The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK JUGRA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buletin Temasya, 2021-04-22 10:30:13

BULETIN EDISI RAMADAN 2021

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK JUGRA

Keywords: RAMADAN

BIL 3/2021

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam mahabbah buat semua warga Jugra,

Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan
limpah kurniaNya kita bersua kembali dalam bulan Ramadan Al-
mubarak.

Alhamdulillah, kini kita telah beberapa hari menunaikan ibadah
puasa dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Dapat kita lihat
apabila muncul sahaja bulan Ramadan, maka tercetuslah
fenomena keletihan dan kelesuan, muncul wajah-wajah yang
sugul dan muram dek kerana lapar dan dahaga, namun tuntutan
berpuasa tetap dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.Percayalah,
ganjaran Allah SWT amat besar pada hari akhirat kelak, hadirnya
Ramadan membawa seribu rahmat dalam kehidupan kita.

Anak-anak murid yang dikasihi fillah,

Dalam perjalanan menuntut ilmu, kejayaan tidak akan datang
bergolek, andai tidak disulami dengan usaha, doa dan
tawakal.Dalam mencari ilmu, setiap murid hendaklah
membetulkan niat, belajar secara berterusan, sabar dalam
menempuh kepayahan menuntut ilmu, menghormati guru dan
memuliakan guru.Sesiapa yang berusaha, pasti akan mendapat
kejayaan yang cemerlang, Insya Allah.

Manfaatkanlah kesempatan pada bulan ini untuk meraih rahmat

daripada Allah SWT.Semoga kita bertemu Allah SWT dalam

keadaan sebaik-baik persembahan, seindah personaliti dan

semulia peribadi. ~ 2021 ~

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADAN
1. Pelancaran Ihya’ Ramadan
2. Marilah mengaji ( Guru)
3. Jom mengaji ( Murid)
5. Kuiz Ihya’ Ramadan
6. Buletin Ramadan
7. Bacaan yasin dan tazkirah
8. Infak Ramadan
9. Khatam Al-Quran

INFO RAMADAN

TAKRIF PUASA:

Puasa dari segi bahasa menahan diri, manakala daripada istilah syarak pula ialah
menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari
terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.

RUKUN PUASA:

A. Niat puasa dalam hati
B. Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

- Makan dan minum
- Muntah dengan sengaja
- Haid atau nifas
- Mengeluarkan air mani dengan sengaja
- Pitam sepanjang hari
- Hilang akal
- Memasukkan sesuatu ke dalam anggota badan melalui rongga terbuka
- Bersetubuh
- Murtad

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA

- Tidur berlebihan pada siang hari
- Merasa makanan di lidah tanpa menelannya
- Berkumur atau memasukkan air ke hidung secara berlebihan
- Mandi wajib selepas fajar
- Berbekam
- Mandi secara berlebihan untuk menyegarkan badan
- Melewatkan berbuka
- Melakukan permulaan persetubuhan bagi suami Isteri

INFO RAMADAN

KEHARUSAN BERBUKA PUASA:

Golongan yang diharuskan berbuka puasa

1. Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan
2. Musafir yang diharuskan syarak
3. Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan dirinya.
4. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
5. Ibu mengandung atau menyusukan anak yang bimbangkan kesihatan diri atau

kandungannya
6. Orang yang melakukan pekerjaan berat sehingga boleh memudaratkan dirinya jika

meneruskan puasa.

Golongan yang wajib qada’ , wajib fidyah, wajib qada’ dan fidyah, wajib
qada’ dan kifarah puasa.

Wajib qada’
- Musafir yang diharuskan syarak
- Sakit yang memudharatkan jika berpuasa
- Perempuan haid, wiladah dan nifas
- Ibu mengandung atau menyusukan anak kerana bimbangkan kesihatan dirinya
Wajib fidyah
- Sakit tenat yang tiada harapan sembuh
- Orang tua yang tidak berdaya berpuasa
- Orang yang mati sebelum sempat qadha puasa, jika tidak diqadha oleh waris
Wajib qada’ dan fidyah
- Ibu yang mengandung atau menyusukan anak kerana bimbangkan kesihatan

anaknya
- Lewat mengqada’ puasa hingga tiba Ramadan berikutnya

Wajib qada’ dan kifarah puasa
- Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari di bulan

Ramadan

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN

- Bulan diturunkan Al-Quran
- Bulan untuk berpuasa
- Terdapat lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan
- Bulan pengampunan

Sumber: Buku teks Pendidikan Islam Ting. 2


Click to View FlipBook Version