Tajuk-Tajuk Penting Karangan (Bahagian C) Hanya satu perbezaan di antara orang yang berjaya dan gagal iaitu orang yang berjaya tidak berputus asa. Semoga Cemerlang dalam STPM.
1. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1.pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara 2. Pencemaran udara di negara kita semakin kritikal berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan. 3. Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ladang turut mengakibatkan pencemaran alam sekitar, iaitu jerebu 4.Pembuangan bahan-bahan domestik ke dalam sungai turut mengakibatkan pencemaran air. 5.Faktor semula jadi juga turut mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi, banjir besar dan sebagainya boleh berlaku pada bila-bila masa.
2. KESAN-KESAN PEMBALAKAN HARAM 1.Pembalakan haram mampu menyumbang terjadinya bencana alam. 2. Kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram 3. Pembalakan haram turut mengakibatkan peningkatan suhu di negara kita 4. Pembalakan haram boleh menjejaskan punca rezeki dan kehidupan penduduk setempat. 5.Aktiviti manusia menebang pokok-pokok akan menjejaskan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi
3. PUNCA-PUNCA PENYAKIT BERJANGKIT 1.Sikap masyarakat yang tidak membersihkan kawasan persekitaran kediaman mereka. 2.Kekurangan ilmu kesihatan atau maklumat tentang penyakit turut menjadikan risiko penyebaran penyakit di negara ini terus meningkat saban tahun. 3. Amalan membuang sampah merata-rata atau bukan ke dalam tong sampah telah menjadi kemelut ini meruncing 4. Penyebaran wabak penyakit di Malaysia boleh disebabkan oleh sikap pengusaha premis makanan yang mengabaikan aspek kebersihan 5. Kawasan rekreasi yang tidak dijaga kebersihannya boleh menyebabkan berlaku pencemaran
4. SEBAB-SEBAB FILEM SERAM DIMINATI 1. filem bergenre seram sering memaparkan konsep dan elemen seram itu berdasarkan budaya serta kepercayaan setempat. 2. Mereka yang kaki filem seram sebenarnya gemarkan aktiviti yang mencabar adrenalin. 3. Filem seram diminati kerana membantu masyarakat merungkaikan perasaan ingin tahu masyarakat tentang alam ghaib. 4. Masyarakat tertarik dengan filem seram kerana jalan cerita filem tersebut yang banyak menonjolkan unsur-unsur pengajaran. 5. Perkembangan filem seram di Malaysia telah menggalakkan ramai anak-anak muda lepasan kolej dan universiti berminat melibatkan diri sebagai tenaga kerja di belakang tadbir
5. SEBAB RAWATAN ALTERNATIF MENJADI PILIHAN MASYARAKAT 1.Keberkesanan dalam merawat sesuatu penyakit terutama yang kronik, kritikal, kes kecemasan atau dianggap tiada harapan untuk sembuh. 2. Kaedah rawatan alternatif lebih selamat, berkesan dan semula jadi 3. Kesan penyembuhan memakan masa yang lebih pantas melalui perubatan alternatif. 4. Kos rawatan menggunakan rawatan alternatif lebih murah berbanding dengan rawatan moden. 5. Rawatan alternatif kurang kesan sampingan berbanding dengan rawatan moden.
6. PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU 1.Pelajar gagal menguasai ilmu tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. 2.Bahasa lisan pelajar pelajar dipengaruhi oleh bahasa ibunda seperti bahasa Cina, Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan, dan sebagainya 3.Pelajar kurang pengetahuan tentang isi yang hendak disampaikan. 4.Pelajar kurang mahir dari aspek gaya penyampaian menyebabkan penyampaian isi tidak berkesan. 5.Pelajar kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi. 6. Amalan berkomunikasi pelajar yang menggunakan bahasa rojak juga menjadi penyebab pelajar gagal menguasai kemahiran lisan
7. PUNCA HUBUNGAN KELUARGA SEMAKIN RENGGANG 1.hubungan sesebuah keluarga semakin renggang disebabkan ahli keluarga sibuk bekerja dan melakukan urusan masing-masing. 2. Perbezaan taraf hidup menyebabkan ada ahli keluarga yang tergamak menyisihkan ahli keluarga yang lain. 3. Kerenggangan hubungan ahli keluarga juga disebabkan oleh pergaduhan berebutkan harta pusaka 4. Kehidupan pada zaman moden menyebabkan ada dalam kalangan ahli keluarga yang tidak pandai bersosial dengan orang lain terutamanya ahli keluarga sendiri. 5. Punca hubungan keluarga semakin renggang kerana mereka terpaksa tinggal berjauhan dan jarang berjumpa
8. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TINGGAL DI RUMAH PANGSA ATAU PANGSAPURI 1. lokasi yang strategik, iaitu berada di tengah-tengah kota dan berhampiran dengan tempat kerja 2. Masyarakat memilih untuk tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri kerana kemudahan yang lengkap. 3. Rumah pangsa/ pangsapuri mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. 4. Penghuni memilih untuk tinggal di rumah pangsa/ pangsapuri kerana bersifat lebih privasi. 5. Pembinaan rumah pangsa/ pangsapuri di bandar-bandar besar dapat mengatasi masalah kekurangan tanah.
9. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TINGGAL DI RUMAH PANGSA ATAU PANGSAPURI 1.Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri menghadapi kesukaran untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian rumah. 2. Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri berkemungkinan akan menghadapi masalah ketidakselesaan dengan karenah penghuni lain. 3. Penghuni rumah pangsa/ pangsapuri tiada interaksi antara jiran kerana bentuk rumah yang tidak berhadapan antara satu sama lain. 4. Remaja yang menjadi penghuni rumah pangsa/ pangsapuri mudah terjebak dalam gejala sosial. 5. Rumah bertingkat seperti rumah pangsa/ pangsa puri telah menghalang aktiviti harian penghuni terutamanya bagi penghuni yang tinggal di tingkat paling atas
10. USAHA MENGGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA MENGAMALKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN KEPENTINGANNYA Usaha menggalakkan PSH 1. Strategi penting adalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P). 2. Agensi PSH akan dapat menyalurkan program yang mempunyai permintaan industri dan berimpak tinggi 3. Kerajaan perlu memberi penekanan kepada kesinambungan dan pengiktirafan PSH dengan memperkukuhkan kerangka sedia ada 4. Hubungan strategik di antara agensi pembelajaran sepanjang hayat dan industri berkaitan dapat memberi faedah bersama menerusi perkongsian program, kepakaran, kemudahan infrastuktur, pemindahan kemahiran dan teknologi. 5. pihak kerajaan perlu menyediakan dana untuk terlibat di dalam aktiviti dan program pembelajaran sepanjang hayat.
Kepentingan PSH 1.PSH akan meningkatkan minat seseorang dalam sesuatu pekerjaan. 2. PSH akan melahirkan masyarakat yang berilmu yang mampu meningkatkan ekonomi negara.
11. CARONAVIRUS ATAU COVID-19 : LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN 1. Kerajaan telah melancarkan Program Imunisasi Covid-19 yang dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga Februari 2022 2. Kita harus mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan 3. Orang ramai perlu segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit 4. Kita hendaklah menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan 5. Kita harus membiasakan diri dengan amalan Bekerja dari Rumah (BDR).
12. KEPENTINGAN TAMAN REKREASI 1. Taman rekreasi merupakan syurga bagi kanak-kanak yang dahagakan kebebasan 2. Taman rekreasi menjadi tempat berkumpul ahli keluarga dan jiran tetangga pada masa lapang atau pada hujung minggu 3. Taman rekreasi boleh dijadikan tempat untuk menjalankan sesuatu majlis yang bercorak kejiranan 4. Taman rekreasi boleh menjadi tempat menghilangkan penat setelah bekerja. 5. Taman reakreasi akan mencantikkan dan menceriakan lagi persekitaran sesuatu kawasan perumahan
13. BULI DI SEKOLAH: PUNCA, KESAN, DAN LANGKAH Punca berlakunya kes buli di sekolah 1.Faktor kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperi ini. 2. Kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala membuli ini 3. Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini 4. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala buli semakin menular. 5. Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau-lampau.
Kesan buli ke atas mangsa 1.pelajar-pelajar yang dibuli akan berasa takut datang ke sekolah. 2. Mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran 3. Gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung 4. Kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan kecacatan seumur hidup serta kematian
Langkah pencegahan kes buli di sekolah 1.Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. 2. Para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini 3. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya 4. Peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah diperhebat. 5. Peranan media massa amat penting sebagai wahana yang berkesan untuk mendidik manusia / berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia
14. Amalan berbudi bahasa amat penting dan perlu menjadi budaya rakyat negara ini. Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa. 1.Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak 2.Aktiviti kokurikulum di sekolah perlu menekankan amalan berbudi bahasa dalam kalangan murid-murid. 3.Pihak sekolah harus mengiktiraf murid yang mengamalkan amalan berbudi bahasa melalui anugerah 4.Kerajaan harus memperbanyakkan program yang memerlukan generasi muda bergaul dan bercampur dengan masyarakat 5.Generasi perlu mendalami ilmu dan ajaran agama masing-masing.
15. Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam? IS1: Mengurangkan kesesakan lalu lintas IS2: Menjimatkan perbelanjaan harian rakyat IS3: Menjimatkan masa/memendekkan tempoh perjalanan IS4: Mengurangkan kemalangan jalan raya IS5: Menambahkan pendapatan negara IS6: Mengurangkan pencemaran udara IS7: Memajukan sistem pengangkutan awam
16. Krisis ekonomi yang melanda negara kita kini telah meninggalkan pelbagai kesan, termasuklah masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah rakyat. Jelaskan usaha yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk menangani masalah kewangan dalam menjamin kesejahteraan hidup sesebuah keluarga. Isi-Isi: (Usaha menangani masalah kewangan) IS1: Membuat perancangan perbelanjaan harian/ menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli untuk mengelakkan perbelanjaan yang lebih IS2: Menjalankan pertanian sara diri/ skala kecil IS3: Mengutamakan pembelian barangan keperluan asas sahaja/ meminggirkan barangan mewah mengikut nafsu/ Mengurus perbelanjaan mengikut kemampuan IS4: Mewujudkan tabungan pada setiap bulan IS5: Melakukan kerja sampingan untuk menambahkan pendapatan keluarga IS6: Mendapat nasihat/pendedahan ilmu tentang panduan menguruskan aspek kewangan daripada pihak yang
17. Penggunaan media teknologi moden telah memberikan pelbagai manfaat terhadap pembelajaran pelajar dalam era digital kini. Bincangkan manfaat yang dimaksudkan. Isi-Isi: (Manfaat penggunaan media teknologi moden terhadap pembelajaran pelajar ) IS1: Memperoleh ilmu tanpa bersemuka dan memudahkan pembelajaran IS2: Meneroka maklumat tanpa batasan dan secara pantas IS3: Mengurangkan sifat kebergantungan kepada guru/ memupuk nilai berdikari dalam proses memperoleh/ menambahkan ilmu IS4: Melahirkan pelajar yang celik teknologi IS5: Memudahkan perbincangan tugasan sesama rakan sepengajian IS6: Menggalakkan pertukaran/ perkongsian maklumat dengan rakan di dalam/ di luar kawasan IS7: Menjadikan pembelajaran lebih menarik melalui pengaplikasian lbibtkiididdltli
18. Pendidikan dalam bidang teknikal dan vokasional masih kurang mendapat sambutan daripada anggota masyarakat di negara ini. Jelaskan usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan anggota masyarakat, khususnya golongan muda mendapatkan pendidikan dalam bidang teknikal dan vokasional. Isi (Usaha untuk menggalakkan anggota masyarakat mendapatkan pendidikan teknikal dan vokasional) IS1 Menjenamakan pendidikan teknikal dan vokasional di seluruh Malaysia untuk memperkasakannya IS2 Mengubah persepsi sesetengah anggota masyarakat melalui pemupukan budaya pendidikan untuk seumur hidup IS3 Memantapkan sukatan pelajaran/kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional melalui latihan secara modular IS4 Mewujudkan kerjasama pintar dengan industri tempatan dan antarabangsa IS5 Memperkenalkan aliran teknikal dan vokasional berasaskan kemahiran seawal tingkatan 1 IS6 Memberikan biasiswa khas kepada pelajar cemerlang dalam aliran teknikaldanvokasional
19. Keruntuhan institusi keluarga bukan hanya berpunca dari aspek kewangan tetapi turut melibatkan faktor-faktor lain juga. Bincangkan. Isi (Faktor yang berkaitan dengan aspek kewangan) IS1 Ketua keluarga tidak bekerja/mempunyai pekerjaan yang tidak tetap dan bergaji kecil menyebabkan pergaduhan sering timbul. IS2 Perancangan dan pengurusan kewangan yang lemah (Faktor lain) IS3 Masalah kesibukan di tempat kerja/stres menyebabkan pengabaian kasih sayang terhadap ahli keluarga IS4 Sesetengah ahli keluarga tinggal berjauhan dan tidak dapat meluangkan masa bersama-sama. IS5 Sikap anak yang bermasalah IS6 Pengaruh gajet moden/media sosial IS7 Kewjudan pihak ketiga menyebabkan perubahan sikap ahli keluarga
20. Kini, permainan video dalam talian semakin digemari oleh sesetengah anggota masyarakat di negara ini. Huraikan kesan permainan video terhadap masyarakat. Isi (Kesan positif permainan video dalam talian) IS1 Menjadi terapi untuk menghilangkan kebosanan IS2 Menambah kenalan/aktiviti sosial IS3 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan berani membuat keputusan IS4 Mewujudkan kerjaya baharu, seperti pereka grafik permainan video IS5 Mewujudkan pengajaran dan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan dan berkesan (bagi video yang bercorak pendidikan)
(Kesan negatif permainan video dalam talian) IS6 Menyebabkan ketagihan jika tiada kawalan IS7 Menjejaskan kesihatan fizikal dan mental hingga boleh menyebabkan kematian IS8 Melalaikan individu hingga mengganggu tugas harian IS9 Membazirkan masa IS10 Membentuk sikap agresif, seperti suka melawan orang lain, kerap terlibat dalam pergaduhan, cenderung bertindak ganas IS11 Membazirkan wang dan tenaga
21.Terdapat sebahagian institusi pendidikan, seperti universiti awam dan politeknik di negara ini menggalakkan para penuntutnya mengikuti latihan kerja sambil belajar yang berkaitan dengan pengajian mereka melalui organisasi tertentu. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh oleh para penuntut yang mengikuti latihan kerja sambil belajar itu? Isi (Manfaat mengikuti latihan sambil belajar) IS1 Meningkatkan kefahaman ilmu/kecekapan/kemahiran penuntut IS2 Menyesuaikan diri dengan situasi dan tuntutan kerja sebenar IS3 Menambahkan rangkaian kenalan dan rangkaian perhubungan IS4 Mengurangkan jurang perbezaan antara teori dan ilmu yang dipelajari dengan realiti/situasi kerja sebenar IS5 Menjadikan pembelajaran bertambah menarik/meningkatkan minat IS6 Memantapkan nilai tambah/nilai insaniah pada diri pelajar (contoh: kualiti, daya saing, matang, tahap komunikasi) IS7 Membuka peluang kerjaya pada masa akan datang IS8 Menjadi medan/platform untuk menilai keperibadian individu
22. Sesetengah anggota masyarakat di negara kita kini menghadapi pelbagai cabaran untuk mengekalkan kesejahteraan dalam institusi kekeluargaan masing-masing. Jelaskan cabaran tersebut. Isi (cabaran untuk mengekalkan kesejahteraan institusi kekeluargaan) IS1 Kekangan kewangan/ekonomi yang dihadapi keluarga IS2 Masalah kesibukan di tempat kerja menyebabkan pengabaian kasih saying IS3 Tinggal berjauhan dan tidak dapat meluangkan masa bersamasama IS4 Sikap anak yang tidak mendengar kata/nasihat ibu bapa IS5 Sesetengah pemimpin keluarga kurang memahami tanggungjawab yang harus dipikul IS6 Pengaruh teknologi moden/media massa IS7 Kewjudan pihak ketiga menyebabkan perubahan sikap ahli keluarga IS8Pengaruhpersekitaran/masyarakat/saudaramengadudombaahli
23. Aktiviti sukan lasak atau sukan ekstrem, seperti aktiviti berkayak, meredah jeram,mendaki gunung, ‘parasailing’, dan terjunan ‘bungee’ semakin diminati oleh rakyat Malaysia. Bincangkan kesan positif yang diperoleh oleh individu yang menyertai aktiviti sukan lasak. Isi (Kesan positif menyertai aktiviti sukan lasak) IS1 Mengawal/memantapkan emosi IS2 Memupuk nilai positif, seperti sabar, semangat juang yang tinggi, berani/ disiplin diri IS3 Meningkatkan ketahanan fizikal/kesihatan/otot IS4 Melatih diri untuk sentiasa bersedia menghadapi cabaran/masalah IS5 Meningkatkan keyakinan diri IS6 Meningkatkan kemahiran menguruskan masa IS7 Memupuk semangat kesukanan IS8 Mengharumkan nama diri dan negara IS9 Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya alam sekitar IS10 Menambah kenalan dan mengeratkan hubungan IS11 Meluangkan masa secara lebih berfaedah/mengelakkan diri didtif
Sekian, Terima Kasih Peluang muncul setiap hari. Hanya orang yang berani dan bertindak dapat menggunakan peluang yang muncul dengan maksimum.