The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Hakcipta Terpelihara 2021 © Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jppbergayaa, 2021-07-17 02:48:35

E-Buletin HEP Edisi Jun - Ogos 2021

Diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Hakcipta Terpelihara 2021 © Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya

EDISIJUN-OGOS2021

KunjunganHormat Cerpen

PKPIM SABAH Keputusan
PemerkasaanPelajarMelaluiProgram KaryaKhairulDaniel

SeminarKepimpinan
PelajarTahun2021

SIDANG
REDAKSI

PENAUNG

Dr. Gerturude Jock

PENASIHAT

Pn. Sharifah Mazni Binti S. Mokhtar

KETUA EDITOR

Tn. Ladius Emor

PENOLONG KETUA EDITOR

Pn. Norziana Binti Jasman
Pn. Regina Woon Ai Leng

EDITOR DAN PEREKA GRAFIK

Mohamad Ziyad Bin Mohd Azmi
Muhammad Safwan Simon Bin Norali

INFORMAN DAN PENULIS

En. Mohd Fadzly Bin Abas
Ahmad Azamuddin Bin Amir Bakar
Aidil Hakim Bin Yahyah
Aiman Lutfi Bin Jonifar
Cherlynn Elizebeth Champin

C Chrisabelle Brenda Tay
Dayana Jackson
Dayangku Siti Nur Aima
Binti Awg Ahmad Safri
Diyanah Qusyairah Binti Mohd Fauzi

Ezzatun Nur Zahirah
Binti Muhammad Ramli
Faezatul Aisyah Binti Jaidol
Fatin Nur Hijjazmin Binti Hazmi
Flavia Angel Malanjun
Kelvin Mclean John
Md Zahidi Zein Bin Lazim
Mohd Adli Haikal Bin Mohd Fauzi
Mohd Azuwan Bin Reji
Muhammad Amirul Arsyad
Bin Mohd Azhari
Muhammad Haris Bin Faisal Tiong
Mysie Gloriane Gositin
Nurliana Atira Binti Abd Dini
Puteri Syibrah Muktharah
Binti Muktar
Rezzy Elyana Robin
Syarifah Fatin Nabilah
Binti Mohd Yassin
Waznah Saiyidah Binti Sidik
Yasmine Natasha Binti Jamil

PENYEMAK BAHASA

Biro Akademik, JPP

CRegister now!

www.reallygreatsite.com

ISI KANDUNGAN DARI TERATAK KETUA JABATAN HEP 1

AKTIVITI-AKTIVITI PELAJAR 3
Pertandingan Mobile Legends IPG 5
Kampus Gaya 6
Majlis Perasmian Gabungan 7
Pelajar Seni Melayu 8
Mobilegrafi Untuk Pemula 9
PUBG Mobile Gaya League Season 10
2 (PMGL S2) 11
Segmen Bahasa Antarabangsa
Santai Bicara Ilmu & Sesi Bedah 12
Buku 13
Seminar Kepimpinan Pelajar 14
Perhimpunan Bersama Pengarah
IPG Kampus Gaya (5 Julai)
Ceramah Pendidikan: Menghadapi
Murid Autisme, Bersediakah Kita?
Ihya' Zulhijjah
Kunjungan Hormat PKPIM Sabah

PROGRAM-PROGRAM AKAN DATANG 15
16
ISU PELAJAR: EBELIA
17
CERPEN KEPUTUSAN KARYA
KHAIRUL DANIEL

E-BULETIN HAL EHWAL PELAJAR EDISI JUN - OGOS 2021

1

SEKAPUR SIRIH

DARI TERATAK KETUA JABATAN

HAL EHWAL PELAJAR

. . . .Assalamualaikum W B T dan salam mesra

-Setinggi tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Allah pencipta alam kerana dengan
- , -izin Nya E Buletin Hal Ehwal Pelajar buat pertama kalinya dapat menemui warga
( ) .Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Gaya

,Tahniah dan syabas diucapkan khususnya kepada Biro Teknologi dan Maklumat
2021/2022Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi
dan semua

pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kerana dapat merealisasikan

- .penerbitan E Buletin sulung ini

, -Dalam situasi sekarang E Buletin ini dapat memainkan peranan dalam

mendokumentasikan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan seterusnya

dilaksanakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan

. -Pelajar Maklumat maklumat berkaitan aktiviti yang dilaksanakan serta maklumat
, .berkenaan akademik bukan akademik dan isu semasa dapat disampaikan Buletin

ini juga dapat dilihat sebagai satu wadah bagi menyampaikan isu semasa kepada

. -semua warga IPG Kampus Gaya Semoga dengan adanya E Buletin ini dapat
, .menjadi platform perkongsian ilmu pengetahuan pengalaman dan kepakaran

, -Akhir kata pihak Jabatan Hal Ehwal pelajar berharap E Buletin ini akan dapat

melahirkan kalangan guru pelatih yang sentiasa prihatin dan cakna terhadap

. ,situasi dan persekitaran terkini Komitmen kesungguhan dan sumbangan dari
.semua pihak tidak kira apa jua bentuk sekalipun adalah sangat dihargai Semoga

usaha murni ini akan berterusan sehingga menjadi budaya dalam kalangan warga

.IPGK Gaya
, .Sekian terima kasih

“ ; -19”PRIHATIN RAKYAT DARURAT MEMERANGI COVID

Sm.Wassalam

SHARIFAH MAZNI BINTI S MOKHTAR

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

AKTIVITI-AKTIVITI

PELAJAR

3

Pertandingan Mobile Legends

IPG Kampus Gaya

4 - 6Pada Jun yang lalu Biro Sukan dan

Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

( ),JPP telah menganjurkan Pertandingan

( 2Mobile Legends IPG Kampus Gaya M

).GAYA

Penganjuran pertandingan sebegini

diharap akan dapat menyemarakkan lagi

semangat kesukanan disamping

-mempromosikan bidang E Sukan kepada

.mahasiswa IPG Kampus Gaya

Tahniah diucapkan kepada pasukan

LAKAD MATATAG REBORN kerana telah

berjaya merangkul gelaran juara dengan

(menewaskan pasukan Jagung IPGK Batu

) 3-1.Lintang dengan skor Tempat ketiga

(pula di rangkul oleh pasukan MLBB IPGK

).Kent

:Laporan Oleh

Aidil Hakim bin Yahyah

4

Tahniah Diucapkan

Mohd Hazman dari pasukan

LAKAD MATATAG REBORN

kerana telah terpilih sebagai

pemain terbaik.

KEPAKARAN :

CORE
JUNGLER

5

Majlis Pelancaran Program

Gabungan Pelajar Seni
Melayu (GAPeSM)

10 ,Pada
Jun yang lalu Biro Akademik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
( )JPP IPG Kampus Gaya telah mengadakan Majlis Pelancaran Program
( )Gabungan Pelajar Seni Melayu GAPeSM secara maya menggunakan platform
.Google Meet

.Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Sharifah Mazni binti S Mokhtar selaku
,Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya serta dihadiri oleh
, , .Puan Khadijah binti Adenan Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu

Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memperkasakan pengetahuan
siswa guru dalam aspek kesenian bahasa Melayu sekaligus menjalankan salah

.satu tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia iaitu dengan mendalami

warisan seni bahasa ini

4Terdapat kluster yang telah ditubuhkan dibawah GAPeSM ini iaitu Kluster
, , ,Pantun Kluster Sajak dan Syair Kluster Debat dan Bahas serta Kluster Pidato
.Syarahan dan Pengucapan Awam

,Harapan Biro Akademik dengan tertubuhnya GAPeSM ini semoga siswa

guru dapat mengenali lebih dalam seni Melayu melalui kluster yang mereka

.sertai Program kemahiran ini juga diharap dapat mempersiapkan siswa guru
.untuk menghadapi bidang kerjaya dalam sektor pendidikan suatu hari nanti

Laporan Oleh
Rezzy Elyana Robin

6

MOBILEGRAFI
Untuk Pemula

Mobilegrafi adalah seni dan teknik merakam

.gambar foto menerusi lensa kamera telefon
pintar Seni foto mobilegrafi telah

.berkembang dengan pesat sejak beberapa

tahun ini Merakam gambar menggunakan

( )telefon tidak serumit kamera refleks lensa

tunggal DSLR namun ianya tetap dapat

memberikan hasil yang baik jika teknik dan

.kaedah tangkapan yang betul digunakan

, 18Sehubungan dengan itu pada Jun yang
, &lalu Biro Teknologi
Maklumat dengan
&kerjasama Biro Kesenian
Kebudayaan
( )Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP IPG

.Kampus Gaya telah menganjurkan Program

Mobilegrafi Untuk Pemula

2 15Program yang berlangsung selama
jam

minit menerusi platform Google Meet ini telah

menampilkan Saudara Muhammad Ilham bin

.Jabilin selaku tenaga pengajar

87Seramai orang peserta telah menyertai

program ini dan kami di pihak JPP berharap

program ini dapat meningkatkan kemahiran

insaniah siswa guru dalam bidang fotografi agar

.ianya dapat dimanfaatkan di masa akan datang

:Laporan Oleh Saudara Muhammad Ilham

Mohamad Ziyad bin Mohd Azmi .selaku tenaga pengajar

7

PUBG MOBILE
GAYA LEAGUSeasEon 2

' ( )Player Unknown s Battlegrounds PUBG adalah versi permainan mudah
.alih percuma yang dapat dimainkan bagi pengguna Andorid serta IOS
- 2020Permainan e sukan ini telah diperkenalkan di dalam kampus sejak tahun
.lagi Permainan ini mendapat populariti yang tinggi dalam kalangan pelajar
.kampus dan seterusnya menjadikan ia antara permainan mudah alih yang

sering menjadi sebutan dan kegilaan pelajar

&Sehubungan dengan itu Biro Sukan Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan
( )Pelajar JPP IPG Kampus Gaya telah mengadakan PUBG Mobile Gaya
2 ( 2)League Season
PMGL S bagi memberikan platform kepada para pelajar
.untuk mencungkil bakat

2 2021Pertandingan ini telah berlangsung pada Julai secara dalam talian
- . 17di kediaman masing masing Pertandingan ini telah melibatkan
4yang mengandungi seramai pasukan

orang di dalam setiap satu pasukan bagi
2.meraih gelaran juara PUBG Mobile Gaya League S

Tahniah diucapkan kepada pasukan GAYA ALLSTAR kerana dinobatkan
2 133sebagai juara bagi PMGL S dengan mata sebanyak
125 .pasukan BAJIK sebanyak dan diikuti dengan

mata

-JPP berharap bidang e sukan ini akan teruskan dan mendapat sambutan
.di masa yang akan datang

:Laporan Oleh

Aidil Hakim bin Yahyah

8

SEGMEN BAHASA

ANTARABANGSA

Segmen Bahasa Antarabangsa ini merupakan aktiviti yang menjadi nilai

. 4tambah kepada siswa guru khususnya di IPG Kampus Gaya Terdapat jenis
, , ,bahasa yang dipilih untuk dilaksanakan iaitu Bahasa Arab Bahasa Inggeris
, .Bahasa Perancis dan Bahasa Mandarin Segmen ini dijalankan secara dalam
.talian setiap bulan dengan menampilkan tenaga pengajar yang berkebolehan

dalam jenis bahasa tersebut

Pelaksanaan program sebegini sebenarnya selaras dengan hasrat
11Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menggariskan
anjakan utama
,untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara satu daripadanya

ialah memperkasakan penguasaan pelbagai bahasa dalam kalangan pelajar

, ,termasuk Melayu Inggeris dan Arab serta menggalakkan pembelajaran
.bahasa asing lain

Segmen Bahasa Antarabangsa yang pertama kali diadakan adalah pada
26 2021 15Jun
2021Julai yang dimulakan dengan segmen Bahasa Perancis dan pada

.jayanya pula segmen Bahasa Arab telah berjaya dilaksanakan dengan

:Laporan Oleh

Mohd Azuwan bin Reji

9

Santai Bicara Ilmu dan

Sesi Bedah Buku

25 2021 ,Pada
& ( )Kebajikan
Jun yang lalu Biro Hal Ehwal Wanita dengan kerjasama Biro

Sosial Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP IPG Kampus Gaya

telah menganjurkan Program Santai Bicara Ilmu dan Sesi Bedah Buku secara

.maya melalui platform Google Meet dan Youtube Live

,Terima kasih diucapkan kepada saudari Faezatul Aisyah binti Jaidol Nurliana

Atira binti Abd Dini dan Nur Nadhirah binti Muhamad Nor Fuat kerana

.berkesudian untuk berkongsi ilmu dan idea kepada para peserta

Tujuan pelaksanaan program ini adalah bagi memperkasakan budaya membaca

.dalam kalangan siswa guru serta melahirkan siswa guru yang cinta akan budaya

ilmu

Program ini telah mendapat sambutan

yang amat memberangsangkan dan

. 500disambut baik oleh siswa guru IPGM dari
seluruh Malaysia Seramai orang

siswa guru telah menghadiri program ini

dan seterusnya menjadikan ianya antara

mendapat jumlah
.program
yang

penyertaan tertinggi JPP pada sesi ini

Diharapkan program ini dapat memberikan sinar baharu kepada diri siswa guru
untuk meneruskan tabiat membaca agar dapat menjadi generasi pendidik yang

.bukan sahaja berketerampilan malah kaya dengan ilmu pengetahuan

:Laporan Oleh

Puteri Syibrah Muktharah binti Muktar

10

SEMINAR

KEPIMPINAN PELAJAR

8 - 9 ,Pada
Julai yang lalu telah berlangsungnya Seminar Kepimpinan Pelajar

.IPG Kampus Gaya Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini telah disertai
65oleh
orang pelajar yang terdiri daripada barisan Jawatankuasa Perwakilan

, .Pelajar Ketua Opsyen dan Penolong Ketua Opsyen

Seminar yang berlangsung selama dua hari

ini telah menampilkan beberapa orang

penceramah yang hebat seperti Tuan

Gerald Benjamin dan Tuan Haji Bujang bin

Haji Sabli untuk berkongsi ilmu dan

kepakaran mereka kepada barisan

.pemimpin pelajar IPG Kampus Gaya

Bagi menyempurnakan ,masjlis .Dr

Gerturude Jock selaku Pengarah IPG

Kampus Gaya telah dijemput untuk

merasmikan penutupan seminar

.kepimpinan ini

Semoga dengan penganjuran program

sebegini akan dapat melahirkan lebih ramai

lagi calon guru yang berkaliber dalam

.membangun modal insan negara

:Laporan Oleh

Mohamad Ziyad bin Mohd Azmi

11

PERHIMPUNAN

Bersama Pengarah

Setelah sekian lama pelajar tidak berhimpun secara rasmi

-19, 5kerana wabak COVID
akhirnya pada Julai yang lalu

telah berlangsungnya sesi perhimpunan bersama .Dr

Gerturude Jock selaku Pengarah Institut Pendidikan Guru

( ) .IPG Kampus Gaya secara maya

.Dalam sesi tersebut Dr Gerturude Jock telah memberikan

sedikit penerangan kepada para pelajar berkenaan matlamat

dan hala tuju IPG Kampus Gaya dalam menjadi sebuah

.institusi pendidikan yang berkualiti serta disegani

, .Selain itu Dr Gerturude Jock turut mengingatkan kembali

Tujuh Budaya IPG yang harus menjadi amalan semua warga

;IPG Kampus Gaya iaitu

- Budaya Ilmu
- Budaya Kepimpinan
- Budaya Kerja Profesional
- Budaya Akhlak dan Moral
- Budaya Penyayang
- Budaya Hidup Sihat
- Budaya Estetika

Semoga segala nasihat dan teguran yang disampaikan oleh

.Dr Gerturude Jock akan diambil perhatian oleh semua
.pelajar dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan diri

:Laporan Oleh

Mohamad Ziyad bin Mohd Azmi

12

Ceramah Pendidikan:

Menghadapi Murid Autisme, Bersediakah kita?

, 16 ,Pada hari Jumaat
Julai yang lalu

Gabungan Pelajar Bahasa Melayu IPG Kampus

Gaya dengan kerjasama Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar JPP IPG Kampus Gaya

telah menganjurkan Program Ceramah
, " ;Pendidikan
Menghadapi Murid Autisme
?".Bersediakah kita
Ceramah ini diadakan
8.30 10bermula jam
sehingga malam secara

.dalam talian melalui medium Youtube Live dan

Google Meet

Penganjuran ceramah ini adalah bertujuan

untuk memberi pendedahan kepada siswa

-guru berkenaan pendidikan murid murid
. ,autisme Selain itu program ini juga bertujuan

untuk membentuk siswa guru yang mahir

- .dalam mengenalpasti ciri ciri murid autisme
,Akhir sekali program ini dapat meningkatkan

ilmu para siswa guru daripada perkongsian

.pakar psikologi yang dijemput khas daripada

UMS

200Seramai orang siswa guru telah menyertai program yang dianjurkan ini dari
- . ,kedua dua platform Jelas sekali program sebegini dapat menambahkan ilmu tambahan
.yang diperlukan oleh seorang guru sebelum menjadi seorang guru di sekolah nanti

Terima kasih diucapkan kepada semua siswa guru yang menyertai program yang

. -dianjurkan Diharapkan sambutan seperti ini kekal pada program program yang akan
.dianjurkan pada masa akan datang Semoga program ini memberi manfaat kepada
.semua yang terlibat

:Laporan Oleh

Intan Shahera binti Mohamad
Su Amira Sephia binti Sulaiman

13

Ihya'Program Zulhijjah

-Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan
,bulan yang suci bagi umat Islam padanya
-terdapat peristiwa peristiwa penting bagi
.umat Islam seperti ibadah qurban dan haji

, 20-31Sehubungan dengan itu pada Julai
2021, - ( )Rakan Masjid An Nur RAMAN dengan

kerjasama Persatuan Pelajar Pendidikan Islam

dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
( ) -JAPIM telah mengadakan aktiviti aktiviti yang
' .menarik dibawah tema Ihya Zulhijjah
Ia

merangkumi beberapa aktiviti seperti
, ,ceramah kuiz pertandingan mencipta puisi dan
.pertandingan mereka poster

, -Pelaksanaan program program ini bertujuan

bagi menambahkan ilmu para siswa IPG

Kampus Gaya di samping meningkatkan lagi

daya kreativiti dan mencungkil bakat para

.siswa dalam bidang mereka poster dan

mencipta puisi

:Laporan Oleh

Ahmad Azamuddin

14

Kunjungan
Hormat

PKPIM CAWANGAN SABAH

17Pada Julai yang ,lalu pihak

Jawatankuasa ( )Perwakilan Pelajar JPP

IPG Kampus Gaya telah menerima

kunjungan hormat daripada Persatuan

( )Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM
.Cawangan Sabah

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi
memperkenalkan PKPIM Cawangan Sabah
kepada barisan JPP serta membina
jaringan strategik antara pihak PKPIM
Cawangan Sabah dengan JPP IPG Kampus

.Gaya

Diharapkan kerjasama yang terjalin
antara PKPIM Cawangan Sabah dengan
JPP IPG Kampus Gaya akan berterusan
serta memberi manfaat kepada seluruh

.warga IPG Kampus Gaya

:Laporan Oleh

Mohamad Ziyad bin Mohd Azmi

PROGRAM-PROGRAM
AKAN DATANG

YANG DIANJURKAN OLEH JPP DAN BADAN
PELAJAR IPG KAMPUS GAYA

Pertandingan OGOS
Melukis Poster

Merdeka Virtual Run OGOS

Kuiz Mingguan OGOS
Kemerdekaan

Pertandingan Nyanyian OGOS
Kemerdekaan OGOS

Pertandingan Deklamasi
Sajak/Puisi

Ceramah Kemerdekaan OGOS

Pertandingan Video OGOS
Sapaan
SEPTEMBER
Pertandingan Peragaan
Busana Kemerdekaan

Pertandingan SEPTEMBER
Mencipta Puisi SEPTEMBER

Pertandingan
Pesta Pantun

Gaya FPL OGOS 2021 - MEI 2022

16

Isu Pelajar:

Inisiatif eBelia

,Berkaitan dengan permohonan eBelia pelajar IPG pihak Jawatankuasa
( ) -Perwakilan Pelajar JPP Se Malaysia telah bekerjasama dengan pihak Institut
( )Pendidikan Guru Malaysia IPGM dalam memberikan maklumat berkenaan status
-permohonan setiap pelajar IPG Kampus masing masing untuk disampaikan
.kepada pihak atasan dan diambil tindakan selanjutnya

.Merujuk kepada Memo Antara Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia no
.400-2/1/2 . 10 (80) 13 2021,rujukan KPM
JLD bertarikh Julai bahagian kewangan

KPM telah mengangkat permohonan IPGM berkaitan permohonan eBelia
14 2021.tersebut kepada pihak MoF melalui surat bertarikh
Julai

, :Sehubungan dengan itu MoF telah memberikan maklum balas seperti berikut

,Setelah disemak hanya pelajar yang sedang mengikuti pendidikan di
6, 3, ( ), -peringkat Tingkatan
Senior Middle Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM A
, , ,Level Diploma Kolej Vokasional International Baccalaurate Pengajian Asas
( ) -Foundation dan sekolah sekolah di bawah seliaan KPM serta Institusi
( )Pendidikan Swasta IPS yang berdaftar dengan KPM sahaja yang layak
. ,dipertimbangkan di bawah program eBelia Oleh itu data pelajar yang
7 2021 11berkenaan telah dikemukakan oleh KPM kepada MoF pada Mei
2021. , 9, 183Mei dan

Manakala bagi seramai pelajar yang dimaklumkan telah
-berjaya di dalam permohonan tersebut mungkin adalah pelajar pelajar yang
18 20 .berumur
ke tahun

,Sebagai tambahan semakan lanjut pihak MoF juga mendapati bahawa pelajar
430.00 ,IPG menerima Elaun Sara Hidup Pelajar sebanyak RM
sebulan oleh
, , .itu permohonan bagi pelajar di IPG KPM ini tidak dapat dipertimbangkan

. .Harap semua siswa maklum Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai
.Terima Kasih

:Dikeluarkan Oleh

Jawatankuasa Pewakilan Pelajar Se-Malaysia,

Institut Pendidikan Guru Malaysia.

[ : 15 2021]Tarikh
Julai

17

Cerpen

Keputusan

Karya Oleh

KHAIRUL DANIEL

Keputusan
Karya: Khairul Daniel

Rizki Danish menatap telefonnya lama-lama. Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah
mengumumkan menerusi aplikasi Whatsapp sebentar tadi bahawa para pelajar dikehendaki
untuk pulang ke rumah masing-masing berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat.
Rizki mengeluh perlahan sebagai respons terhadap pengumuman tersebut.

Rizki Danish merupakan seorang pelajar jurusan Matematik di sebuah Institut Pendidikan
Guru (IPG). Dia merupakan pelajar tahun kedua di kampusnya. Dia merupakan seorang
siswa guru yang sangat berbakat dalam bidang pengucapan awam. Meskipun secara
fizikalnya, dia tidaklah terlihat terlalu tampan ataupun gagah seperti lelaki seusianya, namun
tatkala dia mula membuka bicara, setiap insan pasti terpegun dengan lontaran suara dan
bait-bait kata yang dituturkannya.

Dia sedang giat mengira jawapan bagi kuiz yang didudukinya pada hari itu. Kuiz yang
bertopikkan Statistik itu bukanlah sesuatu hal yang sukar baginya. Namun disebabkan dia
tidak suka untuk keluar awal dan menyerahkan kertas sebelum masa kuiz tamat, kini dia
tinggal sendirian di bilik kuliah dengan ditemani pensyarah kegemarannya iaitu Puan
Juwairiyyah.

“Rizki, kamu tidak mahu hantar jawapan kamu? Kawan-kawan kamu yang lain sudah
bergerak ke asrama untuk mengemas barang. Nanti kamu terlewat pula bersiap untuk
pulang.” Kata Puan Ju, prihatin. Rizki yang merupakan seorang anak yatim piatu, sangat
menyenangi keprihatinan Puan Ju terhadapnya. “Hehe, baik puan. Sudah siap sebenarnya,
cuma saya ingin menyemak jawapan ni buat kali terakhir.” Bicara Rizki seraya
memfokuskan matanya pada kertas soalan buat kali terakhir. “Ni saya serahkan kepada
puan. Terima kasih banyak. Saya pergi dulu ya.” Tutur Rizki lalu menyerahkan kertas
jawapan kuiz kepada Puan Ju. Puan Ju menganggukkan kepalanya.

Begitulah kehidupan Rizki sehari-hari. Dia mempunyai 10 orang rakan sekelas. Namun,
kesemuanya seakan menjauhkan diri daripadanya. Dia tidak dapat menebak
sebab-musabab mereka bertindak sedemikian. Kadang Rizki berasa tersisih, maka dia
selalu menyibukkan diri dengan menyertai aktiviti perbahasan agar dia tidak merasa
kesepian dan punya teman untuk meluangkan masa.

Sambil sibuk memuatkan pakaian ke dalam bagasi biru kegemarannya, Rizki termenung
jauh. Sejujurnya, dia tidak mahu pulang ke rumah. Hal ini demikian kerana, rumah yang
selalu orang lain dendangkan bukanlah seperti rumah yang Rizki harapkan. Semenjak
orang tuanya meninggal dunia ekoran kemalangan jalan raya tahun lalu, dia tinggal
bersama mak ciknya. Disebabkan mereka sahajalah keluarga yang dia punya, maka dia
tidak ada pilihan melainkan tinggal bersama mereka.

Namun kehidupan bersama keluarga saudaranya itu bukanlah sebuah mimpi indah, bahkan
boleh dikatakan seperti seksa di neraka. Selepas menginjakkan kaki ke rumah ibu
saudaranya, seakan sudah wujud suatu perjanjian tidak bertulis untuk dia melakukan
kerja-kerja rumah secara sukarela di rumah mak ciknya. Sebut sahaja apa jua jenis kerja
rumah. Basuh pakaian, cuci pinggan mahupun menyapu dan mengemop lantai, semuanya
dilakukan oleh Rizki saban hari. Semua pekerjaan ini dilakukannya dengan rela hati atas
dasar mengenang budi Mak ciknya yang memberikannya tempat berteduh.

Tapi situasi kali ini agak berbeza dengan situasi kebiasaannya. Hal ini berikutan
kesibukannya menyertai sesi kuliah dan menyelesaikan tugasan akademik yang menumpuk.
Dia risau tidak mampu membahagikan masa untuk melakukan kerja membersihkan rumah
dengan bebanan kuliah. Rizki juga takut hal ini akan menimbulkan kemarahan Mak ciknya
sedangkan dia sangat bertekad untuk menjaga Purata Nilai Gred Kumulatifnya daripada
jatuh. Justeru, dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk tidak balik ke rumah pada
semester lalu demi menjaga nilainya daripada jatuh.

Rizki membuka matanya. Sudah seminggu dia berada di rumah selepas balik dari asrama.
Dia melihat jam di dinding biliknya, 4.30 pagi. Dia bercadang untuk tidur sebentar sebelum
melakukan rutin mencuci kain ahli keluarganya. Dia mengeluh perlahan. Jujur walaupun
sudah seminggu di rumah, dia masih belum mampu untuk mengadaptasi diri dengan norma
baharu pembelajaran atas talian yang dilaluinya. Rakan sekelas? Tidak ada yang prihatin
dengannya. Semua sibuk dengan hal masing-masing.

Rizki bingkas bangun apabila terdengar jeritan daripada Mak Zunainah, ibu saudaranya.
“Rizki, cuci kain!” jerit Mak Zunainah seraya membuntangkan matanya. “Maafkan saya mak.
Saya terlelap tadi.” Pohon Rizki dengan wajah kasihan. Tiba-tiba, telefonnya berdering.
Tertera nama Puan Juwairiyyah di papan layar telefonnya. “Rizki, kamu tidak ingat kita ada
kelas pada pagi ini?” Soal Puan Ju selepas menyatakan salam. Rizki menepuk kepalanya
seraya membalas, “Maaf puan, sekejap saya masuk ke dalam Google Meet. Maafkan saya
puan.” Puan Ju berpesan kepada Rizki, “Baik, saya tunggu kamu dalam Google Meet.
Jangan tidak hadir ya.” Rizki menganggukkan kepalanya lalu berkata “Baik puan.”

Lalu terjadilah hal yang cukup ironis pada hari itu. Rizki menyertai sesi pembelajaran sambil
mencuci pakaian di kamar mandi. Sengaja dia menguatkan pembesar suara di telefonnya
agar dapat mendengar jika Puan Ju memanggilnya untuk menjawab sebarang soalan. Itu
sahajalah tujuannya, selebihnya mindanya fokus kepada tugas mencuci pakaian. Segala
kotoran perlu dihilangkan, jika tidak, pekikan dan jeritan Mak Zunainahlah yang menjadi
hidangan tengah harinya nanti.

Hari demi hari dilaluinya dengan tabah, bebanan kerja kursus semakin lama semakin sedikit
hasil daripada usaha Rizki yang sanggup bersengkang mata demi menyiapkan
tugas-tugasnya. “Biarlah aku bersengkang mata, asalkan keputusan akhirku nanti,
cemerlang. Nilai kelas pertama, pasti jadi milikku.” Tekadnya dalam hati.

Rizki terbangun dek azan Subuh yang berkumandang. Dia mencapai telefon bimbitnya
untuk melihat waktu ketika itu. “Masih 5.00 pagi.” Dia berhajat untuk menutup mata sebentar
sementara menunggu sesi mentor mentee yang akan dilaksanakan secara atas talian pada
jam 7.30 pagi. Tiba-tiba, dia teringat akan tugas mengemop lantai yang perlu
dilaksanakannya. Dia bingkas bangun lalu mengorak langkah ke kamar mandi, mengisi air
pada baldi dan mula membersihkan lantai yang penuh bekas kotoran tahi cicak di ruang
tamu.

Usai mengemop lantai, Rizki membuka komputer ribanya. Sebenarnya, keputusan
peperiksaan akan diumum pada hari ini. Sementara menunggu keputusan peperiksaan
diumumkan, eloklah kiranya jika dia menyertai sesi mentor mentee terlebih dahulu.

Setelah memasukkan pautan untuk menyertai sesi mentor mentee yang diadakan melalui
aplikasi Google Meet, mata Rizki sudah tertancap pada wajah yang begitu dia senangi,
Puan Ju dan juga rakan-rakan sekelasnya yang lain. Mereka sedang bertukar khabar dan
berbincang mengenai keputusan peperiksaan yang akan keluar pada hari ini. “Hai Rizki.
Assalamualaikum. Kamu Sihat?” Ujar Puan Ju setelah menyedari Rizki mula mengikuti sesi
tersebut. “Waalaikumussalam Puan. Sihat Alhamdulillah.” Ujar Rizki sambil tangan
kanannya ligat menelusuri laman iTEMS, laman sesawang untuk menyemak keputusan
peperiksaannya.

Rizki sudah melihat hal yang dicari-carinya, iaitu pautan yang akan membawanya
menyemak keputusan peperiksaan yang diidam-idamkannya. Dengan lafaz bismillah, dia
membuka pautan tersebut. Proses memuatkan slip keputusannya tidak lama, berkat wi-fi
yang dipasang Mak Zunainah. Usai proses memuatkan slip keputusan selesai, matanya
terus mencari nilai purata gred yang diperolehnya. Disemaknya berkali-kali sambil giat
menekan butang muat semula, seakan tidak percaya. Nilai yang diperolehinya kali ini, jauh
daripada sasarannya. Dengan dua subjek yang rendah grednya, purata nilai Rizki jatuh
menjunam.

Pada masa yang sama, sesi mentor mentee masih berlangsung. Puan Ju meminta Rizki
membuka kamera supaya dia dapat melihat kesemua mentee yang disayanginya. “Rizki,
kamu sudah memeriksa keputusan peperiksaan kamu?” Soal Puan Ju, prihatin.

Rizki ketika itu berada dalam keadaan serba salah, dia mahu memberi tahu perkara yang
sebenarnya. Namun dek kerana malu dengan kawan-kawannya berikutan nilai keputusan
peperiksaannya yang rendah, dia memutuskan untuk menipu Puan Ju. “Maaf puan, Laman
iTEMS agak sesak. Jadi saya tidak dapat mengakses masuk ke dalam akaun saya.”
Tuturnya, agak tergagap-gagap. Kelihatan Puan Ju mengangguk-angguk melalui paparan
skrin di laman Google Meet tersebut. Beliau beralih kepada rakan sekelasnya yang lain
untuk bertanya nilai yang mereka peroleh, hasilnya nyata lebih tinggi daripada nilai yang
diperoleh oleh Rizki. Dia cuba mengawal riak wajahnya dengan tersenyum tipis, dia tidak
boleh terlihat kecewa atau cemburu kerana dia sepatutnya berbangga dengan pencapaian
mereka meskipun mereka memulaukannya.

Usai sesi mentor mentee, Rizki mengeluh berat. Lututnya terasa longgar dan sakit
kepalanya mulai datang. Dia langsung tidak menyangka nilai yang diperolehinya pada
keputusan peperiksaan baru-baru ini. Dia merasakan nilai 2.77 itu cukup rendah dan sangat
tidak setimpal dengan usaha kerasnya. Selama ini dia fikirkan, jika dia berusaha, pasti saja
semua yang diinginkannya akan dikecapi dan diperolehi. Air matanya mulai mengalir, tanda
dia dirundung kesedihan. Tidak lama selepas itu, dia mulai tertidur lena.

Tidur Rizki dikejutkan dengan jeritan Mak Zunainah. Jeritan itu disertai dengan omelan dan
bebelan yang sungguh menghiris jiwa. Mungkin suasana hati Mak Zunainah ketika itu agak
buruk, maka tersemburlah perkataan-perkataan yang kasar. “Kamu ini Rizki, sudah saya
beri makan, tempat tinggal dan tanggungan hidup, masih saja tidak tahu bersyukur. Kenapa
pinggan mangkuk di singki masih belum dicuci?” Bebel Mak Zunainah. Mungkin kerana
keputusan peperiksaannya yang teruk, Rizki yang biasanya menurut tanpa mempersoalkan,
mula membalas. “Mak, bukannya saya tidak mahu cuci piring, tapi hari ini saya mahu
berehat sebentar.” Tuturnya Rizki perlahan, namun mampu didengari dengan jelas oleh Mak
Zunainah. Mendengar respons Rizki, mata Mak Zunainah mulai terbuntang, dia sangat
berang. Dia lantas menghampiri Rizki lalu menamparnya. Tamparan itu disertai dengan

sumpah seranah. “Dasar anak tidak tahu diri, kurang ajar.” Jerit Mak Zunainah. Rizki yang
ketika itu sudah mula digenangi air mata, mula berlari masuk ke dalam bilik, mengunci pintu.

Sambil mengurungkan diri di dalam bilik, Rizki menangis kesedihan. Esakannya cukup kuat
sambil mempersoalkan Tuhan mengenai hal yang terjadi. Keputusannya yang tidak
cemerlang, ditambah lagi dengan ahli keluarga yang langsung tidak memahami,
membuatkan dirinya rasa terpuruk dan tidak dipedulikan. “Apalah ertinya aku hidup di dunia
ini, jika hal yang cuba ku gendong sehabis baik, nyata berciciran dan berguguran
kesemuanya.” Tuturnya di sela-sela kesedihan. Dia mula mengambil pisau berdekatan.
Tekadnya bulat, keputusannya muktamad. Riwayat hidupnya perlu dihentikan kerana tiada
ertinya hidup, jika yang diusahakannya sehabis baik, tidak dapat dikecapinya. Tangan
kirinya mulai menghalakan pisau ke pergelangan tangannya. Tindakannya mudah ditebak,
dia akan membunuh diri dengan memotong urat nadi yang terletak di pergelangan
tangannya.

Tiba-tiba, telefon Rizki berdering. Rizki yang ketika itu hampir melakukan tindakan drastik,
mula menggapai telefon untuk melihat gerangan insan yang menelefonnya pada saat itu.
Tertera nama Puan Ju pada skrin, menelefonnya. Rizki menyeka air mata, meletakkan
pisau itu di tepi lalu menarik hingusnya. Telefon diangkat, panggilan dijawab.

“Assalamualaikum. Kamu ok Rizki? Puan Ju mula membuka bicara. “Waalaikumussalam
Puan, ya saya sihat. Ada apa tu puan? Rizki membalas, masih kedengaran suaranya yang
serak-serak basah usai menangis. “Jangan tipu saya Rizki, saya boleh dengar suara kamu
seperti baru sahaja menangis. Saya terdetik hati untuk menelefon kamu. Mungkin gerak hati
seorang ibu kali.” Ujar Puan Ju lalu tertawa kecil.

Rizki yang ketika itu sangat memerlukan seorang pendengar untuk meluahkan perkara yang
terbuku di hatinya, mula digenangi air mata. Esakannya mulai kuat lalu meraung. “Rizki,
kamu ada masalah? Kalau tidak keberatan, cuba cerita dengan saya.” Tutur Puan Ju,
lembut.

Pucuk dicita ulam mendatang, Rizki dengan tidak keberatan mula bercerita satu persatu
masalah yang dihadapinya. Dari keputusan peperiksaannya, usahanya bersengkang mata
untuk menyiapkan tugasannya serta masalah bersama rakan sekelasnya. Dia meluahkan
segalanya tanpa tapisan kerana sudah menganggap Puan Ju seperti ibunya sendiri.

Usai mendengar luahan Rizki, Puan Ju mulai merespons dengan satu soalan mudah. “Rizki,
solat bagaimana? Kamu jaga?” Mendengar soalan tersebut, Rizki terkedu. Dia teringat,
selama dia berusaha keras sehingga ke hari itu. Solat tidak pernah dilaksanakannya.
Hubungan dengan Tuhan tidak pernah dijaga. Dia bersengkang mata untuk menyiapkan
tugasan, tapi apabila azan subuh berkumandang, dia lapiskan alasan untuk berehat
sebentar. Nyata selama ini dia terlepas pandang, hal yang paling penting.

Mendengar diamnya Rizki di talian, Puan Ju mulai bernasihat. “Rizki, saya tahu
kecemerlangan kamu. Kehebatan kamu dalam berbicara, dalam arena perbahasan, saya
sangat tidak nafikan. Cuma bab solat, kamu kena jaga. Kalau kamu tidak jaga solat, kamu
takkan mampu hidup bahagia di dunia ini. Jika kamu solat, maka Allah akan jaga kamu,
walau dimana kamu berada dan apapun yang kamu usahakan.” Mendengar nasihat Puan
Ju, air mata Rizki mulai berjuraian buat kesekian kalinya. Kali ini bukan berbaur kecewa, tapi
air mata terharu diselangi kecewa. Dia terharu dengan keprihatinan Puan Ju dan pada masa

yang sama, kecewa dengan dirinya yang sungguh terlepas pandangan erti kata hidup
sebagai seorang manusia yang sebenarnya, iaitu memaknakan kehidupan seorang insan
yang hidup bertuhan.

Usai menasihati Rizki hal-hal peribadi, Puan Ju mulai bercerita mengenai hal yang selama
ini tidak diketahui oleh Rizki, terkait sikap rakan-rakan sekelasnya yang memulaukannya.
Rupa-rupanya sikap rakan sekelasnya itu berfaktor daripada dirinya juga. Puan Ju bercerita,
sikap rakan sekelasnya yang memulaukannya adalah berpunca daripada peristiwa Rizki
yang pernah menghilang tanpa sebarang jejak setelah kelas kecergasan yang diadakan di
taman bersebelahan maktab. Hal ini menyebabkan semua rakan sekelasnya risau dan
keluar mencarinya dan akhirnya didenda oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar kerana mereka
telah disalah anggap ingin keluar dari maktab untuk ponteng kuliah, sedangkan Rizki
sedang nyaman terlena di surau yang terletak di sebelah taman kecergasan.

Mendengar cerita yang tidak diketahuinya itu, Rizki mula tersedar. Rupanya tiada masalah
tanpa punca. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, begitulah peribahasa yang
sesuai dengan situasi dirinya. Setelah menamatkan ceritanya, Puan Ju pun menyimpulkan
pesanannya, “Rizki, kamu harus berterima kasih dengan Allah sebab kamu masih diberi
peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Kamu kena berjanji untuk mula menjaga
hubungan dengan Allah serta rakan sekelas kamu ya. Dengan saya tidak perlu, sebab saya
sentiasa ada untuk kamu, sebagai mentor untuk kamu luahkan apa-apa masalah.” Rizki
mengangguk perlahan lalu berterima kasih, dia bersyukur mempunyai Puan Ju sebagai
mentornya, yang dia sudah anggap seperti ibu kandung sendiri.

Usai menamatkan panggilan dengan Puan Ju, Rizki melirik jam dindingnya. Masih ada 10
minit sebelum masuk waktu Zohor. Dia berhasrat untuk melakukan solat, setelah sekian
lama hanyut mengejar dunia yang tak berpenghujung. Dia ternampak pisau yang terletak di
atas lantai, pisau yang hampir dia gunakan untuk membunuh dirinya. Pisau itu diletakkan
semula di tempatnya. Rizki mula membuka telefon bimbitnya. Dengan lafaz bismillah, dia
mula menaip untuk membuat permohonan maaf kepada rakan sekelasnya. Entah bakal
bagaimana respons mereka, selepas ini dia akan mencuba sehabis baik, menjadi hamba
Allah dan rakan sekelas yang terbaik.

Cari shawl yang murah,
berkualiti dan selesa?
Anda boleh dapatkan di
@bynashaa, pelbagai
jenis pilihan shawl yang
ada!

Instagram & twitter : bynashaa
WhatsApp : 01131660479

Iklan Ini Dibawakan Oleh: Biro Keusahawanan JPP IPG Kampus Gaya

Sidang Redaksi E-Buletin Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

[email protected]


Click to View FlipBook Version