Soalan 7: Ekologi hutan paya bakau banyak membawa kepentingan kepada
pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, langkah-langkah melestarikannya perlu diambil
bagi memastikan hutan paya bakau terus kekal.
Hutan paya bakau merupakan kumpulan tumbuhan yang hidup di kawasan yang
ditenggalami oleh air laut pasang. Terdapat pelbagai kepentingan ekologi hutan paya bakau
dan terdapat beberapa langkah melestarikannya.
Antara kepentingan ekologi hutan paya bakau ialah habitat dan ekologi hidupan
marin dan fauna lain. Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun
sangat sesuai bagi hidupan laut. Sifat tananya yang berlumpur dengan akar bakau yang
berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam,
udang, kerang dan pelbagai jenis siput.Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi
ekologi hidupan marin. Malahan terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang
turut mendiami kawasan paya bakau. Malahan paya bakau juga merupakan tempat
pembiakan burung penghijarah yang biasanya datang jauh dari hemisfera uata atau selatan,
demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal mereka.
Kepentingan lain ekologi hutan paya bakau ialah penampan tsunami dan angin
kencang. Hutan pakau bakau boleh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan
dikawasan pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau.
Paya bakau juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari
kepentingannya selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami
tersebut yang membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang
telah mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah
paling ramai di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang
menghalang hempasan tsunami ke kawasan yang lebih jauh.
Penambak laut semulajadi juga merupakan kepentingan ekologi paya bakau. Paya
bakau dengan sifat akarnya yang timbul boleh memerangkap tanih dan lumpur.proses enapan
akan berlaku yang membolehkan semua sisa lumpur terperangkap dan enapan yang
berterusan akan memperluaskan kawasan paya bakau, semakin lama semakin besar .Ini
membolehkan kawasan daratan bertambah.namun ambil masa sedikit kerana enapan
mengambil masa yang panjang sebagai penambak laut.
Langkah-langkah untuk melestarikannya ialah pihak kerajaan perlu menguatkuasakan
undang-undang. Pembalakan haram boleh diawasi melalui udara menggunakan helikopter.
Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan
penjara. Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan kegiatan pembalakan haram
tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli.
Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter.
Langkah lain untuk melestarikannya ialah pihak sekolah mewujudkan Pendidikan
Alam Sekitar. Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap
kerosakan hutan dapat dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta
kepada alam sekitar ialah Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga
boleh memainkan peranan ini, contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif
di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan ekologi hutan paya bakau dan juga
terdapat langkah-langkah untuk melestarikannya.