The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berkaitan dengan silibus, bengkung dan ujian.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-40298267, 2021-11-11 00:29:22

BUKU PANDUAN MAJLIS GURULATIH KEBANGSAAN

Berkaitan dengan silibus, bengkung dan ujian.

Keywords: Bengkung,silibus,pelajaran

JPPM PPM-002-10-27052013

PROFIL MAJLIS GURULATIH
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

KEBANGSAAN

(2021)

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Bissmillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt…,

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada YDP
baru kita, iaitu Cikgu Mohamed Faid bin Hj Musa, kerana telah berusaha
untuk mengadakan seminar peringkat kebangsaan yang menghimpunkan 3
nadi penggerak dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong Kebangsaan iaitu
badan Pentadbiran, badan Lembaga Adat Istiadat dan badan Majlis
Gurulatih.

Setelah hampir 2 tahun kita tidak dapat aktif bergerak disebabkan
pandemik Covid-19 yang melanda dunia, negara kita juga tidak terkecuali.
Sekarang, setelah kita menghampiri fasa 4, maka kerajaan telah
melonggarkan pergerakan dengan beberapa SOP tertentu. Maka dapatlah
kali ni kita bertemu dalam seminar Gayong Kebangsaan di samping untuk
merapatkan ukhwah di antara wakil-wakil setiap negeri dengan Ahli
Jawatankuasa Pusat yang baru. Sebagaimana yang kita semua sedia
maklum, bahawa pada 23 Julai 2021, YDP yang kita sayangi, Allahyarham
Datuk Adiwijaya bin Hj Abdullah telah kembali ke rahmatullah. Maka apabila
hilangnya kepimpinan Datuk Adiwijaya, maka Ahli Jawatankuasa Pusat telah
sebulat suara bersetuju melantik Cikgu Faid sebagai YDP selaras dengan
ketetapan dalam Fasal 8 Perkara 8, Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni
Gayong Malaysia Kebangsaan.

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Sebagai langkah pertama kepimpinan baru ini. YDP telah mengarahkan 3
badan utama ini untuk merangka dan menyusun semula dasar-dasar supaya
lebih sistematik dan berjaya disampaikan kepada semua ahli di seluruh
negara. Oleh sebab itu, seminar ini diadakan supaya semua ketetapan ini
diterangkan dan akhirnya dibukukan bagi memudahkan rujukan ahli, baik dari
segi pentadbiran, adat istiadat dan juga kegurulatihan. Segala pencerahan
bolehlah berhubung dengan Pengerusi dan Setiausaha ketiga-tiga badan
tersebut.

Saya berharap seminar ini dapat berjalan dengan tersusun, dan akhirnya
mendatangkan hasil yang positif. Saya ucapan tahniah kepada YDP kita
kerana berjaya merealisasikan hasrat beliau ini. Juga terima kasih kepada
semua peserta seminar yang terdiri daripada semua setiausaha ketiga-tiga
badan ini di peringkat negeri. Semoga apa yang kita dapat capai di seminar
kali ni, dapat disampaikan kepada semua warga Gayong Malaysia
Kebangsaan di negeri masing-masing.
Wallahualam. Wassalamualaikum wbt…

Hj Rasol bin Hj Abdul Ghani PPN., PJK.,
Panglima Singa Malaya Kebangsaan,
Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan,
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

JAWATANKUASA MAJLIS GURLATIH KEBANGSAAN 2021

PENGERUSI : HJ. RASOL BIN HJ. ABDUL GHANI PPN., PJK.

TIMB. PENGERUSI : MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY BIN HJ. UTHMAN

SETIAUSAHA : ABDUL HADI BIN ABDULLAH

BENDAHARI :-

JAWATANKUASA : a) IZHAR BIN ABD WAHAB (PERAK)
b) JASMI BIN HJ. BABA (PAHANG)
c) MOHD ISA BIN MUSTAFFA (KEDAH)
d) HJ. MUBADERISHAH BIN HJ. HASHIM
(PULAU PINANG)
e) ZULKIFLI BIN MOHD SAHAINI
(NEGERI SEMBILAN)
f) MOHD ARIFFIN BIN HASSAN (JOHOR)
g) ABU MARSHAH BIN PETUT (PUTRAJAYA)
h) KHAIRUL MUNIR BIN MOHAMAD (PERLIS)
i) MUHAMMAD NAIM BIN ABOO HASSAN
(KUALA LUMPUR)
j) MUHAMMAD ASYRAF BIN RAHIMI
(TERENGGANU)
k) NIK AZMAN BIN PAR (KELANTAN)
l) MOHD NORJAIMIN BIN MOHD SAID
(SELANGOR)

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

BILANGAN GURULATIH MENGIKUT NEGERI:

NEGERI GURULATIH/ GURULATIH PEMBANTU
KANAN/ MUDA GURULATIH
PUTRAJAYA
KUALA LUMPUR TERTINGGI - -
SELANGOR 1 8 5
NEGERI 1 34 79
SEMBILAN 24 2 -
MELAKA 5
JOHOR - -
PAHANG - 14 21
TERENGGANU 4 8 12
KELANTAN 7 1 -
PERAK - - -
KEDAH - 24 20
PULAU PINANG 8 - -
PERLIS - 6 6
SARAWAK 6 5 15
JUMLAH 3 10 23
7 112 181
66

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

BIODATA GURULATIH-GURULATIH SELURUH MALAYSIA:
Laman Web Gayong Kebangsaan
- www.gayongkebangsaan.com

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

KEBANGSAAN

(2021)

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

1.0 PENGENALAN

Majlis Gurulatih adalah sayap pergerakan Pertubuhan Silat Seni
Gayong Malaysia Kebangsaan. Sebuah badan yang dilantik di mana
Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri diberi mandat oleh Majlis Gurulatih
Kebangsaan untuk menubuhkan Majlis Gurulatih Negeri. Ahli
Jawatankuasanya terdiri daripada Gurulatih dan Gurulatih Muda yang
aktif.

2.0 VISI

Majlis Gurulatih adalah sebuah badan yang diwujudkan bagi tujuan
penyusunan satu kumpulan ahli untuk melaksanakan dasar-dasar yang
telah ditetapkan oleh Pertubuhan. Ianya bertanggungjawab dalam
melaksanakan tanggungjawab bagi penyebaran dan penurunan
pelajaran kepada ahli dengan secara jujur dan asli agar keutuhan
pelajaran silat ini diwariskan kepada murid-murid Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan.

3.0 OBJEKTIF

a. Bagi menentukan pelajaran dapat dikawal dalam aspek keaslian,
kualiti dan keseragaman sebagai warisan seni silat yang praktikal
dan efektif.

b. Ia juga bagi memastikan seseorang gurulatih itu berkemahiran
mengajar, mentadbir dan memimpin gelanggang dengan
kecekapan yang optimum.

c. Melahirkan gurulatih-gurulatih yang aktif secara berterusan,
komited dan setia kepada pertubuhan.

d. Mendidik masyarakat umumnya agar menyedari dan memahami
kepentingan seni silat dalam menangani masalah sosial
masyarakat muda dan sebagai penyambung warisan pejuang-
pejuang terdahulu.

1

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

4.0 FUNGSI

a. Merancang, melaksanakan dan menilai kualiti pelajaran dan
pembelajaran bagi pembangunan serta pengembangan gurulatih,
pesilat dan gelanggang serta Pertubuhan.

b. Merancang, melaksanakan & menilai program pembangunan dan
pemantapan gurulatih, pesilat dan gelanggang.

c. Merangka langkah-langkah sokongan pelaksanaan dasar Pertubuhan
Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan yang berkaitan dengan
pelajaran dan peraturan keahlian.

d. Menjadi badan perantara dalam apa jua perkara mengenai etika dan
pelajaran kejurulatihan dengan pihak pentadbiran Pusat.

5.0 KETETAPAN

a. Perlantikan seseorang gurulatih adalah di bawah kuasa Pertubuhan
Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan dengan pencalonan
daripada PSSGM Kebangsaan Bahagian Negeri.

b. Gurulatih menurunkan pelajaran kepada murid-murid Silat Seni
Gayong Malaysia Kebangsaan yang layak sahaja. Sesuai dengan
ketentuan silibus yang diwartakan mengikut kebenaran atau mandat
daripada Pertubuhan.

c. Gurulatih memastikan mutu pembelajaran sesuai dengan disiplin,
tahap fizikal, mental dan umur pelajar.

d. Peningkatan dan kenaikan bengkung hendaklah melalui ujian atau
saringan kredibiliti, yang dikendalikan oleh Majlis Gurulatih Negeri dan
disahkan dan direkodkan di Wisma Gayong Kebangsaan.

e. Majlis Gurulatih adalah diminta membantu dalam pentadbiran untuk
memastikan setiap ahli adalah berdaftar sah kepada Pertubuhan,
setiap Gurulatih membayar yuran tahunan sijil Gurulatih &
Gelanggang kepada Pertubuhan melalui Setiausaha Negeri.
Bagaimanapun Pendaftaran Keahlian adalah tanggungjawab setiap
Ahli dan bukannya Gurulatih atau Gelanggang.

2

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

6.0 TINGKATAN BENGKUNG TEMPOH MINIMUM
PEMBELAJARAN
BIL BENGKUNG KANAK-KANAK 32 JAM LATIHAN
32 JAM LATIHAN
A *AWAN PUTIH CULA HIJAU 32 JAM LATIHAN
B *AWAN PUTIH CULA MERAH 32 JAM LATIHAN
C *AWAN PUTIH CULA KUNING
D *AWAN PUTIH CULA HITAM TEMPOH MINIMUM
PEMBELAJARAN
* kanak-kanak (berumur 7 hingga 12 tahun) 32 JAM LATIHAN
40 JAM LATIHAN
BIL BENGKUNG DEWASA 48 JAM LATIHAN
48 JAM LATIHAN
A AWAN PUTIH 48 JAM LATIHAN
B PELANGI HIJAU 48 JAM LATIHAN
C PELANGI MERAH
D PELANGI MERAH CULA 1
E PELANGI MERAH CULA 2
F PELANGI MERAH CULA 3

BIL BENGKUNG DEWASA TEMPOH MINIMUM

G PELANGI KUNING CULA 1 PEMBELAJARAN
H PELANGI KUNING CULA 2 96 JAM LATIHAN
I PELANGI KUNING CULA 3 96 JAM LATIHAN
J PELANGI KUNING CULA 4 96 JAM LATIHAN
K PELANGI KUNING CULA 5 96 JAM LATIHAN
96 JAM LATIHAN

BIL BENGKUNG DEWASA TEMPOH MINIMUM

L HARIMAU PELANGI HITAM CULA SAKTI 1 PEMBELAJARAN
M HARIMAU PELANGI HITAM CULA SAKTI 2 96 JAM LATIHAN
N HARIMAU PELANGI HITAM CULA SAKTI 3 96 JAM LATIHAN
O HARIMAU PELANGI HITAM CULA SAKTI 4 96 JAM LATIHAN
P HARIMAU PELANGI HITAM CULA SAKTI 5 96 JAM LATIHAN
QR HARIMAU PELANGI HITAM CULA SAKTI 6 96 JAM LATIHAN
96 JAM LATIHAN

Nota: Tempoh minimum ini adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk
kepada penilaian Gurulatih Gelanggang

3
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Rajah Rekabentuk Bengkung PSSGM Kebangsaan

Saiz Bengkung:
a) Panjang 1 depa, 1 hasta, 1 jengkal,

2 pelempang Lebar x 3 jari; Lebar 3
jari (konvensional) ATAU Panjang
2.25 meter x Lebar 75mm (metrik)
b) Cula bengkung berukuran Lebar 2”
x Tebal 1/2”
c) Cula bengkung kanak-kanak
berukuran Lebar 2” x Tebal 1 1/2”.

Nota: Bengkung Pelangi Kuning dan Bengkung Harimau Pelangi
Hitam yang mempunyai tanda merah adalah Gurulatih yang telah
Berjaya mengikuti Kursus Gurulatih dan mendapat sijil Gurulatih.

4
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Rekabentuk bengkung yang digunakan pada zaman Datuk Adiwijaya
ini sudah dimansuhkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

5
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

How to ce a JPPM PPM-002-10-27052013
Skype in7t.e0rvSieUwKATAN PELAJARAN (TANGAN KOSONG)
AWAN PUTIH
Sukatan Pelajaran Bengkung (Kanak-kanak) Cula Hitam

AWAN PUTIH AWAN PUTIH AWAN PUTIH • Gerakan
Cula Hijau Cula Merah Cula Kuning Bhg.II (5-7)

• Gerakan • Gerakan • Gerakan • Gulungan 21
Bhg. I (1-4) Bhg.I (5-7) Bhg.II (1-4) • Elakan Bhg.

• Elakan Bhg. I • Gulungan 10 • Elakan Bhg. II (5-7)
(1-4) • Elakan Bhg. I II (1-4)
• Tenggiling
(5-7) Anak
Harimau
• Tenggiling • Tenggiling • Tenggiling
Anak Anak Anak
Harimau Harimau Harimau

Sukatan Pelajaran Mengikut Tingkatan Bengkung Dewasa:

AWAN PUTIH PELANGI HIJAU PELANGI MERAH

• Gerakan Bhg. I • Gerakan Bhg. II • Gerakan Bhg.III
• Gulungan 10 • Gulungan 21 • Gulungan 31
• Elakan Bhg. I • Elakan Bhg. II • Elakan Bhg. III
• Buah Tapak Kunci • Buah Tapak Kunci

Mati 1-7 (Lelaki) Mati 8-14 (Lelaki)
• Serangan Maut/ • Serangan maut/

Kombat 1-7 (Wanita) Kombat 8-14
• Pentas 1 (Wanita)
• Pentas 2

• Tenggiling Anak • Tenggiling Anak • Roda
Harimau
Harimau • Harimau
• Harimau
Menghambur • Harimau Melenting Menghambur
Kosong
• Harimau Batang 3 Halangan
• Halangan 3 Anak
Kambing Menghambur Kosong Terus

• Cengkaman Harimau • Cengkaman

5 Halangan Anak Harimau

Kambing

• Sentuhan Harimau

6
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Sukatan Pelajaran Mengikut Tingkatan Bengkung:

PELANGI MERAH I PELANGI MERAH II PELANGI MERAH III

• Gerakan Bhg. IV • Gerakan Bhg. V • Serangan maut/
Kombat 15-21
• Gulungan 41 • Gulungan 51 (Lelaki)

• Elakan Bhg. IV • Elakan Bhg. V • Buah Tapak Kunci
Mati 15-21 (Wanita)
• Buah Tapak Kunci • Serangan maut/
• Pentas 5
Mati 15-21 (Lelaki) Kombat 8-14

• Serangan maut/ (Lelaki)

Kombat 1-7 (Lelaki) • Buah Tapak Kunci

• Serangan maut/ Mati 1-14 (Wanita)

Kombat 15-21 • Pentas 4

(Wanita)

• Pentas 3

• Harimau Melenting • Harimau Melenting • Harimau Lompat

• Harimau Udara Pagar

Menghambur • Harimau • Harimau Melenting

Gelong Menghambur Udara Halangan

• Tamparan Harimau Dahan Batang

7
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Sukatan Pelajaran Mengikut Tingkatan Bengkung:

PELANGI KUNING PELAJARAN
Cula 1 Simbat Suk
Cula 2 Tongkat Panjang
Cula 3 Pisau
Cula 4 Keris
Cula 5 Parang

Sukatan Pelajaran Mengikut Tingkatan Bengkung:

HARIMAU PELANGI HITAM PELAJARAN
Cula 1 Yoi
Cula 2 Seligi
Cula 3 Cindai
Cula 4 Lembing
Cula 5 Sundang
Cula 6 Belian

Nota: Seni permainan Rantai, Gada-gada, Rencong, Kerambit,
Cipan, Kapak, Mayang Gesit, Tumbuk Lada dan Tekpi adalah
dikategorikan sebagai Pelajaran Tambahan.

8
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

8.0 PAKAIAN SILAT

1. Pakaian bagi Silat Seni adalah seperti berikut:
a) bagi Lelaki, baju adalah berwarna hitam, kolar bujur sirih,
Panjang lengan tiga suku, lencana di dada kiri,
berselempang warna Gayong manakala seluar berwarna
hitam dengan panjang kaki tiga suku, tanjak berbentuk
bujur sirih berlipat.
b) bagi Wanita, baju adalah berwarna hitam, kolar bulat,
panjang lengan hingga ke pergelangan tangan, lencana
di dada kiri, berselempang warna Gayong manakala seluar
hitam, panjang kaki adalah labuh sehinggga buku lali,
bersamping hitam dan bertudung.

PAKAIAN SILAT SENI PAKAIAN SILAT SENI
(LELAKI) (WANITA)

9
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

2. Pakaian bagi Silat Olahraga adalah seperti berikut:
a) bagi Lelaki dan Wanita, baju berwarna hitam, kolar cekak
musang, panjang lengan hingga ke pergelangan tangan serta
seluar hitam dengan panjang kaki labuh sehingga ke buku
lali.

PAKAIAN SILAT OLAHRAGA

10
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

9.0 PENGURUSAN UJIAN

1. Bagi Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan, ujian biasa diadakan di
gelanggang sekolah, institusi pengajian tinggi dan awam dengan
kelulusan Majlis Gurulatih Negeri.

2. Seseorang yang ingin mengikuti ujian haruslah mengisi Borang Ujian
dan sertakan sekali dengan bayarannya.

3. Bagi menguruskan sesi ujian, seseorang Gurulatih haruslah:
a. Menetapkan tarikh, masa, tempat dan tenaga penguji.
b. Edarkan borang kepada pesilat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum

tarikh ujian.
c. Memohon mengadakan ujian kepada Majlis Gurulatih Negeri.
d. Kumpul Borang Ujian bersama Kewangan mengikut bengkung.
e. Semak Borang Pemarkahan Ujian berdasarkan Bengkung yang akan

diuji. Sila isi bagi yang berkenaan.
f. Sila pastikan seseorang gurulatih hadir semasa ujian peningkatan

bengkung diadakan untuk pesilat dari gelanggangnya dijalankan.
g. Meja penguji, pen, jam randik dan peti pertolongan cemas harus

disediakan.
h. Gurulatih harus memastikan gelanggang ujian selamat. Alat bantuan

ujian yang lain seperti genting, senjata dan juga pesilat pembantu
haruslah dipastikan telah tersedia.
i. Serahkan borang permohonan ujian kepada Ketua Penguji (yang
dilantik oleh Majlis Gurulatih Negeri).
j. Ketua Penguji akan memberikan nombor kepada peserta ujian (ketika
ujian hanya disebut nombor giliran sahaja).
k. Ketua Penguji akan menyerahkan kepada tenaga penguji borang
penilaian pemarkahan mengikut susunan.
l. Gurulatih akan membantu memberikan arahan kepada peserta ujian.

11
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

m. Tenaga penguji akan memastikan kemahirannya di tahap terbaik
berdasarkan penilaian markah sedia ada.

n. Ketua Penguji akan menghantar rekod ujian kepada Pengerusi Majlis
Gurulatih Negeri untuk disemak dan disimpan.

o. Seterusnya Gurulatih gelanggang akan berurusan dengan Setiausaha
Negeri untuk urusan kewangan.

MAKLUM KE MGN PENGUJIAN OLEH
(BORANG MGN

MAKLUMAN UJIAN) (BORANG UJIAN)

NEGERI SERAH KE CAWANGAN SERAH
WISMA KE NEGERI
(BORANG
(TEMPAHAN SIJIL &
BENGKONG) KEWANGAN UJIAN)

WISMA SERAH KE NEGERI SERAH KE
NEGERI CAWANGAN &
SETERUSNYA
(SIJIL & BENGKONG) GELANGGANG

(SIJIL & BENGKONG)

12
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

4. Tenaga Penguji:
i. Ketua Tenaga Penguji mestilah seorang Gurulatih yang
berbengkung Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti Kuning dan
dibantu oleh Gurulatih yang berbengkong Pelangi Kuning.
Kedua-duanya mesti telah mengikuti Kursus Gurulatih.
ii. Pengujian bagi peringkat Kebangsaan (kenaikan bengkung
Harimau Pelangi Hitam) ditentukan oleh Majlis Gurulatih Pusat
dan pengujian bagi peringkat Negeri atau Cawangan
(kenaikan bengkung Awan Putih sehingga Pelangi Kuning)
ditentukan oleh Majlis Gurulatih Negeri.
iii. Penguji mesti memakai Tag Penguji yang sah dari Majlis
Gurulatih Negeri atau Pusat.

13
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

5. Bayaran Ujian:
i. Semua Bayaran Ujian adalah tertakluk di bawah keputusan Majlis

Gurulatih Kebangsaan berdasarkan pada kos-kos semasa yang
merangkumi agihan kewangan ke PSSGM Kebangsaan bagi
penyediaan Sijil Bengkung dan Bengkung berdasarkan tahap yang
telah ditetapkan, agihan kewangan ke PSSGM Kebangsaan Bahagian
Negeri, Majlis Gurulatih Negeri & Pusat serta Gelanggang, Gurulatih
dan Tenaga Penguji.
6. Baki Kewangan Ujian yang telah ditolak kos-kos Semasa mestilah
diserahkan kepada Bendahari PSSGM Kebangsaan Bahagian Negeri
dan seterusnya ke Bendahari PSSGM Kebangsaan.
7. Setiap Gurulatih harus memastikan setiap ahli yang ingin mengikuti
Ujian Kenaikan Bengkung adalah merupakan Ahli yang berdaftar
secara sah di Wisma Gayong Kebangsaan dan telah menjalani Majlis
Perlimau Adat sama ada Tapak atau Seni.
8. Setiap Gurulatih juga haruslah memastikan dengan benar bahawa Ahli
yang akan menduduki Ujian Kenaikan Bengkung membayar yuran-
yuran bulanan atau apa-apa bayaran yang tertunggak, sebelum Ujian
Kenaikan Bengkung dan Majlis Penyampaian Bengkung dilaksanakan.
9. Setiap Gurulatih turut perlu memastikan bahawa Borang Ujian dan
Borang Pemarkahan bagi setiap Pesilat yang menduduki Ujian
Kenaikan Bengkung diserahkan kepada Majlis Gurulatih Negeri.

14
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Kadar Harga Ujian Kenaikan Bengkung :

BENGKUNG KOS KOS KOS KOS JUMLAH
A B C D (RM)

AWAN PUTIH CULA 12.00 4.00 4.00 0.00 20.00
AWAN PUTIH 13.00 4.00 4.00 4.00 25.00
PELANGI HIJAU 14.00 5.00 4.00 7.00 30.00
PELANGI MERAH 16.00 8.00 4.00 7.00 35.00
PELANGI MERAH I 18.00 10.00 4.00 8.00 40.00
PELANGI MERAH II 20.00 10.00 4.00 11.00 45.00
PELANGI MERAH III 22.00 10.00 4.00 14.00 50.00
PELANGI KUNING I 23.00 15.00 4.00 18.00 60.00
PELANGI KUNING II 25.00 15.00 4.00 21.00 65.00
PELANGI KUNING III 27.00 15.00 4.00 24.00 70.00
PELANGI KUNING IV 29.00 15.00 4.00 27.00 75.00
PELANGI KUNING V 31.00 15.00 4.00 30.00 80.00
PELANGI HITAM I 28.00 15.00 4.00 43.00 90.00
PELANGI HITAMI II 30.00 15.00 4.00 46.00 95.00
PELANGI HITAM III 32.00 15.00 4.00 49.00 100.00
PELANGI HITAM IV 34.00 15.00 4.00 52.00 105.00
PELANGI HITAM V 36.00 15.00 4.00 55.00 110.00
PELANGI HITAM VI 38.00 15.00 4.00 58.00 115.00

Nota Agihan:
A = BENGKUNG
B = SIJIL
C = GURULATIH + GELANGGANG + PENGUJI
D = MGL NEGERI + MGL PUSAT + PENTADBIRAN NEGERI

15

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Kadar Harga Ujian Kenaikan Bengkung GURULATIH :

BENGKUNG KOS KOS KOS KOS JUMLAH
GURULATIH A B C D (RM)

PELANGI KUNING I 27.00 15.00 4.00 18.00 64.00
PELANGI KUNING II 29.00 15.00 4.00 21.00 69.00
PELANGI KUNING III 31.00 15.00 4.00 24.00 74.00
PELANGI KUNING IV 33.00 15.00 4.00 27.00 79.00
PELANGI KUNING V 35.00 15.00 4.00 30.00 84.00
PELANGI HITAM I 32.00 15.00 4.00 43.00 94.00
PELANGI HITAMI II 34.00 15.00 4.00 46.00 99.00
PELANGI HITAM III 36.00 15.00 4.00 49.00 104.00
PELANGI HITAM IV 38.00 15.00 4.00 52.00 109.00
PELANGI HITAM V 40.00 15.00 4.00 55.00 114.00
PELANGI HITAM VI 42.00 15.00 4.00 58.00 119.00

Nota Agihan:

A = BENGKUNG
B = SIJIL
C = GURULATIH + GELANGGANG + PENGUJI
D = MGL NEGERI + MGL PUSAT + PENTADBIRAN NEGERI

16
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Borang Ujian Pemarkahan:
- Rujuk lampiran

Borang Kewangan Ujian (Tahap 1)
- Rujuk lampiran

Borang Kewangan Ujian (Tahap 2)
- Rujuk lampiran

Borang Kewangan Ujian (Gurulatih)
- Rujuk lampiran

* Kesemua borang-borang ini boleh dimuat turun di lama web
www.gayongkebangsaan.com

17
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

10.0 PENDAFTARAN GURULATIH

1. Seseorang Gurulatih mestilah menyandang Bengkung Pelangi Kuning
dan ke atas, wajib mengikuti kursus kegurulatihan dan berumur 18
tahun ke atas.

2. Gurulatih yang dilantik mestilah dalam kalangan Ahli Pertubuhan yang
membayar yuran tahunan dengan tetap ataupun merupakan Ahli
Seumur Hidup. Mana-mana Gurulatih yang tidak membayar Yuran
Tahunan tiga (3) tahun berturut-turut maka ianya boleh digantung
daripada menjalankan apa-apa aktiviti Pertubuhan.

3. Semua Gurulatih yang akan mengajar di seluruh negeri adalah
diwajibkan telah mengikuti kursus gurulatih yang telah ditetapkan oleh
Pertubuhan.

4. Sekiranya seseorang yang berbengkung Merah, dia layak untuk
mengikuti kursus gurulatih, dan boleh dilantik sebagai Pembantu
Gurulatih.

5. Setiap Gurulatih hendaklah mengisi Borang Biodata Gurulatih dan
Borang Permohonan Gurulatih yang disediakan di Wisma Gayong
Kebangsaan. Mana-mana Gurulatih yang gagal berbuat demikian
adalah dilarang untuk mengajar di mana-mana tempat dengan
menggunakan nama Pertubuhan.

6. Setiap Gurulatih haruslah mempunyai Sijil Gurulatih yang dikeluarkan
oleh Wisma Gayong Kebangsaan, di mana sijil ini boleh diperolehi
setelah mengisi Borang Permohonan Gurulatih dan disertakan dengan
bayaran RM 30.00 setahun (tertakluk kepada perubahan semasa).

7. Tempoh sah laku Sijil Gurulatih adalah setahun dan menjadi kewajipan
setiap Gurulatih untuk memperbaharui Sijil Gurulatih dalam tempoh
yang telah ditetapkan.

8. Setiap Gurulatih haruslah memaklumkan kepada Pertubuhan
berkenaan alamat gelanggang dan orang yang bertanggungjawab
terhadap gelanggang (penasihat/ guru penasihat /penyelaras).

18
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

9. Majlis Gurulatih Kebangsaan berkuasa untuk menerima atau menolak
sebarang Permohonan Gurulatih tanpa memberikan sebarang alasan.
Majlis Gurulatih Kebangsaan juga berkuasa untuk membatalkan Sijil
Gurulatih yang masih sah laku tempoh sekiranya Gurulatih melanggar
peraturan Pertubuhan sehingga pemecatan boleh dilakukan.

10. Semua rekod Gurulatih akan dikemaskini di dalam pengkalan data
Majlis Gurulatih Kebangsaan yang boleh diakses di laman web
www.gayongkebangsaan.com

11. Gurulatih yang mengajar di luar negara hendaklah mendaftarkan
namanya di PSSGM Kebangsaan dan yang mengajar di dalam negara
hendaklah didaftarkan namanya di PSSGM Bahagian Negeri.

12. Pertubuhan dan Majlis Gurulatih Kebangsaan atau Majlis Gurulatih
Negeri tidak akan bertanggungjawab jika tindakan undang-undang
dikenakan ke atas Gurulatih yang tidak bertauliah oleh pihak berkuasa.

13. Gurulatih ditegah mengajar di gelanggang-gelanggang yang belum
didaftarkan atau tidak mendapat Sijil Gelanggang daripada Pertubuhan
Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.

14. Gurulatih yang melakukan kesalahan, Majlis Gurulatih perlu memberi
surat tunjuk sebab yang wajib dijawab dalam masa 14 hari. Sekiranya
tidak dijawab, Majlis Gurulatih Negeri hendaklah mengemukakan
kepada Lembaga Adat Negeri. Akhirnya, setelah kesalahan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pusat, nama mereka akan diisytiharkan ke seluruh
negara.

15. Gurulatih yang telah diisytiharkan melakukan kesalahan boleh membuat
rayuan kepada Lembaga Adat sekiranya mendapat hukuman yang tidak
sepatutnya.

16. Objektif Kursus Gurulatih adalah untuk melengkapkan diri seorang
Gurulatih bagi memahami secara terperinci dari segi pelajaran,
pentadbiran serta adat-istiadat pertubuhan.

19

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

16. Tingkatan Gurulatih dibahagikan mengikuti tingkatan berikut dan akan
dicatit di dalam sijil Gurulatih:

TINGKATAN KELAYAKAN MENGAJAR
GURULATIH
GURULATIH YANG BOLEH MENGAJAR BAHAGIAN
TINGKATAN I: TANGAN KOSONG (TAPAK GAYONG)
PEMBANTU
GURULATIH GURULATIH YANG CEKAP DALAM PELAJARAN
(Merah 0 – Merah III) BAHAGIAN TANGAN (PECAHAN TAPAK GAYONG)

TINGKATAN II: GURULATIH YANG BOLEH MENGAJAR PELAJARAN
GURULATIH MUDA SIMBAT, PISAU, TONGKAT PANJANG, DAN KERIS
(Kuning 1 – Kuning V)
GURULATIH YANG MENGAJAR SIMBAT, PISAU,
TINGKATAN III: TONGKAT PANJANG, KERIS DAN PARANG
GURULATIH
(Hitam I) GURULATIH YANG BOLEH MENGAJAR SIMBAT, PISAU,
TONGKAT PANJANG, DAN KERIS, PARANG, LEMBING,
TINGKATAN IV:
GURULATIH KANAN CINDAI, SUNDANG, YOI, SELIGI DAN BELIAN.
(Hitam II – Hitam III)

TINGKATAN V:
GURULATIH
TERTINGGI
(Hitam IV- Hitam VI)

20
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Borang Permohonan Sijil Gurulatih:
- rujuk lampiran

* Borang ini boleh dimuat turun di lama web www.gayongkebangsaan.com

21
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Contoh Sijil Gurulatih Tertinggi:

22
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Contoh Sijil Gurulatih Kanan:

23
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Contoh Sijil Gurulatih Muda:

24
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

11.0 PENDAFTARAN GELANGGANG

1. Di peringkat Pertubuhan, mempunyai beberapa bahagian iaitu:
a. Pertubuhan Kebangsaan (Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan

Malaysia)
b. Pertubuhan Bahagian Negeri (Berdaftar dengan Pendaftar

Pertubuhan Malaysia melalui Pertubuhan Kebangsaan)
c. Pertubuhan Cawangan (Pendaftar Pertubuhan Malaysia melalui

Pertubuhan Kebangsaan)
d. Gelanggang (Berdaftar dengan PSSGM Kebangsaan melalui PSSGM

Kebangsaan Bahagian Negeri)
e. Pusat Latihan (Berdaftar dengan PSSGM Kebangsaan Bahagian

Negeri)
2. Pada dasarnya, pentadbiran semua gelanggang awam, institusi

pengajian tinggi tempatan dan sekolah-sekolah dikawal terus oleh
PSSGM Kebangsaan melalui PSSGM Kebangsaan Bahagian Negeri.
Sebagai maklumat, aktiviti PSSGM Kebangsaan Bahagian Negeri
adalah tersusun, maka adalah sesuai dengan peraturan
perlembagaan bahawa mana-mana Gelanggang Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan bernaung terus di bawah tajaan PSSGM
Kebangsaan Bahagian Negeri. Ini adalah bersesuaian dengan
keperluan seperti menyediakan skuad pesilat untuk kejohanan
peringkat daerah, negeri, pemilihan SUKMA dan sebagainya. Di
mana penyertaan pesilat-pesilat dapat dimanfaatkan sepenuhnya
melalui faktor usia pesilat yang bersesuaian dengan syarat /
peraturan pertandingan semasa.
3. Semua Gelanggang yang menjalankan aktiviti Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan adalah diwajibkan mempunyai Sijil
Gelanggang yang perlu dihidupkan setiap tahun dengan bayaran RM
20.00 setahun (tertakluk kepada kos semasa).

25
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

4. Mana-mana gurulatih yang menjalankan latihan silat tidak mempunyai
Sijil Gelanggang atau Gelanggang tidak didaftarkan tidak dibenarkan
menggunakan nama Pertubuhan.

5. Sekiranya gurulatih gagal juga dan boleh diambil tindakan dengan
melaporkan kepada pihak yang berkuasa.

26
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Contoh Borang Permohonan Sijil Gelanggang:
- rujuk lampiran
* Borang ini boleh dimuat turun di lama web www.gayongkebangsaan.com

27
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Contoh Sijil Gelanggang:

28
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

12.0 ETIKA KEGURULATIHAN

1. Gurulatih adalah dilarang sekali bermain senjata tajam di kawasan
sekolah atau pusat pengajian tinggi kecuali mendapat surat keizinan
daripada Wisma Gayong Kebangsaan. Gurulatih adalah dilarang
merokok ketika bergelanggang dan hindarkan merokok di kawasan
gelanggang ataupun ketika persembahan. Semua upacara majlis
hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Gurulatih dan
Setiausaha Bahagian Negeri.

2. Semua gurulatih dikehendaki menghantar laporan bulanan kepada
Majlis Gurulatih Negeri mengenai gelanggang yang dikelolakan.

3. Semua gurulatih hendaklah sentiasa bersedia untuk memperbaiki
kesilapan dalam pelajaran dan pentadbiran PSSGM Kebangsaan
dengan mengikuti kursus, seminar, mesyuarat persidangan ataupun
penyelidikan bagi mempertingkatkan ilmu.

4. Setiap gurulatih sewajarnya mencontohi dan memberi contoh yang
baik dari segi tutur kata, tingkah laku ataupun adab sopan serta
keperibadian. Setiap gurulatih mesti mengutamakan ciri-ciri Piagam
PSSGM Kebangsaan dalam seni beladiri dan keselamatan semasa
menunjuk ajar.

5. Setiap gurulatih hendaklah sentiasa merahsiakan setiap maklumat
yang dianggap sulit mengenai pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia
Kebangsaan kepada bukan Ahli, bukan tahapnya ataupun pada
sesuatu keadaan.

6. Setiap gurulatih haruslah mengetahui sejarah perkembangan Silat
Seni Gayong Malaysia Kebangsaan yang sebenarnya, bersemangat
membela Agama, Bangsa dan Negara, serta rasa mempunyai dan
menghayati falsafah perjuangan Allahyarham Dato’ Mahaguru.

7. Gurulatih yang mengajar di sekolah dan pusat pengajian tinggi
seharusnya mengenali setiap guru penasihat atuapun kaunselor
yang menjaga gelanggang itu.

29
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

8. Mana-mana Gurulatih, Jawatankuasa Pertubuhan atau Ahli Lembaga
Adat yang hadir hendaklah memperkenalkan dahulu diri mereka dan
jangan sekali-kali mencampuri urusan gurulatih yang tengah
mengajar. Mintalah izin dahulu barulah berbuat demikian.

9. Gurulatih dipertanggungjawabkan bukan sahaja membentuk
kemahiran bersilat dalam kalangan Ahli, mereka juga diamanahkan
untuk membentuk keperibadian yang kukuh, penerapan nilai-nilai
murni berkonsepkan dakwah Islamiah. Gurulatih adalah pendukung
amanah kesinambungan pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia
Kebangsaan untuk generasi yang akan datang dengan cara yang
lebih profesional.

10. Gurulatih adalah dilarang mengambil kesempatan semasa
berinteraksi bersama pesilat dan membenarkan perasaan menguasai
diri serta situasi. Hindarkan pilih kasih dan salah guna kuasa.

30
PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)

JPPM PPM-002-10-27052013

Disediakan oleh:
Abdul Hadi bin Abdullah
Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan
Disahkan oleh:
Hj Rasol bin Abdul Ghani PPN., PJK.
Panglima Singa Malaya Kebangsaan
Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

PERATURAN KECIL MAJLIS GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN (2021)


Click to View FlipBook Version