The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66029531, 2021-07-28 21:18:28

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI KE 3 / 2021 (GOOGLE MEET)

TARIKH : 24 JUN 2021
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA PANJANG, MUAR, JOHOR.
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 3 / 2021 (“Google Meet”)

Tarikh : 24 Jun 2021

Masa : 2.30 petang

Tempat : Kediaman masing-masing.

Pengerusi : En Mohd Jazmi bin Abd Jalil (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 17/17

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah. Mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.
1.2 Menyampaikan amanah PPD;
- Berharap agar semua guru telah mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera, ini
adalah penting agar imuniti kelompok dapat diwujudkan.
- Memaklumkan kepada pihak pentadbir jika mempunyai kontak rapat yang
dijangkiti dengan Covid-19.
1.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus
sepanjang PdPR.
1.4 Jika guru menghadapi tekanan untuk melaksanakan PdPR, perlu memaklumkan
kepada pihak pentadbir agar dapat dibincangkan Bersama.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Disahkan oleh Pn Norasima binti Mohamed
Disokong oleh En Zamri bin Jabar.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 FOKUS MESYUARAT

4.1. Pengurusan Sekolah dan Perjalanan Sepanjang PdPR ( Guru Besar )
4.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) akan dilaksanakan
sepanjang 25 hari bermula 21 Jun 2021.
4.1.2 Semua guru boleh membuat pilihan cara untuk melaksankan PdPR sama ada
secara offline atau online.
4.1.3 Guru juga perlu mengisi pelaporan PdPR di dalam Sistem PdPR (SPdPR)
pada setiap hari.
4.1.4 Selain itu, memohon guru mengambil kira pendapat ibu bapa berkaitan PdPR
dan memaklumkan kepada pihak pentadbir untuk dibincangkan.
4.1.5 Kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun telah dihantar ke sekolah.
Walaubagaimanapun, disebabkan sekolah masih ditutup, kertas akan
disimpan dahulu. Kertas soalan yang dibekalkan adalah untuk mata pelajaran
teras bagi Tahap 2 sahaja.
4.1.6 Kehadiran guru-guru ke sekolah :
- Adalah dimaklumkan, Timbalan PPD, Tn Hj Lukman memberi arahan
untuk tidak mengizinkan guru-guru hadir ke sekolah.

- Tetapi, jika ada guru yang hendak ke sekolah atas tujuan membuat dan
menghantar modul. Perlu meminta izin daripada guru besar. Guru besar
memberikan keizinan untuk hadir ke sekolah tetapi dengan kehadiran
yang minimum. Masa yang diberikan juga adalah sekurang-kurangnya
2 jam.

4.1.7 Mengucapkan terima kasih kepada ustaz Zulfadli dan Pn Siti Jamiah atas
janaan jadual waktu yang baharu.

4.1.8 Berharap agar ketua-ketua panitia telah menyiapkan senarai perbelanjaan
dan barang-barang yang perlu dibeli menggunakan peruntukan panitia
masing-masing.

4.1.9 Mengucapkan tahniah kepada barisan GPK yang membantu melaksanakan
tugasan Modul 1 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Tindakan : Semua Guru

4.2. Pengurusan Kurikulum ( GPK 1)
4.2.1 Bermula 26 Jun 2021 sehingga 15 Julai 2021, guru dan murid akan
menggunakan Jadual Waktu PdPR yang baharu. Dimana masa
pembelajaran akan bermula seawal 8.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengah
hari. Manakala akan ditambah masa Ko-Kurikulum pada setiap Rabu jam 11
pagi hingga 12.00 tengah hari. Walaupun telah dikurangkan masa mengajar,
guru-guru masih terikat dengan sukatan pelajaran dalam DSKP.
4.2.2 Bagi perekodan laporan PdpR pula, ada link baharu iaitu
http://spjohor.moe.gov.my.
4.2.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- PBD yang dilaksanakan sebelum PdPR dan semasa PdPR adalah
mengikut kesesuaian guru.
- Manakala bagi pengisian PBD diperingkat sekolah, GPK 1 akan
menyediakan templet PDB di dalam Google Sheet secara online bermula
28 Jun sehingga 6 Julai 2021.
- Guru subjek akan menentukan Tahap Pengusaan (TP) murid-murid.
- Untuk murid dalam TP1 atau TP2, mohon guru-guru membuat langkah
intervensi.
4.2.4 e-Operasi
- Telah diwujudkan satu ruangan baharu iaitu maklumat vaksinasi Covid-19.
Guru yang telah menerima dos 1 dan 2 suntikan vaksinasi perlu
memaklumkan kepada GPK1 untuk tujuan pengemaskinian di dalam
e-operasi.
4.2.5 PBPPP
- Memaklumkan kebanyakan guru-guru telah menyiapkan boring
keberhasilan dan menghantar kepada PP1.
- Sasaran akhir adalah pada bulan Oktober.

Tindakan: Semua Guru

4.3 Pengurusan HEM ( GPK HEM )
4.3.1. Unit HEM akan menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan JPN
Johor.
4.3.2 Pemberitahuan baharu, pertandingan akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos
2021.
4.3.3 Memaklumkan seramai 50 orang murid yang bapa berpendapatan rendah
akan menerima bantuan, dimana bantaun sebanyak RM5000 akan
ditumpang ke akaun PIBG sebelum diagihkan.
4.3.4 Wang KWAMP seramai 29 orang murid telah dimasukkan.
Walaubagaimanapun, tidak dapat diagihkan. Tarikh penyerahan bantuan

KWAMP akan dimaklumkan kemudian.
4.3.5 Mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ustazah Fadhilah kerana

Berjaya mencari bantuan peranti dan menghantar ke rumah murid bernama
Habeeb, murid 3 Jaya. Beliau juga sedang berusaha untuk mencari dana
dan bantuan peranti kepada beberapa orang murid yang memerlukan.

Tindakan: Semua Guru

4.4. Pengurusan Ko-kurikulum ( GPK Ko-Kurikulum )
4.4.1 KPM telah menangguhkan segala aktiviti Ko-kurikulum bermula Januari 2021.
4.4.2 Walaubagaimanapun, KPM telah mengeluarkan surat pekeliling berkaitan
pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum secara dalam talian (online). Dilampirkan
juga modul pelaksanaan ko-kurikulum secara dalam talian.
4.4.3 Modul tidak ditetapkan tetapi boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian murid
dan guru.
4.4.4 Perjumpaan aktiviti ko-kurikulum telah dilaksanakan secara dalam talian yang
mana kehadiran BBSM ialah 25 orang dan Pengakap pula seramai 31 orang.
4.4.5 Tiada paksaan atau penekanan untuk murid-murid menyertai aktiviti ko-
kuriklum. Jika tidak dapat sertai pagi boleh dilakukan pada waktu malam.
4.4.6 Pertandingan Ko-Kurikulum atau Karnival Ko-Akademik adan dilaksanakan
pada 14 Julai 2021. Aktiviti akan dirancang kemudian.
4.4.7 Mengucapkan tahniah kepada Pn Fadhilah dan En Hamran kerana dapat
menyiapkan bahan-bahan untuk dikongsikan semasa waktu ko-kurikulum.
4.4.8 Pelantikan AJK Kelab, Unit Beruniform akan dilaksanakan secara dalam
talian menggunakan “Google Form”
4.4.9 Terdapat kekangan dalam menjayakan aktiviti dalam talian sama ada
masalah peranti, akses internet, sikap murid atau sikap ibu bapa. Jadi,
mohon kepada semua guru agar tidak memberi tekanan dan bebanan
kepada ibubapa.

Tindakan: Semua Guru

4.5 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
4.5.1 GPK 1 memberikan penekanan semula tagline S.A.Y.A.N.G
S = Supportive (Menyokong)
A = Assert (Menegas)
Y = Yield (Menghasilkan)
A = Ability (Kebolehan)
N = Neat (Kemas)
G = Gainful (Menguntungkan)
#lesstalkactmore
#SKPPjgAwesome
4.5.2 Sekolah telah menyiapkan tugasan Modul 1 TS25, Program TS25 adalah
berdasarkan kepada hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM 2013-2025). Yang mana matlamat PPPM adalah 2 iaitu
Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid.

Tindakan: Semua Guru

5. HAL-HAL LAIN
5.1.1 Guru besar memaklumkan bahawa Modul 1 program TS25 adalah Bimbingan
dan Pementoran. Penekanan kepada aspek kepimpinan dan budaya kerja.
Budaya kerja bermaksud cara mengajar, teknik mengajar dan teknik
bimbingan.
5.1.2 Berharap dapat memperkasakan Facebook sekolah untuk mempromosikan
sekolah.
5.1.3 Perubahan transformasi yang akan diukur adalah melalui kemenjadian murid
dan keberhasilan sekolah.

.

Tindakan: Semua Guru

6. PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh En Mohd Jazmi bin Abd Jalil :
- Berharap semua guru memahami halatuju sekolah untuk menjadi sekolah
yang berkualiti dan fokus kepada kemenjadian murid.
- Diharap semua guru menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri sepanjang
PKP.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

Disediakan oleh,
PN SITI AISHAH BINTI ABDUL RAZIP
Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali Ke-3

Tarikh : 1 Julai 2021


Click to View FlipBook Version