TEKNOLOGI
HIJAU
KERJA LAPANGAN
Penghargaan
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 2. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK (P) TAMAN
PETALING, Pn.Radzilah Binti Mohd Rafee kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Cik.Mok Pui Kee
kerana telah membantu saya dalam laporan kerja lapangan ini. Tunjuk ajar
sepanjang penyedian laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada
beliau.
Akhir sekali, tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan
saya, Dharini A/P Marimuthu kerana turut sama menyumbang masa dan tenaga
untuk membantu saya dalam proses kerja lapangan ini.
Pendahuluan
Saya telah menjalankan kajian tentang teknologi hijau iaitu Edible
Spoon di kediaman saya sendiri. Saya memilih tajuk ini kerana
kebanyakan penduduk di sini menggunakan sudu plastic untuk
makan dan membuang merata tempat.
Saya menjalankan kajian ini selama empat minggu bermula pada
bulan lapan sehingga 23 September. Pengumpulan data dan
maklumat dilakukan selepas waktu pdpr.
Objektif kajian
1. Mentakrif dan menghuraikan konsep teknologi hijau
2. Menyatakan dan menghuraikan ciri-ciri produk
teknologi hijau
3. Menyatakan dan menghuraikan contoh produk
teknologi hijau
4. Menghuraikan kepentingan teknologi hijau
5. Mengenal pasti amalan berkonsepkan teknologi
hijau
Kaedah kajian
1. Temu bual= Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui
kepentingan teknologi hijau. Selain itu, menghuraikan konsep
teknologi hijau.
2. Rujukan= Rujukan buku di perpustakaan dan internet untuk
menyatakan contoh produk teknologi hijau.
PENGENALAN
Pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang membawa
kemudaratan kepada alam sekitar. Jika sumber semula jadi ini tidak
diuruskan dengan baik, kualiti hidup maunusia dan alam sekitar
akan turut tejejas. Justeru, pendekatan yang kritis dan holistik
seperti teknologi hijau amatlah penting bagi menjamin kualiti hidup
dan pengekalan sumber yang berterusan.
Hasil kajian 01 Teknologi hijau merujuk
02 pembangunan produk,
KONSEP 03 peralatan dan sistem untuk
TEKNOLOGI 04 memelihara dan memulihara
alam sekitar serta sumber
HIJJAU semula jadi.
Aplikasi teknologi hijau
selaras dengan konsep
pembangunan lestari.
Pembangunan yang
dilaksanakan perlu
memenuhi keperluan
semasa tanpa
menjejaskankeperluan
generasi masa depan.
Kita bertanggungjawab
memastikan generasi akan
datang dapat menikmati
kualiti hidup seperti yang
kita nikmati sekarang atau
yang lebih baik.
• Teknologi hijau mempunyai matlamat seperti
yang berikut:
• Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan
• Melindungi ekosistem semula jadi
• Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti
manusia
• Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan
ekonomi
CIRI-CIRI PRODUK
TEKNOLOGI HIJAU
01
KRITERIA PRODUK
TEKNOLOGI HIJAU
Antara kriteria produk teknologi hijau ialah penghasilan
produk telah melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga
keharmonian manusia dan persekitaran.
Selain itu, reka bentuk sesuatu produk harus berdasarkan
pengalaman lepas untuk membantu manusia.
Seterusnya, mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta
untuk kegunaan manusia.
Tambahan pula, selamat digunakan dan menyediakan
persekitaran yang sihat dan lebih baik.
Akhirnya, berupaya meminimumkan kemerosotan alam
sekitar.
CONTOH PRODUK Tenaga
TEKNOLOGI HIJAU
Mengurangkan penggunaan
tenaga bahan api fosil
Alam Sekitar
Kesan kepada alam sekitar dapat
diminimumkan
Sosial
Kualiti hidup rakyat dapat
dipertingkatkan
Contoh Tenaga: Kereta hibrid,
Kenderaan Elektrik
Contoh Alam Sekitar: Produk
biodegradasi dan baja kompos
Contoh Sosial: Sudu daripada
tepung bijirin
02
KEPENTINGAN
TEKNOLOGI HIJAU
Antara kepentingan teknologi hijau dalam aspek social ialah meningkatkan kualiti hidup.
Selain itu, meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan. Seterusnya, meningkatkan
keselesaan dan kesihatan masyarakat. Tambahan pula, meningkatkan kualiti udara. Akhirnya,
mengurangkan peningkatan suhu.
Antara kepentingan teknologi hijau dalam aspek ekonomi ialah mengurangkan kos operasi.
Selain itu, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Seterusnya, meningkatkan produktiviti dan
kepuasan pekerja. Seterusnya, meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita
hasilkan. Akhirnya, industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK).
Antara kepentingan teknologi hijau dalam aspek menjana tenaga ialah merangkumi sumber
tenaga seperti angin, air,solar dan ombak yang bersumberkan alam semula jadi. Selain itu,
mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Akhirnya,
mempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat dan mesra pengguna.
Antara kepentingan teknologi hijau dalam aspek memelihara dan memulihara alam sekitar
ialah melindungi sumber semula jadi. Selain itu, meningkatkan kualiti udara dan air.
Seterusnya, mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula. Tambahan pula,
meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup. Akhirnya, mengurangkan
pelepasan gas karbon ke udara.
AMALAN Penjimatan Perolehan
BERKONSEPKAN tenaga produk hijau
TEKNOLOGI HIJAU
Praktikkan Utamakan
penggunaan penggunaan
pencahayaan bahan mesra
semula jadi. alam.
Amalan 5R Perkhidmatan
makanan
Gunakan tong
kitar semula yang Gunakan
betul. pembungkus
makanan yang
mesra alam.
CARA-CARA MEMBUAT SUDU YANG BOLEH DIMAKAN
Langkah Pertama - Panaskan ketuhar hingga 375 darjah Fahrenheit.
Langkah Kedua - Tuangkan air ke dalam mangkuk, kacau tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan terlalu
pekat.
Langkah Ketiga - Habuk papan pemotong atau permukaan dengan tepung dan pindahkan campuran tepung ke
dalamnya. Tepuk campuran dengan kedua tangan dan gulung menjadi bebola doh. Debu ringan dengan tepung.
Langkah Keempat - Gunakan penggulung untuk melancarkan doh sehingga kepingan setebal ¼ inci.
Langkah Lima - Potong bentuk sudu, pisau dan garpu menggunakan sudu logam sebagai panduan untuk panjang
pemegang dan bentuk perkakas. Gunakan pisau kecil untuk memotong alat makan doh dengan teliti.
Langkah Enam - Tutup loyang dengan kertas perkamen, letakkan perkakas yang sudah siap di dalam kuali dan
bakar hingga coklat keemasan, kira-kira tiga puluh minit.
Langkah Tujuh - Biarkan peralatan makan sejuk selama beberapa minit.
Langkah Kelapan - Gunakan perkakas untuk makan, dan makan perkakas atau buang setelah menggunakannya.
Rumusan
Kesimpulannya, saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan
berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk. Dapatan
kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang
bertanggungjawab.
Rujukan
Buku = Chong Mui Sen & Azizan Abu Samah. (2003).Geografi KBSM Tingkatan
2.Rawang:Percetakan Saufi
Internet = https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
Lampiran
TERIMA KASIH