Perjumpaan 2
Kelab Doktor Muda
Sekolah Kebangsaan Mukah
KKDR 16 OGOS 2021/ SELASA
AMALAN KEBERSIHAN DIRI & PERSEKITARAN
Asas kebersihan diri dan persekitaran amat penting
untuk setiap individu. Malangnya, isu kebersihan
selalu dipandang remeh oleh masyarakat. Berikut
adalah cara-cara menjaga kebersihan diri dan
persekitaran untuk rujukan semua.
Kebersihan Diri ❑ Antara perkara utama dalam penjagaan
tubuh badan ialah menjaga kebersihan
diri. Kebersihan diri adalah kebersihan
tubuh badan yang perlu dipelihara
sebaiknya oleh setiap individu untuk
menjamin kesihatan dan kesejahteraan
hidup.
❑ Menjaga kebersihan diri juga adalah salah
satu amalan gaya hidup sihat yang harus
dipraktikkan oleh setiap individu tidakkira
umur, bangsa dan agama. Jika asas
kebersihan diri tidak dijaga, tubuh badan
akan mudah dijangkiti penyakit dan
seterusnya menjejaskan kehidupan kita.
Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri
❖ Kebersihan diri adalah tuntutan agama.
Kebersihan diri adalah lambang sifat disiplin
diri.
❖ Mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
❖ Menjaga penampilan diri dan membina
keyakinan diri untuk bergaul dan berdepan
dengan masyarakat.
❖ Mewujudkan suasana yang selesa.
01
Cara Menjaga Kebersihan Diri
Mandi
Mandi
● Mandi dengan menggunakan sabun dan
bersihkan seluruh badan.
● Cuci rambut menggunakan syampu, sekurang-
kurangnya seminggu 3 kali.
● Berus kaki dengan berus khas atau berus lembut
untuk membersihkan kaki terutamanya setelah
anda melakukan aktiviti yang menyebabkan kaki
kotor.
● Lap badan dan rambut dengan tuala bersih.
● Pakai pakaian yang bersih dan rapikan diri.
02
Cara Menjaga Kebersihan Diri
Memberus Gigi
Antara cara menjaga kebersihan diri yang paling
utama adalah melalui penjagaan gigi dan mulut.
Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sekali iaitu pada waktu bangun tidur dan sebelum tidur.
Digalakkan juga untuk gosok gigi setiap kali selepas makan dan minum dan juga selepas makan
sesuatu yang boleh menyebabkan bau kurang enak pada mulut anda.
Sebaiknya, guna ubat gigi yang mengandungi florida untuk berikan rasa segar dan membantu
menghindari bau kurang menyenangkan dari mulut.
Berkumur gunakan produk khas untuk berkumur pun boleh, contohnya Listerine.
Lakukan rutin pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memeriksa keadaan
gigi.
03
Cara Menjaga Kebersihan Diri
Membersihkan Tangan
Kenapa ● Sebabnya cukup mudah. Apa-apa sahaja
mencuci perkara dan aktiviti yang kita lakukan
tangan seharian pastinya akan menggunakan
penting ? tangan bukan? Jadi kita seharusnya
menitikberatkan kebersihan dengan kerap
mencuci tangan.
● Ini kerana tangan adalah anggota badan
yang paling mudah kotor atau dijangkiti
kuman yang boleh menyebabkan penyakit
berjangkit terkena pada diri kita sendiri
mahupun orang lain.
● Contohnya ialah virus Covid-19, yang mana
langkah penjagaan diri yang paling perlu
diutamakan ialah mencuci tangan dengan
cara yang betul
04
Cara Menjaga Kebersihan Diri
Merawat wajah dan
merapikan diri
Tips Rawatan • Cucilah muka dengan menggunakan pencuci muka.
wajah dan Janganlah asal boleh saja, sabun badan pun tonyoh kat
muka sebagai ganti pencuci muka.
merapikan diri (It’s a big no ya! pH sabun badan tak sesuai untuk kulit
wajah. Jangan amalkan, rosak kulit wajah nanti)
• Cuba check kuku tangan dan kaki. Panjang ke pendek?
Bersih ke tidak? Jangan pandang remeh penjagaan kuku
tangan dan kaki.
• Tak perlu pun nak pergi spa buat manicure & pedicure,
potong sahaja sendiri kuku kat rumah, bersihkan elok-elok.
• Buat yang asas saja sudah memadai untuk merapikan diri.
Bagi lelaki, misai dan jambang haruslah dijaga dan
dirapikan supaya kemas
• Rambut pun mesti di potong atau di trim secara berkala.
05
Cara Menjaga Kebersihan Diri
Cegah Bau Badan
Cara-cara mencegah bau badan yang efektif :
Mandi dengan sabun secara teratur, keringkan Cegah Bau Badan
badan dengan tuala bersih dan pakai
pakaian yang bersih.
Gunalah deodorant untuk membantu
mencegah bau badan. Pilih deodorant yang
selamat dan tidak mengandungi bahan
kimia berbahaya.
Anda juga boleh menyembur minyak wangi
sebagai tambahan untuk menyerlahkan
penampilan diri dan meningkatkan
keyakinan diri
06
Cara Menjaga Kebersihan Diri
Menjaga Kebersihan Pakaian
Kebersihan Pakaian Pakaian
Pastikan basuh pakaian setiap kali selepas anda
memakainya
Periksa dahulu pakaian itu daripada segi bau,
keadaan fizikal dan tahap kebersihan sebelum
anda memakainya.
07
Cara Menjaga
Kebersihan
Persekitaran
Kebersihan Alam Sekitar
Tak kiralah di mana kita tinggal, rumah macam mana pun,
persekitaran macam mana sekalipun pun, kebersihan tempat
tinggal mesti kita utamakan.
Kebersihan 1. Mulakan Dari Dalam Rumah Sendiri
bermula dari
❑ Tak susah pun, hanya mulakan berkemas,
rumah bersihkan dan buang apa yang tidak perlu
di dalam rumah anda.
❑ Anda boleh sediakan 3 kotak khas untuk
barang untuk dibuang, untuk dikitar
semula dan untuk disimpan.
❑ Pastikan kita amalkan disiplin dalam diri
masing-masing dan juga sesama anggota
keluarga untuk sentiasa menjaga
kebersihan di dalam rumah dan kawasan
sekitar.
2. Tingkatkan Keceriaan dan Suasana di
Persekitaran Rumah
Nak tips mudah tingkatkan lagi
keceriaan dan suasana yang lebih
segar di dalam rumah?
Cuba letakkan sepokok atau beberapa
pokok indoor plant di dalam rumah
anda. Rumah anda akan kelihatan
lebih berseri-seri, ceria dan anda
pasti dapat rasakan aura rumah
bersih macam mana berbanding
sebelumnya.
3. Tetapkan dan Amalkan Rutin Penjagaan Kebersihan Secara Berkala
Untuk memastikan rumah dan kawasan persekitaran kita sentiasa bersih dan terjaga,
kita harus menetapkan dan mengamalkan beberapa rutin penjagaan kebersihan.
Antara rutin menjaga kebersihan yang perlu kita lakukan secara berkala adalah seperti
berikut:
• Membuang sampah setiap hari.
• Sentiasa dan mengemas membersihkan pinggan-mangkuk.
• Membasuh bilik air dan dapur seminggu sekali.
• Menyapu/vakum lantai dan mengemop lantai seminggu sekali.
• Menyapu halaman atau beranda rumah seminggu sekali.
• Membasuh langsir dan membersihkan peti ais sebulan sekali.
• Mengelap habuk di perabot dan membersihkan sawang sebulan sekali.
• Membersihkan kipas dan filter penghawa dingin sebulan sekali.
Tidak Membuang Sampah Di Merata-Rata Tempat
Masyarakat kita selalu membuang sampah di merata-rata tempat dan apa
yang menyedihkan adalah kita melakukannya seperti tiada langsung rasa
bersalah.
Apa gunanya tong sampah yang disediakan kerajaan jika kita masih
berdegil membuang sampah di atas jalan, di dalam sungai, di taman-
taman permainan dan sebagainya.
Sikap ini harus dihentikan serta merta jika kita mahu mengekalkan flora dan
fauna untuk tatapan anak cucu kita pada kemudian hari.
Jadikan amalan menjaga kebersihan diri walau di
mana jua kita berada.
Kebersihan diri adalah kunci utama untuk mendapat
tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat
membolehkan kita menjalankan aktiviti dengan
baik dan membantu memberikan kehidupan yang
ceria.
Jadikan menjaga kebersihan diri sebagai amalan
harian dalam kehidupan kita sekeluarga.
Tugasan :
Ambil gambar anda melakukan aktiviti
kebersihan di dalam rumah. Sila hantarkan
sekeping gambar anda di dalam pautan
google forms yang disediakan.
(letak nama & kelas)
Pesanan dari guru penasihat KDM:
Sila bantu ibu bapa /penjaga anda
untuk melakukan aktiviti kebersihan
di rumah. Sentiasa jaga kesihatan
diri. Jadi anak yang baik…boleh ?
Lakukan dengan rela, ibu ayah gembira.
Terima
kasih