2021
JPPM PPM-002-10-27052013
PERATURAN KECIL
LEMBAGA BERADAT KEBANGSAAN
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
KEBANGSAAN
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN
PERATURAN KECIL
LEMBAGA BERADAT KEBANGSAAN
1. Pendahuluan
i. Merupakan Badan Adat Istiadat yang tersendiri yang mengawasi perjalanan, menjaga
kesinambungan / ketulenan / keaslian daripada segi adat istiadat Pertubuhan Silat Seni
Gayong Malaysia Kebangsaan.
ii. Lembaga Beradat Kebangsaan hendaklah dianggotai oleh Pengerusi Lembaga Beradat
Negeri. Dalam kalangan Ahli Lembaga ini, maka hendaklah dilantik;
a. Seorang Pengerusi (Mestilah terdiri daripada salah seorang Ahli Lembaga Waris
Amanah)
b. Seorang Timbalan Pengerusi (Sekurang-kurangnya mempunyai sandang Waris Beradat
atau Ketua Beradat)
c. Seorang Setiausaha (Dilantik oleh Pengerusi dalam kalangan Murid Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan yang memegang sekurang-kurangnya sandang Waris Beradat
dengan persetujuan Ahli Lembaga yang lain)
d. Seorang Bendahari ( Ditunjuk oleh Pengerusi dalam kalangan Murid Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan yang memegang sekurang-kurangnya sandang Ketua Beradat
dengan persetujuan Ahli Lembaga yang lain )
e. Ahli Jawatankuasa ( Terdiri daripada Pengerusi Lembaga Beradat Negeri )
iii. Pengerusi Lembaga Beradat Negeri yang dilantik diberi mandat oleh Lembaga Beradat
Kebangsaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri sebagaimana
berikut;
a. Seorang Pengerusi ( Sekurang-kurangnya mempunyai sandang Waris Beradat )
b. Seorang Timbalan Pengerusi ( Sekurang-kurangnya mempunyai sandang Waris Beradat
atau Ketua Beradat )
c. Seorang Setiausaha ( Dilantik oleh Pengerusi dalam kalangan Murid Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan yang memegang sekurang-kurangnya sandang Waris Beradat
dengan persetujuan Ahli Lembaga yang lain )
d. Seorang Bendahari ( Ditunjuk oleh Pengerusi dalam kalangan Murid Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan yang memegang sekurang-kurangnya sandang Ketua Beradat
dengan persetujuan Ahli Lembaga yang lain )
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 1
e. Ahli Jawatankuasa ( Pengerusi berhak melantik dengan persetujuan Ahli Lembaga, 5
orang lagi dalam kalangan Murid Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan yang
memegang sekurang-kurangnya sandang Ketua Beradat untuk menjadi Ahli Tambahan
kepada Majlis Lembaga Adat Kebangsaan dengan persetujuan Ahli Lembaga yang lain )
iv. Ahli Jawatankuasa Majlis Lembaga Adat Negeri terdiri daripada penyandang Waris
Beradat dan Ketua Beradat yang telah berkecimpung dalam Pertubuhan ini secara aktif
sekurang-kurangnya tiga tahun membayar yuran secara tetap atau sebaik-baiknya Ahli
Seumur Hidup.
v. Tiada Majlis Lembaga Adat di Peringkat Daerah.
2. Objektif
i. Menentukan adat istiadat dapat dikawal selia dalam aspek keaslian dan kualiti sebagai seni
beladiri yang praktikal serta efektif.
ii. Memastikan seseorang ahli itu berpengetahuan dari segi adat istiadat agar tidak melanggar
peraturan adat dan akidah.
iii. Memastikan pesilat akan dapat mendisiplinkan diri dengan segala peraturan Pertubuhan
yang sedia ada.
3. Fungsi
i. Melaksanakan semua Majlis Adat dan Istiadat.
ii. Merancang program pembangunan dan penerangan hal ehwal adat istiadat Pertubuhan
Silat Seni Gayong Kebangsaan.
iii. Langkah-langkah sokongan perlaksanaan dasar Pertubuhan Silat Seni Gayong
Kebangsaan.
iv. Berfungsi sebagai badan disiplin, etika dan adat istiadat.
4. Ketetapan
i. Memastikan setiap Ahli yang akanmengikuti pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia
Kebangsaan sama ada di peringkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan akan melalui Majlis
Perlimau Adat Tapak atau Seni dan Ikrar Murid Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan
terlebih dahulu.
ii. Pelantikan seseorang Ahli Lembaga Breradat Kebangsaan adalah di bawah bidang kuasa
Jawatankuasa Induk Pertubuhan dengan pencalonan oleh PSSGM Kebangsaan
Cawangan Negeri.
iii. Ahli Lembaga Adat akan memerhati, menasihat dan mengambil tindakan terhadap
sesuatu perkara yang jelas langgar ketulenan atau keaslian adat istiadat, pelajaran dan
pentadbiran Pertubuhan berdasarkan perlembagaan sedia ada.
iv. Seseorang Ahli Lembaga Adat haruslah memastikan disiplin seseorang Ahli adalah
berlandaskan perlembagaan dan akidah.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 2
v. Setiap program yang dilaksanakan oleh Majlis Lembaga Adat haruslah dimaklumkan
kepada Setiausaha Agung Pertubuhan bagi pengurusan rekod dan fail.
5. Pengurusan Majlis Penerimaan Murid
i. Seseorang Ahli Pertubuhan yang ingin menjadi Murid Gayong mestilah melalui Majlis
Penerimaan Murid dengan melalui Istiadat Perlimau Tapak Gayong ( Tanpa Senjata ) dan
Istiadat Perlimau Seni ( Kebenaran Mempelajari Senjata ).
ii. Bayaran bagi Majlis Penerimaan Murid ini adalah seperti berikut;
a. Majlis Perlimau Tapak ( Lelaki ) atau Majlis Perlimau Seni ( Perempuan )
i. Jumlah bayarannya adalah RM 11.50 seorang.
ii. Agihan kewangannya adalah seperti berikut;
BUTIRAN JUMLAH BAYARAN ( RM )
Wakil Perlimau RM 3.00
Tabung Lembaga Adat RM 3.00
Kad Perlimau Tapak / Seni RM 1.50
Pengapit RM 1.00
Gurulatih RM 1.50
Adat Negeri RM 0.50
Gelanggang RM 1.00
(Gelanggang berhak menambah kutipan bayaran untuk persediaan peralatan, jamuan dan lain-
lain.)
iii. Agihan Kewangan Tabung Lembaga Adat dan Kad Perlimau Tapak atau Seni
hendaklah dihantar terus ke Wisma Gayong Kebangsaan melalui Bendahari Negeri
serta mestilah dilampirkan bersama-sama Borang Keahlian sama ada Baharu atau
Perbaharui.
iv. Kegagalan untuk mengemukakan Borang Perlimau Tapak atau Seni bersama-sama
Borang Keahlian Baharu atau Perbaharui akan mengakibatkan Pertubuhan tidak
mengeluarkan Kad Keahlian dan Kad Perlimau Tapak atau Seni.
b. Majlis Perlimau Seni ( Lelaki )
i. Jumlah bayarannya adalah RM 21.50 seorang.
ii. Agihan kewangannya adalah seperti berikut;
BUTIRAN JUMLAH BAYARAN ( RM )
Wakil Perlimau RM 6.00
Tabung Lembaga Adat RM 5.00
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 3
Kad Perlimau Tapak / Seni RM 1.50
Pengapit RM 2.00
Gurulatih RM 3.00
Adat Negeri RM 2.00
Gelanggang RM 2.00
(Gelanggang berhak menambah kutipan bayaran untuk persediaan peralatan, jamuan dan lain-
lain.)
iii. Agihan Kewangan Tabung Lembaga Adat dan Kad Perlimau Tapak atau Seni
hendaklah dihantar terus ke Wisma Gayong Kebangsaan melalui Bendahari Negeri
serta mestilah dilampirkan bersama-sama Borang Keahlian sama ada Baharu atau
Perbaharui.
iv. Kegagalan untuk mengemukakan Borang Perlimau Tapak atau Seni bersama-sama
Borang Keahlian Baharu atau Perbaharui akan mengakibatkan Pertubuhan tidak
mengeluarkan Kad Keahlian dan Kad Perlimau Tapak atau Seni.
iii. Peralatan Perlimau Tapak Gayong
a. Wang Fidyah berjumlah RM 11.50 seorang.
b. Sebiji Limau Nipis
- Ia akan dijadikan sejenis alat membersihkan daripada daki dan kotoran. Limau
merupakan peralatan permandian orang dahulu kala. Ia mengandungi sedikit asid lemah dan boleh
diibaratkan sebagai sabun mandi.
c. Akar Sintuk
- Bahan pembersih badan dan ianya mengandungi alkali. Ia digunakan orang pada zaman
dahulu sebagai bahan antibakteria, syampu dan berus penggosok badan.
d. Asam Jawa dan Garam
- Cabaran dalam latihan aham mengingati nikmat dan kelazatan ilmu yang diperoleh setelah
melalui perit getir ujian serta latihan.
e. Sesisir Pisang Emas
- Simbolik Kenduri meraikan kehadiran ‘Orang Baru’ menjadi Keluarga Gayong.
f. Bakhoor/Kemenyan
- Ia sebagai pengharum dan penyegar suasana pada zaman dahulu menggantikan gaharu
yang mahal.
iv. Peralatan Perlimau Seni ( Lelaki )
Sebiji Limau Nipis, Akar Sintuk, Asam Jawa, Garam, Sesisir Pisang Emas, Kemenyan dan
ditambahkan lagi dengan;
a. Wang Fidyah berjumlah RM 21.50 seorang.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 4
b. Tujuh Jenis Kuntum Bunga
- Pengganti perwangian permandian yang segar dan ianya digunakan untuk istiadat yang
mulia. Ianya adalah kiraan simbolik orang Melayu.
c. Sekapur Sirih
- Menandakan kesudian murid itu berguru dan menerima pelajaran.
d. Air Gayong
- Air yang telah didoakan oleh Wakil Perlimau untuk Penerang Hati menerima pelajaran,
keselamatan dan keberanian. ( Dahulu air ini didoakan oleh Datuk Mahaguru )
6. Pakaian
i. Bagi majlis rasmi Pertubuhan seperti Majlis Adat Istiadat, Pertabalan atau bila masa
yang diminta. Pesilat Putera hendaklah berbaju Melayu Hitam, Tengkolok dan
Bersamping Hitam Songket. Bagi Pesilat Puteri pula hendaklah berbaju kurung atau
kebaya hitam, tudung atau selendang hitam serta berkasut atau bercapal hitam.
ii. Bagi Majlis Rasmi Pertubuhan, Sandang Kebesaran atau Kehormat yang
dianugerahkan hendaklah dipakai secara tertib.
Lelaki Perempuan
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 5
7. Istiadat Bergelanggang
i. Izin Gelanggang
Sebelum sesebuah gelanggang dimulakan, terutamanya di luar latihan biasa. Terlebih dahulu
hendaklan ‘meminta izin’ daripada sesiapa sahaja yang berhak pada masa itu seperti DYMM YDP
Agong, Sultan, Lembaga Waris Amanah, Imam Khalifah dan lain-lain ( yang menyandang Sandang
Kebesaran Pertubuhan ).
Kaedah bagi Mengambil Tapak;
a. Mengadap bertapak ke hadapan dan undur dengan kiraan langkah yang telah ditetapkan
kepada;
JAWATAN JUMLAH TAPAK KEDUDUKAN TANGAN
Mahaguru / Sultan 3 tapak Di atas ubun-ubun
Imam Khalifah / Timbalan Imam Khalifah 7 tapak Di atas pandangan
Waris Beradat dan Ketua Beradat 7 tapak
- Di bawah pandangan
Khalifah Besar - Di bawah pandangan
Khalifah Kanan / Khalifah - Di bawah kata-kata
Ketua Gelanggang Di sanubari
b. Bergerak dalam kumpulan kecil ( 3 orang ) ke hadapan mengikut urutan tapak seperti di
atas. Apabila rapat kehadapan maka ketua kumpulan akan memberi salam.
c. Salam dijawab dan ditanya nama serta tujuan membuat tapak menghadap.
d. Lafaz Ijab dan Kabul ( oleh Ketua Kumpulan dan Tetamu )
Ketua Kumpulan Aku sebagai………… izinkan aku berserta rakan-rakan untuk
Tetamu membuka gelanggang …………… ( Persembahan / Majlis / Dan Lain-
Ketua Kumpulan
lain ) pada hari / malam ini.
Aku sebagai…………. Mengizinkan kamu dan rakan-rakan kamu untuk
membuka gelanggang ( Persembahan / Majlis / Dan Lain-lain ),
terimalah dengan berkat syafaat Baginda Rasulullah.
Aku terima amanah ini dengan berkat syafaat Baginda Rasulullah
S.A.W.
e. Kemudian berundur tapak ke belakang sebagaimana datang.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 6
1. Di atas ubun-ubun 1. Di atas pandangan 1. Di bawah pandangan
1. Di bawah kata-kata 1. Di sanubari
iii. Kaedah bagi Membuka dan Menutup Gelanggang
a. Sebagaimana lazimnya dengan memfidiahkan bacaan Surah Al Fatihah 1 kali, Surah Al
Ikhlas 11 kali dan selawat 3 kali. Adalah tidak digalakkan mengadakan sesi latihan pada
malam Jumat jika terpaksa, pesilat hendaklah membaca Surah Al Fatihah 7 kali dan Surah
Al Ikhlas sebanyak 33 kali. Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebanyak 11 kali.
b. Sekiranya terdapat pesilat yang bukan Islam, ianya dikehendaki bertafakur mendiamkan diri
hingga selesai. Sambil itu Gurulatih mendoakan supaya pelatih / pesilat itu berminat untuk
menjiwai Islam.
c. Lafaznya adalah seperti berikut;
Sebelum kita memulakan latihan / majlis / persembahan kita pada kali ini terlebih
dahulu hendaklah kita membaca Al Fatihah 1 kali, Surah Al Ikhlas 11 kali dan selawat 3 kali.
Kita fidyahkan kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., para Sahabat, Ambiak -Auliak,
Wali-wali Allah, Allahyarham Mahaguru, ahli keluarga Mahaguru, nenek moyang kita dan
kaum Muslimin dan Muslimat, semua sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Semoga dengan keberkatan bacaan ini, kita berdoa supaya latihan kita
berjalan dengan selamat.
InsyaAllah.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 7
iv. Adab Bergelanggang
Apabila seseorang pesilat telah memasuki gelanggang adalah dimestikan mengikut adat /
peraturan yang ada iaitu;
a. Masuk hendaklah memberi salam
b. Memakai pakaian yang sopan dan ditetapkan sahaja
c. Tidak dibenarkan memakai kasut, dibolehkan memakai stoking hitam jika dalam keadaan
tertentu.
d. Tidak bergurau senda, bergelak ketawa dan bermain-main.
e. Harus hormat menghormati antara satu sama lain, tegur-menegur dan jangan cepat berasa
hati.
f. Apabila seseorang pesilat hendak keluar, hendaklah pesilat memberitahu kepada Gurulatih
yang mengajar terlebih dahulu.
g. Di dalam gelanggang / ketika bertugas, tidak dibenarkan makan, minum ataupun menghisap
rokok.
h. Tidak boleh memakai barangan kemas seperti cincin, rantai, subang dan jam tangan yang
boleh menyebabkan kecederaan.
i. Tidak boleh melakukan aksi bukan daripada pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia
Kebangsaan tanpa sebab tertentu / kebenaran.
j. Digalakkan mengambil wudhu’ sebelum memulakan latihan.
8. Adat Istiadat Lain Dalam PSSGM Kebangsaan
i. Permulaan Pelajaran Keris / Lembing
Sebelum pelajaran keris / lembing dimulakan, sebuah adat istiadat kenduri doa selamat perlu
diadakan terlebih dahulu sebagai memohon perlindungan dan kesejahteraan dalam menuntut ilmu.
ii. Tamat / Khatam Pelajaran Keris / Lembing
Setelah selesai penerimaan dan pengujian pelajaran ini, upacara khatam / penutup perlu
diadakan sebagai doa kesyukuran pada segala urusan dan halal-menghalal pada guru serta murid
ke atas ilmu yang diajar.
iii. Majlis Mandi Minyak
Majlis mandi minyak ini dijalankan adalah untuk minima sekali dalam setahun bagi mengambil
kira setelah penat setahun berlatih haruslah badan sakit-sakit dan ianya hendaklah dibaik pulih.
Minyak yang dimasak, disapukan ke seluruh badan pesilat. Minyak yang dimasak haruslah
diketuakan oleh seorang Dalang Mandi Minyak. Ianya akan bertanggungjawab dalam keselamatan
pesilat ketika mencelup minyak.
Fidyah untuk Mandi Minyak adalah seperti berikut:
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 8
BUTIRAN JUMLAH BAYARAN ( RM )
Ketua Dalang RM 5.00
Pembantu Dalang RM 2.50
(Gelanggang berhak menambah kutipan bayaran untuk persediaan peralatan, jamuan dan lain-
lain.)
iv. Pembukaan Gelanggang Baru
Bagi gelanggang yang baru dibuka akan diadakan sebuah majlis pembukaan gelanggang bagi
memohon kesejahteraan dan keselamatan. Lebih diutamakan kepada gelanggang awam.
( perasmian gelanggang )
v. Majlis Penyampaian Bengkung
Majlis ini diadakan mengikut keperluan. Ianya merangkumi keseluruhan gelanggang yang
terdapat dalam satu-satu negeri. Bagi gelanggang lain ianya diadakan mengikut keperluan.
vi. Pertabalan Ahli Lembaga Adat
Majlis ini diadakan untuk melantik Ahli Lembaga Adat sama ada di peringkat Cawangan,
Negeri atau Kebangsaan.
vii. Sambutan Hari Sang Sapurba
Ianya adalah berlandaskan daripada tarikh Keputeraan Sultan Perak. Sambutan ini baru sekali
sahaja diadakan.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 9
9. Organisasi Lembaga Beradat Kebangsaan
SULTAN/MAHAGURU
(KEBANGSAAN)
(SEORANG)
PEMEGANG WARIS AMANAH
MUTLAK / LEMBAGA WARIS
AMANAH
IMAM KHALIFAH
TIMBALAN IMAM KHALIFAH KIPAS EMAS
SINGA MALAYA
WARIS BERADAT PELANGI HITAM
(14 ORANG)
KETUA BERADAT
(14 ORANG)
KHALIFAH BESAR KHALIFAH BESAR KHALIFAH BESAR KHALIFAH BESAR
(PENTADBIRAN) (ADAT ISTIADAT) (PELAJARAN) (DISPLIN)
KHALIFAH KANAN
KHALIFAH
KHALIFAH MUDA
MURID
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 10
Keterangan :
1. Mahaguru
Silat Seni Gayong adalah ciptaan Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman b. Daeng Uda Md.
Hashim DPCM, dan bukan ditiru daripada silat-silat yang lain.
2. Pemegang Waris Amanah Mutlak
i. Waris Amanah Silat Seni Gayong ialah Pemegang Amanah yang dilantik oleh Dato’
Meor Abdul Rahman b. Daeng Uda Md. Hashim DPCM, sebagai orang yang diamanah
untuk bertanggungjawab atas Adat Istiadat, Pelajaran, Gurulatih secara tauliah atau
wasiat.
ii. Mereka yang dilantik hanyalah 3 orang iaitu Arwah Cikgu Hj. Razali bin Mohd Salleh,
Arwah Cikgu Ahmad bin Lazim dan Arwah Cikgu Rokiah binti Naning @ Siti Kalsom binti
Meor Abd Rahman. Tiada pengganti setelah mereka bertiga ini meninggal dunia.
3. Lembaga Waris Amanah
i. Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan adalah kuasa
tertinggi sekali daripada Lembaga Beradat Kebangsaan.
ii. Lembaga Waris Amanah mempunyai 7 orang ahli yang sangat kanan dari segi
pentadbiran, pengetahuan, pengalaman, pelajaran, perkhidmatan dan mempunyai
rekod cemerlang di dalam Pertubuhan.
iii. Lembaga Waris Amanah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Hasil mesyuarat hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan, Majlis
Gurulatih dan Lembaga Beradat Kebangsaan serta Negeri secara bertulis.
iv. Apabila mati, berhenti atau terlucut hak seseorang Ahli Lembaga Waris Amanah, maka
sebuah pemilihan akan diadakan dalam kalangan ahli Pertubuhan yang berkelayakan.
4. Kipas Emas
i. Kipas Emas akan dilantik oleh Mahaguru / Pemegang Waris Amanah Mutlak / Lembaga
Waris Amanah dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Peringkat Negeri atau salah seorang
Ahli Pertubuhan yang cekap dalam peraturan Pertubuhan dan Adat Istiadat Silat Seni
Gayong dan merupakan Ahli Seumur Hidup dan Murid Kanan. Perlantikan ini mestilah
mendapat sokongan daripada Ahli Lembaga Beradat.
ii. Menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan kesalahan dalam hal ehwal adat istiadat dan
kejurulatihan yang dilakukan oleh Ahli Pertubuhan.
iii. Beliau juga boleh dijadikan tempat rujukan nasihat oleh semua Ahli Pertubuhan.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 11
5. Imam Khalifah
i. Imam Khalifah akan dilantik oleh Lembaga Waris Amanah daripada salah seorang Waris
Beradat atau Ketua Beradat dalam sesebuah Negeri yang jujur dan cekap dalam
peraturan Lembaga Beradat.
ii. Beliau mengetuai sistem Lembaga Beradat Negeri.
iii. Memahami dan menasihati pentadbiran dan adat istiadat.
iv. Merupakan Ahli Seumur Hidup Pertubuhan.
v. Memantau semua gelanggang latihan dalam sesebuah Negeri.
vi. Merasmikan pembukaan tempat latihan silat (gelanggang) bagi pihak Lembaga Waris
Amanah, jika tidak dapat hadir.
vii. Menjaga keselamatan dan bertanggungjawab kepada Ahli-ahli yang mengambil
bahagian dalam sesuatu pertunjukan Peringkat Negeri.
viii. Mengeluarkan perintah kepada Waris Beradat dan Khalifah Besar bagi menjalankan
sebarang pekerjaan yang bersangkutan dengan tugas mereka, salinan surat perintah
tersebut hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan dengan segera.
6. Timbalan Imam Khalifah
i. Membantu dan menggantikan Imam Khalifah ketika ketiadaannya.
7. Waris Beradat
i. Menjaga hak dan adat istiadat Silat Seni Gayong.
ii. Waris Beradat yang dilantik mestilah orang yang jujur, benar-benar layak dan cekap
dalam adat-istiadat.
iii. Merupakan Ahli Pertubuhan yang membayar yuran tahunan tetap atau Ahli Seumur
Hidup.
iv. Memutuskan sesuatu perkara berkenaan adat istiadat Silat Seni Gayong dalam
Mesyuarat Lembaga Adat dengan mendapat undian terbanyak.
v. Menyampaikan perintah kepada Ketua Beradat bagi menjalankan sebarang pekerjaan
yang bersangkutan dengan tugas mereka, salinan surat perintah tersebut hendaklah
dihantarkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan dengan segera.
8. Ketua Beradat
i. Menerima perintah daripada Waris Beradat dan salinan surat perintah hendaklah
dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan.
ii. Hendaklah seorang yang jujur, benar-benar layak dan cekap dalam adat-istiadat.
iii. Ketua Beradat dengan suara terbanyak boleh membawa aduan kepada Waris Beradat
untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Beradat.
iv. Menjalankan perintah daripada Waris Beradat dan salinan surat perintah tersebut
hendaklah dihantarkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 12
9. Khalifah Besar
i. Pemegang bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti 1 atau 2.
ii. Empat Khalifah Besar dalam setiap satu Negeri. Ia menjaga salah satu bahagian berikut;
Pentadbiran, Pelajaran, Adat Istiadat, Disiplin. Ianya mestilah Ahli Seumur Hidup
Pertubuhan.
iii. Khalifah Besar akan dilantik oleh Lembaga Waris Amanah dari salah seorang Khalifah
Kanan yang cekap dalam Silat Seni Gayong dan Adat Istiadat.
iv. Memberikan arahan dan menguruskan Adat Istiadat Silat Seni Gayong dalam masa
latihan.
10. Khalifah Kanan
i. Pemegang bengkung Pelang Kuning Cula 4 atau 5.
ii. Gurulatih cekap yang faham Adat Istiadat dan Pelajaran serta Pentadbiran. Ianya
mempunyai pengalaman dalam Silat Seni Gayong dalam sesebuah Negeri dan
merupakan Ahli Seumur Hidup Pertubuhan.
iii. Membantu Khalifah Besar, jika tiada kehadirannya.
iv. Berpengalaman dan sangat faham mengenai adat dan pelajaran.
11. Khalifah
i. Pemegang Bengkung Pelangi Kuning Cula 1, 2 atau 3 dan seorang Gurulatih yang
cekap.
ii. Membantu Khalifah Kanan, jika tiada kehadirannya.
12. Khalifah Muda
i. Pemegang Bengkung Pelangi Merah Kosong, Cula 1, 2 atau 3.
ii. Khalifah Muda akan dilantik oleh Lembaga Waris Amanah daripada salah seorang Ahli
Pertubuhan yang berdaftar di Cawangan, pelantikan ini hendaklah dipersetujui oleh
Gurulatih, Khalifah Kanan, Khalifah Besar dan Imam Khalifah sesebuah Negeri.
iii. Menjaga tempat latihan di sebuah gelanggang dan mengajar kepada Ahli-ahli
Pertubuhan di tempat latihan semasa Gurulatih tidak hadir.
iv. Boleh juga menjadi Gurulatih dalam sesebuah gelanggang.
13. Murid Gayong
Ahli Pertubuhan hendaklah menjadi Murid Gayong dan tidak boleh mempelajari Silat Seni
Gayong Malaysia Kebangsaan sebelum menunaikan syarat-syarat tersebut.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 13
10. Wakil Perlimau Adat
i. Kuasa Mandi Tapak Gayong dan Mandi Seni adalah di bawah kuasa Mahaguru seperti
peraturan dan syarat yang telah ditetapkan. Beliau telah melantik ramai Wakil Perlimau
Adat sebelum pemergiannya.
ii. Perlantikan seterusnya boleh secara bertulis kepada sesiapa jua Murid dan Ahli
Pertubuhan, oleh orang yang berkelayakan sahaja dengan persetujuan Majlis Lembaga
Adat Negeri, salinan surat bertulis hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung
Pertubuhan dan Peringkat Negeri untuk rekod.
iii. Kuasa Mandi Tapak Gayong ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya wakil-
wakil Perlimau Adat tidak jujur atau melakukan kesalahan dari segi Adat Istiadat Silat
Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.
iv. Segala butiran kewangan yang diterima oleh Wakil Perlimau Adat ini hendaklah nyata
dan agihan mengikut butiran perjanjian. Penyata Kewangan dan senarai nama murid
mestilah dihantar kepada Bendahari Adat Kebangsaan setiap kali selepas Majlis
dijalankan untuk direkodkan di Wisma Gayong Kebangsaan.
v. Kriteria seorang Wakil Perlimau Adat adalah seperti berikut:
1. Mesti menjadi ahli dan murid Gayong Kebangsaan yg sah
2. Sekurang-kurangnya pemegang bengkong hitam
3. Sekurang-kurangnya pemakai sandang Ketua Beradat negeri atau kebangsaan
4. Berumur 35 tahun ke atas
5. Sudah berumah tangga
6. Seorang yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.
7. Bertaraf gurulatih kanan
8. Pernah menjadi apit jinjang sekurang-kurangnya 3 kali
9. Faham mengenai Pentadbiran Adat Istiadat Gayong dan Pelajaran Gayong.
11. Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan
1. Susun Jalur Sandang Kebesaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan
i. Susun Jalur Sandang Kebesaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan
adalah seperti berikut;
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 14
SERI MAHKOTA CULA PELANGI
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 15
2. Sandang Berjawatan
Sandang Berjawatan adalah sandang yang diberikan kepada seseorang Ahli dan Murid Silat
Seni Gayong Malaysia Kebangsaan bagi menentukan kedudukan kekanan dalam majlis formal
dan adat istiadat Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan mengikut taraf sandang yang dipakai.
Secara amnya, kriteria penyandang sandang berjawatan mestilah seorang Ahli Pertubuhan dan
Murid Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan yang sah. Keahliannya jawatankuasa Lembaga
Beradat tidak dikhaskan pada peringkat sandang tertentu. Terdapat 13 peringkat Sandang
Berjawatan yang diwartakan dan setiap Sandang Berjawatan tersebut mempunyai nama yang
tersendiri.
BIL NAMA SANDANG PENYANDANG
01 SERI MAHKOTA AGUNG CULA SAKTI PENAUNG AGUNG
02 SERI MAHKOTA AGUNG PELANGI SAKTI PENAUNG NEGERI
03 SERI MAHKOTA AGUNG CULA PELANGI MAHAGURU
04 SERI MAHKOTA CULA PELANGI 7 ORANG AHLI LEMBAGA WARIS
05 SERI MAHKOTA AGUNG BINTANG PELANGI AMANAH
06 SERI MAHKOTA AGUNG RELANG PELANGI IMAM KHALIFAH AGONG
07 SERI MAHKOTA BINTANG PELANGI TIMBALAN IMAM KHALIFAH AGONG
08 SERI CULA PELANGI / IMAM KHALIFAH NEGERI
TIMBALAN IMAM KHALIFAH NEGERI
09 SERI BINTANG PELANGI WARIS BERADAT
(HARIMAU PELANGI HITAM 5 & 6 )
10 SERI MAHKOTA CAHAYA PELANGI KETUA BERADAT
(HARIMAU PELANGI HITAM 3 & 4)
11 SERI RELANG PELANGI KHALIFAH BESAR
(HARIMAU PELANGI HITAM 1 & 2)
12 SERI CAHAYA PELANGI KHALIFAH KANAN
( PELANGI KUNING 4 & 5 )
13 SERI PELANGI KHALIFAH / SRIKANDI
(PELANGI KUNING 1, 2 & 3 )
KHALIFAH MUDA / SRIKANDI MUDA
( PELANGI MERAH KOSONG, 1, 2 &
3)
3. Sandang Kehormat
Sandang Kehormat adalah sandang yang dianugerahkan kepada mereka yang bukan Ahli
Pertubuhan dan Murid Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan sebagai sebuah penghormatan
atau atas jasa mereka dalam membangunkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Kebangsaan. Penganugerahan Sandang Kehormat selalunya diberikan kepada Wakil Rakyat,
Pegawai Kerajaan dan Ahli-ahli Kenamaan. Disebabkan ianya melibatkan berbagai lapisan dalam
organisasi kerajaan dan negara, maka susunan Sandang Kehormat disusun mengikut Susunan
Keutamaan Persekutuan yang diwartakan oleh Kerajan Malaysia. Terdapat 8 peringkat Sandang
Kehormat yang diwartakan dan setiap Sandang Kehormat tersebut mempunyai namanya
tersendiri.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 16
BIL NAMA SANDANG PENYANDANG
01 MAHKOTA AGUNG SERI PELANGI SAKTI
02 MAHKOTA AGUNG SERI BINTANG PELANGI KEUTAMAAN
03 MAHKOTA AGUNG SERI RELANG PELANGI PERSEKUTUAN
04 MAHKOTA SERI BINTANG PELANGI ( NO. 6 – NO. 10A )
05 MAHKOTA SERI RELANG PELANGI
06 MAHKOTA SERI CAHAYA PELANGI KEUTAMAAN
07 MAHKOTA CULA PELANGI
08 MAHKOTA BINTANG PELANGI PERSEKUTUAN
( NO. 11 – NO. 20 )
KEUTAMAAN
PERSEKUTUAN
( NO. 21 – NO. 30 )
KEUTAMAAN
PERSEKUTUAN
( NO. 31 – NO. 40 )
KEUTAMAAN
PERSEKUTUAN
( NO. 41 – NO. 50B )
KEUTAMAAN
PERSEKUTUAN
( NO. 51 – NO. 60 )
KEUTAMAAN
PERSEKUTUAN
( NO. 61 – NO. 72 )
PENAUNG GELANGGANG /
PENASIHAT GELANGGANG
4. Sandang Khas
Sandang Kehormat adalah sandang yang dianugerahkan kepada Ahli dan Murid Gayong yang
berjawatan khas dalam Adat Istiadat dan Kegurulatihan. Terdapat 3 peringkat Sandang Khas dan
Sandang Khas tersebut mempunyai namanya tersendiri.
BIL NAMA SANDANG PENYANDANG
01 SERI MAHKOTA RELANG PELANGI KIPAS EMAS
02 PANGLIMA SINGA MALAYA PANGLIMA SINGA MALAYA
03 PELANGI HITAM PELANGI HITAM
5. Susunan Keutamaan Persekutuan
i. Susunan Keutamaan Persekutuan adalah sebuah senarai yang disusun mengikut kedudukan
kekanan antara pelbagai golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan bukan kerajaan dan
orang awam. Ianya amat mustahak diketahui oleh pegawai-pegawai protokol dan mereka yang
melibatkan secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan atau pengendalian pelbagai
majlis rasmi atau tidak rasmi, formal atau tidak formal.
ii. Asas bagi menimbang kedudukan sesuatu kategori orang kekanan dalam Susunan Keutamaan
Persekutuan mengambil kira kedudukan sesuatu jenis kategori iaitu jenis-jenis jawatan yang
disandang, gred jawatan, gaji dan anugerah kebesaran yang disandangnya. Bagi mereka yang
bukan kerajaan hanya berpandukan kepada anugerah Darjah Kebesaran yang disandangnya.
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 17
iii. Susunan Keutamaan yang tersenarai adalah dari Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U (
B ) 29 bertarikh 22 Januari 1988. Atas dasar ini maka Sandang Kehormat Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan telah disusun mengikut Susunan Keutamaan Persekutuan agar ianya
selaras dengan protokol yang sedia ada. Kategori Sandang Kehormat telah disenaraikan bersama
bagi memudahkan perbandingan dan pemahaman Ahli Pertubuhan.
1. Yang Dipertuan Agong
2. Raja Permaisuri Agong
3. Raja-raja dan Pemangku-pemangku Raja
4. Yang Dipertua Negeri-negeri
5. Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saran Diraja daripada Kerajaan Persekutuan
a. Sandang Mahkota Agong Seri Pelangi Sakti
6. Perdana Menteri
7. Timbalan Perdana Menteri
7A. Bakal Raja-raja ( Tengku Mahkota / Raja Muda )
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara ( D.M.N. )
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara ( S.M.M. ) – Tun
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota ( S.S.M. ) – Tun
b. Sandang Agong Seri Bintang Pelangi
11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
12. Yang Dipertua Dewan Negara
13. Yang Dipertua Dewan Rakyat
14. Bekas-bekas Perdana Menteri
15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri
16. Ahli-ahli Jemaah Menteri
17. Setiausaha Jemaah Menteri / Ketua Setiausaha Kementerian
17A. Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri
18. Peguam Negara
19. Panglima Angkatan Tentera
20. Ketua Polis Negara
c. Sandang Mahkota Agong Seri Bintang Pelangi
21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
22. Timbalan-timbalan Menteri
23. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
24. Pesuruh Jaya Tinggi, Duta-duta Besar, Menteri-menteri Mutlak, Pemangku-Pemangku
Pesuruh Jaya Tinggi dan Kuasa-kuasa Usaha
25. Presiden Mahkamah Rayuan
26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya
27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
28. Ketua Pembangkang di Parlimen
29. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 18
30. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan
d. Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi
31. Setiausaha-setiausaha Parlimen
32. Bekas Ketua Setiausaha Negara
33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II & III
34. Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera dan Bekas Ketua Polis Negara
35. Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan
36. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi
37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam
38. Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kehakiman
39. Ketua Audit Negara
40. Gabenor Bank Negara
e. Sandang Mahkota Relang Pelangi
41. Datuk Bandar Kuala Lumpur
42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan
43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
44. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
45. Datuk Paduka Maharaja Lela
46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara ( P.M.N. )
47. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota ( P.S.M. )
48. Profesor-profesor Diraja
49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara ( P.J.N. )
50. Ahli-ahli Setia Diraja ( P.S.D. )
50A. Timbalan-timbalan Menteri Besar dan Timbalan-timbalan Ketua Menteri
50B. Speaker Dewan-dewan Undangan Negeri
f. Sandang Mahkota Seri Cahaya Pelangi
51. Ahli-ahli Dewan Negara
52. Ahli-ahli Dewan Rakyat
53. Pegawai-pegawai Gred Utama, Panglima Briget Tentera dan Polis yang setaraf dengannya
54. Panglima Tentera Darat
55. Panglima Tentera Laut
56. Panglima Tentera Udara
57. Timbalan Ketua Polis Negara
58. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian
59. Naib-naib Canselor Universiti
60. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Kerajaan Negeri ( Exco ) dan Menteri-menteri Negeri di
Sabah dan Sarawak
g. Sandang Mahkota Cula Pelangi
61. Pegawai-pegawai Gred B dan Pegawai-pegawai tentera dan polis yang setaraf dengannya
62. Pengerusi Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-ketua Badan Berkanun
Persekutuan yang setaraf degan Gred Utama B dan ke atas
63. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-bangsa Bersatu
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 19
64. Pegawai Gred Utama C, Pegawai-pegawai tentera dan polis dan Ketua-ketua Badan
Berkanun yang setaraf dengannya
65. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN )
66. Ahli-ahli Johan Mangku Negara ( J.M.N. )
67. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota ( J.S.M. )
68. Ahli-ahli Johan Setia Diraja ( J.S.D. )
69. Pegawai-pegawai Gred 1, pegawai-pegawai tentera dan polis dan Ketua-ketua Badan
Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya
70. Setiausaha-setiausaha Politik, Pegawai-pegawai Gred 2, pegawai-pegawai tentera dan
polis dan Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya, Konsul-
konsul Besar Negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia
6. Bayaran Sandang Bayaran Agihan
Sandang Berjawatan (RM)
Kos Sandang = RM 50.00
Bil Sandang 500.00 Sijil = RM 12.00
1 Imam Khalifah Lembaga Beradat Negeri =
2 Timbalan Imam Khalifah 500.00 RM 170
Lembaga Beradat
3 Waris Amanah 200.00 Kebangsaan = RM 268
Jumlah = RM 500.00
4 Waris Beradat
5 Ketua Beradat Kos Sandang = RM 50.00
Sijil = RM 12.00
Khalifah Besar Lembaga Beradat Negeri =
6 RM 55
Lembaga Beradat
Kebangsaan = RM 83
Jumlah = RM 200.00
150.00 Kos Sandang = RM 50.00
150.00 Sijil = RM 12.00
150.00 Lembaga Beradat Negeri =
RM 30
Lembaga Beradat
Kebangsaan = RM 58
Jumlah = RM 150.00
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 20
7 Khalifah Kanan 130.00 Kos Sandang = RM 50.00
8 Khalifah/Serikandi 130.00 Sijil = RM 12.00
Lembaga Beradat Negeri =
9 Khalifah Muda/Serikandi Muda 100.00 RM 28
Lembaga Beradat
Kebangsaan = RM 40
Jumlah = RM 130.00
Kos Sandang = RM 50.00
Sijil = RM 12.00
Lembaga Beradat Negeri =
RM 18
Lembaga Beradat
Kebangsaan = RM 20
Jumlah = RM 100.00
Sandang Kehormat Bayaran Agihan
Bil Sandang (RM)
1 Mahkota Agung Seri Pelangi Sakti 500.00
2 Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi 500.00
3 Mahkota Agung Seri Relang Pelangi 500.00 Kos Sandang = RM 50.00
Sijil = RM 12.00
4 Mahkota Seri Bintang Pelangi 500.00 Lembaga Beradat Negeri =
RM 170
Lembaga Beradat
Kebangsaan = RM 268
Jumlah = RM 500.00
5 Mahkota Seri Relang Pelangi 500.00
6 Mahkota Seri Cahaya Pelangi 500.00 Kos Sandang = RM 50.00
7 200.00 Sijil = RM 12.00
200.00 Lembaga Beradat Negeri =
Mahkota Cula Pelangi RM 55
Lembaga Beradat
8 Mahkota Bintang Pelangi Kebangsaan = RM 83
Jumlah = RM 200.00
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 21
Sandang Khas Bayaran Agihan
Bil Sandang (RM)
Kos Sandang = RM 50.00
1 Kipas Emas 200.00 Sijil = RM 12.00
Lembaga Beradat Negeri =
2 Panglima Singa Malaya 150.00 RM 55
3 Pelangi Hitam 150.00 Lembaga Beradat
Kebangsaan = RM 83
Jumlah = RM 200.00
Kos Sandang = RM 50.00
Sijil = RM 12.00
Lembaga Beradat Negeri =
RM 30
Lembaga Beradat
Kebangsaan = RM 58
Jumlah = RM 150.00
Agihan secara lump sum untuk setiap Majlis Penganugerahan Sandang PSSGMK (ditolak
daripada agihan Lembaga Beradat Kebangsaan):
1. Penyampai Sandang – RM 200
2. Pengapit Penyampai Sandang – RM 150 seorang
3. Pengiring – RM 20 seorang
PSSGM KEBANGSAAN 2021 | 22