Buku Skrap Digital
Tokoh Pemimpin Johor
TEMENGGONG ABU BAKAR
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD AQIF FAHIM BIN MOHAMAD AZIM
SJKC JEMENTAH 2, SEGAMAT, JOHOR
KELAS 4B
Alamat E-mail:
[email protected]
Nama & Alamat Sekolah:
SJKC JEMENTAH 2
Jalan Padang
Kampung Baru
85200 Jementah
Segamat, Johor
i
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
didedikasikan kepada Pentadbir Sekolah iaitu Cikgu
Chan Wan Cheong dan juga guru pembimbing saya
iaitu Cikgu Ng Ling Tze kerana sentiasa
memberikan tunjuk ajar, panduan dan nasihat
sepanjang proses penyiapan buku skrap digital ini
bagi memastikan buku skrap ini dapat disiapkan
dengan menepati kriteria pertandingan yang telah
ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya iaitu Encik Mohamad Azim bin Mohd. Najib dan Puan Maria Fida
binti Ismail yang sama-sama membantu saya untuk menyiapkan tugasan
ini terutamanya mengajar saya cara-cara menggunakan aplikasi
komputer dan melayari maklumat di Internet. Terima kasih daddy dan
mommy yang sentiasa memberikan sokongan moral dan kata-kata
motivasi kepada saya.
Akhir kata, jutaan terima ksih kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan buku skrap digital ini dengan jayanya.
ii
Isi Kandungan
PERKARA MUKA SURAT
Maklumat Peserta i
Penghargaan ii
Isi Kandungan iii
Pendahuluan 1
Biodata Tokoh 2
Pendidikan Tokoh 4
Kerjaya Tokoh 5–9
Sumbangan Tokoh 13 – 16
Nilai Kepimpinan Tokoh yang Boleh
18
Dicontohi oleh Generasi Sekarang 19
Penutup dan Kesimpulan 20
Sumber Rujukan 3, 10, 11, 12, 17
Galeri Foto
iii
PENDAHULUAN
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Temenggong Seri Maharaja
Tun Daeng Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895) merupakan lagenda Bangsa Johor.
Apabila berbicara mengenai Sultan Abu Bakar, pasti imej pertama yang terpapar ialah
permodenan yang dibawa oleh Baginda kepada Negeri Johor sehingga menjadikan negeri
tersebut disegani oleh negeri-negeri Melayu lain pada abad ke-19.
Kebijaksanaan Baginda dalam merangka dan memacu permodenan Negeri Johor telah
melayakkan Baginda mendapat pengiktirafan sebagai “Bapa Permodenan Johor”. Sultan
Abu Bakar berjaya membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan
Johor sehingga British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor. Namun, kejayaan dan
jasa terbesar Baginda sebagai pemerintah Negeri Johor ialah keupayaan Baginda
mempertahankan kemerdekaan negeri tersebut daripada dirobek oleh pihak Inggeris pada
waktu itu.
Kesimpulannya, sejarah tanah air mencatatkan bahawa melalui usaha-usaha permodenan
yang diinspirasikan dan dijalankan oleh Baginda telah berjaya mengubah status Negeri
Johor sebagai sebuah negeri yang lebih moden, stabil dan disegani berbanding negeri
Melayu Pantai Barat seperti Selangor dan Perak. Tidak dinafikan bahawa Sultan Abu Bakar
adalah pelopor kepada permodenan Johor dan merupakan seorang tokoh pemimpin yang
bijaksana, berani, berkarisma dan berpandangan jauh.
1
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Ibni Al-Marhum Tun Temenggong
Seri Maharaja Tun Ibrahim
(3 Februari 1833 - 4 Jun 1895)
KEPUTERAAN 3 Februari 1833
KEMANGKATAN Teluk Blangah, Negeri-Negeri Selat, Singapura
AYAHANDA 4 Jun 1895 (pada usia 62 tahun)
BONDA Bailey’s Hotel, South Kensington,
PASANGAN London, United Kingdom
ANAKANDA Raja Temenggong Tun Daeng Ibrahim
PEMERINTAHAN Cik’ Ngah
PENDAHULU
PENGGANTI Wan Chik binti Muhammad Tahir
RAJA MUDA Zubaidah binti Abdullah
DIMAKAMKAN Fatimah binti Abdullah
Khadijah Khanum
Tunku Ibrahim Iskandar (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Mariam
Tunku Putri
Tunku Azizah
Tunku Fatimah
13 Februari 1886 – 4 Jun 1895
Sultan Ali Iskandar Shah
Sultan Ibrahim (Muhammad II Muazzam Shah
Tunku Ibrahim Iskandar
7 September 1895 2
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru
Sultanah Fatimah
Suri Ketiga Sultan Abu Bakar
Tunku Azizah
Puteri Keempat Sultan Abu Bakar
Tunku Besar Putri
Puteri Ketiga Sultan Abu Bakar
GALERI FOTO 3
Temenggong Abu Bakar
Semenjak dari kecil lagi Baginda telah
diasuh oleh ayahandanya dengan
pelbagai aspek pembelajaran yang
membentuk keperibadian Baginda
sebagai pemimpin yang bijaksana dan
berwawasan moden. Pada usia muda,
PENDIDIKAN Baginda diajar oleh guru tempatan
mengenai ajaran Islam dan adat istiadat
TEMENGGONG ABU BAKAR Melayu sebelum dihantar ke Sekolah
Temenggong Abu Bakar menghabiskan Melayu Teluk Blangah yang
masa kecilnya di kampung ayahanda dikendalikan oleh Pendeta Benjamin
Baginda di Teluk Blangah, Singapura. Peach Keasberry. Di bawah bimbingan
guru mubaligh telah membentuk
keperibadian Baginda sebagai lelaki
budiman Inggeris serta sangat fasih
bertutur dalam Bahasa Inggeris selain
bahasa ibundanya, Bahasa Melayu.
4
KERJAYAGARIS MASA
TEMENGGONG ABU BAKAR
Kesultanan Johor moden bermula dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895),
diikuti dengan Sultan Ibrahim (1895-1959), Sultan Ismail (1959-1981), Sultan Iskandar
(1981-2010) sehinggalah kini, iaitu Sultan Ibrahim. Temenggong Abu Bakar merupakan
putera sulung kepada Temenggong Daeng Ibrahim di mana moyang Baginda ialah Sultan
Abdul Jalil Shah IV, Sultan Johor yang pertama daripada keturunan Bendahara.
Temenggong Abu Bakar telah diputerakan pada 14 Ramadhan 1248H bersamaan dengan 3
Februari 1833M di Istana Temenggong, Teluk Blangah, Singapura.
Pada tahun 1855, Temenggong Daeng Ibrahim telah membuka Bandar Iskandar Puteri, di
Tanjung Puteri setelah memperoleh ketuanan Johor daripada Sultan Johor pada ketika itu
iaitu Sultan Ali Iskandar Shah . Bermula dari tarikh itu, zahirlah Kesultanan Johor moden
di bawah pemerintahan keturunan Temenggong yang diasaskan oleh Temenggong Daeng
Ibrahim dan seterusnya diperkasa serta diperkukuhkan oleh anakandanya, Temenggong
Abu Bakar.
5
Temenggong Abu Bakar telah mengambil alih tugas mentadbir Kerajaan Johor daripada
ayahanda Baginda dari tahun 1862 hingga tahun 1895 iaitu pada usia Baginda lebih kurang
28 tahun. Pada 31 Januari 1862, Baginda mengambil alih jawatan Temenggong Johor
selepas 3 hari kemangkatan ayahanda Baginda, Temenggong Daeng Ibrahim, Baginda telah
dilantik menjadi Temenggong Johor pada tahun 1862 dan menaiki takhta Kerajaan Johor
dengan diberikan gelaran Datuk Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja Johor.
Namun, Baginda menyifatkan gelaran Temenggong yang digunakan itu tidak berpengaruh
terutamanya di negara atas angin dan kerana itulah, Baginda telah membuat tuntutan untuk
menukar gelaran tersebut kepada gelaran Maharaja. Tuntutan Baginda itu disokong oleh
Raja Ali Haji di Riau. Berikutan sokongan daripada sejarawan Bugis itu, Sultan Lingga
telah memberi perkenan kepada Temenggong Abu Bakar untuk menggunakan gelaran
Maharaja. Gabenor Negeri-Negeri Selat turut memberi sokongan kepada Temenggong Abu
Bakar dalam tuntutan Baginda untuk menukar gelaran kepada Maharaja. Baginda
kemudiannya dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor. Pada 30 Jun 1868,
gelaran tersebut telah dipendekkan dan Temenggong Abu Bakar dimasyhurkan dengan
gelaran Maharaja Johor. Gelaran Maharaja telah digunakan oleh Baginda selama 17 tahun
daripada tahun 1868 sehingga tahun 1885.
.
6
Kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877 menandakan tamatnya pemerintahan keturunan
Bendahara di Johor. Selepas mangkatnya Sultan Ali, Maharaja Abu Bakar telah menguasai
seluruh wilayah Johor kecuali Jajahan Muar/Kesang. Perebutan takhta antara dua putera
Sultan Ali menyebabkan pembesar-pembesar Muar/Kesang mengambil keputusan untuk
menyerahkan wilayah tersebut di bawah pentadbiran Maharaja Abu Bakar. Putera sulung
Sultan Ali iaitu Tengku Alam membantah keputusan tersebut dan ini telah mencetuskan
Perang Jementah antara pasukan tentera Tengku Alam dan Maharaja Abu Bakar yang ingin
merampas semula Muar. Tengku Alam telah tewas dalam peperangan ini.
Kemangkatan Sultan Ali telah membuka ruang kepada Maharaja Abu Bakar untuk diiktiraf
sebagai Sultan Johor. Pada 11 Disember 1885, Kerajaan Johor telah memeterai satu
perjanjian dengan pihak British. Melalui perjanjian ini, Kerajaan British telah mengiktiraf
Kerajaan Johor sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Justeru, semasa lawatan
Baginda ke London inilah, Ratu Victoria telah mengurniakan pengiktirafan rasmi menukar
status Baginda kepada Sultan Johor. Pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Johor telah
dibuat pada 13 Februari 1886. Mulai 1 Julai 1886, Baginda memakai gelaran Sultan
dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah.
7
Pada 1 Januari 1866, selepas Istana Besar Johor siap dibina, Sultan Abu Bakar telah
memindahkan ibu negeri Johor daripada Singapura ke Tanjung Puteri. Nama Tanjung
Puteri atau juga dikenali sebagai Iskandar Puteri telah ditukarkan kepada Johor Bahru dan
dijadikan sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Johor. Istana Besar Johor bukan sahaja
berperanan sebagai istana kediaman rasmi DiRaja tetapi juga merupakan pusat pentadbiran
kerajaan negeri. Istana Besar merupakan istana yang paling megah Tanah Melayu pada
masa pembinaannya bahkan istana tersebut dilihat lebih gah berbanding kediaman rasmi
Gabenor Negeri-Negeri Selat sekaligus menonjolkan lambang kekuasaan politik Johor.
Sultan Abu Bakar yang merupakan Sultan Johor era moden pertama ialah seorang tokoh
pemimpin dan pemerintah Johor yang amat bijaksana, berwawasan dan progresif. Baginda
telah memajukan dan mengukuhkan Kerajaan Johor di bawah keturunan Temenggong
dengan mengintegrasikan idea pentadbiran tempatan dengan sistem pentadbiran koloni
(birokrasi Barat). Menurut Sir Harry Ord, Gabenor Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870-
an, Sultan Abu Bakar merupakan satu-satunya Raja Melayu yang memerintah mengikut
negara bertamadun. Reformasi pemerintahan yang dilaksanakan oleh Baginda menjadikan
pentadbiran Kerajaan Johor lebih tersusun dan cekap. Ini diakui sendiri oleh pihak British.
8
Selain itu, hubungan diplomatik dengan negara-negara berkuasa besar seperti Riau-Lingga,
Britain, Itali, Jepun dan Empayar Turki Uthmaniyyah telah mengukuhkan lagi kuasa
Baginda. Selain taktik diplomatik, penggubalan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor yang
dicadangkan sendiri oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895 telah menjadi asas kepada
sistem pentadbiran Kerajaan Johor. Kewujudannya bukan sahaja dapat menghindarkan
campur tangan pihak Britain dalam urusan dalaman kerajaan sekaligus mengekalkan
kedaulatan Negeri Johor. Malah, kewujudan undang-undang bertulis ini juga berjaya
mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat Johor yang berbilang bangsa.
Sultan Abu Bakar merupakan pelopor birokrasi moden yang telah berjaya meningkatkan
status Johor menjadi sebuah negeri yang moden, maju dan stabil berbanding negeri-negeri
Melayu lain. Menurut Rupert Emerson, kepesatan, kestabilan dan kemerdekaan Kerajaan
Johor pada dasarnya adalah hasil kebijaksanaan dan kematangan Sultan Abu Bakar yang
telah membawa banyak perubahan dalam aspek pentadbiran dan pembangunan. Justeru,
sudah sewajamya baginda diiktiraf “Bapa Pemodenan Johor”. Sultan Abu Bakar mangkat
pada 4 Jun 1895 di Bailey’s Hotel, London akibat gering. Baginda dikurniakan pemakaman
negara dan dimakamkan di Makam Mahmoodiah pada 7 September 1895.
9
Kesultanan Johor mempunyai sejarah pemerintahan yang panjang yang berubah
dari satu wangsa keturunan ke satu wangsa keturunan. Kini, tampuk takhta Johor
dipegang oleh wangsa keturunan Temenggong yang turut dikenali sebagai
Kesultanan Johor Moden
GALERI FOTO 10
Temenggong Abu Bakar
Balai Rong Seri Istana Temenggong (Istana Lama) Teluk Blangah, Singapura tempat
di mana Temenggong Abu Bakar diputerakan pada tahun 1833
Istana Tyersall yang dibina di atas hartanah seluas 67 ekar ini merupakan kediaman
persemayaman rasmi Sultan Abu Bakar di Singapura. Istana bersenibina Corinthian
dengan 420 pintu ini dibina mengikut citarasa Sultanah Fatimah, suri ketiga Baginda
GALERI FOTO 11
Temenggong Abu Bakar
Istana Besar Johor yang diinspirasikan daripada seni bina Anglo-Malay ini ialah
istana kediaman rasmi Sultan Abu Bakar dan siap dibina pada tahun 1866
Istana Besar Johor ini diberikan pengubahsuaian setiap kali Sultan Johor
yang baharu menaiki takhta
GALERI FOTO 12
Temenggong Abu Bakar
SUMBANGAN
TEMENGGONG ABU BAKAR
Sepanjang era pemerintahan Sultan Abu Bakar selama 33 tahun, pelbagai usaha
pemodenan khususnya dalam struktur ekonomi, pendidikan, sosial dan politik
telah terlaksana dengan begitu progresif. Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor
terus dimajukan, dan Dato’ Jaafar Muhammad telah dilantik sebagai Menteri
Besar Johor yang pertama. Di antara sumbangan Sultan Abu Bakar sebagai
pelopor birokrasi moden di Negeri Johor ialah:
PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR
• Merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi
mengendalikan urusan-urusan perkhidmatan awam seperti Pelantikan,
Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf
Berpencen, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Rayuan Tindakan Tatatertib.
• Bertanggungjawab untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti
perkhidmatan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
13
PELAKSANAAN REFORMASI PEMERINTAHAN
• Sultan Abu Bakar telah meneruskan reformasi pemerintahan daripada
pentadbiran ayahanda Baginda dengan melantik komisioner (pegawai daerah),
residen (penghulu) serta wakil untuk pulau-pulau di Selat Melaka dan Laut
China Selatan bagi memastikan setiap wilayah atau kawasan dapat ditadbir
dengan lebih tersusun dan cekap.
• Pentadbiran di peringkat negeri dijalankan mengikut arahan Baginda dan
Majlis Mesyuarat Negeri. Baginda menolak untuk menerima nasihat Gabenor
Inggeris di Singapura dan sepanjang pemerintahan Baginda, Negeri Johor
tidak pernah menerima wakil British sebagai penasihat.
PEMBINAAN JABATAN-JABATAN KERAJAAN
• Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perbendaharaan, Jabatan
Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Laut, Jabatan Pelajaran, Jabatan
Penjara, Polis dan Tentera serta Johor Arsenal (Askar Timbalan Setia Johor).
• Polis dan tentera – menjaga keamanan rakyat dan kerajaan.
• Tanah dan Ukur – membangunkan tanah-tanah bagi tujuan ekonomi.
14
PENUBUHAN JABATAN PELAJARAN
• 1848 – Baginda telah menitahkan pembukaan sekolah-sekolah di Negeri Johor.
• 1914 – English College yang pertama telah dibuka di Istana Jalan Sungai Chat.
• 1960 – Nama English College telah ditukarkan secara rasmi kepada Maktab
Sultan Abu Bakar.
• 1883 – Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan untuk memajukan pelajaran anak-
anak Melayu Johor.
PELAKSANAAN SISTEM KANGCU (TUAN SUNGAI)
• Kemajuan dan penyusunan semula peladangan lada hitam dan gambir telah
menarik lebih ramai peladang Cina untuk datang ke Negeri Johor.
• Para peladang diberikan “Surat Sungai” (surat kebenaran) untuk menetap dan
mengusahakan peladangan di tebing sungai (Kangkar). Setiap Kangkar
diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.
• Hasil kutipan cukai daripada hasil tanaman merupakan sumber pendapatan
kerajaan dapat memperkukuhkan lagi kestabilan ekonomi Negeri Johor.
• Menggalakkan pengeksportan lada hitam dan gambir terbesar dunia.
15
PEMBINAAN PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM DAN SOSIAL
• Pembinaan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk kegunaan rakyat seperti
jalan raya, sekolah, balai polis, masjid, mahkamah, hospital dan istana besar
untuk memberi kemudahan dan kebaikan kepada rakyat jelata serta menjaga
menjamin kebajikan dan keselesaan mereka.
PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR
• 14 April 1895 – Pemasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor di
mana undang-undang ini merupakan perlembagaan asas dalam mentadbir dan
melindungi kedaulatan Negeri Johor.
• Kewujudannya merupakan perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu
dan sekaligus menjadikan Johor negeri terawal yang memperkenalkan
perlembagaan moden serta negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem
raja berpelembagaan.
• Perlembagaan ini digunapakai sebagai panduan dalam pembentukan
perlembagaan negeri-negeri Melayu lain dan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
16
Nama English College (EC) Johor telah ditukar secara rasmi kepada Maktab Sultan
Abu Bakar (MSAB)pada tahun 1960
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Bahru ini mengambil sempena nama
Almarhum Sultan Abu Bakar yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam
tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000. Masjid ini dibuka rasmi oleh
Sultan Ibrahim pada tahun 1900
GALERI FOTO 17
Temenggong Abu Bakar
NILAI PROGRESIF BERILMU
KEPIMPINAN DAN PENGETAHUAN
TOKOH INOVATIF DAN
YANG BOLEH BERPANDANGAN
DICONTOHI
LUAS
BERWAWASAN BERKARISMA BIJAKSANA
DAN DAN DAN
BERANI BERKEYAKINAN MATANG
MENGAMBIL TINGGI
RISIKO
PRIHATIN BERDEDIKASI ADIL
DAN DAN DALAM
TINDAKAN
KESEPAKATAN BERTANGGUNGJAWAB
18
PENUTUP
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Temenggong Seri Maharaja
Tun Daeng Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke-21 adalah merupakan
Sultan Johor moden pertama ditabalkan daripada keturunan Temenggong. Era pemerintahan
Sultan Abu Bakar di Negeri Johor berlangsung selama 33 tahun (3 Februari 1833 – 4 Jun
1895). Baginda menaiki takhta kerajaan selepas kemangkatan ayahanda Baginda.
Sultan Abu Bakar telah meninggalkan legasi yang amat mengagumkan di sepanjang era
perintahan Baginda di antaranya penggubalan perlembagaan bertulis pertama di Tanah
Melayu (Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor), pelaksanaan reformasi pemerintahan
dengan mengambil langkah drastik menolak campur tangan pihak luar selaku penasihat
dalam pentadbiran, pertumbuhan ekonomi yang berkembang pesat dan kemuncaknya ialah
pemeliharaan kemerdekaan dan kedaulatan Kerajaan Johor daripada diceroboh oleh pihak
luar. Maka tidak hairanlah pentadbiran kerajaan yang bijaksana, cekap dan tersusun di era
pemerintahan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pihak British.
Akhir kata, kewibawaan dan kemasyhuran Sultan Abu Bakar sebagai tokoh pemimpin dan
pemerintah Johor tidak boleh disangkal lagi. Baginda telah dikurniakan pelbagai pingat
kehormatan dan darjah kebesaran daripada negara-negara bersekutu seperti Britain dan Itali
sebagai pengiktirafan kepada hubungan diplomatik dan kekuasaan Baginda. Baginda telah
dimartabatkan sebagai “Bapa Pemodenan Johor” atas usaha Baginda dalam merangka dan
memacu pemodenan di Negeri Johor. Baginda mangkat pada 4 Jun 1895 pada usia 62 tahun.
19
SUMBER RUJUKAN
https://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_of_Johor
https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Besar
https://en.wikipedia.org/wiki/Istana_Lama
https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-
kesultanan-johor/?lang=en
https://www.britannica.com/biography/Abu-Bakar
https://www.thepatriots.asia/maharaja-abu-bakar-bapa-
permodenan
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/44028/
kesultanan-johor-pencetus-amalan-birokrasi-moden
20
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD AQIF FAHIM BIN MOHAMAD AZIM
SJKC JEMENTAH 2, SEGAMAT, JOHOR