The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aghalya.nv, 2021-04-22 20:07:12

Kajian Kes Sejarah Tahun 4

Sejarah

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT
INFANT JESUS 2

NAMA : AGHALYA A/P NAGESHVARAN
KELAS : 4 HIJAU

KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 4

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 2

PEMILIHAN TAJUK

Tajuk 5.0 : Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

5.1 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu 5.1.1 Menyatakan struktur masyarakyat Zaman
Melaka Kesultanan Melayu Melaka.

5.2 Pengasas Kesultanan Melayu Melaka K5.1.5 Menjelaskan kepentingan mencontohi nilai
murni tokoh.

5.2.3 Menjelaskan peristiwa pembukaan Melaka.

K5.2.5 Menerangkan kepentingan sifat-sifat
kepimpinan tokoh yang boleh dicontohi.

5.3 Tun Perak Sebagai Bendahara Melaka 5.3.1 Menceritakan riwayat hidup Tun Perak.

K5.3.6 Menghuraikan kepentingan nilai taat setia
kepada pemimpin.

5.4 Hang Tuah sebagai Laksamana 5.4.3 Menganalisis peranan Hang Tuah sebagai
Melaka Laksamana Melaka.

K5.4.5 Menjelaskan kebijaksanaan tokoh dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 3

PERNYATAAN MASALAH

Peranan Parameswara ,Tun Perak dan Hang Tuah dalam
pentadbiran telah membawa kepada era kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka. Bincangkan.

ISU

Menghayati dan mencontohi sumbangan tokoh-tokoh
untuk membentuk jati diri.

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 4

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut
tentang peranan Parameswara, Tun Perak dan Hang Tuah dalam
pentadbiran Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Saya juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang peranan
Parameswara, Tun Perak dan Hang Tuah yang menyumbang kepada
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

KAEDAH KAJIAN

Bertulis , kajian pusat sumber , temubual lawan sesawang
atau pemerhatian.

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 5

LAPORAN KAJIAN

PENGENALAN KAJIAN KES

Kajian kes ini dijalankan bagi mengenalpasti peranan
Parameswara, Tun Perak dan Hang Tuah dalam pentadbiran
kerajaan Melaka. Melalui kajian ini kita dapat mengenalpasti
bagaimana peranan mereka telah membawa kepada era
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai kaedah
kajian digunakan bagi menjalankan kajian ini. Serba sedikit
kajian ini telah membantu saya untuk menghargai jasa tokoh-
tokoh yang disanjung ini dalam pentadbiran Kerajaan Melayu
Melaka.

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 6

LAPORAN KAJIAN

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 7

LAPORAN KAJIAN

KEPENTINGAN MENCONTOHI NILAI MURNI

Taat setia kepada Sultan dan
Kesultanan Melayu Melaka

Menghormati pembesar

NILAI MURNI Bermuafakat dan berunding
KESULTANAN semasa membuat keputusan
MELAYU MELAKA
Hormat menghormati antara satu
sama lain

Bergotong royong membina istana
Sultan Melaka

Terdapat pelbagai agama di Melaka 8
yang diamalkan tanpa perselisihan

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU

LAPORAN KAJIAN

KEPENTINGAN MENCONTOHI NILAI MURNI

• Kita perlu mencontohi budaya dan nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh
Masyarakat Melayu Melaka suatu ketika dahulu.

• Nilai-nilai murni tersebut perlu menjadi pegangan masyarakat masa kini ke arah
membudayakan budaya timur yang penuh dengan kesantunan.

• Antara kepentingan mencontohi nilai murni :

Mewujudkan kerjasama Merapatkan hubungan Menjamin kesejahteraan Hormat menghormati
dan mengukuhkan dalam masyarakat tanpa dan kemajuan negara sesama ahli masyarakat
hubungan dalam
kehidupan mengira agama dan dapat mengeratkan
bermasyarakat bangsa perpaduan

Dapat membentuk sikap Menjamin kesejahteraan Memupuk semangat Mewujudkan
dan keperibadian diri keluarga yang akan patriotism dalam diri kita keharmonian dalam
sendiri
membentuk masyarakat negara
yang saling bekerjasama

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 9

LAPORAN KAJIAN

PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA

• Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah
terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit.

• Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke
Temasik. Baginda disambut dan diberi perlindungan oleh Temagi yang
merupakan wakil kerajaan Siam yang menguasai Temasik.

• Parameswara merancang serangan ke atas Temagi dan menyebabkan Temagi
terbunuh.

• Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, beliau dan pengikut-
pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sening Ujong.

• Parameswara dan pengikutnya belayar meninggalkan Sening Ujong dan singgah
di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

• Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh
seekor pelanduk putih.

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 10

LAPORAN KAJIAN

PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA

• Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat
keputusan untuk membuka sebuah kerajaan baru di situ.

• Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan
pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka.

• Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena
nama pohon tersebut.

• Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang
strategik.

• Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara
India dan Cina serta laut timur dan barat telah menjadikannya tempat yang amat
sesuai sebagai pusat perdagangan.

• Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur
dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang
sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun.

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 11

LAPORAN KAJIAN

SIFAT-SIFAT KEPIMPINAN SESEORANG TOKOH

Budi Mempunyai
pekerti ilmu
yang baik
dan mulia pengetahuan
mendalam
Adil dan
Saksama

Jujur dan SIFAT-SIFAT Pentadbiran
Amanah KEPIMPINAN yang cekap
SESEORANG dan terbuka

TOKOH

Berani dan Bijaksana
Bertanggung

jawab

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 12

LAPORAN KAJIAN

RIWAYAT HIDUP TUN PERAK

Bendahara Tun Perak merupakan tonggak utama dalam pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka. Beliau berasal daripada keluarga pembesar.

NAMA • TUN PERAK
NAMA BAPA
Adik-beradik • Bendahara Seri Wak Raja
Tun Perpatih Serdang
Jawatan
• Tun Kudu
• Tun Perpatih Putih 13

• Penghulu Klang
• Penghulu Bendahari Melaka
• Bendahara Melaka

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU

LAPORAN KAJIAN

RIWAYAT HIDUP TUN PERAK

Kebijaksanaan Tun Perak menyebabkan Kesultanan
Melayu Melaka menjadi sebuah empayar yang kuat &

disegani.
Beliau bekas Penghulu Klang dan berjaya mengalahkan

serangan Siam ke atas Melaka sebanyak dua kali.
Dengan kebijaksanaan Tun Perak, Siam akhirnya berundur

kerana menyangka tentera Melaka sangat ramai.

Pada 1456, Tun Perak dilantik menjadi Bendahara Melaka
oleh Sultan Muzaffar Shah.

Beliau sangat setia kepada Sultan Melaka. Buktinya beliau 14
tidak menuntut bela ke atas kematian anaknya yang
dibunuh Raja Muhamad

Tindak tanduknya menjamin keamanan Melaka dan
mengekalkan taat setinya kepada Kesultanan Melayu

Melaka.

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU

LAPORAN KAJIAN

PERBANDINGAN PERANAN HANG TUAH

PERANAN HANG TUAH 15

Seorang pahlawan yang
gagah di Melaka

Pengawal peribadi Sultan

Ketua Angkatan LAut

Mengetuai Utusan

Menjaga keselamatan
pedagang di Selat Melaka

Melaksanakan perintah
Sultan

Membunuh Hang Jebat
walaupun sahabat karib
Menggagalkan percubaan
membunuh Sultan Melaka

Menguasai 12 bahasa

Menjadi uitusan ke China,
India dan Turki

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU

LAPORAN KAJIAN RUMUSAN

Kemakmuran sesebuah negara bergantung pada ketokohan pemimpin
yang berwibawa. Khazanah negara akan diurus secara telus, sumber
negara akan diagihkan secara saksama, dan kekayaan negara tidak
akan dibazirkan.

Kepimpinan yang lebih bertanggungjawab akan, bersih daripada rasuah,
tidak menyalahgunakan kuasa dan menyelewengkan amanah.
Pemimpin yang tidak amanah dan berintegriti akan mengakibatkan
ketenteraman awam terjejas, kestabilan politik tergugat dan rakyat
sengsara.

Seperti yang dapat kita lihat melalui kajian ini, Parameswara , Tun Perak
dan Hang Tuah telah berperanan dalam pentadbiran sehingga
membawa kepada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka terkenal di seluruh pelosok dunia kerana
pemimpinya sangat berwibawa dan mempunyai nilai ketokohan yang
sangat tinggi.

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 16

SUMBER RUJUKAN

Buku Teks Sejarah Tahun 4 ( Sekolah Kebangsaan)
Buku Rujukan Sejarah Tahun 4 (Sekolah Kebangsaan)
Istana Melaka / Muzium Negara
https://www.melaka.gov.my/ms/rakyat/info-melaka/sejarah
http://cikgusyamsp.blogspot.com/2009/10/nilai-murni-semasa-zaman-

kegemilangan.html
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fshopee.com.my%

2FRevisi-Mobil-KSSR-Semakan-Sejarah-Tahun-4

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 17

TERIMA KASIH

AGHALYA NAGESHVARAN - 4 HIJAU 18


Click to View FlipBook Version