The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by engkuamill, 2022-08-31 12:06:10

Pencemaran Udara

Malaysia

Keywords: syarcave

TEMA:
PENEROKAAN DAN UNSUR ALAM

TAJUK:
PENCEMARAN UDARA

NAMA : i. MUHAMMAD SYARKIF BIN NORAZUAN
ii. ENGKU SYAMIL HADI BIN ENGKU ISKANDAR
1.

KELAS : 1 CENDEKIA

GURU MATA PELAJARAN : PUAN NORLIZA BT ABD GHANI

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 PUNCA PENCEMARAN UDARA 2

3 KESAN-KESAN PENCEMARAN 3-4
UDARA 5

4 CARA MENGATASI
PENCEMARAN UDARA

PENGENALAN

• Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang

bahan pencemar dalam udara.Keadaan ini boleh menyebabkan kemudaratan dan
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup. Ia juga boleh merosakkan
alam sekitar apabila dibebaskan ke atmosfera.Bahan pencemar udara berasal
daripada pelbagai punca.
• Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
klorofluorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan radioaktif.

PUNCA
PENCEMARAN

UDARA

• Pencemaran Udara berpunca kerana

berkakunya banyak asap kotor oleh
kilang, ekzos kereta di jalan raya, asap
rokok, pembakaran terbuka dan
kebakaran hutan.

KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA

Kesihatan Manusia

• Kesan utama kepada manusia adalah sistem pernafasan. gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan
seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi
paru-paru

Tumbuhan

• Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran
daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini juga akan
menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan
dan ekonomi yang akhirnya menggangu kehidupan seharian.

Haiwan

• Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran
udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru
haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan
tercemar oleh pencemaran udara.

Iklim Bumi

• Iklim asap dari kilang, ekzos kenderaan dan pembakaran terbuka akan
menyebabkan jerebu. Karbon dioksida yang berlebihan menyebabkan kesan rumah
hijau. klorofluorokarbon yang berlebihan menyebabkan penipisan lapisan ozon. Gas
sulfur dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan hujan asid.

CARA MENGATASI PENCEMARAN UDARA

Menghijaukan kawasan

• Penanaman pokok seperti pokok buah-buhan di persekitaran
taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan
suhu. Selain itu kandungan karbon dioksida dalam udara dapat
dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui
proses fotosintesis

Penguatkuasaan undang-undang

• Pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana
kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jka ada kilang yang tidak mematuhi
akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan
kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya


Click to View FlipBook Version