KARYA SHIVARUBINI MURALY
Muthu merupakan ketua pengawas sekolah. Dia disenangi oleh kawankawannya. Dia akan membantu orang yang memerlukan. Muthu juga dikenali sebagai tokoh murid. Guru-guru selalu memuji kesopanan dan kesusilaan yang ada pada Muthu.
Selamat pagi, Mugilan.
Apa-apa jer lah.
Di sekolah pula, Mugilan berkawan rapat dengan Ashok dan Naresh. Ashok Naresh
Naresh, apa kat kita buli budak itu pada waktu rehat nanti.
Jom, jom saya tunggu kamu jer. Kita ajak Mugilan bersama.
Mereka bertiga suka membuli budakbudak tahap 1. Mereka sentiasa memaksa muridmurid tahap 1, menyerahkan wang saku, ataupun mengambil alat tulis merela dan sebagainya.
Hmmm… cuba tengok budak itu. Dia boleh jadi mangsa kita hari ini. Apa kata kita serbu dia!
Hoi, awak ada apa berapa banyak dompet kamu itu? Serahkan kepada saya!
Abang, ini duit buku yang nanti adik kena bayar dekat cikgu. Adik tak boleh bagi dekat abang.
Mugilan terus merampas duit daripada adik tersebut.
Abang, mana achiii ini! Mana boleh abang ambil duit saya? Nanti macam mana saya ank bayar duit buku?
Itu urusan kamu. Sekarang ini suit saya. Balik kelas. Jangan berani cakap dengan orang lain. Nanti tak pasal kena belasah dengan saya.
Di sekolah pula, mereka bertiga akan sentiasa bersama walau di mana jua. Ketika mereka membuli murid tahap 1, jika murid-murid tersebut enggan memberi apa yang diminta maka mereka akan dibelasah di tandas.
Belasah dia! Berani tak mahu bagi duit dekat kita?
Baru dia tahu siapa kita.
Pada suatu hari, selaku pengawas sekolah Muthu ditugaskan untuk menjaga kawasan tandas. Tibatiba dia terdengar suara orang menangis.
Mugilan, korang buat apa dengan adik itu, kesiannya. Sampai hati kamu semua membuli dia. Perbuatan kamu itu tidak patut. Kita dilarang membuli orang.
Sudahlah itu. Kamu jangan masuk campur urusan kami! Jangan tunjuk perangai baik kamu di depan orang.
Masa berlalu begitu pantas. Muthu dan Mugilan kini sudah memasuki Tingkatan 1. Mugilan ditempatkan di kelas terakhir kerana keputusannya kurang baik dalam peperiksaan. Kawan-kawannya pula iaitu Naresh dan Ashok tidak lagi berkawan dengannya.
Di sekolah menengah pula, kini tibalah masanya untuk Mugilan menerima natijah perbuatannya.
Hei, budak baru. Berapa duit kamu ada? Nanti waktu rehat kamu belanja kami tau!
Abang saya ada RM2 sahaja. Saya rasa duit itu tak cukup untuk belanja abang.
Mana boleh ada RM2 sahaja? Hmmm… Kalau macam itu, esok kami nak kamu bawa RM10 untuk belanja kami.
Kalau tak nanti kamu kena belasah dengan kami!
Pada suatu hari, Mugilan menghampiri Muthu. Dia meluahkan situasi yang dialaminya. Muthu sabar mendengar luahan Mugilan dan bersedia membantu untuk berunding dengan kaunselor sekolah.
Muthu, bolehkah kamu tolong saya?
Apa itu, Mugilan? Kita kan kawan! Kenapa nak segan-segan dengan saya?
Muthu, saya ini selalu kena buli dengan abang-abang senior itu. Mereka selalu mengambil wang saku saya. Saya rasa takut untuk datang ke sekolah. Nak bagitahu kepada cikgu pun tak berani. Takut nanti kena belasah dengan mereka.
Ishhh… Kenapalah mereka berbuat begitu eh? Takpelah nanti aku akan bawa kamu jumpa kaunselor. Nanti selesailah masalah kamu! Usahlah,takut1
Hari ini bila kena diri sendiri baru sedar keperitannya! Muthu, saya nak meminta maaf dengan kamu. Hari itu apabila kamu menasihati aku, aku buat tak endah.
Asalkan kamu dah insaf!Budi pekrti yang baik sentiasa dibalas dengan pahalanya yang baik. Kelakuan yang sopan santun akan sentiasa disenangi oleh semua orang.
Aku berjanji selepas ini akan sentiasa berbudi bahasa. Terima kasih Muthu atas pertolongan kamu ini.
Mugilan insaf atas perbuatannya dan berjanji kepada Muthu yang dia akan sentiasa berbudi bahasa kepada orang lain. Baik Budi Indah.