10-12 tahun Ezah Ali
Hak Cipta Penerbitan Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan denganapa jua cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pensyarah Sejarah Kesusasteraan Melayu, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Sabah. NUR FAEZAH BINTI ALI BUNGSU (BC22110047) PENASIHAT: FATIN NAJLA OMAR PENERBIT: NUR FAEZAH BINTI ALI BUNGSU (EZAH ALI) ILUSTRATOR: NUR FAEZAH BINTI ALI BUNGSU
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, Buku Cerita Kerenah Budak Kampung berjaya dibukukan. Setinggi-tinggi ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang membantu dalam penghasilan buku ini, terutama pensyarah dan rakan-rakan untuk tunjuk ajar. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang dikasihi kerana banyak membantu dalam proses pembikinan naskhah ini. Tanpa mereka, buku ini mungkin tidak berjaya dihasilkan. Harapan saya agar buku ini menjadi pembimbing kepada kanak-kanak yang ingin meningkat remaja. PRAKATA I I I
DEDIKASI Dedikasi ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat, iaitu secara langsung mahupun tidak langsung. Alhamdulillah, segala perancangan dalam penghasilan buku ini tidak mampu jika dibuat tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka. Dengan penghasilan buku ini akan memberi kekaguman kerana berjaya membukukannya untuk pembacaan ramai. II
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN HALAMAN PRAKATA DEDIKASI NASIB SI MAIL DENGKI MEMBAWA RUGI ADIL BERSAUDARA PENGAJARAN BIODATA PENULIS I II 1-18 19-33 34-46 47 LAMPIRAN 48 49
Cerita 1: Nasib Si Mail 1
Di hujung sebuah kampung tinggal seorang nenek tua bersama cucunya iaitu Nek Imun dan Mail. Mail merupakan seorang budak yang nakal, degil dan keras kepala. Ada sahaja kerenahnya yang membuatkan Nek Imun sabar akan sikapnya itu. 2
Nek Imun ada berpesan kepada cucunya bahawa di belakang rumah mereka ada sebatang sungai usang. Sungai tersebut dikatakan sudah lama terbiar kerana orang kampung yang melintasi sungai tersebut pernah terlihat kelibat buaya di pinggir sungai. Semenjak itulah di belakang sungai itu tidak ada sesiapapun yang berani menjejakinya. 3
4
Namun, pesanan Nek Imun itu bagaikan angin petang sahaja oleh Mail. Mail hanya acuh tak acuh mengangguk kerana baginya perkara itu hanya perkara kecil. 5
Suatu hari, semasa berada di sekolah ketika waktu rehat, Mail ternampak Hassan dan rakan-rakannya bermain biji getah. Biji getah yang dimain oleh mereka sangat kukuh dan tahan lasak. Setiap kali biji getah Hassan bertembung dengan biji getah budak-budak lain, biji getah Hassan langsung tidak tercalar. Permainan biji getah ini sering kali dimenangi oleh Hassan. 6
Mail bertanya "Wah, hebatnya biji getah kau Hassan! Tetap kukuh walaupun sudah beberapa kali bertanding dengan orang lain. " Hassan pun menjawab "Mestilah! Biji getah ni ayah aku yang carikan. Ayah cakap di kampung ni susah jumpa biji getah yang kukuh. " 7
Mail pun beredar dari kumpulan pelajar-pelajar itu. "Aku mesti juga dapatkan biji getah seperti Hassan. Aku juga ingin menjadi hebat sepertinya. " Bisik Mail dalam hati semasa kembali ke kelasnya. Di kelas, dia berfikir tempat-tempat yang ada pokok getah kerana dia ingin terus mencari biji getah setelah balik dari sekolah. 8
9
Waktu sekolah tamat. Mail segera memasukkan segala buku-bukunya ke dalam beg kerana tidak sabar mencari biji getah. Semasa dalam perjalanan pulang, Mail merancang pencarian biji getah. Mail akan pergi kawasan lapang terlebih dahulu baru mencari tempattempat yang semak. Mail bertekad dalam hati untuk mencari biji getah yang kukuh dan tahan lasak. 10
Melihat Mail yang segera menukar baju, Nek Imun kehairanan akan kelakuan cucunya itu. "Mail.. makanlah dulu. Apa yang kau sibukkan tu. " Nek Imun berkata sambil mencedok nasi. "Nanti nek, nanti!" Balas Mail sambil keluar rumah lalu segera menyarungkan selipar jepun. Nek Imun melihat kelakuan cucunya itu sambil menggeleng-gelengkan kepala. 11
Dalam perjalanan mencari pokok getah, tiada satu pun pokok getah yang mempunyai biji getah yang dimahukannya. Mail meneruskan perjalanannya ke bahagian kawasan rumahnya. Mail bersandar di tepi tiang rumah sambil memikirkan di mana lagi tempat yang mempunyai pokok getah. Seketika, mata Mail tertumpu kepada sebatang pokok yang berada di tepi sungai belakang rumahnya. 12
Pesanan Nek Imun yang mengatakan sungai tersebut ada buaya terus terpadam di dalam fikiran Mail. Yang penting sekarang Mail ingin mendapatkan biji getah. Apabila Mail tiba di tepi sungai tersebut, alangkah terkejutnya Mail apabila mendapati banyak biji getah yang berada di atas pokok getah tersebut. Mail segera mendapatkan penjolok lalu berusaha mencungkil sebanyak mungkin biji getah yang ada. 13
Lima minit berlalu, Mail telahpun mendapatkan lima biji getah yang kukuh. Mail berasa tidak puas hati. Mail terus menjolok untuk mendapatkan biji getah yang keenam. Semasa asyik menjolok biji getah, Mail tersadung sebiji batu yang berada tepat di belakangnya. Mail hilang timbangan lalu tersungkur tepat di pinggir sungai. Air sungai tiba-tiba berkocak dan muncul seekor buaya yang berwarna hitam dari dalam sungai. 14
Alangkah terkejutnya Mail apabila menyedari kehadiran buaya tersebut lalu berlari lintangpukang meninggalkan biji getah dan penjolok. Mail menangis sambil menjerit memanggil Nek Imun. Apabila sampai di hadapan rumah, Mail segera menaiki anak tangga dan mendapatkan Nek Imun yang bertelekung sedang bertasbih di ruang tamu rumah. Mail memeluk tubuh Nek Imun dengan erat lalu menangis dengan kuat. 15
16
Nek Imun terkejut dengan kehadiran cucunya yang datang entah dari mana itu. Nek Imun membalas pelukan cucunya lalu meredakan tangisan cucunya. Apabila keadaan sudah mula reda, Mail menceritakan kejadiannya yang menjumpai buaya di sungai belakang rumah. Nek Imun terkejut dengan kejadian yang diceritakan cucunya dan segera mengucup dahi Mail berkali-kali. 17
Mail berasa menyesal kerana tidak mendengar kata Nek Imun. Mail bersyukur kerana terselamat daripaya dibaham sang buaya tersebut. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Satu biji getah pun tidak berjaya didapatkan oleh Mail atas kedegilannya sendiri. Selepas kejadian itu, Mail berjanji akan sentiasa mendengar nasihat orang-orang tua kerana itu untuk kebaikannya sendiri. 18
Cerita 2: Dengki Membawa Rugi 19
Latip merupakan seorang penduduk kampung yang baik budi pekerti, pemurah dan tinggi iman. Latip bertugas sebagai penyelia di salah sebuah sekolah. Latip mempunyai niat untuk menanam nenas di kawasan ladang kerana minatnya terhadap bidang penanaman dan buah nenas pula antara buah tempatan kegemarannya. 20
Latip berjumpa dengan Tok Sitam yang pakar dalam penanaman buahbuahan. Bermacammacam strategi dan pantang larang yang perlu diambil perhatian untuk menghasilkan buah nenas yang manis dan sihat. 21
22
Suatu hari, Latip mula membina batas untuk menanam buah nenas. Di sebelah tanamannya merupakan tanaman nenas Awang. Awang merupakan penanam buah nenas. Awang sebaya dengan Latip. Awang juga seorang yang baru dalam penanaman buah di kampung mereka. Awang seorang yang sombong, keras kepala dan pentingkan diri sendiri. Dia tidak mahu orang lebih dari dirinya. Apabila Latip ingin berkongsi pendapat, Awang mengendahkan kata-katanya. 23
Sebulan telah berlalu, buah nenas yang ditanam Latip kebanyakannya hidup subur dan warnanya kelihatan menyelerakan. Latip amat bersyukur dan senang kerana memegang kata-kata Tok Sitam, nenas yang ditanamnya sihat-sihat belaka. Berlainan dengan Awang, hampir kesemua nenas yang ditanamnya terbantut. Ada juga yang dimakan serangga. Hanya satu dua sahaja yang kelihatan baik. 24
Dua minggu berlalu, tanaman nenas Awang tidak hidup dengan subur. Latip berasa kasihan dengan Awang lalu mendekatinya. Apabila Latip ingin berkongsi idea dan nasihat, Awang enggan mendengarnya lalu berlalu pergi sambil memerli Latip yang baru sebulan lebih bercucuk tanam sudah pandai mengajar orang. Berbagai-bagai cara tanaman Awang sudah cuba, tetapi hasil penanaman nenasnya kurang memuaskan. Dia berputus asa. Dia tidak boleh membiarkan Latip berada di atasnya. 25
Awang mula berniat jahat. Pada malam itu, Awang ingin menghancurkan penanaman padi milik Latip. Tiba di kawasan ladang Latip, dia memerhatikan sekeliling kawasan. Sesudah memastikan ketiadaan orang, Awang segera melepaskan tikus-tikus yang berada di dalam plastik sampah. Dia berasa puas kerana tikus-tikus tersebut pasti akan merosakkan penanaman nenas Latip. 26
27
Pada awal pagi semasa hendak turun ke kawasan penanaman, Latip menuruni anak tangga dengan hati yang gembira kerana sudah pasti tanaman nenasnya banyak yang masak sempurna. Apabila tiba di kawasan tanaman, alangkah terkejutnya Latip apabila mendapati hampir kesemua nenasnya berlubang dan buruk. Dia berasa hampa kerana merasakan tanaman nenasnya dijaga dengan baik dan tidak melanggar nasihat Tok Sitam dalam ilmu penanaman. 28
Dalam kesedihannya, di sebelah pondok ternampak Awang ketawa puas hati apabila mendapati rancangannya menundukkan Latip berjaya. Awang berkata dengan jelas, "Tidak sia-sia aku beli 50 ekor tikus pada malam semalam. " Tok Sitam yang berada di belakang Awang terdengar akan kata-kata Awang dan menegurnya. Awang seketika terkedu. Kata-katanya hilang. Senyumannya yang sinis pula terhenti dek berhadapan dengan Tok Sitam. 29
Seluruh penduduk di kampung tersebut sedia maklum yang Tok Sitam merupakan antara orang lama yang tegas dan pantang di kampungnya ada orang yang membuat onar. Tok Sitam segera mengheret Awang di hadapan Latip. Latip yang bersedih tiba-tiba terkejut kerana melihat Awang yang dipaksa oleh Tok Sitam meminta maaf kerana menghancurkan penanaman Latip. Melihat Awang yang melutut di kakinya untuk memohon maaf, Latip segera mengangkat bahu Awang dan memaafkannya. 30
Latip memimpin Awang menuju ke pondok. Di pondok, Awang mengaku bahawa dari awal lagi kehadiran Latip di sebelah kawasan tanamannya tidak menyukainya kerana tidak mahu orang lain mengusahakan pekerjaan yang sama dengannya. Lebihan lagi penanaman Latip asyik menjadi dan hidup subur. Latip segera beristighfar dan menasihati Awang kerana semua keadaan atas izin dan kehendak Tuhan. Awang menangis teresak-esak dan malu berhadapan dengan Latip yang baik hati. Awang amat berbangga dengan Latip kerana pemaaf dan mahu lagi berkawan dengannya walaupun Awang sudah berbuat jahat kepadanya. 31
Awang berasa menyesal atas perbuatannya itu. Kini, Awang ingin membuka lembaran hidup baru dan berusaha mencari ilmu yang berguna dalam penanaman. Dia kini sedar jika menjatuhkan orang lain amat rugi kerana hanya untung di dunia sahaja tetapi tidak dapat apa-apa di akhirat .Semenjak dari kejadian itu, Awang banyak meminta strategi serta ilmu penanaman daripada Latip dan sentiasa ingin bersama-sama Latip turun mengusahakan tanaman mereka. 32
33
Cerita 2: Adil Bersaudara 34
Wak Osman nazak. Sudah tiada harapan lagi untuk hidup pada ketika ini. Di sekeliling katil, ketiga-tiga anaknya menangis, ada yang membacakan Yassin. Dengan nyawa di hujung tanduk, Wak Osman berpesan kepada Si Sulung untuk membahagikan harta pusakadengan sebaiknya. 35
Pada hari pembahagian harta, Si Sulung mendapat 75 gram emas berserta sebidang tanah manakala untuk Si Angah dan Ucu masing-masing hanya 25 gram emas sahaja dan sekandang kerbau yang dikongsi bersama. Si Angah tidak berpuas hati akan pebahagian tersebut kerana dia sendiri yang mendengar amanat terakhir arwah ayahnya yang menyuruh membahagikan harta dengan adil. 36
Sulung beralasan bahawa dia selaku abang sulung yang memberi banyak jasa dalam keluarga dan banyak pengorbanan dalam menjaga adiknya. Hati perempuan Si Angah menangis kerana tidak rela harta pusaka tersebut dibahagikan secara berat sebelah. Angah kecewa. Ini tidak patut berlaku dalam adik beradiknya. Dengan perasaan yang sedih, Angah berlari menuju ke makam ayahnya. 37
38
Di hadapan makam ayahnya, Angah seolah-olah mengaduakan apa yang dilakukan oleh abang sulungnya. Kini, dia hanya mampu bermonolog berbanding dahulu yang semua masalahnya didengari oleh arwah ayahnya. Setelah siap 'mengadu' dan berasa sedikit tenang, Angah bangun untuk beredar pulang. 39
Dalam perjalanan pulang, Angah ternampak abang sulungnya bersama seorang gadis yang tidak kurang jelitanya. Angah segera bersembunyi di balik pokok pisang untuk mendengar perbualan mereka. Alangkah terkejutnya Angah apabila gadis itu memaksa Sulung memberi harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. 40
41
Gadis itu memeluk lengan abangnya tanda memujuk. Sangat tidak malu gadis tersebut. Dengan segera, Angah keluar dari tempat persembunyian dan merapati gadis tersebut. Angah mengherdik gadis tersebut bahawa belum lagi menjadiisteri sudah berani meminta-minta harta yang bukan miliknya. Setelah diamati wajah gadis tersebut, gadis itulah yang pernah menolak Angah ke tasik kerana cemburu akan kejelitaan Angah. 42
Amarah Angah berganda. Angah menyuruh Sulung memutuskan hubungan dengan gadis menjengkelkan itu lalu menarik lengan Si Sulung balik ke rumah. Setibanya di rumah, Si Sulung menceritakan bahawa teman wanitanya itu sebelum ini pernah meminta pelbagai harta dan disebabkan cinta Si Sulung terpaksa mengiakan. 43
Disebabkan Sulung baru tahu bahawa gadis itu telah berbuat jahat terhadap Angah, terus tertutup hatinya untuk meneruskan perhubungan dengan gadis itu. Kini, Angah faham kenapa Si Sulung tidak membahagikan harta dengan sama rata.Hal ini kerana gadis licik itu yang berani meminta harta pusaka keluarganya. Gadis itu tidak layak sama sekali menjadi sebahagian ahli keluarganya. 44
45