PENGMAJPIUA2N30I1S2LAM
GEJALAAKKEHRLUANKTUHAN
DAT2A
NAMA PENSYARAH : USTAZAH JARIAH
AHLI KUMPULAN
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan 1
2. 4.1 Penyalahgunaan Bahan 2-6
8-12
Terlarang Dalam Kalangan
Pelajar IPT 13-18
4.2 Masalah pergaulan bebas 7
3. antara pelajar lelaki dan
perempuan di Politeknik Malaysia
4. 4.3Gejala plagiat akademik yang
berleluasa dalam kalangan
pelajar
5. Hadis pilihan
6. Kesimpulan 19
7. Rujukan 20
- PENGENALAN -
Pada zaman kini, gejala keruntuhan akhlak banyak
dapat dilihat dikalangan remeja di Malaysia mahupun
di negara luar ia tidak asing lagi ,keruntuhan akhlak
remeja kini terdiri dari pelbagai aspek seperti yang
dapat kita lihat ialah dari segi pergaulan bebas,
pengambilan d
adah, hubungan seks dan sebagainya.
Sudah tentu gejala seperti ini tidak dapat diterima
oleh masyarakat dan ia juga melanggar syariat
islam.Malah hal ini juga menjatuhkan imej agama dan
negara. Hal ini kerana ia membawa impak yang besar
kepada masyarakat selain daripada diri individu
sendiri. Selain itu, gejala ini juga merupakan fenomena
modenisasi dan kejutan budaya yang melanda
golongan remaja dan belia. Ini terjadi disebabkan
kesan globalisasi yang melanda seluruh dunia.
Sekiranya hal begini belarutan maka generasi akan
datang akan terus membesar dengan akhlak yang
tidak baik Akhir sekali , gejala ini juga berpunca
daripada ibu bapa yang gagal memainkan peranan
sebagai contoh dan teladan kepada remaja dan belia di
zaman ini.
1.
4.1
Penyalahgunaan
Bahan Terlarang
Dalam Kalangan
Pelajar IPT
2.
4.1 Penyalahgunaan Bahan Terlarang
Dalam Kalangan Pelajar IPT
Penyalahgunaan bahan terlarang dalam
kalangan pelajar IPT sudah tidak asing lagi
didengar pada masa kini. Ini kerana bahan
terlarang menjadi bahan yang sering dibawa
oleh pelajar ke dalam kampus. Selain itu, punca
pengambilan bahan terlarang ini adalah
pengaruh rakan sebaya dan juga rasa ingin
mencuba yang membuak- buak dalam diri
pelajar tersebut. Hal ini juga terjadi kerana bahan
terlarang ini mudah untuk didapati di kedai atau
pengedar. Penyalahgunaan barang terlarang ini
boleh menyebabkan pelajar dibuang IPT malah ia
juga merosakkan imej keluarga dan merosakkan
matlamat hidup pelajar serta membawa pelajar
ke arah yang negatif dan merosakkan masa
hadapan pelajar sendiri . Berikut adalah contoh -
contoh bahan terlarang yang dibawa oleh pelajar
dikalangan pelajar IPT.
3.
Antara penyalahgunaan bahan terlarang
didalam kalangan pelajar IPT ialah:
Dad
ah Budaya
Arak Berpasangan
Rogol Vandalisme
Seks Bebas Gengsterisme
Hedonisme
4.
Dadah boleh membawa ke arah yang negatif lebih -
lebih lagi dari kalangan pelajar pasti pelajar akan
hilang fokus didalam pelajaran .Seterusnya budaya
berpasangan mendorong pelajar kedalam maksiat
yang berakhir dengan perkara yang tak diingini seperti
rogol dan mengakibatkan hal mengandung luar nikah
.Selain itu , berlaku pelajar IPT yang mabuk disebabkan
arak ,sedangkan ia adalah hal yang umum yang
dilarang .Berikutnya adalah hedonisme dan
gengsterisme vandalisme dan seks bebas.
Penyalahgunaan bahan dan sikap seperti ini
sepatutnya tidak berlaku ke atas pelajar IPT mahupun
remaja di zaman kini.
Seperti yang kita tahu islam juga melarang kita untuk
mengambil bahan yang boleh menjejaskan kesihatan.
Arak : Boleh memabukkan dan melalai.
Sirosis hati.
Dadah : Boleh menyebabkan
ketagihan dan kerosakkan otak.
Rokok : Kanser paru-paru.
5.
4.1 Penyalahgunaan Bahan Terlarang
Dalam Kalangan Pelajar IPT
Cara untuk mengatasi masalah adalah dengan:
1. Mengadakan pelbagai kempen dan aktiviti yang
bersesuaian dengan pelajar agar dapat mengisi masa lapang
yang berfaedah dan menyihatkan tubuh badan mereka. 2.
Selain itu, ibubapa perlu mengambil berat tentang hal anak-
anak mereka apabila berjauhan kerana sangat penting agar
anak-anak tidak terlibat dengan gejala keruntuhan akhlak
yang berleluasa.
2.Ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang
perkembangan anak-anak . Lebih- lebih lagi dengan anak -
anak yang berjauhan oleh sebab belajar perlu ditumpukan
lebih perhatian supaya anak-anak tidak terlibat didalam
gejala keruntuhan akhlak dan penyalahgunaan bahan
terlarang.
6.
7.
4.2MASALAH
PERGAULAN BEBAS
ANTARA PELAJAR
LELAKI DAN
PEREMPUAN DI
POLITEKNIK MALAYSIA
8.
MAKSUD
Pergaulan membawa erti percampuran
sesame manusia samada lelaki atau
perempuan. Pergaulan adalah perkara normal
dalam kehidupan sosial manusia. Ia juga
sudah menjadi kepentingan untuk bergaul
demi melancarkan tuntutan hidup
bermasyarakat.
Dari segi fiqh, ulama mendefinisikan
pergaulan sebagai satu keadaan apabila
lelaki dan perempuan ajnabi bertemu
(melebihi dari dua orang) di suatu tempat
dan berlaku interaksi antara mereka.Interaksi
tersebut mungkin dari segi percakapan,
pandangan atau isyarat yang boleh difahami.
9.
Faktor-faktor pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan
1.Tahap Iman yang lemah:
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas
mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya
penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu
daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman
manusia hidup dalam jiwanya
yang lemah dan kosong.
2. Dunia Cinta Remaja:
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu
kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju
tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT.
Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin
memuncak ketika berada di alam remaja.
3. Pengaruh Media Masa dan pendedahan bahan lucah
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di
seluruh dunia. Internet menjadi sangat berpengaruh dalam
kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini
adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat menerobos
sempadan negara iaitu sukar disekat, Media cetak seperti
majalah-majalah berbentuk hiburan juga memberi kesan
negatif. Banyak majalahmemaparkan gambar-gambar artis
barat dan kelakuan dan gaya mereka.
10.
cONTOH PERGAULAN BEBAS:
Minum Minuman keras(alkohol)
mengandung pelbagai perisa yaboleh
membahayakan diri. Kandungannya dihasilkan
dari penyulingan etanol yang
diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan
atau sayuran. Minuman keras dapat
menyebabkan seseorang mabuk sehingga tidak
menyedarkan diri. Minuman ini boleh
mengubah diri seseorang itu menjadi tidak
terkawal sehingga melakukan hal-hal diluar
jangkaan. Selain itu, minuman ini juga boleh
merosakkan diri dan mudah mendapat penyakit.
Merokok
merupakan perkara yang tidak baik terhadap
kesihatan diri
kerana bahan yang terkandung adalah bahaya
dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit
dalam diri. Selain itu, merokok juga turut memberi
kesan kepada orang lain yang tidak menghisapnya
kerana mereka menghirup asap daripada rokok.
Rokok mempunyai bahan tembakau yang boleh
merosakkan paru-paru..
Pakaian yang tidak sopan dan terbuka
Kebanyakkan masyarakat memakai pakaian yang telah
mengikuti Syariah islam tapi segelintir masyarakat
mengambil ringan terhadap cara pemakaian yang
betul dan tepati Syariah islam. Memakai pakaian yang
tidak sopan dan terbuka boleh menimbulkan fitnah dan
mudah mendapat dosa kerana ramai yang melihat
susuk tubuh kita. Jadi, bagi kaum Wanita perlulah
menutup aurat dan memakai pakaian yang sopan
mengikut Syariah islam supaya diri kita terpelihara
daripada perkara yang tidak baik. Sekiranya kita tidak
patuhi cara pemakaian yang menepati Syariah, kita
akan mudah terjerumus dalam isu-isu pergaulan
bebas.
11.
KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS:
PEMBUANGAN BAYI
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan
di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung
sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan
agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan
anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong
sampah, tepi longkang dan sebagainya.
PERCERAIAN DAN KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung.
Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang
lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan
cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal
lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh
perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di
Malaysia.
TERSEBARNYA PENYAKIT-PENYAKIT YANG MEMBAWA
MAUT
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di
antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara
penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan
ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini
12.
Gejala plagiat
akademik yang
berleluasa dalam
kalangan pelajar
13.
DEFINISI PLAGIAT
Merupakan suatu kegiatan di mana mengulangi, mengambil, menyalin semula
sesuatu karya, hasil tulisan, idea mahupun tanda dagang dan mengisyhtiharkan
sesuatu sebagai hasil karya sendiri. Hal ini juga dapat dikuatkan apabila hasil
sesuatu karya diambil tanpa keizinan, pengetahuan mahupun penghargaan kepada
pemilik karya asal. Kegiatan plagiat dalam kalangan pelajar tidak asing lagi malahan
seperti sudah menjadi ikutan yang dianggap normal sejak beberapa tahun
belakangan ini. Hal ini menjurus kepada masalah keruntuhan akhlak dalam
sesebuah institusi negara. Secara tidak langsung, ia menjadi isu besar dalam
kalangan pensyarah terutamanya untuk membendung masalah ini. Dari
permasalahan ini, seharusnya ia dilihat dari akar umbi untuk menyelesaikan
masalah yang kian serius supaya ia tidak menjadi barah dalam kalangan penuntut
terutamanya dari segi faktor, cabaran dan cara mengatasi.
FAKTOR-FAKTOR:
1) KURANG PERSEDIAAN
Kurangnya persediaan dalam menyiapkan tugasan
diberi adalah kerana sesetengah mereka tidak
mempunyai perancangan dalam urusan tugasan
mereka. Dalam situasi ini, tugasan semestinya tidak
mempunyai persediaan awal dalam pembikinan
kerjanya. Secara tidak langsung mendorong pelajar
untuk memilih jalan yang lebih mudah dan
menjimatkan masa mereka. Kesannya, pelajar menjadi
kurang bersemangat dan tidak serius dalam menuntut
ilmu yang berkat. Kegiatan plagiat ini menyebabkan
pelajar bergantung sepenuhnya kepada hasil carian di
internet dan tidak mengguna pakai hasil pembelajaran
yang dituntut sepanjang pengajian, seolah- olah tiada
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
oleh pensyarah.
14.
2) SUASANA PEMBELAJARAN YANG BERBEZA
cara pembelajaran sepenuhnya berlaku di dalam
sebuah institusi contohnya di sekolah menengah lantas
bertukar dengan drastik apabila melangkah ke alam
universiti. Jadi pelajar agak terkejut apabila diberi
tugasan, namun tidak diberi arah bagaimana dan
konsep jawapan dalam pelaksanaan tugasan format
universiti. Lantas, dengan cara melakukan plagiarisme
sedikit sebanyak membantu dalam menyelesaikan
tugasan tanpa kesalahan yang banyak dikesan dan
membantu markah mereka dengan baik. Hilangnya
sifat jujur dalam melaksanakan tugasan dan tidak
berusaha untuk kejayaan diri sendiri membawa kepada
kesan buruk yang menanti mereka sekiranya perkara
ini berlanjutan contohnya, risiko untuk digantung
atau dibuang dari universiti dan kertas jawapan akan
ditolak dan berdepan hukuman berat.
3) BEBAN TUGASAN BERLEBIHAN
menyebabkan pelajar berdepan masalah stress
berlebihan terutamanya apabila perlu menyelesaikan
beberapa tugasan disamping mengejar tarikh untuk
menghantar tugasan-tugasan tersebut. Diburukkan
lagi dengan
pensyarah-pensyarah yang tidak bertimbang rasa
semata-mata untuk mengejar pemarkahan penilaian
akhir. Hal ini menyebabkan pelajar terdesak untuk
menyiapkan tugasan tersebut dengan cara yang
mudah. Kesannya, aktiviti plagiat berlaku secara
aktif dan tugasan disiapkan hanya atas dasar sekadar
siap dan sempat dihantar.
ِإ َّن َم َع ا ْلُع ْس ِر ُي ْس ًرا * َفِإ َّن َم َع ا ْلُع ْس ِر ُي ْس ًرا
“Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada
kemudahan. Sesungguhnya besama kesulitan itu ada
kemudahan.” (Al-Insyirah: 5-6)
Muhammadshahrulifwat.blogspot.com
15.
CABARAN YANG DITEMPUHI
INTERNET SEBAGAI KONTEKS
PLAGIAT
Seiring dengan kemajuan dunia, kemajuan internet tidak dapat dinafikan lagi
dalam tahap kemajuan yang maksimum. Hal ini secara tidak langsung membuka
peluang kepada pelajar yang tidak bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan
dengan usaha sendiri. Internet juga dianggap sebagai jalan keluar yang mudah
untuk pelajar.
Topik ini menjadi perdebatan yang hebat dalam kalangan tenaga pengajar dalam
usaha untuk mengekang masalah plagiarisme ini. Dengan hanya satu carian dan
ketikan, pelajar dengan mudah menyalin semula jawapan dan info-info berkaitan
tugasan mereka. Lebih menambahkan masalah, tiada inisiatif untuk mengolah
semula idea dan sumber tersebut supaya menjadi lebih kreatif dan tidak
bergantung sepenuhnya kepada hasil kerja orang lain untuk mewakili markah diri
sendiri. Ternyata hal ini tidak dapat dielakkan dari terus berlaku, tetapi perlu
dikawal supaya tidak menjadi perkara yang dianggap normal dalam kehidupan
seseorang pelajar.
Tajuk ini juga berkait dengan tahap keimanan, kejujuran dan nilai diri pelajar.
Seharusnya pelajar perlu mengambil dan mengamalkan sifat-sifat terpuji dalam diri
Nabi Muhammad S.A.W seperti amanah, siddiq, tabligh, dan fathanah. Perkara ini
dapat dikuatkan lagi dengan potongan ayat dari Al-Quran yang bermaksud:
"Nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antara kalian dan orang
yang diberi ilmu (agama) beberapa darjat." (Surah al-Mujadilah, ayat 11) Secara
harfiahnya, kesucian ilmu itu tidak patut dicemarkan dengan perbuatan yang teruk.
Selagi mana kita mampu menjaga ilmu tersebut maka adanya keberkatan dalam
menuntut ilmu tersebut.
Bharian.com
16.
CABARAN YANG DITEMPUHI
DASAR PELAKSANAAN DAN
PEMBERIAN TUGAS
Apabila tibanya minggu pelaksanaan tugas, semestinya pelajar sudah maklum
dengan pemberian tugasan dan latihan. Namun begitu, terkadang pemberian
tugasan-tugasan diberikan serentak dan tarikh penghantaran tugas yang singkat
memberi impak kepada pelajar.
Namun begitu, permasalahan ini juga tidak dapat dielakkan kerana setiap subjek
dan tugasan mempunyai keutamaan sendiri. Tetapi tidak bermakna beban
tugasan ini tidak boleh diringankan supaya pelajar tidak terikat, terbeban dan
terdesak untuk menyiapkan tugasan ini, lalu menjurus terus kearah kegiatan
plagiat.
Atas cabaran ini, seharusnya kedua-dua pihak mengamalkan sikap bertolak ansur
agar dapat memudahkan urusan kedua-dua belah pihak dan permasalahan ini
menjadi masalah yang terpencil. Perubahan yang positif tidak akan menimbulkan
masalah sebaliknya menyelesaikan masalah.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam
kesulitan,
ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah).
Sinarharian.com
17.
CARA MENGATASI
RUJUK KEPADA PENSYARAH JIKA
MENGALAMI KEKELIRUAN
Berdiskusi bersama pensyarah untuk memastikan dan
mengetahui garis panduantugasan yang diberi oleh
pensyarah. Berdiskusi bersama pensyarah
dapatmenyelamatkan diri daripada terjerumus pada kancah
kegiatan plagiat sekaligusdapat menjimatkan masa. Dengan
cara ini, kita akan memenuhi skop tugasan yangtelah diberi.
Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, malu berdayung
perahu hanyut.
TAMBAH NILAI
bermaksud tidak sesekali menggunakan semua maklumat
yang diperoleh daripada sumber yang didapati. Cuba dan
tambah beberapa nilai kepada tugasan dengan idea dan
olahan sendiri contohnya memasukkan pandangan dan
pendapat. Ia menunjukkan bahawa pelajar itu faham dengan
kehendak soalan dan pelajar lebih faham dengan maklumat
yang diperoleh.
18.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, internet dan bahan ilmu bacaan telah banyak
memberisumbangan kepada manusia, dimana ia telah memudahkan
manusia dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, bidang
perubatan, bidang akademik dan sebagainya. Namun, dengan
kesenangan yang sedia ada ini menyebabkan pelajar lalai serta
mengambil kesempatan dalam menyalahgunakannya misalnya
masalah plagiarisme. Hal ini disebabkan kefahaman konsep serta
faktor-faktor yang tertentu yang
mendorongkan pelajar melakukan sedemikian. Justeru itu, masalah
plagiarisme melalui penggunaan internet dan melalui apa- apa cara
haruslah ditangani dengan segera. Jika tidak, ia akan menjatuhkan
nama baik universiti kita mahupun nama baik negara kita. Sekiranya
perkara ini tidak ditangani, adakah kita sanggup melihat generasi
terkini yang seharusnya celik minda namun tenggelam dek ditelan
sifat
plagiarisme? Tepuk dada tanya selera.
Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh betapa pentingnya untuk kita
bersama- sama mengatasi kegiatan plagiarisme yang terjadi
dikalangan pelajar pada masa kini.
Sesungguhnya, Imam Al Bukhari pernah berkata, “ jika kamu ingin
melihat masa hadapan negara, maka lihatlah golongan muda yang ada
sekarang. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu demi
menyelamatkan generasi muda yang akan
menjadi teras kemajuan negara.
[َغ ِي ُروا َما ِبَأ ْنُف ِس ِه ْم
“Sesungguhnya Allah tidak aُيkaىnحَّتmَ eمnٍ وgْ uقbَبaِ اhَمkرeُ aِيdغaَُيaلnَ ] ِإ َّن َّل ََّال
suatu kaum,
sebelum kaum itu sendiri mengubah apayang ada pada diri mereka”
(TQS. Ar-Ra’d [13]: 11)
19.
RUJUKAN
Berikut merupakan laman sesawang yang menjadi sumber rujukan
kumpulan kami untuk tugasan kali ini.
Penghargaan kepada:
http://www.pascasiswazah.com
http://maharamdotcom.blogspot.com
http://sinarharian.com.my
http://Bharian.com.my
http://muhammadshahrulifwat.blogspot.com
http://hamparankasturi.blogspot.com
http://staimbandung.ac.id
http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulan-
bebas.html
http://studentsrepo.um.edu.my/832/5/BAB_2.pdf
http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulan-
bebas.html?m1
http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04
/kesan-kesan-pergaulan-
bebas.html?m=1
https://tzkrh.com/hukum-pergaulan-antara-lelaki-dan-
wanita/amp
Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
https://fliphtml5.com/vzrcd/twid/basic
20.