertubuhan Gayong Kebangsaan kita akan bergerak di landasan yang
sebenar. Kekuatan sesuatu pertubuhan atau sesuatu persatuan itu terletak
pada susun atur pentadbiran yang baik contohnya Negeri Sarawak adalah
Negeri yang kemas susun tadbirnya. Ini disebabkan kepimpinan yang ada di
Sarawak. Bukanlah bermakna di negeri-negeri lain tidak kemas, akan tetapi apa
yang saya ambil kira bahawa PSSGM Kebangsaan Sarawak begitu berkembang
pesat sehingga dapat mewujudkan gelanggang-gelanggang hampir seluruh
negeri Sarawak di negeri bumi Kenyalang. Syabas dan tahniah buat PSSGM
Kebangsaan Sarawak. Saya mewakili AJK Pusat dan seluruh anak-anak Gayong
Kebangsaan di Semenanjung sentiasa mendoakan agar PSSGM Kebangsaan
Sarawak terus maju dibawah kepimpinan yang ada. Akhir kalam saya
mengucapkan syabas sekali lagi kepada seluruh jawatankuasa anak-anak
Gayong Kebangsaan Sarawak. " Agi Hidup Agi nGelaban".

3

UCAPAN ALU-ALUAN
PENGERUSI LEMBAGA BERADAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Gayong. Salam Adat.

Selawat dan salam khusus kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta
syukur dengan izin Allah S.W.T kita dapat bersama-sama menyerikan Majlis
Pertabalan Sandang Kebesaran PSSGMK serta Seminar Adat yang dianjurkan oleh
Lembaga Adat PSSGMK Negeri Sarawak.

Pertama sekali, saya mewakili LBN Sarawak ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada rombongan PSSGMK yang diketuai oleh Yang Berbahagia YDP PSSGMK Cikgu
Faid kerana dapat bersama-sama anak-anak gayong PSSGMK Sarawak bagi
menjayakan Seminar Pentadbiran Adat serta Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran
PSSGMK negeri Sarawak walaupun kita masih lagi berdepan dengan situasi pandemik
covid-19 ini .

Penghargaan juga saya ucapkan khas kepada semua AJK LBN negeri Sarawak serta
tuan rumah, PSSG Sri Aman yang telah berusaha bertungkus lumus bagi menjayakan
penganjuran seminar adat dan majlis pertabalan sandang ini berjalan dengan lancar.

Dengan adanya Seminar Pentadbiran Adat ini, sedikit sebanyak membantu anak²
gayong Sarawak menambah baik pengetahuan Adat dalam gayong. Justeru,
menghargai sumbangan mereka dalam gayong Sarawak dengan mentabalkan
mereka sandang kebesaran mengikut kelayakan masing-masing.

Saya berharap agar program seperti ini dapat diadakan setiap tahun serta
mengharapkan kerjasama dari pihak PSSGMK dari segi dana kewangan untuk kami
menjalankan aktiviti-aktiviti di negeri kami.

Niatnya bersih, baunya suci,
Berseru kepada Putera dan Puteri,
Agama yang mulia dijunjung tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Wabillahhitaufikwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

4

TENTATIF SEMINAR PENTADBIRAN, LEMBAGA
BERADAT DAN MAJLIS GURULATIH PERTUBUHAN SILAT
SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN SARAWAK 2021

20 November 2021 (Sabtu)

MASA AKTIVITI

0500-0800 Persiapan Diri
0800-0900 Solat Subuh
0900-1000 LSaawraaptaannPkaegTiapak Pesta Benak & Pasar Tamu Simanggang
1000-1030 Majlis Perasmian Seminar Pentadbiran, Lembaga Beradat dan
1030-1230 Majlis Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
1230-1330 Kebangsaan Sarawak 2021
1330-1530 Slot 1 : Silat Gayong dari Pandangan Islam
Ustaz Kholid bin Salleh, Biro Agama dan Kebajikan

Minum pagi

Slot 2 : Perlembagaan & Struktur Organisasi PSSGM Kebangsaan
CEnikgAumMieonhSaymirewdaFnaBidinBAinbdHjRMahumsaan

Solat Zohor
Makan tengahari
Slot 3 : Pengemaskinian Adat Istiadat Silat Gayong
YEn.M..AThumnakdu FAamdizriuldSdhianhBBin. ATruifnku Yusoff

1530-1730 Slot 4 : Silibus dan Kejurulatihan
Tn. Hj. Rasol B. Abdul Ghani
En. Abdul Hadi Bin Abdullah

1730-1930 Rehat
Solat Asar
SLaowlaattManagsherkiibtar Bandar Simanggang

Nota: Tertakluk kepada perubahan semasa. 5

TENTATIF MAJLIS PERTABALAN SANDANG KEBESARAN
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK 2021

20 November 2021 (Sabtu)

MASA AKTIVITI

1930-1950 Ketibaan tetamu/penerima sandang

1950-2000 Ketibaan Dif-Dif Kehormat
2000-2300 Ketibaan YDP PSSGM Kebangsaan Sarawak, Tuan Haji Uthman
bin Haji Ramli 
Ketibaan YDP PSSGM Kebangsaan Cikgu Mohamed Faid Bin Haji
Musa dan rombongan

Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Gayong
Bacaan Doa
Ucapan aluan YDP PSSGM Kebangsaan Sarawak
Ucapan perasmian YDP PSSGM Kebangsaan
Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran PSSGM Kebangsaan
Sarawak
Penyampaian Cenderahati
Sesi fotografi
Jamuan
Persembahan Silat
Nyanyian lagu Ibu Pertiwiku
Bersurai

Nota: Tertakluk kepada perubahan semasa. 6

TENTATIF PERJALANAN ROMBONGAN VIP

21 November 2021 (Ahad)

MASA AKTIVITI

0500-0700 Persiapan diri
0700-1100 Solat Subuh
1100-1600 Sarapan pagi

1600-1700 Destinasi 5 : Lawatan ke Gelanggang Tandang Sari, Saratok
Minum pagi
Makan tengahari

Perjalanan balik ke Kuching melalui Feri Triso
Singgah ke Samarahan (Kedai Mee Udang Samarahan)

Meneruskan perjalanan balik ke Kuching
Daftar masuk rombongan VIP ke Hotel di Kuching
Makan Malam
Melawat sekitar Bandaraya Kuching

22 November 2021 (Isnin)

0630-0730 Perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

0730-0800 Urusan Pendaftaran Masuk
Bersurai

Nota: Tertakluk kepada perubahan semasa. 7

JAWATANKUASA PENGELOLA

JAWATAN PEMEGANG JAWATAN

PENAUNG CIKGU MOHAMED FAID BIN HAJI MUSA,
PENASIHAT I YDP PSSGM KEBANGSAAN
PENASIHAT II TUAN HAJI UTHMAN BIN HAJI RAMLI,
YDP PSSGM KEBANGSAAN SARAWAK

MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY BIN HJ UTHMAN

PENGARAH MOHAMAD EHSAN BIN ABDUL RAHMAN

TIMBALAN PENGARAH SHAMYR EASMETH BIN ALLUWIE

SETIAUSAHA AIZA AZILLA BINTI AIDI

BENDAHARI HARMAN BIN ARIS

JK LOGISTIK DAN TEKNIKAL PSSGS SRI AMAN

JK BUKU PROGRAM, MAJLIS HPCS SARAWAK
HADIAH & CENDERAHATI

JK SIARAYA & PSSGS SRI AMAN
PENGACARAAN

JK SAMBUTAN & PSSGS SRI AMAN
PROTOKOL

JK MAKANAN PSSGS SRI AMAN

8

SENARAI TETAMU VIP

Cikgu Mohamed Faid Bin Haji Musa

Yang Dipertua, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.

Y.M. Tunku Amiruddin Bin Tunku Yusoff

Timbalan YDP I, Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan, PSSGM Kebangsaan.

Tuan Haji Rasol Bin Abdul Ghani

Timbalan YDP II, Panglima Singa Malaya Kebangsaan, Merangkap Pengerusi Majlis Gurulatih
Kebangsaan, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.

Tuan Haji Uthman bin Haji Ramli

Naib I, PSSGM Kebangsaan Merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Kebangsaan Sarawak.

Muhammad Hamzah Bin Haji Uthman

Kipas Emas merangkap, Timbalan Yang Dipertua, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Kebangsaan Sarawak.

Puan Mas Sharifah Binti Mismat

Naib YDP III, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.

Encik Hamzah Bin Tajudin

Bendahari, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.

Muhammad Khawar Hezazy Bin Hj Uthman

AJK PSSGM Kebangsaan,
Setiausaha merangkap Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGM Kebangsaan Sarawak.

9

KRONOLOGI SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN
SILAT SENI GAYONG SARAWAK

PERMULAAN

Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak ditubuhkan pada bulan April tahun 2003 dan
telah diusahakan penubuhannya oleh Cikgu Muhammad Khawar Hezazy Bin Haji
Uthman. Penubuhan pertama ini beralamat di No 1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok,
Taman Malihah, Kuching Sarawak. Silat Seni Gayong Malaysia pada ketika itu sudah pun
berada di semua negeri di dalam Malaysia kecuali negeri Sarawak. Pada tahun 1976,
Allahyarham Mahaguru, Dato’ Meor Abdul Rahman Bin Uda Mohd. Hashim dan
rombongan termasuk Allahyarhamah Datin Kalsom (isteri pertama ADMAR),
Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum, Cikgu Ahmad Bin Ismail (Cikgu Mat Jepun) dan lain-lain
telah telah bermalam selama seminggu di Sarawak (Wan Ahmad Fauzi, 1995). Beliau
telah berjumpa dengan Tun Abdul Rahman Yaakup, Ketua Menteri Sarawak pada ketika
itu. [hidden] Silat Seni Gayong Malaysia tidak dapat ditubuhkan di Negeri Sarawak atas
beberapa faktor. [hidden]. Salah satu peristiwa adalah berlaku [hidden]. ADMAR hanya
memasang bendera putih di salah sebuah pantai di negeri Sarawak dan mengatakan
bahawa “pentas Silat Seni Gayong akan berkembang di Sarawak pada satu hari nanti
oleh anak tempatan sendiri. Setelah 34 tahun kejadian tersebut berlaku, maka anak jati
Sarawak sendiri berani tampil ke hadapan untuk meneruskan niat Allahyarham Dato’
Mahaguru. Cikgu Muhd. Khawar telah menongkah arus persilatan di Sarawak, sanggup
menerima apa sahaja risiko yang bakal ditempuhi demi warisan budaya walaupun
ditentang dan tidak berapa disenangi oleh individu dan perguruan silat Sarawak yang lain.

*[hidden] atas nasihat dari Kipas Emas LBN Sarawak, dirahsiakan dari umum untuk
menjaga harmoni. Jika ingin tahu, sila hubungi gurulatih Sarawak.


10

KRONOLOGI SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN
SILAT SENI GAYONG SARAWAK

GELANGGANG KOLEJ MATRIKULASI LABUAN (2002-2003)

Cikgu Muhamamd Khawar telah mendapatkan pelajaran Silat Seni Gayong bermula
dari tahun 2002 di Wilayah Persekutuan Labuan dan Guru Tapak Pertama beliau adalah
Cikgu Kasim Bin Samat yang merupakan anak Pahang yang berkhidmat di Kolej
Matrikulasi Labuan pada ketika itu. Cikgu Muhammad Khawar bersama-sama rakan-
rakanya iaitu Encik Kamarul Ariffin, Encik Amrin, Encik Emirat dan Encik Ali Fainur telah
menemui Cikgu Kasim untuk menuntut ilmu Silat Seni Gayong setelah melihat beliau
(Cikgu Kasim) telah membuat persembahan silat pada satu majlis rasmi Kolej. Pada
pertemuan tersebut, Cikgu Kasim bersetuju untuk membuka gelanggang di kolej ini.
Gelanggang Silat Seni Gayong di Kolej ini merupakan gelanggang Silat pertama bertapak
setelah Kolej ini berpindah dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan
ke Jalan OKK Daud, Kampung Ganggarak. Cikgu Muhammad Khawar telah dilantik
sebagai pengerusi pertama untuk Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Kolej Matrikulasi
Labuan. Persatuan ini mendapat sambutan ramai dari kalangan anak-anak Sarawak dan
Sabah dan menjalani latihan intensif selama setahun bersama-sama dengan Cikgu Kasim
Samat. Hasil usaha dari Cikgu Muhamamd Khawar dan rakan-rakan serta nasihat dari
Guru tercinta, (Cikgu Kasim), maka SSG bermula bertapak di kolej baharu ini. Cikgu
Muhammad Khawar dan rakan-rakan telah diperlimau sintuk tapak oleh Khalifah Besar
Selangor, ayahanda Cikgu Ezhar Abbas. Pertemuan ini membawa kepada semangat
mencintai Silat Seni Gayong.

11

KRONOLOGI SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN
SILAT SENI GAYONG SARAWAK

GELANGGANG PETRA JAYA (2002-2006)

Sekembalinya setelah tamat pengajian di Labuan, Cikgu Muhammad Khawar dan rakan-
rakannya termasuk Encik Kamarul Ariffin, Encik Ali Fainur, Encik Mohd Ghadaffie, Cik Intan
Fauziah dan beberapa lagi rakan-rakan mereka telah bermesyuarat di rumah ayahanda Cikgu
Muhammad Khawar untuk menubuhkan Silat Seni Gayong di Kuching namun usaha mereka
terbantut disebabkan semua rakan-rakan beliau tadi telah menyambung pelajaran di IPTA di
luar Sarawak. Maka, Cikgu Muhammad Khawar telah membuka gelanggang Silat Seni Gayong
pertama di Kuching di No.1, Lorong 7A3, Taman Malihah berbekal AMANAH dan berkat
dorongan daripada ayahanda beliau iaitu Tuan Haji Uthman Bin Haji Ramli serta juga
semangat yang diberikan oleh semua ahli keluarga beliau, Silat Seni Gayong tertubuh buat
pertama kalinya di Kuching. Perhatian diberikan kepada anak-anak Qariah Taman Malihah.
Gelanggang pertama ini bermula di halaman rumah ayahanda beliau dengan murid seramai 13
orang murid pertama Cikgu Muhammad Khawar iaitu;

1. Mohammad Ehsan Bin Abdul Rahman

2. Nurhajizul Bin Zulaihi

3. Shamyr Easmeth Bin Alluwie

4. Abdul Hisham Bin Ahmad

5. Musa Haslie Bin Rashid

6. Shahrol Ramzany Bin Alluwie

7. Mohd Nazrin Bin Najdi

8. Awangku Nazimezatul Bin Awang Nasir

9. Mohd Izzaq Bin Kamaruddin

10. Norhamirah Binti Ngatiman

11. Ira Adora Binti Abdul Razak

12. Dayangku Niramizura Binti Awang Nasir

13. Eika Natasha Binti Alluwie

13 anak muda ini adalah pesilat dan barisan pertama pelajar kepada Cikgu Muhammad
Khawar sebagai Guru Tapak mereka.


[Penafian: Murid terawal Cikgu Muhammad Khawar hanya datang dari komuniti Taman
Malihah sahaja]


12

KRONOLOGI SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN
SILAT SENI GAYONG SARAWAK

GELANGGANG UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (2003-2006)

Pada tahun 2003, beliau telah melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu di Universiti
Malaysia Sarawak. Bagai benih disemai, ditanam di mana-mana sekalipun, tetap akan tumbuh
bercambah. Begitulah diibaratkan anak didik kepada Cikgu Kasim Samat ini. Di mana sahaja
beliau berada (Cikgu Muhammad Khawar), pasti akan menyemai benih Silat Seni Gayong. Di
sini, sekali lagi, langkah tercipta dengan menubuhkan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia
Universiti Malaysia Sarawak (PSSGM UNIMAS). Organisasi ini dipimpin oleh beliau sehingga
tamat pengajian di UNIMAS pada tahun 2006.

Pada tahun 2005, Majlis Perlimau Sintuk Tapak dilaksanakan julung-julung kalinya di Bumi
Sarawak dan telah dirancang dilaksanakan di Gelanggang Petra Jaya (Gelanggang Pertama
Gayong Sarawak). Jumlah kehadiran adalah sekitar seramai 100 anak gayong. Ayahanda
Cikgu Ezhar Abbas telah menjayakan program tersebut dengan membawa amanah Cikgu Siti
Kalsom (Allahyarhamah) dengan meminta Cikgu Muhammad Khawar menjaga Silat Seni
Gayong di Sarawak. Amanah yang disampaikan ini termasuklah memanggil Cikgu Muhammad
Khawar hadir di Air Kuning untuk menerima amanah tersebut. Pada tahun tersebut juga,
semua ahli keluarga Cikgu Khawar menunjukkan sokongan padu dengan menjadi ahli dan
anak gayong serta menjadi ahli jawatankuasa penaja PSSGM Negeri Sarawak. Semua ahli
keluarga Cikgu Muhammad Khawar telah mengambil tapak untuk turut serta menjadi anak
Gayong pada malam tersebut. (Tuan Haji Uthman telah mengangkat tapak menjadi anak
Gayong pada tahun 1970 an di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur). Pada
malam tersebut juga, mesyuarat Penaja Pertama dilaksanakan bagi penubuhan Pertubuhan
Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Sarawak. Pengerusi penaja yang telah dilantik adalah Tuan
Haji Uthman Bin Haji Ramli serta ahli jawatankuasa pula terdiri daripada anak-anak serta isteri
beliau. Pada tahun 2008, barulah pendaftaran PSSGM Sarawak diluluskan di bawah Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Negeri Sarawak dengan nombor pendaftaran 2077-08-
SWK pada Disember 2008. Nama yang digunakan adalah PERTUBUHAN SILAT SENI
GAYONG KUCHING.


13

KRONOLOGI SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN
SILAT SENI GAYONG SARAWAK

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING (PSSGK) 2008

Pendaftaran dibuat untuk memastikan PSSGM bergerak di Sarawak. Walaupun
menggunakan pendaftaran lain daripada induk, namun tetap membawa semangat SSG yang
asal namun jika diimbas kembali SSG tiada pentas untuk bergerak di Sarawak. Jika dibiarkan,
SSG mungkin tidak mampu bergerak secara rasmi di Sarawak kerana tiada pendaftaran yang
sah. Oleh itu, satu langkah yang bijak dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa pada ketika itu
dengan mengambil iktibar dari kisah PASAK Gayong di Singapura.



Pertubuhan ini pada permulaanya dipelopori oleh keluarga Tuan Haji Uthman, untuk
menyediakan sebuah tapak yang lebih kukuh serta pelapis yang mampu menjalankan
tanggungjawab kepimpinan kerana tidak ramai yang berani mendongak kepala menyahut
seruan Pertubuhan Kebangsaan. Maka pertubuhan ini lebih mudah untuk dikendalikan oleh
ahli keluarga terdekat. Dalam pada itu, pihak jawatankuasa turut mengajar ahli-ahli ilmu
kepimpinan melalui pengendalian gelanggang masing-masing dari segala aspek bagi
memastikan silat ini diteruskan legasinya. Ini juga bagi memberikan penghormatan kepada
keluarga Tuan Haji Uthman yang telah berkorban segala-galanya untuk memastikan anak-
anak jati Sarawak boleh mempelajari Silat warisan Kesultanan Melayu Melaka ini. Ini juga tidak
beerti SSG “membunuh” silat tempatan di Sarawak. Bahkan, ianya membantu anak-anak muda
memilih Silat sesuai dengan jiwa mereka dan lebih berorganisasi. Sekarang, pertubuhan ini
telah melakukan pindaan dalam perlembagaan. Oleh itu, pertubuhan ini dinamakan semula
sebagai PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK dengan mengekalkan wardah
SILAT SENI GAYONG di Bumi Sarawak dengan identiti yang tersendiri bagi memastikan ianya
tidak tersekat oleh mana-mana pertubuhan lain di Sarawak.


14

LIRIK LAGU RASMI GAYONG

Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang Mulia

Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan mahulah diserta



Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan dipurbakala
Ilham menyusul zahir semula



Niatnya bersih, baunya suci
Berseni kepada Putera dan Puteri
Agama yang Mulia dijunjung tinggi
Belalah bangsa adat dan negeri



*korus



Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu

Selamat Sejahtera hajat dituju



Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru

Sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju




15

SUSUN JALUR SANDANG KEBESARAN

SANDANG BERJAWATAN SANDANG KEHORMAT SANDANG KHAS

Seri Ma(hPkeontaaunAgguAnggunCgu)la Sakti Mahkota Agung Seri Pelangi Sakti Seri Mah(KkoiptaasREemlaansg) Pelangi

Mahko(tPaenAaguunnggNPeeglaenrgi)i Sakti Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi Panglima Singa Malaya

Seri Mahko(tMaaAhgaugnugruC)ula Pelangi Mahkota Agung Seri Relang Pelangi Pelangi Hitam

7 Lembaga Waris Amanah Mahkota Seri Bintang Pelangi

Seri Ma(hImkoatma KAhgaulnifgahBiAngtuanngg)Pelangi Mahkota Seri Relang Pelangi
Se(TriimMbaahlkaontIamAagmunKghaRlieflaahngAgPuenlagn)gi Mahkota Seri Cahaya Pelangi

(TSimerbi aMlaanhkImotaamBKinhtaalnifgahPeNleagnegrii) Mahkota Cula Pelangi
S(WeriaCriuslBaePrealdaantg)i Mahkota Bintang Pelangi
Se(rKi eBtinutaaBnegraPdealatn)gi

Seri Ma(KhkhoaltiafaChaBheasyaar)Pelangi
Se(KrihRaelilfaanhgKPaenlaann)gi
S(KerhiaCliafhahay/SariPkealnandgi)i

(Khalifah SMeurdi aP/eSlrainkgaindi Muda)

16

SENARAI PENERIMA SANDANG
MAJLIS PERTABALAN SANDANG KEBESARAN
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

KEBANGSAAN SARAWAK 2021

JAWATAN NAMA PENERIMA NAMA SANDANG
SANDANG 7 LEMBAGA WARIS AMANAH
HAJI UTHMAN BIN HAJI RAMLI PANGLIMA SINGA MALAYA
BERJAWATAN
SANDANG KHAS MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY PELANGI HITAM
BIN HJ UTHMAN
SANDANG KHAS
NURHAJIZUL BIN ZULAIHI

WARIS BERADAT ABDUL HISHAM BIN AHMAD SERI CULA PELANGI

WARIS BERADAT AIZA AZILLA BINTI AIDI SERI CULA PELANGI

WARIS BERADAT HARMAN BIN ARIS SERI CULA PELANGI

KETUA BERADAT AZROL NAZREN BIN AZEMI SERI BINTANG PELANGI

KETUA BERADAT MOHD HAFIZ BIN ABAS SERI BINTANG PELANGI

KETUA BERADAT MUSTAPA BIN EMI SERI BINTANG PELANGI

KHALIFAH KANAN MUHAMMAD HAZEEM BIN HADANAN SERI RELANG PELANGI

KHALIFAH KANAN MUHAMMAD IZZAQ BIN KAMARUDIN SERI RELANG PELANGI

KHALIFAH MADANI BIN HAZMI SERI CAHAYA PELANGI

KHALIFAH MOHAMMAD RAZI BIN ABDUL SAMAD SERI CAHAYA PELANGI

KHALIFAH MOHD AZRIN SAFWAN BIN MAT ALI SERI CAHAYA PELANGI

17

SENARAI PENERIMA SANDANG
MAJLIS PERTABALAN SANDANG KEBESARAN
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

KEBANGSAAN SARAWAK 2021

JAWATAN NAMA PENERIMA NAMA SANDANG
KHALIFAH SERI CAHAYA PELANGI
KHALIFAH MOHD ZULFADZLEY HELMY SERI CAHAYA PELANGI
BIN MOHD HEJEMI

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD SHUKOR

KHALIFAH NORHISHAMMUDIN BIN NEN SERI CAHAYA PELANGI

KHALIFAH SHARDI BIN WAHID SERI CAHAYA PELANGI

KHALIFAH MUDA ABANG MUHAIMINNAFIS BIN ABANG JOHAN SERI PELANGI

KHALIFAH MUDA ALIXSON SIBOK ANAK NYAUN SERI PELANGI

KHALIFAH MUDA AWANGKU IZZ MUQRI BIN AWANG SABELI SERI PELANGI

KHALIFAH MUDA AZIZAN BIN JAMA'AT @ JAMAIN SERI PELANGI

KHALIFAH MUDA HAFIZUDIN BIN BASIRON SERI PELANGI

KHALIFAH MUDA JAMALUDIN MANSOR SERI PELANGI

KHALIFAH MUDA MOHAMAD FARHAN BIN MAHADI SERI PELANGI
KHALIFAH MUDA SERI PELANGI
KHALIFAH MUDA MOHAMAD HAZWANUL BAQRI BIN SERI PELANGI
MOHAMAD HAZRIQK

MOHAMMAD AKMAL BIN RAZAK

KHALIFAH MUDA MOHAMMAD ANIQ AFDHAL BIN HAMDAN SERI PELANGI

18

SENARAI PENERIMA SANDANG
MAJLIS PERTABALAN SANDANG KEBESARAN
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

KEBANGSAAN SARAWAK 2021

JAWATAN NAMA PENERIMA NAMA SANDANG
KHALIFAH MUDA MOHAMMAD FAZILAH BIN TEKAT SERI PELANGI
SERI PELANGI
KHALIFAH MUDA MOHD ZAKIYUDDIN BIN SENYEM SERI PELANGI
SERI PELANGI
KHALIFAH MUDA MUHAMAD FARIS BIN MAHADI SERI PELANGI

KHALIFAH MUDA MUHAMMAD AL RAMADHANI
BIN NGATIMAN

KHALIFAH MUDA MUHAMMAD ANIQ SYAZRIN BIN YAHKUP

KHALIFAH MUDA WAN HELMI BIN WAN ISMAIL SERI PELANGI

SRIKANDI MUDA MIMI ALLYSHA NAJWA BINTI MASRI SERI PELANGI

SRIKANDI MUDA NUR ATIRAH BINTI SUKRI SERI PELANGI

SRIKANDI MUDA NURUL SHAZWANIE BINTI HASSAN SERI PELANGI

SANDANG MESRA BIN BEJI MAHKOTA CULA PELANGI
KEHORMAT
NORFAZRINI BINTI DINEN MAHKOTA BINTANG PELANGI
SANDANG
KEHORMAT SENYEM BIN HAN MAHKOTA BINTANG PELANGI

SANDANG AHMAD SYARIFFUDDIN BIN HAMLIN MAHKOTA BINTANG PELANGI
KEHORMAT
NAQSYUWANDI BIN JERAEE MAHKOTA BINTANG PELANGI
SANDANG
KEHORMAT 19

SANDANG
KEHORMAT

SENARAI PENERIMA SANDANG
MAJLIS PERTABALAN SANDANG KEBESARAN
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

KEBANGSAAN SARAWAK 2021

JAWATAN NAMA PENERIMA NAMA SANDANG
HAJI SUHAIMI BIN JOHAN MAHKOTA BINTANG PELANGI
SANDANG
KEHORMAT WAN ALIFF YUSUF AL-NOOR BIN WAN ALWI MAHKOTA BINTANG PELANGI
SANDANG
KEHORMAT

20

Sekalung penghargaan
ditujukan kepada semua
yang telah menjayakan

program ini dengan
jayanya.

DISEDIAKAN OLEH :

MAJLIS HPCS SARAWAK


Click to View FlipBook Version