SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 51 Plan-Do-Check-Act • Plan (Merancang) penambahbaikan operasi anda dengan meneliti apa yang telah salah dahulu (kenalpasti masalah yang dihadapi), dan dapatkan cara penyelesaiannya. • Do (Lakukan) perubahan yang dicipta untuk selesaikan masalah dalam skel yang kecil dahulu. Ini akan minimakan gangguan terhadap aktiviti-aktiviti harian semasa menguji samada perubahan itu Berjaya atau tidak. • Check (Semak) samada ujian itu mencapai keputusan yang dikehendaki. Juga perlu menyemak berterusan aktiviti-aktiviti tersebut untuk memastikan kualiti output serta mengenalpasti apa-apa masalah baru yang muncul. • Act (Laksana) perubahan-perubahan dalam skel yang lebih besar jika ujian tadi Berjaya. Ini bermakna membuat perubahan merupakan aktiviti biasa anda. Anda juga boleh melibatkan orang lain (pekerja jabatan lain, pembekal atau pelanggan) yang terjejas oleh perubahan tersebut dan kerjasama mereka diperlukan untuk laksanakan perubahan itu secara skel yang lebih besar, atau mereka-mereka yang bermanfaat daripada perubahan itu (yang anda mungkin telah melibatkan mereka dalam peringkat percubaan). Pusingan ini telah tiba di tahap “masalah diselesaikan” dan lengkap. Anda boleh balik ke Peringkat Rancang (Plan) untuk mengenalpasti “masalah yang dihadapi” yang baru.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 52 BAHAGIAN 2: TERMA DAN SYARAT-SYARAT PEKERJAAN 2.0 TERMA DAN SYARAT-SYARAT PEKERJAAN Terma “Kontrak Perkhidmatan” didefinisikan sebagai satu perjanjian atau Tawaran Pekerjaan dari syarikat yang ditulis dan dinyatakan di dalamnya kedudukan kerja, gaji ditawarkan, dan tarikh melapor diri. 2.1 SURAT LANTIKAN (a) Surat lantikan adalah dalam bentuk tersurat supaya pekerja faham, terima dan bersetuju untuk mengikuti terma dan syrat-syratpekerjaan serta prosidur tatatertib. (b) Pihak syarikat akan keluarkan DUA (2) salinan surat lantikan kepada calon yang berjaya. Salinan kedua harus ditandatangani oleh bakal pekerja sebagai tanda penerimaan tawaran kerja dan disimpan dalam rekod individu pekerja. (c) Jika sekiranya terdapat maklumat-maklumat palsu yang diberikan oleh pekerja tersebut semasa permohonan krja, maka pekerja itu boleh dibuang kerja serta-merta. 2.2 TEMPOH PERCUBAAN (a) Tempoh percubaan bagi pekerja baru berpangkat Bukan Eksekutif / Pengurus adalah ENAM (6) bulan atau mana-mana tempoh tertentu yang dinyatakan dalam surat lantikan. Tetapi, tempoh ini boleh dilanjutkan ke mana-mana tempoh tertentu lagi dan ini tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat. Semasa tempoh percubaan mana-mana pihak boleh menamatkan pekerjaan dengan notis bertulis satu (1) minggu; atau mana-mana tempoh tertentu yang dinyatakan dalam surat lantikan atau bayaran gaji ganti tempoh notis bertulis. Bukan-Eksekutif / Pengurus adalah merujuk kepada jawatan-jawatan berikut: Departmental Assistant / Clerical positions, Receptionist, Despatch, Drivers, Cleaners, Site Supervisors, Site agent, Chainman dan lain-lain yang serupa fungsinya. (b) Tempoh percubaan bagi Pihak eksekutif dan pengurus yang baru adalah ENAM (6) bulan atau mana-mana tempoh tertentu yang dinyatakan dalam surat lantikan. Tempoh percubaan boleh dilanjutkan ke mana-mana tempoh tertentu lagi dan ini tertakhluk kepada budi bicara pihak syarikat. Semasa tempoh percubaan mana-mana pihak boleh menamatkan pekerjaan dengan notis bertulis satu (1) minggu; atau mana-mana tempoh tertentu yang dinyatakan dalam surat lantikan atau bayaran gaji ganti tempoh notis bertulis. Eksekutif adalah merujuk kepada jawatan-jawatan berkelar Officer, Eksekutif, Jurutera, Quantity Surveyor dan lain-lain yang serupa fungsinya. (c) Tempoh percubaan ini boleh dikurang atau diperpanjangkan atas budi-bicara pihak Pengurusan bergantung kepada prestasi dan tingkahlakunya. Pertukaran ini akan dimaklumkan kepada pekerja secara bertulis. 2.3 PENGESAHAN JAWATAN Pekerja yang disahkan jawatannya akan dimaklumkan secara bertulis dan diberikan surat pengesahan jawatannya oleh Pengurus Sumber Manusia melalui Ketua Bahagian. 2.4 KENAIKAN PANGKAT Pihak Syarikat akan menentukan kenaikan pangkat pekerja atas budi-bicaranya sendiri berdasarkan kepada kelayakan, pengalaman dan tanggungjawab yang diperlukan untuk pangkat yang lebih tinggi itu.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 53 2.5 PERPINDAHAN Pihak Syarikat berhak untuk membuat perpindahan pekerja dari satu bahagian kepada bahagian yang lain atau dari satu tugas ke tugas yang lain dengan sebab munasabah. 2.6 NOTIS BERHENTI KERJA (a) Semasa tempoh percubaan mana-mana pihak boleh menamatkan pekerjaan dengan notis bertulis selama Tujuh (7) hari; atau mana-mana tempoh tertentu yang dinyatakan dalam surat lantikan atau bayaran gaji ganti tempoh notis. (b) Setelah pekerja itu disahkan dalam jawatannya, mana-mana pihak boleh menamatkan pekerjaan dengan notis bertulis satu (1) bulan: atau mana-mana tempoh tertentu yang dinyatakan dalam surat lantikan atau bayaran gaji ganti tempoh notis. 2.7 WAKTU BEKERJA & HARI REHAT (a) Pihak Pengurusan, atas budi-bicaranya, akan menggubal waktu kerja untuk memenuhi kehendak operasinya. Jumlah waktu kerja tidak akan melebihi 45 jam seminggu (tidak termasuk waktu rehat). Pekerja layak untuk 1 jam untuk wkatu rehat / makan setiap hari. Pihak pengurusan akan juga menentukan jadual kerja (jam & hari) untuk pekerja-pekerja. Waktu bekerja kakitangan adalah seperti dibawah : Ibu Pejabat/ Pejabat Isnin – Jumaat : 8:15 pagi – 5:30 petang Rehat : 12:00 tengahari – 01:00 petang Sabtu : Hari Offday Mingguan Ahad : Hari Rehat Mingguan Operasi (I) Isnin – Jumaat : 8:15 pagi – 5:15 petang Sabtu : 8:15 pagi – 12:45 tengahhari Rehat : 12:00 tengahari – 01:00 petang & rehat tambahan 30 minit pada waktu pagi & petang Ahad : Hari Rehat Mingguan Tapak Binaan (II) Isnin – Sabtu : 8:15 pagi – 5:45 petang Rehat : 12:00 tengahari – 01:00 petang & rehat tambahan 30 minit pada waktu pagi & petang Ahad : Hari Rehat Mingguan (b) Pekerja yang bekerja pada waktu selepas waktu kerja biasa dan hari cuti rehat kerana kehendak tugasan yang penting (dengan kelulusan pihak pengurusan terlebih dahulu), boleh mengumpul waktu-waktu tersebut dan menuntut sebagai hari cuti gantian. Pengumpulan waktu-waktu tersebut adalah atas kelulusan Ketua Jabatan / Ketua Bahagian Sumber Manusia. (c) Setiap pekerja akan diberikan satu hari rehat sepenuhnya setiap minggu dan hari tersebut akan ditentukan oleh pihak Pengurusan. (d) Semua pekerja Muslim Lelaki akan diberikan 1 jam 30 minit semasa waktu makan tengahhari untuk sembahyang hari Jumaat. Mereka dijangka pulang ke tempat kerja biasa mereka pada pukul 2:30 petang. Mereka perlu perpanjangkan waktu kerja mereka untuk waktu tersebut, jika perlu, supaya kerja mereka dapat mengikut jadual.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 54 2.8 SKIM GAJI, PEMBAYARAN, PENILAIAN GAJI TAHUNAN, KERJA LEBIH MASA (OT) & CARUMAN DAN POTONGAN BAYARAN STATUTORI (a) Pihak pengurusan melaksanakan skim gaji dan manfaat Syarikat berdasarkan pertimbangan di mana ia akan disemak dari masa ke masa apabila difikirkan perlu. (b) Gaji bulanan akan dibayar sebelum 7hb bulan selepas gaji bulan. (c) Atas budi-bicara pihak pengurusan, penentuan gaji pokok pekerja adalah berdasarkan kepada kelayakan, pengalaman, fungsi dan tanggungjawabnya. Begitu juga terhadap kenaikan gaji semasa pengesahan jawatan. (d) Kenaikan gaji tahunan adalah bergantung kepada Penilaian Prestasi Kerja dan kadar kenaikan gaji adalah bergantung kepada prestasi kerja pekerja itu dan keadaan perniagaan syarikat. (e) Gaji untuk bekerja pada hari rehat, cuti umum yang dipilih adalah merujuk kepada perenggan 60D (1) (a) & (b) serta Seksyen 60(A) Akta kerja 1955 dan tertakluk kepada kelayakan tidak lewat daripada hari terakhir gaji bulan selepasnya. (f) Kerja lebih masa (OT) & tuntutannya: (i) Pekerja dikehendaki melakukan kerja-kerja OT apabila diminta oleh pihak Syarikat. Bayaran OT hanya akan dibayar kepada mereka-mereka yang layak menuntut sepertimana yang ditentukan oleh Akta Kerja 1955 & peraturan-peraturannya. (ii) Tuntuttan OT hanya akan dibayar dengan adanya KELULUSAN BERTULIS TERLEBIH DAHULU dalam borang yang ditetapkan – tarikh, masa & sebab) daripada Ketua jabatan / pihak Pengurusan. (iii) Waktu kerja minimum OT setiap kali adalah 30 minit. Mana-mana kerja OT setiap kali yang kurang daripada 30 minit tidak dibayar. (iv) Pihak Syarikat akan membuat potongan & caruman mengikut kadar yang ditetapkan sepertimana yang ditetapkan oleh Akta PERKESO, KWSP & PCB (Potongan Cukai Bulanan) dan mana-mana potongan & caruman yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. 2.9 BAYARAN BONUS Pembayaran bonus adalah atas budi-bicara pihak Pengurusan untuk menentukan formula, kelayakan & tarikh pembayarannya. 2.10 KEDATANGAN DAN KAD PERAKAM WAKTU (a) Semua pekerja haruslah melaporkan diri sebelum waktu bekerja yang telah dinyatakan di dalam Polisi Syarikat di atas. (i) Pihak majikan berhak memotong gaji pekerja yang sering datang lewat melebihi tiga (3) kali berturut – turut dalam tempoh sebulan tanpa alasan yang munasabah. (ii) Untuk pekerja tahap Pengurus, kerana kehendak kerja & tugas resmi mereka, mereka tidak perlu merakamkan waktu kedatangan mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih perlu mengikuti peraturan-peraturan permohonan cuti jika mereka bercuti. (iii) Pihak majikan membenarkan pekerja-pekerja kategori tertentu (Pengurus & ke atas) dari mengetik rekod kedatangan harian mereka kerana kehendak kerja & jadual tugas.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 55 2.11 JADUAL WAKTU BEKERJA SYARIKAT Sebelum 31hb Disember setiap tahun, syarikat akan memberitahu pekerja melalui ketua bahagian mengenai kalendar syarikat mengikut tahun berikutnya.Syarikat juga berhak membuat sebarang perubahan jadual waktu kerja mengikut keperluan syarikat. 2.12 CUTI UMUM Pekerja akan diberikan cuti umum seperti dibawah:- *Tertakluk kepada perubahan # Cuti Umum Wajib (a) Pekerja Ibu pejabat & Pekerja Pejabat Tahun Baru Cina - 2 hari Thaipusam - 1 hari Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W - 1 hari Hari Keputeraan Sultan Johor (#) - 1 hari Hari Pekerja (#) - 1 hari Hari Wesak - 1 hari Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong (#) - 1 hari Hari Hol Almarhum Sultan Johor - 1 hari Awal Ramadhan - 1 hari Hari Kebangsaan (#) - 1 hari Hari Raya Puasa ( * ) - 2 hari Hari Deepavali ( * ) - 1 hari Hari Raya Qurban (Haji) ( * ) - 1 hari Awal Muharam - 1 hari Hari Malaysia (#) - 1 hari Hari Krismas - 1 hari (b) Bagi Pekerja Tapak Bina Tahun Baru Cina - 2 hari Hari Keputeraan Sultan Johor (#) - 1 hari Hari Pekerja (#) - 1 hari Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong (#) - 1 hari Awal Ramadhan - 1 hari Hari Kebangsaan (#) - 1 hari Hari Raya Puasa ( * ) - 2 hari Hari Deepavali ( * ) - 1 hari Hari Raya Qurban (Haji) ( * ) - 1 hari Awal Muharam - 1 hari Hari Malaysia (#) - 1 hari Hari Krismas - 1 hari (c) Jika hari cuti umum itu jatuh pada hari cuti rehat, hari bekerja berikutnya akan menjadi hari cuti umum. (d) Pihak Pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana cuti umum selain daripada hari-hari cuti umum yang bertanda (#) yang merupakan cuti umum wajib. (e) Pekerja yang ponteng kerja pada hari-hari bekerja satu hari sebelum atau 1 hari selepas cuti umum di atas tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada pihak Pengurusan atau tanpa sebab munasabah, tidak akan layak kepada cuti umum tersebut.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 56 2.13 CUTI TAHUNAN (a) Pekerja dikehendaki menghantar Borang Permohonan Cuti Tahunan untuk kelulusan Ketua Jabatan mereka sekurang-kurangnya 4 hari bekerja sebelum hari cuti tersebut. (b) Semua pekerja layak kepada cuti tahunan di bawah ikut taraf pekerjaan mereka. Tempoh Perkhidmatan Bil. Hari Kelayakan Cuti Tahunan (mulai 1 Jan 2015) < 2 tahun 12 hari setahun ≥2 tahun – 5 tahun 16 hari setahun >5 tahun & ke atas 18 hari setahun (i) Kelayakan Cuti Tahunan (dikira ikut tahun kalendar), hanya akan dibenarkan dibawa ke 31hb Mac tahun berikutnya dan baki cuti tahunan yang tidak terpakai akan dihapuskira. (ii) Semua pekerja (tanpa kira telah sah jawatan atau masih dalam tempoh percubaan) adalah layak memohon Cuti Tahunan yang telah didapati (earned). Pengarah boleh meluluskan permohonan Cuti Tahunan Pendahuluan (Advance Annual Leave), berdasarkan kepada situasi setelah ia mendapat sokongan daripada ketua jabatan masing-masing. (iii) Pembayaran gaji untuk Cuti Tahunan HANYA untuk kes-kes pemberhentian kerja, persaraan, pembuangan kerja atau atas budi bicara Syarikat. (iv) Permohonan Cuti Tahunan ½ hari adalah dibahagi kepada berikut: Bekerja pada waktu pagi : 8:15pagi – 1:00 petang (TIADA WAKTU MAKAN); Bekerja pada waktu petang : 1:00 petang – 5.15 /5.30 petang (TIADA WAKTU MAKAN) Permohonan Cuti Tahunan dan / atau Cuti Tanpa Gaji bagi pekerja yang perlu kerja Setengah Hari pada Hari Sabtu / hari bekerja lain akan dikira sebagai Satu (1) hari. (v) Mana-mana cuti yang di ambil kerana kes kecemasan harus mendapat kelulusan terlebih dahulu. Ia adalah menjadi tanggungjawab pekerja yang mengambil cuti kecemasan untuk memaklumkan dan mendapat kelulusan ketua jabatannya. Semua Cuti kecemasan akan diambilkira sebagai Cuti Tahunan (jika ada) atau Cuti tanpa Gaji (NPL). (v) Pekerja yang berhenti kerja dibenarkan menggunakan baki cuti mereka untuk memendekkan notis berhenti mereka kecuali perkhidmatan mereka adalah diperlukan dan pihak Syarikat akan membayarnya baki cuti tersebut. 2.14 CUTI EHSAN Bergantung kepada bukti yang berkaitan, semua pekerja diberikan Cuti Ehsan berbayar (hari bekerja) untuk hal-hal berikut: a) BUJANG (PEKERJA YANG BUJANG/ MASIH BELUM KAHWIN) i. Kematian ibu bapa / abang / kakak - 3 hari ii. Kematian datuk dan nenek - 2 hari iii. Bencana seperti banjir, kebakaran,rompakan, kemalangan yang melibatkan pekerja - 2 hari b) PEKERJA YANG TELAH BERKAHWIN (TERMASUK BALU, BERCERAI) i. Kematian suami,isteri,atau anak-anak - 3 hari ii. Kematian ibu bapa & ayah dan ibu mertua pekerja - 2 hari iii. Bencana seperti banjir, kebakaran,rompakan, kemalangan dan lain-lain yang melibatkan pekerja - 2 hari
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 57 c) SUMBANGAN EHSAN BUKAN TUNAI i) Pihak majikan mungkin, atas budi bicaranya, untuk menentukan samada memberikan sumbangan ehsan bukan tunai (seperti bunga bentuk “wreath” dan sebagainya) apabila terdapat kematian pekerja atau kematian ahli keluarga pekerja dan ia adalah bergantung kepada tahap penggajian pekerja itu. d) SUMBANGAN EHSAN TUNAI – KHAIRAT KEMATIAN (Berkuatkuasa mulai 14 Februari 2020) i) Pihak Syarikat akan membuat sumbangan ehsan tunai – Khairat Kematian seperti jadual dibawah untuk kategori pekerja atas kematian ahli keluarga terdekat mereka sepeetimana tertera dalam jadual di bawah. Pihak Syarikat akan menambahkan nilai sumbangan melebihinya atas budi-bicaranya. No. Kategori Ahli Keluarga Nilai Sumbangan (RM) 1. Pekerja – Status Bujang i) Ibubapa Sahaja RM 500/ orang 2. Pekerja – Status Berkahwin i) Ibubapa ii) Pasangan suami/ isteri yang Sah iii) Anak yang Sah RM 500/ orang 3. Kematian Pekerja itu sendiri - RM 1,000 2.15 CUTI TAHNIAH Cuti tahniah berbayar akan diberikan oleh majikan kepada pekerja yang telah sah jawatan untuk tujuan berikut:- (i) Perkahwinan Pertama - 2 hari (ii) SUMBANGAN BUKAN-TUNAI BERBENTUK TAHNIAH / PERAYAAN TAHUNAN / HADIAH Pihak majikan mungkin, atas budi bicaranya, untuk menentukan samada memberikan sumbangan bukan tunai (seperti hamper dan sebagainya) kepada pekerja apabila pekerja itu mendapat kelahiran anak, atau apajua majlis-majlis bersukaria, seperti CABUTAN BERTUAH / HADIAH PINTU untuk Jamuan Tahunan, Lawatan Tahunan atau mana-mana hadiah bukan tunai yang diberikan kepada pekerja dalam apa-apa situasi dan ia adalah bergantung kepada tahap kepada tahap penggajian pekerja itu. 2.15(a) CUTI PATERNITI (i) Pekerja Lelaki Yang berkahwin (yang pembayaran gaji diuruskan di HQ, Plaza DNP, Johor Bahru) yang telah bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum bermulanya Cuti Paterniti; dan mereka dikehendaki maklumkan kepada majikan tentang penghamilan pasangannya sekurang-kurangnya Tiga puluh (30) hari dari tarikh jangkaan melahir anak atau secepat mungkin setelah kelahiran tersebut; adalah layak untuk Tujuh (7) hari kalendar berterusan sebagai Cuti Paterniti untuk kelahiran anak kandungnya DAN dihadkan kepada Lima (5) kelahiran anak kandungnya tanpa kira bilangan isteri yang sah pada masa permohonan cuti dibuat. Ia berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023. (ii) Salinan Sijil Lahir anaknya yang menunjukkan bahawa pekerja Lalaki tersebut merupakan bapa kepada anak tersebut adalah wajib disertakan sebagai bukti sokongan permohonan kelayakan ini. Permohonan dan kelayakan ini hendaklah digunakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelahiran anak tersebut.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 58 2.16 KELAYAKAN CUTI SAKIT, CUTI HOSPITALISASI & CUTI SAKIT BERLANJUTAN (a) Berikut adalah kelayakan cuti sakit kepada semua pekerja dimana tiada cuti hospitalisasi: Tempoh Perkhidmatan Kelayakan < 2 tahun 14 hari ≥ 2 < 5 tahun 18 hari 5 tahun ke atas 22 hari (b) Cuti Hospitalisasi adalah Enam Puluh (60) hari setiap tahun kalendar. (c) Cuti sakit hendaklah disahkan oleh Pengamal Perubatan Bertauliah & berdaftar dengan Pihak Berkuasa / doktor-doktor Kerajaan. (d) Pekerja juga layak untuk cuti sakit setelah diperiksa oleh doktor gigi yang dilantik oleh Syarikat, Hospital Kerajaan atau Klinik Kerajaan, sepertimana yang ditetapkan di Akta Gigi 1971 yang mana kelayakan hari-hari cuti adalah dikira bersama. (e) Pekerja dikehendaki maklumkan ketua jabatan mereka atau Bahagian Sumber Manusia terhadap cuti sakitnya dalam masa 48 jam bermulanya cuti sakit tersebut. 2.17 CUTI BERSALIN (a) Pekerja wanita dikehendaki maklumkan Bahagian Sumber Manusia dalam masa tempoh 60 hari sebelum mulanya tarikh bersalinnya tentang bila dia ingin mulakan cuti bersalin yang layak dan pihak Syarikat boleh tangguhkan pembayaran elaun bersalin sehingga notis itu telah diberikan kepada pihak Syarikat. (b) Pekerja wanita berhak mendapat cuti bergaji selama Sembilan puluh Lapan (98) hari setiap kali bersalin (termasuk hari rehat, offday, cuti umum yang jatuh pada tempoh tersebut) tetapi tidak boleh bermula lebih awal daripada 30 hari sebelum tarikh bersalin atau lewat daripada tarikh bersalin. (c) Pekerja wanita tidak berhak mendapat apa-apa elaun bersalin sekiranya pada masa bersalin dia mempunyai lima atau lebih anak yang masih hidup. Untuk takrifan “ANAK” adalah bermaksud semua anak kandung tanpa kira umur. 2.18 CUTI PEPERIKSAAN DAN PENDIDIKAN (a) Pihak Pengurusan boleh meluluskan sebanyak 7 hari bekerja (tanpa kira samada ia dipecah kepada beberapa tempoh untuk guna) setiap tahun kalendar kepada pekerja yang telah sah jawatan sebagai Cuti Peperiksaan / Pendidikan; yang beliau telah mendapat pengakuan dari pihak pengurusan yang mana kursus itu akan memanfaatkan kepada pekerja atau tugasan masa depan dalam syarikat. (b) Pihak Pengurusan / ketua jabatan boleh tolak permohonan cuti ini jika tarikh yang dipohon itu akan menjejaskan operasi jabatannya. Maka, permohonan cuti ini hendaklah disokong oleh bukti dan hantar kepada pihak Pengurusan / ketua jabatan sekurangkurangnya 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan tersebut.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 59 2.19 KELAYAKAN KOS RAWATAN PERUBATAN (i) Pihak Syarikat akan tanggung kos rawatan perubatan serta ubat-ubatan (termasuk rawatan pergigian – hanya untuk rawatan pergigian umum seperti pemeriksaan, pengisian & pencabutan gigi tetapi tidak termasuk orthodontics & pencantikan) yang diubati oleh pengamal perubatan bertauliah & berdaftar serta klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan & swasta mengikut jadual dibawah. Pembayaran balik hanya dengan resit asal disertakan. Tuntutan bayaran rawatan dan perubatan Tradisional Cina juga dibenarkan. Pihak Syarikat akan mempertimbangkan pembayaran kos rawatan perubatan yang lain atas budi bicara Syarikat. Rawatan manfaat in juga termasuk tuntutan-tuntutan untuk suami / isteri, anak-anak (bujang, masih belajar & di bawah umur 25 tahun) dan ibubapa pekerja yang sah mengikut limit yang masih ada serta kelayakan. Tempoh Berkhidmat Kelayakan Setiap Tahun calendar (Mulai 1 Jan 2019) Bukan Pengurus (Non-Managerial) Pengurus / HOD < 2 Tahun RM 400 RM 700 ≥2 to < 5 tahun RM 500 RM 900 5 tahun & lebih RM 600 RM 1100 (ii) Pekerja dalam tempoh percubaan hanya layak membuat tuntutan ikut pro-rata bagi kelayakan tahunan ikut tarikh masuk kerja mereka jika tidak mencukupi satu tahun genap dalam tahun kalendar yang sama. (iii) Syarikat tidak akan tanggung mana-mana perbelanjaan seperti perubatan, pembedahan yang berkaitan atau peralatan seperti cermin mata, bantuan pendengaran dan pembedahan kosmetik. (iv) Sebarang perbelanjaan yang disebabkan kecederaan diri atau penyakit yang disebabkan salahlaku atau masalah disiplin. 2.20 SAKIT YANG BERLARUTAN (a) Pekerja yang telah menjalankan tugas tiga (3) tahun dan menghidap tuberculosis, kanser, leprosy atau paralysis dan apa-apa penyakit berlarutan akan menerima gaji bulanan untuk dua bulan pertama menghidap atau penyakit berjaya dikesan dan akan berterusan menurut cuti sakit pekerja atau keizinan pihak hospital mengikut Peraturan Pampasan Pekerja Malaysia (Socso) dan Kumpulan Insurans yang berkaitan. (b) Pekerja yang telah berkhidmat secara berterusan selama 5 tahun dan ke atas, yang telah habis guna Cuti Hospitalisasi selama Enam Puluh (60) hari serta akibat kesakitan terpaksa berehat di rumah atau akibat kesakitan yang memerlukan masa yang panjang untuk pulih (contohnya TB, Kanser, Polio dan lain-lain) sepertimana yang dinasihatkan oleh doctor panel atau doctor kerajaan / swasta dan, adalah tidak dapat bekerja seperti biasa. Sijil asal Cuti Sakit hendaklah disertakan. i) 1 bulan gaji penuh (gaji pokok & elaun tetap sahaja) ii) 3 bulan gaji separuh bulan (gaji pokok & elaun tetap sahaja) iii) 3 bulan cuti tanpa gaji Pihak Syarikat akan membuat keputusan atas budi-bicaranya untuk menentukan sama ada perkhidmatan pekerja itu diteruskan dengan cuti tanpa gaji atau perkhidmatannya akan ditamatkan.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 60 2.21 ELAUN KENDERAAN / TUNTUTAN PERJALANAN (a) Pihak Syarikat akan membayar tuntutan perjalanan mengikut kadar RM 0.60 per kilometer (KM) (tertakluk kepada perubahan) bagi pekerja yang menggunakan kereta sendiri (RM 0.25 per KM jika guna motosikal sendiri) untuk menjalankan tugasan rasmi dari kawasan syarikat untuk perjalanan tempatan yang dalam kawasan lilitan 50KM dari kawasan syarikat. Mereka yang telah mendapat bayaran bulanan tetap Elaun Pengangkutan adalah tidak layak membuat tuntutan perjalanan tempatan atau perjalanan lain mengikut package yang ditawarkan. (b) Untuk tuntutan perjalanan luar kawasan (outstation) dengan menggunakan kenderaan peribadi, pekerja dibenarkan memnuntut RM 0.15 / KM sebagai kos penyelenggaraan DAN tuntutan perbelanjaan minyak sebanyak RM 0.30 per kilometer. Penggunaan Motosikal sendiri untuk perjalanan luar kawasan tidak dibenarkan dan tidak layak membuat tuntutan. Satu pakej perbelanjaan akan diberikan sebagai penggantian tuntutan ini untuk pekerja yang perlu sentiasa melawat ke luar kawasan (outstation). (c) Bayaran Tol & kos letak kereta untuk tugasan resmi boleh dituntut kecuali ia telah dibayar oleh syarikat. 2.22 ELAUN PERJALANAN & KELAYAKAN PENGINAPAN HOTEL UNTUK TUGASAN DI LUAR KAWASAN (a) Elauan Perjalanan Pihak syarikat telah menyemak segala perjalanan elaun harian pekerja di dalam Malaysia dan Singapura atas tugasan syarikat. Elaun harian ini merangkumi makanan dan minuman sahaja. (i) Malaysia - Perjalanan ke/dari pada hari yang sama ** RM30/ hari - Melebihi 1 hari ** RM50/ hari (ii) Singapura - Perjalanan ke/dari pada hari yang sama ** S$30/ hari - Melebihi 1 hari ** S$50/ hari (iii) Luar Negara (selain Singapura) ** RM 100/ hari (b) Kelayakan Penginapan Hotel Untuk Tugasan Di Luar Kawasan (i) Semua pekerja layak untuk penginapan hotel untuk Tugasan Di Luar Kawan atas urusan resmi mereka dan pihak Pengurusan akan menentukan penginapan hotel mereka berdasarkan kepada jadual dibawah & apa-apa naik-taraf kelayakan hendaklah mendapat kelulusan pihak Pengurusan terlebih dahulu atas unsur-unsur yang tidak dijangkakan. (ii) Pekerja hendaklah mengisi dan lengkapkan Borang Outstation Field Work / Visit Application Form (Form No. : SKS-HR-FM-021) untuk kelulusan pihak Pengurusan & hantarkan boring tersebut kepada Bahagian Sumber Manusia untuk pengendalian mengikut prosidur (contohnya masa memproses). (iii) Jadual dibawah menunujukkan Kelayakan Penginapan Hotel Untuk Tugasan Di Luar Kawasn serta syarat-syaratnya. Resit asal adalah perlu disertakan untuk tuntutan jika penginapan hotel adalah diuruskan oleh pekerja sendiri.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 61 Kelas Pekerja Kelayakan Penginapan Hotel (Dalam Malaysia) Syarat-syarat 1.Pekerja Bukan Pengurus a) Sehingga RM150 /bilik/malam – Pekerja dalam perseorangan dalam Kelas pekerjanya; b) Sehingga RM250 / bilik / malam – 2 orang Berkongsi bilik untuk pekerja kelas ini yang DIKEHENDAKI berkongsi bilik. i. Penginapan hotel untuk pekerja sama jantina DIKEHENDAKI berdasarkan kepada 2 ORANG 1 BILIK – kecuali hanya seorang. 2. Pekerja Berpangkat Pengurus a) Sehingga RM350 / bilik / malam – Bilik Perseorangan; b) Sehingga RM600 / bilik / malam – Jika memilih berkongsi bilik untuk pekerja kelas ini. i. Dibenarkan untuk Bilik Perseorangan untuk Pekerja Kelas ini. ii. Penginapan Hotel untuk pekerja yang sama jantina BOLEH memilih untuk berkongsi bilik untuk bilik yang lebih tinggi kadar. 3. Pengarah Syarikat Atas Budi-bicara Syarikat i. Dibenarkan untuk Bilik Perseorangan untuk Pekerja Kelas ini. 4. Pekerja Semua Kelas – Luar Negara Atas Budi-bicara Syarikat i. Penginapan hotel untuk pekerja sama jantina DIKEHENDAKI berdasarkan kepada 2 ORANG 1 BILIK – kecuali hanya seorang 2.23 ELAUN (BAGI PAMERAN) Hari Bekerja: (6.00pm – 10.00pm) RM 80.00 Sabtu: (10.00am – 4.00pm) RM 80.00 (4.00pm – 10.00pm) RM 80.00 Ahad: (10.00am – 4.00pm) RM 120.00 (4.00pm – 10.00pm) RM 120.00 Cuti Umum: (10.00am – 4.00pm) RM 160.00 (4.00pm – 10.00pm) RM 160.00 *Catatan: - Termasuk petrol & makanan. - Pekerja digalakkan untuk berkongsi kereta (4 orang setiap kereta) untuk menuntut bayaran tempat letak kereta.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 62 2.24 LATIHAN DAN PENDIDIKAN (a) Pekerja mungkin dipilih oleh Syarikat untuk menghadiri kursus-kursus / latihan.Jika perlu, pekerja-pekerja yang menghadiri kursus-kursus / latihan tempatan atau luar negeri yang ditaja oleh syarikat dikehendaki menandatangani Surat Perjanjian Ikatan (Service Bond) untuk berkhidmat dengan syarikat untuk suatu tempoh masa yang tertentu. (b) Satu Surat Perjanjian Ikatan (Service Bond) akan diadakan bagi pekerja-pekerja yang menghadiri kursus-kursus / latihan yang ditaja oleh pihak Syarikat seperti berikut. No. Yuran Kursus (RM) Tahun Perkhidmatan Yang Diikat 1 3,000 – 5,000 1 tahun Ikatan 2 Melebihi 5,000 – 10,000 2 tahun Ikatan 3 Melebihi 10,000 3 tahun Ikatan (c) Pekerja yang gagal memenuhi kehendak ikatan tahun perkhidmatan dengan pihak Syarikat perlu membayar balik mengikut nisbah, kos-kos yang ditaja oleh pihak Syarikat mengikut bilangan tempoh yang masih belum dipenuhi. (d) Ikatan latihan hanya akan bermula selepas kursus latihan itu telah tamat; Jika pekerja tidak dapat lengkapi kursus itu tanpakira apa jua sebabpun, pekerja masih dikehendaki membuat pampasan kepada syarikat untuk tempoh yang belum diperkhidmatkan. Pembayaran gantirugi akan berdasarkan kepada segala kos-kos yang telah dibelanjakan oleh syarikat termasuk dan tak terhingga, termasuk yuran kursus / latihan, tuntutan bil. makanan & pengangkutan dan yuran peperiksaan. 2.25 PERSARAAN & MANFAAT BERSARA (a) Umur bersara pekerja adalah apabila mereka mencapai umur 60 tahun mengikut tarikh harijadi pekerja sepertimana yang tercatat dalam kad pengenalan mereka. (b) Pihak Syarikat boleh, berdasarkan kepada prestasi pekerja dan kehendak kerja, menawarkan pekerja-pekerja yang terpilih di bawah KONTRAK UNTUK PEKHIDMATAN untuk suatu tempoh dan terma serta syarat-syarat pekerjaan yang tertentu. 2.26 PENGURANGAN PEKERJA DAN MANFAAT (a) Pengurangan pekerja adalah cara terakhir yang akan dilakukan oleh majikan jika sekiranya prestasi kewangan syarikat tidak dapat menampung bilangan pekerja yang sedia ada.Pihak syarikat akan mengikut prinsip “ Siapa yang masuk akhir akan dikeluarkan terlebih dahulu” mengikut fungsi, kecuali setelah pertimbangan bahawa mengikut pendapat syarikat bahawa pekerja yang harus ditamatkan perkhidmatan sebenarnya adalah lebih berkelayakan untuk emenuhi kehendak syarikat. (b) Apabila ia telah menjadi nyata, pihak Pengurusan akan membayar pampasan kepada pekerja yang terlibat mengikut Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 untuk notis dan manfaat yang perlu dibuat. 2.27 PAKAIAN SERAGAM SYARIKAT (a) Pekerja setelah mula berkhidmat, akan diberikan pakaian seragam syarikat (atas budibicara syarikat) dan dikehendaki memakainya semasa waktu kerja jika diberikan. (b) Pekerja setelah mula berkhidmat, akan diberikan Kemeja-T Syarikat (atas budi-bicara syarikat) dan dikehendaki memakainya semasa waktu kerja pada Hari Jumaat yang bekerja jika diberikan.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 63 2.28 SKIM INSURANS HOSPITAL & PEMBEDAHAN BERKELOMPOK (GHS) & SKIM INSURANS KEMALANGAN PERIBADI BERKELOMPOK (GPA) (a) Pihak syarikat, atas budi bicaranya serta kelulusan pihak insurans, menentukan samada memberikan perlindungan GHS & GPA kepada pekerja mengikut perjawatannya. Pihak Syarikat juga menentukan samada meneruskan atau menamatkan kebajikan ini kepada mana-mana pekerja atas budi bicaranya. 2.29 MANFAAT-MANFAAT LAIN (a) Parkir Pihak Pengurusan, atas budi bicara sendiri, akan menentukan samada akan memberi manfaat parkir percuma / membayar bayaran parkir untuk pekerja di tempat-tempata tertentu. (b) Belanja Makan Minum Pihak Pengurusan, atas budi bicaranya, akan menentukan samada membuat belanja makan minum untuk pekerjanya untuk meraikan hari jadi pekerja, perjumpaan bulanan, mingguan & perjumpaan untuk maksub-maksub tertentu (termasuk dan tidak terhingga untuk Selamat Tinggal, persaraan, perjumpaan perayaan, Makan Tahunan, makan bulanan, mingguan atau apajua jenis perbelanjaan makan minum / party / perbelanjaan makan / minum dan lain-lain). (c) HADIAH KEPADA PEKERJA Pihak Pengurusan mungkin, atas budi bicaranya, memberikan hadiah kepada pekerjanya dalam apajua situasi, termasuk dan tidak terhingga kepada hari jadi, selamat tinggal & musim perayaan.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 64 --- THIS PAGE INTENTIONALLY LEFT BLANK ---
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 65 BAHAGIAN 3: PERATURAN-PERATURAN AM SYARIKAT 3.0 PERATURAN SYARIKAT UMUM / TINDAKAN PERSEORANGAN HARTA SYARIKAT Setiap pekerja perlu memastikan pengendalian cermat atas peralatan yang di amanahkan oleh pihak syarikat kepadanya. Pekerja dikehendaki membuat pampasan terhadap peralatan yang rosak atau hilang akibat cuai pekerja itu sendiri. Di sini pihak pekerja bersetuju memberi kuasa kepada pihak Syarikat membuat potongan dari gaji terakhir pekerja jika mereka gagal memulangkan kembali barang-barang & peralatan syarikat yang diamanahkan kepadanya. 3.1 DISIPLIN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB (a) Semua pekerja adalah terikat dengan peraturan-peraturan Syarikat. Pihak Syarikat boleh mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pekerja apabila didapati mereka telah melakukan salahlaku, tidak menjalankan tugas atau tidak berdisiplin dan sebarang tindakan secara bertulis. (b) Sebagai syarat dalam penggajian, semua pekerja dikehendaki menyumbangkan kepada Syarikat seluruh masa, tumpuan, tenaga dan skil, semasa waktu kerja dan tidak campur tangan dalam hal-hal tidak berkaitan dengan syarikat. Semua pekerja juga dikehendaki menumpu perhatian terhadap hal-hal dalaman yang berkaitan dengan syarikat. 3.2 MAKLUMAT-MAKLUMAT SULIT (a) Semua pekerja tidak boleh memaklumkan mana-mana pihak tentang maklumatmaklumat sulit syarikat, malah akan cuba sedaya-upaya memastikan ia tidak akan diketahui oleh mana-mana pihak semasa mahupun setelah tamat perkhidmatannya. (b) Segala nota-nota dan memo yang mengandungi maklumat sulit yang diterima atau dibuat oleh anda semasa waktu penggajian anda adalah merupakan harta syarikat dan dikehendaki serahkannya kepada Syarikat menerusi orang yang diamanahkan jika anda telah berhenti kerja. (c) Pekerja adalah bertanggungjawab untuk membuat pampasan kepada apa-apa kerosakan yang berlaku terhadap kerugian yang dihadapi oleh pihak syarikat akibat tingkahlaku anda yang tidak dibenarkan seperti transmisi, menghapus, menggubal dan atau merosakkan aset syarikat yang tersebut di atas. 3.3 POLITIK PEJABAT / GOSIP Semua pekerja dinasihatkan supaya mengelakkan politik / gosip di pejabat. Pekerja yang tidak berprestasi baik dalam kerja sentiasa suka mencetus fikiran negatif. Penyebaran maklumat palsu atau maklumat tidak menyeronokan dalam syarikat di kalangan pekerja atau orang luar dikehendaki dielakkan. 3.4 BAHASA BERKOMUNIKASI KORPORAT Untuk menegakkan imej syarikat sebagai Syarikat yang menceburi dalam global, semua pekerja dinasihatkan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam urusan perniagaan dan dalam waktu kerja.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 66 3.5 PENGUBAHAN HARTA SYARIKAT Sebarang pengubahan terhadap peralatan pejabat, bahan material atau bahan buangan hanya boleh dibuat setelah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan. 3.6 KENDERAAN SYARIKAT Pekerja adalah dibenarkan untuk menggunakan kenderaan syarikat bagi tujuan perniagaan dan kecemasan sahaja. Kelulusan terlebih dahulu perlu diperolehi dari ketua jabatan dan Bahagian Sumber Manusia. 3.7 TELEFON SYARIKAT Semua penggunaan kemudahan telefon syarikat hanya dibenarkan untuk tujuan rasmi sahaja. Panggilan peribadi dari atau kepada pekerja semasa atau selepas masa bekerja adalah dilarang sama sekali. 3.8 PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRIK Semua pengendalian peralatan elektrik hanya dibenarkan kepada pekerja-pekerja dari Jabatan Maintenace / Engineering kecuali pada masa kecemasan. 3.9 BILIK MESYUARAT, BILIK LATIHAN DAN KEMUDAHAN LAIN Mesyuarat di premis syarikat diadakan hanya untuk membincangkan perkara-perkara rasmi atau aktiviti perniagaan syarikat sahaja tetapi perlu mendapat kebenaran dari pihak pengurusan syarikat terlebih dahulu. 3.10 JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (a) Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk koordinasi dan laksanakan aktiviti-aktiviti yang dikehendaki berkaitan dengan Polisi Keselamatan & Kesihatan. (b) Pihak Diamanahkan di Tapak Bina & ketua jabatan yang berkaitan adalah bertanggungjawab untuk menerangkan polisi ini kepada semua yang berkenaan dan mengawalselianya. Beliau perlu memberi nasihat dan cadangan supaya satu piawai yang tinggi dalam aspek keselamatan dapat dicapai. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menilai dan menasihatdalam aspek peralatan keselamatan, mesin atau persekitaran. (c) Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab memastikan semua pekerja dibekalkan dengan Peralatan Perlindungan Diri ditempat mereka bekerja. Pihak syarikat akan sentiasa menekankan “UTAMAKAN KESELAMATAN’ dan akan menyediakan latihan-latihan bagi memantapkan pemahaman tentang keselamatan sepanjang masa bagi mengelakkan terjadinya kemalangan berlaku ditempat kerja. 3.11 PERSEKITARAN, KESELAMATAN, KESIHATAN DAN SEKURITI (a) Semua pekerja dikehendaki mematuhi segala peraturan persekitaran, keselamatan, kesihatan dan sekuriti semasa bekerja di dalam kawasan syarikat. Mereka kena faham dan mengambil tanggungjawab di bawah AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 1994 & lain-lain perundangan.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 67 (b) Semua pekerja pejabat akan diberikan kad pekerja. Kad ini perlu sentiasa dipakai apabila berada di dalam kawasan syarikat & dikehendaki ditunjukkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas apabila keluar atau masuk kawasan syarikat. Pihak sekuriti atau pihak yang diamanahkan boleh laksanakan semakan / carian, termasuk untuk barangan peribadi, kenderaan dan apa-apa bungkusan yang di dalam kawasan syarikat. (c) Semua pekerja dikehendaki mematuhi segala peraturan-peraturan keselamatan & sekuriti semasa bekerja di syarikat. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang melanggarnya. 3.12 PENCEGAHAN KEMALANGAN DAN PERUBATAN KECEDERAAN ATAU SAKIT (a) Semua pekerja yang sedar bahawa suatu kemalangan boleh berlaku, akibat daripada kecuaian seseorang pekerja atau kerosakan mesin, hendaklah lapor dengan segera kepada ketuanya.Semua pekerja hendaklah bekerjasama dan membantu mencegah kemalangan dari berlaku. (b) Seseorang pekerja yang cedera atau sakit hendaklah melaporkan kepada ketuanya dengan segera supaya pengurusnya akan mengaturkan rawatan medikal atau pengangkutan jika perlu. 3.13 ALAT-ALAT KESELAMATAN & ALAT PELINDUNG DIRI (PPE) (a) Alat-alat keselamatan yang dipasang pada mesin tidak boleh diusik atau dibuka tanpa izin.Alat-alat keselamatan yang tidak berfungsi atau rosak mesti dilaporkan serta merta. (b) Seseorang pekerja yang menjalankan sesuatu kerja yang merbahaya mesti memakai alat keselamatan yang telah diberi demi keselamatan yang telah diberi demi keselamatan pekerja. 3.14 PENCEGAHAN KEBAKARAN, PASUKAN PENGAWALAN KEBAKARAN & PELAN TINDAKAN KECEMASAN & ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB (a) Semua pekerja tidak dibenarkan menyalakan api di kawasan syarikat kecuali dengan izin. Ia adalah tanggungjawab setiap pekerja untuk mengambil tindakan serta merta dengan menyiasat dan memberi amaran apabila melihat sebarang tanda kebakaran dan cuba memadamkannya tidak ada bahaya pada diri sendiri. (b) Pekerja-pekerja adalah dibenarkan merokok di tempat yang dikhaskan sahaja. Sebarang pekerja atau kontraktor yang hendak menjalankan kerja Panas seperti pengimpalan mesti mendapatkan izin untuk PERMIT KERJA PANAS-Dari Jabatan Maintenance. (c) Pekerja-pekerja dari jabatan-jabatan yang berlainan dalam syarikat mungkin dipilih unuk menjadi ahli PASUKAN PENGAWALAN KEBAKARAN. Pasukan ini akan menyiapsediakan satu Pasukan Pengawalan Kebakaran yang terlatih. (d) Dalam masa kecemasan, apabila alarm telah diaktifkan, pekerja dikehendaki mengikut Pelan Tindakan Kecemasan dan berkumpul di tempat yang ditetapkan. Anda hanya dibenarkan pulang ke tempat kerja biasa apabila diberiathu oleh Pasukan Tindakan Kecemasan. (e) Anda boleh berhubung dengan ketua / HOD atau penagwal keselamatan untuk bantuan jika anda mendapati terdapat situasi kecemasan di kawasan syarikat, seperti kebakaran, pencurian, kemalangan atau kecederaan pekerja.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 68 3.15 PROSIDUR SUNGUTAN (a) Adalah menjadi kehendak syarikat untuk menyelesaikan sebarang ketidakpuasan hati yang timbul diantara pekerja dengan pihak syarikat dan syarikat cuba untuk menyelesaikannya seberapa cepat yang boleh. Untuk tujuan tersebut, ketidakpuasan hati akan diselesaikan berdasarkan kepada prosedur yang dijangka dapat mencapai kata putus sehingga ke peringkat yang paling bawah sekali. Sebarang bentuk sungutan dikehendaki laporkan kepada ketuanya mengikut prosidur dibawah dalam masa (3) hari waktu bekerja, jika tidak, ia adalah dianggap aduan ini telah selesai. (b) Mana-mana rungutan akan diuruskan mengikut prosidur di bawah: (i) Langkah 1 : Pekerja yang ada sungutan hendaklah lapor kepada ketua nya dalam masa 3 hari bekerja. (ii) Langkah 2 : Jika ia tidak diselesaiakan dalam masa 3 hari bekerja, dia boleh laporkan kepada Pengurus Sumber manusia / ketua jabatan Sumber Manusia. Mereka akan menyelesaikannya dalam masa 5 hari bekerja dari ia dimaklumkan. (i) Langkah 3 : Jika ia masih tidak puas hati, maka pekerja boleh rujuk kepada Pengarah dimana pengarah akan jawab dalam masa 10 hari bekerja dan keputusan itu adalah muktamad. 3.16 PONTENG KERJA & PONTENG KERJA TANPA CUTI (AWOL) (a) Pekerja yang ponteng kerja secara berturut-turut kurang daripada 2 hari bekerja tanpa kelulusan Syarikat tanpa alasan munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib (surat amaran). (b) Pekerja yang ponteng kerja sehingga menyebabkan imej syarikat terjejas atau kerugian kewangan boleh ditamatkan kerja selepas siasatan tanpa kira sama ada dia pernah menerima surat amaran sebelum ini. (c) Pekerja akan dianggap telah tamat kontrak perkhidmatannya dan boleh di berhentikan kerja serta-merta jika dia ponteng kerja bertutur-turut melebihi 2 hari bekerja tanpa kelulusan cuti terlebih dahulu (tanpa alasan munasabah, kecuali untuk kes kesakitan yang dia telah maklumkan ketuanya atau pihak Sumber Manusia tidak lewat dari 48 jam daripada kesakitan itu). 3.17 DEFINISI SALAHLAKU DAN DISIPLIN (a) Salahlaku merupakan satu kelakuan yang bertentangan / melanggar terma-terma dan peraturan pekerjaan secara tersurat atau tersirat serta yang ditetapkan dalam UndangUndang, Peraturan dan Prosedur Syarikat di mana sekiranya dibuktikan kesahihannya seseorang pekerja itu boleh diambil tindakan disiplin. (b) Disiplin merupakan suatu tingkahlaku yang baik dan mematuhi polisi-polisi dan budaya kerja syarikat.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 69 3.18 PROSIDUR TINDAKAN DISIPLIN (TATATERTIB) (a) Pekerja yang melanggar mana-mana peraturan syarikat dan peraturan-peraturan kerja Syarikat akan dikenakan tindakan disiplin. Secara umumnya, tindakan disiplin akan diambil secara berperingkat bermula dengan Kaunseling, Surat Amaran (Pertama, Kedua dan disusuli Amaran Bertulis Terakhir) dan di akhiri dengan menamatkan kontrak perkhidmatan selepas siasatan. Langkah Jenis Tindakan Disiplin Dilakukan oleh Salahlaku Satu Sesi Kaunseling Penyelia / Pihak Jabatan Sumber Manusia Kecil Dua Amaran Bertulis Pertama Tiga Amaran Bertulis Kedua Empat Amaran Bertulis Terakhir Besar / rujuk kepada Siasatan dalaman Prosidur Siasatan Dalaman Satu Keluarkan Surat Tunjuk Sebab (SCL) meminta penjelasan Besar Kedua Jika penjelasan tidak memuaskan, pekerja akan di gantung kerja untuk menghadiri Mesyuarat Sisatan Dalaman (maksimum 14 hari dengan bayaran gaji 50%; jika tidak bersalah, gaji yang digantung perlu dibayar sepenuhnya kepada pekerja itu). Pihak Jabatan Sumber Manusia Besar Ketiga Siasatan Dalaman (DI) - Pengerusi & Ahli Panel; - Panel DI akan membuat keputusan samada pekerja itu bersalah atau tidak. Pihak Pengurusan boleh mengambil tindakan berikut untuk kes bersalah: (a) Berhentikan pekerja tanpa notis; (b) Turun pangkat pekerja; (c) Ambil tindakan-tindakan lain yang sesuai. - Jika didapati tidak bersalah, pekerja perlu bayar balik apa-apa gaji pekerja yang digantung berkenaan sebelum DI berkaitan dengan siasatan ini. Panel Juri DI
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 70 3.19 KATEGORI-KATEGORI SALAHLAKU (a) Salahlaku-salahlaku Kecil 1) Setiap kali ponteng kerja (tidak melebihi 2 hari bekerja berturut-turut) atau datang lambat tanpa alasan munasabah. 2) Menjadikan tempat kerja tidak tenteram di tempat kerja atau menampal, menanggal apa-apa maklumat di papan notis atau di tempat hakmilik syarikat. 3) Makan tengahari di tempat kerja atau tempat larangan (dapur sahaja) tanpa sebab munasabah. 4) Memasuki jabatan lain dalam syarikat tanpa kelulusan dan mengganggu pekerja lain semasa bekerja atau diluar waktu kerja. 5) Tidak berpakaian kemas ke pejabat; tidak memastikan tempat kerja kemas dan teratur; tidak memakai kasut, memakai selipar dan pakaian kotor untuk bekerja. 6) Gagal mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan termasuk merosakkan peralatan keselamatan (kebakaran, alat pelindung diri). 7) Meminjam wang atau membuat pinjaman wang dalam syarikat; membuat kutipan sumbangan (wang & lain-lain) untuk apa-apa maksub dalam syarikat tanpa kelulusan pihak pengurusan, atau mengutip wang, mengagihkan gambar, bacaan, atau tampal notis dalam kawasan syarikat. 8) Membawa masuk rakan-rakan dan tetamu ke dalam tempat kerja tanpa kebenaran bila-bila masa. 9) Cuai atau sengaja bertindak kasar semasa menggunakan kemudahan syarikat termasuk kenderaan syarikat, tidak meletak balik peralatan ke tempat asalnya selepas tamat waktu kerja. 10) Menggunakan telefon syarikat untuk tujuan peribadi secara berlebihan. 11) Menggunakan alat-alat tulis/peralatan syarikat untuk tujuan peribadi; membuat perniagaan peribadi dalam kawasan syarikat / kalangan pekerja / pelanggan syarikat. 12) Menulis nota / surat / memo / email tidak hormat kepada ketuanya. 13) Tidak memakai kad pengenalan pekerja yang disediakan semasa waktu kerja di tempat kerja tanpa alasan munasabah. 14) Sengaja merayau-rayau di tempat kerja / kawasan kerja dalam waktu kerja; tamatkan waktu kerja lebih awal dari waktu tamat kerja yang ditetapkan; berbual, gossip di tempat kerja / dapur dengan masa yang panjang semasa waktu kerja. Sengaja sentiasa berjumpa doctor lain untuk mendapatkan surat sakit apabila tidak mendapat surat sakit dari doctor pertama; menggunakan aset syarikat dalam waktu kerja untuk melamani internet, main permainan computer, baca suratkhabar / majalah untuk keseronokan sendiri; cuba bercuti dengan alasan palsu. 15) Mengatur, mengadakan atau menghadiri mesyuarat di dalam syarikat tanpa kebenaran dari pihak Pengurusan. 16) Mengeluarkan aset syaraikat dari kawasan syarikat tanpa kelulusan. 17) Apa-apa salahlaku yang tidak dinyatakan di atas tetapi akan menggangu suasana kerja / prestasi kerja individu.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 71 (b) SALAHLAKU-SALAHLAKU BESAR 1) Berulang untuk salahlaku-salahlaku yang tersebut di (a). 2) Dengan sengaja secara berseorangan atau berkumpulan dengan yang lain mengingkari arahan yang diberikan oleh ketuanya / pihak atasan; berpiket di kawasan syarikat tanpa kelulusan; Melakukan kekasaran, mengeluarkan kata-kata kesat atau mengancam sehingga mendatangkan kecederaan kepada pekerja lain atau pihak atasan dalam premis syarikat pada sesuatu masa; enggan melakukan kerja-kerja OT pada masa mustahak supaya mewujudkan tekanan kepada pihak pengurusan. 3) Ponteng kerja / AWOL tanpa alasan yang melebihi 2 hari bekerja berturut-turut. 4) Melakukan mogok di tempat kerja dan cuba mempengaruhi yang lain disebabkan ketidkpuasan hati terhadap perlaksanaan sesuatu peraturan. Dengan sengaja melambat-lambatkan pekerjaan dan menghasut yang lain berbuat demikian. 5) Mencuri, menipu, ketidakjujuran termasuk cubaan mencuri, menipu atau ketidakjujuran berkaitan dengan perniagaan atau harta syarikat. Meminta atau menawarkan rasuah dalam apa jua bentuk. 6) Melakukan rusuhan atau pergaduhan di dalam premis syarikat pada sesuatu masa. 7) Terlibat secara langsung atau tidak langsung sama ada di dalam kawasan syarikat atau diluar dengan perniagaan yang sama dengan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat; Membocorkan maklumat rahsia perniagaan atau rahsia pembuatan produk, pengiraan atau rekabentuk syarikat; Menyebarkan maklumat palsu atau tidak menyenangkan tentang syarikat dikalangan pekerja atau orang luar dalam apa jua format (bahan cetakan mahupun bentuk eletronik; seperti Email, SMS, Skype, Facebook, Whatsapp dan lain-lain); Memberi maklumat rahsia kepada pihak media atau mana-mana pihak dalam apa jua format (bahan cetakan mahupun bentuk eletronik; seperti Email, SMS, Skype, Facebook, Whatsapp dan lain-lain) tanpa kelulusan syarikat. 8) Perilaku di dalam syarikat dimana ia boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja; atau tidak memakai alat pelindung diri yang disediakan oelh syarikat. 9) Kegagalan berulang untuk mencapai satu tahap pengeluaran yang memuaskan, pengeluaran atau output. 10) Memberikan maklumat yang palsu semasa momohon pekerjaan dalam Borang Permohonan Pekerjaan. 11) Membawa, meminum minuman keras, dadah atau narkotik ke dalam syarikat tanpa kelulusan; didapati sedang mabuk atau berada di dalam pengaruh alkohol semasa bertugas. Berjudi atau bermain kad samada untuk taruhan wang atau tidak didalam syarikat pada sesuatu masa. Tidur semasa dalam tugas tanpa alasan munasabah (sakit atau di bawah pengaruh ubat). 12) Mengimbas identiti kad pekerja lain atau merosakan alat perakam waktu atau mengubahsuai identiti kad dengan tujuan untuk cuba menipu syarikat. Memalsukan sijil kesihatan atau dokumen rasmi dengan tujuan untuk menipu pihak syarikat. 13) Menghisap rokok di kawasan larang syarikat yang boleh membawa bahaya kepada diri dan pekerja-pekerja lain. 14) Disabitkan oleh mahkamah terhadap penagihan dadah, pengedaran dadah atau perlakuan jenayah di bawah Undang-Undang Malaysia. Mempunyai senjata berbahaya di dalam premis syarikat.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 72 15) Gangguan seksual atau membuat laporan palsu terhadap gangguan seksual. 16) Sengaja tidak maklumkan kepada pihak atasan terhadap sebarang masalah yang dihadapinya ketika bekerja yang boleh menggangu operasi syarikat; sengaja tidak melaporkan tentang kerosakan yang akan membahayakan orang lain atau harta benda syarikat. 17) Apa-apa salahlaku besar yang tidak dinyatakan di atas tetapi akan menggangu suasana kerja / prestasi kerja individu yang serius. 3.20 KOD AMALAN KERJA ETIKA (a) Semua pekerja dijangka melakukan tugasan mereka secara professional & tekun. (b) Semua pekerja dikehendaki bebas dari penyalahgunaan dadah, alcohol atau apa-apa bahan yang boleh menjejaskan prestasi kerja mereka & membawa risiko kepada rakan kerja mereka. (c) Nama baik & Reputasi Syarikat – Semua komunikasi resmi syarikat dengan pihak media atau pihak luar hendaklah mendapat kelulusan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan. Pekerja dikehendaki sentiasa menjaga nama baik syarikat & elak daripada membuat komen negatif dalam apa jua bentuk / medium. (d) Percanggahan Kepentingan (COI) – Pekerja dilarang mempunyai percanggahan kepentingan sendiri terhadap tugasan-tugasannya yang diamanahkan oleh syarikat. Kepentingan peribadi termasuk ahli keluarga terdekat. (e) Maklumat Sulit – Semua pekerja yang boleh memperolehi maklumat sulit syarikat hendaklah sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga maklumat tersebut. Maklumat-maklumat tersebut hendaklah dilayan dengan sensitif dan hanya boleh dimaklumkan kepada pihak lain berdasarkan sekadar-yang-cukup sahaja. (f) Hadiah - Pekerja hendaklah elak daripada menerima hadiah, wang atau keraian daripada pihak yang mereka berurusan. Ia harus dipulangkan kepada mereka yang beri atau ia diserahkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya. (g) Gangguan – Segala jenis gangguan (seksual, keganasan dan lain-lain) adalah dilarang. (h) Kes Penipuan – Pihak syarikat mmandang berat terhadap kes penipuan. Kes penipuan akan dianggap sebagai kes jenayah untuk siasatan polis.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 73 3.21 DASAR-DASAR (a) DASAR MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL Kami takrifkan Gangguan seksual merupakan sebarang tingkahlaku berunsur seksual yang tidak diingini dari segi lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal. Pihak pengurusan tidak akan bertolak-ansur dalam apa-apa cara gangguan seksual dan tindakan tatatertib sehingga pembuangan kerja setelah siasatan akan dikenakan kepada pekerja yang melakukannya. Tindakan tatatertib akan diambil kepada pihak yang membuat dakwaan palsu. Gangguan seksual di tempat kerja juga termasuk mana-mana gangguan seksual berlaku di luar daripada tempat kerja akibat daripada tanggungjawab atau hubungan berkaitan dengan pekerjaan. Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada Lima jenis, iaitu:- (I) Gangguan Lisan : contohnya kata-kata, komen, gurauan, bunyi, soalan yang berunsur ancaman / cadangan seksual; (II) Gangguan secara Isyarat / Bukan Lisan: contohnya pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkahlaku mengurat yang berterusan. (III) Gangguan Visual: Contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah. (IV) Gangguan Psikologi: Contohnya: mengulangi jemputan social yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan. (V) Gangguan Fizikal: Contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual. Pekerja yang mendapati mereka telah menjadi mangsa gangguan seksual dikehendaki melaporkan perkara tersebut kepada Pengurus Bahagian Sumber Manusia atau Pengarahpengarah. Ia adalah tanggungjawab pekerja bertaraf penyelia dank e atas menunjukkan kepimpinan teladan yang baik untuk mengelakkan insiden-insiden seperti ini daripada berlaku. (b) DASAR / POLISI MENANGANI PENIPUAN DAN RASUAH SKS Group berikrar untuk mematuhi kepada akta-akta anti-penipuan dan rasuah dalam perniagaan dan operasi apabila berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan, pembekal dan pelanggan, orang awam mahupun di antara pekerja. Adalah menjadi dasar kami di mana kami menjalankan urusniaga berasaskan pematuhan kehendak-kehendak peraturan, etika dan telus. Maka, pekerja-pekerja tidak perlu terlibat dalam kegiatan-kegiatan tersebut di atas. Semua pekerja dilarang secara terus mahupun sebaliknya, dalam apajua cara, untuk menawar, memberi, melobi atau menerima rasuah, pulangan atau pembayaran rasuah, atau apa-apa yang bernilai, kepada atau daripada mana-mana pihak individu atau organisasi, termasuk agensi-agensi kerajaan, pegawai-pegawai Awam, syarikat swasta dan pekerja-pekerja syarikat-syarikat swasta dalam apajua pun keadaan.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 74 Secara faktanya, tindakan MERASUAH, PENIPUAN, SALAHGUNA KUASA & PENGUBAHAN WANG HARAM adalah semuanya perbuatan RASUAH. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu: 1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] 2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] 3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] 4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009] Maka adalah satu peringatan kepada semua pekerja, Sub-Kontraktor, Pembekal-pembekal & rakan-rakan niaga yang lain bahawa sesiapa yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti sedemikan, bagi pekerja yang disahkan terlibat dalam aktiviti-aktiviti di atas, boleh ditamatkan perkhidmatan mereka serta-merta selepas perbicaraan dalaman dan untuk semua pihak yang terlibat, pihak Syarikat juga boleh merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa untuk proses perundangan. Di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Bahagian IV Kesalahan dan Penalti, Seksyen 24(1), mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 apabila disabitkan boleh – (a) Dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; (b) Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana yang lebih tinggi. Manakala, peruntukan Seksyen 24(2) Akta SPRM 2009 pula, mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 apabila disabitkan boleh — (a) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan (b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Pekerja-pekerja dikehendaki melapor kepada Ketua Jabatan Bahagian Sumber Manusia atau membuat aduan ke [email protected] sekiranya mereka menyaksi atau mempunyai maklumat-maklumat berkenaan dengan penipuan, memberi dan mengambil rasuah yang melibatkan pekerja-pekerja syarikat kami dengan mana-mana pihak ketiga. Semua laporan yang diterima akan dirahsiakan dan pihak Syarikat akan membuat laporan polis – untuk kes penipuan dan lapor ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pihak Syarikat akan memberi ganjaran (berdasarkan kepada tahap keseriusan dan kesan terhadap Syarikat) kepada pekerja yang memberi maklumat kepada pihak Syarikat dan jika pekerja yang dilaporkan itu telah didapati bersalah oleh pihak Syarikat / Mahkamah. (c) DASAR KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN Kami berikrar akan berusaha mewujudkan suatu tempat kerja yang selamat dan sihat kepada semua pekerja dengan strategic-strategik berikut: 1. Sentiasa semak, nilai dan kawal hazad dan risiko yang timbul dan berkaitan di tempat kerja; 2. Memberi kesedaran, latihan dan Sistem Kerja Selamat (SSW) yang cukup supaya mereka mempunyai pengetahuan dan skel yang cukup untuk mengurus hazad dan risiko semasa bekerja; 3. Aku janji pihak pengurusan dimana akan mematuhi segala kehendak-kehendak keselamatan dan kesihatan;
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 75 Strategik-strategik ini akan dicapai melalui: 1. Audit Keselamatan dan kesihatan dan mesyuarat-mesyuarat di tempat kerja yang dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan untuk mengenalpasti hazad, risiko serta cara kawalannya di tempat kerja; melaksanakan pelan tindakan apabila dikenalpasti; 2. Mewujudkan komunikasi dua-hala supaya transmisi berkesan dalam maklumbalas, pertanyaan tentang pelaksanaan kehendak-kehendak statutory, SSW berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan; 3. Kepimpinan dengan Teladan serta pematuhan keseluruhan oleh semua peringkat pekerja ke atas kehendak-kehendak dan praktik keselamatan dan kesihatan. (d) GIFTS, HOSPITALITY, DONATIONS AND SIMILAR BENEFITS POLICY (VERSI BAHASA INGGERIS) This Policy is to supersede the existing NO GIFTS POLICY with effect from 15th May 2020. We do not allow employees to receive gifts, hospitality, donations and similar benefits from, or give gifts, hospitality, donations and similar benefits to any third parties including vendors, customers, business partners, regulators, potential employees and potential vendors. The policy covers all types of gifts, hospitality, donations and similar benefits including and not limited to food hampers, product discount, services, hospitality, donations, advantage or any other benefit. However, under certain circumstances, token gifts (not cash) in line with local custom and practice, are acceptable. In the exceptional circumstances, where gifts are accepted (because, for example, refusal may be taken as an offence by the giver), then the following guidelines apply: I. All gifts, hospitality, donations and similar benefits received by the employee from the external parties must be declared to the assigned Management Representative. A file note will be kept on the action taken, i.e. whether the gifts are retained or donated to charity. II. As a general rule, festive-related gifts and promotional gifts are acceptable provided that the following are observed: a) Equality in terms of value of festive gifts; b) Not an inducement expecting any future favours that can be deemed as a form of corruption. III. All gifts, hospitality, donations and similar benefits given to external parties should be declared to the appointed Management Representative. We consider that the corporate merchandise and souvenirs are exempted if the following criteria are met: i. The items are attached with company logo; ii. The items are of nominal value; iii. The items are given at the following types of event: a) Open to public (eg. job fair, trade events, conference, etc); or b) By invitation where the invitation is not exclusive to one organisation or person and participation is transparent (eg. industry meeting, media event, Annual General Meeting, etc.) iv. The items are not concealed or wrapped; v. The items are given equally to all participants attending the event without any discrimination.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 76 (e) DASAR POLISI PERIBADI SKS Group serta ahli-ahli syarikat dan organisasi-organisasi yang berkaitan dengannya (selepas ini dirujuk sebagai “SKS Group”, “kami” atau kita) mengiktiraf dan menghormati hak peribadi anda. Dasar polisi ini menerangkan bagaimana SKS Group atau bagi pihak kami, mengumpul, memproses, mengguna, mendedahkan, memindahkan dan menyimpan Data Peribadi anda. Data Peribadi Data Peribadi anda adalah maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda, yang menjadikan anda dapat dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu dan/ atau maklumat lain, termasuk apa-apa Data Peribadi sensitif dan pengemukaan pendapat; tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses untuk tujuan laporan kredit perniagaan yang dijalankan oleh agensi laporan kredit. Data Peribadi Yang Kami Kumpul SKS Group mengumpul Data Peribadi anda apabila anda menghantar borang, melayari laman web kami atau di pelbagai tempat lain apabila anda meminta maklumat atau perkhidmatan kami. Data Peribadi tersebut mungkin termasuk: a. Nama b. Gelaran c. Nombor Kad Identiti atau Pasport d. Kewarganegaraan e. Jantina f. Umur dan Tarikh Lahir g. Kaum dan Kepercayaan Agama h. Status Perkahwinan i. Alamat Surat-menyurat j. Nombor Telefon dan Faks k. Alamat Emel l. Pekerjaan m. Julat Pendapatan n. Butiran Kediaman o. Butiran Pembiayaan p. Maklumat Gaya Hidup q. Butiran Pengenal Senarai di atas adalah tidak menyeluruh dan mungkin termasuk Data Peribadi lain bergantung kepada jenis urus niaga dengan kami. Informasi Lain Yang Kami Kumpul SKS Group menggunakan “cookies” di laman web kami untuk menyimpan maklumat bagi kemudahan anda supaya anda tidak perlu memasukkan semula data setiap kali anda melawat. “Cookies” dan teknologi lain juga digunakan untuk memantau penggunaan pelbagai fungsi dan perkhidmatan laman web kami, dari masa ke masa membekalkan kami maklumat untuk memperbaiki laman web kami, dan untuk mengiklan dan memasarkan produk kami dengan lebih berkesan. Apabila anda melawat laman web kami, seperti kebanyakan laman web lain, kami secara automatik merekod nama domain di mana anda berasal, alamat Protokol Internet (IP) komputer yang anda gunakan, jenis pelayar web yang anda gunakan, pembekal perkhidmatan Internet (ISP), halaman merujuk dan keluar, sistem operasi, penanda tarikh/ masa dan maklumat aliran klik. Maklumat ini membolehkan kami mengendalikan laman web dengan memaparkan halaman yang anda lawati, dan kami mungkin menggunakan maklumat itu untuk tujuan statistik dan untuk mengesan corak penggunaan. Di samping itu, kami mengguna data yang kami kumpulkan untuk membuat pelbagai penentuan dalam sistem kami. Kami mungkin juga menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti anda secara peribadi, pengguna dan/ atau organisasi pengguna, bagi tujuan pelaporan dan/ atau untuk memaparkan maklumat yang relevan kepada anda semasa sesi layaran pada masa depan.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 77 Kami menganggap maklumat yang dikumpul oleh “cookies” dan teknologi lain sebagai Data Bukan Peribadi. Walau bagaimanapun, sekiranya alamat IP atau pengenalan yang serupa dianggap sebagai Data Peribadi oleh undang-undang tempatan, kami juga akan menganggap pengenalan tersebut sebagai Data Peribadi. Begitu juga, sekiranya suatu Data Bukan Peribadi digabung dengan Data Peribadi, kami akan mengendalikan maklumat yang digabungkan itu sebagai Data Peribadi sebegitu tujuan Dasar Polisi Peribadi ini. Bagaimana SKS Group Mengguna Data Peribadi Anda SKS Group mengumpul, memproses, mengguna, mendedah, memindah dan/ atau menyimpan Data Peribadi anda termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, bagi tujuan yang berikut: a) Untuk memudahkan transaksi jualan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan dokumen jual-beli dan bil-bil yang berkaitan; b) Untuk menguruskan pentadbiran dan apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan harta kediaman anda; c) Untuk berkomunikasi dengan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekalan produk dan perkhidmatan, serta pengendalian semua pertanyaan atau aduan anda; d) Untuk menjalankan analisis data secara dalaman, penyelidikan pasaran dan pengauditan; e) Untuk mematuhi mana-mana perintah mahkamah atau arahan daripada pihak penguatkuasa yang menyiasat apa-apa kesalahan ; dan/ atau f) Untuk melaksanakan mana-mana terma dalam perjanjian antara kita Data Peribadi yang SKS Group kumpulkan juga membolehkan kami membekalkan maklumat terkini mengenai produk, perkhidmatan, aktiviti akan datang dan informasi mengenai SKS Group kepada anda melalui emel, surat pos atau telefon. Sekiranya anda tidak ingin lagi menerima apa-apa bahan komunikasi daripada SKS Group, sila hubungi kami di [email protected] dan kami akan mengecualikan anda daripada senarai perhubungan kami. Berkongsi Informasi Dengan Pihak Ketiga dan Di Dalam SKS Group Kami biasanya hanya akan memberi Data Peribadi anda kepada entiti SKS Group yang lain, atau kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang mengendalikan bahagian-bahagian tertentu di dalam laman web kami, menghantar atau menjual semula produk kami, atau membantu kami dengan perkhidmatan tertentu yang kami sediakan. Data yang diberikan kepada pihak ketiga adalah disimpan di dalam sistem yang kami tidak miliki dan diberi berdasarkan polisi kami. Selain itu, kami mungkin memindahkan maklumat anda merentasi sempadan dan dari negara atau badan kehakiman anda ke negara atau badan kehakiman lain di seluruh dunia. Pautan Ke Laman Web Lain Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Sekiranya anda memilih untuk melawat mana-mana laman web tersebut, maka dasar polisi peribadi mereka akan dikenakan. Dasar polisi peribadi SKS Group hanya terpakai kepada maklumat yang dikumpul oleh kami. Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi SKS Group berdedikasi untuk mengambil langkah-langkah termasuk pentadbiran, teknikal dan fizikal bagi melindungi Data Peribadi yang anda berikan kepada kami daripada kehilangan, kecurian, dan penyalahgunaan, serta pengaksesan yang tidak dibenarkan, pendedahan, penggunaan, pengubahan dan kemusnahan. Data Peribadi anda hanya boleh diakses oleh kakitangan yang dibenarkan dan yang diarahkan untuk mengendali maklumat anda secara sulit. Ia dilindungi oleh “firewall” dan langkah-langkah keselamatan piawai industri. Penyimpanan Data Peribadi Anda SKS Group akan menyimpan Data Peribadi anda selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi pelbagai tujuan yang digariskan dalam polisi ini, melainkan tempoh penyimpanan yang lebih lama dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 78 Kawalan Anda Terhadap Data Peribadi Kami meminta bantuan anda untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah tepat, lengkap dan terkini. Anda boleh mengakses dan meminta pembetulan Data Peribadi anda, mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda dengan menghantar emel kepada kami di [email protected]. Sekiranya kami menolak untuk memproses permintaan anda, kami akan memaklumkan kepada anda sebab kami atas penolakan itu. Pertukaran Dalam Polisi Ini Sekiranya kami mengubah cara penggunaan Data Peribadi anda, kami akan memaklumkan perubahan tersebut pada laman web kami di www.sksgroup.com.my/sks-group-policies-privacy-policies. Kami mencadangkan anda supaya kerap melawati laman web kami untuk mengetahui sebarang perubahan. Perubahan ini akan digunapakai kepada maklumat yang anda berikan selepas perubahan tersebut, dan maklumat yang sedia ada di dalam fail kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai dasar polisi ini, sila hantar soalan atau komen anda kepada [email protected] (f) DASAR PENGEKALAN & PENGGUNAAN EMEL 1. Pengenalan Emel yang diterima dan dihantar dalam urusan perniagaan Syarikat merukana rekod Korporat, dan perlulah diuruskan sebagai rekod. Kita hendaklah memastikan emel-emel ini direkodkan sebagai bukti aktiviti perniagaan dalam suatu tempoh yang ditentukan. 2. Skop Dasar ini adalah terpakai keatas semua emel yang dihantar dan terima oleh pekerja-pekerja dalam urusan perniagaan Syarikat. 3. Dasar 3.1 Penggunaan Emel Syarikat Penggunaan Emel Syarikat untuk peribadi tidak dibenarkan. Anda dilarang menggunakan emel Syarikat anda untuk akaun peribadi dalam sesawang seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Anda diingatkan bahawa apa-apa yang anda tulis berkaitan dengan urusniaga Syarikat boleh dihunakan sebagai bukti dalam urusan perundangan. 3.2 Pengekalan Emel Pekerja-pekerja Syarikat adalah bertanggungjawab untuk menguruskan rekod emel mereka sepertimana mereka menguruskan rekod-rekod perniagaan yang lain. Setiap pekerja mempunyai kuota penyimpanan emel masing-masing. Jika kuota itu telah capai, anda tidak lagi dapat menerima atau menghantar emel. Tempoh emel perlu dikekalkan adalh berdasarkan kandungannya, bukan bagaimana cara menyimpannya. Sila rujuk kepada Ketua Jabatan (HOD) atau Pihak Majikan jika anda tidak pasti bagaiman dapat menyimpan emel syarikat dengan selamat. 3.3 Pemantauan Emel Emel Syarikat diberikan kepada pekerja tidaklah sulit. Pihak Syarikat berhak memantau dan akses emelemel yang dihantar dan diterima menerusi alamat emel Syarikat oleh pekerja. Ia bertujuan supaya jika berlakunya situasi-situasi yang pihak Syarikat meragui bahawa aktiviti-aktiviti yang mecurigakan / berunsur jenayah atau aktiviti-aktiviti yang tidak diberikuasa, berpotensi atau tindakan perundangan yang melibatkan Syarikat, atau dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan Syarikat untuk mendedahkan atau memberikan rekod-rekod atau untuk menjaga kepentingan Syarikat. Pihak Pengurusan boleh, atas budibicaranya, menjalankan semakan dan audit keatas kandungan emel semua pengguna emel Syarikat – yang diterima dan yang dihantar, mengikut jadual atau pada jangka masa yang tidak dirancangkan. Maka, semua pekerja harus faham bahawa apa-apa emel atau yang disimpan dalam alat-alat Syarikat adalah kepunyaan Hak pihak Syarikat.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 79 Pihak Syarikat dan pegawai yang diberikuasa sentiasa berhak akses apa-apa bahan dalam emel atau ke atas computer. Maka, anda hendaklah faham komunikasi elektronik, penyimpanan dan akses terhadap mereka bukanlah sulit, jika ia dicipta atau simpan dalam sistem kerja anda. 3.4 Tanggungjawab Pengguna Akses untuk akaun emel Syarikat yang diberikan bertujuan menghantar dan menerima emel yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat. Dan rekod-rekod tersebut adalh rekod rasmi Syarikat. Pengguna akaun emel syarikat dikehendaki hormat terhadap kerahsiaan, keutamaan terhadap perundangan / ikthisas serta hak pekerja lain supaya kandungan dan penyebarannya tidak menyalahi perundangan. Pengguna emel Syarikat perlulah menghormati piawai-piawai sopan-santun dan ikhtisas keatas semua komunikasi Syarikat dan elak menghantar emel-emel yang agresif atau yang boleh membawa kemarahan / berunsur lucah dan tidak diterima dari segi undang-undang. Semua pekerja hendaklah berwaspada dan faham bahawa penyalahgunaan alat-alat teknologi komunikasi Syarikat untuk aktiviti-aktivit yang tidak diterima oleh Pihak Syarikat akan dikenakan tindakan disiplin; akan dirujukkan kepada agensi perundangan. 3.22 PERTUKARAN MAKLUMAT PERIBADI Semua pekerja dikehendaki memaklumkan pihak syarikat jika terdapat perubahan dalam rekod peribadi, termasuk & tak terhad kepada alamat rumah, taraf perkahwinan, nombor dihubungi, kelayakan pendidikan terbaru, bilangan anak & nama pewaris, supaya pihak syarikat boleh mengemaskinikan rekod peribadi mereka. 3.23 KEMASKINI KLAUSA BUKU PANDUAN PEKERJA Pihak syarikat boleh membuat pertukaran atau tambahan atau membatalkan mana-mana klausa dalam buku panduan pekerja atas budi-bicaranya apabila perlu berdasarkan kebaikan bersama.
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 80 --- THIS PAGE INTENTIONALLY LEFT BLANK ---
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 81 --- THIS PAGE INTENTIONALLY LEFT BLANK ---
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 82 --- THIS PAGE INTENTIONALLY LEFT BLANK ---
SKS Employee Handbook (R05) 1JAN 2023 83 ACKNOWLEDGEMENT (PENGAKUAN) I, the undersigned, read the terms and conditions stated in this Employee Handbook. I further agreed that I will comply with the revision, removal and addition of rules & regulations implemented by the Company on bona-fide basis and from time to time to fit the purpose of maintaining discipline. Saya, yang bertandatangan dibawah ini akui telah, baca, faham dan setuju terhadap kandungan dalam Buku Panduan Pekerja ini. Saya juga setuju untuk mematuhi penggubalan, pembatalan dan pertambahan yang dibuat dalam buku ini atas niat baik dari masa ke masa untuk tujuan menjaga disiplin. …………………………………………………………………………….. Signature (Tandatangan) Name & NRIC No. (Nama & No. K/P): Date (Tarikh):