The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PELAJAR PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arnissofia13, 2022-06-07 11:20:33

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PELAJAR PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA

Keywords: KERUNTUHAN AKHLAK

GEJALA KERUNTUHAN
AKHLAK

MASALAH PERGAULAN BEBAS
ANTARA PELAJAR

LELAKI DAN PELAJAR
PEREMPUAN DI

POLITEKNIK MALAYSIA





NAMA AHLI KUMPULAN :

NURUL ALIYA BINTI MOHD HAFZAN 14DPM21F1018
ANIS SOFIA BINTI MUS GHADAFI 14DPM21F1029
SUHAILAH BINTI ZALANI 14DPM21F1031
14DPM21F1053
NUR ANI ATIQAH BINTI SAMSUNNAHAR 14DPM21F1059
LINA NADHIRAH BINTI ABDULLAH

NAMA PENSYARAH : PUAN SITI NOOR BINTI HUSSAIN
KOD KURSUS : MPU23012

ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
3. FAKTOR-FAKROR BERLAKUNYA

PERGAULAN BEBAS


4. KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS

5. CARA
MENGATASI PERGAULAN BEBAS
6. ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
7. BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI

DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN

8. KESIMPULAN
9. RUJUKAN
10 LAMPIRAN
11 PEMBAHAGIAN TUGASAN

PENGHARGAAN



Assalamualaikum bersyukur ke atas kudrat
ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
juga kami menyiapkan folio ini . Folio yang

kami usaha selama 2 minggu ini bertajuk
masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan di politeknik Malaysia
. Ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan

kerana bersama-sama menyiapkan folio ini
tanpa ada sebarang masalah dalam segi
peragihan tugasan dan dalam mencari

maklumat bagi tajuk folio kita ini . Kami juga
bersyukur dan ingin mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Siti
Noor binti Hussain kerana bersama-sama

membimbing kami dalam menyiapkan folio
ini . Seterusnya, kami juga ingin mengambil
peluang ini berterima kasih kepada ibu bapa

kami kerana sentiasa menyokong dan
menyumbangkan sedikit idea kepada kami

dalam menyiapkan tugasan folio ini .

1

PENGENALAN



Definisi gejala keruntuhan akhlak manusia semakin hari
semakin rakus mengejar arus pemodenan dan kemajuan
duniawi. Dalam masa itu, kita hamper terlupa pembangunan
rohaniah yang seharusnya seiring dengan kemajuan duniawi.
Maka, tidak hairanlah, ramai umat islam kini yang hanyut
dengan arus pemodenan itu. Malah, kebanyakan masalah

sosial kini diterajui oleh sebilangan besar umat islam .



Gejala keruntuhan akhlak merupakan satu isu yang
sangat meruncing sekarang . Pelbagai kejadian yang amat
merungsingkan berlaku di hadapan mata kita, mahupun yang
didedahkan di dalam akhbar. Ia bukan sahaja berlaku dalam
kalangan generasi muda dan remaja, malah turut terpalit
dalam golongan dewasa. Keruntuhan akhlak semakin hari
kelihatan semakin membesar dan serius. Kita akan
membincangkan isu sosial dengan menekankan punca-punca
yang membawa kepada wujudnya masalah ini dan langkah-
langkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak bagi
mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah ini.

Seterusnya, difinisi pergaulan bebas berasal dari kata
“pergaulan” dan “bebas”. Mengutip dari kamus besar Bahasa

Indonesia (KBBI), kata pergaulan bermaksud menjalin
perkembangan dalam kehidupan bermasyarakat . Sedangkan

kata bebas bermaksud lepas atau tidak terikat. Maka dapat
disimpulkan jika pergaulan bebas adalah jalinan pertemanan
dalam kehidupan bermasyarakat yang bersifat lepas atau tidak

terikat. Pergaulan bebas merupakan perilaku menyimpang
yang melewati batas norma atau peraturan yang ada didalam

surah An-nur ayat 30-31 yang bermaksud “hendaknya kita
menjaga pandangan mata dalam bergaul” memberi makna

batas dalam pergaulan bebas.

2

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA

PERGAULAN BEBAS




Pada zaman globalisasi kini, masalah pergaulan bebas sering diperkatakan
oleh sesetengah masyarakat. Pergaulan bebas ini berpunca daripada anak remaja
yang inginkan perhatian daripada orang disekelilingnya. Kes berkaitan pergaulan

bebas ini semakin tinggi terutamanya di institusi pengajian kerana pergerakan
mereka tidak diawasi oleh ibu bapa mereka dan ini menyebabkan terpapar
dihadapan muka akhbar untuk dijadikan paparan umum pada masyarakat.

Namun begitu, sesetengah para remaja tidak mengambil peduli tentang masalah
tersebut malah mereka menjadikan pergaulan bebas ini sekadar perkara yang
tidak penting.


Antara faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas disebabkan kurang
perhatian daripada ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya ini berpunca daripada
kurang perhatian daripada ibu bapa. Apabila anak-anak sudah mula belajar

menjauh daripada keluarga , maka keluarga menganggap anak mereka mampu
menguruskan diri dan mampu menjaga keselamatan sendiri. Oleh itu, perhatian

ibu bapa terhadap anak-anak semakin pudar dan mendorong anak-anak
politeknik untuk mengikuti gerak-geri kawan kawan mereka. Terutamanya, bagi

pelajar perempuan mereka lebih selesa bergaul dengan pleajar lelaki kerana
menganggap pelajar lelaki mampu untuk menjaga mereka dan merasakan pelajar
lelaki lebih memahami situasi mereka berbanding pelajar perempuan. Disebabkan
hal ini, terjadinya pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan di

politeknik . Faktor ini sering terjadi dan menjadi punca utama pergaulan beabas.



Seterusnya, pergaulan bebas ini juga berlaku kerana kurangnya didikan
agama dalam diri pelajar. Didikan agama ini amat penting dalam diri pelajar
kerana dengan adanya agama dalam diri pelajar ia dapat menjauhkan pelajar
daripada melakukan maksiat kerana agama telah mengajar kita untuk bersikap
baik dan telah menanamkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang . Jika ibu bapa
tidak mengambil berat untuk mengajar ilmu agama kepada anak-anak mereka
dan hanya menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama maka anak-anak
mereka tetap juga mengamalkan pergaulan bebas tetapi tidak seteruk pergaulan
bebas tanpa didikan agama keran perhatian ibu bapa kepada anak anak adalah
punca utama kepada anak-anak untuk mengajar diri lebih awal. Bak kata pepatah

“melontar buluh biarlah dari rebungnya”.



3

KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan

mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas
dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan
pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak

terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh
ketinggalan di belakang.



1. Kes pembuangan bayi - pelajar yang terpengaruh dengan pergaulan
bebas ini akan menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi kerana
mereka tidak dapat mengawal nafsu mereka dan pelajar perempuan terlalu

mempercayai pelajar lelaki mampu untuk menjaga mereka. Hal ini
menyebabkan mereka melakukan hubungan intim dan menyebabkan
perempuan mengandung. Demi menjaga maruah diri mereka, mereka
membuat keputusan untuk membuang bayi tersebut dan menyebakan kes

pembuangan bayi meningkat.



2. Keruntuhan akhlak - Keruntuhan akhlak ini berlaku disebabkan oleh
pelajar lelaki dan perempuan terlalu bebas. Hal ini menyebabkan golongan

remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka. Mereka sudah berani
melawan kata ibu bapa terutamanya apabila ditegur. Mereka akan

memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak
dituruti. Dalam hal yang sama, ubun-ubun remaja yang masih lembik

menyebabkan mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika
melakukan sesuatu.



3. Kemerosotan dalam pelajaran - Akibat daripada pergaulan bebas ini
pelajar mula tidak fokus pada pelajaran malah sering memikirkan masalah
pasangan. Mereka juga akan merasakan terbeban apabila belajar. Mereka
mula lebih minat untuk mengetahui hal pasangan berbanding hal belajar.

Oleh itu, keputusan merekan akan menjadi merosot.



4

CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS



1) Pendekatan kaunseling dalam menangani masalah pergaulan
bebas di Politeknik -Kaunseling ini adalah bertujuan untuk

membantu pelajar menceritakan kes-kes yang membolehkan
pelajar sendiri memberi pendapat mereka tentang hubungan antara

lelaki dan perempuan di Politeknik serta berkongsi pengalaman
peribadi tentang isu-isu hubungan yang melalaikan ini. Tugas

kaunseling juga berupaya membincangkan tentang keburukan dan
kebaikan pelajar dalam menjalinkan hubungan di Politeknik. Selain
itu, pihak kaunseling juga mesti mengelakkan daripada menghakimi
tindakan atau perasaan pelajar sekiranya mereka ingin meluahkan

apa yang mereka rasa dan membuakan mereka terjebak dengan
pergaulan bebas ini.



2) Memilih rakan yang tidak mudah terpengaruh - Seperti yang
kita sedia maklum, sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk
berkawan, sudah tentulah pelajar akan mudah didampingi oleh

ramai rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia sama ada tua
mahupun muda. Sangat penting bagi seorang pelajar untuk

mendampingi rakan- rakan yang baik serta yang mendatangkan
faedah untuk menjadikan diri sendiri lebih baik. Rakan yang baik
akan mengajak kita untuk belajar bersungguh- sungguh supaya
berjaya bersama- sama dalam pelajaran, mendengar nasihat ibu
bapa serta menjadikan warga pendidik sebagai idola untuk maju

dalam kehidupan.



5

CARA MENGATASI PERGAULAN BEBAS



3) Mengelakkan daripada berpasangan- Seperti yang kita
tahu, pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi

dan seksual adalah seiring dan secara tidak langsung
menyebabkan wujud perasaan diantara pelajar untuk
berpasangan. Namun begitu, wajar difahami oleh pelajar
bahawa pada usia ini tumpuan kepada pelajaran amat
diperlukan bagi memastikan peluang yabg lebih baik di masa
hadapan serta mempunyai peluang pekerjaan yang cerah untuk
diri sendiri. Sebagai individu yang masih muda, pelajar tidak
mampu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai
perkara dalam satu-satu masa. Contohnya, mempunyai teman
wanita atau teman lelaki yang akan menyebabkan pemikiran
remaja banyak tertumpu kepada hubungan tersebut serta
memerlukan pelajar tersebut untuk menjaga hati dan perasaan
pasangan itu sendiri, sekaligus mengurangkan tumpuan kepada
pelajaran. Disamping itu, dibimbangi juga hubungan tersebut
sampai keperingkat yang melampaui batas pergaulan seperti
hubungan seks luar nikah sehingga mendapati pasangan

wanita mengandung.




6

ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM



Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab yang harus ditekankan.
Antaranya ialah :



1. Menundukkan pandangan
Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya.
Sebagaimana Allah telah berfirman : Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan
kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada
wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan

memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)



2. Menutup Aurat
Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur:
31) Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis Dari Abu Daud
Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat

aurat wanita.



3.Tidak berdua-duaan di antara Lelaki dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali
bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin
Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari
kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi

ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)

7

ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM



4.Tidak melunakkan percakapan
Seorang wanita dilarang melunakkan percakapannya ketika bercakap
selain daripada suami. Allah SWT telah berfirman; Hai isteri-isteri Nabi,
kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa.

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang
menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataanperkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)



5.Tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk
dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum
wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam

Mujam Kabir.

8

Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan
Perempuan Yang Dibolehkan



Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan
antara lelaki dan perempuan adalah dilarang. Namun demikian dalam
keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut berubah menjadi harus.
Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan),

maslahat syar'ie dan kebiasaan adat setempat.



1. Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Darurat
Dalam syarah Sahih Muslim, aI-Imam al-Nawawi menyatakan tidak ada
perbezaan hukum berkhalwat antara perempuan dan lelaki ajnabi di
dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh,
situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan

yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini
membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk
membantu dan melindunginya daripada bahaya. Penjelasan al-Nawawi

menyakinkan bahawa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang
dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan

atau menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah
diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini
adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal, iaitu haram.

9

Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan
Perempuan Yang Dibolehkan



2. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi
Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam
kes-kes yang ditentukan oleh syarak di mana perempuan dibolehkan
menjadi saksi. Seperti, kes-kes harta dan berkaitan.




3. Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa bekerja
Semasa melaksankan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di

antara lelaki dan wanita. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua-
dua pihak menjaga batas- batas syarak seperti berpakaian menutup
aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak

mengandungi unsur- unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah ‘ Umar
al- Khattab pernah melantik al- Syafi, seorang wanita sebagai pegawai
penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku
penyelewengan. Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai
terbabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan
wanita. Perlantikan wanita bekerja sebagai penguatkuasa menunjukkan
pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak
dibolehkan pasti Khalifah ‘ Umar tidak melantik wanita bekerja sebagai
penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya
pergaulan.

10

Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan
Perempuan Yang Dibolehkan



4. Pergaulan mengikut kebiasaan adat dalam majlis
Pergaulan di antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri
kerana sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas- batas syarak

seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan
pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-

batas syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan
wanita tidak dibolehkan. Walaubagaimanapun, pengasingan tempat
antara lelaki dan wanita semasa makan dan lainnya dalam majlis- majlis
ini adalah lebih baik. Perkara ini didasarkan kepada kaedah “ Sadd al-

Zari’ ah” (menutup pintu- pintu fitnah)





5. Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa belajar
Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar dibolehkan dengan

syarat mereka belajar dalam kumpulan di mana perkara ini dapat
mencegah daripada berlakunya fitnah dan khalwat .

11

KESIMPULAN



Secara keseluruhannya, pergaulan bebas di Politeknik ini
sebenarnya daripada kemahuan pelajar itu sendiri serta

tiada paksaan daripada sesiapa. Namun begitu, ada
segelintir pelajar yang mengakui mereka juga turut
terpengaruh dengan penampilan akhlak hasil daripada
bahan rancangan media massa dalam negara. Justeru itu,
bahan tersebut mungkin boleh merosakkan akhlak, masa
pelajar dengan keluarga serta rakan- rakan dan juga boleh
menimbulkan perbalahan antara mereka sekiranya tidak
dibendung dengan berkesan. Di samping itu, pelajar juga
menunjukkan minat terhadap bahan- bahan media massa
yang berbentuk hiburan, seram dan lucah boleh memberi
kesan negatif kepada penampilan akhlak sebagai pelajar.

Walaupun hanya segelintir sahaja pelajar yang
terpengaruh dengan bahan rancangan media massa yang

negatif namun keadaan ini mungkin boleh menjadikan
pelajar kurang sedar tentang matlamat sebenar mereka

berada di Politeknik. Oleh itu, mereka perlu
menyeimbangkan penggunaan teknologi dan bahan
media yang boleh merosakkan mereka supaya tidak
menjurus ke arah keburukan yang boleh menjejaskan
identiti mereka sebagai pelajar Politeknik Malaysia dan
juga bakal menerajui negara pada masa akan datang.




12

RUJUKAN

https://hot.liputan6.com/read/4663920/pengertian
-pergaulan-bebas-penyebab-dampak-dan-cara-
mencegahnya


https://www.popmama.com/big-kid/10-12-years-
old/verina-intan-l/ciri-ciri-pergaulan-bebas-
remaja-penyebab-dan-cara-mencegahnya


http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.co
m/2014/04/kesan-kesan-pergaulan-bebas.html


https://www.haraki.my/cabaran-menangani-
masalah-pergaulan-bebas-remaja-kini/


PengajianislamMpu23012-
UnitPendidikanIslamDanMoral-
JabatanPengajianAm-PoliteknikMerlimau


http://lamanislamik.blogspot.com/2016/10/batas-
pergaulan.html?m=1


https://nenasintelligent06.wordpress.com/batas-
batas-pergaulan/



13

LAMPIRAN



14

PEMBAHAGIAN TUGASAN

NURUL ALIYA MENCARI MAKLUMAT,
IDEA, EDITING

ANIS SOFIA MEMBERI IDEA,PENDAPAT,
EDITING

SUHAILAH MENYUMBANGKAN IDEA,
ISI, HURAIAN

ANI ATIQAH MENCARI ISI, PENDAPAT,
LINA NADHIRAH HURAIAN

MEMBERI PENDAPAT,
IDEA,HURAIAN

15


Click to View FlipBook Version