PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
PENULISAN KERTAS CADANGAN /PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
SMK BANDAR RINCHING TAHUN 2021
1. Muka Hadapan Kertas Cadangan Kajian Tindakan:
SMK BANDAR RINCHING
41 Jalan 5/42,
43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
TUTI AZURAIDAH BINTI NASIR
0172829075
Amalan Pendidikan STEM dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pencetus Pemikiran
Konvergen dan Divergen Murid.
Skop:
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
2. Isi Kandungan:
Item Halaman muka surat
a) Refleksi P&P (masalah)
b) Isu/keprihatinan yang dikaji (Fokus Kajian)
c) Objektif Kajian (am & khusus)
d) Kumpulan Sasaran & lokasi kajian
e) Tindakan yang dicadangkan /
Pelaksanaan Kajian
f) Kos & Senarai bahan
g) Jadual pelaksanaan kajian
1
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
3. Diskripsi Umum Kertas Cadangan / Proposal Kajian Tindakan
i. Terperinci dan mudah difahami.
ii. Kajian keseluruhan yang jelas dan berkaitan.
iii. Agak lengkap dan mengikut format.
iv. Dalam kawalan.
v. Jelas dan sesuai dengan fokus kajian.
vi. Agak terperinci dan boleh difahami serta kaedah/teknik /inovasi baru.
vii. Tiada kos/murah.
viii. Jenis Tulisan Arial, Font 12
4. Format Penulisan laporan Kajian Tindakan
BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN
MUKA HADAPAN Muka hadapan (kulit) laporan perlu mengandungi:
i.Nama sekolah dengan alamat penuh dan lengkap.
ii.Nama penuh penyelidik/kumpulan, nombor telefon.
iii.Tajuk kajian hendaklah sama dengan kertas cadangan yang telah
dihantar ke PPD.
Iv.Skop kajian (PdPc/mata pelajaran/HEM/pentadbiran/Koko)
ISI KANDUNGAN Mengandungi senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan
tajuk.
1.0 REFLEKSI Refleksi merupakan muhasabah diri untuk menilai kembali
PENGAJARAN pengajaran yang lalu.
DAN
PEMBELAJARAN a.Tema/masalah/isi keperihatinan yang telah dikenal pasti melalui
LALU (PdPc) 4
perkara utama dalam PdPc lalu:
* Guru
* Murid
* Isi kandungan
* Persekitaran
b.Refleksi pengalaman PdPc yang lalu.
c.Kaitkan pengalaman PdPc yang telah dikenal pasti supaya
masalah
menjadi jelas.
d.Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian,
keputusan
peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan
2
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
untuk membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang
telah
dilaksanakan/berlaku.
e.Terjemah refleksi secara bertulis
2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian merupakan fokus yang menjadi masalah atau isu.
Proses menentukan fokus kajian ialah:
a.Tentukan tema/masalah kajian.
b.Rumusan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdPc lalu.
3.0 OBJEKTIF Meliputi :
KAJIAN a.Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan khusus.
b.Hendaklah berkaitan dengan masalah yang dikemukakan.
c.Berkaitan dengan aktiviti/tindakan (PdPc).
d.Boleh diukur.
e.Semua objektif khusus hendaklah diukur/nilai semasa
menjalankan
tindakan/aktiviti.
4.0 KUMPULAN Kumpulan yang hendak dikaji atau menjadi sampel kajian,
SASARAN a.Sebutkan data/maklumat responden yang dikaji.
5.0 TINDAKAN a.Cara mengumpul maklumat:
YANG i.Menghuraikan secara terperinci cara-cara mengumpulkan
DICADANGKAN/ maklumat.
PELAKSANAAN ii.Maklumat boleh diperolehi:
KAJIAN -Pemerhatian dalam bilik darjah semasa murid memberi maklum
balas kepada soalan-soalan guru.
-Pemeriksaan buku latihan.
-Sesi temu bual.
-Soal selidik atau
-Ujian pra atau ujian topical/bulanan/PBD.
b.Analisis tinjauan masalah.
-Dilakukan dengan membuat jadual atau apa-apa bentuk ‘data
display’ untuk menunjukkan bahawa anda telah mengumpul data
atau
maklumat untuk mengetahui bagaimana masalah itu timbul dan
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.
c.Tindakan menangani masalah.
-Nyatakan semua aktiviti bahan-bahan dan cara anda membuat
pemerhatian untuk menguji keberkesanan tindakan/aktiviti yang
3
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
dijalankan kearah meningkatkan kemahiran murid bagi
menangani
masalah yang sedang dikaji.
d.Cara pelaksanaan.
-Huraikan bagaimana kajian tindakan akan dilaksanakan.
6.0 KOS DAN Nyatakan kos dan senarai bahan yang akan digunakan untuk
SENARAN BAHAN melaksanakan kajian tidakan.
7.0 JADUAL Nyatakan perincian pelan tindakan Jadual Pelaksaaan Kajian
PELAKSANAAN Tindakan yang akan dinyatakan seperti contoh berikut:
5. Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Tajuk Proposal:
Kaedah Magic Cube dalam Persamaan Kimia Tindak Balas Sebatian Karbon bagi
Murid 5 Sains.
Isi Kandungan :
Item Halaman muka surat
1.0 Refleksi P&P (masalah)
2.0 Isu/keprihatinan yang dikaji (Fokus Kajian)
3.0 Objektif Kajian (am & khusus)
4.0 Kumpulan Sasaran & lokasi kajian
5.0 Tindakan yang dicadangkan / Pelaksanaan
Kajian
6.0 Kos & Senarai bahan
7.0 Jadual pelaksanaan kajian
4
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
1.0 Refleksi dan Pembelajaran yang lalu.
Guru lebih menumpukan lebih banyak waktu di dalam kelas untuk penerangan
menyebabkan masa untuk membuat latihan bersama murid adalah kurang. Murid-
murid yang tidak hadir akan ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran guru dan
tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan. Seterunya menyebabkan
masalah yang sering dihadapi oleh murid akan tidak dapat diatasi kerana
kekangan waktu guru membuat aktiviti pengukuhan.
Apabila latihan diberikan di dalam kelas, murid-murid tidak dapat menjawab
dengan baik. Terutamanya soalan pengiraan yang melibatkan persamaan kimia.
Guru membuat refleksi kendiri. Akhirnya guru mendapati kurangnya latihan
berfokus SPM dan guru banyak menghabiskan masa untuk menerangkan isi
pelajaran kepada murid-murid.
Disebabkan isu Covid-19, murid-murid terpaksa belajar sendiri di rumah.
Kebolehan murid-murid menjawab soalan tidak boleh diuji kesahannya. Apabila
murid-murid naik ke sekolah , dan sekolah seperti biasa, guru masih lagi
menerangkan tajuk di dalam kelas, di dapati murid-murid tidak dapat menjawab
pertanyaan guru secara lisan. Daripada pemerhatian ini, guru mula mengubah
cara pengajaran dengan menggunakan kaedah “Flipped Classroom”.
Keberkesanan kaedah “ Flipped Classroom “ diuji melalui Ujian. Kebanyakan
murid dapat menjawab soalan yang berbentuk fakta tanpa mendengar penerangan
daripada guru di dalam kelas. Guru menjalankan aktiviti pengukuhan untuk
memantapkan lagi isi fakta pelajaran yang diajar kepada murid-murid. Namun
begitu, melalui Ujian Pra, didapati murid-murid masih lagi tidak menguasai soalan
pengiraan. Daripada kaedah penerangan “ Flipped Classroom”, guru mempunyai
masa untuk menghasilkan satu inovasi iaitu penggunaan “ Magic Cube” ini.
Keberkesanannya diuji dalam Ujian Post, di mana soalan pengiraan yang sama
digunakan seperti dalam soalan Ujian Pra dan pengkaji menambahkan lagi 3
soalan untuk menunjukkan keberkesanan “ Magic Cube” ini.
2.0 Fokus Kajian
Kajian tindakan ini difokuskan kepada penguasaan murid terhadap pengiraan
bilangan mol dalam sebatian karbon dalam mata pelajaran Kimia. Dapat
dirumuskan bahawa penguasaan murid adalah sangat lemah walaupun pengiraan
mol telah pun didedahkan semasa mereka di Tingkatan 4. Penguasaan konsep
menguasai pengiraan bilangan mol dalam persamaan kimia adalah salangat
penting bagi menguasai soalan pengiraaan untuk mata pelajaran Kimia. Fokus
kajian hanya ditumpukan kepada penguasaan mengira bilangan mol dalam tajuk
Sebatian Karbon khususnya tajuk Alkohol dan Asid Karbosilik.
5
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
3.0 Objektif kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai
objektif berikut:
3.1 Objektif umum
Menambahbaik penguasaan pengiraan bilangan mol dalam persamaan kimia
sebatian karbon murid tingkatan 4.
3.2 Objektif Khusus
i. Meningkatkan kemahiran murid menguasai masalah pengiraan bilangan
mol dan nisbah dalam persamaan kimia sebatian karbon.
ii. Meningkatkan kefahaman murid dalam mengimbangkan persamaan kimia
bagi tajuk Sebatian Karbon.
4.0 Kumpulan Sasaran
Seramai 39 orang murid tingkatan 5 Sains, SMK Bandar Rinching. Terdapat 15
orang murid lelaki dan 24 orang murid perempuan. Terdapat 10 orang murid
berbangsa India, seorang murid berbangsa Cina dan 28 orang murid berbangsa
Melayu
5.0 Tindakan yang dicadangkan
Langkah 1:
1. Guru memulakan kelas dengan menerangkan konsep tajuk asid karbosilik
dengan menggunakan kaedah Flipped Classroom.
2. Guru mengunakan aplikasi ‘ You Tube” bagi menerangkan isi tajuk
tersebut.
3. Seterusnya guru akan memuatnaikkan laman You Tube ini dalam group
telegram murid.
4. Murid diarahkan untuk belajar di luar kelas terlebih dahulu.
Langkah 2:
1. Guru menjalankan Ujian Pra Test terlebih dahulu di dalam kelas bagi tajuk
Asid Karbosilik untuk menilai kesan daripada kaedah Flipped Classroom
sebelum melakukan aktiviti pengukuhan konsep. ( Ujian Pra mengandungi
soalan objektif dan 1 soalan subjektif)
2. Masa yang diberikan untuk menjawab Ujian Pra adalah 20 minit sahaja
untuk tugasan ini.
3. Guru membincangkan jawapan dahulu bersama murid-murid dalam masa
10 minit. Di dapati murid-murid dapat menjawab soalan konsep dengan
tepat walaupun guru tidak menerangkan isi kandungan pelajaran di dalam
6
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
kelas. Ini kerana, mereka telah memahami penerangan guru dalam
aplikasi You Tube yang dimuatnaikkan oleh guru.
4. Namun demikian guru akan menggunakan masa yang ada untuk
mengukuhkan konsep bagi tajuk tersebut agar murid-murid dapat
menguasai tajuk tersebut dengan lebih baik dan mengesan masalah
utama yang berlaku dalam kalangan murid.
Langkah 3:
1. Guru memperkenalkan model “Magic Cube” kepada semua murid untuk
mendedahkan satu teknik yang cepat dan tepat dalam menjawab soalan
pengiraan setelah mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh
murid-murid dalam Ujian Pra.
Model 3D Magic Cube
2. Guru memperkenalkan model 3D dan juga model 1 demensi yang boleh
digunakan oleh murid-murid apabila menjawab saolan ini di dalam
peperiksaan nanti.
Model 1 Demensi Magic Cube
Langkah 4
1. Guru akan memanggil beberapa orang murid yang bermasalah untuk
menjawab semula soalan pengiraan menggunakan model “ Magic Cube” di
7
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
papan putih di hadapan kelas. Ini memberikan peluang kepada guru untuk
memberi komen dan menjadi panduan kepada murid lain.
2. Guru akan mengadakan teknik “Coaching” bagi murid yang lemah di luar
waktu persekolahan bagi memantapkan lagi penggunaan Magic Cube
Langkah 5
1. Guru memberikan soalan Ujian Post yang merangkumi soalan yang salah
dijawab oleh murid dalam ujian Post dan soalan-soalan tambahan bagi
mengukuhkan pemahaman murid dalam menjawab soalan dengan betul
bagi tajuk Alkena, Alkohol dan Asid Karbosilik.
Langkah 6:
1. Guru memberi borang soal selidik bagi mengkaji kesan pembelajaran
Flipped Classroom dan Magic Cube kepada murid
6.0 Kos kajian
Bil Jenis bahan Kuantiti dan Harga Jumlah kos
seunit
1 Kertas A4 1 Bungkus RM 12.00
2 Kotak kecil 1 RM 5.00
3 Kertas warna 1 RM 0.50
JUMLAH RM 17.50
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tempoh Pelaksanaan
1. Mengenalpasti masalah 29 Feb 2020
i. Masalah utama bagi guru iaitu guru
menumpukan masa yang lebih untuk
penerangan konsep dan kurang
latihan yang diberikan di dalam kelas)
ii. Masalah utama bagi murid tidak
dapat mengaitkan antara siri homolog
yang diajar
2. Menulis Proposal 20 Mac 2020( 2 hari)
3. Melaksanakan Tindakan: 06 April 2020
i. Guru mengubah cara pengajaran iaitu (Dua Minggu)
menggunakan kaedah flipped
classroom untuk memberi
penerangan dan melakukan aktiviti
pengukuhan latihan berfokus di dalam
kelas)
8
PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR TAHUN 2021
ii. Ujian Pra dilakukan untuk
menganalisis kesan pembelajaran
Flipped Classroom
4. Membincangkan masalah yang timbul 20 April 2020
daripada tindakan 1: (6 minggu)
i. Aktiviti pengukuhan konsep dan fakta
dijalankan oleh guru dengan
memberikan penerangan berfokus
peperiksaan kepada murid didalam
kelas
ii. Guru memperkenalkan “ Magic Cube”
untuk menyelesaikan masalah
pengiraan
iii. Ujian Post digunakan untuk menguji
keberkesanan Magic Cube
5. Ujian untuk mengesan pencapaian murid Dalam tempoh sehari untuk
i. Ujian Pra Ujian Pra dan Ujian Post
ii. Ujian Post
6. Menulis laporan kajian 01 Julai 2020
( Dua Minggu)
Disediakan oleh : Disemak oleh :
…………………………. ………………………….
Tuti Azuraidah Binti Nasir Tn Hj Mohamad Sabri Bin Satar
Penyelidik Pengetua SMK Bandar Rinching,
9