The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azahari8114, 2021-11-19 21:34:04

PERLEMBAGAAN KKGK SKJJ

PERLEMBAGAAN KKGK SKJJ

PERLEMBAGAAN
KELAB KEBAJIKAN GURU & STAF
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG JAYA,

LALUAN KERANJI 5,
KG. DATO AHMAD SAID TAMBAHAN 3,

30020 IPOH, PERAK.

1.0 NAMA
Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya.

2.0 ALAMAT
Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya, Laluan Keranji 5, Kg. Dato Ahmad
Said Tambahan 3, 30020 Ipoh, Perak.

3.0 MATLAMAT
Menjaga kebajikan dan keraian ahli-ahli sepanjang tempoh perkhidmatan di
Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya.

4.0 OBJEKTIF
Penubuhan Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Jelapang
Jaya adalah didasari beberapa objektif, antaranya :

4.1 Menjaga kebajikan seseorang ahli sepanjang ahli tersebut berkhidmat
di Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya; dan

4.2 Mengeratkan ukhwah sesama ahli-ahli dalam semua aktiviti yang
dianjurkan

5.0 KEAHLIAN
Semua guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di SK Jelapang
Jaya adalah ahli Kelab Kebajikan Guru dan Staf SK Jelapang Jaya.

6.0 YURAN KEAHLIAN
6.1 Yuran keahlian telah ditetapkan sebanyak RM 10.00 sebulan.
6.2 Yuran perlu dijelaskan bermula Januari sehingga November dalam
tahun semasa.
6.3 Yuran perlu dijelaskan selewat-lewatnya minggu pertama pada setiap
bulan berikutnya kepada Bendahari.

1

7.0 PENYATA KIRA-KIRA
Penyata Kira-kira hendaklah ditutup pada 31 Disember setiap tahun.

8.0 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
8.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dijalankan selewat-lewatnya
pada 31 Mac setiap dua tahun.
8.2 Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan secara dwitahunan sekali.
8.3 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baharu akan diadakan pada
Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.
8.4 Mesyuarat Tahunan Semasa boleh diadakan pada setiap hujung
tahun semasa untuk membentangkan perancangan tahunan
semasa, pembentangan laporan kewangan dan pembentangan
laporan aktiviti semasa.

9.0 KEBAJIKAN AHLI
9.1 KEMATIAN
9.1.1 Ahli dan waris (suami/isteri/anak/ibu/bapa/ibu mertua/bapa
mertua) yang meninggal dunia akan menerima sumbangan
saguhati sebanyak RM 50.00.
9.1.2 Kutipan derma ikhlas akan diadakan.

9.2 PERKAHWINAN
9.2.1 Ahli yang berkahwin kali pertama semasa berkhidmat di
Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya akan menerima
sumbangan saguhati atau hadiah bernilai sebanyak RM
50.00.
9.2.2 Kutipan derma ikhlas akan diadakan.

9.3 CAHAYA MATA
9.3.1 Ahli yang mendapat cahaya mata kali pertama semasa
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya akan
menerima sumbangan saguhati atau hadiah bernilai sebanyak
RM 50.00.

9.4 AHLI YANG SAKIT
9.4.1 Ahli dan keluarga (suami/isteri/anak) yang sakit dan
dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya tiga (3) hari
akan menerima sumbangan saguhati sebanyak RM 30.00.
9.4.2 Ahli dan keluarga (suami/isteri/anak) yang sakit dan
dimasukkan ke wad melebihi tiga (3) hari akan menerima

2

sumbangan saguhati sebanyak RM 50.00 dan kutipan derma
ikhlas akan diadakan.
9.4.3 Ahli dan keluarga (suami/isteri/anak) akan menerima
faedah ini hanya sekali dalam setahun.

9.5 PERPINDAHAN AHLI
Ahli yang berpindah keluar dari Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya
dalam sesuatu tempoh perkhidmatan akan menerima faedah berikut :

9.5.1 Ahli yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelapang
Jaya melebihi tiga (3) tahun akan menerima sumbangan
saguhati atau hadiah bernilai sebanyak RM 50.00 berserta
tambahan RM 5.00 mengikut bilangan tahun
perkhidmatan.

9.5.2 Ahli yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelapang
Jaya kurang daripada tiga (3) tahun akan menerima
sumbangan saguhati atau hadiah bernilai sebanyak RM
30.00 berserta tambahan RM 5.00 mengikut bilangan
tahun perkhidmatan.

9.5.3 Kutipan derma ikhlas akan diadakan.

9.6 PERSARAAN AHLI
Ahli yang bersara dari perkhidmatan semasa berada di Sekolah
Kebangsaan Jelapang Jaya dalam sesuatu tempoh perkhidmatan akan
menerima faedah berikut :

9.6.1 Ahli yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelapang
Jaya melebihi tiga (3) tahun ketika tarikh persaraan akan
menerima sumbangan saguhati bernilai sebanyak
RM 100.00 berserta jamuan keraian.

9.6.2 Ahli yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelapang
Jaya kurang daripada tiga (3) tahun ketika tarikh
persaraan akan menerima sumbangan saguhati bernilai
sebanyak RM50.00 berserta jamuan keraian.

9.6.3 Kutipan derma ikhlas akan diadakan.
9.6.4 Hadiah boleh berupa barangan yang boleh meninggalkan

impak memori manis sepanjang perkhidmatan di SK
Jelapang Jaya seperti kain sutera, jam tangan atau cincin atau
apa juga yang difikirkan sesuai.

3

9.7 FARDHU HAJI
Ahli yang menunaikan fardhu haji semasa berada di Sekolah
Kebangsaan Jelapang Jaya dalam sesuatu tempoh perkhidmatan akan
menerima faedah berikut :
9.7.1 Ahli yang menunaikan fardhu haji akan menerima
sumbangan saguhati bernilai sebanyak RM 100.00 berserta
sumbangan derma ikhlas.
9.7.2 Ahli hanya akan menerima faedah ini sekali sahaja dalam
sepanjang tempoh perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan
Jelapang Jaya.

9.8 HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN AHLI
Setiap ahli Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan
Jelapang Jaya akan diraikan hari ulang tahun kelahirannya pada setiap
hujung bulan kelahirannya dengan pemberian kad ucapan/hadiah
(tuala/payung/mug dll).

9.9 RAYUAN DERMA/SUMBANGAN IKHLAS
Rayuan derma/permohonan sumbangan ikhlas daripada pihak luar
akan diberikan sebanyak RM 20.00 (bergantung kepada jenis
keperluan derma dan ketentuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa).

9.10 JAMUAN
Jamuan akan diadakan bagi acara berikut :
9.10.1Jamuan Sempena Hari Guru
9.10.2Jamuan Hari Raya Aidilfitri/Hari Raya Aidiladha
9.10.3Jamuan Akhir Tahun
9.10.4Jamuan Keraian pertukaran/perpindahan/persaraan
(mengikut keperluan)

10.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN
10.1 Mana-mana bahagian kandungan dalam perlembagaan ini boleh
dipinda melalui pembentangan usul dalam Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa atau dalam
Mesyuarat Guru dengan mendapat sokongan sekurang-
kurangnya sepertiga daripada jumlah ahli Kelab Kebajikan Guru
dan Staf Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya.
10.2 Usul yang dipinda mesti mendapat kelulusan majoriti ahli untuk
diluluskan dan diterima sebagai isi kandungan baharu dalam
perlembagaan.

4

11.0 PEMBUBARAN KELAB
Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Jelapang Jaya boleh
dibubarkan sama ada dengan :
11.1 Mendapat sokongan majoriti ahli dalam Mesyuarat Agung
DwiTahunan.
11.2 Mendapat arahan Pendaftar (Guru Besar) untuk dibubarkan.

Tarikh kuatkuasa : …………………….

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………… ………………………… ……………………..
() ( )( )
Setiausaha
Pengerusi Pendaftar

5


Click to View FlipBook Version