MODEL MODEL
570MS 570EX
1.0 PENDAHULUAN
Murid : Cikgu,saya tidak tahu menggunakan kalkulator.
Guru : Oh yeke Amin. Baiklah ,insya-Allah Cikgu akan cuba bantu awak.
Dalam fikiran guru ini,mungkin lebih ramai lagi murid sepertinya. Walaupun sudah
berada di tingkatan empat, namun masih tidak mahir menggunakan kalkulator.
Akhirnya guru tadi menjadikan kisah benar ini sebagai inspirasi untuk mengadakan
bengkel kalkulator ini. Terima kasih Amin.
2.0 PENGENALAN
Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan murid yang mahir menggunakan
kalkulator dalam menjawab soalan Matematik. Antara tajuk Matematik yang
menggunakan penggunaan kalkulator saintifik ialah tajuk Nombor Nisbah, Faktor dan
Gandaan, Kuasa Dua dan Tiga ,Punca Kuasa Dua dan Tiga, Fungsi dan Persamaan
Kuadratik, Asas Nombor dan Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul.
3.0 ANJURAN
Program ini adalah anjuran Panitia Matematik SMK Jugra dengan kerjasama
Casio Malaysia Sdn Bhd dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat. Sekolah
yang terlibat antaranya SMK Jugra, SMK Sijangkang Jaya, SMK Teluk Panglima
Garang ( Daerah Kuala Langat) dan SMK Rahmat (Melaka).
4.0 OBJEKTIF
Melahirkan pelajar cemerlang dan aktif, bukan sahaja akademik tetapi ko-
i. akademik
ii. Mewujudkan hubungan baik antara murid dan guru dari sekolah yang terlibat.
iii. Mewujudkan semangat berkumpulan dan individu yang komited dalam
iv. mengendalikan sesuatu program walaupun dalam norma baharu.
Melatih guru dan murid menengah rendah dan menengah atas supaya mahir
v. menggunakan kalkulator terutama dalam tajuk Nombor Nisbah, Faktor dan
vi. Gandaan, Kuasa Dua dan Tiga ,Punca Kuasa Dua dan Tiga, Fungsi dan
vii. Persamaan Kuadratik, Asas Nombor dan Sukatan Serakan Data Tak
Terkumpul.
Meningkatkan tahap minat terhadap subjek Matematik melalui kemahiran yang
dikuasai.
Murid mendapat sijil pencapaian dari tempat pertama hingga kelima mengikut
kategori Tingkatan dengan menjawab soalan dalam pertandingan Kuiz Online.
Semua murid mendapat sijil penyertaan.
HARI PERTAMA
HARI KEDUA
Sekalung Penghargaan
Tuan Haji Azhar bin Ab Kadir, Pegawai Pendidikan Daerah,PPD Kuala Langat ,
Warga PPD Kuala Langat, Warga SMK Teluk Panglima Garang, SMK Sijangkang
Jaya, SMK Rahmat (Melaka)
&
AHLI JAWATANKUASA