The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini menceritakan tentang ciri kepimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin dan bukti sumbangan mereka terhadap peradaban Islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irham112, 2023-03-21 01:55:46

Kepimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin (V2)

Buku ini menceritakan tentang ciri kepimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin dan bukti sumbangan mereka terhadap peradaban Islam

Kepimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin SUHAINA Nurul ALHADI Arif IRHAM Yasir PIMK 1124: SIRAH NABAWIYYAH DAN TARIKH ISLAMI


Isi Kandungan Buku Ciri Kepimpinan Khulafa' Ar-Rasyidun Sumbangan dan Pembaharuan Sosial Politik dan Pentadbiran Ketenteraan Pendidikan Biografi Penulis


Ciri Kepimpinan Para Khulafa' Ar-Rasyidun


ABU BAKAR ASSIDIQ KHALIFAH


Saidina Abu Bakar BIODATA ABU BAKAR AS-SIDDIQ •Nama sebenar adalah Abdullah bin Abi Quhafah. • Lahir selepas 2 tahun kelahiran Rasulullah SAW. • Berketurunan Bani Tamim. • Orang pertama yang memeluk Islam. • Digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra ' & Mikraj. • Seorang yang jujur, berbudi pekerti yang baik, perangai yang terpuji. • Orang yang menemani Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. • Bersama Nabi dalam Gua Thur. • Menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama mulai 11 Hijrah hingga 13 Hijrah ( 632 Masihi hingga 634 Masihi). • Wafat pada 23 Jamadilakhir 13 Hijrah dan dimakamkan bersebelahan makam Rasulullah SAW di Madinah.


Saidina Abu Bakar merupakan seorang yang tegas dalam melakukan keputusan dan tindakan ketika memimpin Buktinya beliau tegas dalam memerangi golongan murtad,nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat yang berlaku ketika beliau mula dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Tindakan ini membuktikan ketegasan Saidina Abu Bakar dalam kepimpinannya demi mencapai keamanan negara. Kepimpinan Khalifah Abu Bakar TEGAS


Abu Bakar amat setia dengan arahan Rasulullah yang merupakan pemimpin bagi bangsa Arab sebelum beliau dilantik menjadi sebagai khalifah. Buktinya selepas dilantik menjadi khalifah, Abu Bakar terus menggerakkan tentera pimpinan Usamah Bin Zaid ke Ghassan yang terbantut akibat kewafatan Rasulullah. Abu Bakar tetap meneruskan juga usaha menggerakkan tentera Usamah yang terbengkalai selepas kewafatan Rasulullah walaupun keputusan ini dibantah oleh sahabat. Hasilnya, Usamah berjaya membawa kemenangan besar setelah berperang selama 40 har. SETIA DENGAN ARAHAN RASULULLAH Mengamalkan syura Saidina Abu Bakar mengamalkan sistem syura semasa pemerintahannya terutamanya dalam persoalanpersoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran dan pendapat orang lain. Khalifah Abu Bakar mengambil kira pandangan sahabat dalam menentukan strategi peperangan menentang tentera Rom dengan mengadakan mesyuarat bersama para sahabat. Para sahabat yang bersama-sama dalam mesyuarat ini memberi sokongan dan persetujuan terhadap cadangan Saidina Abu Bakar untuk memerangi Rom. Peristiwa ini menjadi hujah Saidina Abu Bakar menggunakan konsep musyawarah dalam membuat keputusan yayang menjadi konsep pemerintahan Islam.


Perang Yamamah Saidina Abu Bakar menerima pendapat Saidina Umar dan mengarahkan Zaid Bin Thabit mengetuai usaha menghimpunkan ayat-ayat Al-Quran yang ditulis pada kepingan-kepingan batu,tulang,pelepah tamar dan kulit haiwan kerana ramai penghafaz Al- Quran terkorban dalam Perang Yamamah. Perluasan Empayar Islam Saidina Abu Bakar juga berpandangan jauh dan berwawasan tinggi dalam meluaskan jajahan Islam semasa pemerintahannya.Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, salah sebuah kuasa besar yang sering memusuhi Islam ialah Empayar Parsi, berlokasi di sebelah Timur Laut Semenanjung Tanah Arab. Oleh itu, beliau berpandangan bahawa pengembangan dakwah Islam akan lebih lancar dan mudah jika kuasa Parsi dapat dikalahkan. Berpandangan jauh


UMAR ALKHATTAB KHALIFAH


Nama: Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah Nama Ibu: Hantamah binti Hasyim bin AlMughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum Gelaran: Al-Faruq (Pemisah di antara yang hak/kebenaran dan yang batil) Saidina UMAR ALKHATTAB Keturunan: Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi) Tempat Lahir: Kota Mekkah Tarikh Lahir: 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi) Jawatan: Khalifah Ar-Rasyidin Kedua Tarikh Lantikan: 634M Tempoh Jawatan: 10 tahun Tarikh Meninggal Dunia: 23H @ 644M Umur: 63 tahun


Umar al-Khattab begitu tegas dan amat teliti dalam hal gaji serta harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai wajib mengumumkan harta, dan peningkatan harta mereka akan disemak dengan kerap. Sekiranya mempunyai peningkatan, Umar al-Khattab akan mengambil separuh untuk baitulmal dan dalam beberapa keadaan beliau akan mengambil kesemuanya Khalifah Umar juga pernah dijemput oleh Yazid bin Abi Sufyan untuk datang ke rumahnya di Syria. Ketika beliau memasuki rumahnya, kelihatan rumahnya penuh dengan hiasan dinding. Umar alKhattab mengambilnya sambil berkata, Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab Tegas dalam urusan kewangan negara CONTOH PERISTIWA 1: Umar al-Khattab pernah membuat lawatan mengejut ke rumah pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. “Barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas.” al-Wilayah ‘ ala al-Buldan, 2/128


Kisah Saad Abi Waqqas iaitu gabenor di Kufah pernah dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya (ketika itu amat jarang rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarnya ‘Istana Saad’. Apabila Umar al-Khattab dapat mengetahui perkara tersebut,beliau melihat lebih banyak keburukan pembinaan pagar itu berbanding kebaikannya, lalu segera Umar al-Khattab menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut. CONTOH PERISTIWA 2: Saad membina pagar itu kerana rumahnya berhampiran dengan pasar dan amat bising, lalu dibina agar terhalang dari kebisingan. Tegas dalam urusan kewangan negara


PRIHATIN DAN mengutamakan rakyat Umar sangat mengambil berat tentang sumber kekayaan negara dan mengutamakan bahagian rakyat daripada sumber kekayaan negara tersebut Semua harta negara digunakan untuk keperluan dan kemudahan rakyat contohnya mendirikan tembok dan benteng bagi melindungi kaum Muslimin dan ancaman musuh dan beliau tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan daripada keuntungan kewangan negara bagi kesenangan diri dan keluarga. Suatu ketika berlaku krisis makanan di Madinah, dengan jumlah golongan miskin terus bertambah. Khalifah Umar AlKhattab dengan rasa tanggungjawab memerintahkan agar disembelih haiwan ternakan untuk dibahagikan kepada para penduduk. Ketika tiba waktu makan, para petugas memilih bonggol dan hati unta iaitu bahagian kegemarannya Umar alKhattab. Tetapi Khalifah Umar menolak dan lebih mengutamakan rakyatnya untuk makan makanan yang digemarinya. Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang-kenyang kalau mereka kenyang.


Saidina Umar menerajui kepimpinan yang adil dan saksama sehinggakan beliau ingin memastikan semua rakyatnya mendapat kebajikan yang sama rata tanpa ada yang tertinggal. Adil dan saksama Saidina Umar dan pembantunya menyamar untuk meninjau sendiri keadaaan rakyatnya di sebuah perkampungan sehinggalah tiba di sebuah rumah yang kecil di pinggir desa. Seroang ibu beserta anak-anaknya hidup dalam keadaan susah kekurangan makanan. Saidina Umar sedih melihat keadaan rakyatnya itu dan berasa sangat bersalah sehingga beliau sendiri yang memikul karung yang berisi tepung, daging,gula untuk memberi bantuan ke rumah itu.


Nama; Uthman Bin Affan Bin Al-Aus Bin Umayyah Lahir; 576 Masihi (6 tahun selepas tahun gajah) Keturunan; Bani Umayyah Gelaran; Zun Nurain (Yang mempunyai 2 cahaya iaitu berkahwinan dengan 2 puteri Rasulullah saw) Tempoh Perkhidmatan; 12 Tahun Wafat; 18 Zulhijjah 35H (Dibunuh pemberontak ketika membaca Al-Quran) Saidina Uthman Bin Affan


Beliau menubuhkan J/Kuasa khas yang menguruskan pembukuan Al-Quran dan diketuai oleh Zaid Bin Thabi RA serta menyatukan Al-Quran di bawah satu mushaf. P a n d a n g h a d a p a n Ciri Kepimpinannya Ketikamana peristiwa perlantikan beliau tetap sebagai Khalifah banyak mendapat tentangan daripada pemberontak yang menuntut beliau meletakkan jawatan pun begitu. Golongan pemberontak ini menentang kerana tindakan dan dasar Saidina Uthman yang banyak membawa pembaharuan dan menggantikan pegawai dan gabenor yang tidak amanah T e g a s Tindakan ini diambil kesan perluasan kuasa kerajaan Islam menimbulkan kerisauan beliau akan berlakunya perbezaan cara bacaan Al-Quran.


p r i h a t i n Menubuhkan Angkatan Laut Pertama dalam sejarah Islam yang diketuai oleh Muawiyah Bin Abi Sufyan sekaligus meluaskan jajahan ke seluruh Cyrpus, Tripolitana dan menawan sebahagian Bizantium Beliau menubuhkan J/Kuasa khas yang menguruskan pembukuan Al-Quran dan diketuai oleh Zaid Bin Thabi RA serta menyatukan Al-Quran di bawah satu mushaf. Tindakan ini diambil kesan perluasan kuasa kerajaan Islam menimbulkan kerisauan beliau akan berlakunya perbezaan cara bacaan Al-Quran. I n o v a t i f Cadangan pembangunan Angkatan Laut ini pernah dikemukan pada zaman Saidina Umar Al-Khatab namun beliau memandang tiada keperluan untuk dilaksankan Khalifah Uthman Bin Affan RA melonggarkan syarat pengunaan baitulmal bagi memakmurkan ekonomi dengan menaik taraf kehidupan masyarakat. Beliau juga membenarkan para sahabat untuk keluar dari Kota Madinah bagi menyebarkan dakwah dan pengaruh Islam ke serata dunia Dimana setiap tindakan tersebut bertentangan dengan polisi Saidina Umar RA FIKIRAN TERBUKA


Nama; Ali Bin Abi Talib Bin Abdul Mutalib Lahir; 601M (10 tahun sebelum kerasulan nabi) Keturunan; Bani Hasyim Gelaran; Abu Hassan Karamallahu wajhah (Dimuliakan wajah oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala) Tempoh Perkhidmatan; 4 Tahun Wafat; 17 Ramadhan 41H (Dibunuh Abdul Rahman bin Muljan di Kufah ketika sedang berwuduk untuk solat subuh) Merupakan kanak-kanak pertama yang menerima islam Saidina Ali Bin Abi Talib


Khalifah Ali RA menaguhkan hukuman Qisas ke atas pembunuhan Khalifah Uthman RA bukan kerana dendam, sebaliknya keadaan negara yang tidak aman dan stabil P a n d a n g h a d a p a n Khalifah Ali RA mengambil tindakan bagi gabenor dan pegawai kerajaan yang dengkil dan ingkar akan perintah beliau. Antara yang dipecat ialah Gabenor Syria & Kufah, Muawiyah RA & Abu Musa Al-Asshari RA Pemecatan tokoh tersebut adalah disebabkan bantahan terhadap tindakan Khalifah Ali RA menangguhkan hukuman Qisas pembunuh Khalifah Uthman. T e g a s Kesusahan ini timbul kerana puak pemberontak telah bergabung dengan pasukan Saiditina Aisyah RA, tindakan Khalifah Ali bagi mengelakkan pertumpahan darah antara sahabat Ciri Kepimpinannya


Khalifah Ali RA sanggup menerima jawatan khalifah ketika negara berada dalam keadaan gawat dan huru hara. Baginda juga berani mengambil tindakan kurang popular demi mengembalikan keamanan negara. Khalifah Ali RA sangat lantang dalam menangani isu murtad sehingga beliau membakar golongan zindiq (tidak beragama) yang taksub kepada dirinya dan menyamakan dengan tuhan B E R A N I Beliau dikatakan sebagai yang paling berilmu diantara para sahabat dan sering dijadikan rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan agama B E R I L M U Khalifah Ali RA pernah dilantik sebagai hakim & penulis wahyu. Beliau juga arif dalam pelbagai bidang seperti Ilmu hisab, sastera serta kehakiman dan digelar sebagai 'gedung ilmu'


SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN


KHALIFAH ABU BAKR AS-SIDDIQ


Huraian 2 Cadangan beliau telah dipersetujui oleh semua sahabat dan Khalifah Abu Bakar pun mengutuskan Saidina Uthman untuk menulis keputusan. Huraian 1 Telah menamakan bakal pengganti beliau iaitu Umar Al-Khattab melalui perundangan dengan para sahabat ketika sakit. SOSIAL MENENTUKAN BAKAL KHALIFAH Huraian 3 Tindakan beliau ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan politik islam.


Huraian 1 Peluasan kawasan berlaku ke seluruh sempadan tanah arab seperti Rom, Parsi dan Syria. POLITIK PELUASAN KAWASAN Huraian 2 Rom adalah satu kerajaan yang besar yang menguasai mesir, tetapi disebabkan kezaliman pemerintahan, rakyatnya memberontak dan perkara ini memudahkan petapakan silam di Rom dan perkara ini juga berlaku di Parsi. Huraian 3 Di Syria berlaku penindasan orang islam dan perkara ini telah diambil cakna oleh Khalifah Abu Bakar dan kemudiannya Syria juga jatuh ke tangan islam.


Huraian 1 Abu Bakar ingin menyambung usaha ketenteraan zaman Nabi Muhammad yang membentuk pasukan tentera untuk ke sempadan syam untuk menyerang Ghassan yang berada di bawah Byzantine. KETENTERAAN MENERUSKAN GERAKAN TENTERA Huraian 2 Pendapat tersebut kurang dipersetujui oleh para sahabat kerana mereka mencadangkan supaya mereka perlu memberi tumpuan kepada ancaman golongan Ar-Riddah dahulu. Huraian 3 Khalifah Abu Bakar tetap tegas dengan pendapat nya dan pasukan tentera yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid telah menang dalam pertempuran dan menggerunkan musuh islam.


Huraian 1 Perang Al-Yamamah telah menyebabkan ramai huffaz Al-quran mati syahid dan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sahabat. PENDIDIKAN PENULISAN AL-QURAN Huraian 2 Timbul cadangan daripada sahabat untuk menubuhkan satu kumpulan khas bagi menulis Al-quran dan cadangan ini diterima baik oleh Khalifah Abu Bakar Huraian 3 Zaid bin Tsabit telah dilantik oleh Abu Bakar untuk mengutuai usaha mengumpul Al-quran untuk ditulis di dalam bentuk naskhah.


KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB


Prinsip perundangan dan kehakiman yang berlandaskan Islam. Memisahkan jabatan kehakiman dengan jabatan lain bagi memastikan keadilan. Menentukan syarat pemilihan kadi dan hakim seperti, berilmu pengetahuan. Hakim dan kadi dibayar gaji yang bersesuaian Menaik Taraf Kedudukan Golongan Hamba SOSIAL


Pembahagian Wilayah Islam Pentadbiran Tanah Mengasas Takwim Hijrah Mengasas al-Diwan Menambah Baik Baitulmal Memajukan Pertanian POLITIK DAN PENTADBIRAN


Mewajibkan setiap tentera mengamalkan ajaran Islam, antaranya mensyaratkan solat lima waktu berjemaah. Menubuhkan sebuah jabatan tentera. Membina pusat ketenteraan di kota-kota utama. Seperti di Madinah, Kufah dan Basrah. Mewujudkan pasukan tentera tetap dan tentera sukarela. Setiap askar yang berkhidmat untuk negara akan dibayar upah. Setiap tentera mempunyai rekod. Mengasaskan latihan untuk pasukan askar. Membina kubu-kubu keselamatan. Semasa pemerintahannya, tentera Islam menjadi tentera paling cemerlang sehingga berjaya meluaskan empayar Islam, antaranya; Iraq, Iran, Armenia, Azerbaijan, Jordan, Georgia, Syria, Palestine, Lebanon, Israel, Mesir, dan sebahagian daripada Afghanistan. Dipercayai lebih daripada 4,050 buah kota telah jatuh ke tangan tentera Islam ketika itu. KETENTERAAN


Menyediakan guru-guru yang mengajar al-Quran di setiap daerah seluruh negara. Golongan guru ini dibayar gaji lumayan dan diberi keistimewaan lain. Banyak sekolah ditubuhkan untuk mengajar al-Quran. Memperbanyak masjid, dan dijadikan pusat pengajian ilmu agama dan al-Quran. Setiap penduduk digalakkan menghafaz al-Quran dan mendapat penghargaan daripada khalifah. Semasa menjadi khalifah, Umar al-Khattab juga sentiasa menggalakkan umat Islam untuk mendalami ilmu-ilmu lain seperti tauhid, tasawuf, fekah dan ilmu dunia lainnya. Menggalakkan ilmu pertahanan diri, ataupun ilmu peperangan kepada penduduk. Antaranya; bermain pedang memanah dan menunggang kuda. Mewajibkan setiap ahli masyarakat mengetahui dan memahami asas perundangan Islam. PENDIDIKAN


KHALIFAH UTHMAN BIN A'FFAN


PENTADBIRAN Khalifah Uthman Affan telah berjaya meluaskan wilayah islam sehingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyrus dan Tripoli. HURAIAN 1 Khalifah Uthman Affan juga telah berjaya meluaskan pengaruh islam di banyak tempat ketika zaman pemerintahannya. HURAIAN 2


SOSIAL Khalifah Uthman Affan telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi pengembara yang melalui wilayah atau negaranya. HURAIAN 1 Hal ini secara tidak langsung telah menarik minat para pengembara yang bukan islam untuk memeluk agama islam asbab daripada sikap pemurah yang ditunjukkan. HURAIAN 2


KETENTERAAN Khalifah Uthman Affan telah membina sebuah angkatan tentera laut yang pertama dalam sejarah islam. HURAIAN 1 Angkatan tentera laut itu dianggap sebagai satu pencapaian besar yang berlaku pada zaman beliau bagi menjaga keselamatan di kawasan perairan. HURAIAN 2


PENDIDIKAN Oleh kerana wilayah islam tersebar luas, maka sekaligus islam pun tersebar luas. HURAIAN 1 Pengumpulan dan pembukuan Alquran berlaku asbab daripada munculnya banyak bacaan qiraat disebabkan perluasan wilayah. HURAIAN 2


KHALIFAH ALI BIN ABI THALIB


Politik dan Pentadbiran -Bemati-matian dalam Usaha Untuk Menghindarkan Sebarang Peperangan -Mempertahankan Negara Serta Keamanan Rakyatnya


Sosial -Membina Markaz Parsi di Sempadan Syria -Menjadi Tempat Rujukan Kepada Rakyat Mengenai Hal Agama dan Perundangan -Bertanggungjawab untuk Mengekalkan Keharmonian Rakyat


Ekonomi -Cukai Jizyah Kepada Kafir Zimmi -Pembaharuan Mata Wang Islam Kepada Tulisan Khat KHOUFI -Pembukaan Beberapa Cawangan Bank Islam -Peranan Baitulmal Masih Diteruskan


Biografi Penulis Penulis bernama WAN ARIF HAIKAL ALHADI merupakan anak kelahiran SARAWAK yang mempunyai campuran darah pelbagai negeri kerana Bapa beliau berasal dari KEDAH & Ibunya berasal dari TERENGGANU. Nama beliau NURUL SUHAINA merupakan seorang anak jati KELANTAN tetapi menetap di SELANGOR. Beliau digelar sebagai USTAZAH MISALI dan sering membimbing sahabatsahabatnya kembali ke jalan yang benar sehingga melahirkan PARA BOOSTADZAH yang terbilang dan cemerlang. Nama diberi YASIR IRHAM merupakan seorang anak jati SELANGOR. Berumur 20 tahun tetapi merupakan individu terendah dalam kalangan lelaki dengan anggaran ketinggian sebanyak 161cm. Disebalik tingginya yang rendah , jiwanya kelihatan besar dan hatinya yang penuh bunga.


Click to View FlipBook Version