The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasyirah71102, 2022-04-17 22:41:11

E-PORTFOLIO PSVK3213 NUR NASYIRAH HANIS

e-portfolio psvk3213

PSVK 3213

TUGASAN 1 E-PORTOLIO

Bidang Menggambar
&

Membuat Corak dan Rekaan



NUR NASYIRAH HANIS BINTI ABD RAHMAN

PISMP AMBILAN JUN 2022
BAHASA MELAYU

NPOuISrpMNsyPaPesnARyiBmrOaabhhFilaaHIsnLaaJnMuPinsEeb2lLai0ny2Atu1i JAAbdRRahman

021107-07-0176
2021252340047

REFLEKSIKU

Segala kesyukuran kepada Ilahi saya panjatkan atas kurniaan kudrat,
masa, tenaga yang bernilai, saya dapat menyiapkan dan
menyempurnakan tugasan e-port
folio saya dengan jayanya.
Alhamdulillah. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan saya
titipkan buat pensyarah bagi kursus PSVK3213 ini iaitu Encik Mohd
Fauzi atas bimbingan yang diberikan sepanjang penyempurnaan
tugasan ini. Begitu juga dengan ibu bapa saya, rakan-rakan serta insan
yang saya sayangi tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat
saya.

REFLEKSIKU

Sejujurnya, tugasan kali ini bukanlah satu tugasan yang mudah
sebaliknya memerlukan daya kekuatan, imaginasi serta kreativiti yang
tinggi bagi menghasilkan karya yang cukup gah dan menarik. Pada
awalnya, saya mendapati bahawa tem
a yang ditetapkan adalah agak
sukar kerana, tema budaya tempatan adalah aspek yang luas dan
merangkumi keseluruhan budaya di Malaysia. Sungguh pun begitu,
penyataan tema tidak spesifik kepada kaum tertentu/dikehendaki
untuk menggabungkan kesemua budaya yang ada di Malaysia. Maka,
saya telah memilih tajuk "Adiwarna Melayu" sebagai tajuk karya saya
yang amat saya banggakan ini. Saya telah berkerah minda dan fikiran
selama tiga hari untuk memikirkan imej atau hal benda yang dapat
saya lukis dan ilhamkan dalam karya saya.

REFLEKSIKU

Maka, saya telah merujuk beberapa laman web seni seperti aplikasi Pinterest
bagi mendapatkan idea mengenai budaya Melayu. Sungguh pun begitu, saya baru
tersedar bahawa kaum Melayu adalah budaya yang amat sebati dan dekat
dengan diri saya. Hal ini kerana, saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang

Melayu. Saya turut menggunakan pe
ngetahuan sedia ada dan teori

Konstruktivisme bagi mengimbas kembali pengetahuan saya tentang budaya
Melayu ini sama ada melalui pengalaman masa lampau atau melalui
pembelajaran. Kemudian, saya telah beroleh beberapa idea dan mula melakar
perkembangan awal idea satu persatu pada kertas lukisan. Maka, secara tidak
langsung saya telah menggunakan teori Laura Chapman iaitu Fasa dalam
Penghasilan Idea yang merangkumi kaedah penjaan idea, pengolahan dan
pemurnian serta kemahiran menggunakan bahan. Kesemua fasa ini saya
adaptasikan ke dalam e-portfolio saya ini.

REFLEKSIKU

Lukisan karya saya menampilkan budaya bersalaman, berkain batik, makanan

warisan tradisi serta suasana kampung yang saya rasakan dapat menghasilkan

gabungan imej yang menarik. Kemudian, saya mula mewarna dengan

mmeennggggaumnabkaarnkapneldbaangaimmenegdaiapliskeapseikrtainpekne
spiel lbwaagraniaa,n krayon dan cat air bagi
teknik dalam kegiatan

catan dan mewarna. Pada awalnya, fasa mewarna ini sedikit rumit buat saya

kerana saya tidak mahir dalam mewarna sebaliknya saya mahir dalam kegiatan

melukis. Hal ini selari dengan pendapat Howard Gardner (1983) dalam teori

Kecerdasan Pelbagai bahawa manusia mempunyai kecerdasan yang dominan

dan lemah. Sungguh pun begitu, dengan semangat yang ada dan ketekunan yang

tinggi, saya berjaya mewarnakan hasil karya saya dengan cantik sekali. Rakan-

rakan memuji serta berasa kagum dengan hasil karya saya. Oleh itu, saya berasa

yakin dan bersyukur kerana perkara yang saya bimbangkan dipermudahkan.

REFLEKSIKU

Selain itu, semasa saya menghasilkan portfolio ini, saya mendapati bahawa
terdapat banyak laman web dan buku-buku yang membincangkan tentang
budaya warisan Melayu. Saya turut bersoal jawab bersama rakan saya untuk
mendapatkan kepastian tentang kesahihan budaya Melayu yang saya pilih.

Walau bagaimanapun, saya dapat menyedia
kan dengan lengkap portfolio ini pada

akhirnya. Akhir sekali, saya dapat menimba pengetahuan, pengalaman serta info
baharu melalui penghasilan karya dan portfolio ini. Saya juga dapat
mencambahkan rasa cinta dan mengasah krrativiti saya dalam bidang seni visual
meskipun kursus ini adalah kursus elektif. Saya juga dapat menyimpulkan
bahawa, warisan budaya tempatan yang ada pada hari ini haruslah dikekalkan
untuk generasi pada masa akan datang terutamanya tentang budaya Melayu di
negara kita.
Sekian Terima Kasih.

MPMeenmegnbegunRgaaeatlkmaCanboaaBrnraidkdaadnnagn

Menggambar

Menggambar ialah satu bidang yang memberi
penegasan mengenai pekembangan persepsi,
kemahiran dan kemampuan murid dalam
aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan menggunakan pelbagai media
dan juga teknik yang menekankan aspek
struktur, imbangan, ruang dan komposisi. Di
samping itu, tujuan kegiatan menggambar
dalam pendidikan seni visual juga adalah untuk
meneroka teknik-teknik yang berbeza dalam
melukis dan membuat gambar dengan
mengaplikasikan asas seni reka berdasarkan
tema, pengalaman, imaginasi atau fantasi
murid sama ada berbantukan bahan secara
manual atau grafik komputer.

Menggambar

Secara ringkasnya, bidang menggambar
adalah satu representasi visual sesuatu objek
dalam bentuk 2D yang dihasilkan di atas
permukaan yang rata dan mempunyai
komposisi yang artistik. Keseluruhannya,
terdapat 13 teknik dalam bidang menggambar
termasuklah dari segi lukisan, monyaj, cetakan,
resis dan sebagainya.

MemdabnuaRtekCaoanrak

Bidang kegiatan ini memberi peluang
kepada murid memahami pelbagai cara
untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi satu rekaan
lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga
dipadankan dengan mana-mana hasil
daripada bidang kegiatan lain seperti
binaan, kraf dan sebagainya.

ADIWARNA MELAYU

TEMA: KEBUDAYAAN TEMPATAN

ADIWARNA MELAYU

Secara ringkasnya, karya yang tela
h saya hasilkan diberikan nama sebagai
"Adiwarna Melayu" kerana karya ini amat berkait rapat dengan warisan
dan budaya kaum Melayu. Saya memilih kaum Melayu bagi memehuni
tema budaya tempatan kerana, budaya Melayu amat dekat dengan diri
saya berbanding kaum yang lain. Maka, saya dapat menguasai dengan
yakin dan sepenuh hati dalam penghasilan karya berkaitan budaya
Melayu. " Tak Akan Hilang Melayu Di Dunia". Sebagaimana ucapan yang
diungkapkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, benarlah bahawa
budaya Melayu tidak akan hilang di muka bumi ini.

ADIWARNA MELAYU

Bukan itu sahaja, kebudayaan Mela
yu secara tidak langsung turut meresap
dalam kebudayaan kaum yang lain. Misalnya, budaya "bersalaman" yang
digambarkan dalam karya tidak hanya tertumpu kepada kaum Melayu
sebaliknya, budaya bersalaman ini adalah perlakuan yang menjadi kebiasaan
masyarakat tempatan di negara Malaysia apabila bersua muka atau berkenalan.
Adiwarna Melayu ringkasnya bermaksud kepelbagai budaya Melayu dan
berwarna-warni. Hal ini kerana, kebudayaan Melayu tidak hanya tertumpu
kepada amalan yang menjadi kebiasaan sebaliknya, dari makanan warisan,
batik warisan dan lain-lain lagi. Hal ini menunjukkan kebudayaan adalah satu
hal yang luas dan merupakan seni
warisan yang harus dijaga dan dikekalkan
sehingga kini.

KOLEKSI SUMBER ILHAMKU

SUMLABKERARILAHNAM

1.Budaya Bersalaman

Bagi kaum Melayu, budaya bersalaman ini amat
popular semasa di hari perayaan Hari Raya
Aidilfitri. Sungguh pun begitu, pada hari biasa,
budaya bersalaman ini sering diamalkan apabila
kita bertemu dengan orang yang lebih tua
daripada kita. Budaya ini sebagai tanda hormat
dan kasih sayang sesama insan.

SUMLABKERARILAHNAM

1.Budaya Bersalaman

SUMLABKERARILAHNAM

2. Makanan Tradisonal

Makanan tradisional Melayu tidak hanya tertumpu
kepada satu warisan sahaja sebaliknya makanan
kaum Melayu juga adalah berbagai-bagai mengikut
negeri. Contohnya, makanan warisan negeri
Kelantan iaitu nasi kerabu dan negeri Terengganu
iaitu keropok lekor. Kesemua makanan tradisonal
Melayu mempunyai keunikannya yang tersendiri.

SUMLABKERARILAHNAM

2. Makanan Tradisonal

SUMLABKERARILAHNAM

3. Kain Batik dan Corak Batik

Kain merupakan salah satu lambang atau
identiti kaum Melayu. Terdapat pelbagai
corak dan motif berunsur batik yang dapat
dikenal pasti. Contohnya, kuntum
bersanding dan pucuk bersusun. Keunikan
batik ini hanya terdapat bagi kaum Melayu
sahaja. Oleh itu, kain batik dijadikan alat
pakaian pada suatu masa dahulu oleh
si anak dara atau teruna kaum Melayu.

SUMLABKERARILAHNAM

3. Kain Batik dan Corak Batik

SUMLABKERARILAHNAM

4. Suasana kampung

Sebut sahaja kaum Melayu, ‘kampung halaman’
pastinya teringat-ingat. Pada suatu ketika dahulu,
orang Melayu kebanyakannya menetap di desa.
Faktor pendudukan Jepun ke Tanah Melayu pada
suatu masa dahulu telah menyebabkan kaum Melayu
harus melakukan kegiatan ekonomi sara diri. Oleh itu,
binaan rumah kampung biasanya diperbuat daripada
kayu kerana selain daripada hasil sara diri, hasil hutan
yang ditemui digunakan untuk membuat rumah.

SUMLABKERARILAHNAM

4. Suasana kampung

LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA

PERKELMABKAANRGAANN IDEA

Langkah 1

Melukis imej tangan bersalaman Langkah 2

Melukis lengan baju yang dikreatifkan dengan kain yang digulungkan pada
tangan kemudian makanan tradisional dilukis

PERKELMABKAANRGAANN IDEA

Langkah 3

Melukis corak batik pada lengan kiri Langkah 4

Melakar latar belakang kampung

OLAHAN PERKEMBANGAN IDEA

OLAHAN PIEDREKAEMBANGAN

1.Imej tangan dilukis dalam bentuk dua tangan sedang bersalaman.
2.Lengan kanan diimaginasikan dengan sehelai kain yang diletak /

digulungkan pada lengan dengan lengkap bermotifkan satu corak batik
pada hujung lengan.
3.Imej makanan tradisional pula diilustrasikan pada bahagian
permukaan kain tersebut seolah-olah makanan tradisional tersebut
diletakkan pada atas kain tersebut. Hakikatnya ia merupakan
imaginasi pengkarya.
4.Pada bahagian lengan kiri, motif batik dilukis memenuhi ruang
tersebut.
5.Suasana latar belakang kampung dilakar dan dilukis bagi
melengkapkan lukisan supaya lukisan tidak kelihatan bosan.

KAJIAN KOMPOSISI

KAJIAN KOMPOSISI

Komposisi Pertama Motif batik dilukis terbalik

Idea pertama berpendapat bahawa motif batik
dilukis secara terbalik nampak lebih cantik

Makanan Tradisional dilukis

dengan saiz yang lebih besar

Makanan tradisional dilukis secara besar-
besaran kerana pada pertama kali

melukis, kurang idea mengenai makanan
tradisional yang harus dimuatkan dalam

ruangan kain batik tersebut

KAJIAN KOMPOSISI

Dipilih Motif batik dilukis menegak

Komposisi Kedua Motif batik apabila dilukis tegak nampak lebih kemas
dan tersusun

Makanan Tradisional dilukis

dengan saiz yang kecil / mini

Makanan tradisional dilukis dengan lebih
kecil supaya nampak lebih seimbang dan

tidak serabut dalam karya. Dapat
memuatkan lebih banyak imej makanan

tradisional

KAJIAN WARNA DAN TEKNIK

KAJIANTEWKANRIKNA DAN

Corak Batik Warna:

Batik diwarnakan dengan warna biru, hijau, kuning dan
hitam supaya dapat menonjolkan keindahan batik dengan
menggunakan warna-warna tersebut. Motif bunga batik
dipekatkan dengan garisan hitam supaya dapat
menegaskan rupa bunga tersebut. Warna kuning digunakan
sebagai garisan luar bagi motif daun supaya daun kelihatan
lebih menonjol.

Teknik:

Kain batik dan corak batik ini menggunakan teknik garisan
sehingga menghasilkan rupa dan bentuk motif yang
terdapat pada batik. Ruang dan jalinan antara motif daun
dan bunga dapat menghasilkan corak yang tidak terancang.

KAJIANTEWKANRIKNA DAN

Teknik Hatching

Terdapat garisan searah yang digunakan bagi menghasilkan
penegasan. Contohnya, imej bunga batik menggunakan
warna hitam untuk hatching pada bahagian kelopak daun

Corak Batik

KAJIANTEWKANRIKNA DAN

Makanan Warna:
Tradisional
Terdapat pelbagai jenis warna dan campuran warna yang
digunakan misalnya warna sejuk dan panas supaya imej kelihatan
realistik. Makanan tradisional diwarnakan mengikut warna yang
sedia diketahui supaya karya menjadi menarik. Warna hijau
banyak digunakan kerana warna tersebut menggambarkan daun
pisang yang kebiasaannya diletakkan dalam hidangan makanan
tradisional. Alas dan pinggan diwarnakan dengan warna kuning
bagi menggambarkan tikar mengkuang.

Teknik:

Teknik garisan digunakan bagi menghasilkan rupa dan
bentuk makanan yang betul. Ruang yang ditinggalkan
antara imej bertujuan supaya imej kelihatan tidak terlalu
padat. Penggunaan pensil krayon dan warna untuk
mewarna menjadikan karya nampak lebih ceria dan seakan-
akan realiti.

KAJIANTEWKANRIKNA DAN

Teknik Layering

Teknik ini digunakan bagi menggandingkan 2 warna atau
lebih. Contohnya, pada imej mangkuk yang berisi bunga
lawang menggunakan warna oren, kuning dan merah bagi
menghasilkan layering pada imej tersebut.

Makanan
Tradisional

KAJIANTEWKANRIKNA DAN

Teknik Burnishing pada warna coklat pekat dan coklat Warna:
cair kemudian warna putih diratakan bagi
menghasilkan warna yang rata Warna yang digunakan dalam imej bersalaman ini ialah terdiri
daripada warna-warna kulit. Maka, warna coklat, kuning langsat,
Imej pic dan putih digunakan. Penggunaan warna ini bertujuan supaya
Bersalaman imej tangan yang bersalaman nampak lebih jelas, menarik
tumpuan serta nampak lebih realistik. Warna coklat pekat
digunakan bagi menggariskan garisan-garisan yang terrapat pada
seluruh bahagian tangan supaya imej tangan nampak lebih
menonjol.

Teknik:

Teknik melukis garisan tangan adalah langkah awal bagi
menghasilkan rupa dan bentuk tangan yang betul. Terdapat
iimbangan dan kesatuan pada imej ini kerana apabila sekali imbas,
pemerhati dapat mengetahui fokus imej yang terdapat pada karya.
Pensil krayon telah digunakan bagi mewarnakan imej ini. Teknik
Burnishing digunakan supaya warna dapat bersatu.

KAJIANTEWKANRIKNA DAN

Latar Warna:
Belakang
Menggunakan warna-warna suram seperti coklat, hijau pekat dan
hitam.

Teknik Basah Atas Kering

Teknik basah atas kering merupakan warna yang disapu tanpa
campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan
yang mempunyai warna yang sudah kering. Teknik ini dapat
menghasilkan warna yang legap. Teknik basah atas kering
melibatkan penggunaan warna yang berlapis-lapis, iaitu daripada
ton yang cerah kepada ton yang gelap. Jadi untuk menghasilkan
kesan cahaya, teknik ini amat sesuai digunakan untuk
menghasilkannya. Teknik ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai
jenis media kerana sapuan warnanya yang mudah dikawal.

KARYA AKHIRKU

KARYA AKHIRKU

ADIWARNA
MELAYU

KARYA AKHIRKU

ADIWARNA MELAYU Secara zahirnya, lukisan ini menggambarkan budaya bersalaman

yang harus dikekalkan sehingga masa kini. Berikutan pandemik

COVID-19 yang melanda negara kita, budaya bersalaman dilihat
semakin luntur dalam kalangan masyarakat kerana bagi
mematuhi standard piawai, kegiatan bersalaman tidak lagi
digalakkan. Maka, saya meletekkan imej bersalaman sebagai fokus
utama lukisan saya supaya dapat menyegarkan serta
menyuburkan ingatan masyarakat kini tentang budaya
bersalaman ini. Kain batik dan corak batik yang dilukis pada
bahagian lengan tangan juga menggambarkan bahawa seni
warisan Melayu tidak harus dilupakan apabila meniti arus dunia
yang semakin moden. Corak dan motif batik adalah lambang
keunggulan seni kaum Melayu. Makanan tradisional juga menjadi
warisan masyarakat Melayu dan begitu juga dengan keindahan
suasana kampung yang damai.

KENANGAN

RUJUKAN

Badrul Azmi Abdul Holed. (2014). Sejarah dan apresiasi seni lukis dan seni reka. Perlis: Universiti Malaysia.

Bowie, S. (2011). Print dan pattern 2. London: Laurence King Publishing Ltd.

Herberholz, D., (2002). Artworks for elementary teachers: developing artistic and perceptual awareness.
Boston: Mc Graw Hill.

Jan Murphy (2017) Beginning oil: tips and techniques for learning to paint in oil. USA: Walter Foster
Publishing.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Dunia Seni Visual,KSSR. Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Malèn Gual (Editor), Reyes Jimènez, Ricard Bru (2015). 1917: Picasso in Barcelona. NY: Distributed Art

Publishers.




Pepin, V. R. (2011). Patterns and ornaments of the 19th century. Amsterdam: The Pepin Press BV.

Prince, E. S. (2018). Art is fundamental: teaching the elements and principles of art in elementary school
USA: Independent Publishers Group.


Click to View FlipBook Version