The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maizakama, 2023-03-09 11:02:30

KARYA TERPILIH MAIZATUL MUNA BINTI SAMSUDIN

KARYA TERPILIH NPQEL

TAJUK KARYA TERPILIH NAMA PESERTA MAIZATUL MUNA BINTI SAMSUDIN KELAS SRBE3 NAMA PENYELIA DR JAMES ANG JIT ENG AMBILAN AMBILAN 1/2019


1 1. PENGENALAN Tugasan Karya Terpilih merupakan satu tugasan penulisan pelaporan peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL versi 2018) berdasarkan kepada 10 aktiviti yang telah dilaksanakan. NPQEL versi 2018 adalah berfokus kepada kaedah pelaksanaan berasaskan kompetensi dengan kaedah penyampaian latihan 70:20:10. Kerangka latihan ini menekankan 70 peratus tugasan mencabar dan pengalaman melakukan kerja buat (on-the job learning experiences), 20 peratus daripada pembelajaran peserta dibangunkan daripada hubungan peserta dengan stakeholdes, rangkaian komuniti pembelajaran dan maklumbalas yang diterima dan 10 peratus adalah pembelajaran daripada latihan formal dalam kurikulum. Namun, dalam penulisan ini, penulis hanya berkisar kepada pengalaman lepas penulis sebagai pemimpin pendidikan juga lima aktiviti yang dilaksanakan untuk mengaitkan kompetensi atau kecekapan (competency based) dengan dapatan yang diperoleh semasa menjalankan aktiviti. Sebagai peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL versi 2018) Ambilan 1 Tahun 2019, saya memperoleh ilmu pengetahuan yang terkini berkaitan amalan-amalan pengurusan dan kepimpinan melalui aktiviti-ativti tersebut. Peserta seperti saya juga dapat membuat perbandingan sama ada amalan-amalan tersebut sesuai atau tidak untuk dilaksaksanakan di sekolah atau memerlukan proses penambahbaikan atau pengubahsuaian demi pengurusan organisasi yang cemerlang juga untuk prestasi diri sendiri sebagai bakal seorang pemimpin berprestasi tinggi.


2 2. PENGALAMAN LEPAS Berdasarkan pengalaman lepas sebagai salah seorang senior leader team (SLT) di sebuah sekolah, kepimpinan guru besar adalah pengaruh utama dalam menentukan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid di sekolah. Ini adalah disebabkan tingkahlaku dan gaya kepimpinan yang diamalkan turut mempengaruhi suasana dan semangat subordinatnya. Kepimpinan yang tegas dan bertujuan, proaktif dan menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang sentiasa mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah adalah sangat penting dimiliki oleh seorang guru besar. Ini akan memberikan gambaran bahawa pemimpin sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan murid, serta sedar apa yang berlaku di bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, apa yang saya peroleh lebih lima orang guru besar sepanjang perkhidmatan, pemimpin sekolah yang dapat mewujudkan sebuah organisasi yang mantap iaitu warga sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan akan mewujudkan setiakawan dan kerjasama (team work) antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan akan lebih cemerlang. Pemimpin yang dapat menjangkakan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap murid-murid mereka adalah antara ciri pemimpin sekolah berkesan (Mortimore, 1995). Terdapat perkaitan antara jangkaan kejayaan yang tinggi dengan keberkesanan murid. Guru didapati sangat aktif dalam membantu murid dan yakin dengan pencapaian murid-muridnya. Guru-guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap murid-murid dengan merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberikan melalui kata-kata pujian yang tekal. Rumusannya, seorang guru besar yang berkepimpinan profesional, sering berkongsi wawasan dan tujuan, dapat menjangkakan kejayaan yang tinggi muridmuridnya adalah antara pengalaman lepas saya yang telah membawa kepada sebuah


3 sekolah yang berjaya membina kemenjadian murid di peringkat negeri dan kebangsaan. 3. DAPATAN AKTIVITI Pengalaman sepanjang berada di Institut Aminuddin Baki Induk di Bandar Enstek banyak membawa perubahan khususnya ilmu tentang kepimpinan kepada saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan memberi pengalaman berharga buat saya iaitu keseluruhan aktiviti yang dilaksanakan kepada peserta NPQEL adalah aktiviti intervensi bagi meningkatakan kompetensi bakal pemimpin dalam menerajui sekolah. Penulisan ini hanyalah berkisar kepada aktiviti yang dipilih untuk penulisan ini iaitu pembentangan eksekutif, perantisan 1, perantisan 2, jalinan pintar korporat dan lawatan penandaarasan ke institusi swasta memberi banyak pengalaman serta ilmu kepimpinan kepada saya untuk menjadi pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan dapat mengurus organisasi dengan cemerlang pada masa akan datang. 3.1 Pembentangan Eksekutif Aktiviti ini memerlukan peserta melakukan perbincangan dalam kumpulan dengan bimbingan pegawai rujuk terhadap bahan stimulus serta arahan tugasan yang diberikan dan membentangkan hasil perbincangan secara individu. Peserta diberikan masa tujuh (7) minit bagi setiap Pembentangan Eksekutif dengan mempamerkan kompetensi yang telah ditetapkan untuk ditaksir. Aktiviti ini merupakan pentaksiran kompetensi berasaskan aktiviti bersemuka untuk membolehkan peserta mengkaji dan menganalisis tugasan yang diberikan. Ini dilakukan bertujuan untuk melatih peserta menjadi seorang pemimpin yang berkebolehan dan berupaya menerajui perancangan dan pelaksanaan pelan strategik, berfikiran analitikal dengan memahami bahawa organisasi boleh berubah, pendedahan kepada langkah-langkah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasakan data


4 dengan menggunakan alat dan teknik serta membina pelan perancangan dan pelaksanaan, mempamerkan kompetensi membangun dan memperkasa keupayaan kerja buat subordinat dan belajar membina dan memanfaatkan hubungan baik dengan pemegang taruh untuk membantu sekolah kearah organisasi pendidikan cemerlang. Dapatan daripada setiap pembentangan membantu saya mendapat pengetahuan bagaimana untuk merangka tindakan sekolah secara individu dan konsesus untuk mencapai hasrat KPM dengan menganalisis data atau maklumat. Saya juga belajar bagaimana untuk menggunakan alat dan teknik serta cara-cara membina pelan perancangan dan pelan pelaksanaan apabila terdapat isu yang dikenal pasti di sekolah. Saya juga belajar bagaimana untuk mengenal pasti isu yang menghalang kecemerlangan proses pembelajaran dengan mencadangkan langkah intervensi, belajar bagaimana membangun potensi guru dalam menggalakkan proses pengajaran dan membina perancangan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Dalam proses pembelajaran saya di Institut Aminuddin Baki (IAB), dalam Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL versi 2018), saya juga belajar bagaimana membina dan memanfaatkan hubungan baik dengan stakeholder untuk membantu sekolah ke arah organisasi pendidikan cemerlang. 3.2 Perantisan 1 Aktiviti Perantisan 1 membolehkan peserta seperti saya mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-on. Peserta akan belajar bagaimana untuk menghubungkaitkan antara amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah. Peserta akan berada di sekolah Perantisan 1 yang dipilih untuk membuat pemerhatian kepimpinan dan pengurusan guru besar selama tiga (3) hari dan dua (2) hari berikutnya membuat pelaporan di sekolah asal. Melalui aktiviti ini, refleksi kepimpinan guru besar , pengurusan dan penambahbaikan dapat diperoleh. Kepimpinan instruksional adalah antara gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah Perantisan 1 manakala kepimpinan demokratik pula diamalkan oleh guru besar di sekolah sendiri. Kepimpinan demokratik menjurus kepada pengurusan terbuka tetapi tegas dalam membuat keputusan manakala kepimpinan instruksional menjurus kepada


5 mengurus program instruksional menyumbang kepada kejayaan sekolah ini. Keduaduanya merangka dan menyampaikan matlamat sekolah melalui perbincangan bersama guru dan staf dan disebarluaskan melalui saluran formal dan informal. Ini penting kerana matlamat sekolah yang jelas akan menjadikan sekolah lebih cemerlang. Kedua-dua guru besar ini juga mewujudkan tanggungjawab dan kerja sepasukan dalam kalangan kakitangan lebih-lebih lagi daripada aspek kurikulum yang menjadi tonggak utama iaitu nadi dalam pengurusan sekolah. Amalan turun padang iaitu menilai sendiri keberkesanan pengajaran guru melalui pencerpan pengajaran dan pembelajaran sangat dititikberatkan. Ini menjamin kualiti pengajaran dan keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Ini akan menjamin kegemilangan dan kelestarian sekolah dalam bidang akademik pada masa akan adatang. Guru besar sekolah ini (Perantisan 1) juga telah berjaya membina iklim sekolah yang baik dengan suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik,, harmonis dan tenang dalam suasana berorentasikan tugas. Guru besar membimbing pasukan secara terancang kearah matlamat yang sama seterusnya mengagihkan tugasan dan menggalakan idea atau pendapat daripada subordinat untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti sekolah. Daripada beberapa aspek kekuatan yang dihuraikan, melalui aktiviti Perantisan 1 ini, saya berharap dapat menjadi seorang pemimpin masa hadapan yang berkesan dan boleh membawa sekolah ke arah kecemerlangan. Gaya kepimpinan dan pengurusan ini akan dapat menjadi panduan dan asas kepada corak kepimpinan yang lebih berkualiti di sekolah saya nanti. 3.3 Perantisan 2 Aktiviti Perantisan 2 merupakan aktiviti ‘job shadowing’ peserta NPQEL versi 2018 di sebuah sekolah yang dipilih di dalam daerah yang sama dalam lingkungan 25 kilometer. Aktiviti ini dilaksanakan selama enam minggu berturut-turut mendedahkan saya tentang perihal tugas sebenar seorang pemimpin sekolah yang berfungsi sebagai agen perubahan dan penambahbaikan melalui transformasi sekolah.


6 Selepas melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti perantisan 2, saya mendapat pengalaman berharga iaitu dapat memerhati dan mengkaji bidang-bidang kepimpinan dan pengurusan sekolah, mengenalpasti bidang-bidang pengurusan yang kritikal dan perlu ditambahbaik, mempamerkan amalan yang terbaik bagi perancangan dan pelaksanaan satu projek penambahbaikan di sekolah dengan menggembleng segala keupayaan dan sumber yang ada di sekolah secara optimum dan membuat pelaporan serta refleksi tentang projek yang dijalankan dan pembelajaran yang diperoleh daripadanya. Matlamat aspirasi pendidikan negara tidak akan tercapai jika kepimpinan sekolah terlalu tertumpu kepada tugas pentadbiran sahaja sedangkan bidang pentadbiran hari ini bersifat dinamik. Guru besar selaku ketua jabatan di sekolah yang telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk merealisasikan aspirasi pembanguan pendidikan di institusi sekolah (Abas Awang et.al.,2002). Selaku ketua jabatan, guru besar perlu membuat usaha terhadap penambahbaikan sekolah dengan berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan masa depan murid-muridnya mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaian sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang. Guru besar sekolah Perantisan 2 telah bersama melakukan perubahan pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal yang dirancang dapat menyokong kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21. Beliau telah memberi sokongan dan kerjasama sepanjang proses pelaksaaan penambahbaikan ini dengan memberi idea, tenaga dan masa. Beliau yakin bahawa projek ini dapat menyokong kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 disamping dapat menggerakkan pusat sumber sekolah sebagai nadi utama peningkatan kurikulum. Beliau menerima perubahan ini dengan sangat positif dan bersama membantu barisan jawatankuasa kerja melaksanakan program ini. , Kepimpinan instruksional juga dapat dilihat daripada guru besar ini apabila beliau memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di sekolah beliau dengan berusaha menyediakan smart tv di dalam 2 bilik darjah untuk persediaan bilik darjah abad ke-21. Sebagai pemimpin perubahan, beliau juga bersetuju dan berani membuat perubahan dengan menyokong penuh projek pembangunan pusat sumber yang dapat menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran abad ke21 yang saya rancangkan ini dan menjangkakan keberkesananya pada masa hadapan. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan saya sebagai peserta NPQEL versi 2018 ambilan


7 1/ 2019 sepanjang projek dengan memberi idea untuk penambahbaikan mahupun masalah yang timbul sepanjang projek ini dilaksanakan.Beliau juga sentiasa mengamalkan perbincangan dalam membuat keputusan bersama subordinatnya untuk kerja buat yang lebih berkesan. Namun, dalam melaksanakan projek ini, terdapat beberapa halangan terutamanya dari segi kos dan tenaga. Dalam hal ini beliau sentiasa mengamalkan komunikasi dua hala dan bersikap lebih terbuka menerima cadangan dan idea daripada ahli jawatankuasa projek ini. Justeru itu, dana untuk projek ini dapat diatasi dengan kerjasama dan keprihatinan warga sekolah dalam menjayakan projek ini. Antaranya warga sekolah telah menemui orang perseorang untuk mengumpul dana juga sumbangan daripada alumni sekolah ini yang sentiasa mengambil berat demi anak-anak yang bersekolah di sekolah ini. Barangan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak alumni sekolah ini adalah sebuah pendingin hawa yang sangat diperlukan untuk keselesaan bilik yang sedang dirancang ketika itu. Jelas sekali di sini, telah sedia wujud ‘teamwork’ di sekolah ini. Kesannya, satu pasukan yang mempunyai matlamat dan hala tuju yang sama dapat dibentuk untuk menjayakan projek ini. Pelaksanaan aktiviti perantisan 2 mengajar saya bahawa kerjasama daripada warga sekolah adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu. Perubahan yang diterima oelh guru besar dan warga guru membantu menjayakan projek ini. Daripada sebuah pusat sumber yang berkonsepkan tradisional maka melalui projek perantisan 2 yang saya usahakan ini telah wujud sebuah bilik tayang berkonsepkan abad 21 yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran abad 21 oleh guru dan murid. Dengan kelengkapan sebuah smart tv LCD, whiteboard, dan capaian internet, guru-guru telah menggunakan bilik ini untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad 21. Selain itu, dengan wujudnya bilik ini, guru-guru telah dapat merancang rancangan pengajaran dengan lebih kreatif dan menghasilakan pembelajaran murid yang menyeronokkan. Kejayaan projek TSL Screening Room yang berfokuskan kepada membangunkan pusat sumber untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran abad 21 terletak pada kerja berpasukan. Guru-guru sentiasa mempelajari idea-idea baharu yang kreatif yang dipelajari daripada LADAP meningkatkan pengajaran dan pembelajaran abad 21. Selain itu, kerjasama pengurusan tertinggi sekolah yang sentiasa menyokong padu antara faktor lain kejayaan projek ini. Projek ini tidak mungkin dapat disiapkan dalam tempoh 18 hari tanpa


8 komitmen padu daripada guru-guru yang menyumbang tenaga mengubah seratus peratus bilik arkib menjadi bilik tayang yang mempunyai ciri-ciri abad 21. Bukan itu sahaja, kemudahan internet dan seorang jurulatih utama ICT membantu menjayakan projek ini secara teknikal. Capaian internet yang kadang kala tidak stabil diselesaikan melalui jaringan bersama Pusat Kegiatan Guru berhampiran. Fasiliti yang terdapat dalam bilik tayang yang bercirikan abad 21 melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran abad 21 dan murid-murid didapati sangat seronok untuk melaksanakan kolaborasi kerana projek ini seakan-akan memberi peluang kepada murid-murid menikmati tayangan seperti di panggung wayang. Murid-murid sangat berminat untuk belajar di bilik ini sedangkan mereka mempunyai makmal komputer yang jauh lebih baik capaian internetnya. Biarpun terdapat juga masalah tentang capaian internet, pihak pengurusan pusat sumber telah menyediakan pelan kontigensi iaitu memuat turun terlebih dahulu videovideo pembelajaran daripada eduweb tv dan youtube. Ini memudahkan guru untuk membuat tayangan ketika pengajaran mereka. Satu kepuasan apabila projek ini berjaya diselesaikan dalam tempoh yang sangat singkat iaitu selama 18 hari sahaja dengan kekuatan kerjasama antara guru-guru di sekolah ini. Impak positif dengan kewujudan bilk tayang bercirikan abad 21 ini ialah guru-guru menggunakan bilik ini sebagai satu altenatif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bercirikan abad 21 yang secara tidak langsung meningkatkan kualiti guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian UPSR 3.4 Jalinan Pintar Korporat (JPK) Aktiviti ini merupakan aktiviti membina jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh atau agensi korporat untuk melaksanakan sumbangan mereka dengan berintergriti, mesra masyarakat dan bermanfaat kepada pembangunan sosial. Aktivti ini didedahkan kepada kepada peserta NPQEL seperti saya untuk melatih dan membimbing bakal-bakal pemimpin membuat jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh atau agensi korporat bagi mendapatkan khidmat jalinan pintar korporat kepada sekolah yang dipilih dengan menawarkan penyelesaian kepada masalah sosial seperti penjagaan kesihatan. Ini bertujuan agar bakal-bakal pemimpin berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan


9 Aktiviti jalinan pintar korporat mampu melahirkan pemimpin berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membina jaringan dan jalinan juga kemahiran berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan penting dalam aktiviti ini agar jalinan yang dibuat berjaya dan tokoh atau agensi korporat membuat tanggapan yang baik kepada peserta NPQEL dengan penuh berintergriti. Aktiviti ini juga melatih bakal pemimpin meyakinkan pendengar dengan idea yang lancar berkaitan topik yang dibincangkan dalam proses menyelesaikan masalah yang timbul. Melalui aktiviti ini juga,saya mempelajari proses penambahbaikan yang dilaksanakan di sekolah yang dipilih melalui masalah yang dikenalpasti. Oleh itu, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dengan baik untuk menyempurnakan lagi kecemerlangan organisasi sekolah. Hal ini akan memberi impak yang baik kepada kemanjadian murid. Contohnya, jalinan pintar korporat yang telah saya lalui bersama Yakult ( Malaysia) Sdn.Bhd melalui perkhidmatan ceramah pemakanan sihat mampu memberikan ilmu baharu kepada murid-murid di sekolah yang dipilih.Sumbangan 600 botol minuman probiotik Yakult Ace dan Yakult Light kepada warga sekolah sangat membanggakan. Begitu juga sumbangan daripada Gardenia bakeries (KL) Sdn.Bhd iaitu 1200 biji roti untuk warga sekolah dapat memotivasikan mereka untuk mencari peluang melaksanakan jalinan dengan pihak luar. Mengekalkan hubungan baik dengan tokoh atau agensi korporat sangat memberi impak kepada pembangunan organisasi sekolah melalui perkongsian perkhidmatan sosial yang ditawarkan. Sebagai pemimpin kita perlu mempamerkan usaha untuk memotivasikan warga sekolah supaya melakukan perubahan dengan membina hubungan baik dengan pihak luar atau pihak berkepentingan untuk membantu mencemerlangakan sekolah dalam apa jua bentuk perkhidmatan. Aktiviti ini membantu saya mempelajari proses-proses yang terlibat dalam melaksanakan jalinan pintar dengan tokoh dan agensi korporat. Pengalaman sedia ada dan pengalaman baharu yang diperolehi dalam aktiviti ini akan saya aplikasikan dalam organisasi saya sendiri nanti untuk memantapkan lagi pengurusan dan kepimpinan di sekolah sendiri.


10 3.5 Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta (LPIS) adalah sebahagian daripada 10 aktiviti dalam program NPQEL. Aktiviti ini membolehkan peserta membuat penandaarasan dan pemerhatian terhadap aspek pengurusan dan kepimpinan sesebuah institusi swasta sehingga berupaya mengekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menggunakan sumber secara optimum. Selain itu, peserta perlu membuat pemerhatian tentang amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan di institusi swasta yang membawa kepada kejayaan institusi tersebut dan membuat perbandingan sama ada amalan tersebut sesuai untuk dilaksanakan di sekolah dengan penambahbaikan atau pengubahsuaian demi kejayaan kendiri mahu pun dalam kalangan peserta supaya dapat disesuaikan di sekolah nanti. Saya bersama 23 orang rakan yang lain telah melawat ke Yakult (Malaysia) Sdn.Bhd iaitu sebuah institusi swasta yang menyediakan perkhidmatan minuman jenis probiotik kepada penggunanya. Saya telah membuat pemerhatian tentang amalan-amalan pengurusan dan kepimpinan di institusi ini yang membawa kejayaan kepada mereka. Contohnya, komunikasi terbuka antara pekerja dan pihak pentadbiran yang boleh diamalkan di sekolah nanti. Amalan komunikasi terbuka atau komunikasi dua hala dengan menerima cadangan dan idea daripada pekerja atau orang di bawah pentadbirannya sangat penting diamalkan dalam sesebuah organisasi seperti di sekolah. Kebolehan guru besar menyampaikan maklumat dengan jelas serta bebas dari kekeliruan membangkitkan dorongan bekerja yang tinggi dalam kalangan subordinat, mengelak dari berlakunya konflik dan salah faham. Guruguru yang diajak berunding dan melibatkan diri secara langsung biasanya merasai diri dan sumbangannya dihargai. Amalan komunikasi satu hala dari atas bawah, kurang sesuai diamalkan dengan tuntutan pengurusan semasa kerana lebih formal lagi birokrasi. Di Yakult (Malaysia) Sdn.Bhd ini juga dapat diperhatikan bagaimana seorang ketua dapat mengupaya orang bawahannya untuk melaksanakan pembahagian tugas yang diberi mengikut kesesuaian dan kemahiran. Sebagaimana di sekolah, peranan guru besar sebagai hero tidak lagi relevan. Amalan kepimpinan teragih boleh diamalkan dan dibawa ke sekolah saya nanti kerana kepimpinan teragih berasaskan kepada perkongsian kepimpinan secara kolektif. Kepimpinan teragih melibatkan struktur kepimpinan yang lebih


11 luas skopnya dengan kesedaran bahawa perkongsian kepimpinan adalah penting untuk memaksimumkan impak organisasi. Selain itu, amalan memberi penghargaan dan ganjaran kepada pekerja yang kompeten yang diamalkan di Yakult (Malaysia) Sdn.Bhd ini amat menarik bagi saya untuk sentiasa mengamalkannya jika saya berada di sekolah nanti. Pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi kepada subordinat. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan yang akan mewujudkan suasana damai di sekolah (Mortimore,1985). Saya juga telah membuat perbandingan sama ada amalan-amalan yang terdapat di institusi swasta ini sesuai atau tidak dilaksanakan di sekolah ini. Beberapa penambahbaikan mahupiun pengubahsuaiandemi kejayaan kendiri dan organisasi sekolah perlu dilakukan. Sebagai seorang pemimpin saya perlu membuat keputusan dengan justifikasi yang jelas dan menjajarkan semula keputusan tersebut dengan realiti sedia ada dan hasrat yang ingin dicapai. Amalan baik yang ada di Yakult (Malaysia) Sdn.Bhd perlu disesuaikan dengan budaya sekolah serta kelompok manusia yang dipimpin agar faedah yang diperoleh dapat dirasai oleh warga sekolah. Melalui pembentangan di dalam kelas juga, saya dapat meraih idea-idea amalan terbaik dari instituisi swasta yang lain. Pembentangan ini juga membolehkan percambahan minda dalam kalangan peserta NPQEL supaya dapat disesuaikan dan dimanfaatkan di sekolah nanti. 4… PENUTUP Kepimpinan guru besar sangat penting dalam mewarnai kecemerlangan organisasi mereka. Dengan membuet refleksi berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah saya ikuti dalam Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2018 ini , impaknya sangat besar kepada diri saya sendiri terutama ilmu untuk memimpin organisasi sekolah saya. Kompetensi berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah, memimpin pembelajaran,membangun kapasiti , membina jaringan dan jalinan , komunikasi berkesan, berkepimpinan dan berkeperibadian


12 tinggi didedahkan dalam program ini Kesemua kompetensi ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang pemimpin yang berprestasi tinggi. Cara, kaedah, teknik dan contohmemimpin organisasi terkandung dlam kurikulum program ini secara lansung menjadi bekalan saya apabila memiliki organisasi sendiri nanti di sekolah.Proses perubahan dan penambahbaikan perlu dilakukan supaya amalan mengurus sekolah berkualiti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Menurut Sharfudin (2012), guru besar perlu memahami dan mengenali guru dan guru besar perlu peka terhadap keperluan dan keselesaan guru menjalankan tugas. Daripada situ terhasilnya motivasi diri yang tinggi untuk bekerja oleh guru-guru. Perlu ditegaskan bahawa pemimpin, memimpin dan dipimpin ialah suatu kepimpinan yang menggembleng tenaga yang penting di sebalik kejayaan sesebuah organisasi atau pengurusan sekolah dan organisasi dan pengurusan pentadbiran sekolah,dan sekolah tidak boleh mencapai kejayaan tanpa gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar yang berkesan. Amalan perkongsian ilmu untuk meningkatakan kompetensi guru dengan mendapat sokongan daripada stakeholder dan komuniti setempat dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang positif dan berkesan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk menentukan kejayaan kemenjadian murid Apa yang penting sebagai seorang pemimpin, kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya iaitu mentaliti, kemasyarakatan dan moraliti sangat penting untuk mempengaruhi orang lain dalam organisasinya (Robiah, 1988). Dari segi mentaliti seorang pemimpin perlu bijak membuat jangkaan yang jauh sebelum bertindak, keberanian dan kesanggupan menghadapi risiko dan mempunyai kreativiti untuk menyelesaikan masalahmasalah dalam organisasi. Seorang pemimpin juga perlu bersedia menerima pendapat, sikap terbuka dan positif dan berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan serta mempunyai disiplin diri yang tinggi, kebersihan jiwa dari segi keadilan, amanah, ketenangan, sabar, keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Sebahagian besar daripada ciri pemimpin ini saya perolehi ketika mengikuti program NPQEL versi 2018 ini. Syukur.


13 RUJUKAN Abas Awang & Balasundran A. Ramaiah (2002). Peranan Pengetua & Guru Besar dalam Menentukan Kecemerlangan Akademik Pelajar. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke 11. Anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Genting Highlands, 16 – 19 Disember. Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad (2010). Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Selangor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ahmad Zabidi Abdul Razak, (2006), Ciri iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan 31, 3-19,UKM, Bangi. Hamedah Wok Awang dan Normah Teh.(2010). Sinergi dalam Pengurusan Sekolah.Selangor.PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Mortimore, P.(1985). Key Characteristics of effective schools. Effective School Seminar. Ministry of Education. 13-14 July. Robiah Sidin. (1988). Asas Pentadbiran. Petaling Jaya: Cipta Sdn. Bhd


Click to View FlipBook Version