The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Sukan dan Kebudayaan (PSKPP) merupakan acara tahunan dalam kalendar Jabatan Pendidikan Negeri Perak .Namun diperingkat negeri Perak, PPDKinta Selatan selaku tuan rumah tahun 2023 ini ingin memper (5)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by feer1211, 2023-05-26 23:41:26

Pertandingan Rakit

Pertandingan Sukan dan Kebudayaan (PSKPP) merupakan acara tahunan dalam kalendar Jabatan Pendidikan Negeri Perak .Namun diperingkat negeri Perak, PPDKinta Selatan selaku tuan rumah tahun 2023 ini ingin memper (5)

Pengerusi : Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, A.C.M. Pegawai Pendidikan Daerah Timbalan Pengerusi : En. Azmi bin Mat Saat, PPT. Timbalan PPD Perancangan Naib Pengerusi 1 : En. Shamsul Fadzali bin Hussein Timbalan PPD Pembelajaran Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Hanizam bin Harun @ Isa Timbalan PPD PengurusanSekolah Naib Pengerusi 3 : En. Muhammad Azizan bin Abdullah Timbalan PPD Pembangunan Murid Setiausaha : En. Mior Muhammad Azlan bin Zulkafli Pen. PPD Pembangunan Murid PenolongSetiausaha : En. Muhammad Shahabudin bin Talib Pen. PPD Perancangan 27-28 OKTOBER 2023 27-28 OKTOBER 2023 Rock Garden Himalaya Camp Resort Gopeng. Rock Garden Himalaya Camp Resort Gopeng. PERTANDINGAN rakit ARUS DERAS PERTANDINGAN rakit ARUS DERAS DENGAN KERJASAMA: PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERAK PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERAK DR.MIORHAMDANBINHJGHAZALI,ACM. PEGAWAIPENDIDIKANDAERAHKINTASELATAN JAWATANKUASA PERTANDINGAN RAKIT ARUS DERAS PSKPP KINTA SELATAN KALI KE 50 JUBLI PERAK 2023 JAWATANKUASA PERTANDINGAN RAKIT ARUS DERAS PSKPP KINTA SELATAN KALI KE 50 JUBLI PERAK 2023 Tapak Perkhemahan Tapak Perkhemahan chalet chalet apic home chalet apic home geo home geo home family home Rock Garden Camping Resort Gopeng Haven Sdn. Bhd. https://rockgardencampingresort.com/ 019 3806630 kemudahan yang terdapat di rock garden himalaya camp resort SEMPENA SEMPENA


Persatuan Sukan dan Kebudayaan (PSKPP) merupakan acara tahunan dalam kalendar Jabatan Pendidikan Negeri Perak .Namun diperingkat negeri Perak, PPDKinta Selatan selaku tuan rumah tahun 2023 ini ingin memperkenalkan buat julung kalinya Pertandingan Berakit Arus Deras. Pertandingan ini bertujuan membawa kelainan dan keistimewaan di dalam penganjura tahun ini disamping mengeratkan kemuafakatan antara daerah melalui temasya ini. Memperkenalkan sukan berakit arus deras dan mencungkil bakat di kalangan warga pendidik didalam sukan ini. Sebagai satu pentas untuk memperkenalkan sukan baru sebagai satu keistimewaan di dalam temasya PSKPP ke 50 Kinta Selatan. Memupuk dan membugarkan budaya kemuafakatan di kalangan ahli PSKPP dengan adanya penglibatan warga pendidikan dalam bidang kesukanan dan kebudayaan. Menambah minat dan kefahaman ahli yang mendalam terhadap kepelbagaian kesukanan dan kebudayaan melalui temasya PSKPP Membina keyakinan diri dan jati diri secara profesional dalam bidang kesukanan dan kebudayaan. MATLAMAT PENDAHULUAN OBJEKTIF JARAK KUALA RAZILLA KE ROCK GARDEN = 7.9KM ANGGARAN MASA PERJALANAN BERAKIT= 2 JAM MULA TAMAT PETA LALUAN (hARI PERTANDINGAN) PETA LALUAN (hARI PERTANDINGAN) Semua peserta mesti bekeadaan sihat tubuh badan dan bersedia mengikuti syarat sepanjang pertandingan . Peserta hendaklah mengishtiharkan semua penyakit sedia ada kepada penganjur secara bertulis di dalam borang pendaftaran. Peserta yang mempunyai apa jua jenis komplikasi jantung TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.. Peserta yang mempunyai sejarah atau penyakit sawan TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini. Peserta wajib mengishtiharkan sejarah patah tulang (jika ada) pada penganjur. Taklimat keselamatan dan asas rakit arus deras adalah slot yang wajib dihadiri oleh peserta pertandingan pada hari yang ditetapkan. Maklumat lengkap, pelan laluan, tanda amaran dan arahan pertandingan boleh diterangkan oleh Penyelaras Pertandingan dan 'Boat Guide' samada melalui lisan ataupun bertulis. Peserta diwajibkan untuk mematuhi arahan 'Boat Guide' di sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini. Setiap pasukan daerah akan terdiri daripada 4 orang peserta ( wakil sama daerah) dan seorang boat guide ( di sediakan oleh penganjur) yang akan berada didalam satu rakit yang sama. Pemilihan boat guide akan dibuat secara cabutan nama. Pasukan akan berkumpul di Rock Garden Himalaya Camping Resort pada hari ke-2 pada pukul 8.00 pagi bagi proses pergerakan secara bergilir- gilir ke tapak permulaanKuala Razila. Peserta diwajibkan menggunakan bot, peralatan mendayung dan peralatan keselamatan yang di sediakan oleh penganjur.Peserta diwajibkan mematuhi arahan 'Guide' sepanjang pertandingan.. Pertandingan akan dimulakan pada pukul 9.30 pagi di Kuala Razila, seterusnya menyusuri sungai dan berakhir di Rock Garden Himalaya Camping Resort. Pasukan tidak dibenarkan melalui jalan darat di sepanjang pertandingan ini. Pegawai pelepas akan menentukan giliran mula bagi setiap bot, jarak masa 3-5 minit akan diambil bagi pelepasan setiap bot bagi meminimakan risiko perlanggaran bot. Pasukan akan melalui laluan yang telah ditetapkan oleh penganjur, sebarang unsur-unsur penipuan akan menyebabkan pasukan itu tersingkir. Pertandingan akan dijalankan dengan kaedah kiraan masa terpantas bagi setiap pasukan.Kiraan masa akan dicatakan oleh 'Guide' bermula di checkpoint pelepasan dan berakhir di checkpoint penamat.. Ketua penyelaras perlu memastikan laluan yang digunakan terdapat checkpoint yang diawasi oleh 'guide' yang bertugas sebelum pertandingan bermula . Bagi keselamatan dari segi cuaca, Ketua ' Boat Guide ' akan membuat keputusan untuk menunda masa mahupun tarikh pelepasan pasukan.. Bendera,risalah,pelekat mahupun kain rentang yang berbau politik,penghinaan sesuatu kaum mahupun ugama adalah dilarang dibawa di sepanjang pertandingan.. Ketua penyelaras dan Ketua ' Boat Guide ' adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara berkaitan disiplin, tingkahlaku kepada peserta sepanjang pertandingan. Penganjur dan pengelola pertandingan adalah TIDAK bertanggungjawab terhadap semua perkara kerugian, kerosakan, kecederaan, kemalangan, kematian dan sebarang tuntutan para peserta sepanjang program berlangsung. Peserta perlu menandatangani borang akujanji didalam penyertaan pertandingan bagi mengelakkan sebarang tuntutan mahkamah kepada pihak penyelaras, penganjur dan pengelola sekiranya berlaku sebarang kemalangan mahupun kematian. Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukan dalam masa 30 minit selepas pertandingan beserta yuran bantahan sebanyak RM200. Ketua Penyelaras dan Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta yang gagal mematuhi peraturan yang sedia ada mahupun setelah diberitahu. Pihak penganjur berhak membuat pindaan terhadap apa jua ketetapan yang telah dijelaskan. KONSEP PERMAINAN


Click to View FlipBook Version