The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9546405, 2023-07-18 21:33:32

Lebih Baik Cegah

Lebih baik cegah

Keywords: Lebih Baik Cegah

LEBIH BAIK CEGAH Sayangilah Diri Anda Program Antidadah SMK BANDAR TASIK PUTERI Murid ceria, Guru bahagia, Sekolah Bitara


Biodata Murid Nama Murid : Muhammad Raphael Naufal bin Mohd Nasir Tahun/Tingkatan : 3A2 Nama sekolah : SMK Bandar Tasik Puteri Kod Sekolah : BEA7618 Nama Guru Pembimbing : Jawatan Guru :


Penghargaan Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru kaunseling yang tidak pernah lelah menyebarkan ilmu tentang psikologi dan sahsiah terutama kepada murid-murid. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan rakan karib saya yang bertungkuslumus membantu saya dalam menjayakan buku skrap ini. Moga hasil daripada buku skrap ini dapat membantu kalian untuk terus berjaya dalam aspek dunia dan akhirat. Harapan saya agar buku skrap ini dapat memberi inspirasi kepada para pembaca serta dapat melahirkan jiwa bangsa yang bebas daripada dadah, vape, arak, vandalisme dan segala kesan-kesan buruk yang lain.


Pengenalan Dadah merupakan bahan-bahan ubatan yang telah diambil dengan kuantiti yang berlebihan. Biasanya, bahan-bahan ini akan diambil oleh seseorang individu sehingga boleh menyebabkan ketagihan. Menurut Kamus Bahasa Melayu, ketagihan ini boleh menyebabkan individu tersebut berasa khayal dan tidak menyedarkan diri. Tambahan pula, dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh, antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada organ badan.


Galeri


Gejala Ketagihan Dadah Antara bahan terlarang yang menyebabkan gejala ketagihan dadah termasuklah alkohol, tembakau, ubat tidur, ganja, gam, ekstasi dan heroin. Pengambilan dadah ini akan menyebabkan seseorang itu berasa gian apabila pengambilan dadah tersebut terhenti. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut hilang akal dan gagal melaksanakan tanggungjawab. Di peringkat sekolah pula, murid akan mula memonteng sekolah, prestasi berkurang, tercicir daripada pelajaran, hilang selera makan, sering mengasingkan diri ke tempat yang terpencil (bilik stor atau tingkat bawah bangunan) dan penampilan yang tidak terurus. Penagih dadah juga kebiasaannya akan menunjukkan sifat suka berhutang atau mencuri barang berharga untuk dijual. Hujahnya, hasil daripada duit yang mereka perolehi akan digunakan untuk membeli lebih banyak lagi bahan terlarang kerana telah menjadi terlalu taksub. Akibatnya, berlaku kes-kes pergaduhan rumah tangga atau bersama keluarga hingga boleh meragut nyawa. Lazimnya, perkara ini biasanya berlaku akibat pengaruh rakan sebaya serta perasaan ingin tahu yang menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam gejala ini. Sebagai anggota masyarakat, kita sewajarnya memainkan peranan masingmasing dalam membanteras gejala ini yang rakus merosakkan insaninsan yang mempunyai daya fikiran serta pembangunan aspek sosial yang cemerlang untuk terus memajukan negara.


Penutup Sebagai seorang remaja, kita seharusnya bersikap rational dan matang dalam semua aspek terutama dalam sahsiah remaja dan maruah diri. Bukan sahaja maruah diri akan terjejas, malahan anggota masyarakat akan memandang serong kepada kita seterusnya menyebabkan keruntuhan akhlak. Akhir kalam, kita perlulah menjauhi kemaksiatan seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu sekumpulan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Demikian daripada itu, janganlah kita membinasakan diri sendiri kerana mulut, badan binasa.


Bibliografi https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dadah&d=102572&#LIHATSINI http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/ https://harakahdaily.net/index.php/2022/03/22/reda-terhadapmaksiat-ituberdosa/#:~:text=%E2%80%9CDaripada%20Al%20'urs%20bin%20Amir ah,seperti%20orang%20yang%20tidak%20melihatnya.


Click to View FlipBook Version