The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazlinshams, 2021-05-16 10:25:52

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA.HARITH

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA.HARITH

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA
(DPN3)

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN3)

 Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui
penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha
memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan
nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk:

1. Meningkatkan sekuriti makanan (food security)
2. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
3. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
4. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
5. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan

DASAR PERTANIAN NEGARA PERTAMA (DPN1)

 Dilaksanakan pada tahun 1984.
 Memberi penekanan kepada dasar ekspansionari.
 Mengutamakan tanaman komoditi.
 Kerajaan telah melabur dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-

situ dan pembukaan tanah-tanah baru.

DASAR PERTANIAN NEGARA KEDUA (DPN2)

 Dilaksanakan pada tahun 1992.
 Memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan

persaingan.
 Memberi perhatian terhadap tanaman ladang.
 Dibuat setelah mengambil kira kedudukan kekangan tanah, tenaga buruh yang

kian tua dan produktiviti yang rendah.
 Menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.
 Membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani.
 Bertujuan untuk mengeksploitasi faedah berbanding dan pasaran niche.

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN3)

 Dilaksanakan pada tahun 1998.
 Meningkatkan daya saing sektor pertanian.
 Memberi keutamaan kepada usaha-usaha berikut:
1. Meningkatkan daya saing pengluaran makanan
2. Mengurangkan defisiti imbangan dagangan untuk makanan
3. Meningkatkan pelaburan swasta
4. Sumber manusia mahir
5. Bekerjasama dengan kerajaan negeri
6. Memperkemas system penyampaian perkhidmatan sektor awam

CABARAN BARU YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR PERTANIAN

 Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian.
 Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad sedia

ada.
 Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil.
 Keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang

mencukupi,selamat,berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang
berpatutan.





OBJEKTIF DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN3)

 memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam
sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta
pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3
adalah untuk:

1. Meningkatkan sekuriti makanan (food security)
2. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
3. Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
4. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
5. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan

Dua pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertania Negara Ketiga
(DPN3)

1. Pendekatan Perhutani
2. Pendekatan Berasaskan Produk

PENDEKATAN PERHUTANI (agroforestry approach)

 bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-
sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah.

 kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi
dan saling melengkapi, justeru, membuka peluang untuk dibangunkan bersama

 Integrasi pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk asas
pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut. Pendekatan ini
akan memberi manfaat-manfaat berikut:

Manfaat Pendekatan Perhutani

 mewujudkan ruang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan perusahaan
perhutanan dan pertanian,

 mengoptimakan penggunaan sumber
 meningkatkan potensi penjanaan pendapatan
 membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah

yang sama
 menyokong pelbagai perhubungan simbiotik
 memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan daripada

komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut.

PENDEKATAN BERASASKAN PRODUK (product-based
approach).

 Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama
dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna.

 memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran
khusus di seluruh dunia.

 Permintaan dan keperluan pasaran ini digunakan untuk menggubal strategi-
strategi pengeluaran pertanian huluan.

Manfaat Pendekatan Berasaskan Produk

 Pendekatan ini akan dapat :
 melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan

pertanian
 meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus
 mengenalpasti dan memperluaskan peluang-peluang pasaran


Click to View FlipBook Version