The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Baik budi,indah bahasa (komsas)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faae, 2021-05-26 02:51:13

PANTUN KASIH SAYANG

Baik budi,indah bahasa (komsas)

BAIK BUDI,INDAH BAHASA

TAJUK : PANTUN KASIH SAYANG

MAKSUD

Rangkap 1
-Wajah seseorang yang kelihatan berseri-seri kerana senyumannya yang
menawan.
Rangkap 2
-Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap
perhitungan,impian tidak kesampaian.
Rangkap 3
-Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik serta tiada
bandingannya.
Rangkap 4
-Menggunakan muslihat untuk memikat anak gadis orang.
Rangkap 5
-Seseorang perempuan dan lelaki,kalau sudah jodoh,akan bertemu juga
akhirnya.

TEMA & PERSOALAN

-Kasih sayang antara teruna dengan dara

a) Perwatakan yang menarik akan menyebabkan diri disukai oleh
ramai orang.

b) Perbezaan darjat menyebabkan impian seseorang itu terhalang.
c) Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar menjadi mustahil

kerana adanya kekurangan diri.
d) Sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu tujuan.
e) Perpisahan yang berlaku tidak semestinya terpisah untuk

selama-lamanya kerana pada suatu hari nanti pasti akan bertemu
semula.

BENTUK & CIRI-CIRI PANTUN

a) Terdiri daripada lima rangkap
b) Berisi empat baris setiap rangkap.
c) Ada pembayang dan maksudnya.
d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
e) Terdiri daripada lapan hingga sepuluh suku kata

sebaris.
f) Bentuknya terikat.

UNSUR GAYA BAHASA & KEINDAHAN BUNYI

a) Imej alam.Contohnya,buah mengkudu; kandis; asap; api;
bakau; langit; dahan; bintang; ikan dan laut.

b) Personifikasi.Contohnya, anak udang meniti batang.
c) Paradoks.Contohnya,langit tinggi kupandang rendah.
d) Simile.Contohnya,bagaikan rasa hendak dicapai.
e) Asonansi.Contohnya,singgah-menyinggah di pagar

orang.
f) Aliterasi.Contohnya,harap hati kepada tuan.
g) Rima akhirnya sama,iaitu abab.

NILAI & PENGAJARAN

NILAI
a) Kasih sayang
b) Rasional
c) Kesetiaan
d) d)Keikhlasan
PENGAJARAN
a) Kita haruslah sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
b) Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu perkara

yang dianggap mustahil.
c) Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan
d) Kita perlulah berusaha untuk mencapai cita-cita.

-Sekian,terima kasih-

Ahli kumpulan : Nurul Farsha,Nur Aisyafikah


Click to View FlipBook Version